Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 February 2010

Saya KL Girl

tiap kita ada persepsi berbeza dalam mendefinisi. sebab? sebab manusia tu berbeza, mestilah ada pandangan yang berbeza.

bercakap soal persepsi, kita tak boleh juga nak judge satu perkara, atau menuduh sekumpulan tu, tak bagus, hanya sebab kesalahan golongan kecil dari sekumpulan tu. ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

contoh, saya pun pernah je mengdefine *apa ke teruk rojak aku nih* satu benda tu, berdasarkan satu perkara kecik je. saya pernah cakap saya tak suka orang johor, sangat benci orang johor *mampuih aku kena ngan member2 orang johor ni, dah la menumpang kat johor skang ni, sangat tak sedar diri... thee~* tapi, lama-lama, saya dapat tukar persepsi saya. mm... tak kisahlah orang mana pun, johor ke, perlis ke, kedah ke, kalau baik attitudenya, baik lah dia. dari negeri mana dia berasal, tak melambangkan 'kejahatan' atau 'kebaikan; dia, kan?

contoh lagi, orang selalu kata, perempuan KL ni, so0oo0sial... huh, berasap jugak la telinga. bila ada sorang anak teruna trang tang tang bagi tau mak dia, yang dia tengah hangat berkawan ngan perempuan dari KL, mesti mak dia melenting, macam dalam cerita P Ramlee, ibu mertuaku. ihik! apa, perempuan KL ni, jahat-jahat belaka kah?

satu lagi contoh nak highlight. when you talk about indonesian, mesti semua orang dalam kepala terfikir benda-benda negatif. orang indonesia ni selekeh, tak terurus, suka buat onar kat malaysia ni. mm... tapi, cuba anda semua fikir, cerita bawang merah bawang putih yang pelakonnya lawa gila tu berasal dari mana? cerita ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, dari mana datang penulisnya? dari mana datang pengarahnya?

kenapa kita nak terus menuduh orang tu buruk hanya sebab kesalahan dari pihak lain? pada saya, tak kiralah dia datang dari planet mana pun, kalau memang hati dia baik, baiklah dia. kalau hati jahat, boleh je jadi baik kalau dia nak berubah jadi baik, kan?

kan?

fikir-fikirkan~

No comments:

Post a Comment