Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

28 February 2010

Kejadian yang tak ingin kita baca

See people, I don't know where is the mood for blogging. Maybe I was thinking about lots of problem lately, lots of assignment to do. Ouhh my spirit, please come back.

Dear blog *ececeh, biasa orang tulis, 'Dear Diary'*, ada satu kejadian yang tak diingini happen to me and my sis on the way back to Kuala Lumpur, 11th February 2010. Konon-konon nak buat surprise kat ibu and ayah. We did not tell them that we will going back at that night. There were three of us. Me, engineer tupperware my sis, and her friend, Cakir. And to my dear daddy cool and hot mommy, this is the true story. Nadia minta maaf banyak-banyak sebab tak bagi tau cerita sebenar. Nadia cuma tak mahu ayah and ibu risau sangat-sangat masa tu. Sori sori sori. Nadia minta ampun.. :'(

Me and cakir drive gilir-gilir. Masa kejadian, Cakir was driving. It happens at Seremban, kilometer 286.9 arah Utara. I was sleeping at the back. Engineer tupperware jadi co-pilot. Suddenly, my enjin bunyi macam lain. I terjaga. Cakir terus bawa kereta ke tepi. I asked him, "kenapa syakir?". Syakir answered, "entahlah kak." My baby car cannot be started. Lampu signal bateri kat dashboard menyala. Takkan bateri habis, I guess. Sebab bateri kereta tu baru tukar last 6 months. 6 months? Err… tak terlalu lama kan. Kalau tak silap, bateri kereta tukar dalam 2 tahun sekali. Eh, ye ke? Hehehe tau drive je. Tak reti nak jaga kereta. Ok, nadia. Lepas ni kena belajar jaga kereta. Tengok-tengok enjin tu. At least, ok, at least u have to know basic about the car.

I dah mereng-mereng tak tau nak buat apa. Teringat pasal PLUS ronda. I call Hafiz, ask for the number of PLUS ronda. He said, tengok kat belakang tiket tol tuh. Ok, got it. Call PLUS ronda, orang operator tu memang sangat baik, operator sahaja, ok. Bagus. Tunggulah abang PLUS ronda tuh. Then, sementara-sementara tunggu diganggu oleh orang-orang yang bertindak konon baik-macam-nak-tolong-aku-tapi-hampeh.

Aku pun tak tau dari mana orang-orangan ni tau kereta aku rosak kat Seremban tu. Bermula dengan dua orang india yang menaiki kelisa.

Orang itu : Kenapa ni, dik?

Saya : Tak tahulah. Kereta tak boleh start.

Orang itu pun suruhlah buka boot depan, start kereta, dia tengok dalam tu.

Orang itu : Oh, timing belt putus ni, dik.

Saya : Abis tu macam mana?

Orang itu : Biar kami tarik kereta adik ni sampai bengkel kami. Nanti settle kat sana je.

Orang tu siap bagi business card dia.

Saya : (Dalam hati) Teringat pesan ayah, "Apa jadi sekali pun, ayah tak percaya orang lain repair kereta. Kalau kereta rosak, ayah hantar kat kawan ayah je."

I pegang kuat-kuat dalam hati pesan ayah tu. Tak mahu termakan pujuk India tu.

Saya : Mm.. tak pe lah. Kami dah call PLUS ronda. Kami tunggu orang PLUS aje lah. Thanks.

Orang itu : orang PLUS pun tak boleh buat apa, dik. Dorang boleh tarik sampai R&R je. Bengkel kami dekat je, kat seremban tu.

I masih tak boleh nak percaya orang tu, I tetap ingat pesan ayah. Lagipun, dia entah siapa-siapa. Kalau dia bawa tarik ke bengkel takpe. Ni kalau dia bawak tarik pergi semak-samun, dengan kitorang dua anak dara dan seorang teruna, apa lah sangat daya Syakir nak lawan dorang if anything happen kat kitorang, kan.

I bincang dengan Syakir. Pada saat ni, saya sangat bersyukur sebab ada seorang lelaki together with us. At least kami rasa selamat. I sangat blur masa tu sebab risau. Dan Syakir yang banyak tolong I buat decision. Thanks, dear. Memang lumrah perempuan akan lemah dalam bab macam ni, di tengah-tengah malam buta, tengah-tengah highway, kereta rosak.

Orang itu still tak mau berganjak. Then I told them, "Sorry, saya tetap tunggu PLUS ronda. Thanks."

Orang itu pun mengalah. Alhamdulillah, kami lega bila diorang pergi.

Kami tunggu lah orang PLUS ronda tu. Dalam 15minit macam tu, datanglah PLUS ronda.

PLUS : kenapa ni, dik?

Saya : kereta tak boleh start.

Orang PLUS tu pun cek, and the same answer, "timing belt putus."

Saya : Abis tu macam mana ni, encik?

PLUS : Malam-malam macam ni, tak ada trak tunda, dik.

I dah bingung. "Abis tu macam mana?"

"Adik kol panel trak kami lah. Tapi kena bayarlah. Sebab malam ni memang tak ada trak tunda."

I tambah bingung. Orang PLUS pun tak boleh tolong. "Ok, lah. Bagilah phone number panel trak tu." I kol orang panel trak tu. I decide tarik kereta sampai KL. Dan orang panel trak tu caj RM250. Ok, I terpaksa buat keputusan tu. Takkan nak tinggal kereta macam tu, di tengah highway?

Tiba-tiba datang polis. "Kenapa ni?"

"timing belt putus." Orang PLUS (Polis Bantuan) tu jawab.

"Dah call tow truck ke belum?"

"Budak ni kata nak tarik terus sampai KL"

"Tarik terus sampai KL? Banyaknya duit. Mampu ke nak bayar?"

"Memanglah tak mampu. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak biar kitorang kat sini tengah-tengah malam buta macam ni?" Saya jawab.

"Kita ada prosedur. PLUS sediakan perkhidmatan untuk tarik sampai mana-mana kawasan selamat yang berhampiran. Untuk kes adik ni, kita akan tarik sampai R&R Seremban. Dan perkhidmatan tu free, tak payah bayar. At least adik dah berada dalam kawasan selamat. Bukan tengah-tengah highway macam ni."

"Tadi encik ni cakap, tow truck takde malam-malam ni." saya jawab balik.

Polis tu macam pelik. Dia pandang encik polis bantuan tu. "Tak ada tow truck? Perkhidmatan tu 24jam." Tuan Polis tu dah buat muka pelik, pandang Encik Polis Bantuan.

Pastu aku tak tahu apa jadi antara diorang dua, encik polis bantuan tu bincang pelan-pelan dengan Tuan Polis tu. Aku nampak macam Tuan Polis tu marah kat Encik Polis Bantuan tu.

Lalu Tuan Polis pun kata, "adik tunggu sini, dalam setengah jam lagi tow truck akan datang, tarik sampai R&R Seremban. Kat sana, adik boleh call ayah atau siapa-siapa untuk datang tarik kereta sampai KL. Ok? Bahaya tengah-tengah highway macam ni."

"Siapa contact tow truck?"

"PLUS dah contact. Ok? Saya pergi dulu. Saya pun tak boleh lama kat sini."

"Ok, thanks." Saya senyum.

Encik Polis Bantuan tu buat muka tak puas hati. Dia pun blah lepas letak benda segitiga dekat belakang kereta i. sebelum dia blah, I tanya lagi, "Encik dah contact kan tow truck?"

"Ya, dah. Kejap lagi dia sampai. Tarik sampai R&R Seremban." Masa tu lebih kurang pukul 2.15pagi.

Kami tunggu punya tunggu sambil kira bintang. Kami bertiga dah kesejukan dan mengantuk. Kitorang masuk dalam kereta. Tidur. Syakir berjaga. Takut anything happen. Dah pukul 3pagi, still tak ada tow truck datang. I call back PLUS ronda punya hotline. Orang tu kata, tunggu kejap. Ok, kami tunggu lagi.

Tiba-tiba ada lagi orang datang nak tolong. Entah siapa. Aku berkeras tak mahu. Orang tu pun berkeras nak tolong. Last-last aku cakap, "tak apalah, saya tunggu ayah saya." Baru orang tu nak blah.

Sampai dah pukul 4pagi. I dah tertidur. Tiba-tiba ada orang ketuk cermin kereta side driver.

Orang : kereta rosak ke, dik?

Syakir : haah.

Orang : Bahaya adik duduk sini.

Syakir : kitorang tengah tunggu tow truck dari PLUS. Tapi dah 2jam. Takde pun.

Orang : Biar abang tarik sampai R&R la. Bahaya korang macam ni.

Syakir : Macam mana, kak?

Saya : tanya dia, berapa dia caj.

Syakir : berapa, bang?

Orang : Aku tak mintak bayaran. Aku ikhlas nak tolong. Asalkan korang selamat sampai R&R sudah.

Aku pun setuju. Aku tak ada pilihan lain.

Abang tu terus amik tali dalam kereta dia. Sambungkan dengan kereta i. tarik sampai R&R seremban. Bukan jauh pun. 3km je dari tempat kejadian.

Tak sempat nak bayar, abang tu blah. Engineer tupperware my sis kejar abang tu, hulur dia RM20. Tak sedap hatilah, orang dah tolong kita.

Subuh tu baru I call daddy cool.. erkk cool daddy… coollll… hee~ then daddy datang bawak mekanik. Mekanik repair kereta I kat situ jugak. Dari pukul 9pagi until 11.30malam. barulah kereta I boleh start.

Pengajaran:-

    • Tenang dan sentiasa ingat nasihat ayah

    • Jangan percaya orang yang tak dikenali tapi kadang-kadang orang yang dikenali pun tak boleh dipercayai.

    • Orang PLUS ronda pun tak boleh dipercayai. !@#$%^&*()_+{}|":?>< hampeh punya polis bantuan. Tak membantu langsung! Aku rasa macam nak report je perangai kau. Muka pun dah macam penjenayah. Tah macam mana boleh jadi polis bantuan. Kalau ada orang PLUS baca blog ni, sila tengok list pegawai bertugas pada 1.15pagi, kawasan Seremban, 12 Februari 2010. Pecat dia! Aku tau, kau mesti dapat komisen kalau aku tarik kereta aku guna panel trak tu kan? Nama panel trak tu, encik rashdan. Aku simpan lagi nombor phone dia. Sebab tu kau tak nak aku guna khidmat tow truck dari PLUS, kan? Dan kau saje aniaya aku, takkan sampai pukul 4pagi pun tow truck dari PLUS tak sampai-sampai???? Sebab tu masa Tuan Polis tu marah-marah, muka kau dah hangit pastu kau pandang aku macam nak penampar aku, kan?

    • Setiap 80,000km, korang dah kena tukar timing belt kereta korang, ok?

    • Belajar sikit-sikit pasal ragam kereta ni. at least tahu basic, ok?

    • Sentiasa ingat mak bapak korang. Bahahaha~ Pesanan diorang yang buat aku kuat untuk hadapi perkara-perkara macam ni. dan pesanan diorang jugaklah yang buat aku selalu beringat dalam setiap tindakan.

    • Lain kali, kalau nak balik, bagi tau ibu ayah dulu. Jangan ingat asyik nak buat surprise je.

Heee~ ampun ibu ayah.. wuwuuwwu~~~

……………………………….

Haaacchhooo~!

............

Haaacchhooo~! aiyokk~ terbersin suda.. nampak sangat blog ni berhabuk. tu la, lama sangat tak update.

urmm~ lately sangatlah bizi dengan ISLC '10, international student leaders conference 2010.. program ni dapat kumpulkan around 100 participants dari lebih kurang 18 negara..

masa hari terakhir program ni hari tu, sangat terharu bila ramai juga international student yang bagi feedback, "even kami ada yang dah 3-4 tahun belajar di malaysia, tapi kami tak pernah cuba berkawan dengan malaysian, tak pernah try malaysian food, tapi program ni buat kami cuba semuanya.." *sila baca dalam bahasa inggeris*

err.. mana pergi mood menulis nih..

aih~

*sigh*

Perjumpaan Bulanan bersama Naib Canselor

Perjumpaan Bulanan bersama Naib Canselor


1 Mac 2010 - Dewan Senat @ DSI - 7.45am

jom pergi jommmmm~~

20 February 2010

Kerja dan Jalan-jalan

##################################

12 February 2010 - 14 February 2010
Going home

16 February 2010 - 19 February 2010
Tasik Kenyir Expedition
for Green Environment Sustainability and Reserved Forest

20 February 2010 - 22 February 2010
Homestay Sungai Rambai, Taman Mini Malaysia ASEAN, Equatorial Hotel Malacca
for International Student Leaders Conference (ISLC '10)

23 Februari 2010 - 26 February 2010
International Student Leaders Conference (ISLC '10)
at Universiti Teknologi Malaysia

Do I have mid-semester break?

Ouh.

No.

(*_*)

......................

13 February 2010

Saya KL Girl

tiap kita ada persepsi berbeza dalam mendefinisi. sebab? sebab manusia tu berbeza, mestilah ada pandangan yang berbeza.

bercakap soal persepsi, kita tak boleh juga nak judge satu perkara, atau menuduh sekumpulan tu, tak bagus, hanya sebab kesalahan golongan kecil dari sekumpulan tu. ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

contoh, saya pun pernah je mengdefine *apa ke teruk rojak aku nih* satu benda tu, berdasarkan satu perkara kecik je. saya pernah cakap saya tak suka orang johor, sangat benci orang johor *mampuih aku kena ngan member2 orang johor ni, dah la menumpang kat johor skang ni, sangat tak sedar diri... thee~* tapi, lama-lama, saya dapat tukar persepsi saya. mm... tak kisahlah orang mana pun, johor ke, perlis ke, kedah ke, kalau baik attitudenya, baik lah dia. dari negeri mana dia berasal, tak melambangkan 'kejahatan' atau 'kebaikan; dia, kan?

contoh lagi, orang selalu kata, perempuan KL ni, so0oo0sial... huh, berasap jugak la telinga. bila ada sorang anak teruna trang tang tang bagi tau mak dia, yang dia tengah hangat berkawan ngan perempuan dari KL, mesti mak dia melenting, macam dalam cerita P Ramlee, ibu mertuaku. ihik! apa, perempuan KL ni, jahat-jahat belaka kah?

satu lagi contoh nak highlight. when you talk about indonesian, mesti semua orang dalam kepala terfikir benda-benda negatif. orang indonesia ni selekeh, tak terurus, suka buat onar kat malaysia ni. mm... tapi, cuba anda semua fikir, cerita bawang merah bawang putih yang pelakonnya lawa gila tu berasal dari mana? cerita ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, dari mana datang penulisnya? dari mana datang pengarahnya?

kenapa kita nak terus menuduh orang tu buruk hanya sebab kesalahan dari pihak lain? pada saya, tak kiralah dia datang dari planet mana pun, kalau memang hati dia baik, baiklah dia. kalau hati jahat, boleh je jadi baik kalau dia nak berubah jadi baik, kan?

kan?

fikir-fikirkan~

My Baby You

Banyak yang nak cerita tapi tak tercerita. I'm updating this blog using DiGi internet service. RM2 per day. Ayah punya fon ni. Saje gatal try. Nanti-nantilah i update. Ok? Taip guna fon tak bes r.. Hehe.. Keypad je macam komputer, tapi nak menaip cam hammmpehhh... Kekeke.. Ni on the way ke Seremban. Amik motor ayah yang tertinggal masa repair my baby semalam. Ok, people. Tata

10 February 2010

Help!

help me!

quiet stress with all these assignments.

because i know nothing.

heshh~!! i hate this!!!!!!

what are these all about?

to0 late for me to regret.

huh!

disappointed.

ISLC '10

International Student Leaders Conference (ISLC '10)

19 - 26 February 2010

Homestay Sungai Rambai, Melaka and Universiti Teknologi Malaysia

in collaboration with
Ministry of Higher Education and Malacca State Government





closing ceremony and keynote speech

by

Deputy Minister of Higher Education

Y. Bhg. Dato' Saifudin Abdullah

26 February 2010

8.00 am

Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia

all student are invited to closing ceremony!

07 February 2010

Ibu suruh kahwin tahun depan, how?

sebab terlalu kerinduan sama hot mummy, maka al-kisah hatta, saya menelefon hot mummy petang semalam. hot mummy baru pulang dari kenduri kahwin anak kak faridah *siapa kak faridah tu saya pun tak tau.. wuwuwuu... betul la pakcik fendi kata, orang KL tak kenal orang sekeliling. cait!*

makanya
*berapa banyak maka sekarang*, saya dengan penuh kenakalan menembak hot mummy,

saya: anak puan sovia deni bila pulak nak kahwin?

hot mummy: oh, dia tu, tahun depan kena kahwin dah...

auwww!! see people.. my hot mummy suruh kahwin tahun depan...

tak baik menderhaka kat ibu taw.

masuk neraka.

kan?

i teruskan lagi kenakalan i..

saya: oh, kenapa anak puan kena kahwin tahun depan? dia dah ada calon ke?

hot mummy: dia dah gatal sangat, suruh aje lah dia kahwin.

auww sekali lagi! i gatal ke?

bahahahaha~ oh my mummy, i didn't pay all your sacrifice yet, how can i leave you by marrying somebody? i want to make you happy first...

tapi kalau ibu suruh kahwin tahun depan, i kena lah dengar cakap ibu... kan...
*berkata dengan penuh rasa patuh kepada ibu bapa* ibu dah tak sabar nak timang menantu la tu. eh, terima menantu. hee~ sangat gatal.. auww!

06 February 2010

I am me, once more

No, I really don't think so
That you think I'd be incapable of being on my own
No, I really don't think so
That I would for a second let you back in through my door

I have spent many a nights
Even when you are by my side
I shed tears I couldn't dry

But I should thank you for
Taking my blindfold off now
I ain't jaded no more, no more
And I take pride in being the one that said goodbye
That could only mean I am me, once more

You would turn your head the other way
So you won't have to listen to what I have to say
You assume that I needed you
But you didn't realize that
I needed no one but myself

That could only mean I am me, once more

05 February 2010

Good Luck, Nadia!

yaa~~~ to all 4 SGS student, good luck for Projek Sarjana Muda progress presentation this noon. cuakss but i know all of us has done the best we can.


GOOD LUCK, NADIA!!





ouhh.. soooo typical slide.. i'm looking for the fresh one.. but i keep it for my final presentation.. yachh!!


......................

so cuakkk~~~

04 February 2010

Jangan Benci Sangat, Nanti Sayang~

Dulu tak suka, sekarang suka.

Dulu benci, sekarang sayang.

Dulu masa zaman sekolah, saya paling tak suka jawatan secretary, SETIAUSAHA. Sebab saya paling tak suka buat surat, buat laporan, dan segala-gala yang berkaitan dengan taip-taip ni lah. Sampai tiap kali cikgu offer jawatan secretary, mentah-mentah saya tolak. Biarlah, saya lebih rela jadi bendahari atau ajk biasa sahaja dari jadi setiausaha. Simpang!

Sampai masa tahun 1 di UTM. Masa dipilih jadi JKM Kolej 11. Seboleh-boleh saya meronta-ronta, guling-guling kat bilik JKM tu, menangis tak mahu jadi Setiausaha Agung. Last-last Kak Bihah jadi Setiausaha. Kak Bihah memang sentiasa setia berusaha! Selain tak suka buat surat dan buat report, saya rasa saya tak pandai menaip dengan laju, tak pandai catat minit mesyuarat, paling penting, TAK RAJIN, ok? Saya mengaku, saya sangat malas dalam kerja-kerja setia berusaha ni.

Tapi, MPP memaksa saya untuk setia berusaha. Bahaha~ padan muka kau, nadia, rasakan! Tu laaa dulu benci, sekarang kau kena. Padan muka aku. Ok. Cukup kutuk diri sendiri. Memegang jawatan yang paling rapat dengan pengarah untuk dua program besar MPP UTM 0809 buat saya rasa terkontang-kanting gak mula-mula.

Sebagai Setiausaha Pesta Konvokesyen ke-43, boss saya, Inchik Faiz. Oh, beliau sangat baik *kipas-kipas*. Dengan beliau saya belajar untuk menjadi seorang yang sangat teliti. Pertama kali buat surat untuk konvo, saya print surat tu sampai lebih 6 kali sebab minor mistake. Betapa Inchik Faiz sangat teliti *clap clap*. Tabik toing toing sama Faiz sebab sangat bagus dalam ajar saya untuk jadi orang teliti dan tak tangguhkan kerja *tapi kadang tu tangguh gak*. Lagi satu yang best, dia akan ingat setiap benda yang dia pernah cakap *walaupun kadang saya off record, takde dalam minit mesyuarat* and kitorang ajk bawahan ni takleh nak ngelat *thee~!*. Oh, sangat rindu ajk konvo 43. Mari kita ke tasik kenyir time cuti nanti k!

Lepas tu saya jadi Timbalan Setiausaha ISLC '10. Program terbesar dan julung kalinya diadakan di UTM. Saya confirm jadi TSU ni pun sebab tak sampai hati tengok Inchik Izwan. Oleh sebab dasar persahabatan, saya terima gak, walhal saya dah decide tak mau dah terlibat apa-apa sem last ni. Nak full concentrate untuk study. Tapi tengok member betul-betul mintak tolong, kan. So, tercairlah di situ. Dengan syarat, saya tak mau buat report last program. Sebab at that time saya betul-betul perlukan masa untuk Projek Sarjana Muda. Ni, Elda (SU ISLC) tengah praktikal kat KL. So title dah bertukar Pemangku Setiausaha, ahh, sama je macam SU, kan? Elda jaohhh~~ Bekerja dengan Izwan, semua kena list down kan. Rasa dihargai jugak lah sebagai SU.

Diorang berdua punya perangai yang jauh berbeza. Alhamdulillah saya boleh adapt dengan keduanya. Semoga penyesuaian diri dengan pelbagai situasi ni dapat memudahkan saya menyesuaikan diri dalam alam kerja nanti. Time kerja nanti lagi macam-macam perangai orang. Huu~

Sebenarnya entry ni nak tuju kat bos-bos saya tu, tak lama lagi Minggu Setiausaha, so, tak nak belikan saya satu dua seat dinner ke *at least kat Hotel Puteri Pan Pacific ke* sempena Minggu Setiausaha nanti? Bahaha~! Sangat demand, kan?

Lagi satu, entry ini juga ingin mengingatkan diri sendiri, jangan terlalu benci, sebab nanti sangat sayang. Kan pakcik? Saya sayang kerja setiausaha.

Nikmat!

Nikmatnya! Bila akulah orang terawal sampai di tempat diskusi. Dan datang dengan penuh semangat untuk siapkan assignment.

Nikmatnya! Bila mampu luangkan masa dengan penuh konsentrasi untuk diskusi. Tanpa ada gangguan dari mesej-mesej yang bertanya tentang kerja. Dan mampu menyiapkan diskusi dalam tempoh yang singkat!

Nikmatnya! Bila mampu duduk di bilik sendiri untuk jangka masa yang lama. Tanpa perlu bergegas ke sana ke mari memikirkan segala jenis masalah dalam dunia.

Nikmatnya! Bila keretaku mampu diparkir lama di hadapan blok MA1. Kalau tak, susah nak nampak CBE tu kat blok MA1 ni. Ada je berjalan tah ke mana.

Nikmatnya! Bila mampu memberikan sepenuh perhatian untuk Projek Sarjana Muda. Lebih konsentrasi di hadapan laptop. tanpa ada yang peduli.

Nikmatnya! Bila mampu ke sana ke mari tanpa memikirkan perkara duniawi yang tak pernah habis.

Nikmatnya! Bila mampu memilih waktu untuk makan sendiri. Tanpa kekangan mesyuarat sana sini.

Nikmatnya! Bila balik semula ke arked kolej 11 yang hampir dua tahun tidak ku jejak (baca: lepak). Biasanya datangku hanya sebentar. Kini aku mampu duduk lama, memerhati masyarakat kampus yang sudah semakin ramai tidak kukenali.

Nikmatnya! Bila dalam kepala ni tinggal hanya dua perkara terbesar. PSM dan ISLC '10. Dua minggu lagi ISLC'10 akan sedikit demi sedikit meninggalkanku. Tinggal konsentrasi untuk PSM. Aku ingin grad!

Nikmatnya! Menjadi 'orang biasa' semula... Namun segala yang berlaku selama ini juga nikmat. Perjalanan itu terlalu mencabar. Mematangkan diri. Puas dengan apa yang dapat aku lakukan. Namun masih ada yang tak kesampaian. Harap pimpinan baru dapat teruskan.

Tahniah dan takziah!

Zaki, Rajab, Aimran, Izam, Hazman, Leang Huat, Miqdad, Azim dan Yat.

Selamat berbakti, jangan pentingkan diri.

03 February 2010

Hanya Dia

Kucintainya kerana cara dia

Sungguh berbeza dari yang telah kujumpa

Renungan dia tulus merasuk jiwa

Hingga terasa terus ke hati


 

Kucintainya kerana kesungguhannya

Bukannya kata-kata semata-mata

Perwatakannya mengatakan segalanya

Buatku percaya akan janjinya


 

Kuakui aku menggilainya

Kuakui aku mencintainya

Kisahku kisah dia cerita yang sama

Setiap detik hanya dia


 

Kuakui aku mengaguminya

Kuakui aku menyayanginya

Sungguhnya kuakui ku perlukan dia

Segalanya kuserah kepada dia


 

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya

Cintai dia juga segala caranya

Cintai dia bersama keanehannya

Cintai dia hanya dia


 


 

"Selami maksud Surah Al-Ankabut, ayat 2-3. Mesti kamu lebih tenang..."

"Bacalah Surah As-Saff."

"Cintai diri kamu, Allah dan Rasul dahulu."


 

Erk~ am i?


 

Again?


 

Hurmm...


 

Nadia, jaga hati kau baik-baik!


 

:: End ::

02 February 2010

Kegilaan di Tengahari

Selalu berfikir, untuk apa kita pergi kelas hari-hari kalau nanti kita tak kerja pun dalam bidang tu? So apa kata bila masuk U pun samalah macam sekolah rendah and menengah dulu. Belajar je semua subjek pastu nanti nak kerja apa-apa field pun boleh. Kan? Gila ke weng ko nih nadia. Mana nak lahir doktor pakar kalau sistem belajar camtu? Mana nak lahir arkitek kalau buat macam tu? Arkitek? Oh, aku nak jadi arkitek! Tapi tak pandai melukis. Tak kreatif. Abis tu aku nak jadi apa?


 


 

Jadi aku.


 

Ni namanya weng weng sebab presentation progress Projek Sarjana Muda ditunda ke hari Jumaat ni dan kejap lagi ada test. Diulang. Ada test. Subjek projek management dan aku tak studi apa. Online test. Kena buka e-learning. Lepas tu jawab multiple choice questions. Ada 50 questions and 2 times attempt. Jawab betul dapat satu markah. Salah, tolak satu markah. So ada possibility nak dapat minus. Minus? Aku pernah dapat minus. Oh, adakah sebenarnya aku tidak layak menjadi pelajar remote sensing? Terlalu lambat kot soalan tu.


 

Serius rr, aku rasa sangat weng weng menjadi pelajar remote sensing. Kenapa masa sekolah dulu aku boleh perform gila-gila and every question aku mampu jawab and every concept sangat mudah sebenarnya? Aku sangat sakit hati bila aku boleh tolong engineer tupperware buat assignment dia dengan mudah walhal aku bukan budak kejuruteraan kimia (polimer) pun. Apa yang aku boleh sebenarnya?


 

Aku nak sambung belajar. Tapi bukan ini bidang aku. Maaf. Aku memang zero knowledge untuk remote sensing *gila, pengakuan berani mati*. Sebab tu aku pilih programming untuk Projek Sarjana Muda. Jangan tanya aku advance in remote sensing. Yang basic je aku boleh jawab.


 

Sekian.

Takziah…

Pagi:

- Buka laptop di office. Mulakan kerja untuk web interface. Sambil tengok ajk ISLC '10 bertungkus-lumus menyiapkan kerja, call sana sini.

- Pergi ke HEP, kaut surat-surat MPP yang melambak. Selagi belum ada kabinet MPP baru, perlu buat kerja itu. Kalau tak, box MPP tu penuh. And siapa nak amikkan surat untuk ajk ISLC?

- Keletihan, duduk sekejap, baca paper.

- Check surat-surat ISLC. Betulkan surat-surat ajk ISLC.


 

Tengahari:

- Ter'emo' kejap sebab ada orang pergi beli lunch, tak ajak kita. Punyalah lama kita tunggu dia. Isy!

- Going to taklimat PSM


 

Petang:

- Naik HEP sekali lagi. Hari-hari naik HEP. Sampai ada seorang pegawai tegur, "Awak ni nadia, dah macam staf dah. Hari-hari ada kat sini." Sengih.

- Naik lab NOAA. Tengok satellite receiver untuk my PSM. Ada sedikit kekecewaan di situ. Tak mau ulang. Hope it will recover after my supervisor coming back.

- Dapat mesej, "ayah Kye baru meninggal." Innalillah... terdiam sekejap.

- Call Dato' Alias, minta pendapat regarding penyertaan ISLC '10. Alhamdulillah, Dato' willing to help.


 

Malam:

- Tahlil untuk arwah ayah Kye.

- Pergi ziarah ke rumah Kye. Jenazah baru sampai dari KL. Dibawa ke kawasan perkuburan berdekatan.

- Pertama kali dalam hidup menyaksikan sendiri proses pengkebumian. Timbulkan rasa insaf dalam diri. Apa sekali pun, siapa pun kita, kita akan kembali kepada-Nya.

- Sambung PSM.

- Tido.


 


 

Hurmm... takziah untuk Khairiyah bte Ismail dan keluarga. Ermm~ speechless. Hampir semua kami menangis saat Kye peluk D and sebut, "dah seminggu aku tak bercakap dengan bapak aku..." sebak.


 


 

..........................