Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label London Paris. Show all posts
Showing posts with label London Paris. Show all posts

17 July 2011

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung? (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye readers! assalamualaikum!

:)

meh i nak sambung story part 1 hari tu. uolls~ suka baca ke? eheh. *malu* kalau tak mau baca pun takpe. boleh tekan icon pangkah kat sudut kanan atas tu. eheh. emo pula. :D

sampai mana ye i cerita hari tu? oh, sampai zaman matrik ye?

ehem... lepas je kes kaktus tu, i terus pakai anak tudung penuh. malu. mula-mula memang macam rimas. tapi lama-lama, suka pula. dari perasaan malu sebab student lelaki tegur, sampai ke perasaan malu sebab rambut masih nampak walaupun ber'tudung'. betapa hidayah tu sudah mula terasa dalam hati.

satu hari, i terlambat bangun. apa lagi, kelam-kabut bersiap nak ke kelas. tudung pun tak sempat nak pin ke bahu-bahu bagai, i terus pin kan ke depan kan sahaja, tak payah selempang-selempang.

siap je, terus mulakan larian ke dewan kuliah. haha. teruk perangai anak dara ni. setelah kepenatan berlari dengan kelajuan 120km/j *ok, ni tipu* i sampai depan pintu dewan kuliah dann....

"ops, sorii.." i terlanggar bahu seorang lelaki.

"it's ok." dia senyum.

waaa.. tu dia.. mamat yang i selalu usya tu. haha. aduhai. adakah kelewatan ini, takdir yang menemukan kami? eceh! eceh! tolong lempang pipi i 23 kali.

i terkejut sekejap.

"kan cantik pakai tudung macam ni..."

pitam. CPR. oh! "oh, thanks." auw. malu. isy, pipi dah merah. haha!

ok, dah dah. uolls~ ingat i nak berdrama lagi depan pintu dewan kuliah tu? cepat-cepat masuk dan duduk. husy! kencangnya jantung. sangat gatal kan?

haha. cesss... lepas kejadian tu, i pun sedarlah yang i pakai tudung kurang proper kan. even kaktus dah tak ada, tapi menampakkan dada. isy isy isy. i pun mula berubah dengan pemakaian yang menutup dada. masih selempang. tapi i jatuhkan, susun, pin supaya tutup bahagian depan.

i still dengan gaya macam tu sampailah saat.. jap.. i tengah ingat bila masa i pakai stokin.

...

...

...

...

gagal mengingat!

takpe, proceed.

then, masa i and the gang melawat UK & France around 2 years ago, buat i terbuka hati sedikit demi sedikit, betapa seronoknya kalau menutup aurat dengan sempurna.

kat sana, kami susah nak cari masjid dan surau. i tengok, yang lelaki, lepas ambil wudhu', terus hampar sejadah, solat lah hatta di atas rumput, di belakang bangunan, atau dalam fitting room sekalipun. ketiadaan masjid atau surau bukan alasan untuk tidak solat.

ada satu ayat yang i tulis dalam buku catatan i sepanjang di sana,

"bersihkan wajahmu, tanganmu, kepalamu, dan kakimu. lalu hamparkanlah alas di atas muka bumi Allah yang luas ini, dan dirikanlah solat. seluas-luas hamparan bumi, tiada satu pun yang boleh mengganggumu dari melakukan suruhan Allah..."

menitik air mata i, dengan ayat sendiri. sungguh, i rasa kerdil, i rasa betapa suruhan Allah tu sebenarnya memudahkan kita dalam semua perkara. tak ada yang susah dalam Islam. tinggal kita ni degil tak degil, malas tak malas je.

i cuba berubah sedikit demi sedikit. eheh.

tapi masa ni, i still pakai tudung bawal yang jarang tu, cuma dah cari jenis kain yang agak tebal sikit. tak berapa nak jarang.

then, sampai lah saat i dah kerja, dah pegang duit sendiri. tiba-tiba i tergerak hati nak beli tudung. i mesej seorang sahabat,

"tudung macam mana yang ok, ye? selendang ok, tak?"

dia jawab, "pakailah tudung yang menutup dadamu, melepasi bahumu, tidak menampakkan lehermu, sesungguhnya itulah pakaian yang sesuai untuk kamu, wahai muslimah."

uhuk!

terbatuk. agak makan dalam. rasa nak menitis air mata sekejap. terus i cari tudung yang labuh melepasi bahu, tidak jarang menampakkan leher.

terima kasih, sahabat.

alhamdulillah, sampai sekarang, i masih dalam penampilan yang sebegitu. i cuba menutup aurat sesempurnanya, bukan membalut aurat.

kawan-kawan yang sama jantina dengan i, percayalah, seronok tutup aurat dengan sempurna ni.

i ingat lagi satu peristiwa, i berkelah dengan kawan-kawan. masa singgah di surau, tengok-tengok, telekung tak disediakan. kami pandang sesama kami, masing-masing terfikir soalan yang sama, macam mana nak solat? sudahnya, kami solat bergilir dan semua menggunakan tudung i, stokin i, sarung lengan i, dan cardigan labuh i.

semua ni, peristiwa di Eropah yang menyedarkan i. sebab kami perlu sentiasa bersiap dengan keadaan yang sebegitu. macam mana kita menutup aurat ketika solat, macam tu juga lah kita ketika berada di mana-mana. senang. ambil wudhu', hampar alas, kita boleh terus solat. tapi kebersihan jangan dilupa ye?

untuk kaum lelaki pula, i suka melihat sahabat i tu punya pendirian. selama ni mungkin kaum lelaki ambil ringan hal-ehwal aurat mereka. maklumlah, mungkin tak sesulit perempuan. lelaki setakat pusat sampai lutut sahaja, kan?

tapi, sahabat i ni, dia tak suka pakai t-shirt atau baju yang agak singkat, atau seluar yang ketat. katanya,

"nanti kalau sujud, baju terangkat, dah nampak belakang. seluar ketat sangat pun, selesa ke? nak ruku' sujud pun tak selesa, macam mana nak khusyu' solat?"

jangan ingat perempuan aje kena prihatin soal aurat, kaum adam pun, ye?

sebenarnya, apa yang diperintahkan Allah tu, bukanlah untuk menyeksa manusia. Islam tu, agama fitrah. apa yang diperintahkan, sesuai dengan fitrah manusia tu sendiri. cuma kita ni, manusia, memang selalu leka. ada je hasutan syaitan yang buat kita rasa perintah Allah tu serba tak kena.

:)

p/s: alhamdulillah, my sis tu pun sedikit demi sedikit macam dah mula berhati-hati dalam pemakaian.

semoga kita sentiasa menerima hidayah-Nya dan istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan...

bubai~ thanks sebab sudi baca.. ^_~

04 September 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 3]

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Part 1

Part 2

****************************

"Nak makan nasi tak?" tanya Suzi usai mereka menunaikan solat secara jama' dan qasar di London Central Mosque.

"Nasi? Mana nak cari nasi kat sini, kak?" Sofia pelik.

"Tadi budak-budak lelaki ada bagitau, kat bawah ni ada restoran Pakistan. Ada jual nasi tandoori tu. Nak beli tak? Laparlah. Akak tak rasa nak makan roti je hari ni."

"Mm, ok juga. Tapi berapa harga nasi sebungkus?"

"Entah, jomlah kita pergi tengok."

Mereka keluar dari ruang solat muslimat dan menuju ke restoran yang disebutkan.

"Harga sebungkus nasi, 3 pound. Ada lauk kari ayam dengan acar. Aduh, baru sehari tinggalkan Malaysia, dah rindu nasi. Macam mana nak duduk lama kat sini, kak?" Sofia tertawa.

"Entah. 3 pound, tukar duit Malaysia, RM16. Macam makan dekat Secret Recipe!"

"Akak, kan dah bagitau dari hari tu lagi, jangan tukar ke duit Malaysia. Memang tak beli apa lah macam tu!"

Mereka tertawa.

"Yelah, kita beli seorang sebungkus. Kita makan kat hotel, ok?"

"Ok!"

Mereka sebenarnya dari awal sudah bersedia dengan situasi kepayahan mendapat makanan halal di bumi Eropah. Tambah rumit apabila harganya 6 kali ganda lebih tinggi. Rombongan mereka membawa beberapa kotak mi segera, serunding, sambal ikan bilis dan makanan segera dalam peket.

"Hari ni kita dapat makan nasi, Alhamdulillah. Esok lusa apa lah yang kita makan agaknya." Sofia bersyukur kerana masih tidak merasa kekurangan di bumi Eropah.

"Esok? Makan Maggi aje lah kita!"

Pecah lagi tawa mereka berdua. "Haah. Sofia hanya bawa 20 pound dan 20 euro untuk seminggu kita di sini. Bersamaan dengan RM500 sebenarnya."
"Nak buat macam mana, dah memang nilai duit kita lebih rendah."

Sofia diam. Bila Malaysia akan capai taraf negara maju dan masyarakat minda kelas pertama, ya?

25 July 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 2]

Bismillahirrahmanirrahim~

Part 1 di sini.
......................................................
"Sofia, tadi kata nak beli shawl kan? Tu, banyak cantik-cantik." Suzi mengunjuk ke sebuah kedai kecil antara deretan kedai-kedai di Oxford Street.

"Cantik!" Sofia mula rambang mata. Memilih antara deretan selendang yang tergantung. Tangannya lembut memegang satu persatu selendang. "Kak, kainnya pun lembut, tebal tak tebal sangat, sesuai. Pakai kat Malaysia pun sesuai. Nak pilih warna apa ni, kak? Semua cantik-cantik."

"Pilihlah warna yang sesuai untuk semua baju. Krim ke, putih ke, hitam ke."

"Sofia ingat Sofia nak beli warna macam pastel sikit. Lembut je kan." Sofia membelek lagi. "How much is this?" Sofia bertanya kepada peniaga yang wajahnya ala-ala keturunan Arab.

"Two for 5 pound."

Telahan Sofia tepat. Bunyi pertuturan peniaga itu seakan orang Arab.

"Kak, kalau convert duit Malaysia, 5 pound sama dengan RM30. Maknanya, satu ni RM15 je. Hoh, kat Malaysia, paling murah pun RM30. Itu pun baru dapat kain macam ni. Yang murah sikit, kainnya kasar, nipis. Tak lembut macam ni."

"Ada sesetengah barang, kat UK lagi murah dari Malaysia. Kena pandai pilihlah. Lagi satu, nak shopping kat sini, jangan convert ke duit Malaysia. Nanti apa pun tak beli." Pecah tawa mereka berdua.

Sofia memilih 2 selendang lalu menyerahkan not 10 pound kepada peniaga tersebut.

"Malizi?" tanya peniaga tersebut. Orang Arab menyebut Malaysia sebagai 'Malizi'.

Sofia terperanjat. "Na'am. How do you know?"

"The way you wear your scarf. I've been there for several years. It is a very nice place especially for Muslim. Here is your balance, miss. Terima kasih, Syukran." Kata peniaga itu sambil menyelitkan sedikit perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

"Sama-sama." Sofia senyum.

"I understand that, miss. It means 'welcome'. Isn't it?"

Sofia ketawa kecil. "Ya, thank you again."

Terselit sedikit perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia di bumi Eropah.


... Bersambung ...

20 July 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 1]

"Sofia, shawl terjatuh!"

Sofia berpaling seraya namanya dipanggil. "Ops, nasib baik akak perasan. Kalau tak, kena lenyek lah shawl Sofia ni." Sofia tersengih.

"Lain kali belilah shawl yang besar sikit." Kak Suzi mula membebel. Tangannya memegang shawl milik Sofia yang hanya selebar 5 inci. "Besar ni je, kena tiup angin kuat kat sini, melayanglah dia."

"Sofia memang dah niat nak beli shawl kat sini, kak. Kat Malaysia pun boleh pakai juga. Nanti akak ingatkan, ya?"

"Yelah. Nanti kalau kita jalan-jalan kat Oxford Street, kita pergi cari, ok? Akak pun rasa nak beli shawl. Kat Malaysia macam mahal je."

"Sofia! Pukul berapa masuk waktu Zohor kat sini?" Zairi menjerit dari depan kumpulan mereka.

Sofia menyelak kertas-kertas yang dipegang. Waktu solat di London City, United Kingdom dicari. "Lebih kurang jam 11.53 pagi." Sofia menguatkan sedikit suaranya.

"Asar?"

"Kejap." Sofia menyelak kertas-kertas di tangannya lagi. "Jam 1.42 petang. Kita jama' ta'khir aje, ya? Nanti kita solat di London Central Mosque."

Menunaikan solat di bumi negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama utama memang susah. Namun mereka, rombongan 20 orang mahasiswa ke bumi Eropah itu sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Islam itu bukan agama paksaan dan tidak akan menyusahkan penganutnya. Seluas hamparan bumi Allah, selagi itulah tuntutan perintah-Nya perlu dilaksanakan.

Matahari menginjak tepat di atas kepala lebih kurang jam 11.50 pagi. Di awal musim sejuk, suhu Kota London mencecah 12oC pada waktu tengahari dan boleh turun sehingga 3oC pada waktu malam terutama ketika angin bertiup agak kencang. Mereka sudah berkumpul di Oxford Street.

"Kita akan ada kat sini sampai lebih kurang jam 3.00 petang. Tepat jam 3.00 petang, kita semua mesti ada di sini semula." Ketua rombongan, Anisa memberi arahan.


... Bersambung ...

13 June 2010

Awak orang Sepanyol?



Bismillahirrahmanirrahim~



-Peristiwa 1-


Hye! Nama saya, Nadia. Nadia Havez.


Havez? Tu nama ayah awak ke?


Haah, Havez tu nama ayah saya. Kenapa?


Pelik. Awak orang mana?


Cubalah teka.


Sepanyol ke? Macam ala-ala Sepanyol je nama tu.


(Senyum).



-Peristiwa 2-


Nama adik apa?


Nadia Havez.


Havez tu nama ayah ke?


Haah.


Adik ada keturunan Arab ke?


Hehe. (Iye kan aje).



-Peristiwa 3-


Kaklong, tadi ira call pijoe ex-presiden tu, dia minta ira bagi emel ira. Sebab nak dia emelkan senarai kos printing banner and poster tu. Lepas je dia tengok emel ira, shahira_havez@...... dia kata, laaa... adik Nadia rupanya. Glamernye bapak kita kan?


Haha, siapa ada nama unik macam tu kat Malaysia ni?



Habis segala peristiwa unik gini. Haha. Anak kacukan ke hape budak nih. Kulit macam orang melayu juga, mata sepet, hidung pesek. Haha.


Tah. Anda rasa?


(^_~)v

hye, my name is affendi and i am from malaysia


*fendi ngorat awek france kat airport. isk isk isk*

malangnya awek tu dah kahwin.

~hahahahaha~






21 April 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) - Part 4 (2)





oxford university



ni bumbung kolej termahal kat oxford... kami difahamkan *err ayat berita* kolej ni didiami oleh golongan bangsawan di serata dunia.. mereka hidup dalam kemewahan macam di negara mereka. everything ada protocol and schedulenya.. masa kitorang nak masuk kolej ni, ternampak seorang puteri sedang busy study dekat bilik dia..



terima kasih kepada salah satu penaja.. roxxel.. :D



dalam salah sebuah gereja di oxford... masa nak masuk tu, swing swing sikit.. boleh masuk ke?




haa.. ni dining hall yang penuh artistic.. ni kat kolej putera-puteri tu... macam pelik jugak, hidup mereka macam kat hostel.. kena ikut schedule..





depan pintu~




RINDU OXFORD~!!

07 March 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) - Part 2

jom menjamu mata dengan tengok gambar-gambar masa gi London and Paris hari tu.. baru amik gambar ni dari pendrive pakcik fendi... yokk~!


Ni masa 1st day and 2nd day tau~!

looks like i was saying something to kak oja.. at KLIA. waiting our turn to masuk flight..



London Central Mosque
tempat we all solat masa hari pertama sampai di London. solat jama' ta'khir. masa tu pun dah nak dekat maghrib. maghrib around 4.30pm....


London Central Mosque



Ni masa kat Abu Dhabi International Airport. nak check-in. transit flight~



House of Parliament




tower bridge.. tempat kurungan err~ queen ape ekk.. dah lupa..







Depan istana Prince Charles




apa ntah nama taman ni, dah lupa.. (-_-")



daun mohabbatein~




tengok num plat kereta. ni dekat depan gate kediaman Prince Charles



depan Istana Buckingham








ok.. habis part first and second day.. jalan-jalan pusing Kota London.. kalau rajin jap gi i upload yang 2nd day~!

nak honeymo0n kat sana... :D