Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

21 January 2009

Aku dan Juara Lagu

Demam Juara Lagu belum lagi berakhir. Oleh sebab itu aku memilih tajuk yang di atas. Hmm... malam Anugerah Juara Lagu tu aku tak dapat join sahabat-sahabat lain. =( sebab ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.

Kadang-kadang, apa yang orang lain fikirkan tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Contohnya dalam satu kes Pemilihan MPP UTM baru-baru ni. Ada seorang sahabat aku tu kata, "Jangan undi dia ni. Aku tak suka dia ni." Aku pun percaya bulat-bulat, empat segi-empat segi dengan sahabat aku ni. Oleh sebab itu, aku pun tidak mengundi dia dalam Pemilihan MPP UTM tu.

Ditakdirkan Allah, 'dia ni' tu menang dalam pemilihan. Rezeki aku juga, aku pun menang. Dan ditakdirkan Allah, aku kena banyak bekerjasama dengan 'dia ni'.

Tapi setelah mengenali 'dia ni' itu, aku rasa macam tak ada apa pun yang pelik tentang 'dia ni'. Dia juga manusia biasa dan belum pula aku rasa yang aku nak melontarkan ayat, "Aku tak suka 'dia ni' kepada 'dia ni'" (Anda faham maksud saya???)

Kesimpulannya, perspektif setiap kita adalah berbeza. Ada yang kata putih itu lawa, ada yang kata putih itu pucat. Oleh itu, aku tidak bersetuju sama sekali dengan frasa 'First Impression is Everything'.

1 comment:

LeaQistina said...

Memang first impression is not everything.. but.. kesan dari first impression ni sangat sukar untuk ditangani melainkan ada satu 'turning point' yang muncul.. untuk membolehkan kita buka mata seluas-luasnya mengenai hakikat seseorang..

oleh itu, nilailah seseorang itu berdasarkan siapakah dirinya dan apakah nilai peribadinya.. bukan sekadar melalui cakap-cakap orang semata-mata..

buka mata, luaskan telinga, lapangkan dada dan bersihkan hati.. moga kita tidak terpedaya dengan hanya kulit luaran semata..

ops.. terpanjang sudeh.. huhu..