:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
entri yang dijanjikan. sila-sila baca.
Pap Smear.
dulu sebelum pregnant serius tak tahu apa ke benda nye lah pap smear ni. see, mengandung pun menambah ilmu. lepas mengandung memang kerja ni duk meng'google' what the do's and dont's.
pap smear ni ujian untuk tahu kita ada kanser serviks ke tak. macam nak kenalpasti breast cancer, kita buat ujian mamogram. serviks - pangkal rahim.
kanser serviks ni kanser kedua yang kerap menyerang wanita selepas kanser payudara. eh ada gaya iklan suntikan HPV tak? hehe~
suntikan HPV tu pulak untuk cegah kanser serviks. begitulah lebih kurang.
dah nama pun kanser serviks (pangkal rahim) maka test yang perlu dibuat pun kat area situ lah kan.
cara?
doktor akan suruh kita baring, posisi macam nak bersalin. doktor akan sapukan ubat kebas macam selalu disapu kalau nak buat injection tu. dan masukkan speculum dalam faraj.
hah, ni speculum. ala-ala mulut itik angsa gitu. untuk buka faraj rasanya. masa doktor masukkan benda alah ni, mula lah terfikir, eh, benda ni ke yang diorang duk kata seluk-seluk nak check bukaan laluan baby dah berapa cm? entah tak tau saya. tapi diorang kata seluk dengan jari. ngeri ok! masa doktor masukkan speculum ni tak ada lah rasa sakit. sebab dah kebas area situ kan. cuma rasa macam ngilu. hah tu je la.
lepas tu doktor akan ambil sampel tisu dari kawasan berkenaan.
dan siap. mudah? memang mudah. tunggu result seminggu lepas tu.
alhamdulillah saya bebas dari kanser serviks. cadangnya lepas bersalin nak ambil suntikan HPV tu. prevention is better than cure.
oo..ms preggy pon leh wat eh.. kt gomen ke private g?
ReplyDeletecik puan tqah>>
ReplyDeletehaah boleh buat pap smear masa preggy ^_^ ni pun buat sebab doc yang suggest lepas ada keputihan melampau.. takut ada apa2 jangkitan.. huhu~
Ujian ni wut dkt mn?HUKM juga ke?or luar dr HUKM.
ReplyDeleteSalam,sorry menggangu..masa puan wut ujian ni dekat HUKM or luar?result dpt dlm seminggu ke? sbb nk taw.de gak wut kt HUKM dh lebih sbln tp xde result pn lg.
ReplyDeleteNurina Nasir>
ReplyDeleteBuat di HUKM juga.. kalau dah sebulan tak ada result tu means puan bebas dari marabahaya insyaAllah ^_^