dulu saya pernah cerita tentang pembedahan pertama. now it's time untuk pembedahan kedua.
umur : 14 tahun
tarikh : 12 september 2001 - 15 september 2001 (selepas tragedi WTC)
tempat : HUKM, Cheras.
doktor : prof. dr. lokman saim (masa ni dia lom pat title dato' n lom jadi pengarah HUKM. masa ni dia timbalan dekan pengajian siswazah kat fakulti perubatan UKM)
kes : right myringoplasty
wut else? ok, pagi tu (lebih kurang jam 0800H waktu malaysia), da siap2 segala kelengkapan untuk masuk wad, ayah yang sedang online tiba2 cakap, "WTC kena rempuh!"
saya yang ketika itu tidak tahu apa ke jadahnya WTC itu, mengerutkan dahi, "PWTC? sape lak rempuh?"
ayah : bukan PWTC laa.. WTC kat amerika tu..
saya : oh.. (masih tidak tahu apakah WTC itu sebenarnya..) ok.. jom gi HUKM.. (malas nak ambil tau masa tu..)
saya dimasukkan ke wad berapa tah, tak ingat tapi yang pasti untuk otorinolaringologi (hah? terbelit lidah? singkatannya, ENT, ear, nose n throat hahaha)
then ibu ayah pulang ke rumah. saya sorang2 tidur itu malam di wad. saya dijadualkan menjalani pembedahan pada jam 2.00 petang, 13 september 2001. sejak petang tu saya dah mula puasa. tak boleh makan atau minum apa-apa.
then, pagi tu, lepas aje solat subuh, tiba2 ada baju putih dah diletakkan dekat meja saya, serentak nurse yang cumil tu pun kata, "adik, lepas solat nanti terus tukar baju ni ye. bukak semua yang dalam2 pun..."
gulp! saya telan liur. semalam kata saya operate tengahari. kenapa pagi2 buta dah suruh tukar baju operation? saya pun terus solat. then tukar baju operation.
dalam kol7 pagi, troli sorong patient (stretcher) tu dah parking dekat katil saya. akak nurse yang cumil tadi (baju warna pink gitu... nurse practical..) tolong saya pakai tali2 di blakang baju tu. saya pun panjat dat stretcher, dah pakai shower cap (hahaha tataw mau bagi nama apa pada plastik yang mmbalut rambut itu!) then, baring. abg nurse dan akak nurse cumil tadi pun sorong saya ke dewan bedah. akak nurse tu bawa sekali fail saya.
saya terus dimasukkan dalam waiting theatre. ada beberapa org patient sedang queue. then sorang nurse datang.
nurse : adik nama apa?
saya : nadia fitri binti mohamad havez.
nurse : parents ada datang?
saya : mak ayah saya masih kat rumah. sebab smlam kata saya operate tengahari.
nurse : mm... adik masih bawah umur. siapa nak sign kan kebenaran pembedahan ni ye? mm, camni la, adik ingat no. ic mak?
saya : (mujur saya ingat no. ic satu family) ingat.. 630906.... (no. tpaksa dirahsiakan.. hehehe)
nurse : ok, betul.. adik sign kat sini, bagi pihak...
so, saya sendiri yang sign borang tu. heh!
akak tu pun blah dan saya ditinggalkan. kesejukan. saya pun panggil akak tu, mintak selimut lebih. saya dapat extra 3 selimut hijau tu! hehehe
beberapa minit je lepas tu, saya terus disorong ke dewan bedah.. berapa saya tak ingat.. then, dah nampak lampu2 spotlight tu. ada sorang datang, sembang2 dengan saya. sambil mulut saya ditekup. hoh, trick untuk bius! wayar2 berselirat sudah ditampal di dada saya. dan saya dah dengar bunyi mesin dnyutan jantung tu. tit tit tit tit dan..... saya tertidur tak sedar diri.. hah!
No comments:
Post a Comment