Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

28 November 2011

Kematian itu Paling Dekat dengan Kita

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ini adalah kisah sebenar yang berlaku semalam, 1 Muharam 1433H.

ada 2 kenduri kahwin hari ini. satu di stadium titiwangsa, satu lagi yang dekat dengan rumah. oleh sebab aku bersiap amatlah lambat, ayah decide untuk pergi ke kenduri di stadium titiwangsa dulu.

semasa bersiap, kepala dah berdenyut sakan. macam nak demam aje ni, bisik hati.

di stadium titiwangsa, memang tak selera makan langsung. nasi tak sampai separuh pinggan tapi, habis pun tidak. sabar.

kenduri di rumah jiran. bukan lauk standard kenduri kahwin. ada sambal tempoyak ikan bilis. bau je dah membangkitkan selera. tapi nasi still ambil separuh. takut tak habis, membazir sahaja.

alhamdulillah nasi separuh pinggan habis dengan hanya makan sambal tempoyak.

sampai di rumah, kepala makin berdenyut dengan kuat. kerja menjahit benda-benda yang dalam checklist dah tak mampu diteruskan. ambil handphone dan text ayah,

"ayah, tolong belikan actifast. tak tahan lah kepala ni teruk sangat berdenyutnya."

kemas-kemas alat menjahit. masuk tidur.

tak sedar sampai ayah tiba dan kejut, "nah actifast"

makan 2 biji dan sambung tidur. lepas asar.

jam 10 malam. eno wutta wutta kejutkan saya,
"kaklong, cik jun meninggal!"

masih mamai, "cik jun kat bawah tu?" (jiran selang 2 buah rumah sebelah rumah saya)

"haah"

"bila?"

"lepas isya' tadi"

innalillahi wainna ilaihi raji'un.

saya bangkit, mandi.

ibu baru sampai dari ziarah. menangis
"cik jun tu satu-satunya kawan ibu kat sini."

saya sabarkan ibu, peluk ibu.

saya turun bawah dengan eno wutta wutta. ziarah.

hujan membasahi bumi sejak petang tadi. petang tadi lebat. malam tu renyai. saya masuk ke rumah cik jun. jenazah baru sampai dari hospital. sebab saya terdengar bunyi ambulans masa mandi tadi. nurse pun baru keluar dari rumah cik jun. saya text engineer tupperware "cik jun baru meninggal"

masuk ke rumah, jenazah ada di tengah rumah. kelihatan amir, anak arwah yang kedua duduk di tepi ibunya, membaca yasin. baru berumur 12 tahun. saya sedekahkan al-fatihah. terus masuk ke bilik, berjumpa anak yang sulung. baru 19 tahun. fatimah azzahrah (ima). dia tak menangis. sedang memeluk adiknya, syasya. lebih kurang 4-5 tahun. hidung syasya memerah. selsema.

seorang bayi yang masih merah ada di atas katil.
"adik nama apa, ima?"

"fatimah nur zahirah"

"eh, macam nama ima."

senyum. "dia baru 5 hari.."

"ibu sempat menyusukan adik?"

"tak. ibu tak larat sangat tadi. ima baru sampai rumah petang tadi dalam pukul 6.30, kaklong. handphone ima tak ada bateri. sampai rumah, tengok ayah dan adik-adik tak ada. ima call ayah lepas dapat charge bateri kejap. ayah, ibu dan adik-adik dah ada di PUSRAWI. ima tahan teksi kat depan tu. tak ada satu pun yang berhenti. ima berlari dari sini ke PUSRAWI tu kaklong..." (anak-anak jiran keliling yang lebih muda memang memanggil saya dengan panggilan kaklong, tak ramai yang guna kak nadia)

saya terdiam. ada sedu dalam kata-katanya. "kenapa ima tak panggil kaklong?" saya rasa kesal. walhal saya seharian di rumah.

"ima tak terfikir apa pun, kaklong."

saya faham. kalau saya di tempat dia pun, kalut, tak tahu nak buat apa. tak terfikir nak buat apa. saya mengintai melihat jenazah. nenek noresah minta dibuka kain penutup mukanya. nak lihat wajah arwah.

ima di sebelah saya.

"ima sempat jumpa ibu tadi?"

"tak, kaklong.."

akhirnya terhambur jua tangisan gadis kecil ini. di hadapan adik-adiknya langsung setitis pun air mata tak mengalir. namun dia lepaskan tangisan ketika memeluk saya. saya hiba. kalau saya ada ketika itu, mesti dia sempat jumpa ibunya. dia tak perlu berlari dari rumah ke hospital. air mata saya mula bertakung.

"ima.." ayahnya memanggil. ima keluar dari bilik. si kecil syasya masih perlukan pelukan kakaknya. saya ganti ima dengan memeluk syasya. membelai si kecil itu.

"syasya panas?"

angguk.

"kaklong usap belakang syasya ye? rasa ok tak?"

angguk. dia baring dan memeluk bantal. saya terus mengusap badan, membelai syasya, biar dia lena.

fatimah nur zahirah. termuntah ketika diberi susu botol. mana mungkin si kecil 5 hari ini yang biasa dengan susu ibu tiba-tiba diberi susu formula. tak mungkin badannya mampu terima. tapi kami paksakan juga. sebab kulitnya dah mula kekuningan. takut terkena jaundice.

syasya tak mahu lena. dia keluar mencari alongnya, ima.

orang semakin ramai datang ziarah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1pagi. saya pulang. kepala masih berdenyut. terbayang-bayang wajah arwah di mata saya. arwah sangat baik. rajin bertukar juadah dengan ibu. kasihan anak-anak masih kecil.

al-fatihah.

23 November 2011

#3 Wordless Wednesday

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



follow your heart.. but take your brain with you...

^_^

21 November 2011

Bila Malaysia Bertemu Indonesia

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

again.

dulu masa final Piala Thomas pun i pernah buat entri yang lebih kurang ini juga.

cuma mungkin masa tu lebih beremosi. sebab badminton adalah sukan kesukaan i! (ada kaitan?)

tahniah Malaysia sebab bola sepak Malaysia sekarang makin best. tahniah KFCM walaupun i memang tak suka u tapi u jadi goalkeeper memang best.

tahniah untuk pemain yang lain yang buat i menjerit tiap kali gol.

cuma...

i jadi kurang sedap bila ada sesi kutuk-mengutuk pihak lawan especially dalam facebook, twitter.

kutuk pun dengan bahasa kasar dan sangatlah tidak sopan. mungkin terlupa salah satu prinsip dalam rukunegara, Kesopanan dan Kesusilaan.

i tengok wall kawan-kawan & family i yang memang orang indonesia, tak ada pula yang duk mengutuk malaysia.

kawan-kawanku, rakyat Malaysia sekalian, usahlah kita memburuk-burukkan rakan di negara sebelah kita, serumpun pula tu. kita semua satu bangsa. kita orang Melayu. tak percaya, baca sejarah balik. dari mana asal-usul kita.

kalau kita kutuk indonesia, maka serupalah kita kutuk keturunan atuk nenek moyang kita yang dulu-dulu tu. kalau tak kerana belanda dan british pisahkan kita, kita tak jadi 2 negara yang berbeza macam sekarang. ingat kan perjanjian British-Belanda dulu-dulu? *i tahu, kita belum hidup lagi zaman tu*

ye, i faham. anda semua jadi macam ni sebab sebilangan masyarakat indonesia yang menetap di malaysia buat onar. itulah yang orang kata, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

malam ni final game. i harap sangat, tak adalah i terbaca sesi kutuk-mengutuk yang teruk macamlah kita semua ni bukan bersaudara. menontonlah bola dengan penuh semangat kesukanan. ye? takmo kutuk-kutuk ye?

spread the love

xoxo

18 November 2011

Bila Aku Jatuh Cinta dan Putus Cinta

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

haip! hai! hello! ada sesiapa tak ni? ^_^

sorry lama tak update. i busy. eh, busy ke? ye, busy dengan blog lagi satu lalu blog ini dianaktirikan. mana blog lagi satu? hah, try lah google kalau jumpa. muahaha~

entry-entry yang sebelum ni pun asyik banyak gambar aje kan. dah lama tak menaip laju-laju panjang-panjang gini.

i dalam rangka konon-konon nak buat novel.

konon aje lah.

sudahnya jadi macam dulu-dulu-dulu. baru sampai 10-12 mukasurat, i dah surrender. tak sabar-sabar nak habiskan plot cerita. padahal banyak lagi drama yang nak ditaip tu. i memang tak sabar.

-_-"

ok, berbalik pada tajuk. ada 2 situasi.

Bila Aku Jatuh Cinta
  • dunia semua rasa i yang punya, ok? i yang punya. bukan u.
  • rasa macam si dia lah yang terperfect the best ever in the world beb!
  • setiap masa nak mesej, nak call, nak YM, nak check facebook dia. eh, uolls~ tak ye?
  • apa sahaja yang dia buat, u tak kisah. "tak apa u.. i lap u.. i tak kesah yuuu"
  • status facebook penuh bunga-bunga cinta
  • wall si dia pun penuh dengan bunga-bunga cinta u *awww!*
  • sanggup berkorban duit, masa, tenaga, hanya untuk dia

THEN,

Bila Aku Putus Cinta
  • kau kejam! benci! kau pemusnah! kau kau kau! segala yang buruk adalah kau!
  • mulalah dengar nasihat dari segala segenap penjuru kata "sabarlah", "akan ada yang lebih baik", "ingat Allah, dik"
  • menangis 40 hari 40 malam
  • delete si dia dalam fren list facebook
  • takmo follow dah twitter dia
  • bakar semua barang yang dia bagi. campak abu dalam sungai klang. biar pencemaran sungai, pandai-pandailah DBKL nak buat apa
  • bunuh diri

haip! nakal! tak mau buat yang last statement tu, ok?

sebenarnya kita silap. ye, kita silap. kita tak sepatutnya lakukan segala jenis perkara dalam item 'Bila Aku Jatuh Cinta' bila kita benar-benar jatuh cinta.

dan kita tak patut buat apa yang dibuat dalam 'Bila Aku Putus Cinta' tu kalau itu yang terjadi.

apa yang perlu?

ini:

Bila Aku Jatuh Cinta
  • solat istikharah
  • puasa
  • puasa
  • ye, puasa lah lagi
  • solat taubat
  • solat hajat
  • buatlah semua-semua ni, merayulah, merintihlah pada Dia. sebab Dia yang pegang hati semua manusia ni. Dia Maha Kuasa, bergantunglah pada Dia.
  • sila ikhlas
  • sila masuk meminang orang berkenaan. perempuan pun tak salah masuk meminang. eh, siti khadijah isteri Rasulullah tu pun buat macam tu kan? tapi kena ada adabnya. 

dan ini pula, Bila Aku Putus Cinta
  • buanglah segala-mala pasal dia kalau uolls~ ni memang jenis terkenang-kenang tapi janganlah pi buang kat dalam sungai klang lak -_-"
  • sila banyakkan dekatkan diri dengan Dia. tu maknanya ada silap kita, Allah nak tegur. *see, masa 'senang' (bila sedang dilamun cinta) pun kita ingat Dia. so sepatutnya bila jadi perpisahan, kita takkan frust sangat.
  • masa akan heal everything. trust me! cuma tolonglah jangan ingat orang tu lagi. u menyeksa diri u sendiri, ok? sedangkan dia dah bersuka-ria tak ada apa-apa, yang u frust menonggeng sorang-sorang tu apehal? oh, dialah cinta teragung u, abis tu Allah tu siapa pada u?
  • inilah masa u akan nampak family & kawan-kawan adalah everything. appreciate them!

hohoho.. i pernah alami semua situasi di atas. jadi i menaip berdasarkan apa yang i pernah rasa. dan part bunuh diri tu pun i pernah rasa macam nak buat. tapi alhamdulillah, berbekalkan iman yang nipis ni, i masih mampu bertahan. masih waras. nasib baik i tak terjun. tingkat 3. kalau tak? kalau mati tak apa juga, tak ada nyusahkan mak ayah, tapi kalau patah sana sini, tak nyusahkan diri? nyusahkan mak bapak? tapi kalau mati pun, ingat mati husnul khotimah ke tu?


apsal kasar sangat bahasa aku hari ni? hehe..

please ya girls, kalau uolls~ rasa nak menangis, menangis lah. sebab kadang menangis tu buat kita rasa kuat, buat kita rasa ada semangat baru yang datang. tapi please, janganlah melampau.

ingat,

seorang pergi dari hidup kita, ada beribu lagi yang datang hampir.

paling penting, cinta Dia takkan pernah luput.

ya, cinta Dia.

"bantulah aku, Ya Allah untuk mencintai-Mu sedalamnya..."

^_^v

14 November 2011

I heart this, eh, these?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

girlss!! eh, panggil perempuan aje? eheh. untuk kita-kita aje.

i heart these!

dusty pink




 kartun comel ini



 the pearls & roses


 flower from crepe paper



 fabric flower


flower from organza


haisy!

11 November 2011

Alif Satar, Julia Abueva - Timeless

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

apsal suka sangat ni? ^_^

Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share a secret wish
And you're feeling my love reaching out to you

Timeless
Don't let it end (no)
Now that you're right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don't let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
This is timeless love

I see it all baby in your eyes
When you look at me I know I feel it too (yes I do)
So let's sail away and be forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky
We shouldn't let the moment pass
Making me shiver let's make it last
Why should we lose it don't ever let me go

Timeless
Baby its timeless
Oh baby its timeless

Timeless
Don't let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It's just timeless
It's just timeless

Love


09 November 2011

#2 Wordless Wednesday

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



pastel colour

^_^

i like...

:)

06 November 2011

Salam Aidiladha

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

uolls~

salam aidiladha ye :)

i beraya di rawang, macam biasa.

sila maafkan rakan taulan, keluarga, adik-beradik, dan yang tersayang.

moga dengan kemaafan itu akan membuatkan kita lebih tenang.

memaafkan memang tak semudah itu. tapi kita sendiri pun ada salah silap kita yang orang lain perlu maafkan. kita tak sedar bila kita buat silap.

jadi memaafkan dengan ikhlas itu lebih baik.

salam aidiladha sekali lagi semua. :) sayang kamu kamu kamu dan kamu semua :)

04 November 2011

Kebocoran

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hei you people ^_^

how are you guys? lalala~ pagi ni cuaca di KL sangat berarak mendung kelabu dan menyebabkan i rasa tak mau bangkit dari tidur. husyy ni semua syaitanirrajim punya kerja.

setelah 3-4-5-6 kali juga alarm berbunyi, i pun dengan penuh malas bangkit dari katil, ambil tuala dan menuju ke bilik air.

jap, perlu ke i cerita semua ni?

-_-"

tengah bersiap nak bersarapan tu, on dining table, i found this.


sila abaikan colour pink pink tu. surat lunyai kena hujan. warna cop setem tu luntur.

aik? surat dari syabas? i dah konfius. takkan surat interview kot? rajin betul nak bersurat-surat bagai. biasanya kan orang call or email.

tapi i tak pernah pula apply kerja tempat lain lepas dapat kerja kat sini.

tapi kot la kejadian i dapat tempat kerja sekarang ni berulang. tak apply, tapi dapat interview. dapat pula tu kerja kat sini.

surat apa ni hah?

eh eh. banyak pula nak teka teki teka tekuk, ular mati dalam mangkuk. buka aje la surat tu kan?

dug dag dug dag...


 ..



..





..



..





erkk...

baca je tajuk...


muahahahahaha i rasa nak guling-guling kat situ jugak.

ceh! ingatkan tiba-tiba dapat interview ke, dapat tawaran kerja ke kat SYABAS. rupanya... surat penghargaan. ahah!

semuanya sebab i call this number,


masa lalu depan masjid kementah tu masa tu, tiba-tiba nampak paip bocor. then, sebagai warga malaysia yang prihatin *eceh eceh eceh* i pun call puspel untuk report kejadian tu.

tapi kan, i rasa i tak ada pun bagi maklumat nama penuh dan alamat i. orang sekarang boleh trace via number phone aje eh?

wahaha.. tak sangka report paip bocor boleh dapat surat penghargaan gini. terharuuuu... kehkehkeh..


lepas brekpes, i try skill kekretipan i, maka terhasil lah ini...




ingat lagi entri ini? ni salah satu perkara dalam checklist. ^_^


guna kain-kain tudung yang i dah tak pakai.





taraaaa... letak dalam kereta hehe.

dah ketagih dah ni. abis la.. silap hari bulan petang ni juga i pergi borong kain-kain perca kat kedai hot mommY

:P


p/s: hujan. rasa nak tidurrrrr je :P

01 November 2011

Selena Gomez?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ahax! tak mau tak mau. tak mau terpedaya dengan entri berbaur gosip macam ni. notty tau uolls~ ni.

hah. dah masuk bulan november rupanya. 01.11.11. ada sesiapa menikah pada tarikh ini? al-maklum masyarakat sekarang ni suka bebenor pilih tarikh cantik-cantik gini. *aik, slang cakap dah tukar negeri?*

sudahnya, berderet-deret jemputan kahwin conquer my planner tu on 12.11.11 and 20.11.11..

menghadiri jemputan itu wajib, tapi nak memilih jemputan tu yang i kompius macam mana. eh, eh memilih bukan bermaksud i pilih kasih kawan-kawan i, tak tak tak bukan bukan takmo nanes nanes ye, tapi yelah, kena rangka perjalanan juga ye tak? dari sejauh-jauh johor bahru sampailah sedekat-dekat depan rumah. haha. camano tu hah?

tapi kann tapi kann tapi kannn..

dulu-dulu i bajet nak kawen on 11.11.11. pulak tu hari jumaat kannnnn memang sesuaisss sangat lah nak dirikan masjid time tu!

err..

takde kaitan pun nak mendirikan masjid hari apa yang sesuai. cuma mungkin sebab jumaat tu penghulu segala jenis hari kot. kan?

well, ingatkan nak bagi sikit teaser. sebab dulu i pernah janji dengan seorang sahabat untuk buat press conference on november. so now dah november. so i kenalah reveal 'benda tu' kan?

tapi i tak cakap pun november tahun bila kan kan kan? muahahaha...

yelah, yelah...

mempersembahkannn...





taraaaa....


checklist! ahahaha.. benda ni yang selalu ada kat tangan i sekarang ni. sebab? i dah makin pelupa. everything nak kena jot down.

teruk ni.

tak sampai 2 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. insyaAllah. kalau dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk bernyawa lagi, i akan berumur 25 tahun pada tahun depan.

chop, 25 tahun ye.

belum tua lagi kan?

tapi dah kena checklist ya people! penting, sebab nanti ada list yang tertinggal, menangis i.

hehe.

have a nice day people! xoxo

(p/s: tajuk berkenaan hanya sebab i baru lepas dengar lagu selena gomez pffftt)