Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, berkata kejayaan itu menjadikan UTM organisasi pertama memenangi anugerah berkenaan dua kali sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.
Beliau berkata, UTM memenangi anugerah itu kerana menjadi penyumbang terbanyak perlindungan harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tahun lalu.
“Sejumlah 131 produk UTM memperoleh paten dan menjadikan kami organisasi terbanyak mendapat perlindungan harta intelek kategori berkenaan.
“Mengikut MyIPO, universiti ini menduduki senarai teratas di kalangan institusi penyelidikan, universiti tempatan dan individu memperoleh penfailan paten,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Penyumbang lain, MIMOS Berhad (110), Universiti Putra Malaysia (53), Universiti Kebangsaan Malaysia (23), Telekom Malaysia Berhad (19), Universiti Malaya (18), Multimedia Glory Sdn Bhd (14), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (12), Universiti Teknologi Mara (11) dan Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (lapan).
Zaini berkata, tujuh kategori perlindungan harta intelek iaitu geran paten, penfailan paten, pembaharuan utiliti, reka bentuk industri, cap dagangan, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.
“Tahun lalu UTM mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perlindungan 142 harta intelek pelbagai kategori terdiri daripada 131 paten, dua pembaharuan utiliti, satu reka bentuk industri serta lapan cap dagangan.
“Sehingga akhir tahun lalu, kami berjaya mendapatkan perlindungan harta intelek bagi 1,071 produk menerusi tujuh kategori, meningkat 70 peratus berbanding sebelumnya,” katanya.
Zaini berkata, kejayaan penyelidik menghasilkan pelbagai inovasi sejajar indeks petunjuk prestasi UTM ke arah mencapai taraf universiti penyelidikan.
Pengurusan harta intelek dan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) di institusi pengajian tinggi adalah bidang baru di negara ini.
UTM antara universiti terawal mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa khas menguruskan harta intelek, menyediakan polisi serta prosedur, proses kerja rapi bagi meningkatkan aktiviti R&D, sekali gus menambah bilangan harta inteleknya.
Berita diambil dari sini
Anak kandung UTM..
(^_^)v
tapi USM still universiti apex (^_^)v
ReplyDeleteYeah.. anak kandung UTM... wahaha.. I tumpang gumbira dan bangga.. wahaha..
ReplyDeleteUSM universiti apex? alamak.. i juga penghuni USM kini. So, macam mana ni?
keh.. keh.. keh.. walauapa pun yang berlaku, UTM tetap di hati... (^_^)v
LeaQistina>>
ReplyDeleteseb bek cakap cmtu, kalo tak, memang nak kena budak wani nih...
sang kamen>>
pedulik hape aku usm apex ke tak... hahahaha (gelak jahat..)
wahaha... but sorry ya sang kamen... i agree with ndia.. apa beza apex ke x... hehe... [nak komplen kat sini tapi takut kena sue lak.. so bek diam sajalah ek.. keh.. keh.. keh...]
ReplyDeletep/s: cayang, i ni kira menderhaka ke? hehe..
tidak tidak tidak.. ha3 (gelak jahat sekali lagi..)
ReplyDeleteho pakat kene kan aku lah nih ces... naseb baik tgh kenyang xpe...
ReplyDeleteamek lah peluang nih maybe tahun depan USM ambil alih pulak
wah.. dah macam sawa je bunyinya.. ble kenyang xkan menyerang.. hehe..
ReplyDeleteapa pun, drpd USM sibuk nak amik alih anugerah ni lbh baik USM pk cara utk maintainkan title apex tu... banyak 'janji' yang perlu ditunaikan.. then barulah pk nk rampas takhta lain pulak eh... :D
apa pun.. smg USM terus maju jaya :)
yeah aku sokong ko brader... name jer apex 3 tahun aku kat sini wifi tak paex pon... HUH!
ReplyDeleteanak kandung UTM>> hoh.. siapakah anda?? huk3
ReplyDeletesang kamen>> wifi takder?? nmpaknya utm masih bes rr walaupun wifi lmbat.. ader certain area laju gilerr.. huk3
eleh umah aku streamyx 4mbps okeyh...
ReplyDeletekeh.. keh.. keh.. gaduh la korang.. wahaha..
ReplyDelete-anak kandung UTM (^_^)v