Selalu berfikir, untuk apa kita pergi kelas hari-hari kalau nanti kita tak kerja pun dalam bidang tu? So apa kata bila masuk U pun samalah macam sekolah rendah and menengah dulu. Belajar je semua subjek pastu nanti nak kerja apa-apa field pun boleh. Kan? Gila ke weng ko nih nadia. Mana nak lahir doktor pakar kalau sistem belajar camtu? Mana nak lahir arkitek kalau buat macam tu? Arkitek? Oh, aku nak jadi arkitek! Tapi tak pandai melukis. Tak kreatif. Abis tu aku nak jadi apa?
Jadi aku.
Ni namanya weng weng sebab presentation progress Projek Sarjana Muda ditunda ke hari Jumaat ni dan kejap lagi ada test. Diulang. Ada test. Subjek projek management dan aku tak studi apa. Online test. Kena buka e-learning. Lepas tu jawab multiple choice questions. Ada 50 questions and 2 times attempt. Jawab betul dapat satu markah. Salah, tolak satu markah. So ada possibility nak dapat minus. Minus? Aku pernah dapat minus. Oh, adakah sebenarnya aku tidak layak menjadi pelajar remote sensing? Terlalu lambat kot soalan tu.
Serius rr, aku rasa sangat weng weng menjadi pelajar remote sensing. Kenapa masa sekolah dulu aku boleh perform gila-gila and every question aku mampu jawab and every concept sangat mudah sebenarnya? Aku sangat sakit hati bila aku boleh tolong engineer tupperware buat assignment dia dengan mudah walhal aku bukan budak kejuruteraan kimia (polimer) pun. Apa yang aku boleh sebenarnya?
Aku nak sambung belajar. Tapi bukan ini bidang aku. Maaf. Aku memang zero knowledge untuk remote sensing *gila, pengakuan berani mati*. Sebab tu aku pilih programming untuk Projek Sarjana Muda. Jangan tanya aku advance in remote sensing. Yang basic je aku boleh jawab.
Sekian.
No comments:
Post a Comment