Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

03 January 2011

Selamat Masuk Sekolah!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Selamat tahun 2011! Aik, tak rasa pun macam tahun 2011. Sebab dah beberapa ketika sebelum masuk tahun 2011 ni, I asyik tertulis tarikh 2011 je. Macam dah lupa 2010. Macam tak nak ingat 2010 pun ada jugak. Ke tak sabar menanti 2011? hahaha~ apa ada dengan 2011? Entah. I pun tak tahu apa akan jadi, eden bukan ahlul nujum, pun bukan peramal kaji cuaca -_-”


Hari ni pun 1st day untuk both my sis come back to school~ huahuahua~ sorang tu start semester 4 kat UTM. Sorang lagi start form 4. Erkk, form 4? wah, dah besar rupanya adik-adik I. Uolls~ ada ke yang nak jadi adik ipar I? Isi borang ye. Uolls~ kena lepas lembaga penapisan dulu (I lah tu) sebelum I pass the form to my parents (Ceh! Walhal hot mommy and daddy co0L tu tengah duk risaukan anak sulung diorang ni hah). Ehee~~~


Bila tengok si eno wutta wutta pergi sekolah tadi, teringat pula zaman sekolah rendah. Oh, I nak uji ingatan ni. Ingat lagi ke tak lagu sekolah rendah dulu.


Ya, bloggers yang rasa-rasanya student Sekolah Kebangsaan Polis Depot tu, Farah Nur Adila, Aimie Hazerin, Nur Hazimah, Taufiq Hood, aku tau korang baca blog aku, marilah kita menyanyi bersama-sama ye.


Maju Sekolah Kebangsaan

Polis Depot yang murni

Dengan penuh kebanggaan

kami rela berbakti

Bidang sukan dan budaya

terus usaha jaya

Kedua ibu dan juga bapa

pada yang kami hormati

Kepada guru tidak dilupa

jasamu dihargai

Pada negara yang tercinta

disanjung dan dipuja

Tetap cekal juga rela

bela tanah merdeka


Lepas tu budak-budak yang agak nakal ni akan jerit, “MERDEKA!” bajet macam tengah celebrate Hari Kemerdekaan -_-”


Wah, masih kuat rupanya ingatan I ye uolls~. Banyak pula benda nak cerita zaman sekolah rendah ni. Tak cukup tanah nanti. Eheh~


Uolls~ ingat lagi ke lagu sekolah uolls~? Hah, Farah Nur Adila, Aimie Hazerin, Nur Hazimah, Taufiq Hood, korang toksah nak ngelat, aku dah siap bagi lirik neh~

7 comments:

Indra Putra Bin Asrar said...

Salam... uih kak ira dah sem 4 ke...cepatnya
belong sem 3 x abes2 agi ni...
ngah sebok untuk final exam...

Nadia Havez said...

w'salam..

kak ira pun tua setahun dari belong kan~ eheh ^_^

farah said...

x ingat !!!muahahahha...even smkpw punye pon aku lupe..yeehaa

joja said...

hi nadia havez....muahh2 eheh kem slm sama eno n ira eh...

Nadia Havez said...

farah::
ko ni memang murid derhaka lah! hahah~!

joja::
hai kakak~ wah, suda pandai komen.. eheh :)

rohanazainal said...

anda pelajar yang prihatin pada sekolah.. I pon lupa kot lagu sekolah.. wahahaha.. :p

~thanks bagi menumpanh kasih pada PC anda.. sharing is caring.. (^.-)v

Nadia Havez said...

ana::
hahahahha~ sama-sama kaseh ^_^