Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 May 2013

PD : Pap Smear

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri yang dijanjikan. sila-sila baca.

Pap Smear.

dulu sebelum pregnant serius tak tahu apa ke benda nye lah pap smear ni. see, mengandung pun menambah ilmu. lepas mengandung memang kerja ni duk meng'google' what the do's and dont's.

pap smear ni ujian untuk tahu kita ada kanser serviks ke tak. macam nak kenalpasti breast cancer, kita buat ujian mamogram. serviks - pangkal rahim.

kanser serviks ni kanser kedua yang kerap menyerang wanita selepas kanser payudara. eh ada gaya iklan suntikan HPV tak? hehe~

suntikan HPV tu pulak untuk cegah kanser serviks. begitulah lebih kurang.

dah nama pun kanser serviks (pangkal rahim) maka test yang perlu dibuat pun kat area situ lah kan.

cara?

doktor akan suruh kita baring, posisi macam nak bersalin. doktor akan sapukan ubat kebas macam selalu disapu kalau nak buat injection tu. dan masukkan speculum dalam faraj.


hah, ni speculum. ala-ala mulut itik angsa gitu. untuk buka faraj rasanya. masa doktor masukkan benda alah ni, mula lah terfikir, eh, benda ni ke yang diorang duk kata seluk-seluk nak check bukaan laluan baby dah berapa cm? entah tak tau saya. tapi diorang kata seluk dengan jari. ngeri ok! masa doktor masukkan speculum ni tak ada lah rasa sakit. sebab dah kebas area situ kan. cuma rasa macam ngilu. hah tu je la.

lepas tu doktor akan ambil sampel tisu dari kawasan berkenaan.

dan siap. mudah? memang mudah. tunggu result seminggu lepas tu.

alhamdulillah saya bebas dari kanser serviks. cadangnya lepas bersalin nak ambil suntikan HPV tu. prevention is better than cure.




10 May 2013

Selepas PRU-13

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yaaa.. saya ada hutang entri tentang pap smear. nanti saya tuliskan, ok?

PRU baru lepas. dan ini kali pertama saya mengundi. kawasan Parlimen Titiwangsa. lepas PRU ni macam-macam orang share kat facebook.

1. pasal blackout yang tidak diketahui kebenarannya. ada yang kata memang blackout, ada yang kata tidak. takkan tak ada pemerhati bagi kedua belah parti di tempat kejadian? dan masakan pokok bergoyang kalau tiada angin?

2. kenaikan harga barang? katanya roti gardenia dah naik 30 sen. dari RM2.10 ke RM2.40. tapi seingat saya memang dah lama harga roti gardenia tu RM2.40. pelik.

tak perlulah share kalau kita tak pasti kesahihan berita tu. kita ni suka bebenor menyebar fitnah.

3. himpunan suara rakyat suara keramat yang membuatkan agak ramai penduduk lembah klang yang tak menyertai (yang tak berapa nak menyokong PR) menyumpah seranah sebab sangkut dalam jem lebih dari 2 jam.



dulu, dulu masa zaman universiti, saya menyebelahi pihak Evolusi Mahasiswa. ahh senang cerita, pihak Barisan Nasional. sejak join macam-macam di zaman tu, saya mula nampak sedikit demi sedikit kepincangan dalam 'barisan' yang saya sertai. terlalu banyak agenda sulit lagi menyulitkan. terlalu banyak konspirasi.

di pihak lawan atau pihak 'pembangkang' katanya, pun ada agenda mereka sendiri. penuh dengan konspirasi dan strategi sulit. ah, senang cerita, mereka pun sama.

itu rumusan saya secara rambang.

lepas habis zaman universiti, zaman bekerja, saya tidak menjadi penyokong kuat mana-mana pihak. dalam fikiran saya, masing-masing membawa agenda masing-masing. tapi sebagai rakyat, saya berhak memilih pihak mana yang menawarkan lebih keuntungan kepada rakyat.

rakyat sepatutnya bebas memilih tanpa ada sebarang sekatan. kalau anda rasa janji di pihak sana lebih meyakinkan dari pihak satu lagi, sila pilih. masing-masing ada pandangan sendiri, tak perlu gaduh.

pada saya, saya inginkan sesuatu yang bersifat long term, ada keuntungan jangka panjang. saya ni kategori dhaif bandar. maaf, guna perkataan dhaif. terlalu hiperbola, mungkin? tapi ini hakikat.

jangan pandang masyarakat bandar itu 'mewah'. kos sara hidup yang terlalu tinggi amat menekan.

saya ada baca satu pos dalam facebook. katanya lebih kurang begini, "orang-orang bandar, kalau tak mampu beli Audi, tak payah lah nak beli. tak mampu, buat cara tak mampu. kalau dah gaji RM1000 je sebulan, naiklah bas pergi kerja. tak payah nak beli kereta."

nampak sangat tak matangnya. atau adik ni tak pernah tinggal di KL?

dik, hatta beli kereta paling murah sekalipun, viva misalnya, masih berhutang hampir RM500 sebulan. dan, dengan jaringan pengangkutan awam yang sangat teruk di KL ni, mungkinkah semua orang mampu sampai ke tempat kerja hanya dengan pengangkutan awam? kereta atau motor dah jadi satu keperluan, bukan lagi sekadar kehendak.

katanya lagi, "bersyukurlah kerajaan dah bagi BR1M etc etc etc, apa lagi yang kamu semua mahukan?"
dik, saya ni tak dapat pun peruntukan BR1M tu. 'kaya' sangat kata mereka yang pada hakikatnya miskin bandar. dan, tak tau lah kot adik guna beras secawan je seminggu yang boleh tahan 10kg untuk setahun.

analoginya, rumah saya kena rompak dan hilang RM1000. mujur si perompak berbaik hati meninggalkan RM5 untuk saya.

bersyukurlah, kata saya...