Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 January 2009

Kita tak boleh menjangka masa depan...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Abang Haji Abdillah Omar bin Tun Abang Haji Openg...

Segala-galanya berlaku dengan sangat pantas. Tengahari tadi (30 Januari 2009) dalam jam 1317, sedang aku asyik melayan blog ini, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Hafiz.

"Datuk Hafiz meninggal..."

Masa tu, secara automatik, air mata aku pun mengalir. Entah kenapa aku rasa macam sedih juga walaupun kami belum secara rasminya satu keluarga. (Betul ke ayat aku ni??)

Aku sedang mencari mood untuk menulis. Kesedihan melampau.

Aku minta excuse dari kursus induksi MPP sebab nak selesaikan hal flight. Aku tak boleh biarkan Hafiz sorang-sorang dalam keadaan dia macam tu. Bayangkan nak beli tiket flight on d spot. Wah, harga mesti berlipat-lipat kali ganda. Dah lah kami berdua sedang dalam situasi kegawatan ekonomi. Aduhai, peritnya rasa, Tuhan je yang tahu.

Berbekalkan rasa sayang yang melimpah-ruah, aku yakinkan Hafiz untuk balik Kuching. Pada aku, jangan dirisaukan hal yang remeh-temeh. Family first. Family is everything.

Mama call, suruh bincang. Apa-apa hal, mama suruh contact abang Hafiz yang no-2, Efil. (Efil baru turun flight di LCCT masa dapat berita ni.) Hafiz decide, dia akan balik Kuching.

Ada kesilapan berlaku masa beli tiket. (Rasanya tak perlu cerita dalam ni.) Kesilapan tu menyebabkan tujuan kami nak beli tiket lebih murah bertukar menjadi berganda-ganda mahalnya. Tak apalah. Aku redha. Sekurang-kurangnya ini jadi pengajaran untuk kami.

Kejadian hari ni membuatkan aku banyak berfikir, insaf dan sedar kekurangan diri. On d way hantar Hafiz ke Senai Airport, dia cakap,

"Kadang kita tak boleh nak menjangka masa depan. Kita tak tahu apa akan berlaku nanti. Entah-entah, esok lusa giliran kita."

Terus aku terdiam. Betul apa yang Hafiz cakap.

"Lepas ni kita kena berjimat lah. Thanks for everything syg..."

Aku terdiam lagi.

Aku tahu dia teramat sedih. Mama kata,

"Hafiz paling rapat dengan atok nya."

Aku sepatutnya memahami.....

29 January 2009

Tahniah...


Prof. Dr. Marzuki Khalid appointed as the new UTM Deputy VC (Research & Innovation)
Prof. Dr. Marzuki Khalid has been appointed as the new Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation) of Universiti Teknologi Malaysia for a three-year term effective January 16th, 2009.
He was formerly the Director of Malaysia-Japan University Center (MJUC) and also the Director of Centre for Artificial Intelligence and Robotics (CAIRO) based in UTM International Campus, Kuala Lumpur.
He has made many achievements in his field of expertise and he is also the co-author of the book entitled Neuro-Control and its Applications published by Springer-Verlag. He has been appointed to the Editorial Advisory Board of the International Journal of Engineering Applications of Artificial Intelligence published by Elsevier Science and an Associate Editor of the Journal of Systems and Control Engineering from the Institution of Mechanical Engineers, United Kingdom.
Married with four children, he is a Professor in Intelligent Control Systems and is currently an Executive Committee member of the Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) Region 10 (Asia-Pacific).

Berita diambil dari sini

Aku pun nak jadi TNC boley ke??? (^_<)

Putera Puteri UMNO

KUALA LUMPUR: Putera Umno tidak wajar dibubarkan kerana ia bukan sayap Umno, sebaliknya hanya biro dalam Pergerakan Pemuda Umno, yang berperanan membentuk pemimpin pelapis muda Melayu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata Putera yang dianggotai lebih 200,000 ahli berusia antara 18 hingga 25 tahun juga tidak terbabit dalam politik wang kerana pelantikan jawatankuasa tidak dibuat secara pemilihan.

Katanya, pemilihan jawatankuasa biro adalah kalangan Exco Pemuda Umno dengan tujuan penubuhannya melaksana aktiviti berasaskan kebajikan dan kemasyarakatan.

Berita diambil dari sini

mmm.... part ni memang aku tak berapa faham.. Putera UMNO hanya sekadar biro.. Macam mana pula dengan Puteri UMNO??

wah.. ini berita menarik...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata langkah membubarkan sayap Wanita, Pemuda, Puteri dan Biro Putera Umno adalah terlalu drastik yang memberi kesan besar kepada usaha melahir pemimpin dan pelapis parti.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, semua pergerakan atau sayap parti adalah pelengkap kepada struktur Umno.

Justeru katanya, jika wujud masalah politik wang atau dalaman parti, semua pihak mesti memperkukuhkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala itu.

Berita diambil dari sini

Aku Puteri UTM... (^_^)

P-E-N-I-N-G

Aku baru balik UTM semalam. Lebih kurang jm 4.30petang sampai dari KL. Fuh, lepas tu aku tak rehaat langsung sampailah pagi tadi pukul 4pagi. Tu yang bangun-bangun tidur (dalam jam 9pagi) aku jadi macam ni...


Dalam keadaan macam ni, aku pandang keliling... Di manakah aku? Rupa-rupanya aku di bilik MPP. Wah, zaman-zaman kesibukan sudah bermula! Dulu semasa jadi JKM, selalu juga tidur dalam bilik JKM. Now, baru start induksi, aku dah tidur dalam bilik MPP bersama Hadjar and Kak Wani.



Hadjar termenung memikirkan kursus induksi MPP.




Kak Wani bermain dengan hamsternyerr..


Oklah.. aku nak balik bilik...





Seloka Budi - Siti Nurhaliza

BEBUDI PADA YANG SUDI
MANIS HINGGA KE MATI
SUKAR DIGANTI WALAU SEGUNUNG BAIDURI

USAH DIHARAP BALASAN
ESOK LUSA IA PASTI DATANG
PASTINYA DATANG

WALAUPUN JAUH BERIBU BATU
DI DALAM MIMPI BERTEMU JUA
USAH FIKIRKAN
DUKA LARA DAN SENGKETA

ADA BUDI ADA BAHASA
ORANG MEMBERI KITA MERASA
SUNGGUHNYA HATI NAK BERCINTA
TUTUR KATAMU SUNGGUH MULIA
NIAN SUNGGUH BUDIMU SAYANG
SENYUM BILA TERPANDANG
WALAU SEPI DI DALAM
RIASMU KU TERTAWAN

AYUH CIK ABANG KITA GEMBIRA
KITA MENARI SAMBIL SELOKA
TIADA RASA SENGKETA
MENYANYI BERSAMA
IKUT RENTAK NUSANTARA

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
TUMBUHNYA RENDANG CONDONG KE DESA
ORANG TIDAK PANDANG HARTA
TETAPI PANDANG BUDI BAHASA

BINTANGMU SUNGGUH MENARIK
CAHAYANYA SAMPAILAH KE BULAN
WAJAH MANIS HATI BAIK
ITULAH BUDI DI KENANG ORANG


Cuba pandang lirik lagu ni dari satu sudut yang positif..
:)

27 January 2009

Solar Ecllipse

Wah.. betapa geramnya aku.. Semalam aku ke mana ya? Oh, jalan-jalan dengan adik-adik dan Hafiz. Rupa-rupanya ada kejadian gerhana semalam. Lebih kurang jam 1630 waktu Malaysia. Masa tu aku tengah drive. On the way to Times Square. Sempat tengok berita je... see here...


Waa.. tengok tu.. SubhanaAllah...




Cantik kan?

Ruginya aku... =(

Pembedahan Pertama

Kejadian ni berlaku ketika aku masih darjah satu, tahun 1994. Umur 7 tahun. (Ye, umur aku sekarang dah nak masuk 22 tahun.)

Menurut ayah aku, dalam umur 6 tahun, aku mengalami masalah kurang pendengaran. Bila dipanggil-panggil, tak dengar. Jadi setelah melakukan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, rupanya-rupanya aku ni, kurang pendengaran. Kesiannya...

Lepas tu, pembedahan dilakukan ketika aku berumur 7 tahun. Aku ingat lagi, masa tu ada Hari Sukan sekolah. Aku tak dapat participate dalam apa-apa event sebab dah set time tu nak buat operation.

Masuk je wad hospital tu, sorang misi datang sambut aku. Mmm... aku dapat duduk katil yang dekat dengan tingkap. So, seronoklah aku. Bosan-bosan je pandang luar tingkap. Seronok...

Esoknya, tiba-tiba ada misi datang bawa baju kaler putih. Baju nak masuk dalam dewan bedah. Aku pun pakai baju tu yang agak seksi. Sebab hanya selapis kain putih, belakang dia ada tali-tali untuk menyambung hujung-hujung kain. Dan perhatian, anda tidak dibenarkan memakai sebarang pakaian di dalam termasuk pakaian dalam. Wah, nasib baik baru berumur 7 tahun.. hahaha..

Seterusnya aku dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Takutnya, Tuhan je yang tau. Tapi ayah aku setia temankan aku. Sampailah ayah aku follow dalam dewan bedah. He saw every step taken. Start dengan proses membius. Aku diinject. Hoh, redha je lah. Lepas tu aku tak tau apa-apa. 

Aku bangun-bangun je, dah ada atas katil aku. Hrmm... Sebenarnya masa pembedahan tak sakit pun. Yang sakit, selepas pembedahan. Terasa segala-gala kesannya.

Apa-apa pun, dari pembedahan pertama tu lah, menyusulnya pembedahan kedua dan keempat. Kenapa tak ada yangketiga? Tunggu..............

Untuk adik-adikku..

Kadang-kadang hidup tak dapat dijangka. Susah senang kena hadapi juga. 

21 January 2009

Aku dan Juara Lagu

Demam Juara Lagu belum lagi berakhir. Oleh sebab itu aku memilih tajuk yang di atas. Hmm... malam Anugerah Juara Lagu tu aku tak dapat join sahabat-sahabat lain. =( sebab ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.

Kadang-kadang, apa yang orang lain fikirkan tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Contohnya dalam satu kes Pemilihan MPP UTM baru-baru ni. Ada seorang sahabat aku tu kata, "Jangan undi dia ni. Aku tak suka dia ni." Aku pun percaya bulat-bulat, empat segi-empat segi dengan sahabat aku ni. Oleh sebab itu, aku pun tidak mengundi dia dalam Pemilihan MPP UTM tu.

Ditakdirkan Allah, 'dia ni' tu menang dalam pemilihan. Rezeki aku juga, aku pun menang. Dan ditakdirkan Allah, aku kena banyak bekerjasama dengan 'dia ni'.

Tapi setelah mengenali 'dia ni' itu, aku rasa macam tak ada apa pun yang pelik tentang 'dia ni'. Dia juga manusia biasa dan belum pula aku rasa yang aku nak melontarkan ayat, "Aku tak suka 'dia ni' kepada 'dia ni'" (Anda faham maksud saya???)

Kesimpulannya, perspektif setiap kita adalah berbeza. Ada yang kata putih itu lawa, ada yang kata putih itu pucat. Oleh itu, aku tidak bersetuju sama sekali dengan frasa 'First Impression is Everything'.