Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

29 May 2009

~ 1

"jangan diikut cara orang barat,
kalau kau dah dijodohkan dengan seseorang,
kau bukan fikir is he the right person or not.
the main thing is how you can accept him,
belajar menerima kekurangan dalam diri seseorang,
kita sendiri pun tak perfect"
-din-

~renung-renungkan~

28 May 2009

Bahagia~

"kalau nak bahagia,
kena berani meletakkan kepercayaan pada orang"
-nur syazwani selamat-

~

"tak mati dek keji
tak luak dek puji"
-siti nurhaliza-

Islam

"islam itu indah"

"jalani hidup dengan penuh kesederhanaan.
walaupun sedikit, namun keberkatan itu lebih penting dari segala-galanya" -nadia havez-

Numbers and Words

If you spell all the numbers and try to find letter "A" you will have to count to thousAnd. Did you know that: 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321. Also 1,741,725 = 17 + 77 + 47 + 17 + 77 + 27 + 57. There are 293 ways to make change for a dollar.

try this. u will not believe this but this is true.

;)

Sakura Merah Jambu (Part 2)


chak... lalala~ i love this.. i love this... thanks to sunah! yay! i got pink sakura.. hee~

*kegembiraan tidak terkata
senyuman hingga telinga
heh! biarkan saya tersenyummm*

=D

teruja.

Sakura Merah Jambu n Sakura Putih

cantik pulak tengok header tu (memuji belog sendiri. gelak). sepatutnya letak pink sakura. tapi demi menghargai bunga itu, saya letak lah sebagai header belog ini.
thanks kepada orang yang beri bunga itu. nak yang real! ahahaha~ yang diimport khas dari mesir (heh? adakah sakura di mesir? gelak sendiri).

ok, i want to share something with you.

The Hawaiian Alphabet only contains 12 letters: a, e, i, o, u, h, k, l, m, n, p and w. Every word ends with a vowel. A glottal stop is also used, called an \'okina (meaning cutting, \'oki meaning cut and na meaning -ing). It used to be called an \'u\'ina (meaning snap).

macam tak percaya je.. tapi ini kebenaran. macam mana mereka menyebut? dan berapa patah perkataan dalam bahasa mereka kalau banyak tu sahaja bilangan alphabetnya?

fikir-fikirkan...

Barcelona :D

malam tadi saya tidur awal (sebenarnya sakit kepala. saya fikir kalau sakit kepala saya tidak surut, saya tak boleh temankan ayah tengok bola)

saya tidur. jam 1230am ayah kejutkan.
ayah: nadia nak tengok bola tak?
saya: mm? kan pukul 3.. nak pergi sekarang ke?
ayah: yela, pergi sekarang. nak ikut tak?
saya: ok, nadia ikut. kejap ye. bersiap.

saya basuh muka. tukar pakaian. siap dengan eno. pergi ke kereta. tiba-tiba enjin kereta tak boleh start.
ayah: eh, kenapa ni. putus lagi ke talinya?
eno: agaknya.
ayah try start enjin lagi. gagal.
ayah: i'm very sorry girls. memang tak boleh start.
saya & eno: (muka agak hampa)
ayah: takpe, ayah try tengok.

ayah buka boot (heh? boot ye namanye? yang kat depan tu.) sambil saya menyuluh dengan lampu handphone, ayah cari wayar yg terputus tu. then, ayah putuskan penebat, sambungkan semula wayar kuprum, cellotape. done.
ayah: start enjin. semoga boleh.

then, ayah made it. yay!
saya: ayah boleh jadi mekanik la lepas ni.. (sengih.)

we went to restoran jumma, setiawangsa. heh, belum ramai orang. tapi yang pasti bilangan perempuan boleh dikira dengan jari.

dengan ini diumumkan....

barcelona menang.. yay!! 2-0 tu...

1st goal: samuel eto'o (min: 10)
2nd goal: lionel messi (min: 70)

ekeke~
to ayah: wah, excited sungguh ayah. walaupun mula-mula macam mengantuk!
to al-damanhuri: hehehehe~ barcelona menang, yea yea! teh panas 2 gelas ye!
to khairi: sorry la... MU tak perform best that night
to sang kamen: erkk.. ko pun sokong barca eh?
to budak kecik: ehem ehem.. sorry, barca menang even u said "glory MU" gee~

balik. sambung tidur until 6.30am :D
(^_^)v

27 May 2009

saya suka

senarai saya suka:-
1. makan
2. tido
3. err... tu je kot.. hah ViVA!
4. urmm.. nanti akan difikirkan lagi.. :D

MU dan BARCA





VS



hari ini di ofis, saya memakai baju kurung batik mpp. sob sob sob. sangat rindu skudai. hari ni dan semalam ada kelas english intensif untuk mpp. wah, lepas ni saya balik skudai, mesti semua speaking. isk isk isk. ruginyerr..huwwaa!! dan dengarnya, kelas ini adalah kelas english torbhaik, tergempak, dan segala-gala ter... sangat beruntung sahabat2 saya mendapat peluang itu. takpe2, ti balik, ajar saya pulak!

bersesuaian dengan tajuk di atas, ingin saya kongsi dialog antara anak dan bapanya malam tadi. lebih kurang jam... saya pun tak ingat.

eno: ayah! jom esok. MU ngn barca.. (sambil tersengih)

ayah: oh, yelah! nak kena tengok ni! nak tengok kat mana ye?

eno: apa lagi, kedai mamak laa~ eno boleh tengok. exam dah habis, kat skolah pun takde watpe...

saya: heh, haah la.. malam ni MU ngan barca. tapi, esoknya kerja.. huwaa (buat nada menangis. buat cepat!)

eno: padan muka kaklong. hahahaha (gelak tidak ikhlas)

saya: ayah, jom tengok... jom laaa... tak kesah la keje pegi gak.. aahahaha

ayah: nadia sokong mana?

nadia: barca! (sengih :D)

ayah: alaa... bukan MU ke?

nadia: bila lak nadia sokong MU? hoh, tidak tidak.

ayah: yela2.. takpe laa.. nak tengok tak? (ayah berkata sambil matanya bercahaya2. hah! shining! :D)

nadia & eno: nak!

ira: heh? gila bola diorang ni. layannnnn....

ihik... so, MU ke BARCA? kekekeke~

Waiting for this muvee~

since i was a kipas keras mati *die hard fan* of ayat-ayat cinta, then now i'm really waiting for the next >>
'Ketika Cinta Bertasbih'

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar
tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

ni lirik lagu one of the soundtrack for that film. thanks to 'al-damanhuri' yang sedang... mungkin sedang tidur ketika ini di mesir... (sowi la, waktu entri ini ditulis, baru pukul 3.36 pagi waktu mesir.. :P)

heh, dan dia telah membuatkan saya jelez dengan ayat,
"nanti tengoklah cerita 'ketika cinta bertasbih'. diorang shooting kat sini.."
wah! sangat jelez betol saya! mentang2 cerita itu berlatar tempatkan mesir...

tak sabar nak tengok pelakon watak 'Khairul Azzam' tu. tengok trailer, hensem! wahahaha *bling bling*

ok, siapa nak belanja saya tengok cerita ini, angkat keyboard anda!

...waiting....

urmm.. tak de??

seday.. isk isk isk... *konon-konon crying..*

:D

saya baru dapat tau filem ni akan keluar serentak di indonesia, malaysia, singapura, brunei, mesir n etc pada 11jun ini!! yach yach yach! nak tengok!!!

26 May 2009

Falling in love or Crush?

I hung up the phone tonight
Something happened for the first time
Deep inside it was a rush, what a rush

Cause the possibility
That you would ever feel the same way
About me, just too much, just too much

Why do I keep running from the truth?
All I ever think about is you
You got me hypnotized, so mesmerized
And I just got to know

Do you ever think when you're all alone
All that we can be, where this thing can go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away
Going away

Has it ever crossed your mind
When we're hanging, spending time?
Are we just friends? Is there more? Is there more?

See it's a chance we've gotta take
Cause I believe that we can make this into
Something that will last, last forever, forever!


lagu ni kan, cara dinyanyi macam sedih.. maybe saya terpengaruh dengan lagu a little too not over you kot~

hee~

cepat2 selam ini lagu..
n d situation make me more confuse.......
ahahaa~

kepercayaan

.kepercayaan. believing.
.how could you trust someone that you just knew?
.heh... friendship has no boundaries. you can be friend with any people.

.keikhlasan. sincerity.
.you have to be sincere to your friend. no matter who is he/she.

.give n take.
.heh? perlukah? for me the thing is helping each other.

:D

make a better life...

25 May 2009

Loving Someone~

THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON;
IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.

SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It'll NEVER just happen to you. You can't "find" LASTING love. You have to "make" it day in and day out. That's why we have the __expression "the labor of love."

Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your spouse) to succeed with your marriage.

Love in marriage is indeed a "decision"... Not just a feeling.

"No one falls in love by choice, it is by CHANCE.

No one stays in love by chance, it is by WORK.

And no one falls out of love by chance, it is by choice"

L.I.F.E

" in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."

Masihkah Ingat??

masihkah diingati tajuk 'ibu suda stat cari menantu?'

ya, ada seorang sahabat suruh saya tanya ibu, siapa orang tu. masalahnya, ibu saya pun tak kenal siapakah gerangan orang itu... dan selepas kejadian itu, orang itu suda tidak datang ke kedai ibu saya (mungkin serik dengan soalan bertubi-tubi dari ibu saya yang bak machine gun itu). jadi, dengan ini, saya ingin mengatakan, itu hanyalah rasa keinginan dari ibu saya untuk bermenantu.

hahaha

ibu oh ibu... i love you so much (macam dedikasi untuk ibu je..)

ya! saya sangat sayang ibu. (entri yang lepas2 dah cakap sayang ayah. now ibu pula ya. saya perlu berlaku adil...) thee~


Berhati-hati...

berhati-hati

anda sedang diperhatikan...

ok, apa perasaan anda jika mendapat mesej di atas? diam. saya dalam keadaan separa waras. jadi fikiran saya kurang bernas untuk menulis pada hari ini.


*sigh*


sigh for something. ya? what was that?


urmmm...

4th week

minggu ke-4

ntah...

malam tadi...

urmm... isy...

22 May 2009

Maafkan Saya.. :D

maafkan saya..

saya punya alasan tersendiri untuk terus tersenyum dengan lebarnya..

heh...

senyummmmmmmmmm

:D


Ku Bahagia....


Petang semalam saya menjadi receptionist sekali lagi. Kak adha ada hal, kena pergi hospital. Saat yang membahagiakan apabila duduk di meja receptionist…

Bukan apa, seronok bila berbual dengan orang-orang yang ada di situ. Macam-macam pengalaman hidup mereka yang boleh dikutip. Itulah, bergaul dengan orang yang jauh lebih tua…

Tapi… semalam… hahaha something happen yang membuatkan saya tak berhenti tersenyum sampai saat nak masuk tidur… yelah, mungkin bahagia sebab tarikh tu 21 mei… dan macam-macam perkara yang membahagiakan terjadi…

Sebenarnya saya berkongsi tarikh lahir ni dengan 4 orang lain yang saya tahu setakat ni:-
• my dear cousin, ikhsan putra – 21 mei 1987 (he is my brother 22 jam.. sebab dia lahir jam 1pagi, saya 1130 malam)
• my friend in the same praktikum when I was in matriculation, azfar hanif – 21 mei 1987
• the best debater at teknik gombak, kak ayesha – 21 mei 1986
• my friend’s, faisal’s father – 21 mei…. Tahun tak tau.. hahaha

Start dari tengahmalam, mesej yang bertubi-tubi, call dari ‘sang kamen’ (tetap bahagia walaupun sorang je yang call malam tu… takpe la, mesej pun tak terlayan sangat…) thanks untuk semua sahabat yang ingat.. tak kisahla letak dalam reminder ke, kat kalender ke, atau memang betul2 ingat sebab tarikh tu ada kaitan dengan orang-orang yang rapat ke… hahaha.. macm ape je budak nih…

Pagi di ofis, tak tau kenapa rasa macam terlalu lebar senyuman pagi tu.. hahaha entahlaa.. mungkin azam baru di usia 22 tahun, saya perlu senyum kepada diri sendiri, senyuman yang lebih lebar… hahaha on ym, tengok komen2 dalam blog ni, reply ym2… wah…

Tengahari, saya diminta untuk berada di meja receptionist selepas lunch hour.. tak de masalah bagi saya…

After lunch hour, mulakan tugas, sambil tu dengar cerita dari sorang staf… boleh pulak abg tu nyanyikan lagu ‘Selamat Ulangtahun Sayang’ kat saya… wahahaha.. tergelak sakan je la kat lobi tu…

Then, hah! D best part of d day… adeii… tak tau nak stori macam mana… hahaha

Balik keje, senyum takleh nak berenti… mesej tak berenti, kol pun tak berenti sampai ayah geleng kepala.. sori ayah, birthday girl memang macam ni! Haha

Ok la, saya sangat gembira pada ulangtahun kelahiran saya yang ke-22 :P

Memang selalunya happy pun.. ahahaha (^_~)v

21 May 2009

kejadian kejadian pada malam hari ulangtahun kelahiran saya

Ada dua situasi yang agak kelakar lah pada saya malam tadi..

Situasi1
ketika genap pukul12 tengahmalam, handphone saya mengeluarkan bunyi2 yang menandakan mesej masuk. Saya dah mula tersenyum sumbing. Kemudian adik saya yang kecil (eno) berkata sambil melompat starjump,

“Happy Birthday, kaklong!!!!!”

Excited sungguh muka dia. Jauh lebih excited dari muka saya. Mungkin juga ke’excited’an itu untuk mengatakan birthday dia juga semakin hampir…
(p/s: birthday eno pada 22 mei 1995)

Tapi, ke’excited’an itu luntur kerana tiba-tiba ayah menegur,

“apa lompat2 ni? Nanti orang bawah marah (rumah kami di tingkat 1).. dah malam ni..”

Trus eno masuk bilik.. urmm.. saya rasa macam klakar sbb eno sangat excited.. hahaha apa2 pun saya bahagia dengan ke’excited’an eno itu…


Situasi 2
Ira masuk ke dalam bilik selepas itu.. saya sedang sibuk (ceh! Sibuklah sangat!) meng’reply’ mesej dari sahabat2 yang ingat tarikh lahir saya… tiba-tiba terjadi perbualan antara kami berdua..

Ira : kaklong, berapa umur kaklong sekarang?

Saya : urmm.. (berfikir seketika..) 22… heh? Sudah 22 kah???

Ira : (tergelak besar..) hahaha kaklong dah tua…

Saya : apsal tak rasa macam 22 pun?? Benarkah? (saya keliru dengan umur saya)

Ira : tengok, nampak sangat dah tua.. umur sendiri tak ingat.. hahaha

Ira sengal… tapi saya rasa kelakar sebab saya macam tak percaya dah umur 22… heh, muda lagi la! Ibu kahwin masa umur 23… saya…….. urmmm… tak tau…


(^_^)v masih tiada pilihan… :P

Selamat Ulangtahun ke-22!

ucapan di atas ditujukan khas untuk...

S.A.Y.A

genap berumur 22 tahun...

hehehe~

thanks kepada sahabat2 yang call, message, n macam2 lagi cara untuk sampaikan pesanan tanda ingatan

dengan bertambah umur, bertambahlah tanggungjawab..

saya suka memetik mesej dari
jabatan kerohanian dan sosial mpputm
subuh tadi,

" dalam DIARI PEJUANG, tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan, dugaan yg menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan utk lebih hebat.
mereka tepu dengan dugaan, cuma sesekali air mata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba.
berdepan dengan belaian Pencipta, sebagai tanda ingatan-Nya.
selamat hari lahir..."

tersentuhnya dapat mesej ni di saat azan subuh sedang berkumandang di kuala lumpur...

(^_^)v mencari keredhaan-Nya

20 May 2009

Mensyukuri Nikmat Ilahi


ya Allah, hamba-Mu memanjatkan kesyukuran...


:D


hee~ kerana memanjangkan usiaku dalam mentaati-Mu dan Rasul-Mu


dalam mencari redha-Mu


.........


kurniakan aku hidayah-Mu


berkatilah umurku


hanya kepada-Mu aku memohon


dan kuserahkan segalanya kepada-Mu


amiin~

Kalendar Masihi Vs Kalendar Hijrah


ada sesuatu yang menarik ingin saya kongsi bersama..
buka link ini
kalendar masihi vs kalendar hijrah
dan anda akan dapat mengetahui tarih-tarikh yang anda inginkan dalam tahun hijrah..

saya lahir pada
23 ramadhan 1407

saya dah lama tahu tarikh ini

(^_^)v

19 May 2009

Kegembiraan kuasa tiga!!


alhamdulillah...


kenapa kuasa tiga??


malam ni keluar keputusan peperiksaan matrikulasi...


n my sis, ira got 3.67 for both sem...


hehehe... she wanna apply utm, chem engineering...


dapat juga my sis realize kan my wish yang tak tercapai dulu...


:D
LOVE ALL MY ADIK ADIK!!!
MMUAAHHHXX!!!
pesanan to ira:
selamat bertemu di UTM nanti.. amiin... :P

Subahanallah...

Satu langkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Allah mendekati kita. Apa yang lebih indah daripada mengenal Allah lebih rapat?

Redha seorang suami


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak
disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya
pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
tanganku di kepalanya dan aku berkata:

"Wahai Allah, Aku sesungguhnya
redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku
atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.
Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

sumber : di sini...


Remote Sensing Student....


baru baru ni, saya gi karnival kerjaya yang ada kat pwtc tuh.. bukanlah untuk mencari kerja.. tapi cuba tengok apa yang ada.. pemergian ke sana ditemani adik (ira) terchenta..

bila try survey company by company, macam takde je yg nak amik saya (saya memperkenalkan diri sebagai graduan remote sensing) sebagai pekerja.. yang ada pun hanyalah satu, iaitu petronas...

jadi sebenarnya bagaimanakah status kita ni di pasaran kerjaya?

bila bertanya tentang keperluan masa hadapan, jawapan kebanyakan mereka, "kami mencari jurutera...."

bila keadaan jadi macam ni, saya terus moral down rendah.. sebab bila fikir balik, saya sndiri tak tahu apa yang saya sudah pelajari setakat 3tahun ini (layakkah seorang bakal pelajar tahun4 berkata begitu???)

entahlaaaa....


tapi bila saya ke hospital semalam, mentaliti saya berubah.. bila doc tanya saya jurusan apa di utm, mereka bertanya lebih dalam apa yang saya pelajari..

tak semena-mena saya menjadi bangga sebagai pelajar remote sensing...

saya positifkan diri, perkara ini terlalu baru di malaysia.. jadi orang belum nampak kepentingannya...

Laughter d best medicine


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Leptospirosis

KUALA LUMPUR: Satu lagi kematian akibat penyakit Leptospirosis dilaporkan kelmarin menjadikan dua kes kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam kenyataannya berkata, Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan bedah siasat punca kematian itu.

Kematian itu, katanya, adalah daripada 23 kes yang dirawat di dua hospital kelmarin.

Selasa lalu, seorang warga Myanmar di Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru, Pulau Pinang, meninggal dunia dan 26 pendatang lain dirawat kerana dijangkiti penyakit itu.

Leptospirosis adalah penyakit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia disebabkan oleh sejenis bakteria dalam air yang tercemar dengan kencing haiwan seperti tikus dan tupai.

Sementara itu, di GEORGETOWN, Ketua Pengarah Imigresen Negeri, Abdul Rahman Harun, berkata bilangan tahanan pendatang asing di Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru, yang dijangkiti penyakit Leptospirosis meningkat kepada 35 orang sehingga petang semalam.

Beliau berkata, 10 pendatang dimasukkan kelmarin, manakala dua lagi semalam selepas disyaki mengalami simptom yang konsisten dengan bakteria itu.

“Bilangan masuk atau keluar hospital berlaku dari semasa ke semasa. Sukar mengesan bilangan sebenar tapi dengan kes terbaru ini, seramai 35 pendatang dari depot itu ditahan.

"Seramai 33 pendatang dirawat di Hospital Bukit Mertajam dan dua di Hospital Seberang Jaya," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Depot itu menempatkan 552 pendatang asing membabitkan 478 lelaki dan 72 perempuan serta dua kanak-kanak.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak akan meletakkan tahanan baru di depot itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Pendatang tanpa izin baru akan ditempatkan di Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin, Belantik (Kedah) dan Langkap (Perak) berkuat kuasa serta-merta," katanya.


berita diambil dari sini


Leptospirosis (also known as Weil's disease, Weil's syndrome, canicola fever, canefield fever, nanukayami fever, 7-day fever, "Fort Bragg fever," and "Pretibial fever")
is a bacterial zoonotic disease caused by spirochaetes of the genus Leptospira that affects humans and a wide range of animals, including mammals, birds, amphibians, and reptiles. It was first described by Adolf Weil in 1886 when he reported an "acute infectious disease with enlargement of spleen, jaundice and nephritis". Leptospira was first observed in 1907 from a post mortem renal tissue slice.

Though being recognised among the world's most common zoonoses, leptospirosis is a relatively rare bacterial infection in humans. The infection is commonly transmitted to humans by allowing water that has been contaminated by animal urine to come in contact with unhealed breaks in the skin, eyes or with the mucous membranes. Outside of tropical areas, leptospirosis cases have a relatively distinct seasonality with most of them occurring August–September/February–March.

artikel diambil dari sini


Masya Allah... dahsyatnya dunia kini... pelbagai wabak penyakit mula menyerang seluruh dunia... adakah ini petanda bahawa...........

muhasabah diri sendiri...


Terima kasih kawan-kawan..

selepas mengepos (hah? mengepos??) entri sebelum ini, beberapa rakan telah mesej, tak kurang juga memberi komen...

thanks atas semua kata-kata semangat, ingatan dan kasih sayang anda kepada saya.. tu laa.. berat mata membaca, berat lagi pinggang dirasa.. ahahhaa (gelak dengan peribahasa sndiri.. :P)

nway, saya masih dalam mo0d tertekan.. lagi2 dalam keadaan *teettt* sekarang... even cakap sikit je, saya rasa nak marah... anda faham situasi normal untuk perempuan setiap bulan?? ahahaha..

tertekan sebab the thing i hate most is happen today, tertekan dengan situasi sendiri, tertekan sebab saya masih belum jumpa solution yang sesuai untuk masalah saya..

saya perlu mengorbankan sesuatu.. sesuatu yang sangat saya sayang.. kenapa hidup ini terlalu banyak pengorbanan yang saya tidak sanggup lakukan? itulah ketidaksampaian hati saya.. ada lagi perkara yang perlu saya korbankan..

ada seorang sahabat memberitahu semalam, "nadia, ko jangan memaksa diri ko. kalo ko tak larat, ko jangan buat. ko sndiri tau kondisi badan ko macam mana..."

buat masa sekarang, ada satu lagi benda yang perlu saya korbankan. benda yang saya sayang, yang rasanya sesiapa yang berada dalam situasi saya, mungkin orang itu tak sanggup korbankan perkara tu. nantilah, saya akan fikirkan semasak-masaknya, sebaik-baiknya...

saya masih mencari yang terbaik...

18 May 2009

di HUKM ini hari

tadi buat check up kat ortopedik HUKM

rutin biasa sejak 2 tahun lepas...

hr ni jumpa Dr Abd Kahir urmm...

ape2 lagi laa...

memang betul kena marah...

"nadia, kenapa awak tak dengar cakap? kan dah kata, u have to do activity modification.. bnda yang awak tak boleh buat, awak jangan buat... nanti kalau absorber awak tambah teruk macam mana? jangan angkat bnda berat, jangan tu, jangan ni, jangan... jangan... jangan..."

aduhai.. pening kepala saya dengar pantang larang ni... saya perlu memikirkan sesuatu... ACTIVITY MODIFICATION

"hah? awak jalan kaki siapa suruh? motor pun tak boleh.."

Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu ini...

i'm crying.. serious... macam tak larat nak hadapi semua ni...

sampai kat rumah, ibu pula...

" kalau macam tu susah nak beranak.. awak tak boleh beranak ni... tak payah kahwin la macam tu.. awak tak boleh kahwin.. buat apa beranak kalau membunuh diri sendiri..."

Ya Allah.. sekali lagi kupinta, kuatkanlah semangatku...


award lagi~


thanks wani! ahahaha

Award dari Wani~


ape2 je la si wani ni bagi aku.. ceh! tak ikhlas kunun.. ngaku je laaa... :P
apa2 pun, tima kasih kepada nur syazwani selamat atas penghargaan yang tak terhingga ini.. hik3
Pastikan jantina anda adalah wanita
~ iye, saya adalah wanita...
Copy badge sebagai award anda
~ dah :P
Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi wanita
~ sebab boleh pakai baju kurung
~ sebab boleh pakai kebaya
~ sebab boleh pakai bedak tebal2
~ sebab boleh guna lipstik
~ sebab boleh mekap
~ sebab boleh jadi ibu
~ sebab boleh jadi isteri
ahaha :P
Pass kan award ini kepada girl-friends anda
~ anda... jika anda perempuan.. :P

Copy and paste the award at your blog once you got it

~ hoh.. sikit punya gabak ini award...
Make an entry if this is like a GRAMMY award =p
~ the rockest blog ever goes to................... ehem ehem... nadia fitri mohamad havez
Tag 6 other blogger
~ sama seperti award sebelum nih :P
(^_^)v
Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” di atas untuk di letakkan di blog anda
~ ok.. sudey...
Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan anda award ini kepada anda
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
~ nama saya nadia fitri mohamad havez
~ lagi tiga hari dari tarikh entri ni saya akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22
~ saya ada 2orang adik perempuan
~ saya baru balik dari jabatan ortopedik hukm ketika ini
~ saya sudah gila bayang (~hahahahaha~)
~ saya suka makan
~ saya suka tidur
~ setakat ni saya sudah menjalani 4 pembedahan
~ saya sedang praktikal di imatera yang letaknya boleh jalan kaki sahaja dari rumah (kalo rasa nak masuk wad, silalah berani berjalan kaki ahahaha)... dalam 10minit perjalanan dengan lrt...
~ saya belum berkahwin
ahahahaha segala fakta yang jelas, terkini setakat 18 mei 2009, jam 1450 :P
Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan meyatakan nama mereka di blog anda
~ kak wani
~ zaki
~ bo
~ elia
~ erin
~ ekin
:P

17 May 2009

18 MEI 2009

pergi HUKM pada 18 Mei 2009

jumpa Dr Azwa...

check up tulang belakang nih...

tidak kerja...

amik cuti...

huh?

Black dan Mas Idayu

tengah tengok mentor kat tv3...

kenapa tah sejak 1st week nengok mentor nih

suka nengok black n mas idayu

kalau lah manyak wit...

memang undi black 10undian... ahahaha

teringat lak curse si ira..

"kaklong ni memang sukanya yang itam2 aje...

ViVA itam, handphone itam, admire pun org itam2..."

senGaL!!

ira sangat sengaL...

LeaQistina, mesti kamu nak komen benda nih!

huh!
What is your nickname?
~ nadia, nad, naddy


Your mum calls you by this name..
~ nadia, kaklong


You are closer to your mother or father?
~ both
~ merajuk ngan ibu, sayang ayah lebih;
~ merajuk ngan ayah, sayang ibu lebih... hahahaha


Your siblings calls you by this name..
~ kaklong


You have someone special (bf/gf) in your heart..

~ n0pe


List down 3 of your good behaviours.
~ baik hati... hahaha
~ lembut hati... huhuhu

~ tak sampai hati... hihihi


List down 3 of your bad behaviours.
~ kelam-kabut

~ cepat marah cepat sejuk
~ kuat tido!


What is your favourite past times? Give 2.
~ zaman skuLL

~ zaman tadiKa (tiap2 pagi nyanyi lagu UMNO.. wawawa)


Your favourite colours are? Give 5.
~ turquoise

~ pink
~ purple
~ blue
~ maroon


Song of your life is?
~ nEgaraku


Name one person you admire the most..
~ Prof. Dato' Dr. Lokman Saim yea!


Name one of your ex.(nickname is allowed)

~ x-perience


The worst word/phrase cursed by you..

~ celaka


Who is the one you miss the most now?
~ MPP UTM (alamak, is? sorang je la ekk? tukar la, 'are'.. hehehe)


Who is the one who ignores you most of the time?

~ IRA! ENO!


Who is the one who always keep you company?

~ IRA! ENO!

Name the model of your phone.

~ SE W880i and SAMSUNG X430


Name the model of your laptop.
~ PRESTIGIO


Name one person you hate the most.

~ Bush


Name the person you love the most.

~ person who love me


The situation you hate the most.
~ bila tengah practical tapi takde keje...


One word describing yourself.
~ comel (ayah kata hahaha)


What are you thinking now?

~ MAKAN!


Classifies your friends as follows.
clever : oleng
naughty : farah
hardworking : yanto
funny : zareef azhar
sweet : yee chean
unpredictable : kak wani
mysterious : ira!
kind : eno
caring : ibu
handsome : ayah
beautiful : cik kiah
cute : nano0
wild : harimau
big : izwan (sori wan! :P)
small : ain hahaha



If you`re asked to shout, what will it be?
~ saya mau kerjaan!


Repost this entry with answer of question above,tag n stab!


16 May 2009

Selamat hari Guru!

SELAMAT HARI GURU!!!
kepada cikgu2 yang dah banyak berjasa menjadikan saya orang macam ni... tak leh nak sebut, ramai sangat cikgu2 saya... semua cikgu lah!
dan juga, rakan-rakan mpp yang bakal jadi cikgu:-
- diana
- zaki
- sharhan
- fais
- syahir
- taufek
- kheong
juga kepada:-
- cik kiah (i mish u!)
- nano0
sape2 lagi la kawan2 saya yang bakal jadi cikgu. sori if nama tertinggal...
:P

Sakura Merah Jambu

terlalu ramai pula yang tanya, kenapa sakura? kenapa merah jambu? tak kurang juga yang tergelak.. ok3.. lepas ni saya guna nama alamanda kuninglah, ok? hahaha~

sakura is
Japanese flowering cherry. it is a symbol of feminine beauty, the feminine principle, or love in the language of flower.



During World War II, the cherry blossom was used to motivate and manipulate the Japanese people, to stoke nationalism and militarism among the populace.

ada sahabat bertanya, "kenapa mesti sakura? yang popular di jepun. kenapa tidak bunga raya?" hahaha~ kalau saya pilih bunga raya pula, akan ada yang bertanya, "kenapa tidak ros ke, cempaka ke?" hah, manusia memang terlalu banyak persoalan. bukan itu masalahnya sekarang. masalahnya, pemilihan sesuatu itu perlu ada sebab.


saya memilih sakura, sebab kecantikannya. bukan nak kata saya cantik, tapi sakura tu sangat cantik pada pandangan saya. (cantik itu sangat subjektif. kita boleh kata bunga tahi ayam itu cantik juga walaupun nama tak cantik) sakura tu cantiknya, cantik yang sederhana. tak macam ros yang sentiasa diagung2kan. indahnya dengan gaya dan caranya tersendiri.


kenapa merah jambu? saya bukanlah seorang pinkish. saya minat warna lembut dan pastel. sebenarnya saya lebih minat warna turquoise

sebab tu saya suka tengok laut... saya memilih merah jambu kerana warna itu yang bersesuaian dengan sakura selain putih... jadi kesimpulannya di sini... sakura merah jambu adalah isi dalam yang memerlukan kesederhanaan dengan keindahan tersendiri serta bersesuaian dengan keadaan..

ada faham ka tara faham??
:P

renung-renungkan, selami sendiri...
(^_^)v

Selepas pembedahan kedua

ok, cerita disambung. selepas saja selesai pembedahan, saya terjaga. saya rasa tebal semacam kat telinga kanan ni. saya masih di kawasan menunggu. belum balik wad. saya nak muntah! oh, tak de orang yang terdekat dengan saya! macam mana ni? saya gunakan kaki saya (ketika itu badan saya masih sangat lemah. untuk bersuara memang tak mampu) saya cuba dengan sisa tenaga yang ada, menghentak hujung katil. sorang nurse tersedar dan mendapatkan saya. posisi kepala, mengiring ke kiri...

nurse : ada apa nadia?

saya : naakkk.. nakk.. (suara saya terlalu perlahan untuk didengari..)

nurse : nak apa nadia?

saya : nak muunnn..

belum sempat saya habiskan ayat, saya sudah termuntah, terkena nurse tu.. ooppsss... sori, kak.. takkan tak faham orang lepas operation mesti la nak muntah... btol tak? hahahaha

sorang nurse berlari bawak mangkuk silver tu. tadah dekat mulut saya. saya dan saya terus menerus memuntahkan segala-galanya. bau nya masyaAllah, Tuhan je tau. saya tak tau apa perasaan akak yang saya dah muntah dekat baju dia.. huuhuhu.. lepas tu beberapa orang datang untuk mop lantai yang saya dah tumpahkan muntah tu (tumpahkan?? hehehe)..

selepas beberapa jam, saya dibawa pulang ke wad. ibu ayah dan adik2 dah ada kat katil saya. ibu terus serbu. tapi saya terlalu lemah masa tu. buka mata pun tak boleh sangat. then, akak nurse yang memang cumil tolong tukarkan baju. dari baju operation ke baju wad. lepas tu saya terus tidur... zZzzZZ...

buka je mata, dah maghrib. ibu ayah ada di sisi. adik2 ntah kat mana. tngok tv agaknya. saya panggil ibu dengan suara perlahan. nak muntah lagi. ibu ambil mangkuk silver tu, saya muntah sehabis2nya. then tidur...

tengahmalam pun macam tu. ibu tidur di hospital untuk jaga saya. tapi, tiba2 rasa nak buang air kecil. badan saya yang masih terlalu lemah, membuatkan saya tak boleh bangun. ibu ambil mangkuk silver tu, letak kat bawah tu, dan ibu suruh kencing. saya takut2. sebab takut air tu membasahkan katil. confirm tak selesa! tapi ibu yakinkan saya posisi tu dah betul. saya pun..... mm.. lain kali dengar cakap ibu, tak ada pun air yang tumpah ke katil.. ahahahaha.. ibu mengistinja'kan saya. malunya.. tapi, nak malu apa dengan mak sendiri??? kita pun keluar dari perut dia juga. dari kecil, tangan dia yang belai kita.. hoh, pengorbanan ibu.. :D

keadaan saya berlarutan macam tu untuk hari berikutnya. the third day baru saya boleh duduk dan makan bubur. before that, makan je muntah..

lepas keluar hospital, ayah bawak gi makan chinese food! yea!! saya hanya boleh makan ikan stim halia.. tak pe la.. sedap wat!

saya terpaksa berpantang makan untuk 2 bulan. heh, masa tu saya sangat2 teringin makan roti disapu kaya! tapi tak boleh... :(

saya dapat cuti sekolah 2 minggu... balik sekolah, member semua excited tngok telinga berbalut saya.. hahaha.. ada la few months pergi skolah tak pakai anak tudung...

sebaik sahaja balutan telinga dibuka, saya rasa macam baby baru dapat telinga baru. segala2nya kuat sangat! saya komplen tv tu volume nya kuat sangat padahal tu volume standard.. ceh! tau la akhirnya kedua2 belah telinga saya dapat digunakan dengan sempurna.. Alhamdulillah..

itu sahaja pengalaman pembedahan kedua...

(-_^)v

Pembedahan Kedua

dulu saya pernah cerita tentang pembedahan pertama. now it's time untuk pembedahan kedua.
umur : 14 tahun
tarikh : 12 september 2001 - 15 september 2001 (selepas tragedi WTC)
tempat : HUKM, Cheras.
doktor : prof. dr. lokman saim (masa ni dia lom pat title dato' n lom jadi pengarah HUKM. masa ni dia timbalan dekan pengajian siswazah kat fakulti perubatan UKM)
kes : right myringoplasty

wut else? ok, pagi tu (lebih kurang jam 0800H waktu malaysia), da siap2 segala kelengkapan untuk masuk wad, ayah yang sedang online tiba2 cakap, "WTC kena rempuh!"

saya yang ketika itu tidak tahu apa ke jadahnya WTC itu, mengerutkan dahi, "PWTC? sape lak rempuh?"

ayah : bukan PWTC laa.. WTC kat amerika tu..

saya : oh.. (masih tidak tahu apakah WTC itu sebenarnya..) ok.. jom gi HUKM.. (malas nak ambil tau masa tu..)

saya dimasukkan ke wad berapa tah, tak ingat tapi yang pasti untuk otorinolaringologi (hah? terbelit lidah? singkatannya, ENT, ear, nose n throat hahaha)

then ibu ayah pulang ke rumah. saya sorang2 tidur itu malam di wad. saya dijadualkan menjalani pembedahan pada jam 2.00 petang, 13 september 2001. sejak petang tu saya dah mula puasa. tak boleh makan atau minum apa-apa.

then, pagi tu, lepas aje solat subuh, tiba2 ada baju putih dah diletakkan dekat meja saya, serentak nurse yang cumil tu pun kata, "adik, lepas solat nanti terus tukar baju ni ye. bukak semua yang dalam2 pun..."

gulp! saya telan liur. semalam kata saya operate tengahari. kenapa pagi2 buta dah suruh tukar baju operation? saya pun terus solat. then tukar baju operation.

dalam kol7 pagi, troli sorong patient (stretcher) tu dah parking dekat katil saya. akak nurse yang cumil tadi (baju warna pink gitu... nurse practical..) tolong saya pakai tali2 di blakang baju tu. saya pun panjat dat stretcher, dah pakai shower cap (hahaha tataw mau bagi nama apa pada plastik yang mmbalut rambut itu!) then, baring. abg nurse dan akak nurse cumil tadi pun sorong saya ke dewan bedah. akak nurse tu bawa sekali fail saya.

saya terus dimasukkan dalam waiting theatre. ada beberapa org patient sedang queue. then sorang nurse datang.
nurse : adik nama apa?
saya : nadia fitri binti mohamad havez.
nurse : parents ada datang?
saya : mak ayah saya masih kat rumah. sebab smlam kata saya operate tengahari.
nurse : mm... adik masih bawah umur. siapa nak sign kan kebenaran pembedahan ni ye? mm, camni la, adik ingat no. ic mak?
saya : (mujur saya ingat no. ic satu family) ingat.. 630906.... (no. tpaksa dirahsiakan.. hehehe)
nurse : ok, betul.. adik sign kat sini, bagi pihak...
so, saya sendiri yang sign borang tu. heh!

akak tu pun blah dan saya ditinggalkan. kesejukan. saya pun panggil akak tu, mintak selimut lebih. saya dapat extra 3 selimut hijau tu! hehehe

beberapa minit je lepas tu, saya terus disorong ke dewan bedah.. berapa saya tak ingat.. then, dah nampak lampu2 spotlight tu. ada sorang datang, sembang2 dengan saya. sambil mulut saya ditekup. hoh, trick untuk bius! wayar2 berselirat sudah ditampal di dada saya. dan saya dah dengar bunyi mesin dnyutan jantung tu. tit tit tit tit dan..... saya tertidur tak sedar diri.. hah!


Tulang Belakang


ok, untuk memahami keadaan sebenar, beginilah lebih kurang keadaan gambar rajah MRI saya. macam yang ditunjukkan anak panah tu. tapi gambar ni saya pinjam dari wikipedia ok.. bukan gambar rajah MRI saya.. thanks to wikipedia.. hehehe... tulang belakang kita ni kan ada absorber (yang kaler putih2 hitam antara tulang2 tu).. yang warna hitam legap macam kat anak panah tu maksudnya, absorber tu dah tak ada. macam tu la lebih kurang apa yang terjadi pada saya.. tapi saya ada 2 absorber yang koyak..

oleh sebab tu, saya dilarang sama sekali untuk melakukan kerja berat dan tak boleh duduk terlalu lama, berdiri terlalu lama, berjalan kaki terlalu jauh, berlari dan segala-gala yang melibatkkan pergerakan sebab kawasan yang terkena, antara tulang belakang dan tulang pinggul..

treatment? ada beberapa method yang dicadangkan oleh doc tapi tak sesuai dilakukan untuk orang muda (kata Dr Azwa dari Jabatan Ortopedik, HUKM).. pembedahan, tak boleh.. injection pun tak boleh... risiko untuk terkena saraf tunjang sangat tinggi dan tulang saya perlu dipakai lama lagi memandangkan saya masih muda.. kesan sampingan yang mungkin berlaku, lumpuh separuh badan dan duduk atas kerusi roda sahaja lah..

jadi saya ambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan atau mengambil sebarang suntikan.. cuma tiap kali sakit dan saya perlu bergerak, saya akan memakai supporter untuk mengurangkan rasa sakit.. hanya itulah yang boleh saya lakukan disamping makan ubat tahan sakit dan baring, tidur if dah terlalu sakit...

hehehe.. semoga sakit ni boleh sembuh dengan sendiri dengan usaha fisioterapi dan tawakal kepada Ilahi.. hehehe

(-_^)v


Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA dan tulang belakang ku...~

sedih sangat.. huu~ tara dapat pigi itu konvensyen at UTHM...
amat sday.. malas nak amik cuti LI lama sangat...
plus 18 mei ada medical check up...
my tulang belakang ni lum sihat pun agi..
tapi buat2 macam dah sihat kan..

mau nye idak, asyik berjalan kaki ulang alik...
pastu sampai bilik sndiri, terbaring tak sedar diri ahahaha
kebelakangan ni sakit dia semakin menjadi2..
masa praktikal ni lebih2 lagi..
nasib baik duk dekat umah..
tu yg balik keje trus tak larat nak buat apa, terbaring smata..
tak brani nak bagi tau ibu ayah, nnti dorang susah hati huhuhu~
tak apa lah, nnti hari isnin, bagi tau doktor saje...
mesti kena marah dengan doc, sebab tak dengar cakap..
"nadia, u can't walk too far, tak boleh angkat bnda2 berat, tak boleh tu, tak boleh ni.."
i am sorry doc, keadaan memaksa... saya tiada pilihan lain, serius!
abis tu doc, wut shud i do? all the methods are only suit to old people, not for me as young lady..

"nadia, absorber tulang belakang kamu dah koyak.. ada 2 absorber yang koyak.. dekat dengan bahagian pinggang.. sambungan antara tulang belakang n tulang pinggul... n slipping disk..." kata Dr Azwa sambil menunjukkan imej MRI saya.. dibahagian sambungan antara tulang blakang n tulang pinggang...
inilah kata-kata yg masih saya ingat sampai sekarang..
punca sakit blakang saya sudah dikenalpasti selepas ujian MRI...

urmm~ dugaan dari Ilahi...

15 May 2009

RazakSAT sedia untuk dilancar pertengahan Julai

KUALA LUMPUR: RazakSAT, yang sepatutnya dilancarkan pada bulan lalu, dijangka dilepaskan ke ruang angkasa dari Pulau Kwajalein pada pertengahan Julai.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof, berkata kini Teknologi Pengembaraan Ruang Angkasa (SpaceX), yang bertanggung jawab ke atas roket Falcon-1, sedang membuat ujian gegarannya berdasarkan spesifikasi yang diperlukan.

Katanya, satelit tidak mengalami masalah tetapi pelancar roket yang bermasalah.

"Roket ini, apabila mereka lakukan ujian akhir sebelum pelancaran, didapati menghasilkan gegaran tambahan berbanding dengan spesifikasi yang ditetapkan," katanya selepas pelancaran Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi 2009 di sini, hari ini.

Fadilah berkata, gegaran tambahan boleh merosakkan satelit ketika pelancaran. "Sebelum tarikh sementara, kami mahu memastikan mereka memenuhi spesifikasi," katanya.


RazakSAT, satelit penderiaan jauh Malaysia pertama, akan menyediakan imej peleraian tinggi negara yang akan digunakan untuk pengurusan tanah, pembangunan dan pemuliharaan sumber, perhutanan, migrasi ikan dan keselamatan. - Bernama

berita diambil dari sini

(^_~)v

Kegembiraan kegembiraan...




lebih kurang jam 1750H, saya mendapat call dari my lil bro, abanglong..
abglong : assalamualaikum kaklong..
saya : waalaikumsalam abglong.. kenapa?
abglong : kaklong, kawan abglong kata result mara dah keluar..
saya : lorr... kaklong baru keluar ofis.. ti kat rumah kaklong check k...
abglong : ok, thanks kaklong... assalamualaikum..
sesampai di rumah... ayah tngah men tenet.. so, i interrupt kejap... bukak website mara... program ijazah luar negara bagi lepasan spm skim pelajar cemerlang...
alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi... indra putra.. my lil bro... berjaya dalm temuduga mara.. n dapat medic di timur tengah.. bsyukur sangat2... akhirnya ada juga ahli keluarga family kami yg amik medic n dapat gi oversea.. ALHAMDULILLAH.... :D
to abanglong;
selamat menghadapi kursus persediaan ke timur tengah tak lama lagi!




Adakah saya membuat kesalahan???

adakah saya membuat kesalahan?

tadi ada seorang dato' kol..

tapi, saya tak tahu dia dato'..

saya tak cakap, "hold on dato'.." dan saya lupa tanya, "to whom i speak to?"

huu~ gi mana yerr?? (gigit jari..)

Senarai hendak tengok...

nak tengok senarai muvee2 di bawah.. ada sape nak belanja???

- star trek (ada chris pine!)
- push
- ada satu muvee kluar on my birthday.. tapi tak ingat d title.. he~

cepat2.. sape mau blanja??!!

(^_~)v


Jadi Receptionist??

di pagi yang indah di imatera.... saya turun ke bilik scanning untuk menolong din men'scan'.. tiba2...

din : ko gi rr duk kat meja reception tu. kak adha tak dtg hr ni. accident.

saya : hah? kak adha accident? ko tau x, br smlm aku tfikir, kalo kak adha xdtang, sape gnti dia ekk? huu~

din : hah, ko gi rr duk sana, org nak masuk, ko bukakkan pintu. ko tau kan suis yg mana..

saya : haah..

din : nanti apa2 hal, ko call nombor kak gee, ada atas meja tu..

saya : okey..

huh.. dan saya pun melangkah ke meja receptionist.. takot2 nak duduk kat krusi kak adha..

heh.. bio betol.. tak lama pastu kak gee datang n ajar lerr sikit2 cara nak jadi receptionist.. hahaha ape daa.. ok laa dari takde watpe..

kak gee : nanti lpas rehat ko dok cni je k.. akk banyak keje la kat atas..

saya : ok..

huh.. pasni aku kena jaga depan tuh... urmm... pasni leh ke apply keje jadi receptionist ye?? dah ada pngalaman n dah familiar ngn ayat2 berikut:-
- Hello imatera...
- yes, sir.. hold on, sir...

ahahahaha.. gelak kpada diri sndiri..

bes wat jadi receptionist! :P

Pengumuman Penting!!

di sini ada satu pengumuman!!

dengan ini dimaklumkan bahawa,

aku suda ada kerjaan!! tapi untuk hari ini sahaja.. :P

ganti kak adha di meja receptionist...

"helo, hari ini saya adalah penyambut tetamu di imatera.. heh?"