Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

30 November 2012

PD : Baby is moving!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Subhanallah! What an excited moment. Semalam MC. Bangun pagi dan kaki tak boleh bergerak. Ya Allah rasa kejang seluruh kaki. Tak boleh berpijak kat lantai. Dengan badan panas, blocking nose, sakit tekak. Kepala berdenyut sebelah kanan. Kat dahi, mata, dan belakang leher. Bila sujud, mata macam tertarik ke dalam. Perit rasanya.

Then pergi klinik untuk ambil ubat. Tak berani ambil sembarangan ubat since pregnant ni. Apa-apa hal pun mesti nak consult dengan doktor.

Alang-alang dah pergi klinik minta ubat-ubatan tu, minta sekali untuk buat ultrasound. Lagipun start minggu ke-9 dah boleh scan. Cuma minggu ke-11 ni baru confident nak scan. Baru nampak real, kan?

Kita layan gambar aje lah, ye?


masa ni doktor tengah measure panjang dia. 41.1mm. masih comel sangat



nampak? 11 minggu.



ni macam dia tengah ngadap depan.


Dia sangat aktif kat dalam tu. tak berhenti moving. Tengok video ni,


haha kaki yang panjang dan asyik berpusing-pusing aje. seronok pula dia dalam tu.

heartbeat sangat laju. terperanjat first time dengar. kaki duk tunjal-tunjal kantung dia. tapi saya tak terasa lagi. dia masih terlalu comel. kaki belum sampai hehe.


subhanallah. macam tak percaya ada jantung lain dalam ni :)


^_^


26 November 2012

PD : Masa Berganti

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dah nak masuk minggu ke sebelas. cepat sungguh masa berlalu *memang berharap macam tu pun!*

while enjoying my morning sickness symptoms, me  myself also berharap cepat-cepat masuk next phase, second trimester.

lagi 2 minggu insyaAllah.

bukan apa. kesian tengok encik suami. SEMUA kerja rumah, beliau yang buat. plus malam-malam tolong urut pinggang saya sampai ke kaki. sambil-sambil tu dia selawat. saya baca syifa'.

sebak, nak menitis air mata ni teringat encik suami yang sikit pun tak merungut layan kerenah saya. sikit pun tak. dalam hati tak tau lah kan. tapi tak payah buruk sangka. beliau sentiasa senyum depan saya.

hari khamis lepas, paling teruk muntah kat ofis. sampai tak mampu kontrol, termuntah sekali kat tempat duduk mangkuk tandas. habis terkeluar semua isi perut.

sekarang saya tak boleh makan sambal ikan bilis yang suami masak. confirm nak muntah.

hari jumaat teringin ikan patin masak tempoyak. kebetulan kami akan ke kulim esoknya. kat R&R sungai perak hala selatan ada kedai jual patin tempoyak, sedap. saya minta suami singgah bila balik dari kulim.

tapi kami gerak dari kulim dah pukul 9.30 malam. mana nak sempat singgah R&R sungai perak. masa lalu R&R tu, hati saya sebak aje.

encik suami pujuk, "nanti abang masak kan, ye?"

"abang tau ke masak patin? kalau tak tau, boleh hanyir ikan tu, tak sedap.."

"tak apa, abang tanya lah orang macam mana nak masak.."

hati terus rasa terpujuk. sampai hari ni masih menuntut patin masak tempoyak tu!

hari ahad encik suami beli murtabak. ada kuah bawang. dalam kereta, saya dah sniff sniff, bau apa ni? busuknya yang amat. terus cium murtabak tu, lah, bau kuah bawang tu. memang tak tahan baunya. terus buang. makan murtabak sahaja. aduhai hidung. perit rasanya.

dan sekarang masih pening tapi dah semakin kurang. loya masih ada. muntah dah tak setiap hari.

harap-harap semuanya ok lepas trimester pertama nanti.

saya dah rindu dapur saya! dah rindu nak masak apa sahaja. bosan juga makan lauk sama setiap hari tapi dah itu aje yang encik suami tahu masak. saya tak merungut malah bersyukur beliau sangat baik.


^_^

19 November 2012

PD : Muntah Tiap Hari Itu Membahagiakan?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

keadaan loya start dari minggu ke-7 sampai sekarang makin menjadi-jadi pula dia. nakal anak ibu ni.

hari tu dia hanya menyerang waktu tengahari dan pukul 3 atau 4 petang macam tu dah ok. tapi sekarang ni, suka pula dia nak meloya dari pagi sampai nak tidur.

muntah tak payah cakap la. sejak minggu ke-7 tu pun hari-hari muntah tak pernah miss. nasib baik muntah waktu tengahari, sempat kejar ke toilet. tak ada lah termuntah atas meja kerja!

saya masih alergi dengan bau-bauan. masih lagi hari-hari minta maaf dan berterima kasih kat encik suami yang sangat sabar melayan kerenah saya yang tak tentu arah. ada sekali tu saya sampai tiba-tiba hempas barang. tapi beliau senyum saja, dan pujuk saya baik-baik. ya Allah, mana nak jumpa suami macam ni lagi?

pagi tadi lepas solat subuh, beliau kata, "sayang pergi mandi, ya? abang masakkan lauk untuk sayang bawa ke office."

air mata menitik masa tu juga. beliau siapkan SEMUA. dari mengupas bawang, masak, prepare bekal, dan masuk dalam beg. selain nasi dan lauk, beliau bekalkan juga kuih dan keropok. katanya, "nanti sayang lapar, boleh kunyah makanan-makanan ni."

huwaaa bersyukur nya saya! anakku, nanti jangan lawan cakap ayah, tahu? ayah kamu sangat baik.

dan malam tadi entah angin kus-kus apa yang datang, sakitnya kaki saya dari pinggang sampai ke tapak kaki. encik suami dengan sabar urut perlahan-lahan.

dalam geram-geram dengan morning sickness ni sebenarnya setiap hari saya tertunggu-tunggu juga, "bila nak rasa loya ni?"

sebab bila wujud rasa loya tu, saya tahu anak dalam kandungan baik-baik saja. itu membuatkan saya bahagia. dan rasa dia sedang membesar dengan baik.

jadi pada bakal-bakal ibu yang muntah tak henti tu, bersabarlah. anak kita sedang membesar bagai juara!


^_^


15 November 2012

Goliath in 3D

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

kita lari sekejap dari pos-pos berkaitan pregnancy.

semalam, tengok wayang. ye, tengok wayang dengan encik suami. wahah. suami saya bukanlah kaki wayang. dan rekod bersih, sebelum kahwin, kami tak pernah tengok wayang bersama. hatta dengan kawan-kawan sekalipun. kalau tiba-tiba saya teringin tengok wayang, encik suami akan kata, "pergilah tengok dengan kak syaf"

lepas kahwin, kami hanya tengok wayang bersama kalau dapat tiket free. kata encik suami, "buat apa membazir tengok wayang. baik beli cd boleh tengok berkali-kali."

baiklah.

dan encik suami dapat 2 tiket free, filem war of the worlds, goliath in 3D.

setelah puas dipujuk, encik suami setuju untuk pergi ke preview screening filem tu. di GSC tropicana mall. malam tadi.

"abang tak suka tengok 3D. nak kena pakai spek bagai. rimas."

"kalau tak pakai spek boleh tak?"

encik suami masih membebel dalam panggung.

boleh abang, tapi nanti abang nampak double vision.

saya paksa encik suami pakai juga spek 3D tu. "ok ok."

"oh, best juga, ya?"

"abang tak pernah tengok wayang 3D ke?" tanya saya.

"sayang ingat abang ni kaki wayang ke?"

eheh. termalu di situ.

plot cerita biasa sahaja. ending boleh dijangka. cerita macam mana pasukan tentera (ARES) menentang Martian (penduduk Marikh kononnya).

tapi satu yang saya nak highlight. salah seorang tentera utama dalam pasukan ARES, dari Malaya (plot cerita pada tahun 1914).

namanya Raja Iskandar Shah. meminjam suara Tony Eusoff. oh, saya tak bagitahu eh cerita ni cerita kartun?

dalam satu scene, pasukan tentera ni sedang minum bir beramai-ramai sebelum berperang. dalam hati saya terdetik, saya nak tengok Raja Iskandar Shah tu minum bir ke tak?

dan bila saya tengok hampir semua orang memegang segelas bir di tangan, Raja Iskandar Shah sahaja yang memegang secawan kopi.

tahniah. eheh.

satu lagi scene, sebelum perang bermula, ditunjukkan Raja Iskandar Shah sedang solat. dan lepas tu berdoa.

wah. saya teruja.

perkara macam ni, walaupun kecil, tapi pada saya, produksi membuat sesuatu dengan sangat teliti.

terutama dalam scene semua orang minum bir tu.

ianya hanya sekadar kartun, jadi mungkin tak ada orang akan perasan kalaupun Raja Iskandar Shah tu pun minum bir. tapi nyata sangkaan saya meleset. orang Melayu ditunjukkan hanya minum secawan kopi walaupun di sekelilingnya semua orang minum bir.

dan solat, sebelum perang bermula.


berbeza dengan kita di alam nyata ni. yang terang-terang minuman memabukkan itu adalah haram, tapi ada juga yang ambil sambil lewa. macam dia di alam fantasi pula.

sedangkan kartun pun orang titikberatkan, apatah lagi kita yang memang dihitung dosa pahalanya?

moga kita sentiasa muhasabah diri. agar dijauhkan dari perkara mungkar. amin.



*nota: baru google, Goliath = Jalut? sila google lebih untuk maklumat lanjut.



05 November 2012

New Environment

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dalam saat-saat menghadapi first trimester yang gila thrill ni, bertukar pula tempat kerja, memang sesuatu yang.. aaaa... stress di tahap infiniti.

kena cope dengan dua jenis environment baru.

1. environment kerja
2. environment badan

ye, dalam first trimester, badan sedang dalam tempoh penyesuaian keganjilan-keganjilan hormon dan segala benda kat dalam tu. jadi bila kat dalam dah berkecamuk secara tak langsung luaran (fizikal) ni akan turut sama terima tempias.

maka itu lah yang jadinya bila tiba-tiba kena sesuaikan diri dengan tempat kerja baru, jadi konflik dalam diri.

bila jadi konflik dalam diri, mulalah rasa NAK BERHENTI KERJA.

dan tak seronoknya kat sini. rasa nak balik rumah. hari isnin pun rasa tak sabar nak tunggu next saturday.

kat tempat dulu tak macam ni pun.

-__-"

tertekan.

memang dalam keadaan sangat tertekan.

minggu pertama kat sini, penuh dengan demam. dengan suami pun demam.

rumah dah tak terurus. memasak dah tak buat. maaf, memang tak tahan. even bau tumis bawang pun boleh buat muntah.

saya sampai hari-hari minta maaf dengan suami. peti sejuk tu kosong. saya memang tak beli apa barang basah. yang ada, ikan bilis dengan telur. maaf, abang. sayang memang tak boleh nak bau ikan ayam daging semua tu.

sangat lembik.

nak balik.


T____T