See people, I don't know where is the mood for blogging. Maybe I was thinking about lots of problem lately, lots of assignment to do. Ouhh my spirit, please come back.
Dear blog *ececeh, biasa orang tulis, 'Dear Diary'*, ada satu kejadian yang tak diingini happen to me and my sis on the way back to Kuala Lumpur, 11th February 2010. Konon-konon nak buat surprise kat ibu and ayah. We did not tell them that we will going back at that night. There were three of us. Me, engineer tupperware my sis, and her friend, Cakir. And to my dear daddy cool and hot mommy, this is the true story. Nadia minta maaf banyak-banyak sebab tak bagi tau cerita sebenar. Nadia cuma tak mahu ayah and ibu risau sangat-sangat masa tu. Sori sori sori. Nadia minta ampun.. :'(
Me and cakir drive gilir-gilir. Masa kejadian, Cakir was driving. It happens at Seremban, kilometer 286.9 arah Utara. I was sleeping at the back. Engineer tupperware jadi co-pilot. Suddenly, my enjin bunyi macam lain. I terjaga. Cakir terus bawa kereta ke tepi. I asked him, "kenapa syakir?". Syakir answered, "entahlah kak." My baby car cannot be started. Lampu signal bateri kat dashboard menyala. Takkan bateri habis, I guess. Sebab bateri kereta tu baru tukar last 6 months. 6 months? Err… tak terlalu lama kan. Kalau tak silap, bateri kereta tukar dalam 2 tahun sekali. Eh, ye ke? Hehehe tau drive je. Tak reti nak jaga kereta. Ok, nadia. Lepas ni kena belajar jaga kereta. Tengok-tengok enjin tu. At least, ok, at least u have to know basic about the car.
I dah mereng-mereng tak tau nak buat apa. Teringat pasal PLUS ronda. I call Hafiz, ask for the number of PLUS ronda. He said, tengok kat belakang tiket tol tuh. Ok, got it. Call PLUS ronda, orang operator tu memang sangat baik, operator sahaja, ok. Bagus. Tunggulah abang PLUS ronda tuh. Then, sementara-sementara tunggu diganggu oleh orang-orang yang bertindak konon baik-macam-nak-tolong-aku-tapi-hampeh.
Aku pun tak tau dari mana orang-orangan ni tau kereta aku rosak kat Seremban tu. Bermula dengan dua orang india yang menaiki kelisa.
Orang itu : Kenapa ni, dik?
Saya : Tak tahulah. Kereta tak boleh start.
Orang itu pun suruhlah buka boot depan, start kereta, dia tengok dalam tu.
Orang itu : Oh, timing belt putus ni, dik.
Saya : Abis tu macam mana?
Orang itu : Biar kami tarik kereta adik ni sampai bengkel kami. Nanti settle kat sana je.
Orang tu siap bagi business card dia.
Saya : (Dalam hati) Teringat pesan ayah, "Apa jadi sekali pun, ayah tak percaya orang lain repair kereta. Kalau kereta rosak, ayah hantar kat kawan ayah je."
I pegang kuat-kuat dalam hati pesan ayah tu. Tak mahu termakan pujuk India tu.
Saya : Mm.. tak pe lah. Kami dah call PLUS ronda. Kami tunggu orang PLUS aje lah. Thanks.
Orang itu : orang PLUS pun tak boleh buat apa, dik. Dorang boleh tarik sampai R&R je. Bengkel kami dekat je, kat seremban tu.
I masih tak boleh nak percaya orang tu, I tetap ingat pesan ayah. Lagipun, dia entah siapa-siapa. Kalau dia bawa tarik ke bengkel takpe. Ni kalau dia bawak tarik pergi semak-samun, dengan kitorang dua anak dara dan seorang teruna, apa lah sangat daya Syakir nak lawan dorang if anything happen kat kitorang, kan.
I bincang dengan Syakir. Pada saat ni, saya sangat bersyukur sebab ada seorang lelaki together with us. At least kami rasa selamat. I sangat blur masa tu sebab risau. Dan Syakir yang banyak tolong I buat decision. Thanks, dear. Memang lumrah perempuan akan lemah dalam bab macam ni, di tengah-tengah malam buta, tengah-tengah highway, kereta rosak.
Orang itu still tak mau berganjak. Then I told them, "Sorry, saya tetap tunggu PLUS ronda. Thanks."
Orang itu pun mengalah. Alhamdulillah, kami lega bila diorang pergi.
Kami tunggu lah orang PLUS ronda tu. Dalam 15minit macam tu, datanglah PLUS ronda.
PLUS : kenapa ni, dik?
Saya : kereta tak boleh start.
Orang PLUS tu pun cek, and the same answer, "timing belt putus."
Saya : Abis tu macam mana ni, encik?
PLUS : Malam-malam macam ni, tak ada trak tunda, dik.
I dah bingung. "Abis tu macam mana?"
"Adik kol panel trak kami lah. Tapi kena bayarlah. Sebab malam ni memang tak ada trak tunda."
I tambah bingung. Orang PLUS pun tak boleh tolong. "Ok, lah. Bagilah phone number panel trak tu." I kol orang panel trak tu. I decide tarik kereta sampai KL. Dan orang panel trak tu caj RM250. Ok, I terpaksa buat keputusan tu. Takkan nak tinggal kereta macam tu, di tengah highway?
Tiba-tiba datang polis. "Kenapa ni?"
"timing belt putus." Orang PLUS (Polis Bantuan) tu jawab.
"Dah call tow truck ke belum?"
"Budak ni kata nak tarik terus sampai KL"
"Tarik terus sampai KL? Banyaknya duit. Mampu ke nak bayar?"
"Memanglah tak mampu. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak biar kitorang kat sini tengah-tengah malam buta macam ni?" Saya jawab.
"Kita ada prosedur. PLUS sediakan perkhidmatan untuk tarik sampai mana-mana kawasan selamat yang berhampiran. Untuk kes adik ni, kita akan tarik sampai R&R Seremban. Dan perkhidmatan tu free, tak payah bayar. At least adik dah berada dalam kawasan selamat. Bukan tengah-tengah highway macam ni."
"Tadi encik ni cakap, tow truck takde malam-malam ni." saya jawab balik.
Polis tu macam pelik. Dia pandang encik polis bantuan tu. "Tak ada tow truck? Perkhidmatan tu 24jam." Tuan Polis tu dah buat muka pelik, pandang Encik Polis Bantuan.
Pastu aku tak tahu apa jadi antara diorang dua, encik polis bantuan tu bincang pelan-pelan dengan Tuan Polis tu. Aku nampak macam Tuan Polis tu marah kat Encik Polis Bantuan tu.
Lalu Tuan Polis pun kata, "adik tunggu sini, dalam setengah jam lagi tow truck akan datang, tarik sampai R&R Seremban. Kat sana, adik boleh call ayah atau siapa-siapa untuk datang tarik kereta sampai KL. Ok? Bahaya tengah-tengah highway macam ni."
"Siapa contact tow truck?"
"PLUS dah contact. Ok? Saya pergi dulu. Saya pun tak boleh lama kat sini."
"Ok, thanks." Saya senyum.
Encik Polis Bantuan tu buat muka tak puas hati. Dia pun blah lepas letak benda segitiga dekat belakang kereta i. sebelum dia blah, I tanya lagi, "Encik dah contact kan tow truck?"
"Ya, dah. Kejap lagi dia sampai. Tarik sampai R&R Seremban." Masa tu lebih kurang pukul 2.15pagi.
Kami tunggu punya tunggu sambil kira bintang. Kami bertiga dah kesejukan dan mengantuk. Kitorang masuk dalam kereta. Tidur. Syakir berjaga. Takut anything happen. Dah pukul 3pagi, still tak ada tow truck datang. I call back PLUS ronda punya hotline. Orang tu kata, tunggu kejap. Ok, kami tunggu lagi.
Tiba-tiba ada lagi orang datang nak tolong. Entah siapa. Aku berkeras tak mahu. Orang tu pun berkeras nak tolong. Last-last aku cakap, "tak apalah, saya tunggu ayah saya." Baru orang tu nak blah.
Sampai dah pukul 4pagi. I dah tertidur. Tiba-tiba ada orang ketuk cermin kereta side driver.
Orang : kereta rosak ke, dik?
Syakir : haah.
Orang : Bahaya adik duduk sini.
Syakir : kitorang tengah tunggu tow truck dari PLUS. Tapi dah 2jam. Takde pun.
Orang : Biar abang tarik sampai R&R la. Bahaya korang macam ni.
Syakir : Macam mana, kak?
Saya : tanya dia, berapa dia caj.
Syakir : berapa, bang?
Orang : Aku tak mintak bayaran. Aku ikhlas nak tolong. Asalkan korang selamat sampai R&R sudah.
Aku pun setuju. Aku tak ada pilihan lain.
Abang tu terus amik tali dalam kereta dia. Sambungkan dengan kereta i. tarik sampai R&R seremban. Bukan jauh pun. 3km je dari tempat kejadian.
Tak sempat nak bayar, abang tu blah. Engineer tupperware my sis kejar abang tu, hulur dia RM20. Tak sedap hatilah, orang dah tolong kita.
Subuh tu baru I call daddy cool.. erkk cool daddy… coollll… hee~ then daddy datang bawak mekanik. Mekanik repair kereta I kat situ jugak. Dari pukul 9pagi until 11.30malam. barulah kereta I boleh start.
Pengajaran:-
- Tenang dan sentiasa ingat nasihat ayah
- Jangan percaya orang yang tak dikenali tapi kadang-kadang orang yang dikenali pun tak boleh dipercayai.
- Orang PLUS ronda pun tak boleh dipercayai. !@#$%^&*()_+{}|":?>< hampeh punya polis bantuan. Tak membantu langsung! Aku rasa macam nak report je perangai kau. Muka pun dah macam penjenayah. Tah macam mana boleh jadi polis bantuan. Kalau ada orang PLUS baca blog ni, sila tengok list pegawai bertugas pada 1.15pagi, kawasan Seremban, 12 Februari 2010. Pecat dia! Aku tau, kau mesti dapat komisen kalau aku tarik kereta aku guna panel trak tu kan? Nama panel trak tu, encik rashdan. Aku simpan lagi nombor phone dia. Sebab tu kau tak nak aku guna khidmat tow truck dari PLUS, kan? Dan kau saje aniaya aku, takkan sampai pukul 4pagi pun tow truck dari PLUS tak sampai-sampai???? Sebab tu masa Tuan Polis tu marah-marah, muka kau dah hangit pastu kau pandang aku macam nak penampar aku, kan?
- Setiap 80,000km, korang dah kena tukar timing belt kereta korang, ok?
- Belajar sikit-sikit pasal ragam kereta ni. at least tahu basic, ok?
- Sentiasa ingat mak bapak korang. Bahahaha~ Pesanan diorang yang buat aku kuat untuk hadapi perkara-perkara macam ni. dan pesanan diorang jugaklah yang buat aku selalu beringat dalam setiap tindakan.
- Lain kali, kalau nak balik, bagi tau ibu ayah dulu. Jangan ingat asyik nak buat surprise je.
Heee~ ampun ibu ayah.. wuwuuwwu~~~
……………………………….
gelak..gelak..gelak..
ReplyDeletehahahaha~ kelakar...kelakar...
ape la punya polis bantuan...nak duit je kerja dia..ish3x...
tu rr sal.. sabau sabau sabau X-(
ReplyDeleteTu laaa next time jgn main2 ngan kedua org tua kita, minta izin dari dia org. Jadi kan kejadian ini sebagai pengajaran.
ReplyDeleteSalam, AidaNadia..blog saudari telah dimajukan kepada saya oleh rakan saudari dan insya'Allah, kami akan adakan siasatan segera ke atas pasukan Plusronda yang bertugas pada malam itu. Tindakan petugas itu tidak langsung mencerminkan budaya kerja dan komitmen kami di Plus terhadap pelanggan lebuh raya dan kami tidak ragu-ragu mengambil tindakan disiplin yang keras ke atas mana mana kakitangan yang didapati tidak mesra pelanggan atau peka terhadap kesulitan yang sedang dihadapi pelanggan.
ReplyDeleteBagi pihak Plus, saya memohon maaf di atas tingkahlaku mereka dan akan pastikan insiden seperti ini tidak berulang.
Sekiranya pada masa depan saudari menghadapi sebarang kesulitan ketika berada di lebuh raya kendalian Plus, telefon 1-800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan dan sekiranya Plusronda tidak sampai ke lokasi saudari dalam masa 20 minit seperti yang tercatat dalam KPI mereka, sila hubungi semula talian bebas tol tadi sehingga dapat perhatian ya.
Wassalam,
Khalilah - Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS
'Azam>>
ReplyDelete*ni macam bapak aku je..*
kellyT>>
oh.. thanks ya! :) tapi agak memalukan PLUS kalau ada staf macam tu. memburukkan nama PLUS...
alah Plus tu takat jawab je tu, ingat betul ke dia orang nak buat tindakn, pegi..la,...Kalau betul dia rang buat tindakan, bagi tau kat kita ,apa tindakan yg telah diambil..kalau tak.!!. sama je lah tu. pegawai perhubungan ke, atau orang bawah ke, sama je.
ReplyDeletesiape nama pegawai tadi..Khalillah ye, mari sama2 kita saksikan. Apa tindakan dia,semua yg baca blog ni jadi saksi, thd tindakan yg akan di ambil oleh pegawai yg bernama Khalillah ini.
... hello.. sebelom papehal nak mtk maaf dulu... brderau gak membace komen 'sovia'..... da cukop baik kellyT reply balik... kalo nak banned mane2 pon agak2 laaa..... baru reply komen da jugde dulu... akal ader tp x leyh nak memikir... walaupon aku x de kene mengene ngan kes nih... tapi kalo statement camtuh.. kecewa la gak ngan sovia nih... doa nak nengok orang jatuh jerk... yg sendiri tuh teras tiang agama da cukup kew??
ReplyDelete