Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 November 2012

PD : Masa Berganti

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dah nak masuk minggu ke sebelas. cepat sungguh masa berlalu *memang berharap macam tu pun!*

while enjoying my morning sickness symptoms, me  myself also berharap cepat-cepat masuk next phase, second trimester.

lagi 2 minggu insyaAllah.

bukan apa. kesian tengok encik suami. SEMUA kerja rumah, beliau yang buat. plus malam-malam tolong urut pinggang saya sampai ke kaki. sambil-sambil tu dia selawat. saya baca syifa'.

sebak, nak menitis air mata ni teringat encik suami yang sikit pun tak merungut layan kerenah saya. sikit pun tak. dalam hati tak tau lah kan. tapi tak payah buruk sangka. beliau sentiasa senyum depan saya.

hari khamis lepas, paling teruk muntah kat ofis. sampai tak mampu kontrol, termuntah sekali kat tempat duduk mangkuk tandas. habis terkeluar semua isi perut.

sekarang saya tak boleh makan sambal ikan bilis yang suami masak. confirm nak muntah.

hari jumaat teringin ikan patin masak tempoyak. kebetulan kami akan ke kulim esoknya. kat R&R sungai perak hala selatan ada kedai jual patin tempoyak, sedap. saya minta suami singgah bila balik dari kulim.

tapi kami gerak dari kulim dah pukul 9.30 malam. mana nak sempat singgah R&R sungai perak. masa lalu R&R tu, hati saya sebak aje.

encik suami pujuk, "nanti abang masak kan, ye?"

"abang tau ke masak patin? kalau tak tau, boleh hanyir ikan tu, tak sedap.."

"tak apa, abang tanya lah orang macam mana nak masak.."

hati terus rasa terpujuk. sampai hari ni masih menuntut patin masak tempoyak tu!

hari ahad encik suami beli murtabak. ada kuah bawang. dalam kereta, saya dah sniff sniff, bau apa ni? busuknya yang amat. terus cium murtabak tu, lah, bau kuah bawang tu. memang tak tahan baunya. terus buang. makan murtabak sahaja. aduhai hidung. perit rasanya.

dan sekarang masih pening tapi dah semakin kurang. loya masih ada. muntah dah tak setiap hari.

harap-harap semuanya ok lepas trimester pertama nanti.

saya dah rindu dapur saya! dah rindu nak masak apa sahaja. bosan juga makan lauk sama setiap hari tapi dah itu aje yang encik suami tahu masak. saya tak merungut malah bersyukur beliau sangat baik.


^_^

2 comments:

  1. Assalamualaikum awak..
    bestnya suami awak masak. takpelah dah kira bersyukur kan kalau ada suami yang amik berat pasal kita. sheila harap kandungan awak sihat walafiat. tak sabar nak tengok anak buah kita ni keluar :)

    ReplyDelete
  2. untung awak dapat suami macamtu.
    Tetapi ingat semua nikmat adalah pinjaman Allah semata2. Dia boleh tarik bila2 masa sahaja.

    Kalau ada masa, bacalah warkah mawar utk si nafastari yg telah pergi ke alam abadi.

    http://mawarnafastari.blogspot.com/2012/08/warkah-hati-mawar.html

    ReplyDelete