Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 April 2012

Nilai Hantaran & Mentaliti Masyarakat

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

mentang-mentang dah nak menikah, cerita ini yang keluar, kan?

dalam adat melayu, kita ada berdulang-dulang hantaran kan? dan berdulang-dulang hantaran ni disebut sebagai hadiah kepada pengantin, kan?

dalam islam ada ke benda ni?

tak, kan?

jadi kita tak perlulah rigid kata benda tu WAJIB ada.

orang sekarang siap bagi iPad, galaxy tab, iPhone, dan macam-macam jenis gajet lagi.

mahal, kan?

tak apa lah kalau mampu.

tapi kalau tak mampu?

tak perlu lah nak persoal, barang yang diberi tak berjenema. tak semestinya tak berjenama tu tak bagus. perlu ke nak hantaran jenama jimmy choo, zara, louis vuitton? untuk apa? menunjuk-nunjuk? asal cantik, sedap mata memandang, boleh dipakai, cukup. orang yang banyak 'bunyi' tu, dia ada bagi duit ke nak sponsor semua segala benda tu? cakap je boleh lah. air liur mana guna duit, kan?

tak perlu lah mempersoal, cincin yang diberi tak ada batu permata. gelang yang dipilih tak se'gah' mana.

abis tu kalau dah berhabis bagai nak rak masa kenduri, then lepas tu both bride & groom ikat perut sebab nak survive, bayar hutang sana sini, langsaikan duit dewan, katering, pelamin blablabla semua...

berbaloi ke?

kita berhabis untuk SATU hari tapi kita ikat perut BERBULAN-BULAN.

tu belum kira kalau tiba-tiba bunting pelamin, dah kena fikir kos untuk anak pula.

kos nak masuk rumah baru lagi.

macam tu ke hidup ni?

eh, bukan.

macam tu ye masyarakat melayu ni?

tolonggglaaahhh...

saya minta tolong sangat-sangat masyarakat di luar sana. usah lah nak mempertikai hantaran si pengantin tu 'murah'. biarlah murah pun, pengantin tu sendiri yang pakai, bukan awak pun, kan? so, apa masalah? kalau nak sangat yang 'berjenama' kononnya, bantulah pengantin tu.

tak perlulah pertikai hantaran si pengantin tu rendah. bukan awak pun yang keluar duit untuk si lelaki tu, support tong-tong duit hantaran, kan?

bila saya cakap macam ni, akan ada yang mengherdik. tak ada duit tak payah kahwin lah.

bukan tak ada duit. MENTALITI masyarakat tu yang kata tak ada duit tak boleh kahwin!

yang saya kira kan setakat ini, di bahagian saya sekarang ni, benda remeh-temeh yang karut-marut ni aje (contoh barang-barang hantaran, bunga telur, pelamin, etc.) dah dekat sama nilai dengan harga katering dan tempahan dewan.

entah apa-apa.

agaknya orang sekarang lebih suka tengok belia membuat maksiat dari menggalakkan mereka mencari jalan yang halal kot.

macam tu?

lepas tu ada kes buang anak sana sini, mulalah nak menunding jari, menyalahkan tah siapa-siapa.

orang nak menikah, nak cari jalan halal, nak elak dosa berpanjangan, galakkan lah mereka menikah. bukan lagi dihalang, lagi ditekan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya macam ni.

memang duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. tapi tak perlu sampai merepek-repek. tahu?

last but not least,

Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )


peace no war!
xoxo

03 April 2012

Kawan Accident

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

semalam ke PUSRAWI. sorang kawan masa zaman belajar kat UTM dulu accident masa outstation.

tulang belakang dia, L1 dan L2 pecah. dua pembedahan dijalankan untuk buang serpihan tulang tu. satu tulang rusuknya dibuang. masuk besi wooo *ngilu!*

 kamil. sakitnya beliau bergerak. nak bercakap pun semput je. T__T


 mula-mula gelak

 lepas tu mood ikut suasana. sedih.

 makanan. nomnomnom~

 ada ke buat peace?

cuba nak buat muka sedih tapi tak jadi. cubaan jadi pelakon : fail!

semoga kamil boleh berjalan seperti biasa lepas ni. bertabahlah. tulang belakang masuk besi. aduiii tak dapat dibayangkan.