Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

11 October 2013

Fateh Al-Hafidz yang Kuat!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sambungan entri ini.

Sampai di PPUM, doktor yang bertugas terangkan serba sedikit apa yang akan dilakukan kepada Fateh. Katanya, buat masa ni mereka akan mulakan dengan antibiotik. Tengok macam mana keadaan dia. Dan antibiotik tu akan diteruskan setiap 6 jam selama 4 hari.

4 hari?

Means 4 hari kami perlu berkampung di hospital?

Baiklah. Demi Fateh.

Doktor check badan dia. Katanya ada kuning sikit. Doktor minta letakkan dia bawah lampu untuk hilangkan kuning. Doktor check paru-paru, respon dia kepada persekitaran, suhu badan dia dan banyak lagi dah tak ingat. Saya cuba curi-curi dengar dan fahamkan apa yang team doktor bincangkan. Memang diorang takut ada masalah serius jadi kat Fateh. Tapi semua bergantung pada semangat Fateh nak melawan penyakit dia. Darah Fateh diambil untuk ujian makmal. Doktor kata, kalau suhu badan dia masih tak turun doktor akan ambil ujian dengan ambil air dari tulang sum-sum. Ya Allah, parah ke sakit anakku?

Malam tu ibu ada bersama saya di wad. Encik Suami tidur di surau. Fateh tidur dalam baby cot dia. Tapi saya tak mampu tidur. Saya duduk di kerusi. Tangan saya tak lepas dari memegang tangan comel Fateh. Dengan wayar drip di tangan, ubat antibiotik yang mengalir dalam badan, lampu biru untuk hilangkan kuning, mata ditutup, hanya memakai pampers, malam yang sejuk, air-cond, saya tahu Fateh kesejukan. Bibir dia terketar, tangan dia sejuk. Saya gosok-gosok tangan dia. Hangatkan dia. Ibu tahu anak ibu kuat.

Keesokan pagi, doktor datang check Fateh. Suhu badan dia turun sedikit. Saya lega sedikit. Doktor minta saya sambung susukan Fateh. Susukan banyak kali. Supaya dia kuat, supaya dia sihat. "In case kalau awak tak banyak susu, boleh guna susu formula. Kita ada sediakan di pantri."

Oh tak. Saya tekad nak susukan Fateh selama 2 tahun!

Tapi Fateh tak mahu menyusu. Selalu dikemam mulutnya. Saya usaha juga. Titikkan susu ke mulutnya, walau macam mana pun dia kemam mulut, sekurang-kurangnya ada susu masuk sedikit. Saya titikkan susu setiap 5 minit. Saya perlu kuat untuk semua ni.

Alhamdulillah suhu badan Fateh semakin menurun setiap kali nurse datang check. Tiap kali tu saya menangis gembira. Tapi di hari ketiga doktor kata, "kami dapati dalam air kencing anak Puan ada jangkitan kuman."

Ya Allah, kuman mana pula datang ni?

Blur sekejap. Bukan ke kencing memang ada kuman?

"Mungkin sebab badan dia dehydrate, tak cukup susu. Maka buah pinggang dia kurang berfungsi sebab kekurangan air dalam badan. Anak Puan terlalu dehydrate. Lagi-lagi dia kena kuning, terpaksa duduk bawah lampu yang menyebabkan dia bertambah dehydrate."

"Jadi, tak perlu lah duduk bawah lampu. Biar kuning dia hilang melalui najis saje. Saya akan teruskan bagi susu. Tak boleh macam tu ke doktor?" saya cuba memberi pendapat walaupun saya tak tahu apa. Guna logik akal saja.

"Tak boleh macam tu Puan. Kalau paras kuning dia tak dikawal, lebih bahaya."

Saya bukan doktor. Saya tak tahu apa pilihan terbaik masa tu. "Terserah doktor."

Fateh terus duduk bawah lampu. Dan saya masih terus bagi susu hampir tiap 5 minit kalau dia tak mahu menyusu. Tapi kalau dia nak menyusu, setiap sejam saya akan ulang bagi susu.

Hari ketiga tangan dia yang kena drip membengkak. Doktor ubah drip ke kaki. Esoknya kaki pula bengkak. Doktor nak cucuk tempat lain pula. Drip yang ketiga ni lagi susah. Urat tak jumpa. Berkali-kali Fateh dicucuk. Dari jam 6 petang sampai 9 malam. Saya dengar suara Fateh memekik dari bilik rawatan. Sedihnya hati. Tiap kali nurse bawa Fateh kepada saya lepas gagal jumpa urat, tiap kali tu muka Fateh macam trauma. Dia akan diam, mata pandang kiri, pandang kanan, termenung, tak nak layan orang, buat bodoh dengan apa yang berlaku keliling dia. Last-last terpaksa panggil doktor oncall untuk cucuk Fateh. Baru dapat urat. Saya tahu Fateh sakit. Tapi dia tak tunjuk depan saya. Depan saya, dia diam.

Lepas 5 hari, doktor benarkan balik dengan bekalan antibiotik untuk 2 hari. Alhamdulillah lepas pemeriksaan ultrasound, buah pinggang Fateh normal. Kuning hilang lepas 3 minggu.

Fateh anak yang baik, anak yang kuat, anak yang tak banyak ragam. Ayah kata, "dia tak mau susahkan orang. Dia telan sakit dia sendiri."

Macam yang saya selalu bisik kat dia, "Fateh anak yang kuat, penakluk hati, pelindung ummah, pemelihara ibu..." Sesuai dengan nama, Fateh Al-Hafidz.

04 October 2013

teknik power pumping: yay or nay?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sebenarnya besar cabaran nak menyusukan anak sepenuhnya selama 2 tahun. Sejak dari hari pertama dia lahir kena menahan sakit, perit, pedih. Bila dia dah besar sikit, cabaran nak handle jadual menyusu dia. Bila dia nak menyusu, semua kerja kita terhenti.

Dah habis pantang, masuk kerja, cabaran baru lagi. Nak prepare stok susu, beli breastpump yang dah tentunya mahal, beli botol banyak-banyak, plastik storage dan cooler bag dan banyak lagi kena fikir.

Tapi cabaran paling besar bagi ibu yang berniat menyusukan anak sepenuhnya adalah: jumlah susu merudum di saat stok hampir tiada.

Saya akui saya bukanlah seorang yang konsisten mengepam susu namun harapan punya lah menggunung tinggi nak Fateh minum susu badan sampai umur 2 tahun.

Saya mula simpan stok susu 2 minggu sebelum mula bekerja. Itu pun terpaksa dibuang hampir SEMUA sebab salah saya. Gatal bawa balik hampir semua stok ke kampung masa hari raya. Konon tak nak direct susukan Fateh di rumah orang. Sudahnya kami lebih banyak duduk di rumah dari berjalan. Dan peti sejuk rumah mak mertua tak mampu tampung susu yang banyak maka saya terpaksa buang. Sedihnya.

Masa tu susu tengah banyak jadi saya tak risau. Saya boleh cover balik.

Tapi 3-4 hari lepas saya perasan jumlah susu saya agak merudum. Biasanya sekali pam dapat paling kurang 8 auns, tapi masa tu saya hanya dapat 4 auns. Saya masih kata, ok kot, sempat nak buat stok untuk Fateh.

2 hari lepas susu betul-betul jatuh mendadak. 2 auns pun tak sampai untuk sekali sesi perahan! Bila pam, mai tak mau aje susu keluar. Ini tak boleh jadi. Saya tambah stress sebab saya sendiri dapat rasa susu tak banyak.

Saya google dan terbaca teknik power pumping. Dan ramai blogger kata berkesan.

I need to try this. Saya ambil satu jam dari masa saya semalam, demi Fateh.

Cara power pumping (saya guna single pump):
1. Pam miss B sebelah kanan selama 10 minit. Biarlah tak keluar susu pun hatta pam angin sahaja pun, biarkan. Asalkan 10minit.
2. Pam sebelah kiri 10 minit juga. Sama je biarlah tak keluar susu pun hatta pam angin sahaja pun, biarkan. Asalkan 10minit.
3. Sekali lagi pam sebelah kanan selama 10 minit. Ulang perkara yang sama sampai complete 3 circulations of pumping for both breasts. Sambil tu berdoa dan set dalam kepala "susu aku banyak".

Alhamdulillah hari ni dah nampak hasil. Pagi tadi 4 auns, tengahari 4 auns dan...



Ini lepas lunch tadi. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan rezeki kepada kami. Saya berazam untuk menyusukan Fateh sampai 2 tahun.


"Kita dah janji kan, sayang? Dua tahun.."

16 September 2013

Fateh Al-Hafidz dan Hospital

:: Bismillahirrahmanirrahim
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sebenarnya saya pun konfius macam mana nak eja nama anak sendiri. Fateh Al-Hafidz. Should FAH adalah huruf besar.

Hari kedua Fateh di dunia ni, badan dia agak panas. Dalam hati masa tu fikir, mungkin sebab cuaca panas. Saya hanya buka baju dia, tinggalkan barut dan pampers. Malam tu suhu dia agak turun.

Hari ketiga badan dia panas semula. Saya masih tak pakaikan dia baju. Tapi waktu tengahari badan dia makin panas. Lepas solat jumaat, saya minta encik suami bawa ke hospital.

Di Pusrawi, suhu badan Fateh 36.7. Ada demam sikit. Doktor minta check darah. Doktor kata ada kuman dalam darah Fateh. Hati ibu mana yang tak luluh masa tu. Sakit bersalin masih terasa, tiba-tiba dapat berita anak kena jangkitan kuman.

Kami minta surat refer ke PPUKM. Malam tu kami ke emergency PPUKM. I was emotionally unstable. When Fateh was bring up for check up, I need to meet a nurse for some signing2 thing. And when I was finish, he was already somewhere. I was on a wheelchair. Ibu tolak saya ke satu arah then I was emotionally said, "Bukan kat sini, ibu. Diorang bawa anak Nadia pergi sana!" And I was pointing at one side, close with curtain. Ibu tolak saya ke sana. I saw my baby. Badan kecil dia dipasang wayar-wayat berselirat. Hati ibu mana yanh tak sayu? Ya Allah, teruk sangat ke demam anakku? Kata petugas di sana, jangkitan kuman dalam darah ni ada banyak kemungkinan. Sama ada boleh sembuh dengan antibiotik saja atau kalau tak, mungkin dia menghidap meningitis yang boleh bawa maut.



Saya cuba kuatkan semangat. Saya tak boleh menangis. Sebab kalau saya menangis, my mom would cry too. Then I have to be strong for my baby. Ada satu ketika dia menangis kat dalam baby cot tu sebab nak susu. I need to breastfeed him dengan wayar berselirat tu.


Besarnya dugaan si kecil ni. Dia masih terlalu kecil untuk semua ni. Tapi dia sangat kuat. Tak sedikit pun dia menangis masa dicucuk untuk masukkan air tu. 

Kami ditransfer ke PPUM sebab wad pediatrik PPUKM penuh. Malam tu kami naik ambulans. Saya peluk dia kuat-kuat, susukan dia sebanyak mungkin walaupun kesakitan yang amat. Hiba hati melihat anak yang baru lahir macam tu.

Di PPUM suhu badan dia sentiasa dipantau. Antibiotik dan air drip tu sentiasa di topup untuk Fateh. Sila bertahan, sayang. Ibu tahu Fateh kuat!


- next entry will be pengalaman di hospital


14 August 2013

Baby Blues

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ketiadaan laptop atau komputer membantutkan kerja-kerja mengupdate blog. Sorry. Last entry pun masa tengah berpantang. Sempat curi masa guna komputer ayah.

2 minggu pertama ada baby ni (rasa skema pulak dah..) orang gelarkan baby blues. Dulu tak faham maksud baby blues ni. Dan saya rasa macam, ahhh what kind of blues pun I still can cope with it. Uhh sungguh berlagak. But you won't feel it until you face it.

Minggu pertama Fateh di rumah uwa (gelaran nenek bagi orang Payakumbuh) sebenarnya bukan kat rumah pun. 1st week berkampung kat hospital (later will story bout this). Stress yang amat. Yes, this is baby blues. Dengan keadaan anak yang sakit, alone kat hospital (husband kerja dan hanya datang lepas waktu kerja), I don't have my mom to help me uruskan Fateh and myself since masih sakit lepas bersalin, tak pantang dengan betul, bedal je apa yang hospital bagi makan (I don't have any choice! Otherwise I tak makan), tertekan tengok Fateh lesu, stress dengar baby-baby lain menangis, sedih tengok Fateh kena cucuk tiap hari, tangan kaki bengkak sebab drip aihhh and more. Banyak nak list kan semput dah.

You don't have enough sleep, susah susukan anak sebab luka on your nipple while your baby sucking, crying all over breastfeeding session, need to wake up almost each hour for changing diaper and feeding, barut, pilis, sakit perut, luka episiotomy (how the hell to spell it?). Ahhh ini semua sangat mencabar.

End up, you'll get used of all this. Semua ni hilang when you saw




this kind of Yes-mom-Is-there-anything-I-can-help-you? face.

I love him more. I can't imagine how can I fall in love with him at the first sight. 

My petua is, kalau rasa stress on the first few weeks, yes, weeks, not days, banyakkan istighfar, dan renunglah anugerah Allah ni, dan amanah-Nya.


Later you'll feel everything is just small mater.

Relax, mom. Take a deep breath and snap!


Gotcha! You are on camera!

^_^


22 June 2013

Saat Kelahiran Permata Kami - Fateh Al-Hafidz

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Alhamdulillah. Dah lahir pun budak yang selama ni duduk menendang dalam perut. Where to start, huh?

Kita start pada 11 Jun 2013 lah, eh? Haruslah. Tu tarikh masuk hospital.

Pagi 11 Jun 2013 tu ada check up kat HUKM (atau PPUKM). Masa jumpa doktor tu, memang dah bagitau, contraction dah start. Tapi irregular. Kadang 2 jam sekali. Kadang 3 jam sekali. Kadang 10 minit sekali. Saya jadi konfius. Bila pos kat satu grup dalam facebook, ada yang kata, simptom ni nama dia aa.. alamak dah lupa namanya. Something yang nak kata real contraction pun tak, false contraction pun tak. Oh ni namanya,

So if it’s not “real” labor but it’s not “false” labor either, what the heck is going on?!

Answer: Prodromal Labor.
Essentially, this is labor that starts and stops at irregular intervals for an indefinite amount of time before actually progressing to active labor – or, labor that continues to augment until the baby is born.


Jadi saya fikir, saya hanya bergantung pada air ketuban je ni untuk tau bila baby nak keluar. Sebab darah memang dah keluar since 28 Mei tapi bukaan tak buka-buka.

Bila contraction saya masih antara main-main dengan tak, so doktor pagi tu pun tak ada lah nak check bukaan. Check biasa saje, dan saya pun boleh balik rumah.

Petang tu, suami kata, dah lama beliau tak makan masakan saya. Yelah, sejak sarat ni, kalau tak makan kat luar, adik ipar yang tolong masak. Dah tak larat nak bersilat kat dapur tu. Sakit betul pinggang kalau berdiri walaupun 5 minit.

Demi memenuhi permintaan suami, saya turutkan juga lah. Siap lauk ikan, saya dah terbaring. Saya bagitau suami, "Abang tolong masakkan sayur, ye? Sayang dah tak larat lah. Nak baring kejap."

Haaa masa baring ni lah saya dah start rasa contraction yang tak berhenti-henti. Dalam hati dah fikir, eh, aku nak beranak ke ni?

"Abang, sayang rasa baby nak keluar dah.."

Suami cuba cool, se'cool' yang mungkin. "Nak pergi hospital dah ke?"

"Kejap, makan dulu.." Saya rasa saya lagi cool. Tehee~ So pukul 6.30 petang tu sempatlah makan dulu. Uhhh tenaga itu penting ye untuk push. Kang tak larat nak push.


Lauk terakhir yang saya makan sebelum bersalin.

Dah siap makan tu, masih relaks tengok tv. Sambil mata duk tengok jam. Saya kira sela masa contraction. Dalam pukul 7 malam tengah suami dan adik-adik ipar layan Teduhan Kasih tu, sela contraction saya dah makin terasa 7 minit sekali. Start 7.30, dah sela 5 minit sekali.

"Abang, jom pergi hospital. Dah 5 minit sekali."

"Ok, solat dulu, sempat?"

"Sempat.." 

Tengok, kami masih 'cool'. Solat itu wajib.

Kat depan Emergency O&G PPUKM, saya dah jalan tertunduk-tunduk menahan contraction. Pergi kaunter terus dapat potong Q. Lepas nurse ambil tekanan darah & uji air kencing, saya masuk bilik pemeriksaan, check CTG. Oh, CTG adalah check denyutan jantung & sela contraction.

Masa check ni pun, baby asyik tidur. Puas nurse kejut dia. Doktor check bukaan. "Ok, Puan. Dah 2 cm. Kita hantar Puan naik atas dulu (admit), lagi 4 jam kita check lagi bukaan."

Saya pun masuk wad. Pukul 9.30 malam.


 Wad 2A, Katil 19.

Saya dah terbaring masa ni. Tapi sempat lagi kejap-kejap berjalan. Asyik nak terkencing. Suami balik sekejap, hantar adik ipar balik rumah. Dalam pukul12 tengahmalam dia datang balik katanya. Nurse pun suruh suami stand by kalau hospital call.

Suami check-in kat facebook. Dan saya masih sempat reply, jam 12.54am. Masa ni doktor belum datang untuk check bukaan.

1.00 am
Doktor panggil untuk check bukaan. Dah 4cm. "Puan, kita akan tolak Puan ke labour room sekarang. Puan nak saya pecahkan air ketuban sekarang atau tunggu lagi 4 jam?"

"Pecahkan air ketuban." Saya jawab. Jap, saya pelik. Kenapa saya yang buat decision ni? Takpe, saya rasa naluri seorang ibu lebih kuat dari teori doktor.

Doktor jolok dengan something yang macam stick plastik untuk pecahkan ketuban. Saya terasa air mengalir. Panas, banyak. Oh, itu rupanya rasa air ketuban. Saya nampak muka nurse macam risau. 

"Light ke moderate ni doktor?" tanya nurse.

"Saya rasa light lagi ni."

"Are you sure, doc?"

"Yes.."

Serius saya tak faham apa yang light, apa yang moderate. Saya hanya nak anak saya keluar dengan selamat.

Nurse bagi pad dan saya dibawa ke labour room. Contraction makin kerap. Saya masih cuba bertahan.


1.30am - Labour room (LR)
Saya turun dari kerusi roda, air ketuban melimpah jatuh. Warna macam kehijauan. Nurse yang bawa saya ke LR tu terperanjat. "Eh, baby you dah berak dalam perut!"

Saya tergamam. Ya Allah. Ini ke light moderate yang doktor & nurse dalam wad tadi cakap??? Saya nak menangis dah masa tu tapi saya tak boleh. Nanti tenaga nak push tak ada. Dalam hati tak putus doa Nabi Yunus dan saya berharap Allah selamatkan anak saya. Tak kiralah apa cara sekalipun. Saya dah tak kisah bersalin normal ke operate yang penting anak saya selamat.

Nurse dan doktor dalam LR duk bertegang lidah. Baby saya baru berak atau dah makan berak dia. Saya duk menahan sakit. Suami ada di sebelah. Sentiasa bagi semanga. Sentiasa pegangkan gas untuk saya sedut penahan sakit. Saya cuba tak mahu bergantung pada gas tu sebab saya tahu, gas tu akan buat saya lemah dan mamai, susah nak push nanti. 

Nurse cakap saya tak boleh ambil sebarang ubat tahan sakit. Baik Pethidin, Epidural atau lain-lain. Jadi saya hanya perlu bergantung pada kekuatan diri saya & gas tu sahaja untuk bertahan.

3.00am 
"Nurse, saya rasa nak terberak!"
"Berak je, Puan. Kita tak boleh bagi Puan ke tandas dalam masa sekarang ni. Berak je atas katil tu."

Tapi sebenarnya rasa nak berak tu adalah baby nak keluar. Nurse dah keluarkan air kencing saya guna tiub. Jantung baby makin lemah. Bukaan masih tak sampai 10cm. Doktor datang dan terus 'bukakan' jalan. Doktor masukkan jari, dan buka jalan cara paksa. Memang sakit nya ya ampun. Saya terjerit-jerit. Kena marah sebab menjerit buat saya hilang tenaga. 

"Kejap doktor, kejap. Sakit sangat.."
"Puan, tak boleh kejap, kejap. Nanti baby lemas. Jantung baby dah makin lemah."

Allah... saya tak tahu apa dalam fikiran suami masa tu.
"Nurse, anak saya ok?" tanya suami.
"Encik jangan risau ye. Kalau dah ada dalam labour room ni kita akan usaha apa saje cara untuk selamatkan ibu & anak."

"Puan, pukul berapa last makan?"
"Pukul 6.30 petang. Lepas tu kat wad tadi saya sempat makan roti dua bungkus."
"Ok, Puan. Kami nak prepare untuk emergency c-sect."

Ya Allah.. Masa tu dah fikir, lantaklah macam mana sekalipun yang penting baby selamat.

"Doktor, kita teruskan." kata nurse.
"Boleh?"
"Boleh.."

"Ok, Puan. Kalau rasa macam nak terberak tu, terus 'berak' puas-puas ye. Teran panjang-panjang. Masa tak rasa nak berak, tarik nafas dalam-dalam. Ok, Puan?"
"Ok.." saya jawab dengan nafas yang dah berdesah-desah tu.
"Ok, Puan. Teran! Lagi Puan! Teran panjang lagi, Puan! Jangan berhenti! Lagi, Puan. Curi nafas."
"Macam mana?!" saya dah agak tinggi suara. Sakit, dan tak tau macam mana nak curi nafas & teran panjang-panjang.
"Macam ni, Puan, hoh hoh hoh! Ok, Puan, kalau sakit teran lagi. Sekarang tarik nafas panjang-panjang."
Saya tarik nafas dalam-dalam. "ERGHHHH!!!"
"Puan jangan jerit! Nanti tenaga habis! Puan, jangan angkat bontot! Puan teran panjang lagi! Puan, curi nafas!"

Jeritan demi jeritan kedengaran. Lebih kurang 5 orang dalam LR tu.

"Dia tak pandai teran..." saya dengar doktor kata. Suara hampa.
Saya dah agak kecewa masa tu. Terdengar bunyi jantung baby yang semakin lemah. Saya kena kuat! Dan saya boleh buat!

"Encik, ambil air selusuh tu. Selawat 3 kali. Suapkan ke mulut isteri."

Saya rasa sakit nak meneran lagi. Dan saya tak tahu entah berapa kali teran. Yang pastinya memang BANYAK KALI.

Nurse & doktor masih terjerit-jerit ajar saya cara teran, cara bernafas, suruh panjang-panjang lagi, tapi akhirnya ada satu suara, the only voice yang saya dengar. Suara nurse & doktor entah ke mana entah.

"Sayang, sikit lagi, yang. Kepala baby dah nampak tu, yang.. Sikit je lagi, sayang. Teran panjang-panjang."

Suara suami saya.

Entah datang dari mana kekuatan, saya tarik nafas panjang-panjang, dan terannnnnnn sepanjang-panjang yang saya boleh, tanpa curi nafas. Serentak tu saya dengar 'kawasan tu' digunting. Dan tak sampai sedetik, nurse dah letak anak saya di atas perut.

"Allahuakbar... Allah.. Allahuakbar.." Macam tak percaya. Kat atas perut saya tu, anak yang dikandung selama ni. "Alhamdulillah..."

Sementara proses menjahit, suami kena duduk luar. Nurse letak anak saya di dada saya lepas dibersihkan. Si comel tu pandang arah saya. Bulat matanya. Terkebil-kebil. Alahai anakku..

Saya jeling jam. Lebih kurang pukul 4 pagi. Hampir sejam saya dalam proses bertarung nyawa. Dan jam 5 pagi baru proses menjahit selesai.


Fateh Al-Hafidz bin Mohd Nur Imam
12 Jun 2013
3 Sya'ban 1434H
4.04 pagi
2.94kg
46cm

Sekian~

^_^

p/s : Erkk suami kata dia takut darah. Macam mana dia boleh nampak kepala baby dah keluar?




08 June 2013

PD : Please, baby.. Mommy want to sleep.

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dulu ada kawan cakap, masa mengandung ni, perempuan akan jadi 'pillow diva'. Saya bukanlah jenis yang tidur dengan bantal yang banyak. Satu pun dah boleh buat saya lena. Jadi saya selalu fikir macam mana gayanya pillow diva ni?

Dan dalam buku Diari Hamil yang saya beli pun ada sertakan cara tidur bagi ibu mengandung. Eh, perlu cara bagai ke? Dah nak tidur, tidur aje lah, kan?

Kawan-kawan yang dah ada anak pesan, masa sekarang ni lah kau boleh tidur puas-puas. Nanti anak dah keluar, usah haraplah. Jadi saya memang nak manfaatkan masa tidur saya!

Rupanya,

Bila masuk je trimester ketiga, baru saya tahu, tidur bukan lagi satu perkara yang agak nikmat.

Kalau terlentang, rasa sesak nafas. Ngiring ke kiri, rasa baby berat sebelah kiri. Ngiring ke kanan, rasa baby berat belah kanan. Meniarap? Memang tak lah!

Jadi saya cuba ikut cara yang disarankan dalam buku Diari Hamil. Tinggikan kepala, letak bantal kecil bawah perut, belakang badan & kepit antara dua kaki. Jadi untuk saya seorang sahaja ada lima bantal. Really a pillow diva.

Cara macam ni berkesan untuk saya... sampai minggu ke-36 sahaja.

Masuk minggu ke-36 saya dah tak tahu macam mana lagi nak tidur. Kalau saya alih posisi dari kiri ke kanan, nak beralih tu pun makan masa, dan sakit di bahagian ari-ari. Ye, nurse kata baby dah duduk kat bawah. Sebab tu sakit.

Dan 2-3 hari lepas, saya menangis sebab tak boleh tidur. Bila mengiring, saya rasa saya dah tindih baby. Terasa tulang-temulang dia.

Saya bukan merungut, tapi saya risau. Anak saya ok ke dalam tu? Saya tindih dia ke? Tak patah ke tulang dia? Dia selesa ke? Tak sempit ke?

Sebab tu saya sangat berharap dia keluar cepat.

Meh la sayang kat luar ni boleh main dengan ibu ayah atok nenek makcik pakcik semua dah tak sabar tunggu awak, tau?


Tengok, atok dah siapkan tempat tidur yang selesa untuk awak. Meh keluar tidur kat sini, meh.

:)


05 June 2013

PD : Blood Spot

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

28 Mei hari tu, sebelum tidur, ada blood spot dan lendir. Serta-merta mesej kawan yang pernah bersalin. Katanya tu salah satu tanda lah tu. Pergi hospital, cepat!

Ye, beliau kata, cepat!

Maka, saya dan suami bawa turun barang-barang, terus ke hospital. Tengah malam.

Saya kata kat suami, "Tercapai cita-cita abang nak pergi hospital tengah-tengah malam. Tak jem.."

Dalam hati saya tak putus-putus doa Nabi Yunus.

Lepas doktor buat CTG dan check bukaan serviks, "Masih 1cm. Puan balik dulu. Kalau ada turun air ketuban atau kontraksi yang kerap atau baby kurang gerak, datang ke hospital semula, ye?"

Ok. Baby saje buat ibu ayah dia cuak. Hisyy no good.

Next two days, blood spot datang semula. Saya tak terus pergi hospital. Saya call sahaja. Doktor masih kata perkara yang sama. Air ketuban, kontraksi atau baby kurang gerak.

Dan hari ni, kontraksi dah mula makin terasa hampir setiap jam. Dia dah tak berapa nak main-main dah. Hampir tiap dua jam saya terasa kontraksi.

Just be prepared. Saya masih di rumah baring-baring, jalan-jalan, relaks-relaks, kumpul tenaga.

Kontraksi datang setengah jam sekali nanti baru ke hospital. Lagipun dari rumah ke hospital dalam 5 minit sahaja.

Semalam masa check up di Klinik Kesihatan, nurse kata, "Minta maaf dengan suami, minta dia halalkan semua makan minum pakai..."

Balik tu, terus saya bagitau suami. Ampunkan saya, halalkan makan minum semua.

Air mata dah bergenang.

Dan pagi ni, saya terdengar dalam doa lepas subuh beliau, "Ya Allah, permudahkan isteriku bersalin. Selamatkan isteriku dan anakku."

Air mata dah jatuh saat aminkan doa.

Semoga Allah permudahkan semuanya.

Di kesempatan ini, sementara masih di rumah, masih boleh online dan menaip ni, saya nak minta maaf pada semua yang membaca. Kalau ada antara tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa.

Maafkan saya.

:)



21 May 2013

PD : Pap Smear

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri yang dijanjikan. sila-sila baca.

Pap Smear.

dulu sebelum pregnant serius tak tahu apa ke benda nye lah pap smear ni. see, mengandung pun menambah ilmu. lepas mengandung memang kerja ni duk meng'google' what the do's and dont's.

pap smear ni ujian untuk tahu kita ada kanser serviks ke tak. macam nak kenalpasti breast cancer, kita buat ujian mamogram. serviks - pangkal rahim.

kanser serviks ni kanser kedua yang kerap menyerang wanita selepas kanser payudara. eh ada gaya iklan suntikan HPV tak? hehe~

suntikan HPV tu pulak untuk cegah kanser serviks. begitulah lebih kurang.

dah nama pun kanser serviks (pangkal rahim) maka test yang perlu dibuat pun kat area situ lah kan.

cara?

doktor akan suruh kita baring, posisi macam nak bersalin. doktor akan sapukan ubat kebas macam selalu disapu kalau nak buat injection tu. dan masukkan speculum dalam faraj.


hah, ni speculum. ala-ala mulut itik angsa gitu. untuk buka faraj rasanya. masa doktor masukkan benda alah ni, mula lah terfikir, eh, benda ni ke yang diorang duk kata seluk-seluk nak check bukaan laluan baby dah berapa cm? entah tak tau saya. tapi diorang kata seluk dengan jari. ngeri ok! masa doktor masukkan speculum ni tak ada lah rasa sakit. sebab dah kebas area situ kan. cuma rasa macam ngilu. hah tu je la.

lepas tu doktor akan ambil sampel tisu dari kawasan berkenaan.

dan siap. mudah? memang mudah. tunggu result seminggu lepas tu.

alhamdulillah saya bebas dari kanser serviks. cadangnya lepas bersalin nak ambil suntikan HPV tu. prevention is better than cure.




10 May 2013

Selepas PRU-13

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yaaa.. saya ada hutang entri tentang pap smear. nanti saya tuliskan, ok?

PRU baru lepas. dan ini kali pertama saya mengundi. kawasan Parlimen Titiwangsa. lepas PRU ni macam-macam orang share kat facebook.

1. pasal blackout yang tidak diketahui kebenarannya. ada yang kata memang blackout, ada yang kata tidak. takkan tak ada pemerhati bagi kedua belah parti di tempat kejadian? dan masakan pokok bergoyang kalau tiada angin?

2. kenaikan harga barang? katanya roti gardenia dah naik 30 sen. dari RM2.10 ke RM2.40. tapi seingat saya memang dah lama harga roti gardenia tu RM2.40. pelik.

tak perlulah share kalau kita tak pasti kesahihan berita tu. kita ni suka bebenor menyebar fitnah.

3. himpunan suara rakyat suara keramat yang membuatkan agak ramai penduduk lembah klang yang tak menyertai (yang tak berapa nak menyokong PR) menyumpah seranah sebab sangkut dalam jem lebih dari 2 jam.



dulu, dulu masa zaman universiti, saya menyebelahi pihak Evolusi Mahasiswa. ahh senang cerita, pihak Barisan Nasional. sejak join macam-macam di zaman tu, saya mula nampak sedikit demi sedikit kepincangan dalam 'barisan' yang saya sertai. terlalu banyak agenda sulit lagi menyulitkan. terlalu banyak konspirasi.

di pihak lawan atau pihak 'pembangkang' katanya, pun ada agenda mereka sendiri. penuh dengan konspirasi dan strategi sulit. ah, senang cerita, mereka pun sama.

itu rumusan saya secara rambang.

lepas habis zaman universiti, zaman bekerja, saya tidak menjadi penyokong kuat mana-mana pihak. dalam fikiran saya, masing-masing membawa agenda masing-masing. tapi sebagai rakyat, saya berhak memilih pihak mana yang menawarkan lebih keuntungan kepada rakyat.

rakyat sepatutnya bebas memilih tanpa ada sebarang sekatan. kalau anda rasa janji di pihak sana lebih meyakinkan dari pihak satu lagi, sila pilih. masing-masing ada pandangan sendiri, tak perlu gaduh.

pada saya, saya inginkan sesuatu yang bersifat long term, ada keuntungan jangka panjang. saya ni kategori dhaif bandar. maaf, guna perkataan dhaif. terlalu hiperbola, mungkin? tapi ini hakikat.

jangan pandang masyarakat bandar itu 'mewah'. kos sara hidup yang terlalu tinggi amat menekan.

saya ada baca satu pos dalam facebook. katanya lebih kurang begini, "orang-orang bandar, kalau tak mampu beli Audi, tak payah lah nak beli. tak mampu, buat cara tak mampu. kalau dah gaji RM1000 je sebulan, naiklah bas pergi kerja. tak payah nak beli kereta."

nampak sangat tak matangnya. atau adik ni tak pernah tinggal di KL?

dik, hatta beli kereta paling murah sekalipun, viva misalnya, masih berhutang hampir RM500 sebulan. dan, dengan jaringan pengangkutan awam yang sangat teruk di KL ni, mungkinkah semua orang mampu sampai ke tempat kerja hanya dengan pengangkutan awam? kereta atau motor dah jadi satu keperluan, bukan lagi sekadar kehendak.

katanya lagi, "bersyukurlah kerajaan dah bagi BR1M etc etc etc, apa lagi yang kamu semua mahukan?"
dik, saya ni tak dapat pun peruntukan BR1M tu. 'kaya' sangat kata mereka yang pada hakikatnya miskin bandar. dan, tak tau lah kot adik guna beras secawan je seminggu yang boleh tahan 10kg untuk setahun.

analoginya, rumah saya kena rompak dan hilang RM1000. mujur si perompak berbaik hati meninggalkan RM5 untuk saya.

bersyukurlah, kata saya...


22 April 2013

PD : Air Gula

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

InsyaAllah dah nak masuk 8 bulan dah ni. Nervous, nervous nervous. Sebulan lebih je lagi siapa tak nervous hoi! Rajin pula duk tengok video-video orang bersalin sekarang ni. Tak kisah la normal delivery ke c-sect ke. Semua menyeramkan! Keep positive. Take a deep breath. Told myself, "don't worry, lots of woman have gone through this. Woman was created to bear with all this."

Air gula. Dah dua kali minum air gula ni. Dulu masa mula-mula mengandung, ada saudara belah suami melarang, "kalau doktor suruh minum air gula, jangan mahu, tau? Nanti dia kata kita ada kencing manis. Habis tu, dah dia bagi air gula, memang la jadi kencing manis kita ni..."

Tak apa, saya faham. Ada sesetengah orang tak faham fungsi dan macam mana air gula ni bertindak, maka terus assume, "dah nama pun minum air gula, confirm lah kita kena kencing manis masa mengandung.."

Masa mengandung ni, segala jenis perkara dalam badan ni perlu di monitor. Dari jumlah platlet, hemoglobin, paras gula dalam darah. Ya, ni fungsi minum air gula tadi. Nak monitor paras gula dalam darah.

Tengah-tengah mengandung, badan perempuan ni totally change. Kalau sebelum ni tak ada kencing manis, tiba-tiba masa mengandung, ada kencing manis. Ini dipanggil 'gestational diabetis'. Gestational diabetes is caused when the insulin receptors do not function properly. This is likely due to pregnancy related factors such as the presence of human placental lactogen that interferes with susceptible insulin receptors. This in turn causes inappropriately elevated blood sugar levels (sorce: wikipedia).

As with diabetes mellitus in pregnancy in general, babies born to mothers with untreated gestational diabetes are typically at increased risk of problems such as being large for gestational age (which may lead to delivery complications), low blood sugar, and jaundice. If untreated, it can also cause seizures or still birth. Gestational diabetes is a treatable condition and women who have adequate control of glucose levels can effectively decrease these risks. The food plan is often the first recommended target for strategic management of GDM (source: wikipedia).

Hah, see? What's the impact? Biasanya kena minum air gula ni masa 3rd trimester. Dan selalunya untuk ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas.

Macam mana test air gula ni diambil?
Malam sebelum minum air gula tu, dalam pukul10 malam, dah start puasa. Tak boleh makan, tak boleh minum.
Esok pagi-pagi di klinik kesihatan, nurse akan ambil sampel darah pertama. Sebelum minum air gula. Lepas tu, nurse akan bagi segelas air gula.

Besar mana gelas tu?
Lebih kurang regular saiz air kat Mc Donalds tu.

Lepas tu?
Sila habiskan air gula tu tanpa ragu! Rupa air gula tu macam air gula yang kat pasar malam tu. Hah, pekat macam tu la. Bayangkan.. mengalir masuk dalam tekak.
Lepas habis minum air gula, kena tunggu dalam dua jam. Sampel darah kedua akan diambil.

Kenapa saya tiba-tiba kena minum air gula sampai dua kali?
First result air gula saya tak dapat dibaca. Sebab darah ambilan kedua ada clot, darah beku. Jadi result tak berapa tepat. Dalam result tu, paras gula saya terlalu rendah. Hah see, terlalu rendah tak boleh, terlalu tinggi pun tak boleh.

Sekarang saya tengah berdebar tunggu result air gula tu. Both our families tak ada history kencing manis. Jadi posibiliti untuk saya kena diabetis masa pregnant ni agak rendah la.

Tapi ye lah, who knows, tiba-tiba saya ni tersuka sangat minum @ makan manis-manis masa mengandung ni tak pasal-pasal paras gula dalam darah, naik.

Hope not so.

Oh ya, ada yang tanya, kena buat ke Pap Smear tu?
Jawapan saya, Ya! Lebih baik kita kesan awal dari terlambat, right? So, married woman out there, sila lah buat ujian Pap Smear. Nanti saya cerita macam mana rasanya. Erk!

Ada lagi satu soalan ni dari adik saya, perlu ke ambil suntikan HPV tu?
And, yes, prevention is better than cure.

So, jumpa lagi next entry, Pap Smear @_@





16 April 2013

PD : 31 weeks!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

awww.. dah nak masuk 8 bulan dahhh minggu depan. cepatnya masa berlalu.

now baby memang suka menendang-nendang memang tak duduk diam ya Allah anak siapa lah yang lasak sangat ni. dan kat office diorang sibuk duk berteka-teki teka tekuk ular mati dalam.... laaa bakpe tah mati dalam mangkuk. dorang sibuk meneka jantina baby.

lelaki ka?

perempuan ka?

"i bet your baby must be a boy. because your face so glowing."

"rasanya anak perempuan laaa sebab perut nadia tinggi"

"anak lelaki ni.. tengok you rileks je jalan sana sini" *mak oihhh kat dalam opis ni je boleh jalan sana sini, sampai kat luar kang ada gak yang kena usung troli*

"must be a girl. because your belly looks different from **** who has baby boy"

hehe, surprise.

dan kami dah ada nama untuk baby ni. husband lebih kerap panggil baby dengan nama dia yang bakal kami namakan kalau dia duk usap perut ni. saya lebih suka panggil 'baby' setakat ni.

hari tu dah minum air gula. tapi result still tak dapat tahu sebab second darah tu ada clot. so kena pergi minum air gula lagi this weekend hai lah!

pasal air gula tu nanti saya cerita ye. rasanya sangat sedap hingga menjilat gelas -_-"

promise!

dan hari tu ada buat ujian Pap Smear kat HUKM. alhamdulillah, bebas dari kanser serviks.

owww pasal pap smear ni pun kena buat satu entri, kot? tapi segan pula nak cerita. urmmm~

dan paling latest sekarang ni,



dah tak muat.

adakah ini petanda saya boleh beli yang baru?




12 April 2013

Buku Merah Jangan Lupa Bawa!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

susulan dari entri yang lepas, pasal slipped disc tu, ramai yang bagi komen, mendoakan dan bagi semangat.

thanks kawan-kawan! yaaa hidup harus diteruskan, yay!

ok, enough. jangan berperangai macam kanak-kanak. tahu lah ada kanak-kanak dalam perut. duh!

ok, dah bakpe banyak sangat ok di permulaan ayat ni? baiklah, baiklah kita tukar kepada baiklah. semua yang mengandung, yang check up kat klinik kerajaan, sure ada buku merah, kan?

ye, buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh, cewah menyanyi chakpong lak dia. tersedak hanin -_-"

kalau tak buku merah pun tak kisah lah warna apa asalkan buku yang merekodkan kesihatan ibu & baby sepanjang tempoh kehamilan. bakpe la dia panggil buku merah walhal kaler pink. patutnya panggil buku pink.

mula-mula saya ceritakan pengalaman saya buat buku merah ni, ok?

dekat dengan rumah sewa sekarang ni, ada sebuah klinik kesihatan yang baru dibuka yang teramatlah cantiknya. namanya klinik kesihatan cheras. maka oleh sebab saya tinggal berhampiran kawasan tu, maka haruslah saya book untuk check up setiap bulan di situ.

makanya puaslah saya menggoogle nombor telefon klinik itu. yaaa, sebagai persediaan, saya nak call dulu untuk tanya what to bring along kang main sergah je dokumen tak cukup buat penat je -_-"

google punya google tidaklah kejumpaan nombor telefon klinik itu. maka saya pun cuba telefon klinik kesihatan bandar tun razak. konon sebab, eh, dekat juga klinik tu dengan rumah.

nurse : hello, klinik ibu & anak bandar tun razak
saya : hello, saya nadia, saya nak tanya lah. saya dalam proses nak buat buku merah. macam mana ye? perlu ke saya datang klinik terus atau macam mana?
nurse : puan tinggal di mana?
saya : di taman *****
nurse : oh, kalau puan tinggal di situ, puan kena check up di klinik kesihatan cheras.
saya : oh, ye ke? kalau macam tu, boleh bagi saya nombor telefon klinik kesihatan cheras?
nurse : (bagi nombor)

hah, see? kita hanya boleh check up di klinik kesihatan yang cover area rumah kita. even saya rasa klinik bandar tun razak tu pun tak ada lah jauh mana, tapi still, kena pergi klinik yang cover your area.

unless, u prefer to check up at private. den tak mampu heh!

lepas call klinik kesihatan cheras, dia suruh datang untuk set tarikh appointment. huh, datang hanya semata-mata untuk set tarikh appointment? nak buat cemano kan? dah nak bondo free, terimo je lah kan?

then I went to klinik kesihatan cheras. dia bagi tarikh appointment next week dan list of documents needed.

here the list:
- your IC
- your husband's photostat IC
- sijil kahwin
- bil elektrik / air terkini (this is to confirm your living area covered by the clinic)





bila kena buat buku merah ni?
bila-bila.. bila-bila dah confirm mengandung insyaAllah. macam saya hari tu, dah 2 kali pergi check kat private clinic, then minggu ke-8 buat buku merah. selalunya minggu ke-8 dan ke atas la dah boleh buat buku merah.

apa pentingnya buku merah ni?
- ada sesetengah orang tak prefer pun untuk check up di klinik kerajaan, selalunya sebab layanan & servis. its up to you guys. nak pergi klinik swasta pun boleh tapi sila sediakan poket yang tebal. dua kali saya pergi private clinic, dua-dua kali kena caj more than RM100. tak sanggup makkk. so untuk cheapskate macam saya, sila lah buat buku merah.
- buku merah ni selalunya amat berguna masa emergency. 40 minggu tempoh kehamilan tu sangatlah panjang walaupun kita rasa macam, eh, sekejapnya? jadi dalam masa 40 minggu tu ada banyak posibiliti boleh berlaku. untuk sesiapa yang alhamdulillah tak ada problem sepanjang kehamilan, tahniah. tapi untuk mengelakkan apa-apa yang buruk di masa akan datang, buku merah ni penting!

kenapa?
- sebab kalau tiba-tiba ada kes yang tak diduga, contoh macam tetiba kena masuk emergency, sebab tumpah darah atau apa-apa komplikasi pada ibu @ baby, so buku merah tu amat perlu untuk hospital mana-mana yang kita pergi emergency tu, tau keadaan kita sepanjang tempoh kehamilan. dah nama pun emergency, kita tak boleh expect, kat mana emergency tu akan berlaku. mungkin masa kita tengah bercuti nun jauh kat sabah sarawak? jadi kita tak boleh nak mengharap kita dapat ke klinik @ hospital yang biasa kita buat check up.
- ada juga private clinic yang akan bagi sort of rekod pemantauan sepanjang kehamilan. kalau ada rekod tu pun, dah ok sebenarnya. cumanya, kalau ada any complication masa nak bersalin dan private hospital @ clinic tak boleh handle, diorang transfer ke govt hospital, tahan telinga aje lah ye kalau tetiba kena marah @ perli dengan nurse?

jadi, pastikan ada buku merah @ any rekod sepanjang kehamilan. make sure bawa dalam handbag setiap masa! eventhough kita macam relaks takde problem but anything can happen kat orang mengandung ni. macam-macam benda yang dikategorikan sebagai EMERGENCY boleh berlaku.

so, till then pasal buku merah ^_^v







20 February 2013

Pregnant Mommy & Slipped Disc

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

this proud pregnant mommy baru je check up dengan doktor ortopedik hari isnin lepas. dan tadi baru balik dari fisioterapi.

saya adalah salah seorang tuan badan yang menderita, eh, hiperbola sangat perkataan menderita tu. ok, saya adalah salah seorang yang menghidapi slipped disc. bukan disc yang kome duk pasang kat radio tu. ewah, kome. cakap perak ler pulak ye?

saya dah rasa slipped disc ni lebih kurang sejak tahun dua kat UTM. lebih kurang 6-7 tahun lepas. yaaa, quiet long time ago. eh rasa macam dah tua sangat bila kata 6-7 tahun lepas tu padahal rasanya baru je tinggalkan UTM.

ok, saya dah explain benda ni dalam entri yang ini.

dan doktor pernah cakap, kalau saya kahwin, saya susah nak mengandung.

ermm, bukan susah apa, takut saya mengalami kesusahan masa mengandung. bukan bermakna tak boleh mengandung langsung.

lokasi slipped disc betul-betul berada di kawasan rahim saya. jadi pembesaran baby mungkin akan menyebabkan saya sakit. ada kemungkinan untuk bed ridden bila kandungan dah masuk 6-7 bulan. sebab sakit ni bila menyerang, saya memang langsung tak boleh bangun. terbaring aje.

dan ibu saya, risau dengan keadaan saya, pernah mencadangkan kepada saya supaya tak perlu berkahwin. sebab khuatir tak ada lelaki yang boleh terima isteri yang tak boleh mengandung. saya faham. itu adalah kerisauan seorang ibu.

pada saya, Allah Maha Mengetahui. Dia tahu siapa jodoh saya. orang tu boleh terima ke tak, dan macam mana situasi saya semasa mengandung. Dia akan tolong. saya percaya yang itu.

jadi sebelum kahwin, saya memang terangkan pada bakal suami satu-persatu, apa jenis penyakit yang ada dalam badan saya. dan kenapa saya memang ke hospital hampir tiap bulan. saya kata, kalau dia tak boleh terima, saya redha. tak perlu kahwin.

dan masa ayah buat interview dengan suami (masa tu bakal suami), ayah pun dah terangkan keadaan saya. dan suami kata, dia faham dan dah tahu situasi saya.

then move on, saya ditakdirkan mengandung. lebih kurang 4-5 bulan lepas kami kahwin. mula-mula saya memang sangat seronok. tapi tak berapa saat, saya terfikir, macam mana keadaan saya masa sarat nanti?

lepas kahwin, saya masih sambung fisioterapi. dan terapist saya selalu bagi soalan, dah mengandung? dan bila saya betul-betul dah mengandung, terus dia tukar jenis terapi. dan segala jenis nasihat dia bagi. untuk penjagaan diri saya sepanjang waktu mengandung.

ye lah, orang biasa yang normal pun teruk sakit belakang masa mengandung apatah lagi saya yang memang dah sedia sakit belakang ni.

saya bersyukur. sebab ada terapist yang sentiasa kontrol keadaan saya. dan saya tambah-tambah bersyukur, sejak mengandung ni saya belum diserang sebarang sakit belakang.

sampai doktor pun tanya saya hari tu, "ada rasa sakit belakang tak setakat ni?"

"alhamdulillah, setakat ni tak ada.."

doktor tengok perut saya dah membesar dengan jaya. "bagus kalau tak ada rasa sakit belakang. tapi kalau tiba-tiba lepas ni terasa sakit, cepat-cepat pergi emergency, ok?"

angguk.

"awak tak ada masalah untuk bersalin normal. setiap perempuan memang dicipta untuk mampu melawan rasa sakit bersalin. walaupun awak ada masalah slipped disc, tapi insyaAllah tak ada masalah bersalin normal."

lega.

dan next appointment, 2 bulan dari sekarang. ye, saya masih bertuah sebab sentiasa dipantau rapi oleh doktor dan terapist. setiap kali buat fisioterapi pun, terapist akan bagitau, "akak kalau rasa tak selesa atau penat, tak perlu paksa sangat, ye? slow slow.."

jadi,

kepada mereka, terutama perempuan, kalau ada penyakit yang memungkinkan anda tidak mampu mengandung, ingatlah, semua ini rahsia Allah. Dia lebih tahu bila, macam mana, dan apa keadaan yang sesuai untuk kita, yang terbaik untuk kita.

terima kasih suami sebab sentiasa buatkan kerja rumah.

teheee~


14 February 2013

Daddy won't be jealous anymore. Maybe?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

lepas kes baby duk moving tak berhenti semalam, i told my husband. and he get jealous. ingatkan dia cemburu main-main rupanya memang dia cemburu betul.

lepas balik kerja malam tadi, dah nak tidur ni, baby still don't want to stop moving. seronok sangat agaknya dia nak bagitau ibu ayah dia, "i'm here! here!"

tiap kali dia bergerak, saya akan cakap, "hah, bang. tu dia. dia gerak!" dan encik suami cepat-cepat letak tangan kat perut saya. tapi hampa. sebab gerakan baby sekilas aje. tak sempat encik suami nak rasa.

"hah, bang! dia gerak lagi!" still tangan si ayah tak dapat rasa. hampa lah beliau. hee~

sampailah langsung tak ada pergerakan. "baby tidur agaknya, bang."

encik suami letak je tangan dia di atas perut saya. "buat macam ni baru abang dapat rasa bila dia bergerak. abang takkan terlepas dah macam tadi."

beberapa minit.

"tak ada pun baby gerak" kata encik suami.

"kan sayang kata, baby dah tidur. biarlah dia tidur. dia tahu lah malam dengan siang kot."

"eh, baby tidur ke?"

"mimpi pun iye.."

encik suami tak nak percaya cakap saya.

baby masih tak ada pergerakan. "ala, mana baby ni. masa ayah nak rasa dia tak ada pula.." nada merajuk lah, kot?

encik suami tepuk lembut perut saya. "baby, bangun lah. gerak lah.."

saya hanya mampu ketawa. kesian pun ada. "nanti baby dah besar sikit, boleh lah abang rasa."

encik suami masih tepuk perut saya dan tiba-tiba ada pergerakan.

"hah hah! tu dia. dah bangun. abang lah ni.."

tapi still, each time baby gerak, saya akan sebut, "hah, tu dia!" sampai encik suami kata, "sayang diam la.. tiap kali sayang bercakap abang bukan rasa baby, tapi perut saya bergetar sebab sayang tengah bercakap.."

ok ok. saya diam. "ok, tiap kali baby gerak, sayang cuit abang."

"ok"

dan tiap kali saya rasa pergerakan baby, saya cuit encik suami.

"hah, tu dia!" encik suami excited. beliau letak telinga pula di perut saya, "abang nak dengar.."

tiba-tiba baby tendang betul-betul kat telinga encik suami. saya dah tak mampu tahan ketawa terbahak-bahak. "adui, dia tendang telinga abang."

bukanlah sakit pun, tapi mungkin terasa geli-geli macam tu.

pagi tadi lepas subuh dia tak berhenti berpusing-pusing. apa lah yang dibuatnya. saya rasa nak ketawa pun ada. terasa geli dalam perut.

dan petang ni dia diam. tidur agaknya.

haa.. yang ni ikut perangai ayah dia.

tidur petang.





13 February 2013

I can feel it!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

saya di pejabat, macam biasa, semalam. tengah duduk menghadap komputer, tiba-tiba saya terasa satu getaran halus dalam perut. dan tiba-tiba rasa 'blup'! macam ada bola getah menghentam dari dalam perut. makin lama makin terasa. blup sana, blup sini. lepas tu, dug dug, dug dug. ace try letak tangan korang kat area jantung dan rasa getaran jantung korang. lebih kurang macam tu lah rasanya.

saya macam, eh, ini ke rasanya baby bergerak? saya diam sekejap. dan saya google.

pergerakan awal baby mungkin tak dapat dirasakan oleh ibu yang baru pertama kali mengandung. rasa macam libasan angin. yang halus. tapi ni saya rasa bola getah menghentam perut!

saya tanya kawan, beliau gelak. ceh! katanya, betul lah itu baby's movement. rasa macam angin blup blup pun ada gak. rasa macam nak kentut pun ada gak. tapi anginnya tak keluar.

so funny, ok. i got confuse here.

pagi tadi, lepas hantar suami ke pintu, saya tidur semula. ye, saya tahu sangatlah tak bagus tidur lepas subuh. maafkan saya tapi kemengantukan gagal dibendung.

baru terlelap dalam 5-10 minit macam tu, tiba-tiba bola getah tu menghentam lagi, disertai getaran halus dan denyutan-denyutan yang saya rasa macam jantung saya kat perut! ok, baby. ibu tahu baby nak kejutkan ibu sebab tidur lepas subuh -_-"

terus saya tak jadi tidur, saya usap perut dan bercakap dengan baby. haha. rasa macam entah apa-apa bercakap sorang-sorang. tapi orang kata elok bercakap dengan baby dalam perut. so baby tu tahu dia disayangi. :">

makin saya usap, makin perlahan hentaman 'bola getah' tu. haha. dan saya terlelap sebelum 'bola getah' menghentam semula lebih kurang pukul 9.30 pagi. ok, fine. ibu bangun. thanks, sebab jadi alarm untuk ibu ^_^

dan di office dia makin kerap bergerak. tadi masa short meeting dengan group lead, dia tak berhenti berpusing-pusing dan saya terpaksa sentiasa mengusap perut. dalam hati bisik, baby jangan bising ibu tengah meeting. kadang-kadang saya rasa nak ketawa sebab, geli dalam perut!

masa solat asar tadi, saya baru nak rukuk dan tiba-tiba 'pupp!' satu tendangan menyinggah. alamak. saya tersenyum automatik. haha. adoi.

ye, sayang. ibu tahu you are doing very fine there. be active because i'll always waiting for your tendangan-tendangan bola getah. ayah get jealous and said, "abang nak rasa juga..."

bakal atlit, kot?

:)


09 February 2013

Hand Made Handbouquet

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


dalam sejarah dulukala, pengantin perempuan masyarakat cina akan memegang buah epal. signifikannya, bagi menenangkan si pengantin yang dah pastinya berdebar-debar menanti saat dinikahkan.

jap

dah macam taip karangan bahasa melayu untuk SPM.

dalam dunia serba mencabar ni, cewah, kita haruslah ada misi dan visi untuk memajukan diri sendiri. cewah sekali lagi -_-"

kisahnya bermula masa saya nak kahwin dulu. bukan main lagi bersungguh-sungguh google cara nak buat handbouquet ni.

dah siap dah 3,4 kuntum. tapi akhirnya terkubur di pertengahan jalan. semuanya pasal konon saya ni pengantin nak DIY semua benda sendiri tapi masa tak cukup untuk diri sendiri.

dengan lambakan kerja yang menumpuk. ok, kita tak nak cerita pasal kerja kat sini.

sudahnya, dek kerana teringin sangat buat handouquet, maka handbouquet direalisasikan lepas kahwin. bukan untuk saya kawen.

tiba-tiba ada seorang kawan ni request bunga tangan untuk hari pertunangan beliau. maka terhasil lah ini,

 ok, jangan konfius, kat bawah tu bukan pemegangnya. tu pasu. er, ye, pasu lah kot, kan?



 pandangan atas. nampak macam colourful betul eh?




alang-alang saya dah buatkan untuk kawan, maka suami minta saya buatkan bunga tangan untuk adik ipar menikah hari tu.

saya rasa nak try bunga lain, maka terhasil roses ni,




 adik ipar yang minta combination merah putih. baju warna kuning katanya.




 ni pandangan atas




bunga saya hantar sendiri masa hari nikah mereka. tapi bunga ni dipakai untuk bersanding. saya masih tak dapat gambar dari pengantin.



dan ingat lagi cerita kawan yang bertunang kat atas tadi tu? dia minta buatkan bunga tangan untuk hari nikah dia pula. dia tak kisah warna apa. tapi katanya warna baju nikah adalah putih. 

saya membayangkan sejambak ros merah yang nampak 'segar' digabungkan dengan warna putih yang bersih. nampak menyerlah.

maka jadilah ini,

 full bouquet of red roses

saya sekadar buat secara suka-suka, demi memenuhi impian kahwin saya dulu. tapi sekarang makin seronok pula. dan saya buat bunga ni di masa lapang, kerana minat.

jadi kalau ada antara kawan-kawan yang rasa nak bunga tangan di hari bahagia, boleh tempah, emel ke saya,

nadiafitrihavez@gmail.com

boleh pilih warna. jenis bunga pun boleh saya usahakan.

tak semestinya untuk bunga tangan, projek saya sekarang...





pemegang langsir. 


dan pelanggan pertama adalah ibu saya. ibu serahkan kepada saya untuk design macam mana. yang dia tahu nanti dah siap aje.

baiklah, ibu yang sangat supportive.





01 February 2013

PD : Hunger Management

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

apa kau ingat anger je nak kena manage? this hungry woman also need to manage the 'hungerness' y'know?

saya bekerja dari jam 12 tengahari sampai 9 malam. ye, tak macam orang lain. 9-6 atau 8-5 atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. biasanya lunch hour adalah pada 12 atau 1 tengahari kan. kalau dah nama pun timetable kerja berbeza, waktu 'lunch' pun berbeza. 'lunch' hour kat sini dari jam 5 petang sampai 6 petang. biasa kami tak sebut lunch. gilo ko hapo. either break, or dinner break. nak kata dinner pun too early kan.

oleh sebab perut saya ni dah biasa makan ikut time, breakfast, lunch, dinner without skip! maka, dengan timetable baru ni, saya pun kena ubah jadual makan.

apatah lagi si kecil yang tengah membesar dengan jayanya ni sangatlah sentiasa membuatkan ibunya kelaparan.

sekarang baru saya faham kenapa meja-meja ibu mengandung kat office tu mesti penuh dengan makanan. because it happens to me too!

bila dah kerja masuk tengahari, saya ada lah sikit masa nak memasak kat rumah. lagipun malas nak makan kat luar. kat sini mahal! tengok, kos sara hidup kat KL memang teruk -_-"

jadi bangun pagi, lepas tengok suami bersiap pergi kerja (tengok je?), saya akan makan obimin. ini penting ye. kena makan masa perut kosong.

lepas tu saya start masak. ye, masak. masak nasi dan lauk. untuk dimakan sampai malam.

lebih kurang pukul 9.30 pagi baru saya breakfast. makan nasi dan buah-buahan.

bersiap pergi kerja, tapau bekal makanan. saya tapau 2 bekas nasi.

kenapa 2 bekas?

1 bekas untuk pukul 1 tengahari (lunch), 1 lagi untuk 'mengunyah' dari pukul 3 petang sampai 7 malam.

ye, mengunyah. saya terpaksa mengunyah nasi. sebab kalau sekadar biskut, roti etc etc, sangat tak memuaskan perut. saya akan pening, lapar, loya dan nak muntah semula.

walaupun lunch hour bukan pukul 1 tengahari, tapi saya terpaksa makan juga. dah lapar ok. boss pun hanya mampu pandang saja. hehe.

biasanya saya akan bergilir makan setiap setengah jam. mula-mula makan nasi 3-4 suap. setengah jam lepas tu makan buah 3-4 potong. sejam lepas tu makan nasi lagi 3-4 suap begitu la sampai bekalan saya habis. biasanya akan habis dalam jam 7 petang.

inilah namanya makan dengan kerap. ye, kerap. sikit tapi kerap.

oleh sebab saya makan sikit je maka boleh lah dengan senang hati makan di meja sendiri. perlu diingat, makanan yang melampau baunya seperti tempoyak, budu, dan seangkatan dengannya haruslah dielakkan. tak memasal ada yang singgah minta sikit atau yang tutup-tutup hidung menahan lapar. ceh!


inilah contoh bekalan makanan saya. 

hari ni saya tak sempat tapau. maka terpaksa, terpaksa turun beli makanan kat subway.

tu pun tak cukup.

patut beli dua.

satu untuk sekarang, satu untuk masa depan.

ye, masa depan (baby)

^_^v



31 January 2013

PD : Jantina Baby

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

fuhh fuhh

*drum roll*

sebelum tu, meh kita tengok sikit petua orang tua-tua nak tau jantina baby. (sumber : blog Shakina Farhan)

*tulisan oren tu apa yang saya alami*


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Bentuk perut condong ke arah bawah
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk
Tangan selalu kekeringan
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
Hidung tampak lebih mekar
Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil - *mine, now! 2nd trimester
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


so, agak-agak yang dalam perut saya ni lelaki ke perempuan?

jawapannya..


jawapannya...







tiada jawapan...

tehee~

tiap kali scan dan doktor halakan kat bawah, mesti bontot dia menghalang, lepas tu kaki tutup rapat-rapat.

pemalu rupanya. eheh.

macam ibu dia.

eh.



30 January 2013

PD: Hidung Tersumbat

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

nak cerita yang mana satu dulu ni?

ok, blocking nose lah.

saya memang selalu alami hidung tersumbat. sebelum kahwin, lepas kahwin, dan it getting worse during this pregnancy.

sampai semput-semput berjalan tak cukup nafas. letih cuba sedut nafas.

mulanya saya ingat, saya selsema, kot? atau pun, saya ni memang selalu hidung tersumbat, jadi tak ada lah rasa benda tu pelik.

tapi bila dah hari-hari tersumbat, lepas tu rasa macam penuh sangat benda lekit-lekit dalam hidung ni, saya start google. bertuah mak-mak sekarang, tak tau je google.

then, saya jumpa ini, "Higher amounts of estrogen during pregnancy can contribute to swelling in the mucous membranes lining the nose and even cause you to make more mucus. What's more, the amount of blood in your body increases during pregnancy, which may cause swelling in the tiny blood vessels in the lining of your nose and congestion in the surrounding tissue. Other hormones may also play a role."

ok, terima kasih estrogen. again, i blame hormones :D (because i blame hormones also for my sudden jerawat berjemaah tumbuh melata)

setiap kali bersin, mesti sakit area bawah perut. nurse nasihat, tiap kali nak bersin atau batuk, tampung perut. untuk kurangkan risiko keguguran dan kurangkan sakit bawah perut tu.

ye, walaupun dah masuk minggu ke-20, risiko keguguran tu tetap ada. so, sentiasa lah berjaga-jaga. JANGAN angkat benda berat, (lagi-lagi saya memang ada back pain).

dan saya ada terbaca, ibu mengandung tak boleh relief kan hidung tersumbat tu dengan vicks yang cucuk kat hidung tu.


hah, menda alah ni lah. then saya perlu cari cara untuk selesakan rongga hidung. sebab bernafas pun dah pendek, maka sesak nafas itu amatlah menyeksakan!

makanya, tadi baru saya terfikir satu solution. saya ambil air panas, letak dalam cawan. saya sedut wap air panas tu dalam keadaan berselubung. macam tok-tok bomoh berselubung masa perasap kemenyan tu. pandai-pandailah korang imagine ye? oleh sebab saya kat office, maka saya guna blazer saya untuk berselubung.

agak berkesan juga lah. dulu saya selalu letak vicks dalam air panas macam tu, tapi since saya takut ianya bahaya, saya guna air panas semata-mata.

boleh laa.. agak selesa lah. barulah mukus-mukus tu mencair dan saya mampu bernafas dengan baik sikit.

sekarang,

mukus ni tak nak berhenti mengalir pula!



oh, helpp!






22 January 2013

Duduk KL Maknanya Orang Kaya, kah? Tak Usah Berlagak Sangat.

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

fuuu~ tajuk macam emo. oh no good no good. emosi yang tak stabil akan merencatkan pertumbuhan otak bayi.

tak baby. ibu tak emo pun. don't worry, ok?

kita lari sekejap dari cerita pasal mak-mak ni.

saya, sebagai orang KL, yang memang sejak lahir duduk kat KL, tak rasa pun macam, "wah, aku orang KL makanya akulah orang paling kaya muahahaha" gelak jahat.

even mereka-mereka yang tinggal di kampung pun, akan pandang, "wahhh nabbb.. anak ko keje kat KL? husyy banyak duit tuuu.." kata makcik mah sambil sinsing lengan. eh, macam nak gaduh lah makcik mah ni.

hakikatnya, hakikatnya, ramai yang terlepas pandang.

ye, memang kat KL ni baaanyak rumah besar-besar, orang pakai kereta besar-besar.

tapi, sebagai orang yang berpendapatan sederhana macam saya ni, ye, macam saya ni, memanglah, konon gaji ribu-ribu sebulan. tapi tolak sewa rumah, duit kereta, duit minyak, duit tol, duit parking bulanan, duit LRT, duit belanja makan kat office (yang mencekik lebih RM10 sehari), paling-paling bersih dapat tiap bulan RM400. cukuplah untuk untuk belanja barang dapur sebulan.

nak beli rumah sendiri? pejam mata aje lah. harga rumah sangat mencekik. harapanlah kalau dapat jumpa rumah harga bawah RM100,000 kat KL ni. yang ada nuuu kat pinggiran kota. cari lah area kuala selangor nunnn. haa satu hal nak pergi kerja kan, jauh.

kalau duduk di kampung, kerja di kampung, rumah sendiri, tanah sendiri, kereta second hand pun, bayar cash takde hutang, duit hasil pendapatan bulanan tu dapat bersih. nak makan ayam, tangkap kat bawah rumah. nak makan ikan, tuuu kat kolam belakang rumah. nak serai, daun kunyit, halia, lengkuas, limau semua petik je kat luar rumah.

beli rumah pun tak semahal kat KL ni. RM100,000 dapat banglo sebijik.

bahagianya hidup.

sebab tu masa balik kampung hari tu, saya nampak adik ipar saya, dah pakai phone Samsung S3.

haaa.. kau ado?

ada kereta pun, hutang.

03 January 2013

Anak-anak dan Solat

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tiba-tiba saya terfikir benda ni. sejak dah pindah shift kerja, 12pm - 9pm, empat waktu solat saya di pejabat, zohor, asar, maghrib, isya'.  plus tengah mengandung, memang tak ada lah saat-saat bendera merah sebulan sekali.

mula-mula saya teringat seorang kawan, guru, mengajar waktu petang. mesti waktu zohor, asar, dan maghrib perlu settle kan kat sekolah.

bila teringat guru, saya teringat anak-anak murid.

macam mana saya curi waktu untuk solat masa sekolah dulu, ye?

masa sekolah menengah, waktu zohor saya solat masa rehat. waktu asar, in between waktu kelas. minta izin cikgu. selalunya cikgu akan bagi. kena pandai-pandai set timing. janganlah time cikgu tengah serius, korang minta izin pergi solat. selalunya paling senang minta izin solat, masa subjek pendidikan islam. confirm ustazah bagi lepas.

tapi masa sekolah rendah?

masa sekolah rendah..

masa sekolah rendah..

ohh masa sesi petang, belum pandai solat lagi. dah masuk sesi pagi, darjah 5, 6, baru tau macam mana nak solat.

jadi...

jadi..

saya berazam untuk ajar anak saya solat sejak kecil.

tapi...

saya dan ayahnya yang terlebih dulu kena amalkan perkara yang baik masa mengandung ni.

well, baby, ibu harap kamu kuat menghadapi dugaan akhir zaman.

aminnn.