Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 June 2010

Asmaradana

Bismillahirrahmanirrahim~

haa... eno wutta wutta berkata,

"best betul jadi kaklong. baru review handset pagi tadi, petang dah dapat."

err~ sorii my dear. orang dah bekerja, macam ni kot. tapi i dah review few phones ni, lama dah. hampir sebulan lepas. ihix! then suddenly pagi tadi my daddy co0L suggest this phone. NOKIA 5230.

selepas meng'review' beberapa lagi phone lain, dengan meletakkan belanjawan maksimum Rm600, maka, i decided to buy this....


haaa... syukeee~~!!! kaler putih silver nih... bak kata engineer tupperware,
"first time kaklong jadi muda! selama ni, apa yang kaklong suka, semua kaler hitam jeeee... now kaklong dah berubah arah.. putih! yaa.. baru nampak mudeeee~!"

hahaha.. ngeng!



harga: RM550.
beli dekat low yatt tadi.
specs, u olls~ cari sendiri lah. i malas nak review lagi. hahaha~

phone yang i beli ni, didatangkan dengan 4warna back cover.
putih
pink
merah
cyan

waa~ bak kata eno wutta wutta, tukar back cover ikut warna baju. hahah!

(^_^)v esok nak pergi kerja pakai baju warna apa ye? :D

welcome to my world, my new baby nokia 5230

26 June 2010

I jatuh cinta jugakla Cik Senah!



Bismillahirrahmanirrahim~


Baru lepas baca entri cik senah yang buat i terimbau-imbau kenangan manis kau dan aku, takkan terluput, duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia dulukala tapi bukan zaman batu. Ihix! Ya, cerita pasal chatting. Alaa... i tau, u olls~ u olls~ ni pun mesti pernah chatting kan? Jangan u olls~ nak tipu. Tipu dosa, mati seksa. Haaa. Tu i Nampak YM kat computer u olls~ tu haaa.... jangan memain, i ada psikik. Erkk~

*Sebelum buat entri ni, i dah minta izin Cik Senah, hokey~*

Betul la tu. Masa zaman muda remaja suci murni tanpa noda dan dosa tu, naiffff sangat. Gila eksaited lah time tu! Before daddy co0L beli komputer, *Isy, Microsoft Word nih boleh tak jangan automatic tukar spelling i? I buat blog rojaking neh -_-" terlupa kat mana nak uncheck automatic change spelling tu kat mana. Dem* ada seorang kawan daddy co0L tu bagi kami sefamily sebuah komputer *masa tu besar gilerr kot monitor, tak macam sekarang. Dan kalau tak silap, masa tu i tak tau pun wujudnya laptop*. I duk main-main tekan keyboard je. Walaupun komputer tu tak pernah on. Eksaited punya pasal, jari menari je atas keyboard.

Masa i tingkatan dua, daddy co0L keluarkan duit KWSP beliau untuk belikan komputer. Masa tu kecoh pasal '1 keluarga, 1 komputer'. Kempen ni diadakan untuk melahirkan masyarakat yang tidak buta IT. I ingat lagi masa tu, lagu tema IT ni, Siti Nurhaliza.


Oh... IT...

Guna... IT...

Pelajari, ilmu IT

IT terkini...


Guna IT,

Sayang IT,

IT!


Huh, lebih kurang macam ni kot liriknya. Gila kecoh la masa tu dengan komputer dan internet semua-semua nih. Daddy co0L bertungkus-lumus mengerah otak belajar menggunakan komputer dari seorang jiran yang kira hebatlah bab-bab komputer ni. Senang, katanya. Kalau ada apa-apa yang rosak, boleh dia sendiri betulkan. Daddy co0L siap beli buku-buku pasal komputer bagai. Antaranya pasal menggunakan Microsoft Office, Corel Draw, apa lagi heh? Banyaklah! I join daddy co0L mentelaah buku-buku tu. Sekarang daddy co0L dah hebat pasal hardware. Pasal software, dia tanya i *erkk~ tap ii tak hebat pun. :-?*.

camnila lebih kurang rupa komputer tu. thanks enchik go0gle.


Bila dah ada komputer, daddy co0L pasang sekali internet. Tak mantap lah kalau sekadar komputer, kan? Haa~ bila dah ada internet, baru lah dunia takde sempadan. Eheh!

Lepas tu, startlah chatting. Daddy co0L yang ajar i chatting tau! Hah, cool tak? Eheh! Best kan ada daddy macam i. Ehueeww~ tergediklah pulak. Ok ok, sambung cerita.

Masa tu i start chatting kat mIRC jugaklah. Macam cik senah tu jugak. Kalau cik senah kata, dia tak suka chat dengan lelaki melayu, i sebaliknya. Tak taulah kot dapat kat i, lelaki melayu yang jenis bebaik kot. Lelaki asing *eceh, macam makhluk asing pulak* i mean, luar negara, yang jenis tak senonoh. Hahah.

Yang lelaki asing nih, tak habis-habis tanya, still virgin or not, still virgin or not. Ngong tak? Hampeh. I pun mula-mula tak faham apa maksud ASL tuh. My friend cakap, age/sex/location. Urm~ cik senah, i tak de pulak fikir sex tu is 'sex'. Ngeng jugak cik senah nih. Hihih. Lagi satu ayat pendek, GTG. Ahax! Siapa tahu maksud n? Angkat monitor. Erkk.

Email i sekarang adalah email yang sama dengan 9 tahun dulu. Heheh. Sekarang ni, i check list contact, still ada id mamat hampeh tu. Terus i block dia. Hahah.

Zaman tu, i layan je sesiapa yang chat and most of them lelaki lah kan. Satu masa tu, i saje jahat tukar nama lelaki, ramai pulak perempuan PM (baca: private message). Memang lelaki dan perempuan ni macam magnet berlainan kutub kan? Tertarik satu sama lain.


Alkisah, dalam ramai-ramai orang yang i kenal tu, ada seorang yang macam 'melekat' lah. Lelaki Melayu. Hampir tiap hari chatting dengan dia. Kami kenal lama jugak. Dalam 2 tahun chatting dengan dia, he is so sweet, baik, and tak rasa pun dibuat-buat or wutsoeva. Lepas chatting, rajin pula balas-balas emel. Dia siap buat video clip bagai. Aduhai. Tapi masa tu i tak kenal la erti cintan cintun neh. Dan tak mau terjebak dengan cinta cyber. Chewah! Takut orang tu menipu.

Lama-kelamaan, memang nampaklah yang dia memang tak menipu. Dia ikhlas berkawan. Seronok berkawan dengan dia. Nyaris-nyaris jatuh hati, jantung, pancreas. -_-"


Tapi...


Dah lost contact dengan dia.


Sebab...


Kami keep in touch guna hotmail, walaupun i ada yahoo mail. I lebih suka guna hotmail masa tu. Masa tu, ok. Zaman tu, hotmail ni, kalau tak access lebih sebulan, akaun kita burn.

I masuk hostel masa form 4. Kebetulan pulak line internet kat rumah dah kena potong masa tu, so tak boleh lah nak online selalu.

Akaun hotmail i pun burn. Tak dapatlah contact that guy lagi.


Sedih.


I wonder where is he now. Serius weyh. Nak cari!


Tapi...


I dah lupa apa ke nama mamat tu.


Hahah. Macam mana nak cari? Entah-entah i memang pernah jumpa dia real. Tapi, sebab tak ingat nama. -_-" yang i ingat, ada nama 'Shah' kat nama dia. Urmm~ siapa yang rasa pernah chat dengan i dalam 9 tahun lepas. Sila angkat mouse. Eheh. Yang takde mouse, sila angkat laptop.


Apa pun, chatting ni ada baik, ada buruk. I sampai sekarang susah nak percaya dengan kenalan alam maya nih. Tapi, ada juga perkenalan alam maya, bawa ke jinjang pelamin. Macam wardina safiyyah. Dia kenal husband dia via chatting.


Apa pun, semua benda-benda ni ada pro n con. So, tak boleh nak kata chatting ni teruk sangat, atau bagus sangat. Semua terpulang pada kita dan cara kita menggunakan kemudahan yang ada.


(^_^)v gunakan kemudahan yang ada sebaiknya.

24 June 2010

Jadi Model

Bismillahirrahmanirrahim~


 

Duduk-duduk di ruang keluarga dan tamu lepas makan ubat, tiba-tiba tertengoklah satu iklan ni.


 

K****g's.


 

Iklan ni ceritakan macam mana nak kurus dengan hanya makan K****g's tu. Heh. Apsal i ni asyik fikir nak kurus je? Haha. Ok, sambung tentang iklan.


 

Dalam iklan tu, si perempuan nak zip seluar jeans dia, tapi tak lepas-lepas. Puas dikempiskan perutnya, dengan macam-macam cara, sampai terjatuh katil bagai, tapi sampai ke sudah, seluar tu tak boleh juga nak dizip.


 

Tiba-tiba dah boleh zip seluar jeans tu but, few seconds later, butang jeans tu tercabut. Dem.


 

Tau tak, i terfikir something.


 

Perut perempuan tu yang dah buncit......


 

Atau ter beli seluar yang terlalu kecil?


 

Hehe~ kadang-kadang pengiklan tv ni buat iklan macam tak realistik. Model tu sikit punya cantik, kecil molek, kurus kering, plus i tak nampak pun perut model tu buncit, tiba-tiba seluar jeans tak muat.


 

Terbeli yang saiz 'adik' ler tu. Kan?


 

Urmm~ sungguh tidak logik. Nak jual something yang katanya 'mampu menguruskan' tapi model sedia ada dah sedia cantik.


 

Macam mana pengguna nak percaya yang produk tu terbukti berkesan?


 

Kalau tak ada model, i boleh offer diri.


 

Haha!


 

Ngeng! Jadi model mak kau sudeyyy.


 

Ok, nak tidur. Demam.

Eno dan Ira Penipu

Bismillahirrahmanirrahim~


 

Alhamdulillah, hari ni dapat balik rumah awal sikit dari biasa. Awal tak awal sangatlah. Around 9.30 malam sampai rumah. Sampaikan ada seorang staf tu tegur i masa i tengah punch in, jam 8.10 pagi, "Nadia tidur dan bangun kat rumah pukul berapa? Sampai kerja awal, balik kerja lewat. Peliklah saya. Bila masa Nadia tidur?"


 

Urmm~ i jawablah, "Pekerja berdedikasi, memang macam ni. Seluruh waktu dan tenaga dikorbankan untuk GeoInfo." Eh, eh. Tak. Terberlagak pula. Ter, ok. Ter. I jawab dengan senyuman *eceh, bajet lawa ke?* "Tidur pukul 1 atau 2pagi. Bangun pukul 6.15pagi."


 

Kawan tu tanya lagi, "Tak ngantuk ke? Macam sekejap je tidur tu."


 

Hehe. "Setakat ni tak, Alhamdulillah, masih boleh bertahan. Kadang-kadang termengantuk masa kerja tu ada juga. Tapi biasalah waktu tengahari."


 

Ahaxx! Setahu i, orang dewasa hanya perlukan tidur berkualiti, BERKUALITI around 5 hours je. Betulkan i if i tersilap, ok?


 

Tadi masa mengajar si eno wutta wutta membuat esei bahasa inggeris yang berjudul earthquake namun dieja oleh beliau sebagai 'eartquake', tiba-tiba si engineer tupperware dan si eno wutta wutta ni main tolak-tolak bahu pula. Eceh. Tolak-tolak bahu manja.


 

Semuanya bermula selepas i menegur sedikit kesalahan pada esei si Eno itu. "Ni salah ni, Eno. Kak Ira tak check ke tadi?"


 

"Kak Ira ni tipu Eno. Dia tak cakap apa-apa pun lepas baca esei Eno." Eno wutta wutta ala-ala mengadu.


 

"Eleh, Eno tu selalu tipu Kak Ira. Sampai biru lengan Eno, Kak Ira cubit sebab Eno tipu Kak Ira." Engineer tupperware ni pun nak mengadu, tak puas hati.


 

"Awak cubit lengan Eno sampai biru? Apa yang Eno buat sampai macam tu awak cubit dia?" I memang terperanjat. Jarang si engineer tupperware tu bertindak ganas kepada adik sendiri.


 

"Eno tipu Kak Ira, dia kata dekat kedai ibu ada ASTRO. Ira geram la. Cubit lengan dia sampai biru."


 

Hahahahahahaha.


 

Berdekah i ketawa. Sampai kena marah dengan daddy co0L. Co0L daddy... coo00LL hehehe~ "Awak nak belajar ke nak memain?". Ngeng punya engineer tupperware! Pasal ASTRO pun nak cubit adik. Tuan-tuan dan puan-puan di rumah, jangan tiru aksi ini, ya?


 

Tiba-tiba se Eno wutta wutta lagi tinggikan suara. Tak puas hati nampak...


 

"Ala, Kak Ira tu lagi teruk. Kak Ira tipu Eno. Kak Ira pura-pura pengsan macam sawan. Dah la tak ada siapa pun kat rumah masa tu. Eno dah nak menangis, tiba-tiba Kak Ira bangun, gelakkan Eno. Teruk tau Kak Ira ni!!"


 

Wah, penipuan si Ira ni lagi dahsyat. Haha. Ngong. I gelak aje la.


 

"Eno nangis ke?" I tanya.


 

"Iye lah! Kak Ira pengsan, pastu macam kena sawan. Tak ada siapa kat rumah masa tu."


 

"Oh, maknanya Eno sayang Kak Ira lah kan?" hahahaha engineer tupperware ketawa.


 

Eno dah malu. Haha. Ngeng. Tergelak la kami bertiga. Ceh! Eno tu, Nampak je macam ganas, tak girlish langsung, tapi dalam hati ada taman. Hehe.


 

Ok, sekarang, jam 11.58malam, budak berdua tu dah ada dalam bilik. Tapi tak reti-reti lagi nak tidur. Still bergelak ketawa. Menggunakan bahasa inggeris. Like they always said, 'CBNer is always CBNerssssss~'(CBN: Convent Bukit Nenas). Ok, fine. I Puteri Wilayah. CBN dan Puteri Wilayah memang selalu bergaduh. Can't deny.


 

Seronok. Seronok berada di rumah, dengan adik-adik yang gila, oh, gila-gila macam ni. Kenapalah aku ada adik macam diorang? Sebab diorang ada kakak macam aku. Haha.


 

(^_^) alamak, esok diorang baca blog i ni, mesti diorang bangga... i kata seronok diorang ada kat rumah. Oh, tak... *takmo admit*.


 

Heleh, dedication dalam tesis i? Erkkk... both u bring joy to my life. Urmm~


 

Sayangilah adik-adik anda. Eceh. Walaupun kadang-kadang perlu menampar, merotan, marah *tapi kaklong marah kelakar (kata eno)*, sebab, sebagai anak sulung, anda contoh.


 

Aku ni kakak yang baik ke untuk adik-adik aku?


 

Selalu bertanya sendiri.


 

-_-"

23 June 2010

Abang Ipar

Bismillahirrahmanirrahim~


 

Urmm.. eh, agaknya kan, berapa banyak entri yang started dengan 'urmm~' ek? Haha. Ngeng. Cepat kira. Siapa dapat kira dengan jawapan yang sangat tepat, highly accurate, akan dapat, hadiah. Errkk. Heh.


 

Di satu petang, eh, i pun tak sure masa tu petang kah, pagi kah, malam kah, i sedang duduk bersenang-lenang di ruang keluarga dan tamu *sebab tak kira keluarga atau tetamu, lepak di situ jua. Eheh!*. Lalu tiba-tiba adik i, yang i pun tak sure which one, *ini baru dua orang adik, belum ada 10 orang adik* berkata kepada i.


 

"Kaklong, kan best dapat abang ipar macam tuuutttt *nama perlu dirahsiakan atas sebab keselamatan pihak ketiga*.."


 

Apa hal tiba-tiba adik i buka topik neh? "Apsal?"


 

"Yelah, dia kan happy-go-lucky, suka buat lawak, baik dengan kitorang, pandai ambil hati, ibu dengan ayah pun suka dia, kan?"


 

Errkkk~ apa i nak jawab nih? "Ermm.. ok, i admit, memang seronok berkawan dengan dia. Hidup tak berhenti gelak, dia sangat concern, kaklong pun hormat dia, plus, i can be myself depan dia, senang kongsi apa saje, rasa macam semua benda pun nak bagi tau dia, tapi, dia tak nak kaklong, kot."


 

"Mana kaklong tau? Kaklong pernah tanya dia ke?"


 

I gelak besar. "Ngeng! Takkan kaklong nak tanya dia, Weh, kau suka aku tak? Adik-adik aku suka kau. Tak ke ngong? Hahahaha!"


 

"Yela, kaklong tak pernah cakap kat dia. Cuba kaklong cakap kat dia."


 

"Ok, nanti kalau kaklong jumpa dia, kaklong cakap, Weh, adik-adik aku nak kau jadi abang ipar diorang. Ok tak?"


 

Shengaallll~


 

(-_-") camne nak cakap eh?

21 June 2010

Fakta atau Auta?

Bismillahirrahmanirrahim~

ni ada sahabat yang bernama kiddy akidah bagi tag. masalahnya dasat tol itu tag. lagi hebat dari mijie.. ni mintak 30 fakta tentang diri i. aduss! cik akid oiii.. nak seksa akak ker nih? haha takpela, akak buat juga. demi akid! sila bangga. :D

harap takde redundant data ngan tag dari mijie hari tu. yang nak 23 fakta tu. ni i bagi 30. hah, amik kau.

1. baru balik pusat perubatan UKM (PPUKM) pagi tadi

2. prof dato' dr. lokman kata tadi telinga i dah sihat

3. i dah 4kali kena operate

4. lebih separuh dari hidup i memang ulang alik ke PPUKM, since umur 11tahun

5. 1st operation masa umur 7tahun

6. sekarang tengah addicted dengan lagu maher zain

7. 1st time dengar lagu maher zain kat blog cik risha

8. 1st time naik flight masa pergi sabah sesama sahabat MPP bulan februari 2009

9. 1st time gi europe pun masa dengan MPP 08/09, akhir november 2009

10. 1st time sambut raya di perantauan pun masa kat europe tu. chait! perantauan la sangat. setakat seminggu je pergi sana. weh, tapi syahdu weyh! kami takbir malam raya tu. dan pagi tu, sepanjang perjalanan ke stesen eurostar pun kami takbir, tahmid memuji Allah. sesungguhnya banyak pelajaran yang kami dapat dengan lawatan ke bumi eropah

11. 1st time raya makan megi, masa kat europe tu gak. mana nak carik lembu korban masa tu! oh, lupa nak bagi tau. masa tu raya aidiladha. thee~

12. bakal dapat 1st gaji tak lama lagi. oops!

13. setiap sorang adik-adik i pernah rasa penampar. hot mummy and daddy cooL pun tak pernah tampar diorang. errk~

14. 1st kereta yang dibeli sendiri adalah my baby mucuk-mucuk si kancil tu.

15. 1st handphone yang dibeli dengan duit sendiri, Sony Anak Eric W680i. eh, ni ke model dia? haha.

16. 1st kerja, kat karangkraf. jadi typist. hehe

17. mula dulu ego tak mau bukak akaun mukabuku. tapi akhirnya termakan pujukan kak wani. heshh~! kepada mereka di luar sana. hati-hati dengan hasutan kak wani. faham!

18. buat blog ni lepas dihasut wani, bukan kak wani. heh! apsal orang-orang dalam dunia ni yang berjaya hasut aku semua nama wani?

19. 1st time tengok wayang, dengan family. cerita sate. haha. korang tau tak cerita tu? i tak ingatlah umur berapa time tu. -_-" gi la google cerita tu keluar tahun berapa.

20. ayat favourite untuk my sisters, "kenapalah aku ada adik-adik macam korang?".. dan dua-dua akan memberi jawapan yang berbeza. si engineer tupperware, "kenapalah ira ada kakak macam kaklong?" manakala si bakal doktor sakit puan akan jawab, "sebab eno ada kakak macam kaklong!" haha. ngeng! oh, untuk yang tak tahu, i ada 2 orang adik perempuan.

21. lepas je post entri yang bawah ni, alaa, awak orang sepanyol (part 2) tu, ramai pula LELAKI yang mesej @ ym @ bagi respon, "aku nak sepupu kau!". maaflah, yang dua orang teratas tu dah nak kahwin this october. sorry.

22. 2nd time tengok drama Nur Kasih pun masih boleh menangis. oh tiz zaqyah. kau memang pandai berlakon! plus salute lah dengan orang-orang yang bekerja untuk drama tu!

23. tahun ni umur da genap 23 tahun

24. bercita-cita nak beli rumah lagi 2tahun. hah! amiin. u olls~ rajen-rajenla kelik nuffnang tu. cepat sikit i boleh beli rumah untuk parents i. haha.

25. pernah bercita-cita, kalau tak banyak duit nak honeymoon jejauh, kat kundasang, sabah pun jadik laaa.. bes!

26. ade lagi 4 ye? urmm~ 1st laptop, yang i guna sekarang ni jugak. dah 4tahun. masa beli tu harga RM2999. ngeng!

27. ada 2filem yang i tengok 2kali kat panggung setakat ni. pisau cukur and how to train your dragon

28. pernah marathon 3filem. third film tu dah tertidur. haha. sangat bazir.

29. ada koleksi semua novel tulisan ramlee awang murshid. sampai latest ni, cinta sufi

30. lastly, nak hantaran kahwin berupa pakej haji + umrah + ziarah timur tengah + al-Quran bertulis tangan bakal suami sendiri. boleh tak agak-agak? ngeng! aduhai!


paling tak boleh blah yang last tu. haha. weng weng la nih. ok la. esok i nak sambung weng weng dengan projek kat office tu. haha.

dengan ini, aku nak tag

mijie

lady dyana

kak merr (lama dah tak tengok akak online)

haha..

jom tidur, esok kerja

(^_^)

19 June 2010

Awak orang Sepanyol? (Part 2) versi Indonesia vs Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim~

ok. terima kasih kepada adik i, engineer tupperware a.k.a SHAHIRA VEZANI BINTI MOHAMAD HAVEZ sebab berjaya meng'highlight'kan nama i dekat note dia dalam muka buku. sebelum anda meneruskan pembacaan anda di blog saya yang permai ni, anda dikehendaki, diwajibkan, eceh, membaca note ini terlebih dahulu...

http://www.facebook.com/note.php?note_id=399219877879&comments#!/notes/shahira-havez/org-ape-ni/136310643052175

ni sambungan kepada entri awak orang sepanyol? hehe~

ye, saya berketurunan indonesia. heh, buat apa malu mengaku asal-usul sendiri? hinakah? tidak kan? saya juga manusia biasa macam anda.

it is all about perception. manusia punya pemikiran yang berbeda. chewah. tukar slang pulak dah -_-" yela, why malaysian still amalkan diskriminasi ke atas orang indonesia?

ok, i bagi satu contoh la.

let say u olls~ ada member dari Jepun. mesti u olls~ rasa bangga dan rasa macam nak bagitau satu dunia yang u olls~ berkawan dengan budak jepun.

tapi, what if, u olls~ ada member dari indonesia. adakah u olls~ ada perasaan nak bagi tau satu dunia yang u olls ada member dari indonesia?

nak review sikit apa yang adik i tulis.

dia ada cakap sikit hal mak mertua. urmm~

"alkisah laa aq neh byk gk laa member2 laki...dowg punyer mak nsihat nk cr bini tuh perghhh..jgn ckp laa...demand sehhh..wakakaa..bajet ank laki dy perfect..wahaa...nk menantu cmni...gitu laa...susa nk cr mak2 yg spoting erkkk..org kta jg menilai laa trlalu cpt seseorg tuh kn..???ahaaa..sbb pe aq bsing ttbe psl mak mrtua lak ni..sbb de lg mreka2 yg pndang serong psl ktrunan2 ni...yerr ktrunan aq laaa...haaa...ktrunan xkmne pn.....sume pn mnusia jgk..bkn sparuh alien ke kn...aiyaaa..."

mm.. i bukan nak kata keturunan i ni angel ke hape ke. tak kesah la, anda berasal dari indonesia ke, bangladesh ke, UK ke, Jepun ke, kita semua manusia, kan?

kadang-kadang, kita ni lupa. terlalu mengagungkan sangat bangsa penjajah, sehingga lupa asal-usul sendiri. yang kita semua ni dari rumpun yang sama, rumpun melayu.

pada i, tak kisahla dari mana pun orang tu berasal, adakah patut kita menghukum seseorang tu, berdasarkan dari mana negara asalnya?

ok, kalau u olls~ kata la, indonesian banyak buat onar kat malaysia, indonesian lah peragut, indonesian la penyamun, indonesian la yang buat jahat semua, indonesian lah bawak lari anak dara orang pergi lombok, cuba u olls~ pikir cerita ni...

lebih kurang 8tahun lepas, i pernah kena ragut. dan peragut tu malaysian. boleh ke i kata malaysian ni jahat? sebab i pernah kena ragut dengan malaysian sendiri, tak kan? i sendiri warganegara malaysia, cuma my parents from indonesia, and i am proud to say that my background from indonesia. who cares?

lagi satu yang i agak kurang suka la, let say la, macam kita try baju ke, tudung ke, nampak baju or tudung tu macam tak cantik je, mesti nak kata, "eii.. buruk.. macam indon!"

huh, i kalau dengar tu, rasa nak hesyy~ tak tau nak kata lah, macam nak cili kot mulut tu. kalau lah diorang yang bersuara tu tau i ni asal indonesia, apa agaknya dalam fikiran diorang, kan?

heh, come on la. u olls~ belum pergi indonesia lagi kottt... it is a very nice place kalau nak bercuti. alaa, berapa ramai orang-orang kaya kat malaysia ni, honeymoon kat indon? berapa ramai yang tempah barang-barang kahwin kat indon?

lu pikir la sendiri!

wenny clara cindy



melissa dwi tamara



cynthia trias putri


gambar-gambar ni few my cousins kat indonesia sana. urmm~ amacam? pikirlah sendiri ye.

i bukan nak highlight hal negara or what so eva, tapi nak cuba betulkan balik persepsi masyarakat malaysia ni. oh, siapalah i nak mengubah attitude kita semua? i bukan menteri, eheh! tapi, just think lah. think.

even malaysian pun tak semua baik, tak semua jahat. indonesian pun, i tak kata semua baik, tak kata semua jahat, k.

lagi sekali, semuanya sebab ATTITUDE. jangan tiba-tiba kita nak judge orang tu jahat, sebab dia asal indonesia. oh, what the?

macam entri i yang lepas juga, i ada cakap, even my parents tukang jahit, tapi tak mustahil diorang boleh didik anak-anak jadi engineer, bakal engineer tupperware atau bakal doktor sakit puan, kan?

kalau tak kita, generasi sekarang, untuk mengubah persepsi masyarakat kita, bila lagi? ingat semula subjek sejarah. siapa yang membangunkan melaka? dari mana datang sultan johor sekarang ni? yang dipertuan negeri sembilan? sultan perak? selangor?

fikirlah, gunakan akal dengan sebaiknya. bukan menghukum seseorang membuta-tuli.

(^_~)v peace, no war... :)

13 June 2010

Awak orang Sepanyol?



Bismillahirrahmanirrahim~



-Peristiwa 1-


Hye! Nama saya, Nadia. Nadia Havez.


Havez? Tu nama ayah awak ke?


Haah, Havez tu nama ayah saya. Kenapa?


Pelik. Awak orang mana?


Cubalah teka.


Sepanyol ke? Macam ala-ala Sepanyol je nama tu.


(Senyum).



-Peristiwa 2-


Nama adik apa?


Nadia Havez.


Havez tu nama ayah ke?


Haah.


Adik ada keturunan Arab ke?


Hehe. (Iye kan aje).



-Peristiwa 3-


Kaklong, tadi ira call pijoe ex-presiden tu, dia minta ira bagi emel ira. Sebab nak dia emelkan senarai kos printing banner and poster tu. Lepas je dia tengok emel ira, shahira_havez@...... dia kata, laaa... adik Nadia rupanya. Glamernye bapak kita kan?


Haha, siapa ada nama unik macam tu kat Malaysia ni?



Habis segala peristiwa unik gini. Haha. Anak kacukan ke hape budak nih. Kulit macam orang melayu juga, mata sepet, hidung pesek. Haha.


Tah. Anda rasa?


(^_~)v

hye, my name is affendi and i am from malaysia


*fendi ngorat awek france kat airport. isk isk isk*

malangnya awek tu dah kahwin.

~hahahahaha~






Somebody needs help...

Bismillahirrahmanirrahim~

guys, ada orang perlukan pertolongan.

read this entry

http://hasbineedshelp.blogspot.com/


harap ada sesuatu yang boleh dilakukan..


-_-"

Anak Tukang Jahit

Bismillahirrahmanirrahim~

heh, u olls~ mesti tak tau kan, my hot mummY and daddy co0L adalah tukang jahit kecuali kalau anda adalah sahabat saya yang kenal saya di alam nyata. erk, ni alam fantasikah? haha. sengal punya soalan.

urmm~ both my parents ni tukang jahit. heh. best kan ada mak ayah macam i? hihi. apa yang bestnya jadi anak tukang jahit?

i and my sisters macam model la lebih kurang. tak perlu kot nak pergi pencarian bakat what so ever kan, tup tup jadi model. haha. ok. yelah, nak buat baju orang bukan senang. especially baju yang berpesen-pesen (baca: fesyen) macam baju pengantin. perlu penelitian yang khusus. chewah! so, sebagai anak yang patuh kepada ibu dan ayah, biasanya i akan pakai baju-baju pengantin tu, then ibu or ayah akan tengok apa yang tak kena, apa yang nak dibetulkan lagi kat baju tu. pastu mulalah suruh i jalan pusing-pusing macam pertunjukan fesyen. haha!

merasalah jugak kan. (=

ada juga yang tak best.

hari raya.

sangat banyak baju orang yang perlu dijahit untuk hari raya dan selalunya baju raya kami akan siap di pagi raya, itu pun kalau bernasib baik. nasib tak baik, lepas solat raya baru baju tu siap. -_-" kami pernah pergi solat raya dengan t-shirt je, sedangkan orang lain sikit punya cantik dengan baju baru isk3~


tapi...

kami semua tak kisah pun sebab bila-bila kami nak baju baru, ibu boleh buatkan. thee~


baju baru bukan bermakna hari raya, dan tak semestinya tak boleh raya kalau tak ada baju baru.


dan,

even ibu ayah kita tak kerja yang hebat-hebat macam doktor ke, engineer ke, pensyarah ke, tak semestinya anak mereka tak boleh jadi engineer atau bakal engineer tupperware atau bakal doktor sakit puan satu hari nanti.

(=


this entry dedicates to my hot mummY and daddy co0L. thanks for everything!


love them

<3 (^_^)

12 June 2010

Sesungguhnya saya menghargai kamu!

Bismillahirrahmanirrahim~

rajen pulak si mijie ni bagi i tag ye.. sekali lagi dia salah eja nama bapak i... tapi kan, tag ni i pernah jawab sebenarnya.. tengok entri yang ini

tapi demi tak menghampakan mijie, i jawab juga, ok. sila gembira. :)


1. Adakah anda rasa anda hot??
rasanya temperature ni masih suhu badan.


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda gunakan sekarang??


3. Cerita pasal gambar ini??
cumilnya budak ni! dianella rannia. my cousin. sangat gebu gebu dia ni. nak cubit-cubit pipi beliau. beliau sekarang dah berumur setahun 4bulan. sangat pandai, sangat manja, sangat, oh, bijaknya budak kecil ini. kalau dia berjaya melakukan something, orang ramai kena tepuk tangan. haha. shomell...


4. Kali terakhir makan pizza?
masa tengok Prince of Persia hari tu. pizza ikan. 30mei tak silap.


5. Lagu terakhir anda dengar??
Lenka- the show


6.Apa yang ada buat selain selesaikan tag ini?
tengok bola. argentina vs nigeria. go messi go! hee~


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
kaklong, gemok, demok, nad.


8. Tag lagi 5 orang yang nak kena tag?
diLL
adibah ahmad
wawa
cawan kosong
memy


9.
Siapa orang no 1 kepada anda?
member yang kenal masa jadik ajk konvo (^_^)v


10. Katakan sesuatu pada orang nombor 5?
belajar takyah rajen sangat. haha. teruk.
10. Katakan sesuatu kepada orang no 5?
ecah, pa gosip terbaru..aku nak tau ni..hehe
11. No 3 ada hubungan siapa?
tak tau. single and available kot.


12. Bagaimana dengan orang no 2?
pun tak tau. erkk~ nampak macam i ni jenis tak mau amik kesah ek?


13. Kata2 cinta kepada orang no 4?
sebagai manusia, akak sayang kamu :P


14. Berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?
~diLL
:: ajk konvo banyak kali
:: cara cakap sangat manja
:: sweet
:: orang pahang
:: ada JLS

~ adibah ahmad
:: junior kat tech gombak
:: sekarang kat UTM
:: ambil sains komputer, major graphic kalau tak silap
:: pernah tanya pasal remote sensing kat i
:: chubby

~ wawa
:: junior remote sensing
:: sekarang tengah latihan industri
:: sangat suka cerita ketika cinta bertasbih
:: lembut je orangnya
:: boleh buat calon bini kepada lelaki di luar sana

~ cawan kosong
:: kecik je dia ni
:: sangat suka menyakat i (+_+)
:: kenal masa pilihanraya kampus baru-baru ni
:: budak Kolej Perdana
:: seorang lelaki.. hahaha~

~ memy
:: dia ni kecik jugak
:: suka baca blog dia
:: junior remote sensing
:: peramah
:: suka pakai selendang

hehe. thanks mijie.. :)

11 June 2010

Tag dari mijie

Bismillahirrahmanirrahim~

adehh~ sungguh tak ada kerjaan menjawab tag pada ini malam hari tengah malam buta -_-"
btw, thanks mijie! :D
ada dua tag tapi tak tau i kena buat dua-dua atau salah satu. i buat aje la dua-dua ye?

listkan 23 perkara tentang saya. tak kisah la either fact or mist

saya di sini adalah bermaksud penulis blog inilah kan?
alamak, 23? banyak tu.. urmm~ takpe takpe.. i cuba, ok mijie? plus ada beberapa fact yang orang tak tau melainkan family sendiri.. ^_^

1. saya sangat sayang utm

2. saya juga sayang kolej matrikulasi perlis tapi jauh

3. cinta pertama di sekolah menengah teknik gombak

4. kasih dan pengorbanan dilalui di sekolah menengah kebangsaan puteri wilayah

5. tak boleh tengok ular, nanti terbayang ular ada di mana-mana, dan rasa macam ular tu menjalar di sekeliling badan even tengah makan megi!

6. sampai hari ni terasa lagi 'penyakit ular' tu lepas tengok Prince of Persia hari tu. padan muka! siapa suruh tengok cerita tu?

7. sebelum tidur, mesti goyang-goyangkan kaki. macam ala-ala dodoila... kalau tak, tak boleh tidur dengan lena. haha! apa punya perangai daaa~

8. start belajar memasak dengan serius masa tingkatan 1 sebab ada ambil subjek Ekonomi Rumah Tangga. kalau tak hebat di dapur, malulah dengan kawan-kawan dan cikgu sebab ada bengkel memasak.. -_-P

9. memilih remote sensing sebagai pilihan kursus masa nak sambung degree sebab terbaca nama course ni dalam estidotmy. haha. sengal.

10. kalau tak, nak jadi engineer letrik sebenarnya, tak pun kimia atau aktuari... :(

11. kolej matrikulasi perlis langsung takde dalam pilihan ke matrikulasi dulu tapi kini I bersyukur mengenali orang-orang utara!


 

12. sangat suka novel siri salma (Nancy Drew) masa zaman sekolah rendah dan ada koleksi semua buku tu J


 

13. beli je novel twilight, new moon dan eclipse, tapi tak pernah habiskan. Eno wutta wutta jadi tukang 'manfaatkan' buku tu. Hehe.


 

14. pernah menyesal ambil kursus remote sensing, tapi sekarang tidak lagi.. J


 

15. eno kata, "eno suka kaklong ajar eno subjek sejarah, sains, geografi dan pendidikan islam tapi eno tak suka kaklong ajar math!" sebab? Entah la…


 

16. bercita-cita nak buka home tuition untuk rakan-rakan sebaya eno wutta wutta memandangkan mereka-meriki nak amik PMR this year. tapi dah hampir tiap hari balik kerja pukul 10.00 malam, bila ke masanya nak home tuition?


 

17. suka bila boss bagi kerja banyak-banyak tapi lepas tu bebel-bebel. Da siap bebel, kerja siap -_-"


 

18. tak pernah hantar resume kat company yang relates to background study sebab tak mau kerja dalam remote sensing field. Start hantar ke company related pun awal bulan mei. Itu pun 2-3 company je. Satu lagi kesengalan.


 

19. muka macam orang tua walau umur baru 23 *ramai orang cakap gini. Takyah nak pujuk pujuk I isk3~* L


 

20. sangat memilih jenama syampu rambut tapi tak kisah langsung untuk sabun mandi.. hehe


 

21. satu jam tangan hanya bertahan paling lama pun 6bulan. Sebab tu beli jam RM10 je, tu pun orang ingat harga ratus ratus -_-" orang cakap beli kat masjid jamek, takmo caya. Isy!


 

22. sangat alergik dengan habuk, sampai nak mengemas dan menyapu kena pakai 'mask'. Tapi selalunya ibu atau engineer tupperware akan 'halau' I keluar dari rumah kalau diorang dah nak start operasi pembersihan.


 

23. lebih suka beli kasut @ sandal dari beli baju atau mekap atau lain-lain benda yang common ngan girls.


 


 

Wahh~ dah banyak sangat fakta yang dikongsi. Sape sape rasa meluat or menyampah, sila tutup page ni. baca tu, baca je la. K haha next tag *adehh*


 

1).Besides your lips , where is the favourite spot to get kissed ?

Tangan…


 

2). How did you feel when you woke up this morning ?

Baru pukul 6.00 pagi. Tak apa, bangun 6.30 pun sempat lagi pegi keje… L


 

3). Who was the last person / people you took a photo with?

Daddy co0L kat R&R pagoh. Masa hantar my baby mucuk mucuk si kancil ke utm.


 

4). Would you consider yourself spoiled ?

Tak rr..


 

5). Will you ever donate blood ?
nak weyh! Darah I jenis O! tapi dah banyak kali niat nak menderma. Tapi tiap kali ada peluang nak gi derma, demam la, period la, baru lepas makan ubatla. Banyak naa ketidakbolehan.. last-last daftar untuk derma organ je. Ok la tu kan? Adeh~

6). Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
banyak gila kot. Termasuk my-ex. Haha~ sengal.


7) Do you want someone to be dead?
orang jahat. Bang bang bang.. pheww~

8. What does your last text message say ?
"aku baru nak tutup PC"

9. What are you thinking right now?

Kat mana nak beli rumah?


10. Do you want someone to be with you right now ?
yup! Lalalalala~

11. What was the time you went to bed last night ?
fuh, 11.00pm!

12. Where did you buy the tee you are wearing now ?
baju UTM. Free kott.. hahaha~

13. Is someone on your mind right now ?
yes!

14. Who was the last person(s) who text you ?

Siti rodhiyah md safar yang tanya pukul berapa aku nak balik rumah.


 

TEN lucky person is……

  1. Aqma kareem
  2. Syazwani selamat
  3. Dyana Hassan
  4. Shikin selamat
  5. Aimie hazerin
  6. BeMie
  7. Farah heaven neavah
  8. Elia, my junior kat SMTG
  9. Aimie harmelia
  10. Hanis zalikha. Haha. Mengong. Macam dia nak jawab. Keh3 eh, macamla dia baca blog kau. Haha.


15. Who is no.2 having a relationship with ?
luqman.. kan?

16. Is no.3 a male or a female ?
reti baca ke idak ekau ni. tino tu kan?

17. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
dua dua banyak cakap. Meletup u!

18. What is no.1 studying about ?
remote sensing

19. When was the last time you chatted with them ?
some new some old..:)

20.Is no.4 single ?
tetttt… jawapan stended beliau.

21. Say something about no.2
bilik dia nih rumah tumpangan I dulu :P

22. What do you think about no.3 & no.6 together ?
marah si pesa. Kan dee kan? hihi

23. Describe no.9 .
adik aimie hazerin
J

24. What will you do if no.6 n no.7 fight ?
boleh ke dorang gado?

25. Do you like 8 ?

Mustila.. antara junior kesayangan nih…


 

Ok, nak tido. Sok keje. Bye!


 

09 June 2010

Beruang Kutub

Bismillahirrahmanirrahim~


 

Beruang kutub makan penguin tak?

Tempat        : Di meja seorang staf di Opis G**I***.

Masa        : Satu petang hening lebih kurang ketika angin tiup sepoi-sepoi bahasa melayu.


 

N**** dan A** menghadap komputer, lama. Pemprosesan imej memang memakan masa yang lama. Lebih-lebih lagi untuk imej yang besar dan proses yang banyak macam Fourier Transform, High-Pass Filtering dan macam-macam lagi untuk proses imej satelit.


 

Mata mereka seakan ada magnet berlawanan kutub. Semakin kuat magnet kutub utara dan kutub selatan itu hendak bercantum.


 

Kutub?


 

N**** mengambil glob yang ada di meja A**. Dia kelihatan tertarik dengan glob tersebut yang berwarna hijau dan biru. Disebut satu-persatu benua yang terdapat di glob itu.


 

A** memicit itik kuning yang mengeluarkan bunyi 'tettt' *macam mana aku nak gambarkan bunyi dia eh?*. N**** mendapat satu idea. Dia mengambil itik kuning yang mengeluarkan bunyi 'tetttt' tersebut. Diletakkan di kawasan kutub selatan pada glob itu.


 

"Kak A**, beruang kutub tinggal di kutub utara. Beruang kutub makan itik tak?"


 

Dush!


 

Bengong. Selingan petang ketika bosan-bosan, menunggu processing image di office.


 

(^_~)v tak tau lah beruang kutub makan itik ke tak.. hihi!

08 June 2010

Peminta Sedekah (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim~

Entri ni adalah sambungan kepada entri tentang Peminta Sedekah hari tu. Oh, dah terjawab sedikit persoalan i. Hehehe~

Alkisah, tertengok pula tv9 pagi tadi, sebelum pergi kerja. Ada segmen macam renungan pagi. Ustaz ni cerita tentang sadaqah atau orang-orang kita sebut, sedekah.

Kata ustaz tu, kalau kita tau budak minta sedekah tu dari sindiket, kita tak boleh bagi. Kalau sedekah untuk sekolah-sekolah agama tu, boleh bagi.

Tapi, masih ada kekeliruan dalam hati i ni. Macam mana kita nak tahu budak tu dari sindiket? Dan budak tu pun akan diseksa, alamak, ayat seksa ni macam kejam sangat pula... err.. dipukul, tak diberi makan, kalau balik ke 'markas' tak bawa balik jumlah duit yang dikehendaki. Perkara ni pun secara tak langsung mendera budak-budak kecil tu kan.

Kesian mereka. Kita yang ada ibu dan ayah ni, yang dijagaibu ayah dengan baik, kenalah bersyukur. Kat luar sana ramai lagi saudara kita yang kurang bernasib baik.

(+_+) pernah minta hot mummy and daddy co0L bawa balik kanak-kanak (comelnya sebut kanak-kanak gini kan... hee~) yang dari bosnia atau palestin tu, jadikan anak angkat. Mereka sangat comel!

07 June 2010

Niat Ikhlas Sesuci Minyak Masak Seri Murni

Bismillahirrahmanirrahim~

urmm~ sedih tengok berita utama sekarang ni pasal Israel. terdiam. tak tau nak kata apa. -_- macam entri yang penuh ilmu dan pengajaran serta renungan tempoh hari, musibah dan hikmah, apa yang berlaku sekarang ni, semua ada hikmahnya. orang-orang yang cekal mesti lulus dalam ujian Allah ni. ala-ala exam kat sekolah. kita berusaha untuk dapat gred yang bagus, macam tu juga ujian dari Allah. mesti kita nak dapat gred yang bagus di hadapan-Nya kan?

ok, tamat sesi renungan di mukadimah entri.

satu lagi musibah berlaku on the way balik dari JB ke KL hari ahad hari tu. ada je benda nak jadi kalau on the way balik KL dari JB kan. macam entri ini. eheh. ni ujian menduga kesabaran.

kejadian ni takdela se'thrill' kejadian yang dulu tu.

alkisah, lepas hantar engineer tupperware ke UTM, maka i and daddy co0L pun pulanglah ke KL dengan menaiki bas. my baby mucuk-mucuk manja si kancil itu dijaga oleh engineer tupperware sob sob sob (T___T). naik bas tetttt *nama bas terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam dan luar negara*. jam 1.00 petang, kami membabai engineer tupperware yang menghantar kami di sri putri.

jam 1.30pm i dah start tidur. sangat ngantok, ok.

jam 2.15pm, bas berhenti di kawasan rehat yong peng. ada penumpang yang nak k*****g. bukak je pintu bas, bau asap ala-ala bau minyak dan gas menusuk ke jantung, eh, hidung. i terjaga. daddy co0L turun bawah, beli buah. pakcik driver gi check kat belakang bas.

tiba-tiba pakcik driver tu naik ke bas.
"minta maaf ye. bas ni tak dapat jalan. tangki diesel bocor. habis tumpah sepanjang jalan. kalau gerak juga, nanti bas terbakar. kita dah call company, nanti mereka hantar bantuan. ataupun, kalau ada mana-mana bas ekspres berhenti kat sini yang nak ke KL, boleh minta tolong tumpangkan"

erkk~ i tengah mamai. ayat pakcik driver tu seakan dodoian tidur. haha. sengal. i pejam mata balik. memang tak senonoh budak neh. -_-"

daddy co0L bincang-bincang dengan pakcik driver tu. blablablabla. lepas tu pakcik driver tu inform us, "lagi sejam bas bantuan akan sampai".

erkk~ daddy co0L mengandaikan ayat pakcik tu hanya pemanis bicara semanis madu seulas pinang sahaja. maka, daddy co0L pun sangat gigih pergi bertanya setiap kereta yang rehat di situ, kot kot la ada yang ke KL, boleh tumpang.

usaha daddy co0L nyaris-nyaris berjaya, bila ada seorang brader ni nak ke seremban, boleh tumpangkan. tapi, tak jadi pulak, sebab apa tah, i pun tak brape pasti.

lepas tu, daddy co0L pun mengajak i buat benda yang sama. sebab, i perempuan. maybe orang akan lebih percaya kalau perempuan yang mintak tolong. hehe~

i pun lepak kat parking kereta. tunggu mana-mana kereta yang ada sorang je dalam tu.

sasaran pertama: sebuah unser
bilangan penumpang: 0
bilangan pemandu: 1, takkan lebih dari 1 pulakkk~

i : assalamualaikum, encik. *alolo sopannya.. anak sapa nih! [bluwekk]*. encik nak ke arah mana ye?
incik unser: saya nak ke KL.
i : oh! boleh tak saya dengan ayah saya nak tumpang? bas yang kami naik, rosak. *muka sedih + risau*
incik unser : oh, boleh boleh. tapi saya nak pergi toilet sekejap.
i : terima kasih, encik!

wahh~ lega.. incik unser tu hantar kami sampai depan rumah. syukur, masih ada masyarakat yang prihatin. susah juga nak dapat kepercayaan orang. dah lah kita tak kenal, lepas tu minta tumpangkan. kalau dibuatnya yang minta tumpang tu orang jahat, macam mana?

lega.. alhamdulillah. niat baik, Allah tolong :)

terima kasih encik md noor!

05 June 2010

Filem Lagenda Budak Setan yang I rasa tak best

Bismillahirrahmanirrahim~

uhh~ dah tengok muvee Lagenda Budak Setan. one of my favorite novel. memang novel tu best sangat. garapan and story line yang touching the heart lah! penderitaan Ayu, ke'setan'an Kasyah, dan tiba-tiba si setan tu jadi pencinta agung.

lepas tu dapat tau pulak novel ni difilemkan. wah. memang sangat tak sabar tunggu filem ni. i letak high expectation kat filem ni. i sangat harap filem ni sehebat novelnya.

lepas je 3jun2010, dah banyak komen-komen dalam fB yang komen pasal filem ni. tak ketinggalan blog-blog pun dah start bising pasal this film. *apa hal ayat aku makin skematik nih*. ramai member kat fB suruh bawa tisu banyak-banyak kalau nak tengok cerita ni.

i pun pergilah tengok, with my sisters.

ok, frankly speaking, i bagi 5 over 10. haha~ dahsyat kan? kenapa? sebab i tak dapat rasa jiwa ayu dalam lisa surihani dan shiqin tu dan tak dapat rasa feel kasyah dalam farid kamil. i rasa macam diorang tak dapat menjiwai watak tu dengan baik.

hoh! aku cakap macam aku pandai berlakon, kan? tak, aku tak pandai berlakon. tapi aku cakap sebagai penggemar muvee. haha. kita tengok cerita kat wayang, mesti nak rasa feel dia kan dan kepuasan.. ke sebab i letak expectation tinggi sangat kat filem tu, kot...

tapi ada juga part yang i rasa terkesan di hati dalam muvee ni. haaa.. part terkesan tu yang aku tak dapat rasa sepanjang watching this film. hanya few parts sahaja.

1- part ayu kena belasah gila-gila dengan azmi. masa tu memang aku tabik rr kat lisa dan que sebab mampu buat bulu roma aku meremang. memang mantaplah cara azmi membelasah ayu. fuh! tapi ada terhilang feel bila, lepas je kena belasah, ayu buat muka marah, yang buat 1panggung gelak. serius! pelik betul muka lisa berkerut macam tu. adeh.

2- lagi satu part katerina. i suka fazura bawak part excited dan menggelabah. haha! seronok! serius! dia memang sangat pandai bermain expression muka. sangat tabik! tu je la yang i suka kat fazura. tapi belum seanggun dan se'high class' dan se'educated' katerina dalam novel tu.

part tak berapa best
1- masa ayu kena paksa kahwin dengan azmi. apa hal i rasa macam suzana tu jauh lagi sedih dari ayu yang kena paksa kahwin? haha, serius, i tergelak masa scene ni. maaflah.

2- part ayu dah kena 'bungkus' sebab accident. hidung tu takde ruang langsung untuk bernafas ke? apsal i rasa macam orang-orang yang bekerja untuk filem ni tak kaji dulu novel yang sangat best-seller dulu ni?



3- lagi tak b0leh blah, masa doktor bagi tau ayu hilang ingatan, tiba-tiba mak ayu peluk kasyah pulak kan. memang 1panggung bisinglah masa tu. apa hal lak nak peluk kan? sedih sudeyy~ ramai gila perempuan peluk farid kamil dalam muvee ni. adui. macam banyak sangat pulak scene peluk tapi aku tetap tak rasa 'cinta agung' kasyah tu. oh, gagal.

perrhh~ tak pernah aku buat komen filem sampai gini punya komen. maaf kepada pengusaha dan pelakon filem ni dan juga kepada mereka yang sangat suka filem ni. nampaknya, pada i, novel dia lagi hebat dari filem (^_~)v

tiap orang lain persepsi, macam yang i cakap, mungkin i terlalu letak high expectation pada filem ni. tu yang kurang puas hati lepas tengok muvee ni.

hah! ada satu lagi yang kurang manis lah dalam filem ni. harap pengarah-pengarah filem lebih prihatin kalau buat filem lepas ni *ceh, macamlah ada pengarah filem baca blog kau!* haha.

masa zaman ayu dan kasyah kat kolej tu, lepas kasyah berjaya buat push up, ayu meluru kat dia, ayu menunduk. then, nampak sikit bahagian belakang badan lisa masa dia menunduk tu. gila rr! ayu dah tak jadi 'ayu' beb!

urmm~ pada i, memang story line ni gagal ceritakan lagenda sebenar kasyah tu. dan setiap pelakon macam tak baca novel tu untuk dapat feel watak diorang.

-_-" sedih! dengarnya ada sambungan. tolonglah jangan buat teruk macam ni. jahanam novel yang sangat bagus tu.

Award

Bismillahirrahmanirrahim~


ehueww.. dapat award dari -BeMie-.. thanks ek!

______________________
______________________
memang aku rasa blog aku comel,
kenape korang jeles ke?

mm.. kena completekan pantun ni. dah lama tak berkecimpung dalam hal ehwal pantun memantun ni. tapi, -BeMie- punye pasal, i buat juga, ok ;)


mak cik joyah tak brenti membebel,
lepas membebel makan nangke,
memang aku rasa blog aku comel,
kenape korang jeles ke?


yeaa~ ahahha.. aktiviti yang mengurangkan stress.. :)

(^_~)v

aku nak tag korang semua yang baca blog aku nih..

hawhawhawhaw~