"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri."Macam isu SOLUSI edisi 19 kan, yang cakap pasal musibah dan hikmahnya. dari pembacaan topik ni, dapat disimpulkan, apa jadi sekalipun, kita kena berfikir positif. kalau perasanlah, Islam sebenarnya banyak ajar kita untuk berfikir positif. yela, bayangkan, even ditimpa musibah sekalipun, orang mesti cakap, ada hikmah di sebaliknya. sebab apa? tak mungkin orang saje-saje cakap macam tu tanpa ada sebabnya kan.
(Surah al-An'am 6:42)"
diambil dari SOLUSI edisi 19 juga, at least, ada 3 jenis musibah. kafarah, bala dan ibtila'. secara ringkasnya;
KAFARAH
macam denda, balasan untuk orang yang baik, sebab dia terlalai seketika. benda ni macam peringatan dari Allah S.W.T supaya orang baik tu tak terus hanyut.
BALA
ni ujian la untuk orang yang jahat. ni semacam pra-hukuman dari Allah untuk dia di dunia ni sebelum dihukum di akhirat.
IBTILA'
ni pulak, musibah yang terjadi ke atas orang baik, semasa dia melakukan kebaikan. ni nak uji orang tu sabar ke tak ke atas ujian-Nya.
kepada mereka di luar sana yang sedang ditimpa musibah, ingatlah, bukan Allah sengaja, suka-suka nak kenakan kita dengan pelbagai ujian.. kan.. ala.. macam ayat yang biasa kita dengar, Allah takkan turunkan ujian kepada seseorang kalau orang tu tak mampu untuk menghadapinya, kan?
teringat ada seorang sahabat yang baru kehilangan adiknya beberapa minggu lepas. tengok dari cara mereka sekeluarga hadapi musibah tu, nampak mereka memang berfikiran positif. kagum juga.
think positive!
peringatan untuk i juge... :)
(^_~)v
No comments:
Post a Comment