Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

29 December 2010

Bila Malaysia lawan Indonesia, I Tersepit di Tengah-tengah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ye. mesti banyak juga blogger yang update pasal bola malam ni kan kan kan~~~

tahniah malaysia sebab menang mengalahkan indonesia. inilah first time i khusyu' depan tv tengok football malaysia. selama ni, favourite hanya badminton. -_-"

final piala AFF Suzuki, malaysia lawan indonesia. selalunya malaysia jumpa indonesia dalam badminton. ya, ini peluang nak tengok football between these two countries yang 'agak bertelagah'.

so bila bertembung malaysia dan indonesia ni, my friends memang suka bagi soalan cepumasgangsa 74karat,
"nadia sokong team mana?"

biasanya, i and my sisters ambil jalan mudah, sokong siapa menang. bahah~! bukan lalang ye. tapi kami bangga dah dua-dua team kami masuk final, so kami tinggal tengok saje, dan bergembira dengan kemenangan mana-mana team.

apa pun, malaysia tanah tumpah darahku.

bila dah first time tengok game malaysia ni, i pun sangatlah teruja dengan seorang player, oh oh~ goalkeeper malaysia,

khairul fahmi che mat

i tak pernah tengok dia main. tapi i memang sentiasa baca update his story via my junior's blog

aimie harmelia
*elia ni his girlfriend. maka kecewalah cewek-cewek di luar sana, ihih~*

so tu yang teringin tengok dia main. oh, dia memang hebat. sangat mengujakan. dan lebih i terperanjat bila peminat bola sepak nombor satu dalam rumah ni, si eno wutta wutta buat confession,
"dia main macam keeper sepanyol oh!"

i tak tau pula yang my sis ni kenal khairul fahmi che mat.

"siapa tak kenal dia?"

"oh, kaklong hanya kenal dia thru his gf's blog."

"dia ada gf ke?"

"ya.. adik aimie hazerin..."

apa pun, tahniah buat team malaysia. ye, i sangat teruja tengok aksi fahmi dan safee. plus, kami seisi rumah akan menjerit "che mat!" tiap kali bola ala-ala nak masuk gawang gol.

*panggilan che mat tu, ala-ala macam mat saleh rr... uolls~ tak jerit "david!" kalau david beckham jaringkan gol kan? kan? kan? uolls~ mesti jerit "beckham!"*

tahniah untuk skuad malaysia lagi sekali.

esok tak cuti ke?

heee~~~

27 December 2010

Princess Charming

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sebelum i kena tampar laju-laju oleh cik naomi kempbell, so better i update cepat kisah ini

Did I Found My Prince Charming?


oho~
sampai mana ye cerita tu? eheh~ i check sekejap ye readers :)

oh, sampai UPT ye? ok, let's start the story.

lepas je nurse tu cucuk tangan i amik darah dan buat UPT, then dia suruh i tidur. oh my... macam mana i nak tidur kan? perut i sangat sakit. air mata dah mengalir masa tu. bukan apa, sebab tahan sakit. then i panggil nurse. i told her, memang sangat sakit, yang i tak boleh tidur. nurse tu bagi i telan ubat tahan sakit dan ubat tidur. baru berapa minit letak kepala atas bantal, i sudah hanyut. zzZzZZZzz~~~

i memang tak sedar apa, maknanya ubat tidur memang sangat kuat. buka je mata, tengok-tengok dah pagi, dan lebih memeranjatkan i.....








my family, i mean, hot mommy, daddy cooL, engineer tupperware and eno wutta wutta dah ada depan mata i right masa i celik mata.


duhhh~~ cepatnya diorang sampai dari KL?

i tengok jam, pukul 9.00pagi. ye, ye. memang i terlepas subuh hari tu. tidur pun pukul 3 nak dekat pukul 4 pagi, kena pula makan ubat tahan sakit dengan ubat tidur, mana tak terlajaknya. i turun katil and perform subuh first.

lepas 'subuh', nurse pesan kat i, jangan makan dan minum *sebenarnya dari malam sebelum tu dah pesan.* sebab nak operate kan. dalam pukul 2.00petang.

masa i ditolak masuk ke dewan bedah, hot mommy and daddy cool tak ada kat katil i. but masa tengah-tengah kena sorong tu tiba-tiba bertembung dengan diorang di tengah jalan then diorang pun ikut sekali. i tak boleh lah kalau my parents follow sorong i ke dewan bedah. lagi-lagi hot mommy. because of her eyes. sayu seyh hati ni. elok-elok i ni cekal lagi kuat hati kan, jadi nak menangis kalau tengok muka dia. aih~!

masa first operation, daddy cool siap follow masuk dalam operation theater tu. 2nd operation diorang tak sempat sampai hospital sebelum i disorong ke operation theater. so memang tak pandang muka diorang before operation.

ni 3rd operation, sampai je sempadan yang pelawat tak boleh masuk, my mom dah menangis. haaa... tengok... ini sebab i kurang suka kalau they all ikut sorong i. nanti i pun nangis...

sayu je dia tengok i kena tolak masuk operation theater dari tingkap kecil kat pintu tu...

aisy~!

ada satu insiden yang i memang tak boleh lupa masa i dah masuk dewan bedah ni. masa tunggu Q nak masuk which operation theater, i masih relax. pengalaman 2 kali pembedahan sebelum ni buat i rasa biasa saja, dan tahu segala prosedur sebelum pembedahan.

lepas tu i ditolak masuk dalam salah satu operation theater.

mata i dah pandang lampu bulat-bulat yang macam spotlight kat atas tu. baju pembedahan i pun dah ditanggalkan dan diganti dengan selimut. i sempat minta selimut extra lagi sebab memang sejuk. macam dalam freeze plus u tak pakai apa-apa okay...

wayar-wayar semua dah letak kat badan i. doktor ke pembantu doktor tah, dah tanya i nak bius separuh ke bius penuh. i minta bius penuh. i tak mahu tengok proses pembedahan. theee~~~

then tiba-tiba staff nurse tanya,
"eh, patient ni siapa in-charge?"

suasana dalam operation theater tu tiba-tiba jadi kelam-kabut sebab rupanya belum ada doktor untuk in-charge i. i dah pelik. sedangkan mata i dah semakin layu sebab ubat bius dah mula jalankan tugasnya. lepas tu i tetttttttttttttttttttt.................... zzzZZZzzZZz~~






hah! mata i terbuka!

aduiii~~~~ satu pengalaman yang paling i tak boleh lupakan, operation belum lengkap sepenuhnya, tapi kesan bius i dah habis~~~

can you imagine macam mana i rasa masa diorang tengah godek-godek perut i, mata i dah terbuka. i menangis. serius. sebab sakit weyh! tapi dalam masa yang sama badan i sangat lemah, i tak boleh bergerak, kaku, tengok saje doktor habiskan tugas dia. Allah je yang tahu peritnya masa tu!

seorang nurse perasan mata i dah terbuka.
"eh, patient dah sedar!"

memang perut i tu tinggal nak kena tampal dan bersihkan saja. sakit. ini pertama kali, i tersedar dari operation, masa i masih dalam operation theater. sakit....

i disorong keluar, Q lepas habis operation. i masih kaku. nak muntah tapi sangat tak berdaya. i toleh kiri. i nampak pintu yang ada tingkap kecil tu. i nampak hot mommy kat tingkap tu. dia masih di situ.

memang sakit perut ni. i disorong keluar. hot mommy and daddy cool terus serbu ke i. hot mommy cium-cium muka i. eheh. i takde respon. kaku ye.

itu je lah kot kisah operation ketiga ni. 2 minggu hot mommy duduk arau, jaga i. sebab i tak boleh balik KL. hentakan dalam bas tu membahayakan luka perut i. jauh tu dari arau ke KL. silap-silap bekas operation tu boleh terkoyak. so, doktor suggest untuk tinggal di perlis sahaja. jangan balik KL.

alhamdulillah, hot mommy and daddy cool diberi tempat penginapan oleh pihak pengurusan matrikulasi perlis. sekali dengan both my sis. after 2 weeks, my parents kena balik KL sebab banyak baju orang dah tertangguh. tak berjahit.

engineer tupperware saje yang tinggal, jadi my nurse. sebab i masih belum boleh bergerak sangat, so dia bangun pagi-pagi masakkan bubur nasi untuk i, ambil lauk dari makcik cleaner *makcik ni sangat baik hati, hari-hari masakkan lauk ikan haruan untuk i... terharu!!!*, papah i ke kelas *uolls~ bayangkan kelas kat matrik tu, jejauh naaa susunan blok-blok dia*, plus engineer tupperware pun tak kisah, tak rasa malu ikut sama masuk dalam kelas i, konon jadi student matrik juga walhal dia baru form 3 masa tu, uolls~ ada tak adik macam ni?

dia juga yang papah i ke tandas...

dan dia tak kisah menghabiskan cuti hujung tahun dia dengan menjaga i yang baru lepas pembedahan ni, sedangkan kawan-kawan dia semua sedang bergembira pergi tengok wayang and bercuti dengan family...

but she was there, helping me, jaga i, jaga makan minum i, and more than that, she also help me while study sebab i tertinggal banyak bab lepas cuti berminggu-minggu lepas pembedahan. i mean, dia tolong salinkan tutorial dan buatkan nota untuk i.

there she is, my sister.

ni engineer tupperware. eno wutta wutta pun ada kisah dia sendiri.

very proud to have them in my life

24 December 2010

Saya Sudah Bertunang

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

haih~ suka betul buat tajuk kontrovesi kan?

ok, cuba baca link ini...

cuba fahami dengan setulus ikhlas hati. eheh.

lagi-lagi statement ni



"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)




ya~ betul lah tu. kita ni terlalu mengikut sangat adat sampai mengabaikan syariat. walhal kita patut mendahulukan syariat dalam mennjalani gaya hidup ni.

Al-Quran kan 'manual' untuk manusia kan.

rombongan hantar cincin, siap ada hantaran bagai, ada sesetengah orang sekarang siap dengan ada doorgift segala. tu semua adat sajoh. eheh.




meminang membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak atau kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita. dengan zahirnya kehendak itu, jadilah khatib (tunang lelaki) dan makhtubah (tunang wanita), maka tidaklah dibenarkan menerima pinangan lain selepas itu melainkan sebab yang memerlukan untuk putus tunang.
- Fatwa Muasoroh oleh Dr. Yusof Al Qardawi



so, anda rasa anda sudah bertunangkah.....





secara syariat?

fikir-fikirkanlah

^_^

23 December 2010

Janganlah Menangis, Sayang..

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ohohoho~

bangun pagi tadi agak lewat sikit. dalam 6.45 pagi. errkk~ buka je mata nampak si eno wutta wutta dah ada atas sejadah. wah, awalnya! pukul berapa si kecik ni bangun tadi?

pelik kejap. apsal dia ni bangun awal sangat?

oh oh.. hari ni kan result PMR keluar.

i sengih. ok, nadia. sila segera ambil wudhu'. pukul berapa kau nak solat subuh ni?

berlari ke tandas. oh tak. tak berlari pun. berjalan dengan pantas :)

selesai solat, lakukan rutin harian, kemudian tanya si kecik,
"kalau dapat 8a, eno nak apa?"

"eno tak nak apa-apa"

pelik, biasanya dia ni jenis meminta reward. tak apalah. diam saja. lagipun dia tahu gaji i masuk bila, tahulah dia masa tu akan call i di office, minta bawa ke wangsa walk.

i bagitau dia,
"kaklong rasa eno dapat 6a je."

"apa yang b?"

"bahasa melayu dengan pendidikan islam"

"kaklong jahat!"

senyum. :)

i pergi office dengan rasa tenang. hujan renyai. i set dalam kepala, pukul11 pagi nanti i call dia.

ok, tadi dah call dia. i tak dapat dengar apa selain suara budak kecik menangis.

"eno dapat berapa?"

dia menangis lagi.

"la.. eno menangis ke?"

eno ni hati dia kuat. sangat jarang dia menangis melainkan kalau sedih sangat sangat sangat.

i dah tak sedap hati. dia menangis teresak-esak.

"7..."

"7a ke? lagi satu apa?"

"agama..." dia menangis lagi...

"lah, janganlah menangis. kaklong ingat dapat 4a je..."

"kaklong jahat, eno tak nak bercakap dengan kaklong." terus dia letak phone.

eheh!

serius i ingat dia dapat 6a sajoh. ala sayangku. 7a tu kira hebat juga. ya, pendidikan islam. tu silap kaklong kot. tak apa, nanti tiap minggu ikut kaklong pergi usrah, ok?

atau eno menangis sebab kalah dengan kaklong dan kak ira?

oh oh, sikit pun kaklong tak rasa macam tu.

ya adik-adik semua. walaupun result PMR gempak, result SPM gempak, itu semua tak menjamin kegempakan uolls~ masa kat U nanti.

percayalah, usaha berterusan itu perlu.

dan tak ada A masa exam pun bukan menjamin uolls~ akan gagal masa depan. kalau uolls~ rajin usaha, insyaAllah, tak payah A masa exam pun, rezeki akan ada. cuma usaha kena kuatlah. tanamkan dalam hati,

gagal sekali bukan selamanya gagal...

dan juga, kalaupun uolls~ stret A masa exam, tak menjamin uolls~ akan berjaya sampai akhirat pun. jangan lupa diri.

apa pun, anggaplah ini peringatan Allah untuk tingkatkan lagi usaha.

chill beb! masuk gaji nanti kaklong bagi....

urmm~ tak mau janji apa-apa lagi :)

dan tahniah untuk adik-adik di luar sana yang dapat 8A... yang tak dapat tu, ingat pesan i ye, gagal sekali bukan maksud sampai tua pun uolls~ gagal. yang penting

usaha-doa-tawakal

insyaAllah

^_~

22 December 2010

Did I Found My Prince Charming?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yaaa~ yada yada.. selepas sahaja peristiwa yang ini

Looking for this Prince Charming, Is It You?

sebenarnya ada peristiwa yang lebih besar telah berlaku dalam sejarah hidup i. kira macam hari ini dalam sejarah la. eheh~

macam besar je peristiwa ni kan.

apa? i jumpa balik that guy?



ahah~ no no no no~

sesampai sahaja di Arau pagi tu, i tersengih dengan sangat lebar sebab dapat surat chenta. walaupun tak ada ayat-ayat chenta, tapi i tak kira, i nak cakap juga surat tu surat chenta

:P

ok ok~ back to the story.

i sampai pagi tu, terus ke bilik air, mandi, pergi kelas. agak relax dalam kelas subjek fizik itu sangat mudah *berlagak pulakkkk*. then suddenly i rasa sakit perut yang amat. i ingat gastrik. sebab i memang ada gastrik pun.

plus malam tu i tak makan malam. yelah, tren pukul 8.30, i tak sempat makan malam dulu. hot mommy suruh i beli makanan dalam tren tapi mahal nya ya ampunn~ serius i tak cukup duit masa tu. yang i makan, hanyalah roti yang dibekalkan hot mommY before i depart.

tu pun tidur je sepanjang jalan, makan sebuku roti sajoh.

then pagi tu tak sempat nak breakfast sebab lambat pula tren sampai arau. biasanya around 0830H tapi hari tu nak dekat 1000H baru sampai. kelas pukul 1100H, so terpaksa tergesa-gesa bersiap ke kelas, tak sempat nak breakfast. my bad -_-"

ok, berbalik kepada cerita i sakit perut. tengahari tu i terus lunch. padahal sakit perut macam makin menjadi-jadi tu. i masih bertahan. dalam kepala ni fikir, cepatlah kelas habis. nak balik tidur.

pukul 1400H ada kuliah kimia pula. kat dewan kuliah, i try nak jot down apa yang lecturer cakap, tapi tak boleh. perut i memulas dan rasa sangat pedih. bukan sakit nak b***k tu. tapi sangat memulas, pedih dan i rasa nak tertunduk. macam sakit senggugut pun ada jugak.

i minta member sebelah jot down apa lecturer cakap, while i pergi tandas.

ye, memang keluar segala macam yang i makan lah. cirit-birit i mean...

badan rasa panas. i dah pelik. apa ke jenis sakit perut ni. i still berpegang pada kata, yang i sakit sebab tak makan malam dan tak sarapan.

nasib baik kelas petang tu sampai pukul 1600H saje. balik bilik terus tidur.

malam tu, my roommates bungkuskan dinner untuk i. i memang terbaring aje lah. tapi sempat lagi sambil dinner tu we all layan muvee. sepet. eheh~

di tengah-tengah muvee sepet tu, i dah tak tahan dah. perut i meronta yang amat. roommates dah risau tahap apa entah. bawa pergi rumah felo. then, felo bawa pergi Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar

terus pergi ke tempat kecemasan. doktor tanya,
"sakit apa?"
"perut.."
"belah kiri ke kanan?"
"kanan. macam pedih, memulas."
"muka awak pucat."
memanglah doc, saya tengah tahan sakit ni....
"ada cirit-birit tak?"
"ada"
"badan rasa panas?"
"haah."
"saya check temperature sekejap."

doc pun cek suhu badan.
"oh, panas. awak baring sana sekejap"
i pun baringlah kat katil yang disediakan.
doktor tekan satu part kat belah kanan perut ni dengan jari telunjuk dia.
i menjerit kesakitan. serius weyh sakit yang sangat sangat.
"awak suspect appendix. masuk wad, ya?"
"hah, wad?"
"iye, malam ni juga. jangan takut. bagitau pensyarah awak. jangan lupa inform parents ya?"

masalahnya i bukan takut. i terperanjat. i tak sangka pula sampai tahap nak kena bedah. i ingat sakit perut biasa. sebab tu i macam lengah-lengah walaupun dari tengahari dah sakit perut yang amat.

i pun disorong dengan kerusi roda masuk ke wad sebab dah tahap tak boleh nak berjalan. menunduk je.

masuk wad, felo suruh i sendiri call my parents. masa tu pukul 0300H.

felo and my roommate balik. i tinggal. nurse suruh tidur tapi i tak boleh tidur. nurse ambil darah and sampel air kencing. nak buat test plus UPT. uolls~ tau tak UPT tu ape? hah, Urine Pregnancy Test, nurse tu siap cakap,
"walaupun adik belum berkahwin, tapi ni salah satu prosedur sebelum pembedahan."

ceh, mesti nurse tu explain sebab nampak muka i berkerut masa dia kata nak ambil air kencing untuk UPT. theee~~~


ok, next story, i sambung nanti-nantilah ye. penat menaip setakat ni. panjang lagi kisah pembedahan ketiga ni.

till meet u darlsss~~~ ^_^

19 December 2010

Looking for this Prince Charming, Is It You?




:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

once upon a time... ececeh... macam nak bercerita cerita 'Sang Kancil & the Crocodile' je. hahah~


gambar dicuri dari sini

kejadian ni berlaku masa zaman i matrikulasi dulu. kiranya lebih kurang 4-5tahun lepas lah *ha ha, toksah duk kira umur i. umur i 23tahun sekarang. i baik hati tolong kira bagi pihak uolls~*.

i duk matrik nun jauhhhhh tu hah. kat arau, perlis. jauh kan jauh kan? yelah, i duk KL. cuba kalau i duk aloq staq, takda la jauh mana (:

ok, meh i nak stori the mori.

oleh sebab duk matrik jauh kat arau sana, so i suka naik keretapi dari naik bas. walaupun orang kata naik bas lagi cepat, tak kejang b****t, tapi i memang lebih prefer naik keretapi even terpaksa tempuh perjalanan 12-13jam.


pinjam gambar kat sini

biasanya, keretapi ke utara depart dalam pukul 8.30malam camtu. i biasa ambil seat yang paling murah. harga dia RM21.00 masa tu. masa tu tak mampu lah nak beli kelas yang ada katil tu. RM50.00 tu...

then my daddy co0L akan hantar i sampai i betul-betul selesa duduk dekat seat i. daddy co0L akan masuk sekali dalam koc.

oleh sebab i beli kelas yang paling murah, so kawasan tu macam agak sempit. dengan barang-barang lagi -_-"

masuk je koc, i pun terus cari my seat. ya, i found it. 6D. tepi tingkap. i loike~ padahal gerak memalam buta, bukan nampak apa pun.

belakang seat i, ada seorang jejaka macho lagi hensem. dia letak luggage bag dia di hadapan kaki dia, i mean betul-betul belakang kerusi i.

seperti yang i cakap tadi, my daddy co0L seorang yang sangat menjaga keselesaan anak dara dia ni. lepas je i duduk my seat, he ask me untuk turunkan kerusi i, dia nak tengok seselesa mana kerusi yang i duduk tu, mampu ke tak untuk bagi i tidur untuk perjalanan yang amatlah jauh itu.

i try turunkan kerusi, tak dapat. daddy co0L pelik. he also try, tapi tak dapat juga.

then daddy co0L pandang belakang and saw this good-looking guy put his luggage right at the back of my seat.

"dik, luggage tu janganlah letak kat belakang kerusi tu. fikirlah orang lain sama. macam mana anak saya nak turunkan kerusi dia? nanti sakit belakanglah kalau duduk tegak macam tu je........" and so and so and so yang i tak ingat apa butir ayat daddy co0L lagi. apa yang i ingat satu koc tu pandang sebab daddy co0L macam nak ajak gaduh. uhh.. suara daddy co0L memang kuat.

mulanya this good-looking guy macam berat hati nak pindahkan luggage dia. plus i pun tak rasa i nak turunkan kerusi i sampai tahap boleh baring. but this guy akur with my daddy's order, dia letak luggage dia kat tempat lain.

daddy co0L puas hati. after i salam-salam, cium-cium and so ever, daddy pun keluar dari koc. i dari tadi memang diamkan diri. ramai kot orang dalam koc tu pandang i. muka dah merah.

keretapi pun bergerak.

i memang tak sedap hati lepas that good-looking guy kena marah with my daddy co0L depan orang ramai macam tu.

i took a piece of paper from my bag and guess what, i wrote a note for that guy. wahah~

macam ni lah lebih kurang isi note tu,

ke belakang kekanda yang ada di belakang,

eh eh, bukan. camni...

saya minta maaf bagi pihak ayah saya.
kalau saya jadi awak, saya malu sangat bila satu koc pandang tadi.
sebenarnya saya tak kisah pun luggage awak kat belakang seat saya,
sebab saya pun bukanlah nak turunkan kerusi sampai tahap nak baring.
apa pun, saya minta maaf ya.

i lipat kertas tu, then kat depan tu i tulis, seat 7D.

haa... comel tak? eii, geli! haha. but i ikhlas minta maaf.

now its time to think, macam nak bagi 'love letter' tu kat that good-looking guy?

i duduk tepi tingkap so dari pantulan cahaya kat tingkap tu, i boleh nampak apa dia tengah buat.

hah, ingat i skodeng mamat tu ke?

then i terperasan that good-looking guy tak ada kat seat dia. maybe ke toilet or cafe or wherever, mana lah i tau kan.

i pun campaklah that 'love letter' ke seat that guy. eheh. rasa macam sweet pula. ok, sila gelak guling-guling sekarang.

i pun pejam mata. good night everybody.

eh eh, i didn't mean nak suruh uolls~ pergi tidur. i pun tidur, sebab perjalanan jauh lagi.

i tidur lena sangat tak sedar apa. sedar-sedar dah sampai butterworth. kat butterworth keretapi akan berhenti agak lama sebab nak tukar kepala dan potong koc. kat butterworth lebih kurang jam 7.00 pagi.

i terjaga. masa i buka mata tu, i ternampak piece of paper yang i bagi kat good-looking guy tu ada dekat tepi tingkap i. tertulis kat situ,

a young lady, seat 6D.

i didn't expect yang that guy akan reply my 'love letter' tu. i pun buka and baca. ayat dia lebih kurang macam ni,

never mind. if i was in your father's shoes, i also may did the same thing.
it also my fault for putting my luggage right at the back of your seat.
i am not discouraged at all. he did his job as a father.
=)

oh my. i tengok tiap penjuru surat tu. alamak. tak ada phone number. hahah! gatal kau! apa yang ada, smiley tu sajoh =)

i pandang belakang, nak cari that guy. tapi beg dan sweater dia pun dah tak ada. maknanya dia dah turun somewhere masa i lena tidur.

hampa ):

yaaa... a very unforgettable moment. hahah! kalau tak silap masa kemas bilik lepas habis belajar kat UTM, kat UTM ok, surat tu still ada. see... i simpan weyh!

now i dah tak ingat i letak mana -_-"

so, sesiapa yang rasa macam pernah alami kejadian seperti di atas, lebih kurang 4-5years ago, keretapi dari KL ke utara, lebih kurang hujung tahun 2005, sila hubungi saya ye.


eh eh, perlu ke?

no, i just nak ucap thanks. sebab surat balasan tu buat i senyum tak henti sampai ke arau dan sekaligus menghilangkan rasa serba salah i.

^_~ i pun tak ingat macam mana muka that guy. yang pasti dia sangat tenang.

18 December 2010

Countdown to 2nd Anniversary

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

oh ya.. bulan december made me thinking something. my blog is turning to 2 years few days more!

oh ya, i want to do something for you guys but what is it ya?

what do you guys want?

err.. i mean, bukanlah mintak kereta ferrari sebijik ke...

i nak thinking thinking dulu lah. tapi kalau u olls~ nak bagi cadangan pun boleh~

till meet you guys!

(:

Kenapa i Ada Adik Macam Dia?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

:: In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


 

Tinggal berdua sahaja di rumah dengan si eno wutta wutta ni, buat i rasa macam urghh~!! Kenapa aku ada adik macam dia?

U : kaklong, masaklah nasi!

I : ibu suruh eno kan?

U : alaaa... eno suruh kaklong....

I : kaklong dah masakkan untuk eno semalam kan?

U : alaaa... eno dah downloadkan rapunzel untuk kaklong...

I : kaklong dah masakkan untuk eno...

U : alaaa... nanti eno sidaikan kain.

I : ibu suruh eno masak nasi kan?

U : ok, eno masak nasi, tapi eno tak mahu sidai kain!

Terus i berlari ke dapur, masak nasi.

-_-"


 

Kenapa i ada adik macam dia?

Kedudukan Ekonomi Tak Stabil, Jual Popia untuk Tambah Pendapatan, ok tak?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tak tahu apa angin yang masuk dalam badan. tiba-tiba terfikir nak masak popia. ni semua kesan hot mommy and daddy co0L tak ada kat rumah selama 5 hari sebab balik kampung, uruskan jenazah arwah atuk *oh oh, rasa nak menangis*.

sebagai wanita berkerjaya yang tak ada assistant nak uruskan hal ehwal rumahtangga, maka seboleh-boleh i akan masak lauk yang sangat simple untuk eno wutta wutta breakfast and lunch. biasa ada ibu sekali di dapur. ni sorang-sorang di pagi buta, eno wutta wutta sedap membuta sebab masa malamnya dipenuhi dengan download muvee dan lagu kegemaran sampai pagi buta, memang pukul 5 pagi lah i bangun sorang -_-"
*dah lah i memerlukan sejam setengah untuk bersiap pergi kerja... theee~~~*

so, dengan penuh sifat kemalasan, malam sebelum tu, i pergi jusco, beli daging kisar sajoh! haha. pemalas kan? bukan, takut tak sempat basuh ayam or daging tu. i ni memang jenis basuh ayam ikan daging sotong udang lama-lama. kalau boleh semua lemak tu hilang terus. dengan daging-daging tu hilang. yang tinggal nak masak...... errr......

so daging kisar adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan masa untuk si pemalas macam i *siapalah nak ambil buat isteri menantu bagai... sob3~~~*

lepas tu, perah otak. nak masak sambal tumis ke, gulai ke *bahah! dapat bayangkan tak rupa daging kisar kalau masak gulai? -_-"*, padprik ke, masak kicap ke, aa.. i nak masak telur bistik.

eh eh. masak sambal tumis sudey (:

berbekalkan bawang merah, bawang putih, cili boh *tengok, bukti pemalas, cili pun dia bantai cili boh je, siap blender sudaaa*, garam dan ajinomoto, siap suda sambal daging tumis i...

rasa sikit.

eh, 'macam' sedap. 'macam' ok?

ok pass.

sempat melantak dulu sebelum pergi kerja (:

daging kisar macam ni, sumbat dalam tauhu, sedap ni kan? tak pun buat samosa or popia ke. biasa orang buat inti kari. errr...

i pun pergi jusco esok malamnya, beli kulit popia pula, and another daging kisar.

hot mommY and daddy co0L balik malaysia that night. sampai rumah, hot mommY bertambah nasi sampai 3 pinggan dengan lauk daging kisar.

senyum puas. ok ok. tak mau perasan lebih, sematkan dalam fikiran, 'ibu lapar tu... sebab tu makan banyak...'

but suddenly,

"nadia, sedaplah awak masak macam ni. esok masak lagi..."

ok, people. sila ke sinki untuk muntah pink sekarang.

hahah~

dah duduk depan PC balik?

ok, i sambung cerita.

"ok, lepas balik kerja nadia masak lagi." anak solehah lah katakan. sila muntah pink sekali lagi. i dah penat tahan hidung kembang ni. hahaha~

ok, meh i sambung stori.

so malam semalam, i buat lagi sambal tumis tu, but tiba-tiba *music horror sikit*.....

taraa.. i keluarkan kulit popia, then main gulung-gulung popia dengan eno wutta wutta... best! ini pertama kali buat popia. memang kekok lah nak menggulung sampai eno wutta wutta kata,
"kaklong tak pernah tengok ke orang gulung popia kat bazar ramadhan?"

ok, ok my bad. i tau telan je.

oh ya, fyi, family kitorang memang bukan jenis masak-masak kuih wut so eva ni. so i memang tak ada ilmu yang diperturunkan dari hot mommY tentang segala macam jenis kuih.

masak lauk, boleh la...

popia siap gulung, eno wutta wutta said,
"inti yang penuh dan sedap. eno nak jual kat kawan-kawan eno, ok tak kaklong?"

mata i dah shining-shining. "ok ke? laku ke?"

"mesti laku!"

ok, i semangat! hahah! sanggup! demi menambah duit dalam tabung ayam.

hot mommY tak mau popia goreng. so i kukus popia itu. macam popia basah. tapi inti sambal tumis.

tak sempat apa-apa, popia dah habis. errr.... terbukti sedap. hahahaha *nak pergi sinki lagi ke tuan-tuan dan puan-puan?*

tapi pagi tadi incik-perasan-hensem komen *urgh~ pagi-pagi dah mengomen popia i!*
"ok, tapi........."

aahh~ tak suka ada tapi tapi ni. takpe takpe, sebarang kritikan diterima dengan hati terbuka. perlu! untuk memastikan popia yang bakal dijual laku di pasaran tempatan dan antarabangsa.

"apsal tak basah macam popia biasa ye?"

"maksud awak?"

"yela, biasa kalau makan popia kan, inti dia macam ada rasa basah-basah sikit."

"awak, saya memang buat inti sambal tumis. kalau inti macam orang lain, tak ada kelainanlah popia saya. macam mana nak laku?" hahah! bekap diri sendiri.

"ok, tapi..."

urgh~ tapi lagi?

"kulit popia ni liat. apsal awak tak goreng?"

"banyak minyak, tak bagus untuk kesihatan. lagipun ibu tak suka yang goreng..." sengih.

"ok, reason yang bagus. saya rasa kena tambah masa kukus tu sikit. kenapa tak letak sayur? taugeh ke?"

"letak sayur cepat basi." 'kata nak pasarkan sampai ke antarabangsa...' hahahahaha...

"ok la ni. saya habis makan satu tupperware. boleh jual. lulus. saya bagi A-." ketawa.

"A- je?" buat muka tak puas hati.

"cukuplah tu. kang awak perasan lebih."

isy!

so, i nak jual popia untuk tambah pendapatan keluarga. keluarga?

uolls~ nak jual apa?

(^_~)v

17 December 2010

Pembawa, eh? Apakah Istilah Untuk Orang yang Bawa Motosikal ye, I Mean Bukan Junjung Motor Atas Bahu

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

urghh~ kalau dia tau pagi-pagi i dah mengamuk-ngamuk masa tengah drive, membebel pasal orang yang drive di jalan raya ni, mesti dia kata,
"sabar, awak tu perempuan. tak elok marah-marah macam ni. lagipun, tak payah spoil mood nak pergi kerja."

ok, istighfar, nadia...

kenapa entah hari ni cara pemanduan orang-orang yang i jumpa sangat nak buat i marah dalam hati *ceh, masih bajet baik, tak mau marah-marah dalam kereta*.


pertama, kereta.

i tak faham macam mana pagi-pagi di saat semua orang rush nak pergi kerja, boleh ada orang drive kereta dengan kelajuan 20km/j lepas tu duduk lane paling kanan. aduhai, i bukanlah terlambat nak pergi kerja hari ni, masih awal, tak ada lah nak rush sangat tapi kelajuan 20km/j di lane kanan? uhh~ tolonglah masuk lane kiri. lepas tu jarak dengan kereta paling depan nun jauh saujana mata memandang. isy, i terpaksa potong dari kiri.


kedua, motosikal.

anda tu dah lah comel lote. dan i percaya setiap pemandu kereta pun akan berjaga-jaga dengan penunggang eh, ke pemandu motosikal? ah, apa-apalah. yang pasti orang yang bawa motosikal bukan junjung motor atas bahu ya.




gambar dari sini

i serius takut dengan orang-orang yang bawa motosikal ni. i takut terlanggar diorang. even dah 6 tahun driving pun, i still takut dengan orang-orang ni.
i nak minta tolong anda-anda yang bawa motor ni, kalau nak tukar lane tu, tolonglah bagi signal. kita yang drive kat belakang ni, duk risau. lagi-lagi kat exit highway. uhh~ kat DUKE tu dah lah arah ke Jalan Ampang, jam. i yang nak ke taman melawati ni akan masuk lane paling kiri. motor pun banyak lane kiri, tapi bila nak masuk simpang ke Jalan Ampang, selamba je menyusup. i ni tengah laju *al-maklum jalan lancar. laju tak laju pun, 60km/j je kot*, tak ke i kena emergency break? aduhai. sabar. sabar.

3 kali kejadian ni berlaku pagi ni sajoh.

sabar.

so kawan-kawan yang bawa motor tu, berhati-hatilah ye. kemalangan boleh berlaku tapi kita juga boleh elakkan.


berhatilah di jalanraya

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Nadia Havez.

(^_~)v rasa nak naik bas pergi kerja. tambang ulang-alik baru RM1. sebulan dalam 22 hari, baru RM22. daripada minyak kereta tiap bulan RM200. uhh~~~ bankrap mak...

16 December 2010

Perhubungan Terlarang

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

satu dua hari ni kecoh betul adik i yang tengah belajar kat mesir tu, nak menikah. aihh~ family kat malaysia ni semua duk call i, tanya, betul ke my little brother tu nak menikah?

ni pun sebab i yang selalu contact dia via YM. i rasa ni salah faham. mungkin dari entri blog dia.

eheh, adik i tu muda belia lagi. baru setahun kat mesir tu. dia pun terperanjat dengar cerita dia nak menikah meletup kat malaysia *ceh, bunyi macam meletup dalam paper*. kakak-kakak dia ni pun belum menikah lagi. eheh. kat sini i nak kongsikan sedikit kisah. ala-ala explanation dari dia untuk keluarga di malaysia.

kisah ni pun, untuk tatapan ibu bapa lain. *ceh, cakap macam dah besar*. dengan harapan masyarakat kita dapat ubah sedikit sentimen dan perspektif terhadap permasalah pernikahan ni...


Kisah 1

Keadaan bingit di kelas 5 A menyakitkan telinga Adi yang sedang sibuk menelaah pelajarannya. Kelihatan sekelompok pelajar di belakang kelas sedang sibuk membincangkan susun atur program kelas yang akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Sebentar sahaja tadi 2 orang pelajar Cina keluar dari kelas menuju ke satu tempat. Ke tandas agaknya. Dan tidak ketinggalan pelajar2 lain yang juga sedang sibuk membaca buku dan tidak kurang juga yang berborak2 dengan alunan suara yang agak kuat menyebabkan Adi terganggu.
Lantas Adi memalingkan wajahnya ke sebelah kiri kelas dan melihat, sebuah tubuh, kecil molek sedang melintasi kelas 5A.

"Minah..."terlintas perkataan ini dihati Adi.

Adi tidak melepaskan pandangannya sehinggalah kelibat Minah hilang dihujung pintu kelas. Minah seorang pelajar kelas 5 A+ yang mempunyai rupa paras yang menawan sehinggakan mana2 lelaki yang memandang akan jatuh cinta pandang kali ke berapa tah. Juga terkenal dengan gelaran genius dalam sekolah dan selalu berada dalam kalangan 'top student' ketika peperiksaan. Sudah 3 bulan berlalu sejak Adi terpandang Minah dan sejak itu bunga2 cinta berputik dalam hatinya.

"Oi termenung jauh nampak" Ehsan menepuk belakang Adi sambil tersenyum kearahnya.

"Takde aku ternampak Minah tadi"balas Adi.

"Oooo patutla tak kalih pandangan, kena aku tepuk belakang ni baru sedar"kata Ehsan.

Ehsan yang merupakan sahabat baik Adi mengetahui segala isi hati Adi dan dia jugalah tempat Adi mengadu.

"Ko dah bagitahu dia ke yang ko nak kapel dengan dia?" Ehsan bertanya.

"Dah aku dah hantar surat kat dia semalam""Rasanya dia akan balas hari ini, aku ternanti2 jawapan dia"Adi membalas.

"Uih kalau ko dapat dia, tahniah la aku ucapkan. Semoga ko bahagia la ek"

Setelah itu, loceng rehat berbunyi dan para pelajar berpusu2 menuju ke kantin untuk mengisi perut yang ternyata sedang bergendang gendut tali kecapi. Tinggallah seorang manusia bernama Adi didalam kelas duduk dengan setia diatas kerusinya tanpa menghiraukan perutnya yang sibuk meminta diisi supaya general function of the body dapat dijalankan. Beberapa minit selepas itu muncul seseorang seakan2 posmen datang membawa surat bewarna merah jambu dan agaknya disembur dengan minyak wangi 'Ambi Pour'. Surat itu lantas dibuka dan kandungannya dibaca.

Wahai makhluk bernama lelaki

Diciptakan engkau sebagai lelaki

Gagahnya engkau seorang lelaki

Sememangnya engkau seorang lelaki.

Disebabkan itu aku terima cinta engkau

Yang tidak berbelah bahagi.

Dating kita Di Jusco, Wangsa Walk dan bermacam lagi.

Harap hubungan ini diberkati(erkk diberkati ???)

Adi dan Minah

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

okeh habis sudah cerita pertama. Harap fahamlah jalan cerita ya. Kita sambung cerita ke-2.

Kisah 2

Malam yang tenang dan sunyi di sebuah kolej yang terletak di selatan tanah air. Keadaan yang sunyi diisi dengan satu suara yang kelihatannya keluar dari sebuah corong di masjid utama kolej tersebut. Satu kuliah mingguan yang dijalankan pada hari khamis selepas sahaja selesai solat isya' diadakan. Penyampai kuliah tersebut merupakan seorang Ustaz yang berkelulusan Phd dari Azhar Mesir. Kuliah yang diberikan tampak semangat dengan sekali sekala diiringi dengan gelak tawa para hadirin yang mendengar lawaknya. Kuliah yang diadakan pada kali ini adalah lebih tertumpu kepada pemuda dan pemudi yang sedang belajar di kolej tersebut. Tidak dikecualikan Aziz yang sejak dari tadi tidak mengalih pandangan dari Ustaz tersebut. Dia tertarik dengan cara penyampaian ustaz itu dan tekun mendengarnya.

Isi2 yang disampaikan amat bermanfaat dan berguna. Jika tidak dia menghadiri kuliah ini tidak dia tahu akan adanya meminang melalui syariat Islam. Selama yang kita dengar, seseorang itu telah menjadi tunang apabila telah kedua2 belah keluarga bertemu dan memberi dan saling bertukar hantaran dan juga cincin.
Teringat kata2 ustaz tersebut.

"nak meminang ni senang je, kamu cakap kat perempuan tu saya ingin memperisterikan awak, jika dia setuju maka dia tidak boleh menerima pinangan dari orang lain dan dia adalah tunang kamu yang sah."kata2 ustaz itu terngiang2 dalam kepalanya.

"Betul juga kata ustaz tu, daripada tak tentu pasal kapel mengapel, baik ada ikatan yang sah betul tak" Aziz bermonolog dalam hati.

Seminggu berlalu, kelas bermula seperti biasa. Tiada yang ganjilnya pada hari itu, pelajar berpusu2 menuju ke kelas masing2 dan ada juga yang ke dewan kuliah yang terletak disebelah selatan kolej. Aziz memakai kasut dan meneruskan perjalannya kekelas praktikal yang diadakan pada sebelah pagi yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Beberapa tempat dilintasi untuk menuju ke kelas praktikal, ketika dia mengangkat kakinya untuk melangkah melintasi kafe dia bertembung dengan seorang akhawat. Jika tidak Allah SWT ciptakan myelin sheath pada nerve2 yang ada pasti dia akan terlanggar sebelum sempat dia berhentikan langkahnya.

Tetapi takdir Allah SWT, dia terhenti pada ketika itu juga dan tidak mampu merungkai kata2. Kakinya kaku, motor cortex yang ada pada precentral gyrus telah memberikannya arahan untuk bergerak tetapi satu naluri yang kuat dari hati telah memberhentikan langkahnya. Dia tergamam, terdiam, terkedu dan akhirnya kembali kepada consiousness selang beberapa minit selepas itu. Imej akhawat berjubah, bertudung labuh, bermata empat muncul dalam benak fikirannya yang kini akan diproses untuk disimpan sebagai short term memory dan mungkin akan hilang jika tidak dia melihatnya kembali.

"siapakah dia" katanya dalam hati

Disebabkan perasaan yang ada dalam hatinya, tidak dia makan tidak dia minum. Sebab dia berpuasa pada hari itu. Dah maghrib nanti dia berbukalah ya. Juga dia tidak mandi disebabkan air musim sejuk yang mencecah 7 darjah celsius yang menjadi kebiasaan masyarakat disini. Pada malam hari dia , setelah hampir 90 minit dia tidur, REM(rapid eye movement) berlaku diiringi dengan mimpi. Mimpi yang kelihatan dalamnya seorang bidadari berjubah putih dan bemata empat datang kepadanya. Lantas dia terus bangun dan membasuh muka. Adakah ini yang dikatakan cinta.

Tidak dia ketahui bagaimana untuk menyampaikan hasrat hatinya. Ingin dia miliki akhawat tersebut tetapi tidak dia bersedia untuk berkahwin. Pelajaran perlu dihabiskan terlebih dahulu, masih ada baki 3 tahun lagi untuk ditamatkan perjalanan kuliahnya sebelum berjaya dia menggapai segenggam ijazah. Tetapi tidak dia mahu untuk melepaskan akhawat itu. Perasaan cintanya sangat dalam ibarat dalamnya lautan Pasifik atau Atlantik atau lautan Hindi. Jika dibiarkan lama2 pasti dikebas orang. Apakah yang patut dilakukannya. Tiba2 dia teringat akan kata2 Ustaz ketika kuliah pada minggu lepas. "Meminang mengikut syariat Islam""Mudah dan praktikal". Tetapi patutkah Aziz bebuat begitu??????




so what do you guys thing? u olls~ nak jadi Adi ke Aziz?

i prefer AZIZ.


sebab?

ni i copy dari my brother juga.. ngee~~~ belong, kaklong dah minta izin kan? hehe...

senang hati pula jika tengok anak dibawa kehulu kehilir pergi dating. Sanggup ke?

Jika pada kisah Aziz tu, dia ambil kepetusan yang sememangnya Islam sendiri dah ajar.

Maksudnya memang ada hikmah dan kebaikan kenapa Islam ajar kita camtu. Bukan saja2 je.

Islam memudahkan kita, jangan menyusahkannya dengan adat atau budaya sesebuah masyarakat.

Ibarat kamu semua adalah ibu atau bapa, sila pilih

nak anak dengan hubungan yang haram atau hubungan yang sah dari segi Islam?


sumber dari sini. sori lah budak ni budak medic, tu yang banyak ayat doktor yang kadang i pun tak paham...


ok, i pun pernah je suatu ketika dahulukala di zaman purbakala berkapel2 ni. hahaha. so tahulah macam mana keadaannya kalau tengah hangat bercinta tu.

tapi tu masa silam i.

Allah datangkan ujian atau musibah tu untuk uji hamba-Nya, untuk bagi hamba-Nya tu sayang Dia lebih dari yang lain.

sebagai manusia, yang memang fitrahnya nak berkasih-sayang, mustahil lah tak ada perasaan ingin disayangi dan ingin menyayangi. tapi kenalah ikut 'manual' nya kan. so, tak boleh nak jamin seorang anak itu mampu kontrol perasaan dia. lagipun, syaitan tu sangatlah kuat pengaruhnya. sedangkan Adam dan Hawa pun tergoda inikan pula kita, manusia akhir zaman yang terlalu nipis imannya *perasan tak, banyak 'nya'?*.

so, jomlah kita menikah cepat.

ilmu kena cukupkan. kalau tak cukup ilmu lagi, tambah iman.

hahah! tepuk dada, tanya iman.

p/s: i pun bukannya baik, tapi kita sama-sama berusaha jadi lebih baik ya.

12 December 2010

Al-Fatihah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

rannia *my very d cayang cousin* memang sangat suka menjerit. dan lagi satu, dia sangat suka main telefon. agaknya semua kanak-kanak kecil berumur 2-3tahun memang suka main telefon kot. sebab keyol, *another cousin* pun suka main telefon i masa dia kecil-kecil dulu.

tadi, masa sibuk bermain dengan rannia, tiba-tiba my handphone bunyi. ada mesej masuk. jenuh juga berebut hendphone dengan si kecil tu.

oh, dari tante olin.

'Nadia, sampaikan pada ayah, datuk tadi pukul 3petang telah meninggal dunia di payakumbuh'

terdiam sekejap. terus bagitau ibu then ibu call ayah. kami terus gerak balik KL dari shah alam.

sampai di KL, ayah tengah surf internet, tengok-tengok tiket flight yang available. mujur ada tiket esok pagi lepas subuh.

so esok pukul 5 pagi i akan hantar daddy co0L and hot mommY naik flight. i nak ikut, tapi keadaan kewangan.........

semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.

sangat rindukan atuk...


Al-Fatihah...

My Name Is...

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

good sunday everybody! tapi i lagi suka hari jumaat dari hari ahad.

pertama, sebab esoknya adalah hari sabtu, maka cuti, tak pergi kerja.

kedua, sebab, guys kat office pakai baju melayu. sangat hensem ok, lelaki pakai baju melayu. bahahah~! *ni kalau si taufiq bin hood baca entri ni mesti dia gelak sakan*

ketiga, ni sebab yang paling best. sebab hari jumaat rasa macam bulan ramadhan. panas, tapi tak menggigit. rasa damai, rasa berangin, rasa macam, hari jumaat tu hari penenang jiwa. rasa macam ramadhan sughro.

kalau hari jumaat di bulan ramadhan, lagi rasa syahdu.

lagi satu, sebab azan subuh jumaat lah azan pertama yang i dengar sebaik sahaja i dilahirkan di dunia ni.

so i tak sabar nak tunggu next jumaat.


oh ho0~ pasal tajuk entri ni, ramai tanya, kenapa i guna nama 'Nadia Havez'?

"nama you, Nadia je ke? sepatah aje ye?"

"Havez tu nama you jugak ke?"

"nama ayah you apa?"

kehkehkeh~

dalam kad pengenalan, my name is, Nadia Fitri binti Mohamad Havez

kenapa tak guna Nadia Fitri?

sebab nanti orang ingat Fitri tu nama ayah i.

hahaha~ i also proud with 'Fitri' tapi lebih selesa dengan 'Nadia Havez'.

"kalau panggil 'Fitri' boleh tak?

boleh je. i still menyahut kalau orang panggil Fitri

cuma i memang sangat tak suka orang panggil i 'Nad'. serius. tapi kat office ada juga yang panggil 'Nad'. malas lah nak tegur dah. zaman belajar dulu, memang akan tegur orang panggil macam tu. tak suka. kalau ada orang-orang office yang baca entri ni *kau pikir ada kah staf opis nak baca belog kau?*, harap tak panggil 'Nad' lah ye. lagipun masa perkenalkan diri, Nadia tak perkenalkan Nadia as Nad. minta tolong sangat-sangat ye *buat muka raih simpati, please...*

Nadia Havez, nama yang jarang, tak common. so lebih senang nak guna nama tu.

my sisters also got to use our father's name kalau nak perkenalkan diri.

Shahira Vezani binti Mohamad Havez --> Shahira Havez
Irma Noor Mayzura binti Mohamad Havez --> Irma Havez

tapi kadang susah juga kalau perkenalkan diri macam tu sebab kami boleh jangka next question will be......

"you orang mana? pelik nama you..."

adehh.. untuk malas nak panjang cerita,
"orang venezuela"

hahaha. yang bestnya, kami bertiga memang akan jawab macam tu.

tapi lepas tu baru cakap,
"Indonesian"

nanti i cakap indonesian, akan ada next question lagi,
"tak nampak macam indonesian pun?"

ok lah, nanti i buat plactic surgery, buat muka macam Nia Ramadhani ke, Revalina S. Temat ke, Bunga Citra Lestari ke, atau Dian Sastrowardoyo ke, Kris Dayanti ke.. ok?

hahaha~ maybe sebab we olls~ keturunan indonesia kot, sebab tu lebih selesa guna Nadia Havez daripada nama sendiri. mesti bawa nama ayah sekali.

i tak malu mengaku my parents are from indonesia.

nenek moyang u olls~ pun dari indonesia, kan kan kan?

10 December 2010

Hati Kita

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Tengahari tadi, lunch dengan kekna *saje eja manja-manja macam ni*, kak ain ICT, kak su, dan kak liza. Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ni, topik meja makan hari ni berunsur tazkirah. Berkenaan hati.

Isi 1

Orang selalu kata dari mata turun ke hati.

Sebenarnya, salah konsep ni. Pandangan mata dikatakan selalu menipu. Mata hati, itu yang hakiki. Tapi kalau hati kita ni kelam je, tak bersih, macam mana nak tengok dengan mata hati kan? Nampak gelap aje lah kan.

Kalau sesuatu pandangan, difokuskan melalui mata fizikal ni semata-mata, ia lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan. Macam yang kita tahu, syaitan memang suka bab-bab nak menyesatkan manusia ni. Itu janji dia kan.

Jadi, lebih elok sebenarnya, dari hati naik ke mata. Pandang dengan mata hati. Namun begitu, sebelum pandang dengan mata hati, kita sepatutnya membersihkan hati terlebih dulu, sebab, hati yang bersih, lutsinar suci murni baru dapat melihat dengan senang.

Isi 2

Hati ibarat ‘cermin’.

Hati adalah cerminan diri kita. Hitam hati kita, hitam lah diri kita. Eh eh, maksud i, bukan kulit hitam. Tapi orang nampak macam ‘hitam’. Urghh~ faham-fahamlah ye. Kurang pandai nak terangkan. Peribadi orang tu nampak ‘hitam’.

So, bersihkanlah hati kita. Paling senang dengan beristighfar sentiasa. Setiap saat. Bukan susah pun, kalau kita boleh mengulang lagu-lagu kegemaran dalam hati, kita boleh je sebenarnya mengulang istighfar dalam hati kita ni.

Bila ‘cermin’ dah bersih, baru kita boleh pandang dengan mata hati.

Meh i forward sikit emel dari kekna.

Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Baginda Nabi Saw. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:
* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.
Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). "
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati: (a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq), (b) hati yang mati dan (c) hati yang sakit.

Hati yang sejahtera
Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam- Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.

Hati yang mati
Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum- Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit
Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline. net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:
1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah Swt.
2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah Swt dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak:
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati:
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Renung-renungkan ^_~v

09 December 2010

No Title Yet (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aisyah memperlahankan suara radio yang berkumandang dalam kereta. Perbualannya rasa terganggu dengan bingit radio. Azim masih diam mendengar celoteh Aisyah yang dari tadi tidak berhenti. Meluahkan rasa sebal katanya. Lumrah perempuan. Sentiasa menginginkan seseorang untuk menjadi pendengarnya.

"Mana satu button 'Scan' kat radio ni?" Azim mencelah membuatkan Aisyah tiba-tiba berhenti meluahkan rasa.

Aisyah menunjuk pada satu punat. "Yang ni. Nak cari radio apa?"

"IKIM. Dari tadi dengar lagu kat radio ni, rasa semak kepala. Tenang lagi dengar IKIM."

Aisyah terdiam. Rasa terpukul seketika dengan ayat Azim.

****************

Kereta dihala ke arah Jalan Tun Razak penuh hati-hati. Azim memang seorang pemandu yang cermat. Ayat-ayat Al-Quran berkumandang di radio IKIM. Aisyah sudah mula memahami tabiat Azim, sedikit demi sedikit dia cuba menyesuaikan diri. Lagipun perubahan ke arah positif itu amat dituntut.

Aisyah tidak pasti surah apa yang sedang diputarkan di radio itu. Dia ingat-ingat lupa. Mereka berdua diam sahaja. Menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Tiba-tiba telinga Aisyah dapat menangkap suara lain yang mengalun bacaan ayat suci Al-Quran itu. Suara Azim. Perlahan suaranya mengikut bacaan itu.

'Dia hafaz surah ni? Surah apa ni ya? Ni bukan surah yang agak familiar sebab kalau surah yang agak common, mesti aku dapat tangkap surah apa.' Hati Aisyah berbisik. Seraya dia teringat kata-kata Azim suatu ketika dulu.

"Azim tak pernah khatam Al-Quran sedangkan Aisyah dah 3 kali khatam Al-Quran. Azim ni, baca Al-Quran pun tergagap."

'Tapi yang aku dengar tadi? Bukan dia hafaz surah tu? Siapa Azim ni sebenarnya?' Aisyah mula tertanya-tanya.

*****************

08 December 2010

Sombongnya Kita!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sombong. Oh oh. Kadang kita tak sedar pun bila ke masanya kita sombong? Sebab orang yang sombong memang tak tahu dia sombong. Hehe. U olls~ rasa i sombong tak? Eheh.

Bila ada kawan kita yang buat jahat, kita mula nak pandang serong kat dia. Oh, betapa sombongnya kita. Bukan i nak membela orang yang buat jahat tu. Tapi, kita ni tak pernah buat jahat ke? Tak kisahlah sekecil mana pun kejahatan tu, ok lah, i tukar, bukan kejahatanlah, kejahatan tu bunyi macam besar sangat. Kesalahan. Walau sekecil mana pun kesalahan tu, salah tetap salah.

So, kalau ada member yang tersilap langkah, tersadung perlakuan, jangan lah kita terus blame dia gila-gila macam kita ni malaikat, tak pernah buat silap.

Sekarang ni yelah, Allah masih memberi hidayah kat kita. Kalau tiba-tiba nanti Allah tarik hidayah untuk kita, macam mana? Haa... masa tu barulah kita terkontang-kanting. Barulah terfikir segala macam yang kita duk kata orang. Haaa~ masa tu sombong. Macam kita lah yang paling baik di dunia ni.

Peringatan untuk i juga. Yelah, kita tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Yang penting kita buat yang terbaik untuk masa ni. Berdoalah semoga Allah sentiasa menetapkan hati kita hanya untuk-Nya. Tak perlulah kita duk blame orang lain, sebab satu jari kita hala kepada orang, 4 jari yang lain tertunding kepada diri kita sendiri.


 

=)

03 December 2010

Status?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

kang i buat entry ni, ramai lagi tanya, i dah nak menikah kah? yelah, baru saja kongsi tentang nikah gantung, terus i diserbu-serba dengan soalan-soalan yang berbunyi macam,

"nak menikah dah ke?"

"nadia buat nikah gantung dulu ye?"

"bila tarikh menikahnya, nadia?"

err.. tuan-tuan dan puan-puan sekelian, entry nikah gantung tu hanya perkongsian bersama. eheh~ sebabnya banyak sangat kes buang-buangan sekarang kan. so, rasanya, better menikah secara halal kan. i nak jugak, tapi family i bagi ke? bahahah~!!

dan ada seorang sahabat baik i dah pun menikah, gantung. eheh~ diorang ni weekend husband and wife. belum kenduri, tapi dah menikah. hari tu i jumpa diorang, sangat jelez hokay boleh pegang-pegang tangan. hahahaha ^_^

ok ok. enough pasal angan-angan gatal ni. astaghfirullah al-azim...

urmm~ dah lama tak menaip. rasa nak menaip satu perbahasan yang terjadi kat office 2-3 hari lepas.

tajuk perbahasan *ceh, perbahasan lah sangat*

perbezaan status pendidikan isteri dan suami - isteri ada degree, suami diploma.

haaa.. tengok, i buka topik ni nanti u olls~ ingat i yang nak menikah.

kawan-kawan office kata,
"nanti suami kena berhenti kerja, buat kerja rumah. si isteri siap remind kat suami, bang, balik nanti rumah kena kemas, lauk dah siap masak, baju dah jemur, dah lipat..."

hahahaha.

apa yang i faham, isteri tu berpendidikan tinggi dari suami dia, tapi dia kena sedarlah yang dia tu isteri. macam mana pun, syurga dia tetap di bawah kaki suami, kan?

dan si suami pun kenalah pandai main peranan sebagai suami. kalau terlalu merendah diri pun, senang isteri pijak kepala.

eh eh. i belum berkahwin so tak tau lah apa perasaannya. hahahah~!!

tapi i tengok usu and paksu i happy ever afta je... so shuwittt.. haa~

apa jenis status pun, tak menjamin apa-apa. yang penting masing-masing faham peranan masing-masing dan terima tanggungjawab dengan baik. baru hidup aman damai harmoni. hahah~

:)