Ada dua situasi yang agak kelakar lah pada saya malam tadi..
Situasi1
ketika genap pukul12 tengahmalam, handphone saya mengeluarkan bunyi2 yang menandakan mesej masuk. Saya dah mula tersenyum sumbing. Kemudian adik saya yang kecil (eno) berkata sambil melompat starjump,
“Happy Birthday, kaklong!!!!!”
Excited sungguh muka dia. Jauh lebih excited dari muka saya. Mungkin juga ke’excited’an itu untuk mengatakan birthday dia juga semakin hampir…
(p/s: birthday eno pada 22 mei 1995)
Tapi, ke’excited’an itu luntur kerana tiba-tiba ayah menegur,
“apa lompat2 ni? Nanti orang bawah marah (rumah kami di tingkat 1).. dah malam ni..”
Trus eno masuk bilik.. urmm.. saya rasa macam klakar sbb eno sangat excited.. hahaha apa2 pun saya bahagia dengan ke’excited’an eno itu…
Situasi 2
Ira masuk ke dalam bilik selepas itu.. saya sedang sibuk (ceh! Sibuklah sangat!) meng’reply’ mesej dari sahabat2 yang ingat tarikh lahir saya… tiba-tiba terjadi perbualan antara kami berdua..
Ira : kaklong, berapa umur kaklong sekarang?
Saya : urmm.. (berfikir seketika..) 22… heh? Sudah 22 kah???
Ira : (tergelak besar..) hahaha kaklong dah tua…
Saya : apsal tak rasa macam 22 pun?? Benarkah? (saya keliru dengan umur saya)
Ira : tengok, nampak sangat dah tua.. umur sendiri tak ingat.. hahaha
Ira sengal… tapi saya rasa kelakar sebab saya macam tak percaya dah umur 22… heh, muda lagi la! Ibu kahwin masa umur 23… saya…….. urmmm… tak tau…
(^_^)v masih tiada pilihan… :P
No comments:
Post a Comment