Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 June 2013

PD : Blood Spot

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

28 Mei hari tu, sebelum tidur, ada blood spot dan lendir. Serta-merta mesej kawan yang pernah bersalin. Katanya tu salah satu tanda lah tu. Pergi hospital, cepat!

Ye, beliau kata, cepat!

Maka, saya dan suami bawa turun barang-barang, terus ke hospital. Tengah malam.

Saya kata kat suami, "Tercapai cita-cita abang nak pergi hospital tengah-tengah malam. Tak jem.."

Dalam hati saya tak putus-putus doa Nabi Yunus.

Lepas doktor buat CTG dan check bukaan serviks, "Masih 1cm. Puan balik dulu. Kalau ada turun air ketuban atau kontraksi yang kerap atau baby kurang gerak, datang ke hospital semula, ye?"

Ok. Baby saje buat ibu ayah dia cuak. Hisyy no good.

Next two days, blood spot datang semula. Saya tak terus pergi hospital. Saya call sahaja. Doktor masih kata perkara yang sama. Air ketuban, kontraksi atau baby kurang gerak.

Dan hari ni, kontraksi dah mula makin terasa hampir setiap jam. Dia dah tak berapa nak main-main dah. Hampir tiap dua jam saya terasa kontraksi.

Just be prepared. Saya masih di rumah baring-baring, jalan-jalan, relaks-relaks, kumpul tenaga.

Kontraksi datang setengah jam sekali nanti baru ke hospital. Lagipun dari rumah ke hospital dalam 5 minit sahaja.

Semalam masa check up di Klinik Kesihatan, nurse kata, "Minta maaf dengan suami, minta dia halalkan semua makan minum pakai..."

Balik tu, terus saya bagitau suami. Ampunkan saya, halalkan makan minum semua.

Air mata dah bergenang.

Dan pagi ni, saya terdengar dalam doa lepas subuh beliau, "Ya Allah, permudahkan isteriku bersalin. Selamatkan isteriku dan anakku."

Air mata dah jatuh saat aminkan doa.

Semoga Allah permudahkan semuanya.

Di kesempatan ini, sementara masih di rumah, masih boleh online dan menaip ni, saya nak minta maaf pada semua yang membaca. Kalau ada antara tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa.

Maafkan saya.

:)



No comments:

Post a Comment