Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label masa lapang. Show all posts
Showing posts with label masa lapang. Show all posts

02 May 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Gahhh.. Encik Tuan kata aku ni skema sangat. So let us don't be too skema. Start now onward.

Macam dalam entri aku yang ini konon kata aku dah bulat hati tekad gila-gila punya letak jawatan dan vahhhh, jadi surirumah, jaga anak, dan... bisnes.

Tiba-tiba je now aku kat office. Dah bakpenya aku duduk kat office ni menengok laptop ni?

Dah cancel ambil Degree in Housewifing?

Actually it is not. Degree in Housewifing still cita-cita aku. Ahh sebenarnya aku nak terjun masuk bisnes. Dulu, dulu lah, bisnes laaa benda paling aku benci. Hari usahawan kat sekolah tu, aku lah orang paling last nak bagi idea. Tup tup tetibe jek sekarang aku nak bisnes?

Husband aku yang banyak bagi galakkan. Eh, ke ejanya galakan? Fail BM! Sebab, aku tak sihat. Selalu pergi hospital. Lepas tu aku jenis tak boleh tengok anak aku sakit, aku yang terlebih meroyan. Ahh bukan aku je. Mana-mana mak pun sama. Tapi aku kes sampai tak boleh buat kerja kat office kalau anak aku sakit. Dan aku nak cuti balik rumah jaga anak aku.

Aku tak tahu lah orang lain macam mana.

Tempat kerja lama aku tu tak boleh nak tolerate dengan hal-hal macam ni. Yelah, aku masuk kerja pun betul-betul lepas pantang. Anak masih baby, letak kat nurseri, macam-macam jadi. Demam batuk selsema, masuk wad semua lah! Sepanjang 7 bulan aku kerja kat previous company tu, tiap bulan anak aku demam, hampir tiap hari batuk selsema, dua kali masuk wad. Dan gila tak gila, masa Fateh dalam wad, aku-pergi-kerja-dari-hospital-hoi! Encik Tuan yang jaga Fateh. Hospital jadi rumah aku masa tu. Aku bersiap kat hospital, dan zazzzz pergi kerja, dari hospital. Sampai nurse tegur, "pergi kerja ye, kak?" Aku tak boleh terima keadaan macam ni.

Itu pun boss kata aku macam-macam. Attitude tak bagus katanya. Asyik cuti. Siap tanya, "mak Nadia tak boleh tolong jaga Fateh ke? Akak dulu masa anak akak sakit, mak mertua akak yang jaga. Tak pun husband akak..."

Ek? Tu anak aku. Takkan masa dia sakit mak aku yang jaga. Oihhh, beranak pandai, jaga tak pandai? Dan, sorry to say, apa jenis mak, apa jenis isteri, yang suruh suami yang jaga anak? Dan-kau-pergi-kerja? Siapa yang patut cari nafkah sekarang?

Kalau bergilir tu aku boleh terima lagi.

Aku stress.

Jiwa kacau aku duduk kat sana.

"Work performance Nadia memang tip top. Cuma akak tak boleh terima Nadia selalu cuti..."

Entahlah. As a boss, aku rasa dia should tolong staff dia overcome masalah. Bukan menambah masalah. Aku dah minta laptop untuk aku buat kerja dari rumah tapi dia tak bagi. Katanya, "tak apa.. ok je.. Nadia jaga lah Fateh dulu.."

Tapi belakang-belakang tetiba nak fired aku.

Ingat aku tak tau?

Dah lah, tetiba aku ngumpat pepagi jumaat yang barakah ni.

Tak pasal-pasal.

Aku sebenarnya tengah polish skill kurang skema aku.

So, aku mulakan dari blog.

Dan aku rasa aku dah lari tajuk. Eh, ke tak?


Salam sayang,
Nadia

p/s: jemput like page aku kat FB, Kedai Nadim
      akuu jual kain cotton rege RM49. serius tak tipu.





29 October 2011

Kau Pergi...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sorang-sorang keluar dari office tu. dah semakin sunyi nampaknya. memang teramatlah terasa kesunyiannya.

semalam hari last untuk aida. dapat kerja kat kampung halaman. balik aloq staq lah dia.

dia orang pertama yang ajak i lunch first day i kat office tu.


sebelum ni, ana kenduri dah langkah kaki. dia dapat kerja kat rebung.

dah tak ada orang yang boleh dibahan isu kenduri-kendara ni. haha.

sebelum ni, lan, amar, imam, panjang. seorang demi seorang keluar. diorang lah yang banyak menceriakan suasana. main-main juga. kerja-kerja juga.

mereka keluar, ada sebab mereka sendiri. yang pasti, mereka mencari yang lebih baik.

mencari yang lebih baik?

hidup kita ni kan satu perjalanan yang penuh dengan pilihan. jadi hak kita untuk membuat pilihan. sama ada pilihan tu lebih baik atau tak, itu kita kena harungi. sebab kita yang buat pilihan tu.

apa aku merepek ni?

mungkin diselubungi rasa sedih yang teramat kot. semalam hari terakhir aida. macam disapu bersih semuanya.

nanti nak makan ayam penyet dengan siapa lagi ye?

office pun dah suram. i akui, agak stress di situ sebab tak ada yang menceriakan suasana. bukan bermakna nak ketawa je memanjang. tapi kadang benda-benda macam ni perlu. bila stress, apa pun tak boleh fikir. bila tak boleh fikir dengan baik, macam mana nak buat kerja, kan? bila senyum, otak lebih rileks dan kemampuan untuk berfikir tu berganda-ganda. am i right?

dengan diorang, i tak rasa perbezaan 'darjat'. buat i rasa tambah salute dengan diploma holder. yes, dulu i sangat wonder kenapa orang ambil diploma, tak ambil degree je terus? itu i, DULU.

dengan diorang juga, i rasa teori-teori ni semua tak berapa penting. yang paling penting, kalau u alaminya sendiri. i lebih hormat technical person.

i pernah dikutuk, exec tak tahu apa-apa. ya, as fresh grad masa tu, memang i akui i tak tahu apa-apa. apa yang u belajar kat universiti dulu, not exactly the same bila u dah keluar bekerja. not really, dear. masa bekerja lebih mencabar.

dengan diorang i belajar, tinggi rendah langit tu. dengan diorang juga, i sedar i kena berpijak di bumi yang nyata. i sedar di mana kemampuan i sebenarnya.

seronok berkawan dengan diorang. selama ni hidup i diselubungi buku, tertutup, kalau teori kata A, maka A lah ia. tak ada B, C, D, Z.

dengan diorang semua, i tahu perasaan menjadi orang yang di bawah. macam mana rasanya bersyukur. macam mana rasanya tak ada segala jenis privilege.

dengan diorang, i kenal pelbagai ragam manusia. dari yang sangat susah hidupnya. ye, sebab hidup i dikelilingi dengan orang yang target nak 4.00 je dalam exam. yang 'bijak pandai' lah kononnya tapi sebenarnya bodoh. ye, bodoh berfikir dan tak sedar diri.

dengan diorang i belajar erti keikhlasan dalam bersahabat. tak ada pura-pura. kutuk depan-depan, tak ada pendam dalam hati. semua terima kekurangan masing-masing. gaduh-gaduh sikit lepas tu baik.

dengan diorang, i sedar siapa diri i.

will miss you guys.

-aida-ana-lan-amar-imam-panjang- oh, qassimmm *nah aku letak dah ni. hehe*-


18 December 2010

Kedudukan Ekonomi Tak Stabil, Jual Popia untuk Tambah Pendapatan, ok tak?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tak tahu apa angin yang masuk dalam badan. tiba-tiba terfikir nak masak popia. ni semua kesan hot mommy and daddy co0L tak ada kat rumah selama 5 hari sebab balik kampung, uruskan jenazah arwah atuk *oh oh, rasa nak menangis*.

sebagai wanita berkerjaya yang tak ada assistant nak uruskan hal ehwal rumahtangga, maka seboleh-boleh i akan masak lauk yang sangat simple untuk eno wutta wutta breakfast and lunch. biasa ada ibu sekali di dapur. ni sorang-sorang di pagi buta, eno wutta wutta sedap membuta sebab masa malamnya dipenuhi dengan download muvee dan lagu kegemaran sampai pagi buta, memang pukul 5 pagi lah i bangun sorang -_-"
*dah lah i memerlukan sejam setengah untuk bersiap pergi kerja... theee~~~*

so, dengan penuh sifat kemalasan, malam sebelum tu, i pergi jusco, beli daging kisar sajoh! haha. pemalas kan? bukan, takut tak sempat basuh ayam or daging tu. i ni memang jenis basuh ayam ikan daging sotong udang lama-lama. kalau boleh semua lemak tu hilang terus. dengan daging-daging tu hilang. yang tinggal nak masak...... errr......

so daging kisar adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan masa untuk si pemalas macam i *siapalah nak ambil buat isteri menantu bagai... sob3~~~*

lepas tu, perah otak. nak masak sambal tumis ke, gulai ke *bahah! dapat bayangkan tak rupa daging kisar kalau masak gulai? -_-"*, padprik ke, masak kicap ke, aa.. i nak masak telur bistik.

eh eh. masak sambal tumis sudey (:

berbekalkan bawang merah, bawang putih, cili boh *tengok, bukti pemalas, cili pun dia bantai cili boh je, siap blender sudaaa*, garam dan ajinomoto, siap suda sambal daging tumis i...

rasa sikit.

eh, 'macam' sedap. 'macam' ok?

ok pass.

sempat melantak dulu sebelum pergi kerja (:

daging kisar macam ni, sumbat dalam tauhu, sedap ni kan? tak pun buat samosa or popia ke. biasa orang buat inti kari. errr...

i pun pergi jusco esok malamnya, beli kulit popia pula, and another daging kisar.

hot mommY and daddy co0L balik malaysia that night. sampai rumah, hot mommY bertambah nasi sampai 3 pinggan dengan lauk daging kisar.

senyum puas. ok ok. tak mau perasan lebih, sematkan dalam fikiran, 'ibu lapar tu... sebab tu makan banyak...'

but suddenly,

"nadia, sedaplah awak masak macam ni. esok masak lagi..."

ok, people. sila ke sinki untuk muntah pink sekarang.

hahah~

dah duduk depan PC balik?

ok, i sambung cerita.

"ok, lepas balik kerja nadia masak lagi." anak solehah lah katakan. sila muntah pink sekali lagi. i dah penat tahan hidung kembang ni. hahaha~

ok, meh i sambung stori.

so malam semalam, i buat lagi sambal tumis tu, but tiba-tiba *music horror sikit*.....

taraa.. i keluarkan kulit popia, then main gulung-gulung popia dengan eno wutta wutta... best! ini pertama kali buat popia. memang kekok lah nak menggulung sampai eno wutta wutta kata,
"kaklong tak pernah tengok ke orang gulung popia kat bazar ramadhan?"

ok, ok my bad. i tau telan je.

oh ya, fyi, family kitorang memang bukan jenis masak-masak kuih wut so eva ni. so i memang tak ada ilmu yang diperturunkan dari hot mommY tentang segala macam jenis kuih.

masak lauk, boleh la...

popia siap gulung, eno wutta wutta said,
"inti yang penuh dan sedap. eno nak jual kat kawan-kawan eno, ok tak kaklong?"

mata i dah shining-shining. "ok ke? laku ke?"

"mesti laku!"

ok, i semangat! hahah! sanggup! demi menambah duit dalam tabung ayam.

hot mommY tak mau popia goreng. so i kukus popia itu. macam popia basah. tapi inti sambal tumis.

tak sempat apa-apa, popia dah habis. errr.... terbukti sedap. hahahaha *nak pergi sinki lagi ke tuan-tuan dan puan-puan?*

tapi pagi tadi incik-perasan-hensem komen *urgh~ pagi-pagi dah mengomen popia i!*
"ok, tapi........."

aahh~ tak suka ada tapi tapi ni. takpe takpe, sebarang kritikan diterima dengan hati terbuka. perlu! untuk memastikan popia yang bakal dijual laku di pasaran tempatan dan antarabangsa.

"apsal tak basah macam popia biasa ye?"

"maksud awak?"

"yela, biasa kalau makan popia kan, inti dia macam ada rasa basah-basah sikit."

"awak, saya memang buat inti sambal tumis. kalau inti macam orang lain, tak ada kelainanlah popia saya. macam mana nak laku?" hahah! bekap diri sendiri.

"ok, tapi..."

urgh~ tapi lagi?

"kulit popia ni liat. apsal awak tak goreng?"

"banyak minyak, tak bagus untuk kesihatan. lagipun ibu tak suka yang goreng..." sengih.

"ok, reason yang bagus. saya rasa kena tambah masa kukus tu sikit. kenapa tak letak sayur? taugeh ke?"

"letak sayur cepat basi." 'kata nak pasarkan sampai ke antarabangsa...' hahahahaha...

"ok la ni. saya habis makan satu tupperware. boleh jual. lulus. saya bagi A-." ketawa.

"A- je?" buat muka tak puas hati.

"cukuplah tu. kang awak perasan lebih."

isy!

so, i nak jual popia untuk tambah pendapatan keluarga. keluarga?

uolls~ nak jual apa?

(^_~)v

27 May 2010

Macam mana nak kurus?

Bismillahirrahmanirrahim~

entri ini ditulis sempena merayakan kejayaan menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam 5hari. haha~ sangat poyo. baru 3kg. ihih!

bila post status gitu kat fesbuk, wah, ramai ucap tahniah. eh. eh. semalam pos turun 2kg.. tapi tadi timbang, 1kg lagi turun. wah! sudah 3kg! hawhawhawhaw!

bila masanya sangat teruja nak cuba kurangkan berat badan ni? hawhawhawhaw.. well, i jenis senang naik, senang turun. hihi~ tu macam tak berapa nak kisah sangat lah kan kalau berat badan naik pun. oh, dulu mana i kisah pun kalau orang cakap i ni kuat melantak and wut so eva kan.

tapi, tiba-tiba je, balik dari utm skudai hari tu, hot mummY tegur,

"apsal awak macam dah gemuk je, nadia?"

err~ lepas tu mulalah jiran keliling rumah pun cakap benda yang sama...

dan paling nightmare, i dah tak boleh pakai baju kebaya yang hot mummY jahit masa matrikulasi dulu! oh, tak boleh jadi ni! at least kena kurangkan sikit.

bila hot mummY mula ukur dada, pinggang dan punggung, aaa.. naik-naik belaka. rasa nak seriau *kata orang utara* mm~ terlebih berat pun tak baik untuk kesihatan, kan?

maka i melancarkan azam, sempena ulangtahun kelahiran yang ke-23 hari tu... ahahaha i nak turunkan berat, at least, 5kg pun jadi la! takde la kebaya tu nanti sempittttt~ *blushing*

i start dengan kurangkan makan. dah duduk rumah, kan. of course sehari tu 5pinggan nasi. haha~ so i kurangkan jadi 2pinggan nasi sahaja sehari.

minum air masak dan berselawat lepas solat subuh. breakfast is a MUST! tak boleh tinggal!

lunch, ambil nasi dan lauk sekadarnya sahaja.

minum petang, roti + nutella sekeping sudeyyy~

dinner before 7pm or masa maghrib tu ke... nasi dan lauk yang memadai.

pastu dah. cover rasa nafsu nak makan tu dengan minum air masak sepanjang hari tu. air masak pun baik untuk singkirkan toksik dalam badan.. kan... :)

and yang paling orang tak mau percaya *sampai hati u olls~ tak caya* i pergi joging! serius! kat taman tasik datuk keramat. haha~ 20minit. tapi jog tak jog sangatlah. tak berapa larat dengan keadaan kesihatan i kan. i berjalan laju-laju macam orang marathon tu. ehehe~ ditemani adik si eno wutta wutta.

dari 60kg, now dah 57kg. dalam 5hari je. hehe.

malam ni we oll nak main badminton juga kat tempat yang sama, insyaAllah.

ada sesiapa nak join?

jumpa di sana. (^_~)v

nad havez :: makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang...

27 April 2010

Gigi Saya Sihat dan Kuat!




ini gambar semasa saya menjadi penyampai berita. eh. calon je pun. ahaha~
saje-saje gatal test power. walaupun tak power.

hahahaha

sangat kelakar bila member-member sekelas sangat memberi sokongan padu.
oh, terima kasih


:)

p/s: jadi penyampai berita perlu gigi yang kuat dan sihat!



sementara mengisi masa-masa terakhir di utm yang terchenta ini
pergi ke pusat kesihatan
dengan niat mahu meng'check' gigi
yelah, selagi masih bergelar 'mahasiswa'
dengan kos yang murah
mahu juga rasa gigi ini dibelai

jumpa dentist, check dan check
oh, kata doktor,
"adik nak cuci gigi ye? nganga mulut besar sikit"
proses membersih gigi bermula
maaakkk.. sangat ngilu.. ggrrr~
hehehe seronok betul gigiku dibelai-belai

siap mencuci
"adik, gigi bongsu adik belum tumbuh lagi tau. gigi second last pun nampak macam baru je tumbuh. pelik juga kenapa gigi adik lambat tumbuh"
*dah doktor pun panggil adik, nampak sangatlah saya masih muda. hehe~*



ini bukan gigi saya. cari kat fail inchik google

p/s: maka saya belum boleh makan kacang. hehehe~




03 April 2010

Cerita Bergambar




apa kes tah malam ni. rasa nak upload gambar sambil bercerita perihal gambar tersebut dan kenapa aku tembak *baca: shoot* gambar tersebut. gambar-gambar tersebut *berapa kali nak sebut?* sudah lama ada dalam koleksi hard disk aku. mari kita tontoni bersama.




gambar ni aku tembak masa aku and kak roza erma gorgeous campur lawa campur *ok, takmo puji lebih lagi* nak beli kain untuk baju batik MPP 0809. kat jakel kot. ape tah nama kedai kain kat tampoi tu. masa ni aku tembak dan mula berangan nak kawen *tengok, tak abis2 kawen!*. erkK~ bukann aku just nak bagi tahu ke'lawa'an kain ni. hurmm~



kasut ni pulak, aku minat gila, best gila, tapak dia lembut gila, bagai nak gila lah! tapi aku rasa nak gila kejap bila tengok harga dia. RM100++ mak aih~! sini punya simple, sikit punya mahal harga. agak2 sebab ape hah?




eno wutta wutta.. tak paham tol ape ke hal dia neh cikeding sangat eh? bila aku tanya camtu, dia jawab, "sebab kaklong dengan kak ira dah amik zat eno dengan menjadi sangat gemuk, maka habislah zat untuk eno". ok, kau diam. baru-baru ni, masa balik rumah, ayah kata, "eno kata dia nak jadi doktor." ok, boleh. sebab kau dulu masa kecik2 takot makan ubat. maka kau jadilah doktor untuk cipta ubat yang manis. eh, pharmacian yang buat ubat kan? erkk~ tah la, bab medic ni fail :D suruh adik i yang kat mesir tu jawab.. hehe




perhhh~ baju raya anak sape lah aku tepek kat sini. masa bulan puasa tahun lepas laa~ masuk je rumah, nampak baju melayu comel ni tergantung. anak sape lah yang punya ni. gila comel la. apsal aku takde adik kandung lelaki? kan comel budak kecik pakai baju raya gini dan lari terkedek-kedek ala-ala comel gak di pagi hari raya... aih~! dan juga di tengah hari jumaat untuk pergi solat jumaat.. hahaha~


ok, cukup main-main buat masa ini..

chow chin chaw! *nama cina mana neh?*


alalalala~ aku addicted baca magazine SOLUSI sekarang. gila bes wa cakap sama lu. kalau lu nak jadi orang soleh solehah, lu try rr baca.. mantap rr wa cakap.. cara penceritaan yang bersahaja and sesuai ngan jiwa muda wa.. chewah! hehehe~