Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

09 May 2010

Peminta Sedekah?

pernah tak u olls~ alami situasi di mana u olls~ tengah isi minyak di stesen pam minyak, atau tengah enak brekpes di sebuah restoran mamak sambil mengunyah nasi goreng mamak, tiba-tiba ada kanak-kanak yang suci murni datang dekat u olls~ dan berkata,
"kak, derma untuk rumah anak yatim.."
atau
"kak, derma untuk sekolah agama rakyat.."

pernah tak?

pernah?

pernah kan~

urmm~ kalau i lah, nampak bebudak cenggini, i rasa serba-salah. nak derma ke tak. apa yang kita tahu, banyak kat tv and paper ada cakap, kadang-kadang budak-budak ni bawah sindiket. diorang ada target. kalau dalam sehari budak tu tak dapat duit sebanyak yang diorang target, adalah yang kena nanti. tak bagi makan ke, kena kurung ke.

ada satu hari tu, kejadian ni jadi masa i tengah isi minyak di stesen S**** dekat-dekat Skudai tu. datang budak ni minta derma.

budak : kak, derma ikhlas untuk rumah anak yatim kak...
saya : *cuba untuk menukar pendekatan* mm.. adik dah makan ke?
budak : belum, kak.
saya : meh akak bawa adik pergi makan dulu, nak?
budak : tak apalah, kak. nanti saya makan dengan abang.
saya : *abang? wut the...* betul ni? tak pun akak bungkuskan, adik tunggu kat sini sekejap ye.

i pun pergi beli McD yang kebetulan ada kat sebelah stesen minyak tu. belikan satu set McD untuk budak tu. i patah balik ke stesen minyak. niat i nak bagi budak tu makan, tengok-tengok budak tu dah lesap entah ke mana.

urmm~ i cuba tukar pendekatan sebab kalau i bagi duit, duit tu nanti kalau dapat kat orang tak bertanggungjawab macam mana? (contoh: sindiket). sebab tu i nak bagi budak tu makan. at least perut dia yang kenyang. lagipun i tak boleh lah tengok budak-budak macam ni. rasa nak menangis. patutnya budak-budak macam tu pergi sekolah, happy-happy dengan kawan-kawan. bukan berada di jalanan meminta sedekah macam tu.

ye, mungkin ada yang memang betul-betul minta sedekah, memang betul-betul perlukan bantuan. mm~ dalam keadaan sekarang, susah kita nak menilai perkara macam ni.

kalau u olls~, apa u olls~ buat?

mmm~

1 comment:

nuruddin | Ray said...

owh...sungguh mulia hatimu, wahai author....aku pon ade gak citer pasal pengemis neh...sile klik SINI yea...just sharing citer yg similar...hihih...