Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

23 October 2012

PD : Muntah

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

6 weeks

dah start muntah. serius sangat tak selesa dengan keadaan loya dan pening dan penat dan mengantuk ni.

rasa nak menangis masa muntah-muntah tapi lega sebab reda sikit rasa loya tu.

dan paling menyedihkan kerja masih bertimbun sedangkan esok adalah hari terakhir kat sini. tengah sangat tak larat dan tak mampu fokus buat kerja ni.

memang tak sempat nak selesaikan semua hari ni dan esok.

T____T

bila terasa tekak perit, badan panas, loya macam ni, pening muntah segala ni, baru terasa macam, "macam mana lah ibu dulu? ibu pun sama alami benda-benda macam ni..."

seronok untuk mempunyai anak, tapi sebelum tu seorang ibu kena berdepan dengan pelbagai cabaran dalam tempoh kehamilan.

no wonder ibu yang meninggal semasa melahirkan = mati syahid.

kepada yang masih ada ibu, sayangilah ibu anda sepenuh hati. you will don't ever know how much your mother sacrifice for you until you're getting pregnant.

untuk lelaki yang bergelar suami, sayangilah isteri yang sedang mengandungkan anak anda sepenuh hati. bukan senang menjalani tempoh kehamilan yang mencabar ni.

dan pesan untuk diri saya sendiri, semua ini adalah latihan untuk cekal, tabah, kuat dan sabar dalam mendidik anak di zaman yang mencabar ni (akhir zaman).

@_____@

20 October 2012

PD : Nausea dah start

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

5 weeks, 4 days

I guess rasa loya dah mula start dengan laju. dah terasa nak muntah, kepala berat sangat, rasa nak tidur sahaja sepanjang hari! but sorry, i got to work today. oh, please. i really can't stand with this.

orang pesan, "jangan kerja teruk-teruk sangat awal-awal ni. jaga diri"

tapi tapi tapi lagi nak berhenti ni lagi banyak kerja kena settle.

rasa macam nak tinggalkan aje semua kerja ni dan terus berhenti. leave it to people here. itu perasaan sekarang.

tapi tak baguslah kan, nak berhenti tapi buat hal. bad reputation.. tak mahu lah macam tu kan?

dan rasanya sekarang ni tekak dah makin mengada-ngada. lauk semalam tak mahu makan. nak yang fresh panas-panas. yang sejuk-sejuk tu mampu dipandang aje.

so sayang, duduk diam-diam dalam tu. i know you have a very rapid progress for each hour. so, enjoy your 'vacation' in my womb ya?

i love you.



always in my handbag



18 October 2012

PD : what a day

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Week 5

semalam teruk sangat rasanya mood dalam badan ni.

kejap ok. kejap tak. asal boleh marah rasa nak marah orang saje. lepas tu tiba-tiba menangis.

start dengan nak marah dengan orang-orang kat office. dah rasa nak meletup dah masa tu.

lepas tu masa drive balik kerja semalam (malam & hujan), tengah nak masuk simpang, teksi kat belakang hon tak berhenti. sabarlah aku tengah tengok kereta kiri kanan ni!

suddenly takut. takut nak masuk line kiri ke kanan ke. tak nampak. nampak lampu-lampu kereta tapi tak boleh nak anggar jarak kereta. sangat teruk keadaan masa tu! bawa kereta 40-60km/j sahaja sambil nangis-nangis. call suami tak angkat. dia tengah solat maghrib kot. then he called me back. nangis-nangis mengadu. aduhai!

then tiba-tiba stuck dekat simpang empat yang dekat dengan rumah. stuck di tengah-tengah simpang dan i don't know what to do! semua orang pun honked me dan rasa takut yang amat masa tu, Allah je yang tahu.

sampai rumah terus solat maghrib dan tunggu suami balik. tertidur. letih. letih sebab layan mood tak menentu.

he safely arrived home then hugged me. tight. tiba-tiba saya nangis and ya Allah kenapa cengeng sangat ni?

i read, memang early pregnancy ni mood tak menentu. tapi tak sangka sampai macam ni sekali. dahsyatnya.

dan pagi ni perut cramp. datang office pun lewat sikit. nak bagi cramp reda.

rasa nak letak benda ni kat belakang kereta.


dengan harapan tak kena hon banyak-banyak kali lagi.

serius!


17 October 2012

PD : New Label

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

i'm going to create a new label for this blog.

PD : Pregnancy Diary.

i'll wrote about what happen to me for each day throughout this pregnancy. as my reference, as other reference too.

Week 5

malam tadi perut rasa kejang, sampai tak boleh tidur. dari pembacaan, itu sebab rahim mengembang kecut.

hari ni dah start rasa loya. nak masuk bilik sendiri pagi tadi pun tak tahan bau padahal mungkin bau perfume suami. hidung mula sensitif dengan bau.

selama ni tak ada pula terbau-bau bekas buangan ikan semalam tapi pagi tadi rasa nak termuntah masuk dapur bila terbau ikan. tutup hidung dan cepat-cepat buang sisa ikan kat tong sampah luar (padahal baru masak malam tadi)

dan bau kat office ni satu hal. entah perfume apa padahal selama ni relax aje sekarang ni siap tutup perfume air-cond kat office ni.

dah start kuat makan. tiap jam lapar saje.

mulut penuh dengan air liur. berkumpul-kumpul.

badan panas. ni memang dah 2 minggu gini.

dah makan folic acid. nanti nak cari anmum materna. since saya memang ada sakit belakang, try to do light exercise supaya pinggang yang sakit ni tak berapa sakit.

berjalan dengan slow, dan drive careful2, no langgar2 lubang.

hai lah sayang, behave ya? ibu banyak kerja ni janganlah bagi ibu pening-pening loya segala ni...

ohhh sorry sayang, ibu terminum kopi pagi tadi! sebab ayah minta.. T___T please bear in mind, no coffee after this!

:)


16 October 2012

Lepas Ni Blog Ni Jadi Blog Mak-mak La...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ingat lagi entri ini?


1 line sahaja.

supposedly my period for this month was on September 12. tapi hari ahad (14 September 2012) masih tak ada tanda nak period.

i told my husband. but he said, "tak payah lah beli pregnancy test dulu. nanti jadi macam hari tu. rupa-rupanya period sayang lambat."

tapi tapi tapi that was I yang salah kira my expected period date!

ya, before I continue, just to share with kawan-kawan yang belum kahwin, hormon dalam badan kita akan berubah lepas kahwin. like mine, sebelum kahwin, my period cycle 28 days. tapi lepas kahwin berubah jadi 32 days. sebab tu masa awal-awal kahwin hari tu period lambat saya dah, oh oh oh saya pregnant ke lalu terus beli pregnancy test lalu jadilah perkara seperti gambar di atas!

macam mana nak kira period cycle? selalunya kita boleh observe dalam masa 2-3 bulan. catat first day period untuk bulan pertama. lepas tu tunggu next month when will be your first day of period. kira dari first day period bulan pertama, sampai first day period bulan kedua, ada berapa hari. observe next month pula. adakah kitaran cycle day tu masih sama jumlah hari? then your kitaran adalah regular. so you boleh predict when will be your next month period date.

eh, paham ke tak ni?

buat-buat paham sudah lah ek?

dulu tak ambil kisah sangat pasal benda ni semua. macam boleh agak-agak. kalau bulan ni period on 12, next month will be 10 or 9. 

tapi if dah kahwin, period cycle ni kira penting juga. lagi-lagi kalau u guys memang merancang untuk dapat anak cepat. from your cycle day ni you boleh calculate ovulation date. 

Ovulation Date? ya, tu tarikh jangkaan ovum keluar dari tiub falopio. eh, jap. ovum ke ovul tah? tapi telur yang nak disenyawakan tu lah kan.

kiranya possibility untuk pregnant agak tinggi lah if bersama suami on that date. 

plus rezeki.

if Allah kata, dah tiba masanya untuk amanah ni diberi, sampailah ia.


ok kita sambung cerita between Puan Ya dan Encik Im.


Hari Ahad, di office saya.

Encik Im : ok lah, balik dari office nanti kita beli kat farmasi tu, ok?
Puan Ya : ok. tapi any result pun kita redha, ye?
Encik Im : ok. tapi nanti membazir RM10.
Puan Ya : kita perlukan kepastian. kalau negatif ok. kalau positif pun ok.

lalu kami beli juga home pregnancy test. yang paling murah, ok? RM9.90. hari tu beli sampai dua. kali ni rasa macam beli satu aje dah. plus keyakinan dalam hati tu tinggi. sebab kali ni saya dah kira betul-betul expected period date saya. dan saya yakin. chewah. confident level kena tinggi. haha.

dan sampai di rumah, suami suruh cek.
"pergi lah check, yang. tak boleh ke check waktu malam?"
"tak boleh. kena tunggu esok pagi. kalau check sekarang nanti tak accurate. penat-penat beli mahal-mahal."

malam tu saya tak boleh tidur. pukul 3, pukul 4, bila nak pukul 6 ni? pukul 5. ah, dah lah. baik bangun buat apa-apa yang patut. sebelum masuk bilik air, buka handbag, keluarkan pregnancy test, baca instruction. eh, dia tak sediakan mangkuk untuk kencing ke? susah lah gini haih. patut pun murah. 

dan. lepas buat apa yang perlu, berdebar tunggu result dalam toilet. suami relax tidur lagi.

sikit-sikit.

warna merah tu muncul.

eh, jap. sebenarnya if positif line dia satu ke dua?

tiba-tiba jadi konfius.

masuk bilik, baca semula instruction.

aaaaaaaa........

"abang, abang. bangun laaa.. tengok ni cepat!"


"haaaa???"

tak berkelip mata beliau. terus segar-bugar.

"betul ke ni?"

"entah. sayang tak salah tengok kan?"

"entah!"

sama-sama blur. apa lah laki bini ni, eh? lepas tu sama-sama baca semula instruction. satu-satu.

"eh, betul la!"

"ya Allah, alhamdulillah..."

and proudly to announce that my baby baru 5 weeks in my belly ^_^

doakan kami tabah hadapi saat-saat lepas ni, ok? doakan kami kuat.

:D

***************

doktor pesan, "hati-hati masa driving. buat masa ni tak perlu pergi jauh-jauh sangat. baby still belum kuat. jaga makan. jangan lewat makan. kalau rasa lapar, kunyah roti or minum susu."

yes!!! my husband can't say NO anymore if I said, "lapaaarrrrr...."


*****************



dan bakal ayah dah sediakan tabung simpan duit untuk akikah anak beliau.

Encik Im : kita dah boleh start beli baju baby ke?
Puan Ya : (hanya mampu ketawa) awal lagi lah abang... patutnya beli baju pregnant sayang dulu.
Encik Im : so raya tahun depan, kita raya KL lagi, lah?
Puan Ya : tengok baby keluar bila. :)

**********************

while i was driving this morning, my belly macam tegang and suddenly pinggang sakit (i have back pain history). secretly i whispered, "anakku sayang, ibu nak pergi kerja ni. sayang jangan nakal-nakal, ok?"

and and and suddenly the pain disappear! i told my husband and he just laugh at me! eh, at us! how dare he is!

he don't even know, inilah naluri antara ibu dan anak.

hahaha naluri you!

eh eh. baru 5 minggu baby dah understand semua benda ke?

wakakaka~

*********************

lepas ni blog ni jadi blog mak-mak lah, ye?

takpe, ibu muda lagi vogue gitu :) 

harap maklum!

^_^


p/s : kenapa orang sebut 'baby' not bayi? ada bayi dalam perut saya! howwww cumil ^_^





13 October 2012

Dia Ada Perempuan Lain?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Puan Ya berbaring di katil. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Dia perlu tidur awal untuk persediaan mengajar esok hari. Sambil berbaring, dia mengambil telefon bimbit suaminya dan membaca mesej-mesej dalam dalam peti masuk telefon itu. Suaminya Encik Im sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Puan Ya bermonolog sendiri.

Puan Ya : 'Awak'? Siapa pula 'Awak' ni?

Puan Ya terus membaca mesej dari 'Awak' itu.

'Goodnight, sayang. Abang baru sampai rumah..'

Dan Puan Ya terus membaca mesej-mesej lain yang nyata merobek hati wanitanya.

Lantas Puan Ya ke ruang tamu. Dia memerlukan penjelasan.

Puan Ya : Abang, siapa 'Awak' dalam handset abang ni?
Encik Im : Yang sayang pergi baca mesej dalam phone abang tu kenapa?
Puan Ya : Siapa dia ni, bang? Abang dah tak sayang saya ke?

Mereka bertengkar. Encik Im masuk ke bilik dan mengunci pintu. Puan Ya menangis.

Siapa 'Awak' ni? Puan Ya tersedu-sedu, kecewa.

Dalam sedang tersedu, Puan Ya membuka mata.

'Ya Allah, Astaghfirullah!'

Puan Ya memandang suaminya yang masih tidur di sebelah.

'Aku bermimpi rupanya. Nasib baik mimpi. Astaghfirullah...'

Puan Ya lalu memeluk suaminya, bagai tak mahu dilepaskan sampai bila-bila. Encik Im terjaga.

Encik Im : Kenapa ni? Kenapa mata sayang berair ni?
Puan Ya : Sayang mimpi abang ada perempuan lain.
Encik Im : Astaghfirullah, dah-dah. Tidur-tidur.

Diam. Mata Puan Ya masih berair.

Dalam diam dia berdoa janganlah mimpi tu jadi nyata!





11 October 2012

Yang Penting...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Di satu petang yang hening, Encik Im menelefon Puan Ya,

Encik Im : Wah, sayang dapat duit extra boleh belanja abang malam ni?
Puan Ya : Boleh, boleh! Abang nak apa?
Encik Im : Tak ada lah. Gurau je. Abang hanya nak sayang sampai rumah dengan selamat aje.

Cair.

Maybe he is not romantic at all as I minta bunga pun tak paham-paham, but he has his way to show his love.

Melting.



<3 p="p">

10 October 2012

Stiletto

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

I used to wear stiletto before. Loooongggg time ago. Encik suami tak percaya tu! Yaaahhhh dia tak pernah nampak i'm wearing stiletto.

 from FashionValet.net


both are Christian Louboutin


Menangis tengok! haha. Hujung tumit tu boleh buat protection tu. Boleh berlubang kepala penjenayah if diorang nak buat apa-apa kat kita.

Rasa nak tunjuk kat suami yang bini dia ni boleh pakai stiletto sebenarnya.

Hehe.




08 October 2012

Kerja Hujung Minggu

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

selain balik kampung di hujung minggu lepas, saya ada sesuatu yang suami rasa macam, haisy memabazir betul bini aku ni.


saya jumpa ini masa suami cari tabung masa depan kami



dan saya ceraikan menjadi ini



tiba-tiba jadi ni



saya letak di sini



haaa itulah dia



wawawawawa sukaaaanyaa!

suami kata, "kenapa beli bunga putih? dinding kan putih? nampak ke?"

dan,

"kenapa tak beli lagi? boleh lekat kat dinding lain pula."

tu perli ke puji tu?

hisy. sungguh tak supportive. isy isy isy.




03 October 2012

Bunga

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Di satu petang yang indah, Encik Im dan Puan Ya sedang menikmati sepinggan jemput-jemput dengan kopi O kegemaran Encik Im. Sambil disapa angin sepoi-sepoi, pasangan suami isteri ini bergelak-tawa bergurau-senda.

Puan Ya : Abang, hari tu kan, ada bunga delivery kat office.
Encik Im : Ye ke? Bunga tu untuk siapa?
Puan Ya : Untuk Kak In. Husband dia buat surprise. Masa tu anniversary diorang. Sweet, kan?
Encik Im : Ye ke.. Mmmm...

Diam lagi. Angin masih menyapa pipi. Perlahan.

Puan Ya : Abang, hari tu kan, sayang mimpi.
Encik Im : Mimpi apa?
Puan Ya : Sayang mimpi abang bagi sayang bunga.
Encik Im : Ye ke.. Mmmm...


Sungguh, beliau tak faham.

-_-"

Sila jangan berkias dengan suami anda. Kelak makan hati. Muahahahahah~~~

Eh, jap, bila masa dari rumah saya boleh dapat angin sepoi-sepoi macam scene berehat di tepi pantai pula, eh?



02 October 2012

Isteri Eksekutif, Suami Juruteknik

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tajuk tu kontrovesi ke? tak kan?

tajuk tu adalah situasi normal sekarang ini. ya, normal.

kenapa?

kebanyakan institusi pengajian tinggi hari ini didominasi oleh kaum wanita, terutama lepasan ijazah sarjana muda. jadi majoriti mereka yang berkelulusan ijazah sarjana muda selalunya berpangkat eksekutif.

situasi di atas terjadi kepada saya sendiri. suami berpangkat juruteknik, saya berjawatan eksekutif.

kalau dari segi logik kira-kira, dah tentu isteri adalah penyumbang terbanyak dalam ekonomi keluarga lantaran jawatan isteri lebih tinggi dari suami.

ya, saya akui juga hal ini.

dan dari segi logik pemikiran, nampak macam isteri mendominasi rumahtangga atau 'queen control'.

sebab berdasarkan logik kira-kira, ekonomi tinggi = berkuasa.

yang ini saya tak boleh kata, ya.

hal macam ni terpulang kepada suami isteri tu sendiri.

isteri kena faham yang dia adalah isteri. macam mana sekali pun dia adalah tanggungjawab suami. dan macam mana sekali pun dia perlu patuh dan taat kepada suami selagi tak melanggar syariat.

suami pun kena faham, sekalipun isteri berjawatan lebih tinggi, mempunyai sumber kewangan yang lebih tinggi dari suami, segala nafkah adalah tanggungjawab suami.

saling bekerjasama, itu hakikat sekarang. kehidupan sekarang tak cukup jika hanya suami bekerja dan isteri duduk di rumah.

tapi tak juga.

ada juga kawan-kawan saya yang mampu duduk di rumah dan hanya suami yang bekerja.

tahniah anda mampu menjawat jawatan surirumah. (saya sangat teringin jawatan ni).

tapi tidak bagi kami.

jadi bila keadaan ekonomi meruncing macam ni, kami perlu bekerjasama. kami sama-sama cari duit untuk penuhi keperluan kami.

bila dah sama-sama bekerja, tugasan rumah yang dulu didominasi wanita, kini perlu dilakukan bersama juga.

habis tu takkan isteri penat-penat balik kerja terus ke dapur sementelah suami yang pun sama penat balik kerja duduk rehat depan tv atau komputer?

lepas makan malam sambung pula dengan mengemas, membasuh, menggosok, mencuci, menjaga anak segala, sementelah suami sambung 'gam' mata depan tv atau komputer?

dan isteri, jangan kerana anda mendominasi ekonomi keluarga maka anda rasa anda 'berkuasa'? tak.

di pejabat mungkin anda ketua. tapi macam mana pun suami wajib ditaati. semat kemas-kemas dalam kepala.

suami yang berhadapan dengan situasi macam ni adalah suami yang kuat. kuat kerana mampu kawal isteri beliau dengan baik walau tinggi mana pun isteri beliau, mampu menjadi ketua yang baik, mampu jadi inspirasi untuk isteri dan anak-anak.

jadi lelaki, jangan jadi penakut, jangan jadi pengecut. ingat, tanggungjawab keluarga, nafkah zahir batin, keselamatan, perlindungan, dan segala yang berkaitan masih menjadi tanggungjawab anda walau tinggi mana pun pangkat isteri anda.

dan wanita, sentiasa rendah hati, rendah diri di hadapan suami. beliaulah yang akan bertanggungjawab ke atas anda.

:)