Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

15 November 2012

Goliath in 3D

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

kita lari sekejap dari pos-pos berkaitan pregnancy.

semalam, tengok wayang. ye, tengok wayang dengan encik suami. wahah. suami saya bukanlah kaki wayang. dan rekod bersih, sebelum kahwin, kami tak pernah tengok wayang bersama. hatta dengan kawan-kawan sekalipun. kalau tiba-tiba saya teringin tengok wayang, encik suami akan kata, "pergilah tengok dengan kak syaf"

lepas kahwin, kami hanya tengok wayang bersama kalau dapat tiket free. kata encik suami, "buat apa membazir tengok wayang. baik beli cd boleh tengok berkali-kali."

baiklah.

dan encik suami dapat 2 tiket free, filem war of the worlds, goliath in 3D.

setelah puas dipujuk, encik suami setuju untuk pergi ke preview screening filem tu. di GSC tropicana mall. malam tadi.

"abang tak suka tengok 3D. nak kena pakai spek bagai. rimas."

"kalau tak pakai spek boleh tak?"

encik suami masih membebel dalam panggung.

boleh abang, tapi nanti abang nampak double vision.

saya paksa encik suami pakai juga spek 3D tu. "ok ok."

"oh, best juga, ya?"

"abang tak pernah tengok wayang 3D ke?" tanya saya.

"sayang ingat abang ni kaki wayang ke?"

eheh. termalu di situ.

plot cerita biasa sahaja. ending boleh dijangka. cerita macam mana pasukan tentera (ARES) menentang Martian (penduduk Marikh kononnya).

tapi satu yang saya nak highlight. salah seorang tentera utama dalam pasukan ARES, dari Malaya (plot cerita pada tahun 1914).

namanya Raja Iskandar Shah. meminjam suara Tony Eusoff. oh, saya tak bagitahu eh cerita ni cerita kartun?

dalam satu scene, pasukan tentera ni sedang minum bir beramai-ramai sebelum berperang. dalam hati saya terdetik, saya nak tengok Raja Iskandar Shah tu minum bir ke tak?

dan bila saya tengok hampir semua orang memegang segelas bir di tangan, Raja Iskandar Shah sahaja yang memegang secawan kopi.

tahniah. eheh.

satu lagi scene, sebelum perang bermula, ditunjukkan Raja Iskandar Shah sedang solat. dan lepas tu berdoa.

wah. saya teruja.

perkara macam ni, walaupun kecil, tapi pada saya, produksi membuat sesuatu dengan sangat teliti.

terutama dalam scene semua orang minum bir tu.

ianya hanya sekadar kartun, jadi mungkin tak ada orang akan perasan kalaupun Raja Iskandar Shah tu pun minum bir. tapi nyata sangkaan saya meleset. orang Melayu ditunjukkan hanya minum secawan kopi walaupun di sekelilingnya semua orang minum bir.

dan solat, sebelum perang bermula.


berbeza dengan kita di alam nyata ni. yang terang-terang minuman memabukkan itu adalah haram, tapi ada juga yang ambil sambil lewa. macam dia di alam fantasi pula.

sedangkan kartun pun orang titikberatkan, apatah lagi kita yang memang dihitung dosa pahalanya?

moga kita sentiasa muhasabah diri. agar dijauhkan dari perkara mungkar. amin.



*nota: baru google, Goliath = Jalut? sila google lebih untuk maklumat lanjut.



16 September 2012

Beberapa Pilihan, Berhenti Kerja atau Tidak

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

baru-baru ni saya berdepan dengan beberapa pilihan.

beberapa.

sama ada untuk kekal dalam jabatan sekarang ni,

atau tukar jabatan,

atau sambung master secara part-time dan terus bekerja,

atau sambung master secara full-time maknanya berhenti kerja dan duduk johor nuuuuuunnnnn, tinggalkan suami di KL.

saya berbincang dengan husband, senaraikan pro and cons.

kat sini saya belajar satu benda baru.

dulu, saya tak pernah ada target dalam hidup.

like, seriously, saya tak pernah langsung letak target. saya hanya cuba buat apa yang terbaik pada masa tersebut. itu saya.

tapi, bila husband keluarkan soalan pertama, "sebenarnya sayang target untuk jadi apa?"

saya terdiam, kelu. sebab memang saya tak tahu apa yang saya target sebenarnya! what a life.



tak tahu mana hala tuju nak pergi sebenarnya.

"entahlah, sayang pun tak tahu nak ke mana sebenarnya..."

"habis tu selama ni sayang tak tahu apa yang sayang nak dalam hidup?"

jungkit bahu. "sebab sayang jenis terimaaaaa aje apa adanya..."

"habis tu sampai bila?"

"abang tolong lah pilihkan. mesti abang tahu apa yang terbaik untuk sayang."

hehe. teruk punya bini.

tapi tak. itu bukan sesuatu yang patut dilakukan. takpe, husband bantu saya buat jadual pro and cons semua pilihan yang ada. dan husband tokok tambah sikit tentang apa yang dia tahu tentang saya. maka terhasil lah satu keputusan.

dan saya dah putuskan sesuatu.

maka tunggu aje lah hasil keputusan tu.

hehe.

teruk. mulai sekarang, saya perlu letak target dalam hidup.

target akan membuatkan saya berusaha kuat untuk mencapai target saya.

target bukan dari segi kerjaya dan masa depan sahaja, target sebagai isteri, target sebagai anak, target sebagai hamba Allah.

target sebagai hamba Allah, tu paling penting. apa yang kita nak achieve, sebagai hamba Allah.

ye, kita ni hamba je. so kena ikut cakap Tuan.

ok?


:)


16 August 2012

Sedekah

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


*updated*

bulan-bulan Ramadhan gini mesti feeling-feeling nak beramal gitu. Allah dah sediakan suasana yang kondusif. syaitan diikat. kecuali manusia yang bertopengkan syaitan. eh ke syaitan yang bertopengkan manusia? bulan baik gini pun ada yang buat jahat. pelik masih ada 'syaitan' yang terlepas. gitu?

tadi ada taklimat berkenaan YaPEIM. tentang sedekah jariah. alhamdulillah. ni satu lagi perkara yang buat saya sayang company ni. selain satu lagi, peraturan asas yang diberitahu masa mula-mula masuk kerja dulu, staf perempuan yang beragama islam, wajib menutup aurat. ye. wajib. terperanjat. tak sangka ada sebuah company yang wujudkan peraturan begini. selalu kita dengar kalau perempuan kerja hotel, tak boleh bertudung.

bila ada taklimat tentang kebaikan dan amal-amal jariah begini sekali-sekala, buat kita rasa insaf.

insaf.

kata penceramah, kita ni mesti susah nak berpisah dari harta dunia. kan?

penceramah bagi contoh beberapa situasi yang kita pun ada je alami. sekadar untuk renungan dan bukan takat renung, fikirkan kita ni kat mana.

Situasi 1
kita hanya ada RM11 dalam wallet. sekeping not RM10, sekeping not RM1. tengah-tengah berjalan, ada orang minta sedekah. kita nak hulurkan RM10 atau RM1?

Situasi 2
dalam hati masa ke solat jumaat, dah niat dalam hati, hari ni nak sedekah RM20. tapi bila sampai waktu, dalam wallet ada RM100 sekeping. takkan nak letak RM100 dan ambil baki RM80?


see, betapa jauhnya kita dengan sedekah? betapa KEDEKUT nya kita?

kadang ada anak yatim datang minta sedekah. asalnya memang kita niat nak sedekah. tapi dek kerana kita khuatir itu adalah sindiket, maka kita pun tak bagi sedekah kat budak tu. saya pernah buat entri tentang ni dulu. nanti saya cari semula dan link kan di sini. *updated: ini link entri tersebut*

harta ni semua Allah yang punya. Dia bagi pinjam. bila kita bagi pinjam semula kepada Allah (yakni sedekah), Allah akan balas semula berlipat-lipat kali ganda.

perkara ni macam terjadi kat diri saya sendiri.

semalam, encik suami bersedih. haruslah seorang isteri cuba menenangkan hati suami. katanya, duit untuk beraya tak cukup. kebetulan bulan ni perlu renew road tax dan insurans. RM1+++ kan. kereta baru nak sambut birthday setahun. dan tahun ni tahun pertama kami sebagai suami isteri. haruslah BANYAK persiapan nak dibuat. tambahan, motor beliau tiba-tiba rosak minggu ni. dah dua kali dalam bulan ni. dan dah seminggu encik suami berulang-alik dengan kereta dari Cheras-Taman Melawati (hantar saya ke pejabat)-Hicom-Taman Melawati (ambil saya)-Cheras.

tapi tu lah. BANYAK juga keperluan yang perlu didahulukan.

encik suami tanya, "kenapa kita macam kurang duit, ye?" sayu sahaja suaranya.

"tak berkat. mungkin kita kerja main-main. tak sungguh-sungguh."

"kita main-main masa kerja ke?"

"yelah, mungkin tak sedar, amanah tak dilaksanakan dengan baik. lepas tu, tak bersedekah. macam mana harta nak berkat."

"ye ke?" sayu lagi.

"lepas tu, kita pun terlupa nak bersyukur. ada duit lebih, tak bersyukur. dapat gaji, tak syukur. memang cepat aje lah lesap duit tu."

ye. bila suami bertanya, saya macam warning diri sendiri.

ye, kita selalu lupa, kan?

bila dah tak cukup duit macam ni baru nak beringat.

hari tu masa nak beli McDonald's harga RM20, "alaaa RM20 aje."

sekarang? RM10 pun berdikit-dikit. minyak kereta pun fikir-fikir macam mana nak refill.

itulah, bila senang, lupa. bila susah baru padan muka.

kan?

sabar ye suamiku. sekurang-kurangnya kita masih cukup makan. beras masih ada.



:) senyum pun sedekah





23 April 2012

Nilai Hantaran & Mentaliti Masyarakat

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

mentang-mentang dah nak menikah, cerita ini yang keluar, kan?

dalam adat melayu, kita ada berdulang-dulang hantaran kan? dan berdulang-dulang hantaran ni disebut sebagai hadiah kepada pengantin, kan?

dalam islam ada ke benda ni?

tak, kan?

jadi kita tak perlulah rigid kata benda tu WAJIB ada.

orang sekarang siap bagi iPad, galaxy tab, iPhone, dan macam-macam jenis gajet lagi.

mahal, kan?

tak apa lah kalau mampu.

tapi kalau tak mampu?

tak perlu lah nak persoal, barang yang diberi tak berjenema. tak semestinya tak berjenama tu tak bagus. perlu ke nak hantaran jenama jimmy choo, zara, louis vuitton? untuk apa? menunjuk-nunjuk? asal cantik, sedap mata memandang, boleh dipakai, cukup. orang yang banyak 'bunyi' tu, dia ada bagi duit ke nak sponsor semua segala benda tu? cakap je boleh lah. air liur mana guna duit, kan?

tak perlu lah mempersoal, cincin yang diberi tak ada batu permata. gelang yang dipilih tak se'gah' mana.

abis tu kalau dah berhabis bagai nak rak masa kenduri, then lepas tu both bride & groom ikat perut sebab nak survive, bayar hutang sana sini, langsaikan duit dewan, katering, pelamin blablabla semua...

berbaloi ke?

kita berhabis untuk SATU hari tapi kita ikat perut BERBULAN-BULAN.

tu belum kira kalau tiba-tiba bunting pelamin, dah kena fikir kos untuk anak pula.

kos nak masuk rumah baru lagi.

macam tu ke hidup ni?

eh, bukan.

macam tu ye masyarakat melayu ni?

tolonggglaaahhh...

saya minta tolong sangat-sangat masyarakat di luar sana. usah lah nak mempertikai hantaran si pengantin tu 'murah'. biarlah murah pun, pengantin tu sendiri yang pakai, bukan awak pun, kan? so, apa masalah? kalau nak sangat yang 'berjenama' kononnya, bantulah pengantin tu.

tak perlulah pertikai hantaran si pengantin tu rendah. bukan awak pun yang keluar duit untuk si lelaki tu, support tong-tong duit hantaran, kan?

bila saya cakap macam ni, akan ada yang mengherdik. tak ada duit tak payah kahwin lah.

bukan tak ada duit. MENTALITI masyarakat tu yang kata tak ada duit tak boleh kahwin!

yang saya kira kan setakat ini, di bahagian saya sekarang ni, benda remeh-temeh yang karut-marut ni aje (contoh barang-barang hantaran, bunga telur, pelamin, etc.) dah dekat sama nilai dengan harga katering dan tempahan dewan.

entah apa-apa.

agaknya orang sekarang lebih suka tengok belia membuat maksiat dari menggalakkan mereka mencari jalan yang halal kot.

macam tu?

lepas tu ada kes buang anak sana sini, mulalah nak menunding jari, menyalahkan tah siapa-siapa.

orang nak menikah, nak cari jalan halal, nak elak dosa berpanjangan, galakkan lah mereka menikah. bukan lagi dihalang, lagi ditekan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya macam ni.

memang duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. tapi tak perlu sampai merepek-repek. tahu?

last but not least,

Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )


peace no war!
xoxo

08 February 2012

Your Ex? Forget It!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hai sayangsss!

terlalu ramainya kesayangan hati sampai kena letak 'sss' di situ. 3,4 kali dengar macam bunyi ular pun ada.

dear blog, kebizian lately ni amat membataskan waktu untuk kita bersama. curahan idea yang ibarat coklat mencurah-curah ke ladang gandum pun jadi terbejat. ye, terbejat. vocabulary baru untuk hari ni. ke uolls~ semua dah tau maksud terbejat ni, nadia sorang je baru nak guna? sad life.

ya, dah makin ramai kata, "blog nadia dah bosan sekarang."

serius nadia pun akui sangatlah bosan bila tengok blog sendiri. ke memang selama ni bosan tapi nadia yang tak sedar diri? haha.

well, siapa kat sini yang mempunyai ex? ex-buayafriend ke, ex-gelifriend ke.. *ni ayat dapat dari buku 'Aku Terima Nikahnya' by Ustaz Hasrizal*

takde?

jangan duk mbohong. sekilas air di kolam, ku tahu jantan betinanya. eh, sekilas ikan di kolam ku tahu jantan betinanya.

apa yang uolls~ buat untuk lupakan ex-ex uolls~ tu? cewah, ex-ex. da boleh buat koleksi album juara lagu.

tak dinafikan nadia pun ramai ex. hah, mulalah tu nak tuduh playgirl. -_-"

tak tak. tak playgirl pun. nasib tak baik aje. sad life.

meh sini nak kongsi tips sikit. eceh tips lah sangat.

First of all,
sila delete segala jenis mesej atau MMS si ex dalam telefon anda.
fuhh. kalau dah sayang, mesej dulu pun dibelek-belek, diulang baca, diimbau kenangan manis kau dan aku takkan terluput. memanglah tak terluput selagi uolls~ keep ulang baca hampir every second kan? ace try buang semua tu. kalau tak sanggup, minta tolong kawan baik buangkan. dan biarlah kawan baik tu jenis hard core. yang tak termakan pujuk rayu uolls~ yang nak semula handphone uolls~ tu even kawan tu dah nak tekan 'delete' dah.

Second,
dah tu, buang semua jenis gambar ke, video ke, record suara ke atau yang seumpama dengannya. tak kisah lah dalam phone atau dalam laptop. sila buat sekarang, pelis! kalau tak sanggup juga, silalah minta kawan baik tadi buangkan juga. lepas tu empty recycle bin. hahahaha baru kau takleh restore semula.

Third,
buang nombor phone, ID YM, skype, fesbuk, twitter si ex. hah. takde maknanya uolls~ nak contact orang tu lagi. dia sedang berbahagia di sana, takkan anda nak menderita sorang-sorang kat sini? kemonnn~

Forth,
bakar segala jenis surat, momen yang berbentuk kertas, atau apa sahaja pemberian si ex yang boleh di'bako'. kita 'bako' aje. tapi pelis, jangan buat pembakaran terbuka. amat merosakkan environment. macam nadia, bakar dalam tin biskut weetameal. best tak? eh bakar dalam tin tak mencemarkan alam ke? *blurr*

Fifth,
berikan segala jenis hadiah pemberian si ex kepada orang lain. haha. tak memasal rakan-rakan sekeliling dapat melambak teddy bear free. *sedang kira berapa banyak member dapat teddy bear free walaupun nadia bukanlah suka bebenor teddy bear ni. orang bagi, hamik aje lah*.

Sixth,
pergilah hang out dengan kawan-kawan lain. pergilah tengok wayang ke. untung-untung dapat kantoikan ex uolls~ yang tengah date ngan gepren baru beliau. wahahaha. pergilah berkelah, tepi laut ke, atas bukit ke. tapi make sure dengan kawan-kawan, ok? kalau sorang kang ada yang terjun laut, terjun bukit, i tak mo bertanggungjawab.

Seventh,
sibukkan diri dengan kerja. tak payah dah lah nak fikir pasal si ex tu. dah kantoi terang-terangan tadi kan? orang tu duk bersuka-ria, u berendam air mata, apa hal kan?

Eighth,
banyakkan doa. ok, sebenarnya kepergian ex tu adalah amaran kecil dari Allah SWT. mungkin kita ada buat silap. lagipun bukan elok sangat pun kan kapel mapel ni. *auwcch, terasa i, yuuu~* sebenarnya Allah nak kita berpegang pada Dia, bergantung pada Dia. mungkin kita dah terlalu hanyut, terlalu lalai. maka inilah yang Allah datangkan untuk tarik kita ke landasan sebenar semula. supaya kita di jalan yang betul.



well, kalau dah 3,4 tahun kapel pun, nan hado istilah lain dah selain 'jemu'. lepas menikah pun kita akan hidup dengan dia. bila dah lama sangat berkenalan, nanti lepas menikah dah tak tau nak sembang apa.

"yang yang.. dulu kan, masa kacik-kecik, i suka pakai baju pink, seluar biru."

"u dah bagitau i dulu lah yang cerita ni."

"oh, ye ke. yang yang.. dulu kan, i bawak botol susu sampai ke tadika..."

"yang, 4 tahun lepas i dah dengar cerita ni.."

haha.

ni bukan i kata, ni ustaz hasrizal kata.

bagi yang dah ada pasangan yang nak dijadikan isteri/suami sehidup semati seia sekata i lap u u lap me, segerakanlah urusan pernikahan. ye, i sokong uolls~



Spread Love,
xoxo

28 November 2011

Kematian itu Paling Dekat dengan Kita

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ini adalah kisah sebenar yang berlaku semalam, 1 Muharam 1433H.

ada 2 kenduri kahwin hari ini. satu di stadium titiwangsa, satu lagi yang dekat dengan rumah. oleh sebab aku bersiap amatlah lambat, ayah decide untuk pergi ke kenduri di stadium titiwangsa dulu.

semasa bersiap, kepala dah berdenyut sakan. macam nak demam aje ni, bisik hati.

di stadium titiwangsa, memang tak selera makan langsung. nasi tak sampai separuh pinggan tapi, habis pun tidak. sabar.

kenduri di rumah jiran. bukan lauk standard kenduri kahwin. ada sambal tempoyak ikan bilis. bau je dah membangkitkan selera. tapi nasi still ambil separuh. takut tak habis, membazir sahaja.

alhamdulillah nasi separuh pinggan habis dengan hanya makan sambal tempoyak.

sampai di rumah, kepala makin berdenyut dengan kuat. kerja menjahit benda-benda yang dalam checklist dah tak mampu diteruskan. ambil handphone dan text ayah,

"ayah, tolong belikan actifast. tak tahan lah kepala ni teruk sangat berdenyutnya."

kemas-kemas alat menjahit. masuk tidur.

tak sedar sampai ayah tiba dan kejut, "nah actifast"

makan 2 biji dan sambung tidur. lepas asar.

jam 10 malam. eno wutta wutta kejutkan saya,
"kaklong, cik jun meninggal!"

masih mamai, "cik jun kat bawah tu?" (jiran selang 2 buah rumah sebelah rumah saya)

"haah"

"bila?"

"lepas isya' tadi"

innalillahi wainna ilaihi raji'un.

saya bangkit, mandi.

ibu baru sampai dari ziarah. menangis
"cik jun tu satu-satunya kawan ibu kat sini."

saya sabarkan ibu, peluk ibu.

saya turun bawah dengan eno wutta wutta. ziarah.

hujan membasahi bumi sejak petang tadi. petang tadi lebat. malam tu renyai. saya masuk ke rumah cik jun. jenazah baru sampai dari hospital. sebab saya terdengar bunyi ambulans masa mandi tadi. nurse pun baru keluar dari rumah cik jun. saya text engineer tupperware "cik jun baru meninggal"

masuk ke rumah, jenazah ada di tengah rumah. kelihatan amir, anak arwah yang kedua duduk di tepi ibunya, membaca yasin. baru berumur 12 tahun. saya sedekahkan al-fatihah. terus masuk ke bilik, berjumpa anak yang sulung. baru 19 tahun. fatimah azzahrah (ima). dia tak menangis. sedang memeluk adiknya, syasya. lebih kurang 4-5 tahun. hidung syasya memerah. selsema.

seorang bayi yang masih merah ada di atas katil.
"adik nama apa, ima?"

"fatimah nur zahirah"

"eh, macam nama ima."

senyum. "dia baru 5 hari.."

"ibu sempat menyusukan adik?"

"tak. ibu tak larat sangat tadi. ima baru sampai rumah petang tadi dalam pukul 6.30, kaklong. handphone ima tak ada bateri. sampai rumah, tengok ayah dan adik-adik tak ada. ima call ayah lepas dapat charge bateri kejap. ayah, ibu dan adik-adik dah ada di PUSRAWI. ima tahan teksi kat depan tu. tak ada satu pun yang berhenti. ima berlari dari sini ke PUSRAWI tu kaklong..." (anak-anak jiran keliling yang lebih muda memang memanggil saya dengan panggilan kaklong, tak ramai yang guna kak nadia)

saya terdiam. ada sedu dalam kata-katanya. "kenapa ima tak panggil kaklong?" saya rasa kesal. walhal saya seharian di rumah.

"ima tak terfikir apa pun, kaklong."

saya faham. kalau saya di tempat dia pun, kalut, tak tahu nak buat apa. tak terfikir nak buat apa. saya mengintai melihat jenazah. nenek noresah minta dibuka kain penutup mukanya. nak lihat wajah arwah.

ima di sebelah saya.

"ima sempat jumpa ibu tadi?"

"tak, kaklong.."

akhirnya terhambur jua tangisan gadis kecil ini. di hadapan adik-adiknya langsung setitis pun air mata tak mengalir. namun dia lepaskan tangisan ketika memeluk saya. saya hiba. kalau saya ada ketika itu, mesti dia sempat jumpa ibunya. dia tak perlu berlari dari rumah ke hospital. air mata saya mula bertakung.

"ima.." ayahnya memanggil. ima keluar dari bilik. si kecil syasya masih perlukan pelukan kakaknya. saya ganti ima dengan memeluk syasya. membelai si kecil itu.

"syasya panas?"

angguk.

"kaklong usap belakang syasya ye? rasa ok tak?"

angguk. dia baring dan memeluk bantal. saya terus mengusap badan, membelai syasya, biar dia lena.

fatimah nur zahirah. termuntah ketika diberi susu botol. mana mungkin si kecil 5 hari ini yang biasa dengan susu ibu tiba-tiba diberi susu formula. tak mungkin badannya mampu terima. tapi kami paksakan juga. sebab kulitnya dah mula kekuningan. takut terkena jaundice.

syasya tak mahu lena. dia keluar mencari alongnya, ima.

orang semakin ramai datang ziarah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1pagi. saya pulang. kepala masih berdenyut. terbayang-bayang wajah arwah di mata saya. arwah sangat baik. rajin bertukar juadah dengan ibu. kasihan anak-anak masih kecil.

al-fatihah.

18 November 2011

Bila Aku Jatuh Cinta dan Putus Cinta

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

haip! hai! hello! ada sesiapa tak ni? ^_^

sorry lama tak update. i busy. eh, busy ke? ye, busy dengan blog lagi satu lalu blog ini dianaktirikan. mana blog lagi satu? hah, try lah google kalau jumpa. muahaha~

entry-entry yang sebelum ni pun asyik banyak gambar aje kan. dah lama tak menaip laju-laju panjang-panjang gini.

i dalam rangka konon-konon nak buat novel.

konon aje lah.

sudahnya jadi macam dulu-dulu-dulu. baru sampai 10-12 mukasurat, i dah surrender. tak sabar-sabar nak habiskan plot cerita. padahal banyak lagi drama yang nak ditaip tu. i memang tak sabar.

-_-"

ok, berbalik pada tajuk. ada 2 situasi.

Bila Aku Jatuh Cinta
  • dunia semua rasa i yang punya, ok? i yang punya. bukan u.
  • rasa macam si dia lah yang terperfect the best ever in the world beb!
  • setiap masa nak mesej, nak call, nak YM, nak check facebook dia. eh, uolls~ tak ye?
  • apa sahaja yang dia buat, u tak kisah. "tak apa u.. i lap u.. i tak kesah yuuu"
  • status facebook penuh bunga-bunga cinta
  • wall si dia pun penuh dengan bunga-bunga cinta u *awww!*
  • sanggup berkorban duit, masa, tenaga, hanya untuk dia

THEN,

Bila Aku Putus Cinta
  • kau kejam! benci! kau pemusnah! kau kau kau! segala yang buruk adalah kau!
  • mulalah dengar nasihat dari segala segenap penjuru kata "sabarlah", "akan ada yang lebih baik", "ingat Allah, dik"
  • menangis 40 hari 40 malam
  • delete si dia dalam fren list facebook
  • takmo follow dah twitter dia
  • bakar semua barang yang dia bagi. campak abu dalam sungai klang. biar pencemaran sungai, pandai-pandailah DBKL nak buat apa
  • bunuh diri

haip! nakal! tak mau buat yang last statement tu, ok?

sebenarnya kita silap. ye, kita silap. kita tak sepatutnya lakukan segala jenis perkara dalam item 'Bila Aku Jatuh Cinta' bila kita benar-benar jatuh cinta.

dan kita tak patut buat apa yang dibuat dalam 'Bila Aku Putus Cinta' tu kalau itu yang terjadi.

apa yang perlu?

ini:

Bila Aku Jatuh Cinta
  • solat istikharah
  • puasa
  • puasa
  • ye, puasa lah lagi
  • solat taubat
  • solat hajat
  • buatlah semua-semua ni, merayulah, merintihlah pada Dia. sebab Dia yang pegang hati semua manusia ni. Dia Maha Kuasa, bergantunglah pada Dia.
  • sila ikhlas
  • sila masuk meminang orang berkenaan. perempuan pun tak salah masuk meminang. eh, siti khadijah isteri Rasulullah tu pun buat macam tu kan? tapi kena ada adabnya. 

dan ini pula, Bila Aku Putus Cinta
  • buanglah segala-mala pasal dia kalau uolls~ ni memang jenis terkenang-kenang tapi janganlah pi buang kat dalam sungai klang lak -_-"
  • sila banyakkan dekatkan diri dengan Dia. tu maknanya ada silap kita, Allah nak tegur. *see, masa 'senang' (bila sedang dilamun cinta) pun kita ingat Dia. so sepatutnya bila jadi perpisahan, kita takkan frust sangat.
  • masa akan heal everything. trust me! cuma tolonglah jangan ingat orang tu lagi. u menyeksa diri u sendiri, ok? sedangkan dia dah bersuka-ria tak ada apa-apa, yang u frust menonggeng sorang-sorang tu apehal? oh, dialah cinta teragung u, abis tu Allah tu siapa pada u?
  • inilah masa u akan nampak family & kawan-kawan adalah everything. appreciate them!

hohoho.. i pernah alami semua situasi di atas. jadi i menaip berdasarkan apa yang i pernah rasa. dan part bunuh diri tu pun i pernah rasa macam nak buat. tapi alhamdulillah, berbekalkan iman yang nipis ni, i masih mampu bertahan. masih waras. nasib baik i tak terjun. tingkat 3. kalau tak? kalau mati tak apa juga, tak ada nyusahkan mak ayah, tapi kalau patah sana sini, tak nyusahkan diri? nyusahkan mak bapak? tapi kalau mati pun, ingat mati husnul khotimah ke tu?


apsal kasar sangat bahasa aku hari ni? hehe..

please ya girls, kalau uolls~ rasa nak menangis, menangis lah. sebab kadang menangis tu buat kita rasa kuat, buat kita rasa ada semangat baru yang datang. tapi please, janganlah melampau.

ingat,

seorang pergi dari hidup kita, ada beribu lagi yang datang hampir.

paling penting, cinta Dia takkan pernah luput.

ya, cinta Dia.

"bantulah aku, Ya Allah untuk mencintai-Mu sedalamnya..."

^_^v

27 September 2011

Rezeki Bergolek-golek

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

credit to Kak 'Uyun for this entry


 "Manusia silap kalau asyik menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit". Saya berterus terang dengan seorang teman 'A' yang dah mula berputus asa dalam pekerjaannya.


Saya baru kahwin, kos hidup untuk dua orang. Tambah kos setiap bulan untuk ke-empat-empat orang tua kami, tambah dengan atok dan adik-adik. Tambah tolak ia menelan belanja hampir RM1000. Belum lagi dengan hutang kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon, broadband, insurans, duit dapur dan lain-lain. Senang cerita, jika nilai sebenar di kira, mahu-mahu tak cukup duit gaji. Allahuarabbi....

Begitu juga dengan kisah teman saya si A tadi. Bujang, gaji tak sampai RM2k, tapi perlu beri mak ayah, adik2 duit setiap bulan. Dan ditambah lagi dengan belanja-belanja lain. Allahuarabbi, tak cukup lagi duit gaji!.

Kawan saya si B, gaji RM4k, masih bujang tetapi tetap menanggung mak ayah, adik-adik. Bila pakai kereta besar/mewah, hutang jadi lebih besar. Duduk rumah sewa mewah, kosnya juga tinggi. Oh, tak cukup juga rasanya gaji.

RM kecil tak cukup, RM besar pun tak cukup. Bila agaknya rasa cukup? Ini masalah yang sering melanda kita, bila gaji besar, selera mestilah besar, jadi hutang pun besar. Bila gaji sikit, belanja mesti sikit, tapi berdikit2 macam mana pun, hujung bulan, mesti habis. Lagi-lagi habis!

Astaghfirullah, ketika kita merungut duit habis, duit gaji tak cukup, duit itu, duit ini.... Mungkin kita tak sedar bahawa duit bukanlah punca rezeki kita semata-mata. Kita hidup hari ini bersama dengan orang yang kita sayang, itu juga bentuk rezeki. Kita berjalan ke tempat kerja dengan kaki yang masih elok, tidak berkerusi roda atau bertongkat, itu juga rezeki. Kita dapat makan dengan kenyang, perut tak buat hal, itu juga rezeki. Pendek kata, rezeki tu bukannya duit saja.

Manusia sering silap, dikaburi dengan definisi rezeki itu ialah duit, sedangkan rezeki itu apa sahaja yang kita kecap hari ini... pakaian yang kita pakai juga adalah rezeki, suami/isteri/teman serumah yang baik juga adalah rezeki, kita boleh menunaikan solat dhuha di pagi hari, juga adalah rezeki. Allah, banyaknya rezeki kita.....

Saya akui, dalam kegawatan nak pilihanraya sekarang ni, di mana goverment dah freeze jawatan kosong, claim pun susah nak buat, duit pengurusan pun freeze, harga barang asyik naik, manusia perlukan duit untuk kelangsungan hidup masing-masing. Saya pun, lelah memikirkan hal ni. Namun jangan sampai kita jadi hamba duit... kita mesti jadi Hamba Allah, agar hidup kita bermakna. Ujian dan nikmat itu dirasakan bermakna. Jangan sampai duit yang tak cukup hanya membuatkan kita putus asa, kalau macam tu nampak sangat kita hidup untuk duit. Kita silap...

Saya bercakap lagi dengan si A bahawa "rezeki itu Allah yang bagi, bukan manusia.. Sama-sama kita doa, ada rezeki lain yang Allah akan bagi, bukan sekadar duit". Sayangnya A terus menyalahkan majikan. Nah, bila manusia beranggapan hanya duitlah sebagai sumber rezeki, beginilah jadinya. Hampa dan kecewa bilamana majikan tak menggaji kita. Majikan itu manusia, kerajaan itu pun manusia, mereka tak mutlak dan akan mati. Kenapa sedih bilamana manusia tak bagi kita kerja, sedangkan Allah dah lantik kita berjawatan tinggi dari dulu lagi, menjadi Khalifah-Nya. Itu juga rezeki.
Sambil saya menaip, sambil saya teringat kerut2 dahi si A bila saya memotivasikan dirinya minggu lepas. Hopeless, itu perkataan yang sesuai dengan dia....saya cerita lagi,

"Gaji saya pun macam kamu, biasa-biasa. cukup untuk kami suami isteri, tak lebih tak kurang. Tu rezeki kami. Tapi yang lebih rezeki ialah bilamana saya dapat duduk bersama suami lepas kahwin. then, kerja pun setempat dengan suami. saya dapat pergi-balik ke tempat kerja dengan suami, saya dapat makan tengahari dengan dia dengan bekal yang kami bawa. Senang cerita, walaupun kami jauh nak balik kampung, 7-8jam, tapi rezeki kami ialah bilamana dapat sama-sama susah kat sini. Itu satu rezeki yang sangat luas, yang mana manusia tak nampak..."

"Cuba bandingkan dengan si C, dah kahwin, tapi duduk asing-asing. seorang di KL, sorang lagi kat sini. Walaupun gaji suami isteri ni besar, tapi mereka perlu men-double-kan living cost mereka. Dua-dua ada rumah sewa masing2 supaya senang bilamana hujung minggu dapat berjumpa dan tinggal di rumah tu. cuba kira kos ulang-alik KL-Dungun, darab dengan 4 kali seminggu.. Allah, tak dapat bayang berapa banyak yang perlu di spend untuk sebulan. Walau kawan2 selalu cakap, 'bapok besor gaji deme!", tapi ujian disebalik rezeki tu berbeza.. yang tu mereka tak nampak..." saya menambah.

"Kamu solo, rezeki kamu sekarang ialah status 'solo' kamu, masih belum ada ketaatan dan tanggungjawab terhadap suami. kamu bebas untuk mengorak hidup, planning dan macam-macam. Rezeki kamu juga sekarang ialah MASA. Masa senggang yang boleh digunakan untuk sambung belajar, untuk bekerja tanpa meminta izin dari suami untuk bekerja. Kakak saya perlukan masa setahun untuk mendapat kebenaran suaminya untuk bekerja. Pening dia dibuatnya. Bila kamu ada masa yang banyak daripada yang dah kahwin ni, boleh spendkan untuk family dan masyarakat secara total, yang mana banyak kebaikan yang kamu dapat daripada situ. Kan, masa pun rezeki kan, bukan sekadar duit...... yang tu yang kamu tak nampak.. Jadi, berhentilah merungut."

Si A diam seminggu. Tapi hari ini beliau kembali normal. Entah, dia ambil pusing atau tak dengan apa yang saya kata. Ikutlah, asalkan saya dah cakap apa yang sepatutnya saya cakap.

Dan sekarang saya termenung sekejap, memastikan bahawa hari ini saya telah menerima rezeki daripada Allah, supaya saya tak mudah kecewa dengan kehidupan. Ya, bangun pagi tadi, saya masih ada nyawa, itu rezeki pertama saya!.

Untuk yang masih terasa sempit dengan kehidupan hari ini, harap-harap kalian terasa betapa luasnya rezeki lepas baca entri ni. Positiflah, agar hari-hari kita sukses! 
 
 
 
rasa macam tersentap, tersedar, terkesima membaca entri ini. jadilah kita orang yang bersyukur :)


^_^

09 August 2011

Jom Join Bersih!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


klik untuk tumbesaran yang lebih sihat


dulu berhabis-habisan dengan Bersih 2.0, sekarang apa salahnya kita penuhi pula 8 tuntutan BERSIH yang ini kan?

renung-renungkan dan selamat beramal ^_^


credit to eyna-chan

05 August 2011

Tips kalau accident

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

assalamualaikum my lovely readers... dah lama tak update belog kan? bulan-bulan puasa ni, kurang sikit nak ngadap laptop. balik terawih, bantal dan tilam memanggil-manggil untuk ditiduri. hah.

still remember peristiwa ini?

3rd october 2009

and, kemalangan kedua yang i alami with my baby bucuk-bucuk tu was on 3rd Ramadhan, 3rd august 2011. eh, nombor 3 juga kan? eh, kebetulan sajoh.

lokasi kejadian: DUKE Highway, susur keluar ke taman melawati.

meh i lukis sikit. senang sikit i nak bercerita kat uolls~



eheh... lebih kurang macam ni lah kejadian tu. tengok gambar je uolls~ boleh fahamkan? hihi so i tak perlu nak cerita panjang-panjang sangat kan? hehe.. ok ok, i cerita ye?

biru: traffic jam menuju ke jalan ampang. standard pagi-pagi jalan masuk ke jalan ampang memang kereta tak bergerak. orang KL mesti tahu benda ni.

oren: sebuah kereta mewah yang cuba elak traffic jam.

silver: ni baby i maaa...

purple: kereta yang melanggar i.

merah: kebabommm~~~

i pandang cermin pandang belakang. sebuah kereta persona purple follow i rapat. i ingat dia nak potong i. so i ke kiri sikit. tapi tiba-tiba depan i, kereta oren tu keluar mengejut.

i brek mengejut untuk elak dari berlanggar dengan kereta oren tu tapi...

persona purple yang follow i rapat tu tak sempat brek then langgar belakang kereta i.

i heard sound macam tayar lori meletup. but i realize yang i memang dah kena langgar.

astaghfirullah, i istighfar panjang-panjang dan banyak-banyak kali. i macam blur sekejap. i pandang cermin pandang belakang. kenapa warna kelabu je kat cermin tu? i ingat belakang kereta i memang dah rapat ke seat i. semua barang atas dashboard jatuh ke bawah, laci terbuka, barang semua tercampak, telekung yang i letak kat seat belakang tercampak ke seat depan.

i bagi signal kiri dan stop di kiri jalan. yes, tak ada kereta pun yang berhenti tengok melainkan kereta yang tengah stuck in traffic tu, tertinjau-tinjau. persona tu pun berhenti.

"macam mana ni?" akak persona tu keluar kereta dan tanya.

i tarik nafas panjang. redakan sikit debaran hati. "uurmm teruk juga kereta akak ni."

"awak bagi number phone awak lah, nanti kita settle kat balai."

i dengar balai je dah pening lalat. accident yang first dulu, tak pergi report pun. sebab tak banyak sangat kecederaannya. i bagi number phone dan lepas tu kami sama-sama teruskan perjalanan ke office.

but kereta i dah macam bunyi motobot pecah. hoho...

i masuk susur AU3, park my car depan sebuah bengkel yang belum dibuka and call my colleague, minta tolong jemput. a few minutes after that, akak tu call me. janji pukul10 untuk jumpa di balai polis trafik. kalau pergi on the spot, jalan jam lagi maa... boss temankan i ke balai. eheh, thanks boss! sangat prihatin :)

ok here i list down what you guys should do if accident. ni if accident yang tak melibatkan kecederaan lah tau. alhamdulillah both us tak cedera. berkat pakai seat belt. serius. so pakailah seat belt demi keselamatan anda.

1. sila ambil phone number, nama, ic & number plat kereta yang berkenaan.
sangat penting ye kawan-kawan. lagi-lagi kalau uolls~ memang nak buat report polis.

2. sila ke balai polis trafik berhampiran dalam tempoh 24 jam.
dapat kurang sikit bayaran saman if u yang bersalah. dalam kes i, kakak persona ungu tu kena bayar saman sebab biasanya, apa-apa kes pun, kalau langgar belakang, automatik orang belakang bersalah. sebab jarak selamat antara dua kereta adalah boleh muat lebih kurang 1 kereta tengah-tengah tu. ni apa yang diberitahulah. walau apa sekalipun alasan pemandu di hadapan atau belakang. satu je soalan polis, "kenapa awak follow dia rapat sangat?" itu je pemati kata.
kat balai nanti, kalau uolls~ datang bersama dengan pemandu kereta lagi satu tu, lebih memudahkan kerja u dan kerja polis. tak payah nak cerita banyak.

3. jangan pergi bengkel dulu untuk betulkan apa-apa yang patut.
sebab lepas buat report, polis akan ambil gambar kereta uolls~ yang remuk tu. kalau kereta u memang teruk sangat sampai tak boleh nak drive pun, tow truck yang akan bawa kereta u ke balai (ni kes my colleague).

4. sila isi borang untuk tuntutan laporan siasatan
ini penting untuk claim insurans. dalam kes i, i boleh claim insurans kakak persona tu sebab dia dikira bersalah. so i memang tak keluar sesen pun melainkan bayaran untuk report ni, RM4.

5. bawalah kereta ke bengkel pilihan anda
kat balai tu, akan ada banyak 'ulat-ulat' yang nak offer uolls~ baiki kereta kat bengkel diorang. macam i, i lebih suka tanya my daddy untuk kes camni. bukan apa, kadang-kadang ada segelintir bengkel yang menipu. rosak sikit dikatanya rosak banyak. tak pasal-pasal mark up kat situ. tu belum kira ada benda yang sengaja dirosakkan dan menyebabkan uolls~ kena pergi bengkel berulang-kali.
kalau hantar sama bengkel dengan kereta yang lagi satu pun ok juga. i pun hantar di bengkel yang sama dengan akak persona tu. dan tambah seronok, bengkel tu hanyalah di depan rumah sendiri. maka memang tiap hari lah datang menjenguk sambil tanya, "bang, bila kereta saya nak siap?" eheh.

6. claim insurans?
biasanya orang bengkel yang settlekan.
ada bengkel jenis yang u hantar je kereta u, nanti diorang yang akan urus semua termasuk ambil laporan siasatan kat balai, dapatkan insurans cover and blablabla...
ada bengkel jenis yang u kena ambil laporan by yourself, then submit fotostat geran, polisi insurans, ic, driving license and blablabla...
ada bengkel jenis yang diorang nak tunggu duit insurans dulu, baru godek kereta u...
ada bengkel jenis yang dia boleh je siapkan kereta u tanpa tunggu insurans...
semuanya u kena tanya abang-abang kat bengkel tu. diorang punya bengkel ni jenis yang mana satu. ahaks!

7. sila bersabar
ye, kalau jenis macam i, yang rasa macam patah kaki bila kereta masuk bengkel, memang tak boleh lah nak bersabar kan. dah nak patah pinggang jalan kaki ke office. muahaha... ok, i tipu. i tak jalan kaki sampai office. sampai stesen LRT sajoh. pastu pandai-pandailah nak naik teksi ke, menumpang kasih kat kawan-kawan yang baik hati ke. eheh.

ni saje lah kot tips yang i boleh bagi. tapi sebenarnya, yang pertama-tama sekali, JANGAN PANIK. ye, i tau, kalau perempuan yang accident, mesti panik gila gelabah tak tau nak buat apa.

POST ACCIDENT:
sila beristighfar dan muhasabah diri. ada hikmahnya kenapa Allah jadikan perkara macam ni. alhamdulillah tak ada sebarang kecederaan.

lebih-lebih lagi dugaan di bulan Ramadhan ni kan. ada lah tu yang Allah nak bagitau.

Ibn Mubarak berkata: "Bencana itu hanya satu, akan tetapi akan menjadi dua jika kita mengeluh. Pertama, musibah yg sdg dihadapi dan kedua hilangnya pahala akibat keluhan itu." Jgnlah kita mengeluh, sebaliknya tahanlah hati drpd bersikap buruk sangka dgn manusia dan Allah atas musibah itu. Jgn lg dilihat sbb2 nya tetapi kaitkan dahulu dgn Penyebabnya (Allah).

sekian, thanks sebab sudi baca ^_^

sila berhati-hati ketika memandu ye kawan-kawan...

01 August 2011

Happy Ramadhan!!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::




pic edit by me taken from here


selamat menyambut ramadhan untuk anda-anda semua yang beragama Islam.

jangan puasa tipu-tipu ye.

jangan nakal-nakal ye.

sama-sama kita rebut peluang beramal di bulan ramadhan.

sayang awak semua.

:)

sayang awak juga.

^_~



p/s: teringin berpuasa dalam suasana kampung

17 July 2011

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung? (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye readers! assalamualaikum!

:)

meh i nak sambung story part 1 hari tu. uolls~ suka baca ke? eheh. *malu* kalau tak mau baca pun takpe. boleh tekan icon pangkah kat sudut kanan atas tu. eheh. emo pula. :D

sampai mana ye i cerita hari tu? oh, sampai zaman matrik ye?

ehem... lepas je kes kaktus tu, i terus pakai anak tudung penuh. malu. mula-mula memang macam rimas. tapi lama-lama, suka pula. dari perasaan malu sebab student lelaki tegur, sampai ke perasaan malu sebab rambut masih nampak walaupun ber'tudung'. betapa hidayah tu sudah mula terasa dalam hati.

satu hari, i terlambat bangun. apa lagi, kelam-kabut bersiap nak ke kelas. tudung pun tak sempat nak pin ke bahu-bahu bagai, i terus pin kan ke depan kan sahaja, tak payah selempang-selempang.

siap je, terus mulakan larian ke dewan kuliah. haha. teruk perangai anak dara ni. setelah kepenatan berlari dengan kelajuan 120km/j *ok, ni tipu* i sampai depan pintu dewan kuliah dann....

"ops, sorii.." i terlanggar bahu seorang lelaki.

"it's ok." dia senyum.

waaa.. tu dia.. mamat yang i selalu usya tu. haha. aduhai. adakah kelewatan ini, takdir yang menemukan kami? eceh! eceh! tolong lempang pipi i 23 kali.

i terkejut sekejap.

"kan cantik pakai tudung macam ni..."

pitam. CPR. oh! "oh, thanks." auw. malu. isy, pipi dah merah. haha!

ok, dah dah. uolls~ ingat i nak berdrama lagi depan pintu dewan kuliah tu? cepat-cepat masuk dan duduk. husy! kencangnya jantung. sangat gatal kan?

haha. cesss... lepas kejadian tu, i pun sedarlah yang i pakai tudung kurang proper kan. even kaktus dah tak ada, tapi menampakkan dada. isy isy isy. i pun mula berubah dengan pemakaian yang menutup dada. masih selempang. tapi i jatuhkan, susun, pin supaya tutup bahagian depan.

i still dengan gaya macam tu sampailah saat.. jap.. i tengah ingat bila masa i pakai stokin.

...

...

...

...

gagal mengingat!

takpe, proceed.

then, masa i and the gang melawat UK & France around 2 years ago, buat i terbuka hati sedikit demi sedikit, betapa seronoknya kalau menutup aurat dengan sempurna.

kat sana, kami susah nak cari masjid dan surau. i tengok, yang lelaki, lepas ambil wudhu', terus hampar sejadah, solat lah hatta di atas rumput, di belakang bangunan, atau dalam fitting room sekalipun. ketiadaan masjid atau surau bukan alasan untuk tidak solat.

ada satu ayat yang i tulis dalam buku catatan i sepanjang di sana,

"bersihkan wajahmu, tanganmu, kepalamu, dan kakimu. lalu hamparkanlah alas di atas muka bumi Allah yang luas ini, dan dirikanlah solat. seluas-luas hamparan bumi, tiada satu pun yang boleh mengganggumu dari melakukan suruhan Allah..."

menitik air mata i, dengan ayat sendiri. sungguh, i rasa kerdil, i rasa betapa suruhan Allah tu sebenarnya memudahkan kita dalam semua perkara. tak ada yang susah dalam Islam. tinggal kita ni degil tak degil, malas tak malas je.

i cuba berubah sedikit demi sedikit. eheh.

tapi masa ni, i still pakai tudung bawal yang jarang tu, cuma dah cari jenis kain yang agak tebal sikit. tak berapa nak jarang.

then, sampai lah saat i dah kerja, dah pegang duit sendiri. tiba-tiba i tergerak hati nak beli tudung. i mesej seorang sahabat,

"tudung macam mana yang ok, ye? selendang ok, tak?"

dia jawab, "pakailah tudung yang menutup dadamu, melepasi bahumu, tidak menampakkan lehermu, sesungguhnya itulah pakaian yang sesuai untuk kamu, wahai muslimah."

uhuk!

terbatuk. agak makan dalam. rasa nak menitis air mata sekejap. terus i cari tudung yang labuh melepasi bahu, tidak jarang menampakkan leher.

terima kasih, sahabat.

alhamdulillah, sampai sekarang, i masih dalam penampilan yang sebegitu. i cuba menutup aurat sesempurnanya, bukan membalut aurat.

kawan-kawan yang sama jantina dengan i, percayalah, seronok tutup aurat dengan sempurna ni.

i ingat lagi satu peristiwa, i berkelah dengan kawan-kawan. masa singgah di surau, tengok-tengok, telekung tak disediakan. kami pandang sesama kami, masing-masing terfikir soalan yang sama, macam mana nak solat? sudahnya, kami solat bergilir dan semua menggunakan tudung i, stokin i, sarung lengan i, dan cardigan labuh i.

semua ni, peristiwa di Eropah yang menyedarkan i. sebab kami perlu sentiasa bersiap dengan keadaan yang sebegitu. macam mana kita menutup aurat ketika solat, macam tu juga lah kita ketika berada di mana-mana. senang. ambil wudhu', hampar alas, kita boleh terus solat. tapi kebersihan jangan dilupa ye?

untuk kaum lelaki pula, i suka melihat sahabat i tu punya pendirian. selama ni mungkin kaum lelaki ambil ringan hal-ehwal aurat mereka. maklumlah, mungkin tak sesulit perempuan. lelaki setakat pusat sampai lutut sahaja, kan?

tapi, sahabat i ni, dia tak suka pakai t-shirt atau baju yang agak singkat, atau seluar yang ketat. katanya,

"nanti kalau sujud, baju terangkat, dah nampak belakang. seluar ketat sangat pun, selesa ke? nak ruku' sujud pun tak selesa, macam mana nak khusyu' solat?"

jangan ingat perempuan aje kena prihatin soal aurat, kaum adam pun, ye?

sebenarnya, apa yang diperintahkan Allah tu, bukanlah untuk menyeksa manusia. Islam tu, agama fitrah. apa yang diperintahkan, sesuai dengan fitrah manusia tu sendiri. cuma kita ni, manusia, memang selalu leka. ada je hasutan syaitan yang buat kita rasa perintah Allah tu serba tak kena.

:)

p/s: alhamdulillah, my sis tu pun sedikit demi sedikit macam dah mula berhati-hati dalam pemakaian.

semoga kita sentiasa menerima hidayah-Nya dan istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan...

bubai~ thanks sebab sudi baca.. ^_~

15 July 2011

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung? (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

fuhh~ fuhh~ haachoom.. ni baru habuk seminggu. thee~

hye readers! Assalamualaikum!

tajuk entri special di hari jumaat yang sejuk-sejuk feeling ala-ala macam kat cameron lagi. oh ya, last weekend i pergi cameron. kot-kot lah jumpa seth tan kat sana. boleh ambil feel ala-ala nora elena sikit ^_~

sebenarnya agak takut sikit nak bawa tajuk ni. yelah. bukanlah i ni hebat sangat dalam bab-bab macam ni. just a few things nak share, pengalaman, kisah dan rentetan perjalanan hidup *chewah*. plus my sister sendiri pun ada seorang yang tak bertudung, kan. takut juga orang mengata, "eleh, adik sendiri tak pakai tudung, ada hati nak cakap hal tudung". just to remind, entri ini hanyalah untuk i kongsikan, apa yang i dah lalui selama ni.

i kenal tudung start darjah 1. masa tu i attend sekolah agama. so, ada 2 sekolah. sekolah kebangsaan dan sekolah agama. kat sekolah kebangsaan tu memang tak pakai tudung lah kan. siap pakai pinafore lagi pergi sekolah. rambut i masa tu panjang. sampai pinggang kalau tak silap. dan i memang tak pandai ikat rambut sendiri. sebelum pergi sekolah, hot mommy yang akan ikat rambut i kemas-kemas.

darjah 2, start potong rambut paras bahu sebab asyik tak reti ikat rambut sendiri. so pergi sekolah, lepaskan rambut. masa ni dah tak pakai pinafore. pakai baju kurung je sentiasa.

darjah 3, jadi prefect! sangat comel tengok kawan-kawan perempuan lain berkemeja biru muda dengan skirt biru tua paras lutut. i satu-satunya prefect darjah 3 yang pakai skirt labuh sampai buku lali. sebab? ada lah sebabnya. eh, ke maznie pun pakai macam tu ye? tak ingatlah. thee~ tapi masa ni dah start kena sound dengan ustazah masa subjek pendidikan islam. i tak ingatlah apa nama ustazah tu. dia pernah cakap, "orang perempuan kena pakai tudung!" tapi i fikir masa tu i belum akil baligh so belum matang, so i tak rasa pun i kena pakai tudung, muahaha~ teruknya perangai.

sebelum masuk darjah 4, tiba-tiba i rasa macam dah start segan dengan budak-budak lelaki kat sekolah. kat sekolah aje lah. then minta hot mommy buatkan tudung. i pun start pakai tudung kat sekolah, diulang, kat sekolah kebangsaan tu masa darjah 4. kat luar tak pakai tudung pun lagi. tapi kadang-kadang ada juga tak pakai tudung kat sekolah. aih, apa punya perangai lah ni.

i start full time bertudung masa keluar rumah masa darjah 6. this time my sis, engineer tupperware yang baru darjah 3 pun terikut i, pakai tudung. masa tu, i tengok Permaisuri Siti Aisyah tu sangatlah cantik bertudung. terus ajak hot mommy pergi shopping tudung.

first tudung yang i beli, eh, hot mommy belikan, warna putih. tudung segi tiga ada rambu-ramba di tiap penjuru. uolls~ ingat lagi tak ada fesyen tudung macam ni dulu? *i try gugel gambar dia tapi tak jumpa la tudung ni. so sad :( oh, masa tu komputer pun orang-orang kaya je ada.*

then i beli warna hitam dan krim. tiga warna ni aje lah yang i duk ulang tiap hari. hehe~

lepas tu tudung memang melekat kat kepala i. tapi masa tu, bukanlah tudung macam sekarang. tudung jenis bawal yang uolls~ biasa nampak orang pakai around 3-4 years back. tapi i selalu pakai tudung, tanpa anak tudung. means rambut tu still boleh nampak lah kan. kecuali kalau pergi sekolah.

masa form 4, i start pakai anak tudung. tapi bukan yang sarung full kepala tu. yang separuh je. then rambut ikat dan lepas ke belakang. but then masa tu rambut i tak adalah panjang mana so rambut tu still tak nampak bila i pakai tudung sekolah. cuma kalau keluar, pakai tudung jenis bawal tu lah.


hah, ni tudung bawal.


tiba-tiba suatu hari, ada spot check kat sekolah. dormmate i, kena denda sebab pakai anak tudung separuh. GPK HEM tarik rambut dia dari dalam tudung tu. dormmate i tak puas hati, terus kata, "cikgu, nadia budak kelas 5E1 tu pun pakai anak tudung separuh juga.." haha~

cikgu tu pun pergi kelas i, terus sergah, "nadia mana?"

i terperanjat dan terus keluar jumpa cikgu tu. "kenapa cikgu?" muka tak bersalah.

"awak pakai anak tudung separuh ke?"

"haah, cikgu." masih muka tak bersalah. "tak boleh ke, cikgu?" lagi mau tanya.

cikgu tu terus seluk tangan dia kat belakang tudung i dan tarik rambut i.

"ouchh, sakit cikgu!"

"sakit ye? awak tu dah lah ketua pelajar perempuan, pakai anak tudung separuh. tau tak kalau pakai anak tudung ni, rambut awak yang panjang tu, berjuntai-juntai macam ekor kuda, terkeluar dari tudung, orang nampak juga, kan?" cikgu tu terus tarik rambut i lagi kuat. malunya yang amat masa tu. semua student kelas bawah, 5E1, 5A1, 5M1 *kelas i located kat ground floor* keluar kelas tengok apa jadi. sebab suara cikgu tu memang kuat! serius, tak tipu. boleh dengar satu sekolah.

"aduh, sakit cikgu.."

"esok pakai anak tudung penuh!"

"tak ada, cikgu." muka sayu. serius sakit.

"weekend ni balik rumah, kan? nanti ajak mak pergi beli anak tudung penuh, faham?!"

tersentak i. "baik, cikgu..." *malu*

then i start pakai anak tudung penuh, kat sekolah aje la. luar dari sekolah still pakai anak tudung separuh. i rasa rimas dengan anak tudung penuh tu. punyalah jahat, kan.

masa kat matrik, dewan kuliah i, ramai student lelaki. al-maklum, kursus sains fizikal memang lebih ramai lelaki dari perempuan.

i and the gang *ceh, ada geng* selalu duduk dekat sempadan antara student lelaki dan student perempuan. sebab *eceh-eceh* i suka usya seorang student ni, muka yang amat sejuk mata memandang, dia selalu duduk dekat 1 baris ni dan i pun duduk baris yang sama *gatal!* tapi usya aje, k? tegur, tak berani. haha!

dah nama pun duduk depan barisan lelaki, confirmlah budak lelaki yang duduk belakang uolls~ kan. biasanya dalam dewan kuliah, barisan depan dipelopori kaum hawa, kaum adam suka duduk belakang. =.='

satu hari tu, ada sorang mamat ni, tegur i dalam dewan kuliah,
"nadia, kau ada tanam kaktus eh?"

"eh, bila masa pula aku tanam kaktus?"

"ni, kat kepala kau. tajam-tajam ni."

malunya yang amat. uolls~ tahu dia tunjuk apa? hujung rambut i yang mencacak-cacak macam duri kaktus kat tudung i. sebab, i pakai tudung, pakai anak tudung separuh dan rambut i sanggulkan, sebab rambut dah panjang, takkan nak juntaikan macam ekor kuda lagi.
#_# so, its really looks like cactus lah kan?

memang teguran tu sangatlah memberi kesan. i pun pakailah anak tudung penuh sampai sekarang.

i pakai tudung, dah tak ada kaktus. tapi, tudung i selempang kan. means, nampak dada lah, kan. masih tak perfect, kan?

nanti i sambung lagi part 2. i kena tegur sampai muka merah-merah.

bubai~ thanks sebab sudi baca :) ^_~


10 June 2011

Abang nak temankan saya ke masjid ke?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

di satu hari yang indah, perlahan-lahan turun tangga office. demi mengisi perut yang berkriuk-kriuk.

kaum adam di pejabat sudah lama keluar lunch. al-maklum, hari jumaat. mereka lepas awal sikit. kelonggaran untuk pergi menunaikan ibadah wajib untuk lelaki di setiap hari jumaat.

yang kami kaum hawa ni, lunch time macam biasa. eheh.

macam terbiasa pula, hari jumaat, i berjubah. mungkin suasana jumaat ni lain sikit kot. hari yang penuh rahmat kan?

panas pun, rasa sejuk, nyaman, damai, tenang.

masuk ke sebuah restoran yang namanya dirahsiakan. order makanan dan minuman. perut berkriuk ni, sila sabar sekejap.

mata tertancap pada meja di hadapan. oh, handsome. ok. sekadar menjamu mata sementara tunggu untuk jamu selera. sambung sembang dengan rakan-rakan.

makanan sampai. mata terkilas di handphone. eh, dah jam 1.15 pm rupanya. hari ni, Jumaat. kenapa dua orang handsome di hadapan tu masih di sini?

handsome = lelaki. takkan i nak cakap perempuan handsome pula kan? =.=

u guys, i mean lelaki-lelaki di luar sana, yang seenaknya melepak di waktu tengahari jumaat, tak rasa malu ke, uolls~ tayang uolls~ tak pergi solat jumaat?

seumpama macam uolls~ dengan sedapnya meratah KFC di hadapan orang ramai di waktu siang bulan ramadhan.

uzur agaknya.

habis makan, bayar, pulang ke office. berjalan keseorangan kerana rakan-rakan lain di office yang berlainan.

angin kuat tengahari ni menerbangkan sikit kain jubah dan hujung tudung i. i pegang kemas.

"phewwitt... cik adik nak ke mana? boleh abang temankan?" sekumpulan lelaki cuba mengusik.

i pandang. muka berkerut. otak ligat memikir jawapan.

"tak perlu kot nak temankan saya, lebih elok cik abang semua ke masjid. rasanya orang dah start solat jumaat."

uolls~ ingat cool ke tak pergi solat jumaat kemudian tegur perempuan macam tu?


sick!

=.=

29 March 2011

Lelaki kahwin lambat? Mengapa?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


tadi dapat satu kiriman emel dari seorang sahabat. saja nak share kat sini. untuk renungan kita bersama...


Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Bia saye berikan satu contoh

Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip, boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun

Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.

Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. Ini berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu.

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda : berapa-berapa yang u sanggup
anda : RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh' * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang. wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan

"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :

Budaya kita yang tak kene tempat. Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1) Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada menda menda yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pond ah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2) “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia , bertahun dulu. Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan menda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3) Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?

..dan yang si lelaki menangung bebannya...



sangat catchy. lebih-lebih ayat yang agak-agak last tu, "Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?"

ya, i pun berfikir benda yang sama macam apa yang ditulis dalam ni. tu kalau gaji RM2000. kalau gaji lebih rendah dari tu? ada je engineer gaji rendah dari RM2000 -_-"

lepas tu, hantaran. setahu i, yang wajib adalah maskahwin. hantaran tu adat je. letak harga tinggi, membebankan si lelaki. dalam hati memang nak menikah tapi keinginan keluarga perempuan yang tinggi membuatkan si lelaki terduduk dan terus rasa macam, "akulah pipit, tak layak terbang dengan enggang..." what the? adakah kita pandang harta atau attitude nya? kalau kebetulan lelaki tu dari keluarga yang susah, anak lelaki harapan pula, gaji banyak perlu disalurkan untuk keluarga di kampung, macam mana pula tu? pada i, lelaki macam ni lah yang i cari sebab kita dah nampak dia tu bertanggungjawab. sebab gaji dia bukan dihabiskan untuk berfoya-foya tapi dia sedar dia perlu bekerja keras demi keluarga. nak menikah, kena tambah keras lagi kerjanya. kesiannya. salute dengan orang macam ni.

make up nak grand grand. fuhh~ kalau mampu tak kisahlah kan. pelamin, baju, aiseh. fikir benda-benda macam ni rasa nak tercabut kepala. ya, orang kata, berkahwin tu sekali je seumur hidup tapi ingat, kita nak sehidup semati dengan dia bukan sehari, tapi beribu-ribu hari. kalau untuk majlis yang sehari tu kita galak berhabis beribu-ribu ringgit, macam mana next day kita yang beribu-ribu hari lagi tu ye?

i pinjam sekejap hadith Nabi yang bermaksud lebih kurang macam ni,
"buatlah kenduri walaupun hanya dengan mengorbankan seekor kambing"

ada lagi yang best,
"lebih mulia wanita yang merendahkan maharnya"

bukan bermaksud nak kata perempuan ni tak ada nilai, tapi lebih elok tidak menyusahkan pihak yang lagi satu. dan adakah nilai wanita tu letaknya pada harga hantarannya?

adakah kita lebih rela menanggung zina mata, hati, telinga, daripada mencari jalan yang lebih diredhai Allah?

tak larat dah tanggung dosa T_____T

02 March 2011

7 keping Surat Cinta untuk Saya ^_^

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

malam tadi, i dapat 7 keping surat cinta dari 7 orang! wah, macam tak percayakan? i tersenyum sampai ke telinga tiap kali baca tiap helai surat-surat tu.

bahagianya!

rasa macam nak terbang!

ok ok, come back to the earth.

hehe... masa usrah malam tadi, kami disuruh membuat surat cinta. untuk sahabat-sahabat liqa'. malam tadi ada 8 orang, so setiap orang akan dapat 7 keping surat cinta.

sungguh!

memang betul-betul surat cinta. tapi, ada lagi ke surat cinta di zaman orang ber'SMS', ber'emel', ber'facebook' dan ber'blog' ni?

apa uolls~ yang bercinta laki pompuan aje ke yang boleh dapat surat cinta?

cinta tu luas. cinta pada Tuan Punya, pada Rasulullah, ibu ayah.

cuba try sekali tulis surat cinta untuk ibu ayah, confirm menitis air mata kan?

bila sebut love letter, mesti terbayang boipren gopren. eheh~ macam i tak pernah bercinta lak kan.

but surat cinta ni lebih lebih lebih indah. kasih sayang sesama sahabat seperjuangan. rasa macam nak menitis air mata bila baca harapan yang ditulis dalam surat tu. memang temanya, harapan di jalan dakwah.

indahnya perasaan ni.

setiap kata tu betul-betul menusuk hati lah. aisy~ memang sedang dilamun cinta i ni~

bila baca semua surat tu, rasa diri ni disayangi, rasa diri ni dihargai, rasa macam-macam rasa yang indah belaka.

cinta pada Tuan Punya diri i ni. sebaknya hati. kita lupa, cinta Dia pada kita sangatlah banyak. memang sungguh kita lupa. sungguh!

kita selalu leka, sekejap je kita sedar, lepas tu kita lupa balik kat Tuan Punya kita.

janganlah bagi i lupa. sebab kasih sayang-Mu terlalu melimpah-ruah. tak terkata.

sebak lagi.

:'(

30 January 2011

Nak Menikah?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

On the way back from UTM to KL, i read a book, 'Buatmu Wanita' karangan Suzana Ghazali, terbitan Buku Prima. pinjam buku ni dari kak ina. sangat menarik. bahasa yang sangat mudah difahami, i boleh baca buku tu non-stop sampai tak sedar i tak tidur langsung dalam perjalanan JB-KL tu.

buku ni cerita tentang hak-hak seorang wanita dari aspek perundangan. bermula dari sebagai anak gadis, sehingga ke alam perkahwinan, sampailah kalau perkahwinan tu berakhir (cerai) *minta dijauhkan*. buku ni bukan sesuai untuk perempuan sahaja, tapi lelaki pun ok. sebab apa yang diceritakan tu memang kisah benar dalam masyarakat kita sekarang *yelah, peguam syarie yang berdepan dengan macam-macam kes hari ini*.

ada satu bab yang menarik dikupas dalam buku tu. bab tonggak bahagia rumah tangga. satu subtopik, peranan dan tanggungjawab suami. ada banyak. tapi ada satu yang dikupas dengan sangat panjang lebar;

'Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan'

i just nak petik some of ayat-ayat quran dan hadith yang berkaitan. oh ya, ni yang i paling suka tentang buku ni. setiap fakta yang dikemukakan berlandaskan dalil dari quran dan hadith. islam is our way. so bila tiap fakta disokong dengan dalil-dalil ni, bermakna itu adalah fakta yang konkrit.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
- Surah An-Nisa' : 34

Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberkati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlaku kesusahan.
- Surah Al-Talaq : 7


Diceritakan Hakim bin Muawiyah bin Hidah al-Qusyairi RA pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW (bermaksud);
Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah SAW bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.
- Hadith riwayat Abu Daud

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) pada jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.
- Hadith riwayat Muslim


Satu lagi sabda Rasulullah SAW bermaksud;
Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak (perbelanjaan) yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.
- Hadith riwayat Ibnu Majah
i petik direct dari buku dia ye.

saya pernah ditanya, benarkah tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri akan gugur sekiranya si suami telah memberi izin kepada isterinya untuk bekerja? sebenarnya, satu perkara yang saya yakin memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja.

masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan e-mel sebegini kepada saya walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian daripada saya.

islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

malahan sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang-alik si isteri ketika bekerja. segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami, sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.

cuma, demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi meringankan tanggungan suami. membantu meringankan bebanan dan tanggungan bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab.

bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upaya bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. saya pernah ceritakan kisah suami sahabat saya yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. inilah lelaki sejati yang menghargai isterinya.

namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. kebanyakan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku jugak sebab aku ni suami, isteri kena ikut kata aku. hmm... memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

pelik kan? bukannya tak tahu memberi nafkah dan menanggung perbelanjaan rumah tangga adalah kewajipan suami. masih tak faham? apa yang tak faham lagi? kalau tak ada ilmu agama sekali pun, adat masyarakat jelas mengatakan bahawa suami berkewajipan ke atas isteri dan anak-anak. berkewajipan dalam erti kata perlu memberi makan minum, pakaian tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anak-anak. itu adalah kewajipan asas, belum dikira tanggungjawab mendidik, membimbing, memberi ilmu kepada isteri dan anak-anak.


banyak lagi yang menarik yang diceritakan dalam buku ni. terutama bab-bab tanggungjawab ni. oh, buku ni tak bias. ada juga dia sebutkan pasal isteri juga. what the do's and dont's.

kadang-kadang kita ni fikir nak menikah, nak cepat menikah. perkara asas yang terlintas bila cakap hal menikah, mesti hal duit. duit hantarannya, duit kendurinya. tapi kita tak boleh lupa, yang paling penting adalah penuhkan ilmu di dada. pada i, bila ilmu asas tu dah mantap, barulah kita boleh dikatakan bersedia untuk berumah tangga. ini, tanggungjawab pun tak faham, nanti dah menikah jadi banyak salah faham. tu yang banyak kes bercerai-berai tu. sebab tak tahu tanggungjawab sebenar, bila tak tahu, tak mahu belajar, tak mahu membaca, tak mahu bertanya kepada orang yang berilmu.

ya, i belum menikah so tak tahu asam garamnya macam mana, i tak layak untuk bercakap lebih-lebih. cuma satu yang i tahu, kalau islam adalah cara hidup kita, islam adalah pegangan kita, quran dan hadith adalah manual kita, insyaAllah, dunia dan akhirat kita dapat. janji Allah tu benar.

benar.

^_^


05 January 2011

Macam Mana Nak Kurus? (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yang i prasan, kebanyakan keyword when searching my blog, selain my name or my father's name, is...

'macam mana nak kurus'

entry ini

i tak tahu uolls~ follow ke tak petua petui yang i bagi tu. wahahaha~ sebab pada i, semua tu disiplin maa... yelah, i tengok, i tak kurus-kurus pun. ada hati nak bagi petua macam mana nak kurus. bahah!

sebab apa i tak kurus?

sebab i tak ikut sangat petua yang i sendiri tulis tu. lagi-lagi part jogging tu ok! tapi sejak tengok hot mommY sangat rajin jogging tiap-tiap pagi lately, buat i rasa jeles pulak. i pun nak jogging!

but one thing, i dah boleh pakai kebaya yang hot mommY jahit masa matrikulasi dulu. i mean 5tahun lepas punya kebaya. so i already back into the shape.

cuma....





ya... cuma lepas je makan kat kenduri kawen (pakai that kebaya), i terpaksa tahan perut -_-"

ye, sebenarnya masih belum betul-betul back to the shape T___T


oh ya people. pernah dengar tak, mandi sebelum subuh atau sejam sebelum matahari naik tu dapat memecahkan lemak-lemak yang ada dalam badan. but bukan mandi dengan air heater tau.

i still tak jumpa bukti scientific regarding this matter but what can i say is, apa yang dianjurkan dalam islam tu, mestilah yang terbaik untuk manusia kan?

pada pendapat i, betul kot ayat tu. sebabnya, masa i sekolah menengah dulu, duduk hostel, i sangatlah rajin mandi awal pagi.

sebab i sangatlah tak suka berebut toilet dan beratur depan toilet sebelum mandi tu lepas tu nak berkejar pergi solat subuh berjemaah kat surau.

so, walaupun masa dah jadi senior (form 5) pun, i still bangun lebih awal dari junior. i bangun around 5am. mandi. bersiap. dalam 5.30, i lah orang pertama yang buka pagar aspuri untuk pergi solat jemaah kat surau sekolah. oh oh. kat blok kitorang ni ada amalan junior (form 4) tak boleh masuk toilet kalau dah turn senior mandi. biasa turn senior dalam pukul 5.45-6.15 camtu.

dan, berat badan i masa tu 52kg oh! dengan ketinggian 163cm. now? 57-60kg wahahahah! sangat rindu berat masa tu T___T

so, boleh ke i kata yang mandi awal pagi tu memang memecahkan lemak?

eheh~ lagipun duduk hostel, mana ada heater kan? plus i memang seorang budak hostel yang tak pernah skip hostel's meal. selalunya girls ni, breakfast, tea time dengan supper diorang tak turun makan. konon diet or kenyang lagi. but me? dari breakfast, lunch, tea time, dinner, supper semua tu i ngan dormmate i belasah. plus amik nasi pun takde nak sikit cinonet je dalam tray tu, harus penuh, ok! yelah, dah bayar yuran memahal kot? membazir kalau tak makan.

satu lagi yang mungkin orang tak berapa tahu, sebenarnya, kalau kita mandi around 5am tu kan, air bukannya sejuk pun tau, panas-panas suam ada la... sejak bekerja ni, mandi pukul 7am, air tu sejuk amat... hahaha~

so uolls~ yang rasa nak kurus tu, cubalah praktikkan mandi sebelum subuh. lagipun, memang elok kan, bersihkan diri sebelum solat :)


renung-renungkan, dan selamat beramal! - credit to prof izi hot.fm


oh, lagi satu, i love this quote,

I'm scared to care too much, to feel that rush once more, to love again at the risk of getting hurt. But what i fear most is the thought of you leaving me, when i've already conquered those fears for you...
- credit to Realiti Konspirasi

daaa people ^_~

24 December 2010

Saya Sudah Bertunang

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

haih~ suka betul buat tajuk kontrovesi kan?

ok, cuba baca link ini...

cuba fahami dengan setulus ikhlas hati. eheh.

lagi-lagi statement ni



"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)




ya~ betul lah tu. kita ni terlalu mengikut sangat adat sampai mengabaikan syariat. walhal kita patut mendahulukan syariat dalam mennjalani gaya hidup ni.

Al-Quran kan 'manual' untuk manusia kan.

rombongan hantar cincin, siap ada hantaran bagai, ada sesetengah orang sekarang siap dengan ada doorgift segala. tu semua adat sajoh. eheh.




meminang membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak atau kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita. dengan zahirnya kehendak itu, jadilah khatib (tunang lelaki) dan makhtubah (tunang wanita), maka tidaklah dibenarkan menerima pinangan lain selepas itu melainkan sebab yang memerlukan untuk putus tunang.
- Fatwa Muasoroh oleh Dr. Yusof Al Qardawi



so, anda rasa anda sudah bertunangkah.....





secara syariat?

fikir-fikirkanlah

^_^

16 December 2010

Perhubungan Terlarang

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

satu dua hari ni kecoh betul adik i yang tengah belajar kat mesir tu, nak menikah. aihh~ family kat malaysia ni semua duk call i, tanya, betul ke my little brother tu nak menikah?

ni pun sebab i yang selalu contact dia via YM. i rasa ni salah faham. mungkin dari entri blog dia.

eheh, adik i tu muda belia lagi. baru setahun kat mesir tu. dia pun terperanjat dengar cerita dia nak menikah meletup kat malaysia *ceh, bunyi macam meletup dalam paper*. kakak-kakak dia ni pun belum menikah lagi. eheh. kat sini i nak kongsikan sedikit kisah. ala-ala explanation dari dia untuk keluarga di malaysia.

kisah ni pun, untuk tatapan ibu bapa lain. *ceh, cakap macam dah besar*. dengan harapan masyarakat kita dapat ubah sedikit sentimen dan perspektif terhadap permasalah pernikahan ni...


Kisah 1

Keadaan bingit di kelas 5 A menyakitkan telinga Adi yang sedang sibuk menelaah pelajarannya. Kelihatan sekelompok pelajar di belakang kelas sedang sibuk membincangkan susun atur program kelas yang akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Sebentar sahaja tadi 2 orang pelajar Cina keluar dari kelas menuju ke satu tempat. Ke tandas agaknya. Dan tidak ketinggalan pelajar2 lain yang juga sedang sibuk membaca buku dan tidak kurang juga yang berborak2 dengan alunan suara yang agak kuat menyebabkan Adi terganggu.
Lantas Adi memalingkan wajahnya ke sebelah kiri kelas dan melihat, sebuah tubuh, kecil molek sedang melintasi kelas 5A.

"Minah..."terlintas perkataan ini dihati Adi.

Adi tidak melepaskan pandangannya sehinggalah kelibat Minah hilang dihujung pintu kelas. Minah seorang pelajar kelas 5 A+ yang mempunyai rupa paras yang menawan sehinggakan mana2 lelaki yang memandang akan jatuh cinta pandang kali ke berapa tah. Juga terkenal dengan gelaran genius dalam sekolah dan selalu berada dalam kalangan 'top student' ketika peperiksaan. Sudah 3 bulan berlalu sejak Adi terpandang Minah dan sejak itu bunga2 cinta berputik dalam hatinya.

"Oi termenung jauh nampak" Ehsan menepuk belakang Adi sambil tersenyum kearahnya.

"Takde aku ternampak Minah tadi"balas Adi.

"Oooo patutla tak kalih pandangan, kena aku tepuk belakang ni baru sedar"kata Ehsan.

Ehsan yang merupakan sahabat baik Adi mengetahui segala isi hati Adi dan dia jugalah tempat Adi mengadu.

"Ko dah bagitahu dia ke yang ko nak kapel dengan dia?" Ehsan bertanya.

"Dah aku dah hantar surat kat dia semalam""Rasanya dia akan balas hari ini, aku ternanti2 jawapan dia"Adi membalas.

"Uih kalau ko dapat dia, tahniah la aku ucapkan. Semoga ko bahagia la ek"

Setelah itu, loceng rehat berbunyi dan para pelajar berpusu2 menuju ke kantin untuk mengisi perut yang ternyata sedang bergendang gendut tali kecapi. Tinggallah seorang manusia bernama Adi didalam kelas duduk dengan setia diatas kerusinya tanpa menghiraukan perutnya yang sibuk meminta diisi supaya general function of the body dapat dijalankan. Beberapa minit selepas itu muncul seseorang seakan2 posmen datang membawa surat bewarna merah jambu dan agaknya disembur dengan minyak wangi 'Ambi Pour'. Surat itu lantas dibuka dan kandungannya dibaca.

Wahai makhluk bernama lelaki

Diciptakan engkau sebagai lelaki

Gagahnya engkau seorang lelaki

Sememangnya engkau seorang lelaki.

Disebabkan itu aku terima cinta engkau

Yang tidak berbelah bahagi.

Dating kita Di Jusco, Wangsa Walk dan bermacam lagi.

Harap hubungan ini diberkati(erkk diberkati ???)

Adi dan Minah

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

okeh habis sudah cerita pertama. Harap fahamlah jalan cerita ya. Kita sambung cerita ke-2.

Kisah 2

Malam yang tenang dan sunyi di sebuah kolej yang terletak di selatan tanah air. Keadaan yang sunyi diisi dengan satu suara yang kelihatannya keluar dari sebuah corong di masjid utama kolej tersebut. Satu kuliah mingguan yang dijalankan pada hari khamis selepas sahaja selesai solat isya' diadakan. Penyampai kuliah tersebut merupakan seorang Ustaz yang berkelulusan Phd dari Azhar Mesir. Kuliah yang diberikan tampak semangat dengan sekali sekala diiringi dengan gelak tawa para hadirin yang mendengar lawaknya. Kuliah yang diadakan pada kali ini adalah lebih tertumpu kepada pemuda dan pemudi yang sedang belajar di kolej tersebut. Tidak dikecualikan Aziz yang sejak dari tadi tidak mengalih pandangan dari Ustaz tersebut. Dia tertarik dengan cara penyampaian ustaz itu dan tekun mendengarnya.

Isi2 yang disampaikan amat bermanfaat dan berguna. Jika tidak dia menghadiri kuliah ini tidak dia tahu akan adanya meminang melalui syariat Islam. Selama yang kita dengar, seseorang itu telah menjadi tunang apabila telah kedua2 belah keluarga bertemu dan memberi dan saling bertukar hantaran dan juga cincin.
Teringat kata2 ustaz tersebut.

"nak meminang ni senang je, kamu cakap kat perempuan tu saya ingin memperisterikan awak, jika dia setuju maka dia tidak boleh menerima pinangan dari orang lain dan dia adalah tunang kamu yang sah."kata2 ustaz itu terngiang2 dalam kepalanya.

"Betul juga kata ustaz tu, daripada tak tentu pasal kapel mengapel, baik ada ikatan yang sah betul tak" Aziz bermonolog dalam hati.

Seminggu berlalu, kelas bermula seperti biasa. Tiada yang ganjilnya pada hari itu, pelajar berpusu2 menuju ke kelas masing2 dan ada juga yang ke dewan kuliah yang terletak disebelah selatan kolej. Aziz memakai kasut dan meneruskan perjalannya kekelas praktikal yang diadakan pada sebelah pagi yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Beberapa tempat dilintasi untuk menuju ke kelas praktikal, ketika dia mengangkat kakinya untuk melangkah melintasi kafe dia bertembung dengan seorang akhawat. Jika tidak Allah SWT ciptakan myelin sheath pada nerve2 yang ada pasti dia akan terlanggar sebelum sempat dia berhentikan langkahnya.

Tetapi takdir Allah SWT, dia terhenti pada ketika itu juga dan tidak mampu merungkai kata2. Kakinya kaku, motor cortex yang ada pada precentral gyrus telah memberikannya arahan untuk bergerak tetapi satu naluri yang kuat dari hati telah memberhentikan langkahnya. Dia tergamam, terdiam, terkedu dan akhirnya kembali kepada consiousness selang beberapa minit selepas itu. Imej akhawat berjubah, bertudung labuh, bermata empat muncul dalam benak fikirannya yang kini akan diproses untuk disimpan sebagai short term memory dan mungkin akan hilang jika tidak dia melihatnya kembali.

"siapakah dia" katanya dalam hati

Disebabkan perasaan yang ada dalam hatinya, tidak dia makan tidak dia minum. Sebab dia berpuasa pada hari itu. Dah maghrib nanti dia berbukalah ya. Juga dia tidak mandi disebabkan air musim sejuk yang mencecah 7 darjah celsius yang menjadi kebiasaan masyarakat disini. Pada malam hari dia , setelah hampir 90 minit dia tidur, REM(rapid eye movement) berlaku diiringi dengan mimpi. Mimpi yang kelihatan dalamnya seorang bidadari berjubah putih dan bemata empat datang kepadanya. Lantas dia terus bangun dan membasuh muka. Adakah ini yang dikatakan cinta.

Tidak dia ketahui bagaimana untuk menyampaikan hasrat hatinya. Ingin dia miliki akhawat tersebut tetapi tidak dia bersedia untuk berkahwin. Pelajaran perlu dihabiskan terlebih dahulu, masih ada baki 3 tahun lagi untuk ditamatkan perjalanan kuliahnya sebelum berjaya dia menggapai segenggam ijazah. Tetapi tidak dia mahu untuk melepaskan akhawat itu. Perasaan cintanya sangat dalam ibarat dalamnya lautan Pasifik atau Atlantik atau lautan Hindi. Jika dibiarkan lama2 pasti dikebas orang. Apakah yang patut dilakukannya. Tiba2 dia teringat akan kata2 Ustaz ketika kuliah pada minggu lepas. "Meminang mengikut syariat Islam""Mudah dan praktikal". Tetapi patutkah Aziz bebuat begitu??????




so what do you guys thing? u olls~ nak jadi Adi ke Aziz?

i prefer AZIZ.


sebab?

ni i copy dari my brother juga.. ngee~~~ belong, kaklong dah minta izin kan? hehe...

senang hati pula jika tengok anak dibawa kehulu kehilir pergi dating. Sanggup ke?

Jika pada kisah Aziz tu, dia ambil kepetusan yang sememangnya Islam sendiri dah ajar.

Maksudnya memang ada hikmah dan kebaikan kenapa Islam ajar kita camtu. Bukan saja2 je.

Islam memudahkan kita, jangan menyusahkannya dengan adat atau budaya sesebuah masyarakat.

Ibarat kamu semua adalah ibu atau bapa, sila pilih

nak anak dengan hubungan yang haram atau hubungan yang sah dari segi Islam?


sumber dari sini. sori lah budak ni budak medic, tu yang banyak ayat doktor yang kadang i pun tak paham...


ok, i pun pernah je suatu ketika dahulukala di zaman purbakala berkapel2 ni. hahaha. so tahulah macam mana keadaannya kalau tengah hangat bercinta tu.

tapi tu masa silam i.

Allah datangkan ujian atau musibah tu untuk uji hamba-Nya, untuk bagi hamba-Nya tu sayang Dia lebih dari yang lain.

sebagai manusia, yang memang fitrahnya nak berkasih-sayang, mustahil lah tak ada perasaan ingin disayangi dan ingin menyayangi. tapi kenalah ikut 'manual' nya kan. so, tak boleh nak jamin seorang anak itu mampu kontrol perasaan dia. lagipun, syaitan tu sangatlah kuat pengaruhnya. sedangkan Adam dan Hawa pun tergoda inikan pula kita, manusia akhir zaman yang terlalu nipis imannya *perasan tak, banyak 'nya'?*.

so, jomlah kita menikah cepat.

ilmu kena cukupkan. kalau tak cukup ilmu lagi, tambah iman.

hahah! tepuk dada, tanya iman.

p/s: i pun bukannya baik, tapi kita sama-sama berusaha jadi lebih baik ya.