Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 March 2015

Contraction at 30 weeks

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Gahahaha! Tengok tajuk je dah cuak. Pengsan!

Last week, masa genap-genap 30 minggu. Pagi-pagi Isnin. Malam tu Fateh tertidur kat ruang tamu. Letih sangat bermain weekend tu agaknya. Imam nak angkat Fateh masuk bilik. Tapi mak aku offer nak tidur dengan Fateh kat ruang tamu malam tu. Aku risau gak nanti Fateh terjaga malam-malam kesian mak aku. Tapi mak aku kata takpe. Biar dia temankan Fateh malam tu. Lagipun kami memang dah start nak train Fateh tidur sendiri. Nanti adik dah keluar cemana? Semua berebut nak peluk ibu. :P

Lebih kurang pukul 3.30 pagi, Imam terdengar suara Fateh menangis. Imam kejut aku dan aku keluar tengok Fateh dah duduk, cari aku. Aku dukung dia (ye, aku masih mampu dukung Fateh. Dah lah tengah mengandung 30 minggu, ada slipped disc pulak tu!) bawa dia masuk dalam bilik. Dan macam biasa lah kalau dah terjaga malam camtu dia mesti nak menempel.

Lebih kurang pukul 3.45 pagi, aku terasa contraction datang. Kuat. Rasa pinggang nak patah. Ini kandungan kedua dan sah-sah lah aku masih ingat macam mana rasa contraction. Sah, memang contraction. Aku fikir, false contraction je ni. Lagipun dah masuk 3rd trimester kan.

Tapi tak lama lepas tu contraction datang lagi. Aku tengok phone dan kira sela masa. Dalam hati dah berdebar dah. Eh, baby nak keluar dah ke?

Mula aku tengok jarak contraction tiap 5 minit. Sama macam masa Fateh nak keluar dulu. Lebih kurang pukul 4.15 pagi, aku kejutkan Imam. Bagitau contraction ni regular nampaknya.

"Eh, baby dah boleh keluar ke sekarang ni?"
"Boleh, tapi pra-matang la. Masuk inkubator. Sian baby."
"Nak pergi hospital ke?"
"Kejap, sayang monitor dalam masa 1 jam dulu."

So memang aku tak tidur dari pukul 3.30 pagi tu duk kira sela contraction dan tahan sakit. Sambil tu aku praktis breathing. Dan contraction makin menggila. Tiap 4 minit. Masa ni dah pukul 5 pagi. Aku kejut Imam.

"Sayang rasa kena pergi hospital."
"Jom! Fateh camne?"
"Fateh kita hantar je lah macam biasa. Sayang mandi kejap."

Masa mandi, aku try kontrol cara bernafas supaya kurangkan sikit sakit nak patah pinggang. Serius aku rasa macam nak terberak yang baby nak keluar tu. Aku curah sikit air suam kat bahagian pinggang. Lama aku duduk dalam toilet tu.

Lepas mandi, aku siap-siap. Masa gosok baju, aku sampai terduduk menahan contraction. Memang kena pergi hospital gayanya ni. Dah siap-siap, aku makan nasi jap sementara tunggu Imam siap. Sempat lagi nak makan tu! Hahaha aku fikir aku kena bersedia je kalau ditakdirkan memang aku kena beranak hari tu gak. Kena makan dulu kang takde tenaga nak push. Alahai.. terasa lambat pula Imam mandi pagi tu! Cepatlah abang.. Dah rasa macam nak terberanak sangat dah ni.

Imam siap dan hantar Fateh ke rumah pengasuh, aku whatsapp office bagitau aku EL hari ni. Manager aku pulak yang cuak bila aku kata dah start contraction. Kerja kat office tu siapa nak settlekan? Lagipun, 30 weeks baru... siapa sangka?

Kat hospital, macam biasa, check tekanan darah, ujian air kencing, baring untuk check CTG.

Tiba-tiba masa nurse datang nak pasang CTG tu, contraction aku dah makin slow. Nurse pegang perut, "tak keras pun perut ni. Macam biasa je. Ye ke contraction?" Sambil buat muka sinis.

Eh geram lak aku dengan nurse ni. Ingat aku suka-suka nak datang hospital kalau tak ada apa-apa? "Iye nurse. Dari pukul 3.45 pagi tadi contraction regular."

"Ke abdominal pain je?"

Aku malas nak layan. Nurse tak jadi pasang CTG. Dia suruh tunggu doktor je.

Baiklah. Aku baring je la kat katil sambil tunggu doktor. Nyaris terlelap lah sebab tak cukup tidur kan malam tu.

Doktor datang dan check perut. Yes, kebetulan masa tu memang contraction tengah datang. Aku tahan je sakit tu. Doktor pegang je perut, "Eh, pasang toco. Kenapa tak pasang toco kat patient ni?"

Bahahah! Aku dah kata. Takkan aku suka-suka datang hospital tak tentu hala.

Nurse pun pasanglah alat CTG tu. Doktor tanya, "Puan, betul ye apa yang Puan rasa tu contraction? Yela, sebab ni kan anak kedua, mesti Puan dapat bezakan contraction atau tak kan?"

"Ye, doktor. Memang rasa nak patah pinggang, nak terberak macam baby nak keluar tu. Setiap 4 minit dari pukul 3.45 pagi tadi."

"Ok, takpe, Kita buat ujian sikit ye. Dan kita check toco."

Mula-mula doktor buat VE. VE tu seluk dalam tu nak check bukaan pintu rahim. Ada yang kata VE ni sakit. Tapi so far sejak Fateh dulu aku tak pernah rasa sakit bila doktor buat VE ni. Bergantung tahap rasa sakit masing-masing kot. Mungkin sebab aku pernah rasa sakit yang lebih sakit (slipped disc tu). So, takde lah rasa terlalu sakit VE tu. Cuma rasa kurang selesa je lah.

"Ok, pintu rahim masih tertutup ye, Puan. Belum ada tanda nak bersalin"

Aku lega.

Doktor masukkan alat macam mulut itik nak buat ujian pap smear tu. Untuk ambil sampel.

"Ok, saya ambil sampel sikit ye, Puan. Untuk kita buat ujian. Puan rehat dulu, kita pasang CTG. Tengok baby macam mana. Lepas 20 minit nanti kita scan baby ye."

Ok. Sambil tu aku pun duk tahan je la contraction tu.

Habis 20 minit. Doktor datang tengok. "Ok, ada sikit je aktiviti. Walapun nampak macam regular. Jalan pun belum terbuka. Result dari test yang kami buat tak ada tanda-tanda yang Puan akan bersalin dalam seminggu ni. So maybe baby saje main acah-acah. Kita scan baby dulu ye?"

Masa scan baby, "Ok, tu baby. Baby pun belum engage lagi Puan. Masih bermain dengan seronoknya dalam tu."

Hahaha aku rasa nak gelak pulak dengan ayat doktor ni. Maybe ni cara dia nak tenangkan pesakit dan diri dia sendiri. "Kenapa ye tiba-tiba datang contraction regular ni, doktor? Ke sebab saya breastfeeding?" Entah macam mana tiba-tiba aku nak tanya macam tu. Terfikir yang mungkin contraction tu datang sebab breastfeeding.

"Puan masih breastfeed anak pertama ke?"
"Tak fully bf. Bila malam saje."
"Laaa yeke.. hurmmm nipple stimulation memang akan trigger contraction, Puan. Sebab tu kalau Puan pernah dengar, salah satu cara nak cepatkan bersalin adalah nipple stimulation. Tu yang buat contraction Puan datang tiba-tiba hari ni."

Aku macam nak tanya sesuatu tapi doktor macam dah tau apa aku nak tanya, dia sambung lagi cakap.

"Tapi selama ni Puan breastfeed, tak ada pun kan? Ye, sebab Puan sekarang dah masuk 3rd trimester. Bila dah masuk 3rd trimester ni, hormon badan Puan akan berubah sikit. Lebih banyak oxytocin dalam badan Puan sebagai persediaan untuk bersalin. Jadi bila ada nipple stimulation, level hormon tu akan increase dan buat Puan rasa contraction yang kuat. So for now, saya nasihatkan, berhenti dulu bf anak pertama. Kalau tak, bahaya untuk baby. Boleh keluar awal. Kesian dia stress dalam tu rahim asyik kecut-kecut sebab abang dia menyusu."

Urmm.. ok.

"Hari ni saya bagi Puan MC. Puan rehat dulu kat rumah sebab contraction belum berhenti. Tapi kalau malam nanti contraction makin kerap, Puan datang semula ke hospital ye?"

Ok.

So... petang tu aku try tak nak bagi Fateh menempel. Aku sapu ubat gigi. Fateh rasa lain macam, dia lepaskan. Tapi dia menangis pandang aku. Kesian dia. Menangis merayu-rayu. Macam merayu yang amatttt sangat. Tolonglah ibu.. tolonglahhh.. Ibu tak kesian kat Fateh ke. Sedih aku tengok dia. Dia tak faham lagi. Bagi botol susu pun tak nak. Dia nak aku juga. Ayah dia pun dia tak nak.

Last-last aku basuh semula ubat gigi yang aku letak tu, dan bagi Fateh menempel juga. Bagi dia reda dulu. Pastu baru offer dia botol. Baru dia nak.

Aku rasa kena try slow-slow. Tak boleh stop immediately.

Tapi.... sampai hari ni, masih tak berjaya.

T_______T

Macam mana?