Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 October 2012

Bunga

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Di satu petang yang indah, Encik Im dan Puan Ya sedang menikmati sepinggan jemput-jemput dengan kopi O kegemaran Encik Im. Sambil disapa angin sepoi-sepoi, pasangan suami isteri ini bergelak-tawa bergurau-senda.

Puan Ya : Abang, hari tu kan, ada bunga delivery kat office.
Encik Im : Ye ke? Bunga tu untuk siapa?
Puan Ya : Untuk Kak In. Husband dia buat surprise. Masa tu anniversary diorang. Sweet, kan?
Encik Im : Ye ke.. Mmmm...

Diam lagi. Angin masih menyapa pipi. Perlahan.

Puan Ya : Abang, hari tu kan, sayang mimpi.
Encik Im : Mimpi apa?
Puan Ya : Sayang mimpi abang bagi sayang bunga.
Encik Im : Ye ke.. Mmmm...


Sungguh, beliau tak faham.

-_-"

Sila jangan berkias dengan suami anda. Kelak makan hati. Muahahahahah~~~

Eh, jap, bila masa dari rumah saya boleh dapat angin sepoi-sepoi macam scene berehat di tepi pantai pula, eh?



No comments:

Post a Comment