Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 May 2010

I tak secantik Rozita Che Wan


Bismillahirrahmanirrahim~

fuhh~ ape tajuk entri ni? oh, i tak secantik rozita che wan. ah, memanglah. hawhawhawhaw~ dia sangat cantek. tapi bila fikir-fikir balik, kesian jugak orang yang santekk santekk ni kan.. mesti lelaki nak tackle dia sebab dia santekk je.. isy3~ lelaki ni.. erkk~ malas nak cakap pasal lelaki gini, kena buat entri lain.. hawhawhawhaw~


bila cakap pasal santekk ni, i peliklah, awatlah orang suka bebenor cucuk sini sana. err i mean, susuk. apa, kecantikan yang sedia ada tu tak cukup cantik kah? siapa kita nak deny ciptaan Allah? *tiba-tiba emo* huh, geram pulak lah kan. yela, tak ke rasa macam, Allah dah bagi kita macam tu punya rupa, awatnya nak pi pakai susuk ape kejadah bagai. makan elok-elok dengan seimbang, jaga kesihatan, selalu amik wudhu', insyaAllah, tak payah pakai susuk bagai, muka tu sedap je orang nak pandang, kan...

lagipun, untuk apa kecantikan sementara kat dunia ni dikejar sangat kan. cukuplah kita sihat walafiat, dan kesihatan yang ada tu dimanfaatkan sebaiknya. semua tu pinjaman je. tak boleh fikir gitu?

sebenarnya, lagi cantek lagi susah, kan. godaan sangat banyak. fuuhh~ kalau iman kuat, takpe. kalau tak... -_-"

urmm~ ada lagi satu petua i nak kasik tau kat u olls semua. urmm~ kalau nak santekk dan berseri-seri, tak payah bersusuk bagai, amalkan berwudhu' selalu. tak percaya?

kalau kita tak bangun pagi solat subuh, means basuhan muka kita tak dimulakan dengan wudhu', sepanjang hari tu muka akan nampak dull, tak berseri, dan macam-macam yang tak bestlah.

yang girls la especially, kalau time time u olls~ 'bendera merah' tu kan, kan kite tak bangun solat subuh, kan. pastu, bangun lak pukul 10 pagi kan, u olls~ akan nampak pada hari tersebut, muka u olls~ kurang berseri sikit. tak percaya? try lah buat.. :)

my hot mummY pesan, bangun tido, jangan lewat. sebelum fajar sadiq or sebelum garisan merah kat langit tu u olls~ da kena bangun. even tengah 'bendera merah', amalkan wudhu' sentiasa. pagi-pagi, sebelum apa-apa makanan masuk mulut, minum air masak segelas, selawat.

nad havez :: dah duduk rumah ni, banyak bebenor perangai kena tegur dengan hot mummY.. hawhawhaw~

30 May 2010

Menulis Tanpa Hati

Bismillahirrahmanirrahim~

rasa nak menulis. tapi bila jari-jari dah ada atas keyboard, segala macam idea hilang.. (-_-")

menulis tanpa perasaan, kita takkan dapat jiwai apa yang kita tulis. jadi apa yang nak disampaikan, tak tersampai, dan tak natural. nampak kaku, aaaaa tak tersampai lah, senang ceritanya.

so, kesimpulannya, tak payah menulis lah kan.

tapi asal nak log out je blogspot ni, terasa nak log in balik. tapi bila dah log in, tak tertaip.

tapi apsal macam dah few few baris ni?

mm.. jap eh, i macam dah terjumpa mood nak menaip.

hehe
:D

27 May 2010

Macam mana nak kurus?

Bismillahirrahmanirrahim~

entri ini ditulis sempena merayakan kejayaan menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam 5hari. haha~ sangat poyo. baru 3kg. ihih!

bila post status gitu kat fesbuk, wah, ramai ucap tahniah. eh. eh. semalam pos turun 2kg.. tapi tadi timbang, 1kg lagi turun. wah! sudah 3kg! hawhawhawhaw!

bila masanya sangat teruja nak cuba kurangkan berat badan ni? hawhawhawhaw.. well, i jenis senang naik, senang turun. hihi~ tu macam tak berapa nak kisah sangat lah kan kalau berat badan naik pun. oh, dulu mana i kisah pun kalau orang cakap i ni kuat melantak and wut so eva kan.

tapi, tiba-tiba je, balik dari utm skudai hari tu, hot mummY tegur,

"apsal awak macam dah gemuk je, nadia?"

err~ lepas tu mulalah jiran keliling rumah pun cakap benda yang sama...

dan paling nightmare, i dah tak boleh pakai baju kebaya yang hot mummY jahit masa matrikulasi dulu! oh, tak boleh jadi ni! at least kena kurangkan sikit.

bila hot mummY mula ukur dada, pinggang dan punggung, aaa.. naik-naik belaka. rasa nak seriau *kata orang utara* mm~ terlebih berat pun tak baik untuk kesihatan, kan?

maka i melancarkan azam, sempena ulangtahun kelahiran yang ke-23 hari tu... ahahaha i nak turunkan berat, at least, 5kg pun jadi la! takde la kebaya tu nanti sempittttt~ *blushing*

i start dengan kurangkan makan. dah duduk rumah, kan. of course sehari tu 5pinggan nasi. haha~ so i kurangkan jadi 2pinggan nasi sahaja sehari.

minum air masak dan berselawat lepas solat subuh. breakfast is a MUST! tak boleh tinggal!

lunch, ambil nasi dan lauk sekadarnya sahaja.

minum petang, roti + nutella sekeping sudeyyy~

dinner before 7pm or masa maghrib tu ke... nasi dan lauk yang memadai.

pastu dah. cover rasa nafsu nak makan tu dengan minum air masak sepanjang hari tu. air masak pun baik untuk singkirkan toksik dalam badan.. kan... :)

and yang paling orang tak mau percaya *sampai hati u olls~ tak caya* i pergi joging! serius! kat taman tasik datuk keramat. haha~ 20minit. tapi jog tak jog sangatlah. tak berapa larat dengan keadaan kesihatan i kan. i berjalan laju-laju macam orang marathon tu. ehehe~ ditemani adik si eno wutta wutta.

dari 60kg, now dah 57kg. dalam 5hari je. hehe.

malam ni we oll nak main badminton juga kat tempat yang sama, insyaAllah.

ada sesiapa nak join?

jumpa di sana. (^_~)v

nad havez :: makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang...

Di suatu petang yang indah...

Bismillahirrahmanirrahim~

sedang duduk melayan blog si zack dan telinga dipasang telinga arnab, eh, disumbat dengan lagu Maher Zain, tiba-tiba bunyi suara Luna Maya yang mendendangkan lagu 'Suara' bergema di ruang tamu sebuah rumah kecil di tengah Bandaraya Kuala Lumpur *amacam, mantap tak explanation? kasi u olls~ pening sikit tengahari buta ni.. ihih!*.

lantas telefon bimbit jenis Sony Anak Erics model W880i dicapai. melihat nombor telefon yang tertera di skrin kecil itu, sudah boleh diagak pemanggilnya.

"cik nadia ye? roslan bercakap."

"ye, saya nadia."

blablabla

kesimpulannya, aku dapat kerja.. di taman melawati, sangat dekat dengan rumah. sebagai trainee executive untuk 6bulan, then baru jadi executive.. thee~ ok, tak?

urrmmm~ kalau ada orang calling for interview lagi, macam mana eh?


(-_-") bersyukur dengan apa yang ada... aku tak mau yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. memanglah orang kata, tak salah untuk mencari tempat yang lebih baik. tapi dengan 0 experience yang aku ada, aku tak rasa aku perlu melompat-lompat ke satu tempat ke tempat lain buat masa ni, kan? kan? satu kerja apa pun belum start lagi.. kan..

what do you guys think?

i do really need opinion.. :)

24 May 2010

Musibah dan Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim~

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri."
(Surah al-An'am 6:42)"
Macam isu SOLUSI edisi 19 kan, yang cakap pasal musibah dan hikmahnya. dari pembacaan topik ni, dapat disimpulkan, apa jadi sekalipun, kita kena berfikir positif. kalau perasanlah, Islam sebenarnya banyak ajar kita untuk berfikir positif. yela, bayangkan, even ditimpa musibah sekalipun, orang mesti cakap, ada hikmah di sebaliknya. sebab apa? tak mungkin orang saje-saje cakap macam tu tanpa ada sebabnya kan.

diambil dari SOLUSI edisi 19 juga, at least, ada 3 jenis musibah. kafarah, bala dan ibtila'. secara ringkasnya;

KAFARAH
macam denda, balasan untuk orang yang baik, sebab dia terlalai seketika. benda ni macam peringatan dari Allah S.W.T supaya orang baik tu tak terus hanyut.

BALA
ni ujian la untuk orang yang jahat. ni semacam pra-hukuman dari Allah untuk dia di dunia ni sebelum dihukum di akhirat.

IBTILA'
ni pulak, musibah yang terjadi ke atas orang baik, semasa dia melakukan kebaikan. ni nak uji orang tu sabar ke tak ke atas ujian-Nya.


kepada mereka di luar sana yang sedang ditimpa musibah, ingatlah, bukan Allah sengaja, suka-suka nak kenakan kita dengan pelbagai ujian.. kan.. ala.. macam ayat yang biasa kita dengar, Allah takkan turunkan ujian kepada seseorang kalau orang tu tak mampu untuk menghadapinya, kan?

teringat ada seorang sahabat yang baru kehilangan adiknya beberapa minggu lepas. tengok dari cara mereka sekeluarga hadapi musibah tu, nampak mereka memang berfikiran positif. kagum juga.

think positive!

peringatan untuk i juge... :)

(^_~)v

23 May 2010

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim~

ohh.. lately ni terlalu kerinduan nampaknya..




dengan ini... kak roza and cikin a.k.a budak kecik





dan ini... belajar di utm...


R.I.N.D.U!!


nak sambung master.. :'(

21 May 2010

Selamat Mengulangi Hari Kelahiran :)



Bismillahirrahmanirrahim

Wah! hari ni dimulakan dengan keceriaan. bahaha~! selamat mengulangi *bukan repeat semester uh~* hari kelahiran, errr... tarikh kelahiran.

umur dirahsiakan.

eh, tak. ok, umur i genap 23 tahun dah.

23?

tua sangat dah eh?

sebabnya, last 2 weeks, masa naik LRT, terserempak dengan seorang budak sekolah yang corak kainnya macam kukenal. i tegur budak itu,
"adik, sekolah teknik gombak, ye?"

adik tu pun jawab, "iye..."

i pun bersoal jawab tentang nama-nama cikgu yang masih lekat dalam kepala i nih. alhamdulillah, masih ramai cikgu yang i kenal ada kat sana. setelah penat bersoal-jawab macam budak tu kena soal siasat di balai polis, budak itu pun bertanya,

"akak batch bila???"

mmm.. i jawab dengan senyuman termanis, "SPM 2004, 3rd batch sekolah teknik gombak"

budak tu buat muka terperanjat, "oh!!"

err.. sekarang 2010... 2004, dah 6tahun lepas... OMG! dah 6tahun ke? aaa... tapi proses kira-kira i masih mantap.. heee~

masa umur h0T mummY genap 23 tahun, hot mummY dah kahwin dengan daddy co0L..

i?

belum kahwin lagi :D

gatal.

hot mummY kata, kerja dulu. jangan nak menggatal sekarang ni. maka, sebagai anak yang patuh kepada perintah ibu dan bapa, i pun jawab, "baikkkk".

happy birthday Nadia!!

and to my big bro, lovely bro, muhammad ikhsan putra *tua 22jam dari i*.

Happy Birthday!

20 May 2010

Ko tu budak degree!



Bismillahirrahmanirrahim~

kisah ni jadik masa i kerja part time waktu cuti-cuti malaysia.. eh, cuti-cuti semester. on that time, i dengan adik i jadik part timer kat Banquet, Hotel Renaissance KL. bekerja dengan staf-staf banquet ni, maksudnya kita akan bergaul mesra dengan mereka dari pelbagai golongan, latar belakang pendidikan, juga pelbagai negara.

masa tu i baru lepas habis tahun pertama di UTM. nak masuk tahun dua lah kiranya. masa kejadian, waktu ala-ala nak dekat pukul 3petang. masa tu i dengan few banquet team kena handle satu hi-tea nih.

buat kerja biasa banquet, lepas orang habis tea-time yang style buffet punye, we olls kena 'clear'kan la tray yang dah penuh dengan saucer and cup yang dah digunakan. i, baru kerja situ dalam seminggu masa tu. i nak angkat tray yang berbentuk bulat plus penuh dengan pinggan mangkuk yang berat tu memang kurang terlarat la.

i try untuk angkat, tapi takleh angkat gak. memang hampa gilerr rr...

tetiba sorang banquet team ni, tolak i ke tepi and sambil angkat tray she said *she?? OMG, she is she, but her appearance like 'he'!*,
"nama je budak universiti, tapi kerja macam ni pun tak boleh buat!"
she was shouting in front lots of people there.

i terdiam gilerr. that boy, eh, girl, terus angkut tray tu masuk tempat cleaning. hoh, apa kena mengena i masuk universiti dengan angkat tray tu? tiap orang ada kekuatan yang berbeza kan? lain lah u, u dah bertahun kerja banquet, siap dah ada muscle-muscle kat tangan even you are a girl.

kan...

urmmm.. i tak de nak pandang rendah kat dia even dia lepasan SPM. at least dia tak melangok duk rumah, at least dia bekerja. tapi tak perlu kot nak herdik orang sampai macam tu kan.


tempat kerja dulu...


moral of the story, tak kiralah siapa pun kita, jangan ingat diri kita besar sangat. dan jangan pula terlalu merendah diri. sederhana tu baguskan...

pesanan untuk diri sendiri juga...


09 May 2010

Peminta Sedekah?

pernah tak u olls~ alami situasi di mana u olls~ tengah isi minyak di stesen pam minyak, atau tengah enak brekpes di sebuah restoran mamak sambil mengunyah nasi goreng mamak, tiba-tiba ada kanak-kanak yang suci murni datang dekat u olls~ dan berkata,
"kak, derma untuk rumah anak yatim.."
atau
"kak, derma untuk sekolah agama rakyat.."

pernah tak?

pernah?

pernah kan~

urmm~ kalau i lah, nampak bebudak cenggini, i rasa serba-salah. nak derma ke tak. apa yang kita tahu, banyak kat tv and paper ada cakap, kadang-kadang budak-budak ni bawah sindiket. diorang ada target. kalau dalam sehari budak tu tak dapat duit sebanyak yang diorang target, adalah yang kena nanti. tak bagi makan ke, kena kurung ke.

ada satu hari tu, kejadian ni jadi masa i tengah isi minyak di stesen S**** dekat-dekat Skudai tu. datang budak ni minta derma.

budak : kak, derma ikhlas untuk rumah anak yatim kak...
saya : *cuba untuk menukar pendekatan* mm.. adik dah makan ke?
budak : belum, kak.
saya : meh akak bawa adik pergi makan dulu, nak?
budak : tak apalah, kak. nanti saya makan dengan abang.
saya : *abang? wut the...* betul ni? tak pun akak bungkuskan, adik tunggu kat sini sekejap ye.

i pun pergi beli McD yang kebetulan ada kat sebelah stesen minyak tu. belikan satu set McD untuk budak tu. i patah balik ke stesen minyak. niat i nak bagi budak tu makan, tengok-tengok budak tu dah lesap entah ke mana.

urmm~ i cuba tukar pendekatan sebab kalau i bagi duit, duit tu nanti kalau dapat kat orang tak bertanggungjawab macam mana? (contoh: sindiket). sebab tu i nak bagi budak tu makan. at least perut dia yang kenyang. lagipun i tak boleh lah tengok budak-budak macam ni. rasa nak menangis. patutnya budak-budak macam tu pergi sekolah, happy-happy dengan kawan-kawan. bukan berada di jalanan meminta sedekah macam tu.

ye, mungkin ada yang memang betul-betul minta sedekah, memang betul-betul perlukan bantuan. mm~ dalam keadaan sekarang, susah kita nak menilai perkara macam ni.

kalau u olls~, apa u olls~ buat?

mmm~

07 May 2010

Career Fair at KLCC

jom jom jom...

career fair kat Kuala Lumpur Convention Centre (Hall 3-5)

10am-7pm

banyak job related to admin, marketing, IT, finance and engineering of course.

training centre pun banyak.

jom3~

jangan lupa bawak hard copy n softcopy resume ya~!

Bye!

nak pergi perlis kejap lagi.

bye semua!

tak mau bawak laptop.

malas nak jaga sangat.

selamat datang pelajar-pelajar matrikulasi ke kolej matrikulasi perlis.

habislah kalau aku dah join balik fasilitator..

hahahhaa~ dah 2tahun juga lah tak jadi fasi.. :D

perlis, tunggu i, ok..

:)

03 May 2010

Kerja?

saya dah habis belajar..

saya nak kerja..

ada sesiapa nak bagi?

boleh tak?

please..