Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 October 2013

Fateh Al-Hafidz yang Kuat!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sambungan entri ini.

Sampai di PPUM, doktor yang bertugas terangkan serba sedikit apa yang akan dilakukan kepada Fateh. Katanya, buat masa ni mereka akan mulakan dengan antibiotik. Tengok macam mana keadaan dia. Dan antibiotik tu akan diteruskan setiap 6 jam selama 4 hari.

4 hari?

Means 4 hari kami perlu berkampung di hospital?

Baiklah. Demi Fateh.

Doktor check badan dia. Katanya ada kuning sikit. Doktor minta letakkan dia bawah lampu untuk hilangkan kuning. Doktor check paru-paru, respon dia kepada persekitaran, suhu badan dia dan banyak lagi dah tak ingat. Saya cuba curi-curi dengar dan fahamkan apa yang team doktor bincangkan. Memang diorang takut ada masalah serius jadi kat Fateh. Tapi semua bergantung pada semangat Fateh nak melawan penyakit dia. Darah Fateh diambil untuk ujian makmal. Doktor kata, kalau suhu badan dia masih tak turun doktor akan ambil ujian dengan ambil air dari tulang sum-sum. Ya Allah, parah ke sakit anakku?

Malam tu ibu ada bersama saya di wad. Encik Suami tidur di surau. Fateh tidur dalam baby cot dia. Tapi saya tak mampu tidur. Saya duduk di kerusi. Tangan saya tak lepas dari memegang tangan comel Fateh. Dengan wayar drip di tangan, ubat antibiotik yang mengalir dalam badan, lampu biru untuk hilangkan kuning, mata ditutup, hanya memakai pampers, malam yang sejuk, air-cond, saya tahu Fateh kesejukan. Bibir dia terketar, tangan dia sejuk. Saya gosok-gosok tangan dia. Hangatkan dia. Ibu tahu anak ibu kuat.

Keesokan pagi, doktor datang check Fateh. Suhu badan dia turun sedikit. Saya lega sedikit. Doktor minta saya sambung susukan Fateh. Susukan banyak kali. Supaya dia kuat, supaya dia sihat. "In case kalau awak tak banyak susu, boleh guna susu formula. Kita ada sediakan di pantri."

Oh tak. Saya tekad nak susukan Fateh selama 2 tahun!

Tapi Fateh tak mahu menyusu. Selalu dikemam mulutnya. Saya usaha juga. Titikkan susu ke mulutnya, walau macam mana pun dia kemam mulut, sekurang-kurangnya ada susu masuk sedikit. Saya titikkan susu setiap 5 minit. Saya perlu kuat untuk semua ni.

Alhamdulillah suhu badan Fateh semakin menurun setiap kali nurse datang check. Tiap kali tu saya menangis gembira. Tapi di hari ketiga doktor kata, "kami dapati dalam air kencing anak Puan ada jangkitan kuman."

Ya Allah, kuman mana pula datang ni?

Blur sekejap. Bukan ke kencing memang ada kuman?

"Mungkin sebab badan dia dehydrate, tak cukup susu. Maka buah pinggang dia kurang berfungsi sebab kekurangan air dalam badan. Anak Puan terlalu dehydrate. Lagi-lagi dia kena kuning, terpaksa duduk bawah lampu yang menyebabkan dia bertambah dehydrate."

"Jadi, tak perlu lah duduk bawah lampu. Biar kuning dia hilang melalui najis saje. Saya akan teruskan bagi susu. Tak boleh macam tu ke doktor?" saya cuba memberi pendapat walaupun saya tak tahu apa. Guna logik akal saja.

"Tak boleh macam tu Puan. Kalau paras kuning dia tak dikawal, lebih bahaya."

Saya bukan doktor. Saya tak tahu apa pilihan terbaik masa tu. "Terserah doktor."

Fateh terus duduk bawah lampu. Dan saya masih terus bagi susu hampir tiap 5 minit kalau dia tak mahu menyusu. Tapi kalau dia nak menyusu, setiap sejam saya akan ulang bagi susu.

Hari ketiga tangan dia yang kena drip membengkak. Doktor ubah drip ke kaki. Esoknya kaki pula bengkak. Doktor nak cucuk tempat lain pula. Drip yang ketiga ni lagi susah. Urat tak jumpa. Berkali-kali Fateh dicucuk. Dari jam 6 petang sampai 9 malam. Saya dengar suara Fateh memekik dari bilik rawatan. Sedihnya hati. Tiap kali nurse bawa Fateh kepada saya lepas gagal jumpa urat, tiap kali tu muka Fateh macam trauma. Dia akan diam, mata pandang kiri, pandang kanan, termenung, tak nak layan orang, buat bodoh dengan apa yang berlaku keliling dia. Last-last terpaksa panggil doktor oncall untuk cucuk Fateh. Baru dapat urat. Saya tahu Fateh sakit. Tapi dia tak tunjuk depan saya. Depan saya, dia diam.

Lepas 5 hari, doktor benarkan balik dengan bekalan antibiotik untuk 2 hari. Alhamdulillah lepas pemeriksaan ultrasound, buah pinggang Fateh normal. Kuning hilang lepas 3 minggu.

Fateh anak yang baik, anak yang kuat, anak yang tak banyak ragam. Ayah kata, "dia tak mau susahkan orang. Dia telan sakit dia sendiri."

Macam yang saya selalu bisik kat dia, "Fateh anak yang kuat, penakluk hati, pelindung ummah, pemelihara ibu..." Sesuai dengan nama, Fateh Al-Hafidz.

04 October 2013

teknik power pumping: yay or nay?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sebenarnya besar cabaran nak menyusukan anak sepenuhnya selama 2 tahun. Sejak dari hari pertama dia lahir kena menahan sakit, perit, pedih. Bila dia dah besar sikit, cabaran nak handle jadual menyusu dia. Bila dia nak menyusu, semua kerja kita terhenti.

Dah habis pantang, masuk kerja, cabaran baru lagi. Nak prepare stok susu, beli breastpump yang dah tentunya mahal, beli botol banyak-banyak, plastik storage dan cooler bag dan banyak lagi kena fikir.

Tapi cabaran paling besar bagi ibu yang berniat menyusukan anak sepenuhnya adalah: jumlah susu merudum di saat stok hampir tiada.

Saya akui saya bukanlah seorang yang konsisten mengepam susu namun harapan punya lah menggunung tinggi nak Fateh minum susu badan sampai umur 2 tahun.

Saya mula simpan stok susu 2 minggu sebelum mula bekerja. Itu pun terpaksa dibuang hampir SEMUA sebab salah saya. Gatal bawa balik hampir semua stok ke kampung masa hari raya. Konon tak nak direct susukan Fateh di rumah orang. Sudahnya kami lebih banyak duduk di rumah dari berjalan. Dan peti sejuk rumah mak mertua tak mampu tampung susu yang banyak maka saya terpaksa buang. Sedihnya.

Masa tu susu tengah banyak jadi saya tak risau. Saya boleh cover balik.

Tapi 3-4 hari lepas saya perasan jumlah susu saya agak merudum. Biasanya sekali pam dapat paling kurang 8 auns, tapi masa tu saya hanya dapat 4 auns. Saya masih kata, ok kot, sempat nak buat stok untuk Fateh.

2 hari lepas susu betul-betul jatuh mendadak. 2 auns pun tak sampai untuk sekali sesi perahan! Bila pam, mai tak mau aje susu keluar. Ini tak boleh jadi. Saya tambah stress sebab saya sendiri dapat rasa susu tak banyak.

Saya google dan terbaca teknik power pumping. Dan ramai blogger kata berkesan.

I need to try this. Saya ambil satu jam dari masa saya semalam, demi Fateh.

Cara power pumping (saya guna single pump):
1. Pam miss B sebelah kanan selama 10 minit. Biarlah tak keluar susu pun hatta pam angin sahaja pun, biarkan. Asalkan 10minit.
2. Pam sebelah kiri 10 minit juga. Sama je biarlah tak keluar susu pun hatta pam angin sahaja pun, biarkan. Asalkan 10minit.
3. Sekali lagi pam sebelah kanan selama 10 minit. Ulang perkara yang sama sampai complete 3 circulations of pumping for both breasts. Sambil tu berdoa dan set dalam kepala "susu aku banyak".

Alhamdulillah hari ni dah nampak hasil. Pagi tadi 4 auns, tengahari 4 auns dan...



Ini lepas lunch tadi. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan rezeki kepada kami. Saya berazam untuk menyusukan Fateh sampai 2 tahun.


"Kita dah janji kan, sayang? Dua tahun.."