Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

30 June 2011

Tips beli rumah (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Link
amboi-amboi... sekarang ni dah pandai pula nak bagi tips segala bagai. ya, ni semua sebab tips macam mana nak kurus punya pasal. tak sangka pula memang ramaaaiiiii sahabat-sahabat di luar sana yang nak kurus. i pun tak ada lah kurus mana tapi so-so sajoh la. al-maklum, sendiri buat tips, sendiri tak ada disiplin, macam mana nak kurus, kan? hehe. apa yang penting, sendiri juga mahu sungguh-sungguh. cuma jangan sampai tak makan langsung ye. macam i ni, i ada gastrik. pagi tadi je dah keluar masuk tandas 5-6 kali sebab kesakitan keperutan gara-gara malam tadi makan lambat. balik dari usrah around 11.30 malam baru makan :'( so, terpaksa meng'reward' perut ini dengan GCB dari mcD itu. *great!*

ahaks, berbalik kepada tajuk, sebelum i tersasar lebih jauh, uolls~ ada hati tak nak beli rumah? hahahaharuslah kan... siapa tak mahu beli aset kan? lagipun kan kerajaan ada lancarkan skim rumah pertama untuk belia-belia macam i ni untuk beli rumah tanpa deposit kan kan kan? uolls~ perasan tak banyak 'kan' dalam ayat yang dinyatakan di atas?

sebelum SKIM RUMAH PERTAMA tu dilancarkan, kita nak beli rumah, perlu ada deposit 10% at least dari harga rumah kan. let say harga rumah RM190,000 so u kena ada around RM19,000 baru u boleh beli itu rumah. kalau u grad degree universiti around 24 years old, dengan gaji minima rm1500, dengan living cost yang sangat tinggi sekarang, umur berapa uolls~ boleh kumpul deposit untuk your dream house kan? lain lah kalau uolls~ ni dapat sponsor dari mana-mana pihak...

that's why lah kerajaan lancarkan skim rumah pertama tu. ya, u senang jangka pendek, tapi, jangka panjang, u calculate sendiri. saje bagi uolls~ perah otak sikit dengan simple math.

installment per month x bilangan bulan sampai habis bayar
(let say, 30 years = 360 months)

berapakah jumlah keseluruhan rumah yang u bayar? berganda-ganda kalau nak dibanding dengan harga if u bayar deposit 10%. senang cerita, konsepnya macam ni, the more you owe, the more you pay. logik, kan?

tapi, kalau uolls~ nak tunggu lagi 10 tahun, baru dapat kumpul deposit untuk your dream house (tu belum kira kumpul duit nak kahwin, for man lah especially), alamatnya, susah lah. harga rumah makin meningkat, kalau orang lain dah beli dulu, u tak dapat. and.... KL ni dah semakin sempit. semakin lama uolls~ tunggu, semakin jauh lah rumah u dari city centre. ini kes kalau u memang truly purely KL citizen dan memang kerja di KL dan nak rumah di KL.

so uolls~ rasa, berbaloi ke tak skim rumah pertama ni untuk young citizen?

nanti i akan kongsikan pengalaman i mencari segala jenis bank dan pakej yang mereka offer untuk home financing loan ni.

but.. this is not the first home like a first-hand house, i mean this is a second-hand house yet this is the first home for me. so, the processes is a bit complicated. will share with you guys later.

:)

15 June 2011

Birthday, and Sob!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sob~! ok, nangis-nangis sambil kesat hingus. hisy! i tengah excited ni uolls~. first time dapat hadiah birthday.

eh. selama ni tak pernah dapat hadiah birthday ke?

kesian kan? ahaha~ ok, i tipu.

ni, first time LANCOME bagi i hadiah birthday. terkejut i. di pagi hari birthday tu *ye, ye, i tahu birthday i tiga minggu lepas so cerita ni dah basi* dapat mesej Happy Birthday from LANCOME. lepas tu ada mesej suruh ambil hadiah kat Jusco. wahhh... excited!

then, dengan penuh excited, i pun pergi kaunter LANCOME kat Jusco tu and,






taraaa................. presenting my birthday present!







Lancome Miracle Perfumed Body Lotion

ok. ok. i tahu sangat excited lagi-lagi i memang pengguna setia Lancome Miracle since 8 years ago. haa, percaya tak? silalah percaya ^_^

thanks Lancome~! ^_^ err... tapi agak-agak berbaloi ke dapat hadiah gitu je setelah 8 tahun penuh setia dengan Lancome?

haip! sila bersyukur.

^_^ =)~

14 June 2011

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



acane tah tiba-tiba terasa nak join pula segmen kat blog abang ben ini. terajin lebih dari biasa. eheh.

senarai 5 belog pilihan yang kalau mereka-mereka ni ada entri baru lalu tanpa segan dan silu i terus terjah uolls~

1.
Yuyu Zulaikha
i tak kenal pun beliau ini. macam mana tah dari link ke link ke link (sila baca baik-baik ye kawan-kawan) tapi i suka tengok blog beliau. sangat shomel.

2.
alkisahgadisbernamarohanazainal
beliau adalah officemate i. mula berblog masa i baru start kerja dulu. beliau suka letak gambar-gambar beliau yang suka berjalan-jalan sampai i pun rasa macam i pun berjalan sama-sama dengan beliau. kat office beliau di panggil ana kenduri sebab beliau memang suka pergi kenduri. jangan marah ye ana ^_^

3.
Sunah Suka Sakura
paling ketara sebab kami minat pada bunga yang sama, sakura. beliau adalah rakan seangkatan masa jadi MPP kat UTM dulu. eheh. malu pula. beliau sangat comel dan blog beliau banyak bagi nasihat tapi dengan cara yang ringan tapi sampai maksudnya. thumbs up sunah!

4.
boxerkedut
beliau adalah junior i yang baru buat blog. tapi i suka baca tulisan beliau. sangat makan dalam orang kata. beliau suka menulis dengan ayat sinis. pun lebih kurang macam teguran tapi bagi ayat makan dalam la. tapi i suka baca.

5.
Salam Dua Benua
i follow link blog ni dari blog abang Ben. i suka baca blog beliau sebab beliau suka cerita kisah-kisah beliau di obesi tu. dan pengalaman beliau kahwin dengan orang sana. tapi yang paling penting, beliau suka letak gambar makanan yang buat i sentiasa rasa lapar tiap kali baca blog ni. amaran untuk diri sendiri, bulan puasa kena view blog ni lepas terawikh sahaja.


sekian sahaja untuk entri ni. kalau uolls~ nak join, meh la sesama klik kat link ni ---> KLIK SINI


terima kasih singgah sini ^_^

10 June 2011

Abang nak temankan saya ke masjid ke?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

di satu hari yang indah, perlahan-lahan turun tangga office. demi mengisi perut yang berkriuk-kriuk.

kaum adam di pejabat sudah lama keluar lunch. al-maklum, hari jumaat. mereka lepas awal sikit. kelonggaran untuk pergi menunaikan ibadah wajib untuk lelaki di setiap hari jumaat.

yang kami kaum hawa ni, lunch time macam biasa. eheh.

macam terbiasa pula, hari jumaat, i berjubah. mungkin suasana jumaat ni lain sikit kot. hari yang penuh rahmat kan?

panas pun, rasa sejuk, nyaman, damai, tenang.

masuk ke sebuah restoran yang namanya dirahsiakan. order makanan dan minuman. perut berkriuk ni, sila sabar sekejap.

mata tertancap pada meja di hadapan. oh, handsome. ok. sekadar menjamu mata sementara tunggu untuk jamu selera. sambung sembang dengan rakan-rakan.

makanan sampai. mata terkilas di handphone. eh, dah jam 1.15 pm rupanya. hari ni, Jumaat. kenapa dua orang handsome di hadapan tu masih di sini?

handsome = lelaki. takkan i nak cakap perempuan handsome pula kan? =.=

u guys, i mean lelaki-lelaki di luar sana, yang seenaknya melepak di waktu tengahari jumaat, tak rasa malu ke, uolls~ tayang uolls~ tak pergi solat jumaat?

seumpama macam uolls~ dengan sedapnya meratah KFC di hadapan orang ramai di waktu siang bulan ramadhan.

uzur agaknya.

habis makan, bayar, pulang ke office. berjalan keseorangan kerana rakan-rakan lain di office yang berlainan.

angin kuat tengahari ni menerbangkan sikit kain jubah dan hujung tudung i. i pegang kemas.

"phewwitt... cik adik nak ke mana? boleh abang temankan?" sekumpulan lelaki cuba mengusik.

i pandang. muka berkerut. otak ligat memikir jawapan.

"tak perlu kot nak temankan saya, lebih elok cik abang semua ke masjid. rasanya orang dah start solat jumaat."

uolls~ ingat cool ke tak pergi solat jumaat kemudian tegur perempuan macam tu?


sick!

=.=

04 June 2011

Nur Kasih dan Cun

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Assalamualaikum,

dah lama tak menulis sesuatu yang lain. oh ya, untuk makluman, nenek masih di hospital. ramai kawan-kawan ingat nenek dah keluar...

baru-baru ni tengok filem Nur Kasih The Movie yang promosinya memang Da Boom. ye, lebih kurang 19 juta penonton drama tu. i wonder, macam mana diorang boleh kira 19 juta penonton tu ye? diorang boleh calculate isi rumah orang ke? ke, ke diorang ada letak cctv kat depan tv so that boleh tengok berapa orang duk langut tengok tv. hehe~

memang berkobar-kobar menanti tarikh filem ni keluar. yelah, drama yang berjaya menduduki takhta pertama dalam hati i. haruslah filem nya juga jadi filem wajib tengok kan?

starting filem, i dah rasa berdebar. dan i terus terbuai, layan perasaan, sampai satu tahap, i tengok jam. oh my! amatlah jarang i tengok jam dalam panggung wayang melainkan cerita tu betul-betul mem.. err... bosan kan.. sorry, i terpaksa admit. i rasa macam kurang faham cerita tu. dan, kenapa Nur asyik menangis? i jadi sedih! drama jauh lebih best dari filem. apa pun, i layan lagu-lagunya dan oh ya, sangat suka dengan ketabahan Nur Amina dan kasih sayang Adam~ so sweet...



lepas tu ada member bagi softcopy filem Cun. kakak syaft yang tersayang kata, cerita ni best. but i tak suka lakonan maya karin. agak kaku dan tak smooth sebab tu macam malas nak tengok cerita ni. ceh, cakap macam i pandai sangat berlakon kan.

bila filem hantu kak limah tu keluar, ramai kata cerita tu best. tak kering gusi. i try tengok. and sorry to say, se'dos' pun i tak gelak. sampai i bagitau my colleague, please bagitau, minit ke berapa i perlu gelak. but a few dialogues dalam cerita tu bagi kesan se-Malaysia. 'kita bako je', 'english edukesyen'. haha~

but, filem Cun ni benar-benar mengembalikan dos gelak i. boleh terbahak-bahak pula tengok. and to complete the package, i menangis! oh my~ amatlah jarang i menangis tengok muvee melainkan muvee tu betul-betul bagi kesan. i lupakan sekejap pasal dialog tak smooth by Maya Karin, dialog yang kurang sedap didengar, dan pergaulan yang ehmm~. hahah! but kenapa filem ni kurang publisiti? ke banyak publisiti tapi i yang tak sedar? thee~

penuh dengan nilai kemasyarakatan dan kasih sayang yang menyentuh hati. seorang gadis bandar, terpikat dengan budak kampung. wahaha~ i loike :D Sebenarnya, cinta saya ada pada lelaki kampung yang bernama Atan... auww~ dan, siapa kata KLCC dan kebun tak boleh bersatu, kan? jap, bukan kebun, sawah padi. thee~




tapi kan tapi kan.. kenapa i tengok filem Nur Kasih The Movie tu dua kali? dan, kali kedua tengok, baru i faham jalan ceritanya. tapi baru nak feel, tak jadi feel. sebab tiba-tiba dah masuk scene lain. tak menyempat-nyempat, terkejar-kejar, tak sempat nak feel, Adam dah hidup balik. haha~ Cun juga yang berjaya buat i menitis air mata.

eh, perasan tak dua-dua filem ni, hero dia Remy Ishak?

ke i dah minat Remy Ishak sebenarnya?

"Kaklong kan minat orang yang gelap-gelap." (Engineer Tupperware, 2009)


oh no0o~~ hahaha~