:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Penat bila nak fikir hal orang yang.. hurmmpp.. susah nak kata. Penat bila bekerja untuk mengkayakan orang.
Saya bermula dengan gaji RM1600. Berkelulusan ijazah sarjana muda. Dalam masa 3 tahun bekerja makan gaji ni, saya mampu menggandakan jumlah gaji yang saya terima dengan dua kali berpindah tempat kerja.
Nyatanya, duit yang banyak bukan segalanya. Anak sakit, kesihatan sendiri terabai, stress, hampir setiap hari sakit kepala (dah kena migrain pulak ke aku ni?), tak seronok bekerja, balik lewat malam, keluarga terabai, nak masak sarapan untuk suami dah tak sempat, kelam-kabut, tergesa-gesa...
Hahhhh...
Saya penat dengan semua ni.
Stress...
Saya tahu, tak ada kerja dalam dunia ni yang tak stress.
Tapi bila dah hilang joy dalam kerja, dah hilang minat, dah hilang keseronokkan, apa lagi yang boleh kita buat?
Saya akui, saya menyesal tinggalkan syarikat pertama saya dulu. Walaupun gaji tak tinggi mana, tapi keseronokkan dalam bekerja tu ada. Di sana kami macam satu family. Susah senang sama-sama. Tak ada nak tikam belakang. Masing-masing ada tugas masing-masing. Saling tolong-menolong. Tak ada boss nak compete dengan anak buah sendiri (oh please, tak sangka ada boss yang cemburu dengan anak buah), dan etc etc etc.
Saya tinggalkan semua ini. Saya tahu penat mak ayah besarkan saya sampai dapat degree. Saya tahu hidup yang sangat menekan di KL ni, gaji suami seorang, kurang cukup.
Tak apalah. Bak kata saya pada ibu, "kalau dulu boleh makan KFC tiap bulan, sekarang makan ikan bilis dengan kicap pun ok" ^_^
Kepada adik-adik, kawan-kawan, yang rasa nak resign sebab GAJI, tolong fikir 2,3,4 kali. Hahah!
Saya gembira dengan keputusan saya sekarang. Lebih masa dengan keluarga, masa 'kerja' yang fleksibel, saya boleh ke hospital dengan senang hati, lebih masa terluang untuk beribadat, lebih baik saya buka company sendiri kalau nak buat peraturan sendiri, kan?
Saya dan suami ada cita-cita sendiri, impian kami sendiri. Saya akan usahakan sampai jadi!
Doakan ye, kawan-kawan ^_^ Nanti kalau dah berjaya ke matlamat jangka pendek kami, saya akan buka inbox untuk resume anda masuk. Kita sama-sama menuju matlamat jangka panjang.
Hehe.
Doakan.
Meh tengok blog Nice Felt.
Nanti dah resign saya perkemaskan lagi blog dan akan sentiasa update, insyaAllah.
Moga Allah redha, suami redha, ibu ayah redha.
Insha Allah rezeki Allah Maha Luas..
ReplyDeletematlamat kita bukan kerjaya yang berjaya.. kalau itu punca kita susah & lalai pada tggjawab utama tiada kerugian rasanya nadia tinggalkan..wlwpon keputusan itu payah..tapi pasti ada kesenangan untuk nadia & keluarga...kalau pergi kerja tinggalkan anak tgh sakit pon kita tak tenteram... rasa hilang dh tggjawab sbgai ibu kan