Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label fateh. Show all posts
Showing posts with label fateh. Show all posts

03 March 2017

My New Morning Routine

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Well, hello blog! I miss you so much! Dah berapa bulan tak menulis kat sini. Janji tinggal janji. Sudahlah Nadia, sudahlah. Usah lah berjanji pelesu lagi.

Kadang sebenarnya menulis ni satu terapi jiwa.

Bila rasa stress, tangan laju je menaip. Tapi kena hati-hati sebab kalau tak kontrol, nanti ter-maki-hamun dalam blog. Terus mencemarkan kesucian blog.

Eheh.

Fateh dah masuk tadika sejak Januari. Tak awal sangat masuk tadika?

Relaks. Bukan nak suruh dia struggle belajar gila-gila macam nak ambil SPM esok. Hahahah. Hanya sebab, harga nurseri & harga tadika tu sama. Maka, mari kita masuk tadika. Aktiviti lebih banyak.

Tu je sebabnya.

Bila anak dah masuk tadika, bermulalah rutin berbeza setiap pagi. Kalau dulu, angkat je dia tengah tidur tu, masuk kereta. Sampai nurseri pun masih tidur, ibu ayah dah say goodbye. ðŸ˜¢

Sekarang, kena bangun awal pagi, mandi, gosok gigi, siap pakai uniform, then pergi sekolah. Alamak, anak ibu dah besar.

Cabaran hari pertama masuk sekolah, mestilah untuk kejut dia bangun pagi-pagi dan mandi! ðŸ˜… Yelah, mana pernah bangun pagi buta selama ni. Tiba-tiba kena bangun 5.30 pagi, mandi dan bersiap.

Hari pertama, dia masih ok. Sebab malam tu dah bagitau banyak kali, esok sekolah, esok sekolah, esok sekolah. Dia pun nampak excited nak pergi sekolah.

Minggu seterusnya dia dah start pandai merengek, tak nak mandi. Siap memilih, taknak ayah mandikan, nak ibu mandikan. Atau sebaliknya.

Minggu seterusnya lagi, tak nak bangun. Tak nak mandi, tapi nak pergi sekolah. ðŸ˜‘

Sampai saat ini, Fateh masih liat nak bangun.

Tapi kali ni dia ada trick.

"Fateh, bangun. Jom mandi. Kita kena siap ni." aku cuba kejut dia.
"Ibu pergilah mandi dulu..." kata Fateh sambil mata masih terpejam.
"Ibu dah mandi, Fateh seorang belum mandi."
Fateh pandang sekeliling. Tengok ayah dia tak ada. "Mmm... Fateh tunggu ayah. Ayah siap mandi, lepas tu ayah mandikan Fateh." Dan dia sambung ðŸ˜´ ðŸ˜´ ðŸ˜´ ðŸ˜´ ðŸ˜´

😪 ðŸ˜‘

Macam mana uolls bangunkan anak uolls?

😂😂😂😂😂

02 May 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Gahhh.. Encik Tuan kata aku ni skema sangat. So let us don't be too skema. Start now onward.

Macam dalam entri aku yang ini konon kata aku dah bulat hati tekad gila-gila punya letak jawatan dan vahhhh, jadi surirumah, jaga anak, dan... bisnes.

Tiba-tiba je now aku kat office. Dah bakpenya aku duduk kat office ni menengok laptop ni?

Dah cancel ambil Degree in Housewifing?

Actually it is not. Degree in Housewifing still cita-cita aku. Ahh sebenarnya aku nak terjun masuk bisnes. Dulu, dulu lah, bisnes laaa benda paling aku benci. Hari usahawan kat sekolah tu, aku lah orang paling last nak bagi idea. Tup tup tetibe jek sekarang aku nak bisnes?

Husband aku yang banyak bagi galakkan. Eh, ke ejanya galakan? Fail BM! Sebab, aku tak sihat. Selalu pergi hospital. Lepas tu aku jenis tak boleh tengok anak aku sakit, aku yang terlebih meroyan. Ahh bukan aku je. Mana-mana mak pun sama. Tapi aku kes sampai tak boleh buat kerja kat office kalau anak aku sakit. Dan aku nak cuti balik rumah jaga anak aku.

Aku tak tahu lah orang lain macam mana.

Tempat kerja lama aku tu tak boleh nak tolerate dengan hal-hal macam ni. Yelah, aku masuk kerja pun betul-betul lepas pantang. Anak masih baby, letak kat nurseri, macam-macam jadi. Demam batuk selsema, masuk wad semua lah! Sepanjang 7 bulan aku kerja kat previous company tu, tiap bulan anak aku demam, hampir tiap hari batuk selsema, dua kali masuk wad. Dan gila tak gila, masa Fateh dalam wad, aku-pergi-kerja-dari-hospital-hoi! Encik Tuan yang jaga Fateh. Hospital jadi rumah aku masa tu. Aku bersiap kat hospital, dan zazzzz pergi kerja, dari hospital. Sampai nurse tegur, "pergi kerja ye, kak?" Aku tak boleh terima keadaan macam ni.

Itu pun boss kata aku macam-macam. Attitude tak bagus katanya. Asyik cuti. Siap tanya, "mak Nadia tak boleh tolong jaga Fateh ke? Akak dulu masa anak akak sakit, mak mertua akak yang jaga. Tak pun husband akak..."

Ek? Tu anak aku. Takkan masa dia sakit mak aku yang jaga. Oihhh, beranak pandai, jaga tak pandai? Dan, sorry to say, apa jenis mak, apa jenis isteri, yang suruh suami yang jaga anak? Dan-kau-pergi-kerja? Siapa yang patut cari nafkah sekarang?

Kalau bergilir tu aku boleh terima lagi.

Aku stress.

Jiwa kacau aku duduk kat sana.

"Work performance Nadia memang tip top. Cuma akak tak boleh terima Nadia selalu cuti..."

Entahlah. As a boss, aku rasa dia should tolong staff dia overcome masalah. Bukan menambah masalah. Aku dah minta laptop untuk aku buat kerja dari rumah tapi dia tak bagi. Katanya, "tak apa.. ok je.. Nadia jaga lah Fateh dulu.."

Tapi belakang-belakang tetiba nak fired aku.

Ingat aku tak tau?

Dah lah, tetiba aku ngumpat pepagi jumaat yang barakah ni.

Tak pasal-pasal.

Aku sebenarnya tengah polish skill kurang skema aku.

So, aku mulakan dari blog.

Dan aku rasa aku dah lari tajuk. Eh, ke tak?


Salam sayang,
Nadia

p/s: jemput like page aku kat FB, Kedai Nadim
      akuu jual kain cotton rege RM49. serius tak tipu.





02 January 2014

Fateh's first homemade solid food, by me!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Last post was published on Oct 11, 2013. And hello new year! Ada orang perasan saya DAH LAMA SANGAT tak update blog. Nah, ini untuk awak dan awak semua. And sorry sebab dah lama tak update.

Pertengahan Disember lepas Fateh masuk wad lagi. Again. Sebab cirit-birit. He is 6 months already and I start to give him solid food. All this while, he only drink mommy's milk *clap clap clap*. Alhamdulillah, MasyaAllah, thank you Allah for grant us lot of rezeki. Alhamdulillah...

We actually already fed him with blended raisins and dates when he was 5 months ++. Sekali dua tiga je rasanya lepas tu stop. Sebab his mom ni tersangatlah malas nya ya ampun nak masak untuk anak sendiri pun malas! Plus, my mom said, just give him Nestum laaa.. awak ada masa ke nak masak untuk dia bagai? *Sigh!*

Rentetan daripada itu, maka kami pun beli lah Nestle Cerelac Rice, as advised by my mom. Unfortunately, he got diarrhea after having it. Lama pula tu diarrhea. Start hari Rabu, sampai ke Jumaat, sampai ke Sabtu.

And this paranoid mommy, terus bawa anak ke hospital on Saturday noon. Mmm, cerita pasal ni dalam next entry lah yea? yea? Boleh laaa...

To cut it short, lepas discaj, my mom jaga Fateh. And she was the one yang masak untuk Fateh. Nasi + kismis. Then, the next week nasi + carrot.

Since today is the first day Fateh go to school with his 'bekal', so this panic mommy lah yang kena masak. Tu lah selama ni mak kauuu yang jaga Fateh, mak kauuuu yang masak, sekarang kau sendiri kena masak untuk anak, padan muka kaoooo.

Excited! Yes! I used this recipe, from Dr Halina's blog, B's Fish Meal (pembaca setia blog Dr Halina ni). So, I bought slice of salmon *mat saleh sangat, kan?*, pumpkin *since I didn't found butternut squah*, and broccoli. What a healthy 'sound', isn't it?


I am afraid Fateh wouldn't like it. So, I made it in small portion.



Renehkan semua bahan bersama susu. Susu ni tak kisah susu apa. Me is using Mommy's milk. Takut Fateh cirit-birit lagi. Takut kalau-kalau dia alergik susu lembu. Better use Mommy's milk.


Dah siap renehkan, sampai semua bahan tu lembut dan senang dikisar, maka kita masukkan dalam food processor / blender. Kisar sampai halus, ikut kesesuaian anak masing-masing. Since Fateh belum ada gigi, jadi saya kisar sampai betul-betul halus.



I put it in this cube. For storing purpose. Nak bagi bekal dia pergi sekolah. And I put aside some untuk bagi dia makan malam tadi.


Dan hasilnya...

..


...


....


.....


......


.......


........

.........

..........

Vallaaa~~



Omnomnomnom~ it's delicious, Mommy! I want some more. 

Sebab suap Fateh sorang-sorang, so tak boleh nak rekod video dia excited makan something new. Dan tak sempat mak dia nak snap gambar hasil akhir, Fateh dah habiskan makanan tu. Siap berebut mangkuk dengan saya. He wants more tapi dah habis. Yang tinggal untuk bawa ke sekolah esoknya.

Ahhh now, selain kena fikir dinner nak masak apa, kena fikir juga nak masak apa untuk Fateh.

It is an interesting journey because I want him to try something new everyday. Let him discover the world. And ya, not to forget 4 days rule, Mommy!

Happy cooking!

p/s: baru dapat info, ada kawan cakap kalau susu ibu dipanaskan akan menghilangkan segala nutrien dalam susu tu. So it's up to you guys macam mana nak adjust semua resepi ni. Happy cooking!



22 June 2013

Saat Kelahiran Permata Kami - Fateh Al-Hafidz

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Alhamdulillah. Dah lahir pun budak yang selama ni duduk menendang dalam perut. Where to start, huh?

Kita start pada 11 Jun 2013 lah, eh? Haruslah. Tu tarikh masuk hospital.

Pagi 11 Jun 2013 tu ada check up kat HUKM (atau PPUKM). Masa jumpa doktor tu, memang dah bagitau, contraction dah start. Tapi irregular. Kadang 2 jam sekali. Kadang 3 jam sekali. Kadang 10 minit sekali. Saya jadi konfius. Bila pos kat satu grup dalam facebook, ada yang kata, simptom ni nama dia aa.. alamak dah lupa namanya. Something yang nak kata real contraction pun tak, false contraction pun tak. Oh ni namanya,

So if it’s not “real” labor but it’s not “false” labor either, what the heck is going on?!

Answer: Prodromal Labor.
Essentially, this is labor that starts and stops at irregular intervals for an indefinite amount of time before actually progressing to active labor – or, labor that continues to augment until the baby is born.


Jadi saya fikir, saya hanya bergantung pada air ketuban je ni untuk tau bila baby nak keluar. Sebab darah memang dah keluar since 28 Mei tapi bukaan tak buka-buka.

Bila contraction saya masih antara main-main dengan tak, so doktor pagi tu pun tak ada lah nak check bukaan. Check biasa saje, dan saya pun boleh balik rumah.

Petang tu, suami kata, dah lama beliau tak makan masakan saya. Yelah, sejak sarat ni, kalau tak makan kat luar, adik ipar yang tolong masak. Dah tak larat nak bersilat kat dapur tu. Sakit betul pinggang kalau berdiri walaupun 5 minit.

Demi memenuhi permintaan suami, saya turutkan juga lah. Siap lauk ikan, saya dah terbaring. Saya bagitau suami, "Abang tolong masakkan sayur, ye? Sayang dah tak larat lah. Nak baring kejap."

Haaa masa baring ni lah saya dah start rasa contraction yang tak berhenti-henti. Dalam hati dah fikir, eh, aku nak beranak ke ni?

"Abang, sayang rasa baby nak keluar dah.."

Suami cuba cool, se'cool' yang mungkin. "Nak pergi hospital dah ke?"

"Kejap, makan dulu.." Saya rasa saya lagi cool. Tehee~ So pukul 6.30 petang tu sempatlah makan dulu. Uhhh tenaga itu penting ye untuk push. Kang tak larat nak push.


Lauk terakhir yang saya makan sebelum bersalin.

Dah siap makan tu, masih relaks tengok tv. Sambil mata duk tengok jam. Saya kira sela masa contraction. Dalam pukul 7 malam tengah suami dan adik-adik ipar layan Teduhan Kasih tu, sela contraction saya dah makin terasa 7 minit sekali. Start 7.30, dah sela 5 minit sekali.

"Abang, jom pergi hospital. Dah 5 minit sekali."

"Ok, solat dulu, sempat?"

"Sempat.." 

Tengok, kami masih 'cool'. Solat itu wajib.

Kat depan Emergency O&G PPUKM, saya dah jalan tertunduk-tunduk menahan contraction. Pergi kaunter terus dapat potong Q. Lepas nurse ambil tekanan darah & uji air kencing, saya masuk bilik pemeriksaan, check CTG. Oh, CTG adalah check denyutan jantung & sela contraction.

Masa check ni pun, baby asyik tidur. Puas nurse kejut dia. Doktor check bukaan. "Ok, Puan. Dah 2 cm. Kita hantar Puan naik atas dulu (admit), lagi 4 jam kita check lagi bukaan."

Saya pun masuk wad. Pukul 9.30 malam.


 Wad 2A, Katil 19.

Saya dah terbaring masa ni. Tapi sempat lagi kejap-kejap berjalan. Asyik nak terkencing. Suami balik sekejap, hantar adik ipar balik rumah. Dalam pukul12 tengahmalam dia datang balik katanya. Nurse pun suruh suami stand by kalau hospital call.

Suami check-in kat facebook. Dan saya masih sempat reply, jam 12.54am. Masa ni doktor belum datang untuk check bukaan.

1.00 am
Doktor panggil untuk check bukaan. Dah 4cm. "Puan, kita akan tolak Puan ke labour room sekarang. Puan nak saya pecahkan air ketuban sekarang atau tunggu lagi 4 jam?"

"Pecahkan air ketuban." Saya jawab. Jap, saya pelik. Kenapa saya yang buat decision ni? Takpe, saya rasa naluri seorang ibu lebih kuat dari teori doktor.

Doktor jolok dengan something yang macam stick plastik untuk pecahkan ketuban. Saya terasa air mengalir. Panas, banyak. Oh, itu rupanya rasa air ketuban. Saya nampak muka nurse macam risau. 

"Light ke moderate ni doktor?" tanya nurse.

"Saya rasa light lagi ni."

"Are you sure, doc?"

"Yes.."

Serius saya tak faham apa yang light, apa yang moderate. Saya hanya nak anak saya keluar dengan selamat.

Nurse bagi pad dan saya dibawa ke labour room. Contraction makin kerap. Saya masih cuba bertahan.


1.30am - Labour room (LR)
Saya turun dari kerusi roda, air ketuban melimpah jatuh. Warna macam kehijauan. Nurse yang bawa saya ke LR tu terperanjat. "Eh, baby you dah berak dalam perut!"

Saya tergamam. Ya Allah. Ini ke light moderate yang doktor & nurse dalam wad tadi cakap??? Saya nak menangis dah masa tu tapi saya tak boleh. Nanti tenaga nak push tak ada. Dalam hati tak putus doa Nabi Yunus dan saya berharap Allah selamatkan anak saya. Tak kiralah apa cara sekalipun. Saya dah tak kisah bersalin normal ke operate yang penting anak saya selamat.

Nurse dan doktor dalam LR duk bertegang lidah. Baby saya baru berak atau dah makan berak dia. Saya duk menahan sakit. Suami ada di sebelah. Sentiasa bagi semanga. Sentiasa pegangkan gas untuk saya sedut penahan sakit. Saya cuba tak mahu bergantung pada gas tu sebab saya tahu, gas tu akan buat saya lemah dan mamai, susah nak push nanti. 

Nurse cakap saya tak boleh ambil sebarang ubat tahan sakit. Baik Pethidin, Epidural atau lain-lain. Jadi saya hanya perlu bergantung pada kekuatan diri saya & gas tu sahaja untuk bertahan.

3.00am 
"Nurse, saya rasa nak terberak!"
"Berak je, Puan. Kita tak boleh bagi Puan ke tandas dalam masa sekarang ni. Berak je atas katil tu."

Tapi sebenarnya rasa nak berak tu adalah baby nak keluar. Nurse dah keluarkan air kencing saya guna tiub. Jantung baby makin lemah. Bukaan masih tak sampai 10cm. Doktor datang dan terus 'bukakan' jalan. Doktor masukkan jari, dan buka jalan cara paksa. Memang sakit nya ya ampun. Saya terjerit-jerit. Kena marah sebab menjerit buat saya hilang tenaga. 

"Kejap doktor, kejap. Sakit sangat.."
"Puan, tak boleh kejap, kejap. Nanti baby lemas. Jantung baby dah makin lemah."

Allah... saya tak tahu apa dalam fikiran suami masa tu.
"Nurse, anak saya ok?" tanya suami.
"Encik jangan risau ye. Kalau dah ada dalam labour room ni kita akan usaha apa saje cara untuk selamatkan ibu & anak."

"Puan, pukul berapa last makan?"
"Pukul 6.30 petang. Lepas tu kat wad tadi saya sempat makan roti dua bungkus."
"Ok, Puan. Kami nak prepare untuk emergency c-sect."

Ya Allah.. Masa tu dah fikir, lantaklah macam mana sekalipun yang penting baby selamat.

"Doktor, kita teruskan." kata nurse.
"Boleh?"
"Boleh.."

"Ok, Puan. Kalau rasa macam nak terberak tu, terus 'berak' puas-puas ye. Teran panjang-panjang. Masa tak rasa nak berak, tarik nafas dalam-dalam. Ok, Puan?"
"Ok.." saya jawab dengan nafas yang dah berdesah-desah tu.
"Ok, Puan. Teran! Lagi Puan! Teran panjang lagi, Puan! Jangan berhenti! Lagi, Puan. Curi nafas."
"Macam mana?!" saya dah agak tinggi suara. Sakit, dan tak tau macam mana nak curi nafas & teran panjang-panjang.
"Macam ni, Puan, hoh hoh hoh! Ok, Puan, kalau sakit teran lagi. Sekarang tarik nafas panjang-panjang."
Saya tarik nafas dalam-dalam. "ERGHHHH!!!"
"Puan jangan jerit! Nanti tenaga habis! Puan, jangan angkat bontot! Puan teran panjang lagi! Puan, curi nafas!"

Jeritan demi jeritan kedengaran. Lebih kurang 5 orang dalam LR tu.

"Dia tak pandai teran..." saya dengar doktor kata. Suara hampa.
Saya dah agak kecewa masa tu. Terdengar bunyi jantung baby yang semakin lemah. Saya kena kuat! Dan saya boleh buat!

"Encik, ambil air selusuh tu. Selawat 3 kali. Suapkan ke mulut isteri."

Saya rasa sakit nak meneran lagi. Dan saya tak tahu entah berapa kali teran. Yang pastinya memang BANYAK KALI.

Nurse & doktor masih terjerit-jerit ajar saya cara teran, cara bernafas, suruh panjang-panjang lagi, tapi akhirnya ada satu suara, the only voice yang saya dengar. Suara nurse & doktor entah ke mana entah.

"Sayang, sikit lagi, yang. Kepala baby dah nampak tu, yang.. Sikit je lagi, sayang. Teran panjang-panjang."

Suara suami saya.

Entah datang dari mana kekuatan, saya tarik nafas panjang-panjang, dan terannnnnnn sepanjang-panjang yang saya boleh, tanpa curi nafas. Serentak tu saya dengar 'kawasan tu' digunting. Dan tak sampai sedetik, nurse dah letak anak saya di atas perut.

"Allahuakbar... Allah.. Allahuakbar.." Macam tak percaya. Kat atas perut saya tu, anak yang dikandung selama ni. "Alhamdulillah..."

Sementara proses menjahit, suami kena duduk luar. Nurse letak anak saya di dada saya lepas dibersihkan. Si comel tu pandang arah saya. Bulat matanya. Terkebil-kebil. Alahai anakku..

Saya jeling jam. Lebih kurang pukul 4 pagi. Hampir sejam saya dalam proses bertarung nyawa. Dan jam 5 pagi baru proses menjahit selesai.


Fateh Al-Hafidz bin Mohd Nur Imam
12 Jun 2013
3 Sya'ban 1434H
4.04 pagi
2.94kg
46cm

Sekian~

^_^

p/s : Erkk suami kata dia takut darah. Macam mana dia boleh nampak kepala baby dah keluar?