Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 January 2011

Nak Menikah?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

On the way back from UTM to KL, i read a book, 'Buatmu Wanita' karangan Suzana Ghazali, terbitan Buku Prima. pinjam buku ni dari kak ina. sangat menarik. bahasa yang sangat mudah difahami, i boleh baca buku tu non-stop sampai tak sedar i tak tidur langsung dalam perjalanan JB-KL tu.

buku ni cerita tentang hak-hak seorang wanita dari aspek perundangan. bermula dari sebagai anak gadis, sehingga ke alam perkahwinan, sampailah kalau perkahwinan tu berakhir (cerai) *minta dijauhkan*. buku ni bukan sesuai untuk perempuan sahaja, tapi lelaki pun ok. sebab apa yang diceritakan tu memang kisah benar dalam masyarakat kita sekarang *yelah, peguam syarie yang berdepan dengan macam-macam kes hari ini*.

ada satu bab yang menarik dikupas dalam buku tu. bab tonggak bahagia rumah tangga. satu subtopik, peranan dan tanggungjawab suami. ada banyak. tapi ada satu yang dikupas dengan sangat panjang lebar;

'Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan'

i just nak petik some of ayat-ayat quran dan hadith yang berkaitan. oh ya, ni yang i paling suka tentang buku ni. setiap fakta yang dikemukakan berlandaskan dalil dari quran dan hadith. islam is our way. so bila tiap fakta disokong dengan dalil-dalil ni, bermakna itu adalah fakta yang konkrit.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
- Surah An-Nisa' : 34

Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberkati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlaku kesusahan.
- Surah Al-Talaq : 7


Diceritakan Hakim bin Muawiyah bin Hidah al-Qusyairi RA pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW (bermaksud);
Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah SAW bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.
- Hadith riwayat Abu Daud

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) pada jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.
- Hadith riwayat Muslim


Satu lagi sabda Rasulullah SAW bermaksud;
Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak (perbelanjaan) yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.
- Hadith riwayat Ibnu Majah
i petik direct dari buku dia ye.

saya pernah ditanya, benarkah tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri akan gugur sekiranya si suami telah memberi izin kepada isterinya untuk bekerja? sebenarnya, satu perkara yang saya yakin memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja.

masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan e-mel sebegini kepada saya walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian daripada saya.

islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

malahan sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang-alik si isteri ketika bekerja. segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami, sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.

cuma, demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi meringankan tanggungan suami. membantu meringankan bebanan dan tanggungan bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab.

bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upaya bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. saya pernah ceritakan kisah suami sahabat saya yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. inilah lelaki sejati yang menghargai isterinya.

namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. kebanyakan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku jugak sebab aku ni suami, isteri kena ikut kata aku. hmm... memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

pelik kan? bukannya tak tahu memberi nafkah dan menanggung perbelanjaan rumah tangga adalah kewajipan suami. masih tak faham? apa yang tak faham lagi? kalau tak ada ilmu agama sekali pun, adat masyarakat jelas mengatakan bahawa suami berkewajipan ke atas isteri dan anak-anak. berkewajipan dalam erti kata perlu memberi makan minum, pakaian tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anak-anak. itu adalah kewajipan asas, belum dikira tanggungjawab mendidik, membimbing, memberi ilmu kepada isteri dan anak-anak.


banyak lagi yang menarik yang diceritakan dalam buku ni. terutama bab-bab tanggungjawab ni. oh, buku ni tak bias. ada juga dia sebutkan pasal isteri juga. what the do's and dont's.

kadang-kadang kita ni fikir nak menikah, nak cepat menikah. perkara asas yang terlintas bila cakap hal menikah, mesti hal duit. duit hantarannya, duit kendurinya. tapi kita tak boleh lupa, yang paling penting adalah penuhkan ilmu di dada. pada i, bila ilmu asas tu dah mantap, barulah kita boleh dikatakan bersedia untuk berumah tangga. ini, tanggungjawab pun tak faham, nanti dah menikah jadi banyak salah faham. tu yang banyak kes bercerai-berai tu. sebab tak tahu tanggungjawab sebenar, bila tak tahu, tak mahu belajar, tak mahu membaca, tak mahu bertanya kepada orang yang berilmu.

ya, i belum menikah so tak tahu asam garamnya macam mana, i tak layak untuk bercakap lebih-lebih. cuma satu yang i tahu, kalau islam adalah cara hidup kita, islam adalah pegangan kita, quran dan hadith adalah manual kita, insyaAllah, dunia dan akhirat kita dapat. janji Allah tu benar.

benar.

^_^


26 January 2011

Sample Data Collection

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri bergambar. setelah sekian lama tak bagi entri ada gambar. hihi. semua ni gambar masa pergi site hari tu. oh, ni bukan gambar sampel data, tapi ni kerja kami.

masa tu pergi bertiga. me, and 2 orang from telematik department, azmi dan imam. thanks korang sebab sudi layan kerenah nadia yang memang tersangatlah amat cerewet. mana sahaja ada jalan, redah je. naik bukit, turun bukit, masuk hutan tebal, jalan sempit. sampai sesat masuk ke pencawang elektrik, ikut transmission line, tiba-tiba tembus ke empangan. sesat macam mana tu tak payah cakap lah. sepanjang masa duk fikir mana nak cari jalan keluar dari hutan tebal. beberapa hari pergi site memang seronok.




apa diorang buat ye masa ni? oh, ada kayu yang blocking ranger nak lalu. so diorang dengan penuh usaha dan tenaga konon nak cabut kayu yang i guess itu saki baki batang pokok yang dah lama tertanam, macam mana nak cabut aih! i buat apa? i duduk dalam ranger, taking photo, makan sandwich yang sendiri buat ^_^ ada hero-hero kan?




anjing ni konon macam nak kejar kami tapi dia duduk tepi ranger je. tak kacau kami pun. imam dengan sangat berani pergi buka tingkap ranger dan ambil gambar anjing tu. kalau anjing tu melompat masuk dalam ranger macam mana? tak pasal-pasal satu kereta kena samak -_-"





jalan yang sangat berliku penuh onak ranjau duri cheh cheh. memang i rasa macam naik kuda. tak payah register kat pusat equin UTM hee~





ni masuk ladang sawit mana tah. tiba-tiba nampak signboard "juruukur dilarang masuk". oh tak, kami bukan buat surveying, collect sample data je...



uncle ni tak bagi we all masuk. hampa -_-" tak apa. i tengok map, kita pusing jalan lain. huahuahua~ dapat juga kami redah masuk ladang sawit ^_~






selama i lalu highway PLUS tu, i wonder, apa yang ada kat kiri kanan highway kan? macam mana orang nak rentas lalu antara highway kan? kiranya, highway PLUS dari bukit kayu hitam ke JB tu macam divider pantai barat ke? now baru i tahu. ada terowong penghubung sebenarnya... ni kitorang kat tepi highway lah ni. mencari jalan macam mana nak masuk highway. takkan nak angkat ranger tu masuk highway?





hah, ni lah dia inchik yang penuh rajin tolong collect data. sangat perfect lah his work. walaupun terpaksa panjat bukit-bukau, berjalan kaki masuk hutan untuk collect data.




dan tak lupa inchik driver yang sangat cekap memandu walaupun di tepi jurang, tanah merah, jalan sempit, memastikan kami semua selamat sampai. paling sabar bila i minta cari juga jalan masuk hutan tebal sampai jumpa.


mesti dalam hati diorang, kenapalah ada executive macam ni kan kan kan?

bila perlukan hasil kerja yang terbaik, proses kerja juga perlulah yang terbaik.

^_^

now dalam 20% lagi untuk siap.

suka.

alhamdulillah...

New Environment, New Spirit?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sedih lak bila baca entri dari cik rohana zainal ni.

sob sob sob~~~ starting from last monday, i dah masuk office baru. hoh, rasanya macam pindah jauh pula dari office lama. padahal, baru 3-4 blok je dari office lama. oh oh, kami tak guna istilah office lama, office baru bagai. tempat lama i bertapak dulu tu adalah HQ untuk GeoInfo Services Sdn. Bhd. dan tempat i duduk sekarang ni, SO (Satellite Office) for GeoInfo Sevices Sdn. Bhd.

dah duduk sini for few days, baru i perasan, i the only girl, eh, woman in here. yelah, department telematik dengan training je kat sini. telematik dah confirm semua lelaki. training department? i sajoh. menunggu semua orang pindah betul-betul. masa tu barulah ada 2-3 orang perempuan lain. 2, 3 je? tak boleh gossiping macam kat HQ dulu lor. -_-"

mula rasa macam seronok. pindah department, boss baru, environment baru, rakan sekerja baru, tapi now rasa macam sedih pula. sejak duduk SO ni, tiap-tiap hari mesti berulang juga ke HQ. sebenarnya ada je kerja nak kena buat, tu yang kena balik juga sekejap ke HQ. sambil tu singgah sekejap lah jumpa cik ana dan cik aida. gelak-gelak sekejap, lepas tu baru balik SO semula. itu pun, mesti cik ana dan cik aida tarik, "laa, tak payah balik dulu..."

sedih pulak...

tak apalah, yang penting, kerja mestilah ikhlas, dan usaha yang bersungguh-sungguh. lagi beberapa hari nak tukar department ni, makin banyak pula kerja rasanya. semuanya macam terkejar-kejar, tapi sempat pula update blog kan? memang nak kena sekeh.

oh ya, i hutang upload gambar pergi site. tapi i tak boleh lah upload gambar sampel data kami ye. tu hak company. gambar suasana sajoh lah. :) nanti i upload.

taa darls~ till meet you then ^_^

23 January 2011

Status : Confirmed!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



oh my~~~~ sangatlah sangat sangat sangat sukaaa~!!! know what, i dah 10 tahun tak balik kampung and alhamdulillah got a chance to going back to hometown!!!

dah lama tak balik kampung beraya. hah, sekarang uolls~ tak boleh kata i tak balik kampung untuk beraya ye...

suka...

tahun lepas i tak apply cuti pun untuk raya. terima aje cuti yang ada. but sorry boss, tahun ni i kena apply cuti seminggu. since last year i berkorban jiwa dan raga tak cuti raya kan? hihi~

suka...

kalau uolls~ nak kirim apa-apa, sila kumpul duit dari sekarang ye. ada masa, i beli kan. itu pun kalau tak over berat luggage. weee...

sangat excited oh, orang kampung jauh ni. hahaha~ sorry ye kawan-kawan. almaklumlah uolls~ ni perasaan orang dah 10 tahun tak balik kampung. maafkan i ye :)

ni pun ada kesempatan balik sebab harga tiket RM28 saje uolls~ mana i tak teruja. terus weolls~ satu family decide balik kampung raya ni.

so, insyaAllah i will not be in Malaysia for this hari raya aidilfitri ya frensss...

suka... ^_^

20 January 2011

Short Update?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

can i say this as a short update? tak tahulah entri ni bakal jadi short ke long kan. baca aje lah ye? huahuahua~

yarghh~! it sounds like yay! and arggh!... killing two birds with one stone. i mean, happy sound and stress sound hehe.

got lot of activities. macam busy, macam tak. tapi yang pasti, this week, lepas isya' je terus tidur. berapa banyak missed calls and messages i got when i woke up in the morning hee~ sorry inchik, al-phenat :)

ya, since last week, masuk hutan. masuk ladang. masuk kebun. dulu masa ambil sarjana muda remote sensing ni, tak ada lah terfikir sampai masuk hutan siap bawa parang nak tebas semak-samun bagai. tapi sejak kerja ni, i suka! sebab memang rasa feel buat kerja, dan i puas dengan hasil yang i dapat walaupun memang penat. i tak pernah terfikir akan naik ranger, jalan tepi gaung, jurang, jalan tanah merah, risiko harimau, ular dan yang seangkatan dengannya. tapi setakat ni, we olls~ kena kejar dengan anjing sajoh~ hihi~ tak apa, i ada team yang sangat dipercayai!

cerita lebih pasal turun site ni, next entri lah ye? dah lama tak buat entri bergambar. tunggu gambar tu one of my team transfer dalam komputer dulu, ok?

then, setelah 7 bulan bekerja, i have to move. i kena pindah department. before this i was in geospatial department, under project. but now, i ditarik to other department effectively 1st february. tadi balik office kejap lepas habis site, tengok-tengok, my PC dah kena cabut wayar-wayarnya, my workplace dah kena kemas. esok kot i kena move to another office. huu~ siapa boleh tolong angkat PC i? ngee~

ok, kata short update kan? later i sambung lagi. after everything yang messy ni dah kemas.

till meet you then!

daaa~~ ^_^

17 January 2011

It's Hurt

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Diam tak diam, it was already more than a year rupanya since the last time I got to fall in love. Ya, I pun macam u olls~ juga. Ada hati dan perasaan. Dah almost 1tahun 2bulan daripada hari terakhir I menangis sebab hati dan perasaan yang bukan-bukan ni.


Sila benarkan I menulis sepenuh hati I. Sob sob sob~


He was, ya. Macam mana nak cakap ye, seseorang yang memang macam kita nak cakap, yes, I want him as my husband. Masa tu umur, 22 tahun. Kira ok lah kan? Haha~


Siap dah rancang itu ini so and so. I mean, our target. Umur berapa nak ikat, bila nak langsung and everything. Secara kasarnya lah. Not in detail. Tak ada lah sampai dah kira bajet and so so. hahah~


Then, ada satu yang dia bagi tau, “my mom wouldn't accept you as her daughter-in-law.” Maybe sebab my family background.


Tapi I degil. I kata kat dia, “ur mom is still a human, hati manusia ni lama-lama pujuk, lembutlah dia.”


Punyalah I rasa yakin, dapat ambil hati mak dia. Padahal tak pernah jumpa pun. Hahaha. Ya, dia jenis orang yang agak senang. Like my sis said, “susah nak cari orang yang dapat terima kita seadanya.”


Orang perempuan ni, haruslah sangat risau dengan penerimaan bakal family mertua. Yelah, perempuan confirm akan ikut suami. Dan lelaki, akan dahulukan ibu daripada isteri. Kalau jenis lelaki yang kurang kuat, silap-silap si isteri akan teraniaya. I rasa setiap perempuan normal pun merasakan kerisauan yang sama.


Ya then, my parents pula melontarkan pandangan diorang. Diorang pun macam susah nak terima, and they said, macam tak berapa suka tengok dia.


Then, I realize yang hubungan kami tak kan ke mana pun, macam tak guna pun dipertahankan kan? His parents say this, my parents say that. But I still rasa macam mesti ada penyelesaiannya. Sebab I memang bukan jenis yang mudah mengaku kalah.


Tiba-tiba dia pun mendiamkan diri. Tak contact. Ya, I know it is near to the end. Teruk juga kot menahan rasa. Perit. I ni dah lah memang jenis kuat menangis. Berapa lama ye I menangis? Tak ingatlah. Then dia pun mengaku yang we should stop this relation since tak nampak pun yang kami boleh bersama.


Bila fikir-fikir balik, memang tak guna kan menangis sebab hal macam ni? Ya, ini satu-satunya kelemahan I yang I memang tak boleh overcome until now.


Few days later, I went to UK and France. Serius I rasa pemergian ke sana memang betul-betul mngubat luka. First day tu rasa terbuai-buai lagi. I rasa puas dapat keluar dari Malaysia. Rasa macam tinggalkan everything to gain something. Dalam flight tu, I menangis sungguh-sungguh. I dapat rasakan macam I dah tak jejak tanah Malaysia, dah tak ada relation apa-apa pun. Puas. I berdoa banyak-banyak, semoga Allah tunjukkan sesuatu pada I di bumi asing tu.


And Alhamulillah, balik je Malaysia, I dah kuat. Like my dad said, “nadia ni, dia ada masalah pun nampak macam tak ada masalah.”


I tak tahulah betul ke tak apa yang my dad cakap tu. Tapi masalah hati dan perasaan ni, I memang tak boleh kot. Masalah kerja, belajar, kawan-kawan, family, memang ye, I still boleh senyum dan macam tak ada masalah tapi masalah yang satu ni, memang kelemahan terbesar I.


Balik je dari UK dan France tu, I tanamkan dalam diri I, I tak mahu lagi jadi macam dulu. Macam orang bodoh je gitu.


Alhamdulillah, kat sana juga I temui hidayah. I sangat-sangat bersyukur.


Entahlah. Dah setahun lebih perkara tu berlalu. Perkara sama masih menghantui I. I rasa macam... ketakutan. Rupanya I masih belum dapat pulihkan rasa sakit dalam hati ni. I masih belum dapat berubah sepenuhnya. I rasa I tak kuat, hilang keyakinan dalam diri. Itu dan ini rasa takut. Buat tu rasa takut, buat ni rasa takut. Takut melukakan hati orang-orang yang I sayang.


Dan takut ditinggalkan...


Kalau orang nak kata ni masalah jiwa I, ya, I admit. What I have been through for almost 8years in my life yang membuatkan I jadi macam I sekarang. Dan orang kata, masalah jiwa ni, ubatnya, kembali pada-Nya.


Ya Allah, kalaulah semudah itu hati ini mampu diubati, dah lama ianya terubat.


Senang untuk kata kembali pada-Nya tapi susah sebenarnya nak capai tahap benar-benar khusyuk dan tawadhu', membiarkan dengan rela, mencintai Allah dengan sepenuh hati.


Ya Allah, penuhilah cintaku hanya untuk-Mu... aku takut...



16 January 2011

Awak Tak Nak Join Imam Muda ke?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


farah nur adila share satu gambar ni.


jom kita semua muslimah sekelian sahut cabaran ni. serius, dada perempuan tu lebih menggoda dari rambutnya. betul tak saudara-saudara perempuan ku?

bila kejadian rogol sana sini terjadi, kita salahkan lelaki. padahal kita sendiri yang jadi antara penyebab lelaki tak boleh nak kontrol nafsu.

memang ye, perempuan bertudung pun ada yang jadi mangsa, tapi tengok balik, atas sebab apa lelaki tu melampiaskan nafsu serakah diorang tu? sebab kita juga kan?


"awak belilah tudung macam mana pun, asalkan tudung tu dapat menutupi dadamu, wahai muslimah"

awak, saya baca kat sini. awak tak nak join program ni ke?


oh oh~ i sangat berbangga dengan seorang sahabat yang dulu sangat lah urmm.... tak tahu nak kata tapi sekarang dah bertudung labuh. alhamdulillah.

i tahu siapa sahabat tu masa dulu. dosa-dosa silam dia dan dia kata, sampai sekarang pun dia tak dapat maafkan diri dia atas keterlanjuran dia. tak apalah, Allah tu Maha Pengampun. kalaulah i ni lelaki, i ambil dia jadi isteri. tapi i perempuan. i hanya boleh jadi kawan yang sentiasa meminjamkan bahu aje lah.

15 January 2011

Senarai Kesyukuran

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

kadang-kadang, kita tak jangka rezeki Allah nak turunkan tu, bila-bila masa je, kan? kita pun tak boleh nak jangka dalam bentuk apa, bantuan tu Dia nak bagi.

ya, kita perlu jadi hamba yang bersyukur. kita tak sedar pun yang sebenarnya setiap hari kita kena bersyukur. bukan apa, yelah, setiap hari kita diberi nyawa untuk hidup lagi, kan? bersyukur masih dipanjangkan umur.

bersyukur juga sebab masih boleh bekerja. fizikal dan mental masih boleh bekerja dengan baik. turun site, keluar masuk hutan pun boleh lagi walaupun dah kena marah dengan inchik baik. sorry. thee~

bersyukur sebab mampu guna nikmat yang diberi Allah untuk mencari rezeki yang halal. bila-bila Allah boleh tarik nikmat.

bersyukur lagi sebab mampu pegang duit sendiri. walaupun masih blur blur nak manage duit.

bersyukur sebab rezeki yang ditambah. alhamdulillah, makin selesa dengan status kerja sekarang.

bersyukur sebab ada peluang baru yang bakal diterokai tak lama lagi. doakan i berjaya! amin :)

bersyukur lebih-lebih lagi sebab dapat jalani kehidupan yang sangat tenang sekarang.

bersyukur dengan keriangan yang ada di depan mata.

bersyukur kerana Dia sentiasa tunjukkan jalan yang terbaik. percaya pada Dia, alhamdulillah.

bersyukur kerana ada yang sentiasa membimbing, ada yang sentiasa mengingatkan, ada yang sentiasa menegur.

bersyukur kerana dia sentiasa pinjamkan kesabaran, pinjamkan semangat, pinjamkan kata-kata, dan kerana dia ada.

syukur ya Allah atas segala nikmat-Mu yang tak terhingga ini.

06 January 2011

Macam Mana Nak Gemuk

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

apsal i rasa macam kelakar je tajuk cenggitu. hahah~ sebagai menghormati permintaan sahabat baik zaman sekolah dulu, dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, al-jimat-cermat, so i buatlah entri ni. ko jangan harap rr jimat, aku nak panggil ko ziema... goli den... hahah~

seronok berkawan dengan al-jimat-cermat ni. confirm korang akan selalu berjimat-cermat. eh yeke jimat? aku rasa tiap kali on the way ke stesen lrt kampung baru tu, mesti kita singgah beli jajan kat pasar minggu tu kan kan kan? oh, farah pun sama, athirah pun sama... ah, korang semua sama lah. weyh, lupa nak bagitau korang, athirah fakhriah dah selamat menikah 31 disember hari tu. huu~

cukup imbau kenangan lama. nanti lari tajuk. penat je cikgu BM dulu ajar, nak buat karangan, kena ada peta minda. supaya isi tak lari dari tajuk. wahah! tapi i rasa dah dekat 3 perenggan i tak masuk-masuk lagi topik asal -_-"

ok, macam mana nak gemuk? i rasa ni soalan paling senang nak jawab. sebab i mampu naikkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 2-3bulan je duduk rumah lepas habis belajar dulu.

:)

apa yang i buat ye?

pertama sekali, sila memasak dengan sedap! betul kan? kalau uolls~ masak tak sedap, macam mana uolls~ nak makan dengan banyak kan?

kedua, lepas dah memasak dengan sedap, sila makan paling minimum 5 pinggan nasi sehari. minimum ok? dan makanan itu adalah nasi dan tolong jangan letak nasi cikit cenonet sahaja. sila penuhkan satu pinggan itu dengan nasi dan lauk.

ketiga, apa ye... hah! sila makan juga walaupun dah pukul 11malam. hahah~ buruk betul perangai anak dara ni.

keempat, dah makan pukul 11malam tu, sila tidur terus. wahah.

kelima, bangun pagi, sila buka tudung saji dan tengok makanan apa yang ada. kalau tak ada pun, sila jangan malas untuk goreng telur dan makan nasi + telur bersama kicap.

ok. cukuplah banyak ni je i bagi petua kurang sihat. ok, jimat? u sila follow, ok? 2 minggu lagi ko bagitau aku apa hasil dia, ok? berapa banyak 'ok' daa~~~

tapi sebenarnya kurang elok kalau amalkan gaya pemakanan macam ni. sebenarnya, apa yang penting, amalkan gaya pemakanan yang sihat.

jangan skip meal

jangan tak makan sayur

sentiasa minum susu, makan buah

rajin-rajin exercise.

hasilnya, anda akan dapat badan yang ideal. tak gemuk, tak kurus.


pagi tadi masa breakfast, hot mommY kata,
"sabtu ni kita pergi jogging, ya?"

anak yang patuh ni pun jawab,
"baik, ibu..."


-_-"

05 January 2011

Macam Mana Nak Kurus? (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yang i prasan, kebanyakan keyword when searching my blog, selain my name or my father's name, is...

'macam mana nak kurus'

entry ini

i tak tahu uolls~ follow ke tak petua petui yang i bagi tu. wahahaha~ sebab pada i, semua tu disiplin maa... yelah, i tengok, i tak kurus-kurus pun. ada hati nak bagi petua macam mana nak kurus. bahah!

sebab apa i tak kurus?

sebab i tak ikut sangat petua yang i sendiri tulis tu. lagi-lagi part jogging tu ok! tapi sejak tengok hot mommY sangat rajin jogging tiap-tiap pagi lately, buat i rasa jeles pulak. i pun nak jogging!

but one thing, i dah boleh pakai kebaya yang hot mommY jahit masa matrikulasi dulu. i mean 5tahun lepas punya kebaya. so i already back into the shape.

cuma....





ya... cuma lepas je makan kat kenduri kawen (pakai that kebaya), i terpaksa tahan perut -_-"

ye, sebenarnya masih belum betul-betul back to the shape T___T


oh ya people. pernah dengar tak, mandi sebelum subuh atau sejam sebelum matahari naik tu dapat memecahkan lemak-lemak yang ada dalam badan. but bukan mandi dengan air heater tau.

i still tak jumpa bukti scientific regarding this matter but what can i say is, apa yang dianjurkan dalam islam tu, mestilah yang terbaik untuk manusia kan?

pada pendapat i, betul kot ayat tu. sebabnya, masa i sekolah menengah dulu, duduk hostel, i sangatlah rajin mandi awal pagi.

sebab i sangatlah tak suka berebut toilet dan beratur depan toilet sebelum mandi tu lepas tu nak berkejar pergi solat subuh berjemaah kat surau.

so, walaupun masa dah jadi senior (form 5) pun, i still bangun lebih awal dari junior. i bangun around 5am. mandi. bersiap. dalam 5.30, i lah orang pertama yang buka pagar aspuri untuk pergi solat jemaah kat surau sekolah. oh oh. kat blok kitorang ni ada amalan junior (form 4) tak boleh masuk toilet kalau dah turn senior mandi. biasa turn senior dalam pukul 5.45-6.15 camtu.

dan, berat badan i masa tu 52kg oh! dengan ketinggian 163cm. now? 57-60kg wahahahah! sangat rindu berat masa tu T___T

so, boleh ke i kata yang mandi awal pagi tu memang memecahkan lemak?

eheh~ lagipun duduk hostel, mana ada heater kan? plus i memang seorang budak hostel yang tak pernah skip hostel's meal. selalunya girls ni, breakfast, tea time dengan supper diorang tak turun makan. konon diet or kenyang lagi. but me? dari breakfast, lunch, tea time, dinner, supper semua tu i ngan dormmate i belasah. plus amik nasi pun takde nak sikit cinonet je dalam tray tu, harus penuh, ok! yelah, dah bayar yuran memahal kot? membazir kalau tak makan.

satu lagi yang mungkin orang tak berapa tahu, sebenarnya, kalau kita mandi around 5am tu kan, air bukannya sejuk pun tau, panas-panas suam ada la... sejak bekerja ni, mandi pukul 7am, air tu sejuk amat... hahaha~

so uolls~ yang rasa nak kurus tu, cubalah praktikkan mandi sebelum subuh. lagipun, memang elok kan, bersihkan diri sebelum solat :)


renung-renungkan, dan selamat beramal! - credit to prof izi hot.fm


oh, lagi satu, i love this quote,

I'm scared to care too much, to feel that rush once more, to love again at the risk of getting hurt. But what i fear most is the thought of you leaving me, when i've already conquered those fears for you...
- credit to Realiti Konspirasi

daaa people ^_~

03 January 2011

Selamat Masuk Sekolah!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Selamat tahun 2011! Aik, tak rasa pun macam tahun 2011. Sebab dah beberapa ketika sebelum masuk tahun 2011 ni, I asyik tertulis tarikh 2011 je. Macam dah lupa 2010. Macam tak nak ingat 2010 pun ada jugak. Ke tak sabar menanti 2011? hahaha~ apa ada dengan 2011? Entah. I pun tak tahu apa akan jadi, eden bukan ahlul nujum, pun bukan peramal kaji cuaca -_-”


Hari ni pun 1st day untuk both my sis come back to school~ huahuahua~ sorang tu start semester 4 kat UTM. Sorang lagi start form 4. Erkk, form 4? wah, dah besar rupanya adik-adik I. Uolls~ ada ke yang nak jadi adik ipar I? Isi borang ye. Uolls~ kena lepas lembaga penapisan dulu (I lah tu) sebelum I pass the form to my parents (Ceh! Walhal hot mommy and daddy co0L tu tengah duk risaukan anak sulung diorang ni hah). Ehee~~~


Bila tengok si eno wutta wutta pergi sekolah tadi, teringat pula zaman sekolah rendah. Oh, I nak uji ingatan ni. Ingat lagi ke tak lagu sekolah rendah dulu.


Ya, bloggers yang rasa-rasanya student Sekolah Kebangsaan Polis Depot tu, Farah Nur Adila, Aimie Hazerin, Nur Hazimah, Taufiq Hood, aku tau korang baca blog aku, marilah kita menyanyi bersama-sama ye.


Maju Sekolah Kebangsaan

Polis Depot yang murni

Dengan penuh kebanggaan

kami rela berbakti

Bidang sukan dan budaya

terus usaha jaya

Kedua ibu dan juga bapa

pada yang kami hormati

Kepada guru tidak dilupa

jasamu dihargai

Pada negara yang tercinta

disanjung dan dipuja

Tetap cekal juga rela

bela tanah merdeka


Lepas tu budak-budak yang agak nakal ni akan jerit, “MERDEKA!” bajet macam tengah celebrate Hari Kemerdekaan -_-”


Wah, masih kuat rupanya ingatan I ye uolls~. Banyak pula benda nak cerita zaman sekolah rendah ni. Tak cukup tanah nanti. Eheh~


Uolls~ ingat lagi ke lagu sekolah uolls~? Hah, Farah Nur Adila, Aimie Hazerin, Nur Hazimah, Taufiq Hood, korang toksah nak ngelat, aku dah siap bagi lirik neh~