Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 October 2010

Makan Ular Sawa

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tadi pagi on the way gi kerja, dengarlah HotFM. pagi-pagi macam ni gelak-gelak dengar celoteh fara, FBI and AG tu seronok juga. kadang i gelak sorang-sorang dalam kereta. i hope rakan-rakan pemandu kereta sekelian tak kata i gila bila tertengok i gelak sorang dalam kereta ya? i masih waras. i ketawa sebab kalau ada perkara lucu yang i dengar kat radio tu.

tajuk Hot Chat pagi ni, perkara pelik lagi berani yang pernah anda buat. eh jap. ni yang pagi tadi ke pagi semalam ye? tengok, i dah konpius. hah! pagi tadi. sebab i dengar benda ni masa kat traffic light depan desa tun hussein onn (DTHO) sedangkan semalam pagi-pagi i tak lalu pun DTHO. lalu NKVE dan DUKE *perlukah terangkan semua ni?*

ada seorang caller ni. dia kata, dia dah kumpul near to RM4000 hasil buat benda pelik.

nak tau amende?

kawan-kawan dia cabar dia makan benda-benda pelik.

lepas tu, AG ke FBI tah tanya, "makan apa?"

caller tu jawab, "makan labi-labi, ular sawa, katak... " apa lagi tah, i tak ingat, tapi yang pasti benda-benda yang menggelikan + haram untuk umat Islam la.

AG@FBI : ehh... makan benda-benda tu?

caller : haah. dah diorang cabar saya, saya buatlah.

AG@FBI : eh, awak ni biar betul. kita mana boleh makan benda-benda tu.

caller : abis tu dah diorang cabar saya.

AG@FBI : yelah, cabar pun. benda tu tetap kita tak boleh makan.

i tak ingat apa lagi yang caller tu bagi alasan. once i dengar benda ni, i terperanjat. dah lah bertaruh (judi) lepas tu bertaruh atas benda-benda macam tu, makan benda-benda yang terang-terangan haram.

lepas tu boleh bangga call radio, bagitau satu dunia perbuatan tu. siap bangga dapat collect dekat RM4000.

bak kata AG ke FBI tah, walau apa pun alasan yang dia bagi, benda tu tetap tak boleh. sampai AG dan FBI kata,"tu urusan dia dengan Tuhan. apa yang boleh kita buat. dah jadi."

i sangat terperanjat sebab perkara tu terang lagi bersuluh. terlalu nyata. entahlah.

apa pendapat u guys?

p/s: mm... banyak lagi contoh lain, tapi yang i tak boleh terima, orang tu macam bangga, siap cerita kat radio...

22 October 2010

Nasi Goreng Berlauk Kumbang?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

i sangat tak paham apa ke jadahnya hari ni. banyak binatang sangat suka mengelilingi i hari ni. kerengga tak sudah-sudah naik atas tudung ni. manis sangat ke i?

kak syaft, mari belajar membikin karangan ok?


Pendahuluan

uhh~ sangat letih bila dah 4 hari berulang-alik KL-Shah Alam-KL. jauh rupanya shah alam ye? tu yang i pelik macam mana boss i boleh tinggal kat shah alam, kerja kat taman melawati. i baru berulang 4 hari, dah 2 kali isi minyak full tank. rasanya boss i tu mesti isi minyak hari-hari kan?

lagi yang tambah meletihkan bila kena speed 100km/j and more than that. hari-hari macam tu, kereta i tu bukannya ferrari, sikit lagi nak sama macam fairlady. kalau bawa 60km/j je, bilanya nak sampai KL?erk~ my baby car tu, sampai je 80km/j, dia dah start rasa macam naik jet pejuang.

tu belum kira nak kena berlomba-lomba anak kambing dengan kereta-kereta mewah yang lain. aik, i je kancil kat atas jalan? oh, mana ada kancil nak lalu tol, mahal. sepanjang ulang-alik ni, i dengan perasaan nak cepat sampai, tak nak hadapi jam dan tak nak paksa client tunggu lama, so gunalah kemudahan DUKE dan NKVE yang menyebabkan i perlu mengeluarkan RM15.20 setiap hari untuk tol.


Isi
Isi Pertama
i baru berura-ura nak tinggal kat shah alam. macam syiokkk je dengan environment yang tak sehsak macam KL tu. best kan? i nak duduk shah alam la. tapi office kat KL. gi mana ya? RM15.20 x 25hari = RM380 hanya untuk tol. tu belum kira sebulan 15 kali isi minyak full tank. RM40 x 15 kali = RM600. so pengangkutan dari rumah ke tempat kerja je dah RM980 sebulan. huh~ baik aku bayar sewa kondo kat Bukit Antarabangsa kalau gitu perbelanjaan pergi balik sebulan.

Isi Kedua
tu belum kira kalau aku nak beronggeng hujung minggu. huahuahuahu~ takkan lepak shah alam je. balik-balik tengok i-city aje lah *ececehe i-city?*. aih aih aih bila aku nak kaya kalau gini?


Kesimpulan
takyah lah macam tu. hahahaha. next destination untuk cari rumah. huahuahuahu~


ok, kak syaft, karangan dah siap.





sebenarnya kan, i nak cerita, tadi i lunch nasi goreng USA. dulu i ingat, nasi goreng USA tu means nasi goreng dengan Udang, Sotong, dan Ayam. i tak sangka pula nasi goreng USA yang i makan kat kedai XXX tu berlaukkan daging masak merah, telur mata kerbau


dan kumbang.

erk~ *bunyi sendawa*

bau kaki kumbang...


-_-" kalau u olls, u olls saman tak pekedai tu?



*kalau esok i food poisoning lagi, u olls tau la sebab apa, kayh?*

17 October 2010

Muka Cantik Berseri dengan Fair and Lovely

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

mode: dengar lagu 'More Than Words', dengan guitar dipetik by Irma Havez. oh oh, dia sudah mula pandai memetik gitar. i boleh request macam-macam lagu sekarang. dan i juga boleh turut sama 'menyumbangkan' suara. aktiviti hujung minggu.

baru tadi call engineer tupperware. saja nak bagi dia jealouss~ sebab kami (i and eno wutta wutta) mampu buat satu small band di rumah. tanpa mengganggu jiran tetangga, sebab hanya guna gitar kapak *ke kapok? ke kopak?* warisan dari daddy co0L. oh, seronok.

i: i seronok. nanti i boleh berjimat masa wedding ceremony i!

engineer tupperware: apsal lak?

i: yelah, i got small band here. eno main gitar, u nyanyi. wahah! jimat wedding i!

kekekekeke. ketawa kami bertiga.

nyanyi lagu maher zain. ok? complete 1 album. bahah!

tak boleh 1 album, i nak lagu for the rest of my life.


***********************

hari tu ada kawan tanya, "macam mana nak hilangkan jerawat kat muka ye?"

kalau tanya my daddy do0L, senang je jawapan dia, "guna kertas pasir. pilihlah gred mana nak. sapu kat muka tu." oh my my. tu lah jawapan daddy co0L masa muka i penuh jerawat, musim-musim sekolah menengah dulu.

masa tu muka i memang teruk wo0o. sampai kalau jumpa nenek, nenek tak mau cium i. dia kata,
"muka bergerutu, macam mana nak cium?"
sedih.

muka i start naik jerawat lepas pakai pencuci muka clean & clear. masa tu i form 2. i memang x sesuaiisss pakai pencuci muka. tapi, biasalah, jiwa remaja. rasa nak try. padahal masa tu kulit dah licin tulus mulus.

then, i tukar hazeline oil control. dah kurang sikit jerawat. tapi still naik jerawatnya. i sampai nak ambil gambar pun, cuba pose angle *eh, angle ke angel. ah, mana-manalah* yang mampu menyorok jerawat. amat memalukan.

naik matrikulasi, i pakai oxy. 1 set. sebab pakai hazeline oil control still tak boleh jalan. jerawat still naik turun, plus parut-parut lagi. eyuueeeww...

pakai oxy, rasa macam kulit kena hakis. erkk~ tapi i teruskan juga until tahun4 kat utm. masa tu dah berkuranglah jerawat.

tapi i rasa sebenarnya yang buat kulit i jadi ok balik is, facial treatment. i pernah buat masa final year kat utm dulu. dua minggu sekali kena pergi. dalam 4bulan ulang macam tu. ok, i dapat rasa perubahannya. siap orang tu bagi pencuci muka dia yang berasaskan tumbuhan. 6bulan i guna facial cleanser tu, sampai habis belajar and alhamdulillah, now dah tak ada masalah jerawat yang melampau. sebulan sekali je naik jerawat. tu pun time 'cuti'. heheh.

sekarang ni, dah tak ada pakai apa-apa pencuci muka. cuma kalau muka dah naik berminyak sikit, mulalah lari ke tandas, sabun. dengan sabun mandi. hahah. serius. sabun mandi i Lux yang warna putih tu.

ni jerawat naik sebijik kat pipi. alahai, saja nak bagi penyeri sikitlah tu. nak manja-manja dengan i pulak jerawat ni. i letak ubat gigi. ni daddy co0L yang suruh. nanti dia kecut sendiri. tangan jangan gatal nak picit. lagipun, i tak tau kenapa sekarang i tak boleh nak picit jerawat. kulit tu macam anjal. eh eh. ayat macam iklan Loreal. 7 tanda penuaan blablabla. baguslah camtu. tak ada lah tinggalkan parut.

cuma masalah i sekarang ni, white head dekat nose ni. melampaulah pula banyaknya sekarang ni. -_-" ada sesiapa ada suggestion untuk handle white head ni?

tapi, satu benda yang i baru nak praktikkan *padahal zaman kecik-kecik dulu ustazah dah banyak kali pesan*. pencuci muka yang terbaik adalah wudhu'. satu hari, 5 kali berwudhu'. sekali berwudhu', 3 kali basuh muka. so kita basuh muka 15 kali sehari dengan wudhu' sahaja. tu baru solat wajib, solat sunat lagi? setiap anggota wudhu' yang kita ambil tu, ada niat dia, selain niat wudhu'. ustazah dulu pesan, niat yang elok-elok. hayati wudhu' kita tu. ingat solat ke kena khusyu'? wudhu' pun perlu penghayatan wo0o.

so, jagailah dan syukurilah...

^_~

12 October 2010

Ada Apa Dengan 101010?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ramai orang tertunggu-tunggu tarikh tu kan? sebab tarikh tu cantik, so ramai yang pilih tarikh tu sebagai tarikh kahwin lah, bertunang lah, dan macam-macam lah lagi lah!

tarikh tu pun tercatat dalam lipatan sejarah negara. ada dua perkara.

1. perkahwinan angkasawan negara yang memang sangat meriah.

2. kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan paling teruk untuk tahun ni. di area Simpang Ampat.

kita tak tau, sedang kita asyik leka tonton tv, majlis perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muzafar, rupanya ada insan yang menderita dalam waktu yang lebih kurang sama.

i bukan nak cakap isu kemalangan atau perkahwinan orang besar negara tu. my concern is, tentang siasatan kes dan organ donor. anda sudah mendaftar sebagai organ donor? ceh, macam duta kempen organ donor pula. hal ni berkait dengan kemalangan 101010.


isu pertama, siasatan kes. tak kisahlah kes jenayah ke, kes kemalangan ke.

kalau kita perhatikan, malaysia ni macam ada musim. bukan setakat musim durian. musim ribut-ribut hal kemalangan pun ada. contoh macam tragedi 101010 ni kan, sekarang memanglah hangat. semua nak buat statement. dari setinggi-tinggi pak menteri sampai serendah-rendah pegawai polis. seminggu dua ni aje lah kes ni akan dititikberatkan. tengoklah bulan depan. apa tindakan susulan. nak tunggu 30 bas ekspres berlanggar sesama sendiri dulu kah baru nak buat tindakan lanjut? macam kes banyak kemalangan kat tol jepalang tu. dah beratus-ratus orang diragut nyawa, baru ada tindakan susulan. tahu tak malaysia ni antara negara terbanyak accident di dunia ni.

kes jenayah contohnya. paling dekat, kes sosilawati. suspek dikatakan dah pernah buat jenayah terancang ni. means dah ramai yang penah dibunuh. tapi kenapa baru sekarang kes disiat-siat sampai akar umbi?

cuba kalau kes tu terkena kat batang hidung kita, family kita sendiri yang terlibat. apa perasaan kita?

menyelesaikan sesuatu, cari akarnya. kalau setakat ranting dipatahkan, pokok permasalahan masih boleh membesar.


isu kedua, organ donor. dalam artikel suratkhabar semalam, tak sampai 1% pun rakyat malaysia yang sudah mendaftar sebagai penderma organ. sedikit yang amat. inikah rakyat malaysia yang dikatakan sebagai sangat pemurah tu? uh uh, ayat kasar ni. marilah rakyat malaysia, kita mendaftar sebagai penderma organ. tidakkah u olls~ rasa yang organ donor ni satu tugas yang sangat mulia? u macam bagi harapan untuk orang lain hidup. tak seronok ke tengok orang lain gembira?

bayangkan kalau ada ahli keluarga kita, sakit. perlukan penderma organ. masa tu barulah kita melilau, mengharap bantuan dari masyarakat, siapa yang sudi jadi penderma organ. tapi sedar ke tak, kita ni penderma organ ke tak?

bayangkan kita yang perlukan organ....

bukan susah pun, pergi mendaftar je kat mana-mana hospital atau pusat sumber transplan (HKL, Hosp Ipoh, Hosp Penang, HSA) dan anda akan dapat kad penderma organ. banyak je roadshow kat shopping complex yang buka booth untuk pendaftaran penderma organ.

dalam kad tu tertulis, "in event of my death, please contact pusat sumber transplan."

apa yang kita ada ni pun, bukan hak milik kekal kita. semua ni hak Allah. Allah bagi pinjam je. tak usahlah tamak sangat. kita kongsi-kongsi ok?

bukan derma organ je. derma darah pun. alhamdulillah, lepas menderma hari tu, i ok je. banyakkan makan makanan berkhasiat, sayur dan buah-buahan. lepas 3 bulan nanti, kalau ada kesempatan lagi, i nak menderma lagi ^_^ seronok... rasa puas. kita ni tak banyak harta, so ini sahajalah cara nak tolong orang.

so, i nak ajak kita semua... derma organ dan derma darah. heheheh~

^_~v


kesimpulan kepada kedua-dua kes ni, kita ni, takkan terasa apa-apa selagi benda tu tak jadi kat kita. kalau kita atau family kita sendiri yang terlibat, barulah kita rasa menyesal, barulah bersungguh-sungguh nak buat sesuatu.


kata si pencuri malam tadi, "kalau gelak, memang gelak sungguh... kalau menangis, memang menangis sungguh... dia dah betul-betul tak tahan, nanti keluar lah tangisan dia tu..."


=) ^_^

09 October 2010

Nasib Kita, Bukan Semua Sama...

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, ceh, apsal madah lebih ni? ahaa~ tak putus-putus jemputan member-member yang dah mula melangkah ke alam lain. errr.. maksud i alam pertunangan dan alam perkahwinan. hampir tiap minggu juga la ada jemputan. nampak sangat sekarang ni dah musim mereka-meriki yang segenerasi dengan i punya turn. yang luar generasi tu, i tak mau komen.

esok, angkasawan negara punya turn. seorang handsome, seorang sweet, padan :)

bila pergi jemputan kenduri yang kat sini, duduk dengan member-member, tiba-tiba keluar cerita yang si A dah nak bertunang bulan depan.

pergi kenduri yang dekat sinun pula, dengar cerita si F dah nak menikah.

duduk bersembang dengan member yang ni pulak, eh, si H menikah malam ni!

wah, pantas sungguh rakan-rakanku ini menamatkan zaman bujang trang tang tang mereka.

kita tak boleh nak jangka what happen to us in the future. dulu sibuk bercinta dengan si Z, tup-tup menikah dengan si Y.

si W nak mengorat si N. tapi tak dapat-dapat. tiba-tiba dengar cerita dia dah nak bertunang dengan si S.

eh, kau tak tahu ke yang si D dah ada seorang anak? laa~ ada juga sahabat-sahabat yang dah ada anak dah pun. layan facebook, selak-selak gambar, laaa~ betul dia dah ada anak.

tahniahlah untuk sahabat-sahabat yang bakal mengikat tali pertunangan atau memeterai janji pernikahan. semoga u olls~ bahagia sampai bila-bila. suka tengok korang korang korang yang dah nak pergi alam yang lebih mencabar tu. insyaAllah, i akan cuba penuhi setiap jemputan yang ada, ok?

hujung tahun ni, insyaAllah jadi pengapit pula. orang kata, kalau dah jadi pengapit, maknanya turn pengapit tu, tak lama dah.

ye ke?

belum cukup ilmu lagi lorr~


(p/s: u olls~ buat kenduri, jangan tetiba ada meja khas untuk 'adorable bachelor' pulak -_-" muahahahahaha~)

^_^v peace!

08 October 2010

Alhamdulillah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.




=)

insyaAllah. complete.





jom raya for the 2nd time!


heh, dah bulan zulkaedah lor.


^_^

07 October 2010

Salahudin Ayubi - Jihad

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

baru je selesai baca buku novel sejarah islam, tajuk salahudin ayubi. kagum sangat dengan semangat baginda. tak ada siapa expect dia akan jadi orang besar. dan ternama. dan digeruni. lagi-lagi oleh tentera salib. saya terfikir, kenapa tak ada manusia di zaman yang semangatnya macam baginda? tak payah tengok orang lain, tapi tengok diri sendiri. :(

daripada buku tu, dapat disimpulkan, tentera islam sangat kuat. macam mana boleh kuat? strategi sultan salahudin sendiri. baginda berperang mengikut cara Rasulullah. penuh dengan perancangan yang rapi, tak terburu-buru. kenapa kita tak boleh jadi macam tu ye?

daripada buku tu juga, dapat disimpulkan, tentera islam berjaya menakluk pelbagai kawasan dari tentera salib sebab tentera islam ketika itu tidak mudah lalai. banyak contoh penaklukan dilakukan ketika tentera salib sedang tidur, atau sedang bersuka ria.

kalau kita kaitkan dengan zaman sekarang, nampak sangat yang sebenarnya kita 'ditakluk semula' oleh 'tentera salib'. kenapa?

kalau bukan dari segi peperangan, kita tengok sendiri macam mana budaya dan sikap masyarakat kita. tak ubah seperti keadaan mereka dulu. 'tentera salib' menawan kita bukan dari cara peperangan. tapi dengan cara bentuk pemikiran dan gaya hidup.

kalau dulu pahlawan-pahlawan islam, jika disogokkan dengan emas, harta kekayaan yang melimpah-ruah, mereka tolak. sebab apa? sebab keredhaan Allah yang mereka cari. balasan Allah yang lebih berganda-ganda dari harta di dunia. apalah sangat harta di dunia ni nak dibanding dengan ganjaran yang Allah bagi di 'sana' nanti. siapa yang lebih besar? Allah Maha Besar.

walaupun syahid, walaupun meninggalkan isteri dan anak-anak, namun keluarga mana yang tidak bangga jika ada di kalangan anak muda atau suami mereka yang syahid di jalan Allah. saya teringat mereka yang terkorban semasa penghantaran bantuan ke Palestin beberapa bulan yang lepas.

kita sekarang terlalu alpa, leka, termasuk saya sendiri. kadang kita tak sedar. kita 'ditakluki' oleh 'tentera salib'. kes rasuah, tak ubah seperti apa yang berlaku apabila tentera salib cuba menyogok pemerintah-pemerintah negara islam supaya bersekutu dengan mereka. apalah sangat 'wang rasuah' tu, fikirkan ganjaran Allah nanti apabila kita berjuang mempertahankan islam.

walaupun kita tak dapat secara suka rela ke medan perang, apa kata kita cuba sematkan dalam hati, jihad melawan nafsu sendiri. kerana itu adalah jihad yang besar. tiap kali kita ingin lakukan sesuatu, niatlah kerana Allah, untuk dapatkan keredhaan Allah. ingat, dunia ni ujian je. macam PMR, SPM... kita dapat lepas ke tak semua ujian ni dengan semua A ke, ada lompong-lompong ke.

ganjaran Allah tu terlalu besar nak dibandingkan dengan nikmat dunia ni. apa lah sangat buatan manusia nak dibandingkan dengan kurniaan Ilahi.

ya Allah...

teguran untuk diri sendiri.. juga sahabat yang ingin menerima...

:)

05 October 2010

Peperiksaan Masa Remaja (Part 2 )

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


mode: sit for PMR. walhal eno wutta wutta yang exam. hahah. sangat teruja melihat kesungguhan eno wutta wutta study sampai i tidur, dia study... i study, dia tidur. eh eh. apsal i pula yang study?

dulu masa zaman sekolah menengah kebangsaan puteri wilayah, i teramat sangatlah rajin. kami dulu teramatlah selalu ada kelas tambahan. masa form 3, sekolah pagi. then petang tu sure ada kelas tambahan untuk calon PMR. biasa dalam pukul 4 petang baru balik rumah. seronok balik lambat sebab tak payah berebut-rebut naik LRT dengan orang yang balik kerja, dan student convent bukit nanas or st john. urghh!

subjek yang i paling minat, haruslah SEJARAH! apsal? tak caya? tapi i minat sejarah masa form 3 aje. sebab cikgu tu mengajar best, sangat! sesiapa budak SMKPW batch 2000-2002 mesti kenal cikgu Wan Ahmad Zamri. serius masa tu rasa macam sejarah tu dalam tangan je. cikgu tu mengajar tak bawa masuk buku teks pun. masuk je kelas, terus dia pum pang pum pang bercerita tentang sejarah. dah lah sejarah form 3 agak bosan -_-" tapi gaya cikgu tu mengajar buat kami semua tak ngantuk langsung. inilah first time ever i baca buku teks sejarah dengan lancar sebab apa yang cikgu tu ceritakan boleh terbayang di fikiran. dan i dapat markah 90 and above untuk subjek sejarah tiap kali exam form 3 ni. hahah!

lagi, i suka subjek kemahiran hidup. tah. bes! i paling suka part kena buat wiring. hahah. padahal ambil Ekonomi Rumahtangga wo0o tapi teramat sangatlah malas nak menjahit dan memasak (nasib baik memasak tu sekarang dah jadi hobi). kalau masuk bengkel elektrik je, haaa~ i tersangat suka, dan rasa macam nak tolong satu kelas buat wiring, pateri, sambung-sambung wayar tu. seronok!

lagi subjek yang i suka, GEOGRAFI! i rasa pengetahuan am i sangat mantap masa tu. sekarang bila i ajar eno wutta wutta, jurang apa yang paling dalam di dunia, dia tak boleh jawab. bila i check balik syllabus dia, oh, tak sama macam zaman i. banyak sangat ilmu alam yang dah dibuang. sangat tak patut bila sukatan pelajaran hanya fokus pada malaysia dan benda ni akan membuatkan student malaysia jakun kalau diorang pergi oversea. serius! tak semua orang berpeluang tengok negara orang lain. through this subject lah, malaysian got to know what they have in other continent kan...

masa sekolah rendah dulu, i punya english teramat sangatlah teruk. i pernah terbaca karangan i masa UPSR, aduhhh, tak daya nak gelak. i tak dapat bayangkan macam mana teacher i nak marking kertas english i dulu -_-" mesti tahan gelak + marah + tak tau nak tolong macam mana budak ni supaya at least boleh bagi dia C. then, i takut masa PMR pun i got B for my english. but daddy co0L said, rajin-rajin buat karangan, dan minta tolong teacher check. i ask my english teacher at that time, Mrs Foo, untuk tambah kerja dia dengan check my karangan yang i buat sendiri TIAP-TIAP MALAM DI RUMAH. daddy co0L akan pilih satu tajuk dan i start to write. pagi-pagi i akan hantar karangan i untuk Mrs Foo check, before bell rang, Mrs Foo akan pulangkan karangan i yang dia dah check. i learn from mistakes. eh eh. learn ke learned ek? hahah~ tu lah, dah sangat lama tak guna english. i also learn english by listening and reading lyrics. masa tu britney spears, westlife, BSB tersangatlah famous. so i listen to their songs and search for the lyric, i read, and cari makna every words. hahah! daripada teknik ni, i belajar cara nak strukturkan ayat. it works! eh, ke it's work? hahahaha.

subjek-subjek macam bahasa melayu dan pendidikan islam tu, i dah kira ok lah. tiap kali exam pun got 85 above. alhamdulillah. sains and math, favourite. yakin boleh score.

so lengkap 8 subjek. semua rasa macam boleh score je. hahah.

tapi.... masa keluar result, i menangis.

sebab? i got 7A 1B. dan subjek yang B tu, pendidikan islam. subjek yang i paling confident. huh! mulalah terbayang segala macam dosa, kenapa macam ni. member-member semua pun tak percaya. macam mana nadia boleh B dalam subjek pendidikan islam?

ustazah2 semua tak percaya because i always got 90 and above for this subject. PK HEM apa lagi, direct suruh i pergi re-check. i pun pergi Jabatan Pendidikan KL. re-check. and alhamdulillah, lepas re-check, dapat keputusan sebenar. i pun tak tahu kat mana silapnya. -_-"


so adik-adik yang nak ambil exam tu, jangan takut. sebabnya, kalau kita yakin dengan usaha kita, insyaAllah, boleh dapat straight A. lainlah kau memang jenis pemalas, tak study langsung.


good luck!

04 October 2010

Peperiksaan Masa Remaja

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


fuh~ saja entri ni, gatal-gatal tangan nak menaip benda ni je



ALL THE BEST


IRMA NOOR MAYZURA HAVEZ


esok PMR start, so pergi baca buku.


jangan ingat dah merasa jubah konvo i, you tak payah sarung jubah konvo you sendiri.


sila rilex, hargai masa-masa terakhir ni dengan mengumpul ketenangan.


dan untuk calon-calon PMR lain,

selamat jawab exam


8A @ 9A tu senang je


^_^

*kau dah lepas, boleh lah cakap gitu nadia ooii~*

Mari Tengok


:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

mari tengok



















love them

muah muah muah

02 October 2010

Picture worth thousand words



:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

pernah tak anda semua rasa nak menangis,
dan siapa orang yang terawal terlintas dalam fikiran anda?

pernah tak anda rasa nak tengok wayang,
dan siapa yang anda rasa layak menemani anda?

pernah tak anda melihat satu-satu barang yang cantik,
dan siapa yang anda akan fikirkan?

pernah tak anda rasa terlalu penat,
siapa yang anda bayangkan mampu meringankan beban anda?

pernah tak ketika anda sedang kelaparan di tengah malam dan malas nak memasak dan ada orang yang memasak megi untuk anda?

pernah tak anda dengan penuh kasih sayang meletakkan asam jawa yang direndam dalam air daun bunga raya di dahinya ketika dia demam?

pernah tak anda rasa gembira sangat sampai terlompat di hadapan pejabat MPM bila ada yang membawa sejambak bunga di hari konvokesyen anda?

pernah tak sesiapa memberi mesej yang mengharapkan anda mendengar keluhan hatinya, runsing kepalanya, serabut pemikirannya? dan mengharapkan anda membawa dia keluar dari masalah...

pernah tak anda rasa tak sampai hati tak mau belanja kalau dia dah merengek-rengek sambil kata, "tak apalah, eno guna duit sendiri aje lah" walaupun bajet anda untuk bulan itu tinggal paras hidung...

pernah tak anda tinggalkan sekeping duit kertas RM50 beserta sekeping nota, "All the best, future Dr. Irma" di celah buku teksnya sebelum anda pulang ke UTM dengan harapan dia menggunakan wang itu untuk membeli buku rujukan...

di tengah malam ketika anda sedang study dan sangat kelaparan, pernah tak seseorang tiba-tiba datang membawa sebungkus burger untuk anda?

pernah tak ketika anda sakit, tidak mampu bergerak, ada yang memapah anda ke bilik air, memasak bubur setiap pagi untuk anda, dan rela tinggal bersama anda di matrikulasi walaupun dia baru tingkatan 3 ketika itu.

pernah tak anda merotan dia sebab anda merasakan dia membaca Al-Quran tanpa tajwid dan tartil lalu anda rasa berdosa kerana terlepas pandang menitikberatkan aspek itu dalam hidupnya.

pernah tak anda rasa tak boleh hidup tanpa mereka?

pernah tak anda menangis bila terjumpa nota dalam buku dia yang tertulis, "I'am a sad girl"..











both you bring joy to my life

thanks for the full support and endless love

i love them

engineer tupperware

future gynaecologist (eh, are you sure you want to be a gynaecologist?)

tak pernah kusayangi orang lain melebihi mereka berdua

^_^



..


..


..


alamak, tak cukup thousand words lagi la

-_-"