Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label senarai kesyukuran. Show all posts
Showing posts with label senarai kesyukuran. Show all posts

31 December 2016

End of 2016

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

MasyaAllah.. rasa sekejap sangat 2016 ni. Tengok-tengok alamak ada 5 entri je untuk 2016? Teruk perangai komeee...

Tapi ada lagi ke orang rajin baca blog sekarang? Yelah sekarang orang duk ligat main social media yang lain macam Instagram, Twitter, apa lagi? Terasa tua sangatlah pulak kan. Tak apa lah, blog ni pun kadang ada juga benda penting yang tercatat.

Contoh, rawatan steam percussion.

Dan entri paling tinggi view untuk 2016, entri ambil kunci rumah baru.

Kadang-kadang blog ni bagus juga untuk share tips & review. Kita pun kadang duk baca review dari blog orang lain juga kan kalau nak survey serba-serbi.

Tapi tu la, kalau dapat blogger sendu macam aku ni, memang tak membantu sangatlah pun kan. Hahaha.

To sum my 2016,
Start dengan penyesuaian diri selepas beranak dua. Melor dah mula pandai jalan masa umur 9 bulan! Awai bebenor. Abang Fateh pun berjalan masa umur 15 bulan tehehehe.

Now dah berlari dah pun. Tak larat nak mengejor. Minta tolong Abang Fateh yang kejor.

Lepas tu, mulalah journey kami berdikit-dikit untuk masuk rumah baru. Jujur kami habis hampir RM20 ribu untuk kos basic macam grille, kabinet dapur, lampu, kipas, wiring tambahan, piping tambahan, perabot basic, peralatan rumah basic, peralatan dapur basic, peti ais, mesin basuh... pheww.. kalah duit belanja kahwin. So sesiapa nak masuk rumah baru lepas ni, get ready, guys!

Then, nak dekat penghujung 2016, kami terima dua berita yang mengejutkan.

Satu berita baik. Satu berita kurang baik.

Berita baik, aku mengandung anak ketiga. MasyaAllah, Allah murahkan rezeki anak kat kami.

Berita tak baik, Imam terpaksa berhenti kerja sebab masalah syarikat beliau. Hampir 90% staf diberhentikan / ditamatkan kontrak.

Jadi, kami masuk tahun baru dengan keadaan separa gembira. Haha boleh eh separa gembira.

Kami redha, setiap yang berlaku, ada hikmah. Walaupun rasa patah sebelah kaki, tapi, kami cuba untuk bertahan. Biarpun sebiji telur kongsi berempat kehkehkeh.

Semoga tahun 2017 dapat dihadapi dengan tenang dan kuat!

Aminnn...

07 October 2014

Asma (Asthma, Lelah) Ketika Mengandung

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul. Cewahh. Entah apa yang dipikul di bahu aku pun tak tahu, Korang nampak tak 'di' pada perkataan 'dipikul' dan 'di bahu' tu. Dulu cikgu Bahasa Melayu aku ajar, kalau kata kerja, 'di' kena rapatkan. Pikul adalah kata kerja, maka 'di' dan 'pikul' haruslah rapat. Aku lupa dah nama cikgu BM masa darjah 6 tu. Farah, Jimat, apa nama cikgu tu eh? Aku tahu korang baca blog aku, so tolong jawabkan. Teheee~

Dah kenapa aku melalut pasal tatabahasa hari ni mentang-mentang minggu lepas cuti seminggu kemain kau tak masuk opis seminggu.

Hari senin tu MC sebab sakit belakang ni haa.. Takyah lah aku cerita lagi pasal sakit belakang tu korang pun malas nak baca, ye dak? Dah banyak cerita pasal slipped disc tu dalam blog ni eh ke tak banyak lagi? Haha. Latest update, doc suruh buat MRI semula lepas bersalin dan hurmm dan ada kemungkinan untuk buat pembedahan. Pasal pembedahan tu aku kena fikir dulu dan seek for 2nd opinion. Melibatkan saraf tunjang ni seramsss aiii..

Aku nak cerita apa yang jadi kat aku selasa lepas. Pagi tu macam biasa aku naik LRT pergi kerja. Cumanya agak pelik, aku macam tak cukup nafas dalam tren. Padahal tren takde lah sesardin mana. Sebab aku agak awal pagi tu. So, aku berdiri kat tiang tetengah tu, sekejap-sekejap jengket kaki, tarik nafas dalam-dalam, hembus slow-slow. Tarik, hembus. Banyak kali lah jadi camtu.

Sampai je stesen, aku dah macam tak tentu arah. Jantung laju sungguh. Nak berjalan naik ke tower ofis pun semacam je lelahnya. Allahuakbar.. Sila bertahan Nadia!

Sampai ofis, aku terus ambil air suam-suam panas. Minum. Bagi reda sikit sakit dada dan sesak nafas tu. Lega lah sikit. Aku on laptop dan buat kerja macam biasa.

Tapi, lebih kurang pukul 9 pagi camtu, bila air-cond ofis dah semakin sejuk, sesak nafas tu mula datang balik. Aku rasa macam aku tak cukup oksigen. Sempit betul ruang nak bernafas, Allahu. Aku bagitau manager, aku nak turun kat klinik bawah jap, amik nebulizer.

Aku turun sorang-sorang sebab diorang memasing busy. Malas nak kacau. Masa masuk lif tu aku dah rasa nak pitam. Mata dah berair sebab perit kat tekak dan dada. Aku macam terkapai-kapai minta nyawa. Serius tak cukup oksigen. Rasa macam tak mampu dah nak bernafas. Alhamdulillah dalam lif tu ada sorang kakak kebetulan nak turun bawah gak, nampak muka aku dah pucat dan aku nak pitam. Kakak tu papah aku dan bawa ke klinik. Kalau dia tak ada, aku rasa aku dah pengsan dalam lif tu. Kat klinik tu dia siap tolong register.

Dan haruslah pesakit asthma akan memotong Q pesakit yang lain. Masuk je bilik doktor, muka aku dah biru-biru (ni doktor yang kata), aku tak mampu nak explain sangat kat doktor. Aku cakap pun sepatah-sepatah dan tercungap-cungap,

"Last.... attack.... was.... on.... my... 1st pregnancy.... end of 2012......"

"Ok come, we give u neb first.

Angguk.

"Ok, come"

"Doc! I am... in... my..... 2nd pregnancy....."

"How many weeks?"

Dah tak mampu bercakap, aku tunjuk lapan jari je.

"8 weeks? Ok, come!"

Doktor pun gegas-gegas, nurse pun rushing-rushing prepare neb, tinggikan katil, dan baringkan aku separa duduk. Mata aku dah ke atas masa ni.

"Wake up, Nadia!"

Aku tahu aku masih sedar. Separa sedar.

Nurse pakaikan neb. Dan aku cuba bernafas macam biasa. Alhamdulillah aku pernah ada pengalaman asthma attack. Aku cuba apply breathing technique dan stay awake. Allahuakbar. Hanya Allah yang Maha Mengetahui macam mana perasaan masa tu. Aku dah siap-siap mengucap dalam hati, aku dapat rasa oksigen tak cukup sampai kepala. Kepala rasa macam cramp. Allah.. kalaulah ini adalah saatku yang terakhir kat dunia ni.

Dalam 10 minit neb, nurse bagi aku air suam-suam panas. Lega sikit. Doktor dan student dia check paru-paru aku, dan doktor suruh continue neb.

Aku rasa ada dalam 40 minit juga aku terbaring dalam tu. Lepas neb, doc suruh aku berehat dulu. Bernafas macam biasa. Masih sempit tapi tak sesempit tadi.

Doktor kata, nasib baik awak cepat. Kalau tak tadi, mungkin membahayakan awak atau baby atau kedua-duanya. Boleh bawa maut.

Dalam pukul 11 pagi, doktor dah bagi aku relaks kat depan registration tu. Tunggu husband pick up. Masa ni aku rasa macam, Allah.. Allah masih panjangkan umur aku. Aku nampak kakak yang papah aku tadi masuk ke klinik semula.

"Macam mana, dik? Ok tak?"

"Alhamdulillah lega sikit, kak.."

"Ni nak akak bawak naik ofis semula tak?"

"Takpe, kak. Thanks. Saya tunggu husband."

"Laaa dah kahwin? Ingatkan student praktikal!"

Gahahahaha! Ok kembang jap 5 saat.

Makanya, sejak hari tu, saya bersahabat baik semula dengan inhaler.


My long-lost-friend. Ventolin Inhaler


Dah tu pasaipa cuti sampai hari jumaat kan? Sebab asthma asyik menyerang. Total 4 kali serangan yang teruk untuk seminggu tu. Dan 2 kali ambil neb. Serangan tahap dah bawak ngucap dan mintak maap kat hasben halalkan makan minum bagai lah.

Aku rasa macam dapat nyawa baru. Macam kat rumah ada simpan satu lagi nyawa. Rasa macam, Allah... Allah masih nak aku hidup. Banyak lagi dosa yang tak tertebus. Amal tak banyak mana, dosa je membukit dari hari ke hari. 

Syukur ya Allah, masih bagi peluang nyawa dan nafas ni untuk aku. Alhamdulillah, terserempak dengan kakak tu dalam lif, kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan aku. Alhamdulillah.. tu pun rezeki.. rezeki bukan dalam bentuk duit je. Allah akan hantar rezeki saat aku memerlukan. 


Alhamdulillah...


19 November 2012

PD : Muntah Tiap Hari Itu Membahagiakan?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

keadaan loya start dari minggu ke-7 sampai sekarang makin menjadi-jadi pula dia. nakal anak ibu ni.

hari tu dia hanya menyerang waktu tengahari dan pukul 3 atau 4 petang macam tu dah ok. tapi sekarang ni, suka pula dia nak meloya dari pagi sampai nak tidur.

muntah tak payah cakap la. sejak minggu ke-7 tu pun hari-hari muntah tak pernah miss. nasib baik muntah waktu tengahari, sempat kejar ke toilet. tak ada lah termuntah atas meja kerja!

saya masih alergi dengan bau-bauan. masih lagi hari-hari minta maaf dan berterima kasih kat encik suami yang sangat sabar melayan kerenah saya yang tak tentu arah. ada sekali tu saya sampai tiba-tiba hempas barang. tapi beliau senyum saja, dan pujuk saya baik-baik. ya Allah, mana nak jumpa suami macam ni lagi?

pagi tadi lepas solat subuh, beliau kata, "sayang pergi mandi, ya? abang masakkan lauk untuk sayang bawa ke office."

air mata menitik masa tu juga. beliau siapkan SEMUA. dari mengupas bawang, masak, prepare bekal, dan masuk dalam beg. selain nasi dan lauk, beliau bekalkan juga kuih dan keropok. katanya, "nanti sayang lapar, boleh kunyah makanan-makanan ni."

huwaaa bersyukur nya saya! anakku, nanti jangan lawan cakap ayah, tahu? ayah kamu sangat baik.

dan malam tadi entah angin kus-kus apa yang datang, sakitnya kaki saya dari pinggang sampai ke tapak kaki. encik suami dengan sabar urut perlahan-lahan.

dalam geram-geram dengan morning sickness ni sebenarnya setiap hari saya tertunggu-tunggu juga, "bila nak rasa loya ni?"

sebab bila wujud rasa loya tu, saya tahu anak dalam kandungan baik-baik saja. itu membuatkan saya bahagia. dan rasa dia sedang membesar dengan baik.

jadi pada bakal-bakal ibu yang muntah tak henti tu, bersabarlah. anak kita sedang membesar bagai juara!


^_^


16 October 2012

Lepas Ni Blog Ni Jadi Blog Mak-mak La...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ingat lagi entri ini?


1 line sahaja.

supposedly my period for this month was on September 12. tapi hari ahad (14 September 2012) masih tak ada tanda nak period.

i told my husband. but he said, "tak payah lah beli pregnancy test dulu. nanti jadi macam hari tu. rupa-rupanya period sayang lambat."

tapi tapi tapi that was I yang salah kira my expected period date!

ya, before I continue, just to share with kawan-kawan yang belum kahwin, hormon dalam badan kita akan berubah lepas kahwin. like mine, sebelum kahwin, my period cycle 28 days. tapi lepas kahwin berubah jadi 32 days. sebab tu masa awal-awal kahwin hari tu period lambat saya dah, oh oh oh saya pregnant ke lalu terus beli pregnancy test lalu jadilah perkara seperti gambar di atas!

macam mana nak kira period cycle? selalunya kita boleh observe dalam masa 2-3 bulan. catat first day period untuk bulan pertama. lepas tu tunggu next month when will be your first day of period. kira dari first day period bulan pertama, sampai first day period bulan kedua, ada berapa hari. observe next month pula. adakah kitaran cycle day tu masih sama jumlah hari? then your kitaran adalah regular. so you boleh predict when will be your next month period date.

eh, paham ke tak ni?

buat-buat paham sudah lah ek?

dulu tak ambil kisah sangat pasal benda ni semua. macam boleh agak-agak. kalau bulan ni period on 12, next month will be 10 or 9. 

tapi if dah kahwin, period cycle ni kira penting juga. lagi-lagi kalau u guys memang merancang untuk dapat anak cepat. from your cycle day ni you boleh calculate ovulation date. 

Ovulation Date? ya, tu tarikh jangkaan ovum keluar dari tiub falopio. eh, jap. ovum ke ovul tah? tapi telur yang nak disenyawakan tu lah kan.

kiranya possibility untuk pregnant agak tinggi lah if bersama suami on that date. 

plus rezeki.

if Allah kata, dah tiba masanya untuk amanah ni diberi, sampailah ia.


ok kita sambung cerita between Puan Ya dan Encik Im.


Hari Ahad, di office saya.

Encik Im : ok lah, balik dari office nanti kita beli kat farmasi tu, ok?
Puan Ya : ok. tapi any result pun kita redha, ye?
Encik Im : ok. tapi nanti membazir RM10.
Puan Ya : kita perlukan kepastian. kalau negatif ok. kalau positif pun ok.

lalu kami beli juga home pregnancy test. yang paling murah, ok? RM9.90. hari tu beli sampai dua. kali ni rasa macam beli satu aje dah. plus keyakinan dalam hati tu tinggi. sebab kali ni saya dah kira betul-betul expected period date saya. dan saya yakin. chewah. confident level kena tinggi. haha.

dan sampai di rumah, suami suruh cek.
"pergi lah check, yang. tak boleh ke check waktu malam?"
"tak boleh. kena tunggu esok pagi. kalau check sekarang nanti tak accurate. penat-penat beli mahal-mahal."

malam tu saya tak boleh tidur. pukul 3, pukul 4, bila nak pukul 6 ni? pukul 5. ah, dah lah. baik bangun buat apa-apa yang patut. sebelum masuk bilik air, buka handbag, keluarkan pregnancy test, baca instruction. eh, dia tak sediakan mangkuk untuk kencing ke? susah lah gini haih. patut pun murah. 

dan. lepas buat apa yang perlu, berdebar tunggu result dalam toilet. suami relax tidur lagi.

sikit-sikit.

warna merah tu muncul.

eh, jap. sebenarnya if positif line dia satu ke dua?

tiba-tiba jadi konfius.

masuk bilik, baca semula instruction.

aaaaaaaa........

"abang, abang. bangun laaa.. tengok ni cepat!"


"haaaa???"

tak berkelip mata beliau. terus segar-bugar.

"betul ke ni?"

"entah. sayang tak salah tengok kan?"

"entah!"

sama-sama blur. apa lah laki bini ni, eh? lepas tu sama-sama baca semula instruction. satu-satu.

"eh, betul la!"

"ya Allah, alhamdulillah..."

and proudly to announce that my baby baru 5 weeks in my belly ^_^

doakan kami tabah hadapi saat-saat lepas ni, ok? doakan kami kuat.

:D

***************

doktor pesan, "hati-hati masa driving. buat masa ni tak perlu pergi jauh-jauh sangat. baby still belum kuat. jaga makan. jangan lewat makan. kalau rasa lapar, kunyah roti or minum susu."

yes!!! my husband can't say NO anymore if I said, "lapaaarrrrr...."


*****************



dan bakal ayah dah sediakan tabung simpan duit untuk akikah anak beliau.

Encik Im : kita dah boleh start beli baju baby ke?
Puan Ya : (hanya mampu ketawa) awal lagi lah abang... patutnya beli baju pregnant sayang dulu.
Encik Im : so raya tahun depan, kita raya KL lagi, lah?
Puan Ya : tengok baby keluar bila. :)

**********************

while i was driving this morning, my belly macam tegang and suddenly pinggang sakit (i have back pain history). secretly i whispered, "anakku sayang, ibu nak pergi kerja ni. sayang jangan nakal-nakal, ok?"

and and and suddenly the pain disappear! i told my husband and he just laugh at me! eh, at us! how dare he is!

he don't even know, inilah naluri antara ibu dan anak.

hahaha naluri you!

eh eh. baru 5 minggu baby dah understand semua benda ke?

wakakaka~

*********************

lepas ni blog ni jadi blog mak-mak lah, ye?

takpe, ibu muda lagi vogue gitu :) 

harap maklum!

^_^


p/s : kenapa orang sebut 'baby' not bayi? ada bayi dalam perut saya! howwww cumil ^_^





16 September 2012

Beberapa Pilihan, Berhenti Kerja atau Tidak

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

baru-baru ni saya berdepan dengan beberapa pilihan.

beberapa.

sama ada untuk kekal dalam jabatan sekarang ni,

atau tukar jabatan,

atau sambung master secara part-time dan terus bekerja,

atau sambung master secara full-time maknanya berhenti kerja dan duduk johor nuuuuuunnnnn, tinggalkan suami di KL.

saya berbincang dengan husband, senaraikan pro and cons.

kat sini saya belajar satu benda baru.

dulu, saya tak pernah ada target dalam hidup.

like, seriously, saya tak pernah langsung letak target. saya hanya cuba buat apa yang terbaik pada masa tersebut. itu saya.

tapi, bila husband keluarkan soalan pertama, "sebenarnya sayang target untuk jadi apa?"

saya terdiam, kelu. sebab memang saya tak tahu apa yang saya target sebenarnya! what a life.



tak tahu mana hala tuju nak pergi sebenarnya.

"entahlah, sayang pun tak tahu nak ke mana sebenarnya..."

"habis tu selama ni sayang tak tahu apa yang sayang nak dalam hidup?"

jungkit bahu. "sebab sayang jenis terimaaaaa aje apa adanya..."

"habis tu sampai bila?"

"abang tolong lah pilihkan. mesti abang tahu apa yang terbaik untuk sayang."

hehe. teruk punya bini.

tapi tak. itu bukan sesuatu yang patut dilakukan. takpe, husband bantu saya buat jadual pro and cons semua pilihan yang ada. dan husband tokok tambah sikit tentang apa yang dia tahu tentang saya. maka terhasil lah satu keputusan.

dan saya dah putuskan sesuatu.

maka tunggu aje lah hasil keputusan tu.

hehe.

teruk. mulai sekarang, saya perlu letak target dalam hidup.

target akan membuatkan saya berusaha kuat untuk mencapai target saya.

target bukan dari segi kerjaya dan masa depan sahaja, target sebagai isteri, target sebagai anak, target sebagai hamba Allah.

target sebagai hamba Allah, tu paling penting. apa yang kita nak achieve, sebagai hamba Allah.

ye, kita ni hamba je. so kena ikut cakap Tuan.

ok?


:)


11 September 2012

Saya Bukan Kerja Gomen Tapi Rawatan Hospital Semalam Freeee!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hari tu pada 2 september saya ada buat ini di jusco cheras selatan,




derma darah! ini kali kedua saya derma darah. tapi kali ni lebih teruk pening dan pitam berbanding yang dulu. mujur ada 'partner' di sisi. :)

kemudian semalam seperti biasa, saya ke hospital untuk check-up telinga dan hidung pula.

dan kos yang sepatutnya ini,


eheh, bukan-bukan. tu kos SEBENAR ubat yang saya dapat.

selalunya kos yang perlu dibayar di PPUKM,

  • caj rawatan ulangan (memang check-up tiap bulan) = RM20.00 setiap perjumpaan
  • stok ubatan = RM80.00
  • fisioterapi (2 minggu sekali) = RM15.00 satu sesi
jadi kos semalam sepatutnya RM115.00


tapi dapat dikurangkan menjadi ini,



hanya bawa buku ini,


alhamdulillah... kalau saya tahu gini, dari dulu saya derma darah banyak-banyak.

lepas ni saya akan derma darah dengan lebih banyak. next schedule untuk derma darah, on December. hehe.

eh tapi,

if termengandung, macam mana?

hurmmm

hurrmmmmm...

heee~


bai!

^_^

16 August 2012

Sedekah

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


*updated*

bulan-bulan Ramadhan gini mesti feeling-feeling nak beramal gitu. Allah dah sediakan suasana yang kondusif. syaitan diikat. kecuali manusia yang bertopengkan syaitan. eh ke syaitan yang bertopengkan manusia? bulan baik gini pun ada yang buat jahat. pelik masih ada 'syaitan' yang terlepas. gitu?

tadi ada taklimat berkenaan YaPEIM. tentang sedekah jariah. alhamdulillah. ni satu lagi perkara yang buat saya sayang company ni. selain satu lagi, peraturan asas yang diberitahu masa mula-mula masuk kerja dulu, staf perempuan yang beragama islam, wajib menutup aurat. ye. wajib. terperanjat. tak sangka ada sebuah company yang wujudkan peraturan begini. selalu kita dengar kalau perempuan kerja hotel, tak boleh bertudung.

bila ada taklimat tentang kebaikan dan amal-amal jariah begini sekali-sekala, buat kita rasa insaf.

insaf.

kata penceramah, kita ni mesti susah nak berpisah dari harta dunia. kan?

penceramah bagi contoh beberapa situasi yang kita pun ada je alami. sekadar untuk renungan dan bukan takat renung, fikirkan kita ni kat mana.

Situasi 1
kita hanya ada RM11 dalam wallet. sekeping not RM10, sekeping not RM1. tengah-tengah berjalan, ada orang minta sedekah. kita nak hulurkan RM10 atau RM1?

Situasi 2
dalam hati masa ke solat jumaat, dah niat dalam hati, hari ni nak sedekah RM20. tapi bila sampai waktu, dalam wallet ada RM100 sekeping. takkan nak letak RM100 dan ambil baki RM80?


see, betapa jauhnya kita dengan sedekah? betapa KEDEKUT nya kita?

kadang ada anak yatim datang minta sedekah. asalnya memang kita niat nak sedekah. tapi dek kerana kita khuatir itu adalah sindiket, maka kita pun tak bagi sedekah kat budak tu. saya pernah buat entri tentang ni dulu. nanti saya cari semula dan link kan di sini. *updated: ini link entri tersebut*

harta ni semua Allah yang punya. Dia bagi pinjam. bila kita bagi pinjam semula kepada Allah (yakni sedekah), Allah akan balas semula berlipat-lipat kali ganda.

perkara ni macam terjadi kat diri saya sendiri.

semalam, encik suami bersedih. haruslah seorang isteri cuba menenangkan hati suami. katanya, duit untuk beraya tak cukup. kebetulan bulan ni perlu renew road tax dan insurans. RM1+++ kan. kereta baru nak sambut birthday setahun. dan tahun ni tahun pertama kami sebagai suami isteri. haruslah BANYAK persiapan nak dibuat. tambahan, motor beliau tiba-tiba rosak minggu ni. dah dua kali dalam bulan ni. dan dah seminggu encik suami berulang-alik dengan kereta dari Cheras-Taman Melawati (hantar saya ke pejabat)-Hicom-Taman Melawati (ambil saya)-Cheras.

tapi tu lah. BANYAK juga keperluan yang perlu didahulukan.

encik suami tanya, "kenapa kita macam kurang duit, ye?" sayu sahaja suaranya.

"tak berkat. mungkin kita kerja main-main. tak sungguh-sungguh."

"kita main-main masa kerja ke?"

"yelah, mungkin tak sedar, amanah tak dilaksanakan dengan baik. lepas tu, tak bersedekah. macam mana harta nak berkat."

"ye ke?" sayu lagi.

"lepas tu, kita pun terlupa nak bersyukur. ada duit lebih, tak bersyukur. dapat gaji, tak syukur. memang cepat aje lah lesap duit tu."

ye. bila suami bertanya, saya macam warning diri sendiri.

ye, kita selalu lupa, kan?

bila dah tak cukup duit macam ni baru nak beringat.

hari tu masa nak beli McDonald's harga RM20, "alaaa RM20 aje."

sekarang? RM10 pun berdikit-dikit. minyak kereta pun fikir-fikir macam mana nak refill.

itulah, bila senang, lupa. bila susah baru padan muka.

kan?

sabar ye suamiku. sekurang-kurangnya kita masih cukup makan. beras masih ada.



:) senyum pun sedekah





Raya ni Balik Mana?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sebelum ni kan, memang tiap-tiap tahun beraya di KL.

memang dah 24 kali lah beraya di KL ni.

agak janggal masa salam-salam staf office tadi, mereka bertanya, "tahun ni raya mana?"

mulanya rasa macam, eh eh kenapa korang tanya? bukan korang tahu ke kampung saya kat KL?

diam sekejap.

"oh, tahun ni raya KL dulu. 2nd day raya baru balik sungkai."

lupa, dah kahwin. haruslah perlu menetapkan giliran pulang beraya. tehee~ patutlah mereka tanya tahun ni raya mana.

tapi malam tadi tiba-tiba encik suami hiba pula, "rasa janggal pula tak balik kampung raya tahun ni. sedih."

alahai~ padahal beliau yang decide tahun ni beraya di KL. saya tak provok pun. "abang, KL ni kampung abang juga." hehe. konon pujuklah tu?

semalam lepas terawih buat benda ni,


biskut bear!

resepi sebenarnya biskut susu. ya, guna susu tepung. melambak stok susu tepung kat rak dapur tu tak tau bila nak habis minumnya. suami bukan minum pun.

bila dah siap adunan, duk fikir, nak guna acuan bentuk apa, ya?

since nama dia biskut susu, rasa susu, susu dan kanak-kanak amatlah sinonim. maka saya pilih acuan bentuk bear. lebih dekat di hati kanak-kanak.



smile! haha. pembuat kuih tegar mesti tau kenapa tiba-tiba ada satu biskut bentuk smile.

tu namanya adunan dah habis, dah tak cukup untuk dicetak, maka mudahnya buat bentuk bulat saje lah.


tak cukup ni biskut-biskut nak bawa ke KL dan sungkai. ceh, bawa lah sangat ke KL tu. macam jauh je rumah ibu padahal tak sampai setengah jam.

selamat pulang ke kampung, ye kawan-kawan!

raya kedua jumpa di kampung (ado ko orang kampung di sungkai baca blog saya ni?)


bai!

hati-hati.


drive safely.


dari,
nadia ^_^  &  imam  =)~


21 May 2012

Official Video :)

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

a priceless video from sisters & cousins :)



love them so much. <3 <3


xoxo,
Puan Nadia Havez

15 May 2012

2 minggu bergelar isteri

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

alhamdulillah.

masih terlalu awal rasanya kalau nak kata, "eh, dah 2 minggu!"

sebab, "baru 2 minggu..."

masih banyak yang perlu dipelajari. terlalu banyak.

tapi alhamdulillah sekarang ni dah semakin sesuaikan diri dengan tugas sebagai isteri. dan alhamdulillah lagi, suami sendiri yang membahagi tugas kerja rumah untuk kami. sebab dua-dua bekerja kan. jadi harus ada toleransi di situ.

sepanjang seminggu pertama, belum rasa apa-apa kejanggalan. sebab masih duduk di rumah ibu. jadi semua kerja rumah sama macam zaman bujang dulu. cuma, baju yang nak dibasuh bertambah sikit sebab dah ada suami. lauk pun extra masak.

itu pun masih ibu yang memasak.

cuma ada beberapa perlakuan di rumah yang ditegur suami. so, kenalah ikut cakap, kan? tiba-tiba rasa macam tak biasa sebab ada orang yang perhatikan kita 24 jam. 

lepas seminggu ber'honeymoon' kat rumah ibu ayah, kami pindah ke rumah sendiri. berat hati. tapi kena lah pindah juga takkan nak duduk bawah ketiak ibu ayah lagi, kan?

di sini lah saya rasa bermula fasa baru. chewah, 'saya' dah sekarang. dulu 'i', 'u'. suami tak suka. haha.

rumah yang kami sewa, kosong. jadi kami lah yang topup serba-serbi sikit-sikit. cumanya, peralatan perkakasan dapur tak perlu nak beli sangat dah. baaaaaanyak hadiah kahwin. hampir lengkap. dari sebesar-besar oven, periuk nasi, blender, coffee maker, toaster, cawan, pinggan mangkuk, set pisau, set senduk, sampailah sekecil-kecil tupperware.

terima kasih kawan-kawan, keluarga, saudara-mara yang sudi 'melengkapkan' syurga kecil kami.

mesin basuh & peti sejuk dah lama beli. guna duit OT kami berdua.

hari pertama di rumah, suami dah siap-siap bahagikan tugas. oleh sebab saya memang sejak dulu ada sakit belakang, tak boleh buat kerja berat sangat, so hampir semua kerja rumah, suami yang buat.

tugas saya hanya memasak, melipat baju, menggosok baju dan menemani beliau. itu sahaja.

tapi orang kata, baru-baru lagi, memanglah suami rajin menolong. nanti-nanti?

harapnya tak macam tu lah, kan? hehe.

setakat ni, bangun pagi, saya akan bangun lebih awal dari suami. lepas mandi, on switch coffee maker (tengok betapa pemalas isteri zaman sekarang, kopi suami pun mesin buatkan) dan biarkan. kejutkan suami, dan saya bersiap. solat subuh berjemaah dan saya mula siapkan sarapan. suami? ada kat sebelah tengok saya prepare breakfast. hehe.

sambil tu beliau akan basuh apa sahaja yang saya campakkan ke sinki. sudu ke, papan pemotong ke, apa sahaja lah. beliau memang tak suka tengok sinki penuh.

lepas bersarapan, keluar rumah sama-sama, tapi keluar dari lif, saya ke kanan, suami ke kiri. nak buat macam mana, tempat kerja lain-lain. saya di taman melawati, suami di hicom-glenmarie.

masa driving, kepala saya dah start fikir nak masak apa malam ni. padahal baru pukul 8 pagi tu.

macam tu lah kot kehidupan seorang isteri. muehehe.

waktu petang, saya akan sampai lebih awal dari suami. lepas bersiap, saya akan mula prepare for dinner. selalunya suami sampai rumah, saya masih di dapur. lepas maghrib, baru boleh dinner.

apa yang berbeza?

sekarang saya mula belajar minum kopi sebab suami suka minum kopi. saya ni memang tak lah. tapi sekarang, perlu. takkan nak buat 2 jenis air berlainan kalau setakat seorang minum secawan? jenuh! dan kopi atau teh haruslah nipis dan kurang manis. memang betul-betul kurang manis.

saya perlu ligat memasak. sebab masa untuk prepare breakfast tak panjang. selalunya saya akan prepare dulu bahan-bahan pada malam hari tu, pagi tinggal masak sahaja.

saya sangat liat gosok baju. sekarang itu tugas saya. oleh kerana masa dah suntuk sebab kena prepare breakfast waktu pagi, buat pertama kali dalam sejarah, saya menggosok baju saya dan suami pada hujung minggu, complete untuk seminggu bekerja. sesuatu yang amat mustahil untuk saya lakukan masa bujang dulu.

dulu, saya tak ambil kisah sangat dengan apa yang suami kata (sebelum jadi suami). tapi sekarang, saya perlu ambil berat apa yang dia cakap. tudung yang dia tak suka saya pakai pun, saya tak boleh pakai.

dulu nak masak apa kat rumah, semua tanya ibu. sekarang semua kena decide sendiri. bila tanya suami, dia takkan jawab. tapi selalunya dia akan bagi hint malam sebelum tu, "macam teringin la nak makan ........." so kena pandai tangkap bahasa kiasan suami. beliau memang suka berkias dalam banyak benda. memang saya kena belajar memahami setiap gerak laku dan apa yang beliau kata.


ingat pesan ustaz masa khutbah nikah dulu, "kepada isteri, sentiasa bersyukur dengan apa yang disediakan suami. tak kira besar atau kecil. bersyukurlah dengan apa sahaja yang suami beri, mengikut kemampuannya."

alhamdulillah. beliau adalah suami terbaik, malu jika tak mampu menjadi isteri terbaik.

Love,
Puan Nadia Havez


p/s: kepada yang bertanya, maaf saya belum ada tanda-tanda mengandung lagi ^_^v baru 2 minggu!

05 May 2012

Dengan Sekali Lafaz...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

alhamdulillah, dengan sekali lafaz..



saya sah sebagai Puan Nadia Fitri.

^_^v

08 January 2012

Sudah Berhabuk - Masih Ada Readers Ke?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dimulakan dengan nama Allah.

hampir sebulan lebih tak menjengah ke sini. rekod bulan disember tanpa entri. ngee~ bukan-bukan. tak berniat pun nak berhenti berblog. cuma, cuma cuma memang sangat tak sempat dengan segala jenis keadaan, kesempitan ruang.

alhamdulillah, tahun 2012 nampaknya sekarang ni. dan, dah berumur 25 tahun nampaknya tahun ni. suku abad. *ok, maafkan saya sebab cara penulisan yang macam bertatih semula. enjin belum panas*.

tahun 2012 dimulakan dengan beberapa perkara yang baik.

1st, alhamdulillah si kecik eno wutta wutta akhirnya membuat keputusan untuk bertudung sepenuhnya. ni gambar 1st day dia pergi sekolah bertudung.


comel?

wahaha. jangan cakap depan dia.

nanti kembang semangkuk -_-"



2nd,


gambar edit sendiri. muehehe~

alhamdulillah, i am officially engaged :D

best tak best tak? haha~ ada ke tanya macam tu?

sekarang mari sambung semula kerja. sampai ke bulan mei lah nampaknya akan sentiasa overtime dan kerja di hujung minggu.

happy working to me and happy weekend to you guys!

Spread Love,
xoxo

18 November 2011

Bila Aku Jatuh Cinta dan Putus Cinta

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

haip! hai! hello! ada sesiapa tak ni? ^_^

sorry lama tak update. i busy. eh, busy ke? ye, busy dengan blog lagi satu lalu blog ini dianaktirikan. mana blog lagi satu? hah, try lah google kalau jumpa. muahaha~

entry-entry yang sebelum ni pun asyik banyak gambar aje kan. dah lama tak menaip laju-laju panjang-panjang gini.

i dalam rangka konon-konon nak buat novel.

konon aje lah.

sudahnya jadi macam dulu-dulu-dulu. baru sampai 10-12 mukasurat, i dah surrender. tak sabar-sabar nak habiskan plot cerita. padahal banyak lagi drama yang nak ditaip tu. i memang tak sabar.

-_-"

ok, berbalik pada tajuk. ada 2 situasi.

Bila Aku Jatuh Cinta
  • dunia semua rasa i yang punya, ok? i yang punya. bukan u.
  • rasa macam si dia lah yang terperfect the best ever in the world beb!
  • setiap masa nak mesej, nak call, nak YM, nak check facebook dia. eh, uolls~ tak ye?
  • apa sahaja yang dia buat, u tak kisah. "tak apa u.. i lap u.. i tak kesah yuuu"
  • status facebook penuh bunga-bunga cinta
  • wall si dia pun penuh dengan bunga-bunga cinta u *awww!*
  • sanggup berkorban duit, masa, tenaga, hanya untuk dia

THEN,

Bila Aku Putus Cinta
  • kau kejam! benci! kau pemusnah! kau kau kau! segala yang buruk adalah kau!
  • mulalah dengar nasihat dari segala segenap penjuru kata "sabarlah", "akan ada yang lebih baik", "ingat Allah, dik"
  • menangis 40 hari 40 malam
  • delete si dia dalam fren list facebook
  • takmo follow dah twitter dia
  • bakar semua barang yang dia bagi. campak abu dalam sungai klang. biar pencemaran sungai, pandai-pandailah DBKL nak buat apa
  • bunuh diri

haip! nakal! tak mau buat yang last statement tu, ok?

sebenarnya kita silap. ye, kita silap. kita tak sepatutnya lakukan segala jenis perkara dalam item 'Bila Aku Jatuh Cinta' bila kita benar-benar jatuh cinta.

dan kita tak patut buat apa yang dibuat dalam 'Bila Aku Putus Cinta' tu kalau itu yang terjadi.

apa yang perlu?

ini:

Bila Aku Jatuh Cinta
  • solat istikharah
  • puasa
  • puasa
  • ye, puasa lah lagi
  • solat taubat
  • solat hajat
  • buatlah semua-semua ni, merayulah, merintihlah pada Dia. sebab Dia yang pegang hati semua manusia ni. Dia Maha Kuasa, bergantunglah pada Dia.
  • sila ikhlas
  • sila masuk meminang orang berkenaan. perempuan pun tak salah masuk meminang. eh, siti khadijah isteri Rasulullah tu pun buat macam tu kan? tapi kena ada adabnya. 

dan ini pula, Bila Aku Putus Cinta
  • buanglah segala-mala pasal dia kalau uolls~ ni memang jenis terkenang-kenang tapi janganlah pi buang kat dalam sungai klang lak -_-"
  • sila banyakkan dekatkan diri dengan Dia. tu maknanya ada silap kita, Allah nak tegur. *see, masa 'senang' (bila sedang dilamun cinta) pun kita ingat Dia. so sepatutnya bila jadi perpisahan, kita takkan frust sangat.
  • masa akan heal everything. trust me! cuma tolonglah jangan ingat orang tu lagi. u menyeksa diri u sendiri, ok? sedangkan dia dah bersuka-ria tak ada apa-apa, yang u frust menonggeng sorang-sorang tu apehal? oh, dialah cinta teragung u, abis tu Allah tu siapa pada u?
  • inilah masa u akan nampak family & kawan-kawan adalah everything. appreciate them!

hohoho.. i pernah alami semua situasi di atas. jadi i menaip berdasarkan apa yang i pernah rasa. dan part bunuh diri tu pun i pernah rasa macam nak buat. tapi alhamdulillah, berbekalkan iman yang nipis ni, i masih mampu bertahan. masih waras. nasib baik i tak terjun. tingkat 3. kalau tak? kalau mati tak apa juga, tak ada nyusahkan mak ayah, tapi kalau patah sana sini, tak nyusahkan diri? nyusahkan mak bapak? tapi kalau mati pun, ingat mati husnul khotimah ke tu?


apsal kasar sangat bahasa aku hari ni? hehe..

please ya girls, kalau uolls~ rasa nak menangis, menangis lah. sebab kadang menangis tu buat kita rasa kuat, buat kita rasa ada semangat baru yang datang. tapi please, janganlah melampau.

ingat,

seorang pergi dari hidup kita, ada beribu lagi yang datang hampir.

paling penting, cinta Dia takkan pernah luput.

ya, cinta Dia.

"bantulah aku, Ya Allah untuk mencintai-Mu sedalamnya..."

^_^v

01 November 2011

Selena Gomez?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ahax! tak mau tak mau. tak mau terpedaya dengan entri berbaur gosip macam ni. notty tau uolls~ ni.

hah. dah masuk bulan november rupanya. 01.11.11. ada sesiapa menikah pada tarikh ini? al-maklum masyarakat sekarang ni suka bebenor pilih tarikh cantik-cantik gini. *aik, slang cakap dah tukar negeri?*

sudahnya, berderet-deret jemputan kahwin conquer my planner tu on 12.11.11 and 20.11.11..

menghadiri jemputan itu wajib, tapi nak memilih jemputan tu yang i kompius macam mana. eh, eh memilih bukan bermaksud i pilih kasih kawan-kawan i, tak tak tak bukan bukan takmo nanes nanes ye, tapi yelah, kena rangka perjalanan juga ye tak? dari sejauh-jauh johor bahru sampailah sedekat-dekat depan rumah. haha. camano tu hah?

tapi kann tapi kann tapi kannn..

dulu-dulu i bajet nak kawen on 11.11.11. pulak tu hari jumaat kannnnn memang sesuaisss sangat lah nak dirikan masjid time tu!

err..

takde kaitan pun nak mendirikan masjid hari apa yang sesuai. cuma mungkin sebab jumaat tu penghulu segala jenis hari kot. kan?

well, ingatkan nak bagi sikit teaser. sebab dulu i pernah janji dengan seorang sahabat untuk buat press conference on november. so now dah november. so i kenalah reveal 'benda tu' kan?

tapi i tak cakap pun november tahun bila kan kan kan? muahahaha...

yelah, yelah...

mempersembahkannn...





taraaaa....


checklist! ahahaha.. benda ni yang selalu ada kat tangan i sekarang ni. sebab? i dah makin pelupa. everything nak kena jot down.

teruk ni.

tak sampai 2 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. insyaAllah. kalau dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk bernyawa lagi, i akan berumur 25 tahun pada tahun depan.

chop, 25 tahun ye.

belum tua lagi kan?

tapi dah kena checklist ya people! penting, sebab nanti ada list yang tertinggal, menangis i.

hehe.

have a nice day people! xoxo

(p/s: tajuk berkenaan hanya sebab i baru lepas dengar lagu selena gomez pffftt)





30 September 2011

Tips Redakan Resdung

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hai hai hai! rajin pula i nak bagi tips mengetips bagai ni kan. well, semua tips yang terkandung dalam blog i ni adalah pengalaman i sendiri. so depends lah uolls~ nak ikut ke tak. tak rugi. eheh.

straight to the point. tak perlu nak mukadimah pepanjang. ni pun dah cukup panjang sebenarnya, kan?

i memang ada resdung yang teruk juga lah. eh, resdung ke? bersin tiap-tiap pagi, hidung gatal-gatal kalau kena habuk, tak boleh kena bulu kucing, aaaa yang seangkatan macam tu lah kan, tu resdung kan? hee~

sebelum ni i pernah pergi sana sini untuk buat rawatan resdung ni. kalau uolls~ pernah buat rawatan resdung, most of them akan buat rawatan yang keluarkan hingus what so so dari hidung siap keluar ulat bagai. ok, i tak kata rawatan tu semua tak bagus, ok? kang i kena sue dengan pengamal perubatan macam tu pula kang.

i pernah jalani pembedahan telinga, so i rasa i tak sesuai buat rawatan resdung secara tradisional tu. since rawatan tu akan buat i terbersin-bersin dengan lebih kuat, tanpa henti dan menyebabkan telinga i yang 'second hand' ni rosak, so i perlu cari alternatif lain.

i just share with you guys, experience yang i ada untuk overcome sedikit, i repeat, SEDIKIT, masalah resdung i ni.

rahsianyaaa... jeng jeng jeng...





WUDHU'!

haa.. caya tak? caya tak?


dulu, i selalu ambil wudhu', ambil part-part wajib je. ada 6 rukun wudhu' kan? hah, ingat tak? start dengan  niat, muka, tangan, kepala, kaki, tertib. i tak pernah nak ambil port pasal anggota wudhu' yang sunat. sebab masa tu, i sakit telinga kan. so i fobia nak basuh telinga masa ambil wudhu'. sudahnya, semua anggota sunat i tinggalkan aje.

then satu hari tu i terfikir, Allah sentiasa membuat sesuatu perkara tu ada hikmahnya. tak akan Allah jadikan atau perintahkan sesuatu tu atas sebab sia-sia, kan? believe me!

di satu pagi yang indah dan cerah, eh bukan cerah. kalau cerah tu maknanya dah subuh gajah. i tanamkan azam dalam diri, start hari ni, i nak ambil wudhu' campur sekali dengan anggota yang sunat.

start dengan basuh tangan sampai pergelangan tangan, kumur, hidung, dan semua-semualah sampai complete wudhu' i. cuma tang hidung tu i concern lebih sikit. i sedut air yang i tadah dari tapak tangan dan hembuskan semula. mula-mula memang takut. i takut sebab i fikirkan telinga i. kalau sempat air tu masuk ke telinga melalui hidung, bekas pembedahan i akan ada jangkitan kuman. risau! tapi i tawakal.

selain sedut-sedut tu, i amalkan basuh hidung sebersih-bersihnya tiap kali ambil wudhu'. mula-mula praktik benda-benda ni semua, i memang terbersin-bersin dalam bilik air. rasa macam bergegar juga lah telinga ni. tapi lama-lama, satu perubahan i dapat rasakan.

percaya ke tak, i yang dulu selalu terbersin waktu pagi, now dah tak terbersin! eh, magik? haha. ye, magik. hikmah yang Allah turunkan.

so, peringatan untuk kita semua ni lah kan, ingatlah, apa yang Allah jadikan dan perintahkan tu, PASTI ada hikmah di sebaliknya. ada sebab kenapa Allah buat begitu begini dan begitu. tinggal kita nak percaya ke tak je. ingat rukun iman, kan?

k, till meet you guys. daa~

^_^

27 September 2011

Rezeki Bergolek-golek

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

credit to Kak 'Uyun for this entry


 "Manusia silap kalau asyik menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit". Saya berterus terang dengan seorang teman 'A' yang dah mula berputus asa dalam pekerjaannya.


Saya baru kahwin, kos hidup untuk dua orang. Tambah kos setiap bulan untuk ke-empat-empat orang tua kami, tambah dengan atok dan adik-adik. Tambah tolak ia menelan belanja hampir RM1000. Belum lagi dengan hutang kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon, broadband, insurans, duit dapur dan lain-lain. Senang cerita, jika nilai sebenar di kira, mahu-mahu tak cukup duit gaji. Allahuarabbi....

Begitu juga dengan kisah teman saya si A tadi. Bujang, gaji tak sampai RM2k, tapi perlu beri mak ayah, adik2 duit setiap bulan. Dan ditambah lagi dengan belanja-belanja lain. Allahuarabbi, tak cukup lagi duit gaji!.

Kawan saya si B, gaji RM4k, masih bujang tetapi tetap menanggung mak ayah, adik-adik. Bila pakai kereta besar/mewah, hutang jadi lebih besar. Duduk rumah sewa mewah, kosnya juga tinggi. Oh, tak cukup juga rasanya gaji.

RM kecil tak cukup, RM besar pun tak cukup. Bila agaknya rasa cukup? Ini masalah yang sering melanda kita, bila gaji besar, selera mestilah besar, jadi hutang pun besar. Bila gaji sikit, belanja mesti sikit, tapi berdikit2 macam mana pun, hujung bulan, mesti habis. Lagi-lagi habis!

Astaghfirullah, ketika kita merungut duit habis, duit gaji tak cukup, duit itu, duit ini.... Mungkin kita tak sedar bahawa duit bukanlah punca rezeki kita semata-mata. Kita hidup hari ini bersama dengan orang yang kita sayang, itu juga bentuk rezeki. Kita berjalan ke tempat kerja dengan kaki yang masih elok, tidak berkerusi roda atau bertongkat, itu juga rezeki. Kita dapat makan dengan kenyang, perut tak buat hal, itu juga rezeki. Pendek kata, rezeki tu bukannya duit saja.

Manusia sering silap, dikaburi dengan definisi rezeki itu ialah duit, sedangkan rezeki itu apa sahaja yang kita kecap hari ini... pakaian yang kita pakai juga adalah rezeki, suami/isteri/teman serumah yang baik juga adalah rezeki, kita boleh menunaikan solat dhuha di pagi hari, juga adalah rezeki. Allah, banyaknya rezeki kita.....

Saya akui, dalam kegawatan nak pilihanraya sekarang ni, di mana goverment dah freeze jawatan kosong, claim pun susah nak buat, duit pengurusan pun freeze, harga barang asyik naik, manusia perlukan duit untuk kelangsungan hidup masing-masing. Saya pun, lelah memikirkan hal ni. Namun jangan sampai kita jadi hamba duit... kita mesti jadi Hamba Allah, agar hidup kita bermakna. Ujian dan nikmat itu dirasakan bermakna. Jangan sampai duit yang tak cukup hanya membuatkan kita putus asa, kalau macam tu nampak sangat kita hidup untuk duit. Kita silap...

Saya bercakap lagi dengan si A bahawa "rezeki itu Allah yang bagi, bukan manusia.. Sama-sama kita doa, ada rezeki lain yang Allah akan bagi, bukan sekadar duit". Sayangnya A terus menyalahkan majikan. Nah, bila manusia beranggapan hanya duitlah sebagai sumber rezeki, beginilah jadinya. Hampa dan kecewa bilamana majikan tak menggaji kita. Majikan itu manusia, kerajaan itu pun manusia, mereka tak mutlak dan akan mati. Kenapa sedih bilamana manusia tak bagi kita kerja, sedangkan Allah dah lantik kita berjawatan tinggi dari dulu lagi, menjadi Khalifah-Nya. Itu juga rezeki.
Sambil saya menaip, sambil saya teringat kerut2 dahi si A bila saya memotivasikan dirinya minggu lepas. Hopeless, itu perkataan yang sesuai dengan dia....saya cerita lagi,

"Gaji saya pun macam kamu, biasa-biasa. cukup untuk kami suami isteri, tak lebih tak kurang. Tu rezeki kami. Tapi yang lebih rezeki ialah bilamana saya dapat duduk bersama suami lepas kahwin. then, kerja pun setempat dengan suami. saya dapat pergi-balik ke tempat kerja dengan suami, saya dapat makan tengahari dengan dia dengan bekal yang kami bawa. Senang cerita, walaupun kami jauh nak balik kampung, 7-8jam, tapi rezeki kami ialah bilamana dapat sama-sama susah kat sini. Itu satu rezeki yang sangat luas, yang mana manusia tak nampak..."

"Cuba bandingkan dengan si C, dah kahwin, tapi duduk asing-asing. seorang di KL, sorang lagi kat sini. Walaupun gaji suami isteri ni besar, tapi mereka perlu men-double-kan living cost mereka. Dua-dua ada rumah sewa masing2 supaya senang bilamana hujung minggu dapat berjumpa dan tinggal di rumah tu. cuba kira kos ulang-alik KL-Dungun, darab dengan 4 kali seminggu.. Allah, tak dapat bayang berapa banyak yang perlu di spend untuk sebulan. Walau kawan2 selalu cakap, 'bapok besor gaji deme!", tapi ujian disebalik rezeki tu berbeza.. yang tu mereka tak nampak..." saya menambah.

"Kamu solo, rezeki kamu sekarang ialah status 'solo' kamu, masih belum ada ketaatan dan tanggungjawab terhadap suami. kamu bebas untuk mengorak hidup, planning dan macam-macam. Rezeki kamu juga sekarang ialah MASA. Masa senggang yang boleh digunakan untuk sambung belajar, untuk bekerja tanpa meminta izin dari suami untuk bekerja. Kakak saya perlukan masa setahun untuk mendapat kebenaran suaminya untuk bekerja. Pening dia dibuatnya. Bila kamu ada masa yang banyak daripada yang dah kahwin ni, boleh spendkan untuk family dan masyarakat secara total, yang mana banyak kebaikan yang kamu dapat daripada situ. Kan, masa pun rezeki kan, bukan sekadar duit...... yang tu yang kamu tak nampak.. Jadi, berhentilah merungut."

Si A diam seminggu. Tapi hari ini beliau kembali normal. Entah, dia ambil pusing atau tak dengan apa yang saya kata. Ikutlah, asalkan saya dah cakap apa yang sepatutnya saya cakap.

Dan sekarang saya termenung sekejap, memastikan bahawa hari ini saya telah menerima rezeki daripada Allah, supaya saya tak mudah kecewa dengan kehidupan. Ya, bangun pagi tadi, saya masih ada nyawa, itu rezeki pertama saya!.

Untuk yang masih terasa sempit dengan kehidupan hari ini, harap-harap kalian terasa betapa luasnya rezeki lepas baca entri ni. Positiflah, agar hari-hari kita sukses! 
 
 
 
rasa macam tersentap, tersedar, terkesima membaca entri ini. jadilah kita orang yang bersyukur :)


^_^

06 August 2011

Bila Persona melanggar Kancil

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



bila kesayangan i ni boleh keluar wad ni?



T________T





sian dia kemek sana sini






alalalala terjatuh ye..





sob sob sob~~~




kebal jugak kancil ni.


sebab akak persona tu lagi dahsyat kemeknya... siap radiator pecah.

polis kat balai tak percaya bila akak persona tu kata dia melanggar seekor eh, sebuah kancil. dalam kepala dia dah wondering, mesti teruk kancil tu kena langgar, berdasarkan keterukan remuk bahagian depan persona tu. tapi kancil yang seekor ni cedera sikit je. sikit je. tapi bila nak siap ni...

huwaaaa...

T_______T


polis boleh kata,
"kebalnya kancil awak. dia selamatkan tuan dia..."

Alhamdulillah...

05 August 2011

Tips kalau accident

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

assalamualaikum my lovely readers... dah lama tak update belog kan? bulan-bulan puasa ni, kurang sikit nak ngadap laptop. balik terawih, bantal dan tilam memanggil-manggil untuk ditiduri. hah.

still remember peristiwa ini?

3rd october 2009

and, kemalangan kedua yang i alami with my baby bucuk-bucuk tu was on 3rd Ramadhan, 3rd august 2011. eh, nombor 3 juga kan? eh, kebetulan sajoh.

lokasi kejadian: DUKE Highway, susur keluar ke taman melawati.

meh i lukis sikit. senang sikit i nak bercerita kat uolls~



eheh... lebih kurang macam ni lah kejadian tu. tengok gambar je uolls~ boleh fahamkan? hihi so i tak perlu nak cerita panjang-panjang sangat kan? hehe.. ok ok, i cerita ye?

biru: traffic jam menuju ke jalan ampang. standard pagi-pagi jalan masuk ke jalan ampang memang kereta tak bergerak. orang KL mesti tahu benda ni.

oren: sebuah kereta mewah yang cuba elak traffic jam.

silver: ni baby i maaa...

purple: kereta yang melanggar i.

merah: kebabommm~~~

i pandang cermin pandang belakang. sebuah kereta persona purple follow i rapat. i ingat dia nak potong i. so i ke kiri sikit. tapi tiba-tiba depan i, kereta oren tu keluar mengejut.

i brek mengejut untuk elak dari berlanggar dengan kereta oren tu tapi...

persona purple yang follow i rapat tu tak sempat brek then langgar belakang kereta i.

i heard sound macam tayar lori meletup. but i realize yang i memang dah kena langgar.

astaghfirullah, i istighfar panjang-panjang dan banyak-banyak kali. i macam blur sekejap. i pandang cermin pandang belakang. kenapa warna kelabu je kat cermin tu? i ingat belakang kereta i memang dah rapat ke seat i. semua barang atas dashboard jatuh ke bawah, laci terbuka, barang semua tercampak, telekung yang i letak kat seat belakang tercampak ke seat depan.

i bagi signal kiri dan stop di kiri jalan. yes, tak ada kereta pun yang berhenti tengok melainkan kereta yang tengah stuck in traffic tu, tertinjau-tinjau. persona tu pun berhenti.

"macam mana ni?" akak persona tu keluar kereta dan tanya.

i tarik nafas panjang. redakan sikit debaran hati. "uurmm teruk juga kereta akak ni."

"awak bagi number phone awak lah, nanti kita settle kat balai."

i dengar balai je dah pening lalat. accident yang first dulu, tak pergi report pun. sebab tak banyak sangat kecederaannya. i bagi number phone dan lepas tu kami sama-sama teruskan perjalanan ke office.

but kereta i dah macam bunyi motobot pecah. hoho...

i masuk susur AU3, park my car depan sebuah bengkel yang belum dibuka and call my colleague, minta tolong jemput. a few minutes after that, akak tu call me. janji pukul10 untuk jumpa di balai polis trafik. kalau pergi on the spot, jalan jam lagi maa... boss temankan i ke balai. eheh, thanks boss! sangat prihatin :)

ok here i list down what you guys should do if accident. ni if accident yang tak melibatkan kecederaan lah tau. alhamdulillah both us tak cedera. berkat pakai seat belt. serius. so pakailah seat belt demi keselamatan anda.

1. sila ambil phone number, nama, ic & number plat kereta yang berkenaan.
sangat penting ye kawan-kawan. lagi-lagi kalau uolls~ memang nak buat report polis.

2. sila ke balai polis trafik berhampiran dalam tempoh 24 jam.
dapat kurang sikit bayaran saman if u yang bersalah. dalam kes i, kakak persona ungu tu kena bayar saman sebab biasanya, apa-apa kes pun, kalau langgar belakang, automatik orang belakang bersalah. sebab jarak selamat antara dua kereta adalah boleh muat lebih kurang 1 kereta tengah-tengah tu. ni apa yang diberitahulah. walau apa sekalipun alasan pemandu di hadapan atau belakang. satu je soalan polis, "kenapa awak follow dia rapat sangat?" itu je pemati kata.
kat balai nanti, kalau uolls~ datang bersama dengan pemandu kereta lagi satu tu, lebih memudahkan kerja u dan kerja polis. tak payah nak cerita banyak.

3. jangan pergi bengkel dulu untuk betulkan apa-apa yang patut.
sebab lepas buat report, polis akan ambil gambar kereta uolls~ yang remuk tu. kalau kereta u memang teruk sangat sampai tak boleh nak drive pun, tow truck yang akan bawa kereta u ke balai (ni kes my colleague).

4. sila isi borang untuk tuntutan laporan siasatan
ini penting untuk claim insurans. dalam kes i, i boleh claim insurans kakak persona tu sebab dia dikira bersalah. so i memang tak keluar sesen pun melainkan bayaran untuk report ni, RM4.

5. bawalah kereta ke bengkel pilihan anda
kat balai tu, akan ada banyak 'ulat-ulat' yang nak offer uolls~ baiki kereta kat bengkel diorang. macam i, i lebih suka tanya my daddy untuk kes camni. bukan apa, kadang-kadang ada segelintir bengkel yang menipu. rosak sikit dikatanya rosak banyak. tak pasal-pasal mark up kat situ. tu belum kira ada benda yang sengaja dirosakkan dan menyebabkan uolls~ kena pergi bengkel berulang-kali.
kalau hantar sama bengkel dengan kereta yang lagi satu pun ok juga. i pun hantar di bengkel yang sama dengan akak persona tu. dan tambah seronok, bengkel tu hanyalah di depan rumah sendiri. maka memang tiap hari lah datang menjenguk sambil tanya, "bang, bila kereta saya nak siap?" eheh.

6. claim insurans?
biasanya orang bengkel yang settlekan.
ada bengkel jenis yang u hantar je kereta u, nanti diorang yang akan urus semua termasuk ambil laporan siasatan kat balai, dapatkan insurans cover and blablabla...
ada bengkel jenis yang u kena ambil laporan by yourself, then submit fotostat geran, polisi insurans, ic, driving license and blablabla...
ada bengkel jenis yang diorang nak tunggu duit insurans dulu, baru godek kereta u...
ada bengkel jenis yang dia boleh je siapkan kereta u tanpa tunggu insurans...
semuanya u kena tanya abang-abang kat bengkel tu. diorang punya bengkel ni jenis yang mana satu. ahaks!

7. sila bersabar
ye, kalau jenis macam i, yang rasa macam patah kaki bila kereta masuk bengkel, memang tak boleh lah nak bersabar kan. dah nak patah pinggang jalan kaki ke office. muahaha... ok, i tipu. i tak jalan kaki sampai office. sampai stesen LRT sajoh. pastu pandai-pandailah nak naik teksi ke, menumpang kasih kat kawan-kawan yang baik hati ke. eheh.

ni saje lah kot tips yang i boleh bagi. tapi sebenarnya, yang pertama-tama sekali, JANGAN PANIK. ye, i tau, kalau perempuan yang accident, mesti panik gila gelabah tak tau nak buat apa.

POST ACCIDENT:
sila beristighfar dan muhasabah diri. ada hikmahnya kenapa Allah jadikan perkara macam ni. alhamdulillah tak ada sebarang kecederaan.

lebih-lebih lagi dugaan di bulan Ramadhan ni kan. ada lah tu yang Allah nak bagitau.

Ibn Mubarak berkata: "Bencana itu hanya satu, akan tetapi akan menjadi dua jika kita mengeluh. Pertama, musibah yg sdg dihadapi dan kedua hilangnya pahala akibat keluhan itu." Jgnlah kita mengeluh, sebaliknya tahanlah hati drpd bersikap buruk sangka dgn manusia dan Allah atas musibah itu. Jgn lg dilihat sbb2 nya tetapi kaitkan dahulu dgn Penyebabnya (Allah).

sekian, thanks sebab sudi baca ^_^

sila berhati-hati ketika memandu ye kawan-kawan...

01 August 2011

Happy Ramadhan!!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::




pic edit by me taken from here


selamat menyambut ramadhan untuk anda-anda semua yang beragama Islam.

jangan puasa tipu-tipu ye.

jangan nakal-nakal ye.

sama-sama kita rebut peluang beramal di bulan ramadhan.

sayang awak semua.

:)

sayang awak juga.

^_~



p/s: teringin berpuasa dalam suasana kampung

17 July 2011

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung? (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye readers! assalamualaikum!

:)

meh i nak sambung story part 1 hari tu. uolls~ suka baca ke? eheh. *malu* kalau tak mau baca pun takpe. boleh tekan icon pangkah kat sudut kanan atas tu. eheh. emo pula. :D

sampai mana ye i cerita hari tu? oh, sampai zaman matrik ye?

ehem... lepas je kes kaktus tu, i terus pakai anak tudung penuh. malu. mula-mula memang macam rimas. tapi lama-lama, suka pula. dari perasaan malu sebab student lelaki tegur, sampai ke perasaan malu sebab rambut masih nampak walaupun ber'tudung'. betapa hidayah tu sudah mula terasa dalam hati.

satu hari, i terlambat bangun. apa lagi, kelam-kabut bersiap nak ke kelas. tudung pun tak sempat nak pin ke bahu-bahu bagai, i terus pin kan ke depan kan sahaja, tak payah selempang-selempang.

siap je, terus mulakan larian ke dewan kuliah. haha. teruk perangai anak dara ni. setelah kepenatan berlari dengan kelajuan 120km/j *ok, ni tipu* i sampai depan pintu dewan kuliah dann....

"ops, sorii.." i terlanggar bahu seorang lelaki.

"it's ok." dia senyum.

waaa.. tu dia.. mamat yang i selalu usya tu. haha. aduhai. adakah kelewatan ini, takdir yang menemukan kami? eceh! eceh! tolong lempang pipi i 23 kali.

i terkejut sekejap.

"kan cantik pakai tudung macam ni..."

pitam. CPR. oh! "oh, thanks." auw. malu. isy, pipi dah merah. haha!

ok, dah dah. uolls~ ingat i nak berdrama lagi depan pintu dewan kuliah tu? cepat-cepat masuk dan duduk. husy! kencangnya jantung. sangat gatal kan?

haha. cesss... lepas kejadian tu, i pun sedarlah yang i pakai tudung kurang proper kan. even kaktus dah tak ada, tapi menampakkan dada. isy isy isy. i pun mula berubah dengan pemakaian yang menutup dada. masih selempang. tapi i jatuhkan, susun, pin supaya tutup bahagian depan.

i still dengan gaya macam tu sampailah saat.. jap.. i tengah ingat bila masa i pakai stokin.

...

...

...

...

gagal mengingat!

takpe, proceed.

then, masa i and the gang melawat UK & France around 2 years ago, buat i terbuka hati sedikit demi sedikit, betapa seronoknya kalau menutup aurat dengan sempurna.

kat sana, kami susah nak cari masjid dan surau. i tengok, yang lelaki, lepas ambil wudhu', terus hampar sejadah, solat lah hatta di atas rumput, di belakang bangunan, atau dalam fitting room sekalipun. ketiadaan masjid atau surau bukan alasan untuk tidak solat.

ada satu ayat yang i tulis dalam buku catatan i sepanjang di sana,

"bersihkan wajahmu, tanganmu, kepalamu, dan kakimu. lalu hamparkanlah alas di atas muka bumi Allah yang luas ini, dan dirikanlah solat. seluas-luas hamparan bumi, tiada satu pun yang boleh mengganggumu dari melakukan suruhan Allah..."

menitik air mata i, dengan ayat sendiri. sungguh, i rasa kerdil, i rasa betapa suruhan Allah tu sebenarnya memudahkan kita dalam semua perkara. tak ada yang susah dalam Islam. tinggal kita ni degil tak degil, malas tak malas je.

i cuba berubah sedikit demi sedikit. eheh.

tapi masa ni, i still pakai tudung bawal yang jarang tu, cuma dah cari jenis kain yang agak tebal sikit. tak berapa nak jarang.

then, sampai lah saat i dah kerja, dah pegang duit sendiri. tiba-tiba i tergerak hati nak beli tudung. i mesej seorang sahabat,

"tudung macam mana yang ok, ye? selendang ok, tak?"

dia jawab, "pakailah tudung yang menutup dadamu, melepasi bahumu, tidak menampakkan lehermu, sesungguhnya itulah pakaian yang sesuai untuk kamu, wahai muslimah."

uhuk!

terbatuk. agak makan dalam. rasa nak menitis air mata sekejap. terus i cari tudung yang labuh melepasi bahu, tidak jarang menampakkan leher.

terima kasih, sahabat.

alhamdulillah, sampai sekarang, i masih dalam penampilan yang sebegitu. i cuba menutup aurat sesempurnanya, bukan membalut aurat.

kawan-kawan yang sama jantina dengan i, percayalah, seronok tutup aurat dengan sempurna ni.

i ingat lagi satu peristiwa, i berkelah dengan kawan-kawan. masa singgah di surau, tengok-tengok, telekung tak disediakan. kami pandang sesama kami, masing-masing terfikir soalan yang sama, macam mana nak solat? sudahnya, kami solat bergilir dan semua menggunakan tudung i, stokin i, sarung lengan i, dan cardigan labuh i.

semua ni, peristiwa di Eropah yang menyedarkan i. sebab kami perlu sentiasa bersiap dengan keadaan yang sebegitu. macam mana kita menutup aurat ketika solat, macam tu juga lah kita ketika berada di mana-mana. senang. ambil wudhu', hampar alas, kita boleh terus solat. tapi kebersihan jangan dilupa ye?

untuk kaum lelaki pula, i suka melihat sahabat i tu punya pendirian. selama ni mungkin kaum lelaki ambil ringan hal-ehwal aurat mereka. maklumlah, mungkin tak sesulit perempuan. lelaki setakat pusat sampai lutut sahaja, kan?

tapi, sahabat i ni, dia tak suka pakai t-shirt atau baju yang agak singkat, atau seluar yang ketat. katanya,

"nanti kalau sujud, baju terangkat, dah nampak belakang. seluar ketat sangat pun, selesa ke? nak ruku' sujud pun tak selesa, macam mana nak khusyu' solat?"

jangan ingat perempuan aje kena prihatin soal aurat, kaum adam pun, ye?

sebenarnya, apa yang diperintahkan Allah tu, bukanlah untuk menyeksa manusia. Islam tu, agama fitrah. apa yang diperintahkan, sesuai dengan fitrah manusia tu sendiri. cuma kita ni, manusia, memang selalu leka. ada je hasutan syaitan yang buat kita rasa perintah Allah tu serba tak kena.

:)

p/s: alhamdulillah, my sis tu pun sedikit demi sedikit macam dah mula berhati-hati dalam pemakaian.

semoga kita sentiasa menerima hidayah-Nya dan istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan...

bubai~ thanks sebab sudi baca.. ^_~