Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

31 December 2016

End of 2016

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

MasyaAllah.. rasa sekejap sangat 2016 ni. Tengok-tengok alamak ada 5 entri je untuk 2016? Teruk perangai komeee...

Tapi ada lagi ke orang rajin baca blog sekarang? Yelah sekarang orang duk ligat main social media yang lain macam Instagram, Twitter, apa lagi? Terasa tua sangatlah pulak kan. Tak apa lah, blog ni pun kadang ada juga benda penting yang tercatat.

Contoh, rawatan steam percussion.

Dan entri paling tinggi view untuk 2016, entri ambil kunci rumah baru.

Kadang-kadang blog ni bagus juga untuk share tips & review. Kita pun kadang duk baca review dari blog orang lain juga kan kalau nak survey serba-serbi.

Tapi tu la, kalau dapat blogger sendu macam aku ni, memang tak membantu sangatlah pun kan. Hahaha.

To sum my 2016,
Start dengan penyesuaian diri selepas beranak dua. Melor dah mula pandai jalan masa umur 9 bulan! Awai bebenor. Abang Fateh pun berjalan masa umur 15 bulan tehehehe.

Now dah berlari dah pun. Tak larat nak mengejor. Minta tolong Abang Fateh yang kejor.

Lepas tu, mulalah journey kami berdikit-dikit untuk masuk rumah baru. Jujur kami habis hampir RM20 ribu untuk kos basic macam grille, kabinet dapur, lampu, kipas, wiring tambahan, piping tambahan, perabot basic, peralatan rumah basic, peralatan dapur basic, peti ais, mesin basuh... pheww.. kalah duit belanja kahwin. So sesiapa nak masuk rumah baru lepas ni, get ready, guys!

Then, nak dekat penghujung 2016, kami terima dua berita yang mengejutkan.

Satu berita baik. Satu berita kurang baik.

Berita baik, aku mengandung anak ketiga. MasyaAllah, Allah murahkan rezeki anak kat kami.

Berita tak baik, Imam terpaksa berhenti kerja sebab masalah syarikat beliau. Hampir 90% staf diberhentikan / ditamatkan kontrak.

Jadi, kami masuk tahun baru dengan keadaan separa gembira. Haha boleh eh separa gembira.

Kami redha, setiap yang berlaku, ada hikmah. Walaupun rasa patah sebelah kaki, tapi, kami cuba untuk bertahan. Biarpun sebiji telur kongsi berempat kehkehkeh.

Semoga tahun 2017 dapat dihadapi dengan tenang dan kuat!

Aminnn...

28 August 2016

Inspection Rumah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Untuk rumah sub-sale @ 2nd hand, aku tak pasti. Tapi ni pengalaman kami check defect rumah pertama, yang masih hijau, fresh from oven, dapat dari developer.

Lepas ambil kunci hari tu, developer ada bagi borang untuk list kan defect. Yelah, dalam beratus-ratus rumah, tak akan sempurna semuanya.

Agak menyedihkan sebenarnya kawasan rumah kami tu rupanya kawasan paya. Ada sesetengah lorong rumah yang rosak almost 100% terpaksa roboh dan bina semula. Deretan rumah kami alhamdulillah masih boleh lulus CCC.

Berbalik kepada inspection, sebenarnya setiap rumah yang baru siap, akan ada 2 tahun warranty. So selama 2 tahun tu kalau ada apa-apa jadi kat rumah tu, kome komplen je lah sampai lebam.

Tapi, perlu diingat. Warranty akan hangus kalau kome buat major renovation. Contoh, tambah bilik, hack dinding untuk tambahan bilik, pendek kata yang melibatkan perubahan ketara pada layout asal dari developer.

Kalau boleh, dapat je kunci, kome cecepat lah buat inspection, cecepat lah hantar borang tu. Sebab mereka akan settle-kan rumah tu berdasarkan siapa cepat hantar borang. Macam kami, terus hantar pada hari yang sama dapat kunci. Sebab ada pengalaman kawan, tunggu 6 bulan pun tak settle lagi betulkan defect tu.

Apa yang perlu dibawa masa inspection?
- masking tape - gunanya untuk tanda kawasan defect & mark apa jenis defect
- sticker bright colour - untuk tanda kawasan defect juga kot tak boleh lekat masking tape
- pen marker - untuk tulis atas masking tape & sticker
- pen biasa nak tulis borang
- kamera (guna handphone pun boleh. Apa guna handphone cecanggih.) - untuk ambil gambar defect, rujukan di masa akan datang.

Apa yang perlu diperiksa cewah, diperiksa.

1. Pipeline & Drainage System
- Mula-mula aku buka paip utama & semua paip-paip dalam rumah. Paip sinki, paip shower, eh semualah. Dan biarkan air masuk memenuhi tangki utama dulu. Dan biarkan saja air tu mengalir menderu-deru. Kat sini kita boleh check:
- Pipeline kot ada yang bocor, selepas beberapa jam akan nampak kuning kat dinding. Kuning ke macam basah aku tak ingat tapi laki aku master lah bab ni.
- Boleh check drainage sistem tersumbat atau idak. Tu kalau tetibe banjir rumah kome tu means tersumbat lah tu.
- Biar je lah air tu mengalir sepanjang kome buat inspection bahagian lain.

2. Dinding
- Check lah crack yang ada. Selalunya kat pepenjuru, kat beam, kat penjuru tingkap, penjuru pintu.
- Check cat sekata ke idok. Melainkan kome memang ada plan nak cat lain @ nak tampal wallpaper. Tak perlu strick sangat kat sini pun tak apa. Tapi being my husband, he is very particular sikit masa check rumah ni. Cat tak sekata 2-3 cm pun dia suruh masuk borang komplen. Sebab, kami memang tak ada plan nak cat warna lain dalam masa terdekat, mahupun pasang wallpaper. Tah i tak berkenan sangat wallpaper ni tapi tak tau lah kot lagi 5-6 tahun nak pasang tu lain cerita.
- Check penjuru dinding kot ada pecah-pecah.
- Macam kes kami, sebab rumah kami kira selamat 95% dari kes mendap sebab tanah paya tu. Cuma ada major crack dekat bahagian luar rumah so yang tu agak kritikal. Kami tandakan BESAR-BESAR kat situ.
- Lagi best sebab sepanjang inspection tu, site supervisor follow je kami. So boleh lah terus komplen direct kat dia sambil catat defect tu kat borang kot kang dia lupa. Selalunya akan lupa-lah kan.

3. Tiles
- Ketuk SETIAP tiles untuk dengar bunyi lompong @ tak. Ketuk tu kat penjuru tiles dan tengah-tengah. Ye, Imam ketuk setiap tiles, dari depan, ke bilik, ke bilik air, ke dapur. Semua dia ketuk.

4. Elektrik.
- Ni sepatutnya kena bawa test pen. Tapi sebab masa tu kami terlupa, so kira halal. In case dalam masa warranty tu ada apa-apa, kita terus report je. Tak jauh mana pun kontraktor tu sebab diorang tengah buat phase 2 lagi kat belakang tu. Apa-apa hal boleh kejar.

5. Bumbung
- Ni lagi syok kalau masa kome buat inspection tu hari hujan. Boleh tengok kot ada bumbung bocor. Atau kalau gagah, sebenarnya kena panjat bumbung tu check.
- Yang ni pun kami kira halal, nanti dah duduk tunggu time hujan.

Berbalik kat paip tadi, flush toilet, tengok masuk ke idak air. Macam kes kami, boleh dengar air menderu-deru masuk tangki kat atas bumbung tu tapi paip kat bilik air langsung tak ada air mengalir. Flush toilet pun air tak ada. Tapi air kat sinki dapur ada. Ingat tak subjek kemahiran hidup dulu, singki dapur, air direct dari main pipe. Meanwhile air dalam bilik air dari tangki. So means ada problem kat tangki lah tu. Bila tengok longkang, air berpusu-pusu keluar longkang. Means air tak masuk ke rumah. Ni pada aku major defect.

Lepas tu, kan kita dah buka air beberapa jam, macam kes kami, kat area singki dapur, nampak tiles basah dan ada air menitik. Haaa tu bocor lah tu. Cepat-cepat mark defect.

Lagi, tu je lah so far yang kami check. Haa tu lah lambat lagi update blog. Kan dah lupa. Tapi so far itulah yang major pun.

Oh lagi satu!

6. Pintu dan tingkap
- Try buka semua pintu guna semua kunci yang diorang bagi. Try juga kunci & buka semula. Kot ada kunci yang tak complete.
- Try buka semua tingkap seluas-luasnya. Check ketat atau tak tingkap tu, susah ke idak nak membukanya.
- Check segala jenis cermin yang ada. Pecah ke, retak ke, sumbing ke.

Kalau ada apa-apa lagi tambahan nanti aku update. So far tu je rasanya.

Then lepas defect semua dah settle diorang repair. Barulah kome boleh start nak pasang grille ke, pasang kabinet dapur ke, plaster siling ke apa-apa je lah yang kome nak. Selagi tak settle repair, kalau kome dah buat benda-benda tu takut nanti kontraktor tak nak bertanggungjawab. Kang dia kata kontraktor yang buat itu ini tu yang punya salah. Apa kome nak jawab? Melangut je la.

Sepatutnya kalau ikut S&P, kena settlekan defect tu dalam masa 2 minggu dari tarikh dapat kunci. Eh 2 minggu ke 30 hari aku tak berapa ingat. Tapi boleh lah kome baca S&P tu. Aku tahu kome malas nak membaca ye lah ayat-ayat lawyer ni mana nak faham kan. Eh tapi serius, ada part-part yang memang korang kena betul-betul faham term dia. Tapi tak susah pun.

Contoh, part pampasan sebab kelewatan developer serah vacant possession. Apa kebendanya yeop? Haa tu maknanya kelewatan serah kunci dan milikan kosong. Ada tertulis dalam S&P tu. Ce baca betul-betul.

Dalam tu ada tulis, perjanjian berapa bulan rumah siap bina & serahan kunci & milikan kosong. Selalunya 24 bulan. Dengar-dengar sekarang dah up 36 bulan. Tak pasti. So 24 bulan tu dikira dari tarikh S&P kome tu. Macam kes aku, suppose dapat kunci Disember 2015. Tapi kami dapat Jun 2016. Maka sebenarnya kalau ikut undang-undang developer kena bayar kat kome. Ada calculation dia kang aku cerita sini panjang sangat pula entri ni. Nanti aku buat entri lain.

Ada orang panggil S&P tu SPA. Tak kisah lah apa-apa kome panggil pun.

Ok, itu sahaja part check defect. Nanti aku sambung lagi part tuntutan duit tu. Biasalah manusia ni part-part nak bayar pampasan liat bebenor.

Stay tuned!



23 June 2016

Ambil Kunci Rumah Baru

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Alhamdulillah! Setelah 6 bulan menanti, dapat juga kunci rumah kami, yay! Nadim's Home. ^_^ Kebetulan pula tarikh ambil kunci jatuh masa cuti Nuzul Quran, maka tak perlulah weolls apply cuti khas. I loike~

Mula-mula developer call suruh datang office untuk sign-sign, ambil dokumen semua tu. Lepas tu baru kita ke site (rumah), untuk ambil kunci dari supervisor.

Kat office developer, mereka akan terangkan apa dokumen yang mereka bagi.

Staf office tu siap bagi aku satu fail kosong, dalam masa yang sama aku dah memang bawa siap-siap fail untuk rumah. Segala mak nenek hal ehwal rumah dalam fail tu.

Antara dokumen yang mereka bagi:


Resit bayaran maintenance & utility. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang tertunggak. Aku memang particular sikit hal-ehwal duit ni memandangkan aku Menteri Kewangan Kerajaan Nadim. Bayaran ni sebenarnya termasuk bayaran cagaran elektrik & air. Total sebenarnya RM1***.** tapi sebab RM1k tu dia tolak dari duit booking rumah dulu, maka solamat den. Bayor dua ratus lebih je. Maintenance & utility ni kena bayar kat developer untuk 6 bulan sebab 6 bulan pertama, developer yang akan buat kerja-kerja maintenance macam ambil sampah domestik, cuci longkang, potong rumput etc, etc. Aku tak tau untuk daerah lain, tapi kalau Majlis Bandaraya Shah Alam, ginilah ceritanya.




Ni pula resit bayaran cukai tanah. Developer dah bayar untuk 2014, 2015, 2016. Untuk tahun 2017 tu pepandai lah kome ye, yeop? Surat cukai tanah tu dihantar ke alamat surat-menyurat yang biasa uolls guna. Oleh sebab nanti dah pindah sepenuhnya ke Shah Alam, maka kami akan tukar alamat tu nanti. Kena pergi ke Pejabat Tanah sinun kat Bangunan SUK tu. Aih, alamat mengundi pun nak tukar nanti. Boleh undi *** Hahaha! Hidup Selangor! Eh, tetibe.



Resit cukai taksiran. Honestly, aku pun tak tahu apa bondo ni. Nanti aku banyak-banyak bertanya ye. Kami budak baru belajor. Hahah! Ni pun sama, developer dah settlekan untuk tahun 2014, 2015, 2016. Tahun 2017 tu nanti pepandai lah kome.



Ni pula cagaran elektrik. RM250 tunai. Kalau kome nak jual rumah kome tu, boleh lah tuntut semula duit cagaran ni kat TNB ye.



Ni pula cagaran Syabas. RM50 tunaiii~ Hehehe.


Ada lagi dokumen yang diorang bagi. Sijil CCC (dulu orang sebut CF) dengan surat dari arkitek. Semua tu sila simpan bebaik sampai bebila yea. Mana lah tau nanti nak jual rumah, semua tu kena buka balik. Pastu CCC & surat arkitek tu kena attach sekali kalau kome nak buat major renovation contoh extend depan belakang kiri kanan rumah tu. Semua kena submit kat MBSA.

Dah settle sign situ sini dannn jangan lupa pampasan sebab kelewatan developer bagi vacant possession kat kome, maka mari kita ke site (rumah) untuk ambil kunci yada yada yada.

Pasal pampasan tu aku cerita lain hari. Kasi aku settle part ni dulu. Banyak sikit nak cerita kat situ plus tips tips camane nak gertak developer kah kah kah gertak lah sangat.

On the way nak ke rumah, call site supervisor, inform kita nak datang, suruh diorang standby sesiap bentang karpet merah bagai.

Sampai kat rumah, pakcik aku pun dah get ready kat sana untuk sama-sama tolong buat inspection. Yes, ini penting ye tuan-tuan dan puan-puan. Kat dokumen2 tadi pun developer dah siap bagi borang nak tulis apa-apa defect yang kita jumpa.

Lagi cepat buat inspection lagi bagus. Sebab diorang akan buat konsep, siapa submit dulu, diorang akan buat rumah orang tu dulu. Tu yang kami gagah juga buat hari yang sama alang-alang cuti umum walaupun terpaksa hangkut juga dua orang askar tu tolong buat inspection.




Segugus kunci yang kami tunggu-tunggu sekian lama. Alhamdulillah! Masa beli rumah ni, Fateh baru umur 2 bulan. Sekarang dah 3 tahun umur Fateh.

Masa ambil kunci ni, aku tanya Encik H (site supervisor) tu, "Semua ni ke kuncinya?" Dalam hati aku mak aihhh banyaknya kunci, rumah aku setingkat je pun, maapla hakak baru first time beli rumah kah kah kah.

"Haah kak. Ni lah semua kuncinya, ada 7 pintu." 

"Tapi kunci ada 21?"

Hahahaha lembs lah hakak ni. "Tu termasuk kunci spare, kak"

*Malu*




Kemudian Encik H tu hulur benda ni.

"Ni apa pulak?"

"Ni fius kak. Meh saya tunjuk."

Maka kami pergi ke kotak meter TNB.

"Akak kena pasang kat sebelah meter ni. Baru ada elektrik kat rumah. Kalau akak cabut, meter tak jalan. Letrik pun tak jalan."

"Oooo.."



Dah? Ok jom masuk rumah kita check defect satu-satu. Imam masuk rumah dengan my pakcik. Aku kat luar buka meter paip. Nak penuhkan dulu tangki. Senang nak check kebocoran dan air masuk ke idak.

Apa list defect yang perlu di-check? Macam kena buat entri lain je ni. Bahahah!




Dah settle check defect. Maka isi dalam borang & bagi terus kepada supervisor. Sementara urusan check menge-check sempat lah terjumpa beberapa bakal jiran, sempatlah bertegur sapa dan bertukar nombor telefon. Ewah!

"Rumah awak kat mana?"

"Kat belakang tu je.."

"Oooo.."

"Rumah abang ni pulak kat mana?"

"Kat lorong sana tu.."

"Oooo.."

Dan kami suami isteri sempat juga kenal pasti jiran yang bakal dicalonkan sebagai ketua kampung!

Bahahah!

Ok bye. Nanti aku sambunng lagi.

Tata!

12 May 2016

MRI ketiga dan Nerve Root Block for Slipped Disc (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bulan Februari lepas, ye ye dah bulan Mei baru nak up cerita bulan Februari apa dah basi baru nak up. Pastu style update sebulan sekali.

Sigh.

Oh sebelum tu, 3 - 6 Mei 2016 lepas Melor warded lagi kat Pusrawi. Isu yang sama. Bronchio Pneumonia ke Broncho Pneumonia tah macam tu lah lebih kurang bunyinya. Dia memang laju je la nak kena batuk selsema lagi-lagi musim panas lit-lit ni.

Patah balik cerita pasal MRI tadi.

Ini MRI aku yang ketiga.

Sakit belakang ni makin menggila selepas bersalin Melor. No, don't get me wrong. Aku langsung tak salahkan anak-anak aku atas penyakit yang mendatang. Penyakit itu ujian. Setiap orang ada ujian yang tersendiri. Dan ini bahagian aku.

Bila sakit tu makin menggila, maka doktor sarankan untuk aku buat MRI semula sebab last MRI aku, tahun 2011. Ni dah kahwin, dah keluar pula dua orang anak, agak-agak camane keadaan slipped disc aku tu ya?

MRI kat PPUKM pun bukanlah murah mana, tapi tak ada lah terlalu mahal. Total masa tu RM689.++ sen sen berapa aku lupa. Begitulah harganya.

MRI tu apa?

MRI tu, ni aku tolong google gambar.


Sebelum MRI, aku kena puasa beberapa jam. Sebab nanti kalau tak puasa, apa yang diorang nampak hanyalah mee goreng, nasi goreng atau kuetiaw goreng yang kumakan pagi tadi. Bahahaha ok, tak lawak.

Aku pun tak tahu apa sebab kena puasa sebelum MRI tu. Sorry, lupa nak tanya kat abang jaga kaunter tu.

Takut tak masuk dalam terowong tu?

Gaya macam sereemmm je kan. Tapi tak ada apa pun. Lepas giliran sampai, kita diminta tukar baju yang sesuai untuk buat MRI. Macam nak buat x-ray, kena buka semua, segala besi, emas semua kena buka. Pakailah sehelai kain tu, ikat tali di belakang. Haa yang ni pepandai la kome google sendiri. 

Ada cerita di sebalik baju ni. Tapi aku dah cerita panjang lebar kat facebook. Nanti aku cerita semula kat sini deh?

Lepas dah siap salin pakaian, maka kita perlu baring kat mm papan yang putih tu. Apa nak panggil pun tak tahu. Telinga diberikan headphone sebab bunyi magnetic resonance tu amatlah kuat. Dan tangan akan diberikan satu suis untuk kau tekan in case kau tersesak nafas dalam terowong tu atau kau rasa takut atau kau rasa tak selesa.

Dah siap baring, jangan bergerak. Dah macam polis, angkat tangan dan jangan bergerak! Gitu Gerak-gerak Khas. Papan putih tu akan perlahan-lahan masuk dalam terowong. Lepas tu papan tu berhenti. Terowong tu muat-muat je badan kome. Kalau kome rasa takut, jangan risau, kat tangan tadi ada dibagi suis button emergency in case kome rasa tak boleh nak bernafas dalam tu. Kalau semua ok, prosedur MRI dimulakan.

Masa tu kau akan dengar bunyi dong dong dong dong macam bunyi gong bertalu-talu rasa macam nak menyambut ketibaan Agong pula eh ketibaan Agong palu gong ke? Whatever lah tapi nama pun magnetic resonance, boleh bayang tak macam mana bunyi basketball bouncing tak berhenti? Haa macam tu lebih kurang. Nak lebih spesifik, mengkome semua boleh google.

Eh, cerita pasal MRI je dah panjang karangan aku belum masuk nerve root block.

Aku tu la, jarang update blog. Pastu bila dah start menaip tak nak pula berhenti. Tak tahu apa penyakit. Tapi nak tak nak kena berhenti juga ye dak? Kang bosan pula mengkome baca panjang-panjang.

Baiklah aku habiskan sikit pasal MRI ni.

Lebih kurang dekat sejam camtu kot aku duduk dalam terowong ni. Bila dah settle, perlahan-lahan kau akan dikeluarkan dari terowong itu.

Dan boleh lah bye bye akak tu dan tunggu je lah result MRI kome nanti kat doktor. Itu kalau kat PPUKM lah.

Nanti aku update pula apa kata doktor yang membawa kepada minor procedure, nerve root block.

Stay tune!

11 March 2016

Work Trip and Handling Expressed Breastmilk

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Tips sesaje entri sekarang ni.

Ajet-ajet profesor serba tahu. Hehe.

Takde lah.. perkara yang baik, wajar dikongsi bersama. Tak gitchuw?

Kebelakangan ni banyak kali pula aku kena travel ke Kuching. Work trip lah yang pasti. Saje-saje trip ada lah satu kali hari tu. Kalau bertambah lagi duit boleh lah tambah lagi saje-saje trip.

Selalunya work trip aku hanya day trip. Pergi dengan flight paling awal dalam pukul 7 pagi camtu, pastu pukul 4 petang terbang semula pulang ke KL. Sebab? Ada babies. 2 orang babies yang tak boleh tinggal. Kalau tinggal nanti Imam garu kepala. Nak bawa sama I is tak berapa nak mampu belikan tiket flight.

Selalunya kalau day trip ni aku tak risau sangat isu EBM. Sebab selalunya aku bawa 3 ice pack yang betul-betul beku, lepas tu tabur garam sikit dalam cooler bag tu. Dari pukul 4.30 pagi aku keluar rumah, sampai rumah semula dalam 7 malam selalunya masih bertahan.

Tapi baru-baru ni aku kena bermalam lah pula. Maka tinggal lah anak-anak bersama ayah.

Sobb!

Jadi bagaimana cara nak handle EBM (susu perahan)?

Pertama
Pastikan bilik hotel yang anda tinggal tu ada freezer.

Kalau nan hado cemano?

Haaa ni yang aku biasa buat untuk beberapa kali trip aku tinggalkan anak-anak.

Aku simpan kat kitchen hotel.

Bagi susu siap icepack, label kan dengan number bilik korang. Lebih senang, letak dalam satu plastik icepack, satu lagi EBM. Icepack pergi suruh diorang letak tempat beku. EBM letak kat chiller.


Kedua
Ambil semua susu dan icepack pada masa yang korang agak-agak lagi 8 jam akan sampai rumah. Macam aku, bajet sampai rumah pukul 8 malam, so pukul 12 tengahari sebelum check out tu baru aku ambil susu kat kitchen hotel.

Ada sesetengah kes yang kena check out awal, lepas tu dah bye bye hotel tu tak singgah dah. Ada cara camane nak retain susu tu sejuk. Baca seterusnya...


Ketiga
Lepas dah ambil susu tu, balut ice pack bersama susu-susu dengan napkin. Balut kemas-kemas. Nak tabur garam dalam balutan tu pun boleh. Then susun dalam cooler bag.

Susun lagi beberapa icepack kat luar balutan tu. Untuk trip 3 hari 2 malam biasanya aku guna 6 icepack.

Tabur garam sekeliling cooler bag. Banyak mana garam? Depends volume beg korang. Biasanya aku letak satu sudu besar untuk cooler bag saiz biasa yang boleh isi 6 icepack dan susu around 40-60oz.


Dah lepas tu boleh la naik flight dengan senang hati. Sepanjang pengalaman aku, kalau buat camni insyaAllah boleh tahan 12-16jam.

Ada satu lagi korang boleh try beli techni sheet. No need icepack.


Tata and selamat mencuba! ^_^v





12 February 2016

Teknik Steam dan Percussion untuk Kahak Bayi

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Entri pertama untuk 2016! Fuhh!

Holaaa everibadehh! Apa kahbar semuaaa dah macam retis.

Lama dah janji nak buat entri ni. Sekarang baru ada masa nak menulis. Nampak bizi sangat hakak. Bizi hape lah hagaknye hakak pun tak tahu lah dik non.

Sekali menulis, kemahen panjang. Harap anda sudi dan sabar membaca. ^_^


Disclaimer (ewah tetibe ada disclaimer): Entri berikut adalah berdasarkan pengalaman penulis #ibuanakdua, rumusan dari consultation bersama Dr. Nazir (SALAM Hospital), Dr. Vidya (DEMC), Dr. K (Pusrawi), Prof. Rahmah & doktor-doktor bahagian Paediatrik HCTM (dulu PPUKM/HUKM), dan Dr. Nadir Khan (Klinik Wangsa) setelah anak-anak beberapa kali keluar masuk wad, termasuk ICU untuk kes yang sama. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.


Musim-musim cuaca tak menentu ni, mula lah baby-baby sekelian, demam lah, batuk lah, selsema lah.

Sebenarnya baby bawah umur 1 tahun tak digalakkan makan ubat macam ubat batuk, selsema dan demam. Yelah, masa ni badan dia tengah nak develop immune system, tengah nak 'bangunkan' tentera dalam badan untuk melawan penyakit. So kalau kita terus bagi ubat, 'tentera' tu tak sempat nak bangun lagi, kita dah hantar pasukan tambahan. Lama-lama 'tentera' dalam badan anak akan terus 'tidur'. Tu yang jadi macam aku kot, sensitif sangat. Sikit-sikit nak selsema, batuk, demam. Lemah laa orang kata.

Jadi, prevention is better than cure. Bila nampak tanda-tanda anak macam tak berapa sihat tu, marilah kita sinsing lengan dan usaha natural remedies dulu.

Selalunya penyakit kombo tiga ni (aku panggil kombo tiga, batuk-selsema-demam), akan dimulai dengan selsema. Hingus cair jernih meleleh. Lepas tu akan start batuk. Dan seterusnya demam.

Batuk
Kalau korang pergi klinik biasa, kadang-kadang doktor yang dengar guna stetoskop tu akan kata, lungs clear. Sebenarnya ada 2 kemungkinan:
1. Lungs memang betul-betul clear. Alhamdulillah
2. Lungs dah tepu. Ibarat botol air mineral, ko isi air penuh sampai penutup botol, sampai tak ada ruang. Bila goncang botol tu, ada bunyi? Tak kan?

Tapi kalau memang korang ada dengar anak korang batuk, atau dah tahap demam, tapi doktor still kata lungs clear, sila cari 2nd opinion. Pesakit berhak mendapatkan pandangan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.


Demam
Bila dah sampai demam, aku minta maaf sangat, berapa kali korang buat steam percussion pun akan lambat sihat, sebab kuman dah mula menjangkiti mana-mana bahagian badan dia.

Demam adalah tindakbalas automatik badan kita bila ada something wrong happen. Demam ni umpama warning lah untuk bagitau, ada system failure.

------------------------------------------------------------------
Aku memang fobia dah sejak Melor masuk ICU tempoh hari. Sekarang ni kalau nampak dia meleleh hingus sikit, yang cair macam air tu, terus buat steam percussion.

Apa yang perlu untuk buat steam percussion?
1. Bawang putih (garlic) 1 bunga (lebih kurang 10-15 ulas)
2. Lemon 1 biji
3. Air panas menggelegak (ada yang guna periuk nasi supaya air sentiasa panas, ada yang guna sterilizer botol tu). Aku panaskan air guna kettle. Kalau guna jag eletrik tu selalunya air tak berapa panas. So better panaskan air atas dapur sampai betul-betul menggelegak.
4. Baldi agak-agak paras lutut orang dewasa sederhana.
5. 2 orang (kalau boleh)
6. Ketahanan mental yang super-saiya kuat tak terkata

Penyediaan air stim:
> Hancurkan garlic. Tak perlu pun tumbuk lumat macam nak masak ayam black pepper. Ala-ala hancur-hancur manja gitu.
> Hiris lemon. Agak-agak suku inci.
> Masukkan garlic dan lemon dalam baldi.
> Tuang air panas menggelegak dalam baldi.
> Tutup kipas.
> Mari kita mulakan. Hiyarkk! Letak kain kat dahi ala-ala ninja.


Garlic tenggelam kat bawah tu


Teknik steam percussion:
> Tiarapkan anak kat riba. Yang ni ikut keselesaan masing-masing. Ada yang alas dengan bantal, ada yang kaki rapat. Ikutlah mana-mana yang selesa kat korang & baby korang.
> Muka baby menghadap muka baldi. Face to face.
> Masa ni baby akan start menangis. Sebab stim tu. Panas. Korang agak-agak tau. Kalau terasa macam panas sangat, jauhkan sikit muka baby. Kang panas sangat korang sendiri tak tahan apatah lagi kulit baby yang halus mulus tu. Cedera parah lak kulit dia. Tengok macam dalam gambar ni.




> Maka marilah kita mulakan tepuk-tepuk percussion. Tangan tu jangan rata, buat 'cupping'. Camane cupping? Jap aku google.

Begini ye cupping sidang hadirin sekalian.

> Tepuk belakang badan baby. Sambil muka dia menghadap stim tu. Selalunya aku selubungkan baldi dan muka Melor. Sebab tak nak wap panas tu terbebas terlalu cepat. So boleh lama sikit Cik Melor kita ber'sauna'.

> Kat bahagian mana nak tepuk? Jap aku lukis. Siap lukis hengko jangan memahen ngan hakak.
Haha gagah betul aku melukis. Silap dulu tak ambil medic.
Itu adalah bahagian belakang badan baby. Korang jangan tersilap pulak. Garis putus-putus tu tulang belakang & ribs.
Anak panah biru tu arah korang kena tepuk.
Amaran: Jangan tepuk bahagian tulang belakang hat tengah tu.

> Tepuk dengan konsisten. 5 minit kiri, 5 minit kanan. In between tepuk-tepuk dan sauna tu, kalau ternampak atau terdengar bunyi hingus dia kat hidung, silalah sedut ye. Dan kalau berani, jolok sikit mulut dia kasi keluar kahak. Jangan jolok dalam-dalam. Ala-ala geli-gelikan lelangit dia sikit je. Sampai dia terbatuk dan terkeluar kahak sendiri.

> Tepuk selama, minimum 10 minit. Maksimum? ikut suka korang. Tapi aku suka 20 minit.

Untuk lebih clear, boleh tengok video kat bawah ni >>




Macam ganas sangat je bunyi aku tepuk kan? Hahaha. Tak sebenarnya. Aku tepuk-tepuk manja je tu. Tapi sebab tangan buat 'cupping', so bunyi nya kuat semacam.

Nak buat steam percussion ni kena sabar banyak-banyak. Sebab anak akan melalak. Don't worry. Dia melalak bukan sebab sakit. Tapi sebab tak selesa tangan dia kena tahan, dan muka kena wap tu. Tak selesa. Bukan sakit.

Lagi satu, menangis itu bagus untuk kuatkan paru-paru. Ni sepanjang aku kat ICU tu, doktor yang cakap ye. Bukan aku suka-suka buat assumption sendiri. Paru-paru akan terbuka lebih luas bila anak melalak.

Lepas tu sila tahan telinga, hati, dan semua lah. Sebab mungkin akan ada orang sekeliling, suami ke, mak pak makcik pakcik bangchik banglong yang akan membebel, "udah lah tuuu.. ko nak mendera anak ke." Uh, mungkin sebab aku lebih sakit tengok Melor dalam ICU. So setakat melalak masa steam percussion tu, aku masih boleh gagah. Lepas steam percussion ko akan nampak muka anak puas, lega, selesa. Ko pun akan rasa seronok.


Sila buat teknik ni secara konsisten, 10-20 minit, 1 atau 2 kali satu hari, selama 2 minggu.
----------------------------------------------------------------------
Ada yang pernah whatsapp aku personally, berikut aku list kan beberapa FAQ:

1. Saya dah buat 3 hari tapi tak ada pun kahak keluar. Tapi dia ada selsema & batuk.
>> Tak ada kahak keluar tak semestinya anak memang dah sihat atau tak ada kahak langsung. Ada 2 kemungkinan:
- Kahak dah terlalu tebal, melekat.
- Buat steam percussion tak sampai 10 minit lagi dah give up.

Selalunya yang aku jumpa, sebab tak sampai 10 minit dah give up. Tak sempat lagi bahan-bahan ramuan kita tadi tu nak meresap.


2. Tak nampak pun hingus keluar walaupun dah buat 10 minit?
>> Yep, tak semestinya hingus terus keluar masa pertama kali buat. Korang kena sabarrrr. Ada kes yang anak dah berbulan-bulan batuk selsema. Kahak tu dah tebal sangat mommy. Bagi masa untuk dia cair.
>> Lagi satu, kalaupun tak keluar ikut hidung, kahak tu akan keluar melalui najis. Korang akan nampak yak-yak dia macam ada lendir-lendir sikit. Aku memang selalu monitor yak-yak anak-anak. Sebab itu antara cara nak tau keadaan badan dia. Sihat ke idak.


3. Anak saya demam, boleh ke nak buat?
>> Kalau tengah demam, aku anjurkan, bagi demam dia surut sikit dulu. Jangan buat time tengah suhu 38 tu yang oiii. Sebab masa ni badan anak kita sangat-sangat lemah, lembik. Tambah lembik dia nanti. Shiannn dia.
>> Selalunya kalau dah tahap demam 3 hari, aku terus suruh pergi hospital je lah. Biar yang lebih expert handle.

-------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, sharing session dari Dr Jadian Nadia Havez muahahahaha. Kalau ada yang tak berapa clear, boleh

email aku >> nadiafitrihavez@yahoo.com

atau

PM inbox fB aku direct Nadia Havez

Ingat, kalau dah demam lebih 3 hari terus bawa hospital. Tau?

Tata ^_^v