Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

30 June 2009

UTM akan miliki fakulti perubatan

JOHOR BAHARU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mempunyai fakulti perubatannya sendiri apabila kajian mengenai penubuhan fakulti itu siap tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebagai antara universiti yang tertua negara, penubuhan fakulti perubatan di universiti yang memiliki kekuatannya sendiri itu adalah tepat pada masanya.

"Penubuhan fakulti itu akan membantu menambah bilangan graduan perubatan, farmasi dan pergigian dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Sesi 2009/2010 di UTM, Skudai hari ini.

Beliau berkata, walaupun ketika ini terdapat 10 universiti yang menawarkan pelbagai kursus perubatan, tetapi ia masih tidak dapat menampung keperluan negara dalam bidang tersebut.

Katanya, ketika ini hanya tiga universiti yang mempunyai hospital latihan khusus untuk penuntut perubatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Sementara Naib Canselor UTM, Prof Ir Dr Zaini Ujang, berkata bilangan penuntut baru perempuan di universiti itu pada pengambilan tahun ini melebihi 15 peratus berbanding penuntut lelaki.

Pada pengambilan tahun ini, 1,786 penuntut baru UTM tahun ini adalah perempuan manakala, 1,484 adalah lelaki.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut merasmikan Sistem Profil My Tag Secara Talian yang direka khusus untuk memberikan data saintifik tentang seseorang individu atau kumpulan individu daripada aspek personaliti, pemikiran dan minat budaya berdasarkan pada prinsip psokologi serta budaya masyarakat Malaysia.

Sistem yang direka oleh pensyarah UTM sendiri itu adalah siri alat ukur yang menyemak suatu hipotesis dan membuat keputusan tentang tindak balas serta tingkah laku manusia dengan persekitaran.

Sistem yang menjalani penyelidikan sejak 2002 itu dibangunkan oleh tiga penyelidik Sains Kognitif iaitu Prof Dr Mohd Tajudin Ninggal, Syed Mohd Asri Syed Yahya dan Aida Khaizilla Abdul Khairi. - Bernama


berita dari sini


saya saaaaaaaaayang utm.. :D

Diari Harian Seorang Lelaki Berkerjaya

berikut merupakan diari yang dicatat oleh 'uncle'...

diari seorang lelaki:

1. pas solat subuh, lena balik

2. 7.30am, bangun mandi kambing , terus kat opis.

3. Petang balik keje. lena jap

4. pas solat maghrib . kuar makan kat kedai

5. balik makan, tgk tv , dok dpn pc, pas tu lena.

6. mcm mana nak kawin ek . ngeri je , ehehehehe


hoh! tu dia heh.. ada lelaki-lelaki di luar sana yang nak komen????

wanita itu.... err.. speechless...

Diari Harian Seorang Wanita Bekerjaya

berikut merupakan kisah benar.

0600H
bangun pagi. solat.

0615H
mandi. *perlu ke letak?*

0645H
gosok baju. bersiap.

0700H
basuh pinggan. masak breakfast.

0730H
breakfast sowang-sowang sambil ditemani rancangan MHI sebab family belum bangun tidur. *kalau ada engineer tupperware, mesti dah kejutkan dia*

0745H
pakai tudung. make-up *eh, make-up kah?*

0800H
melangkah pergi ke tempat kerja selepas bersalaman dengan ibu ayah.

1730H
habis waktu kerja. pulang ke rumah.

1815H
sampai di rumah. rehat kejap.

1830H
start ke dapur. prepare for dinner.

1915H
berhenti kejap. solat. mandi.

1945H
sambung dinner preparation.

2100H
dinner ready. makan malam. sambil layan tv. lipat kain.

2200H
kemas rumah. basuh baju.

2230H
masuk tidur...

heh. macam tak penat je. tapi nape rasa macam penat? aahahaha~ ngada-ngada. cuba bayangkan diari harian untuk seorang lelaki. ini diari saya sejak praktikal. wah. macam mana kalau dah kahwin nanti? ni yang buat rasa macam ngeri je. hahaha~

susah susah...

Pulang ke UTM Sebentar (Part 2)

bersambung semula segmen 'Pulang ke UTM Sebentar'. kali ini kita sambung cerita kita.

selepas mengangkut semua barang ke bilik engineer tupperware *untuk makluman para hadirin sekelian, engineer tupperware adalah adik saya, ira, yang baru mendaftar di UTM. oleh sebab dia mengambil jurusan kejururawatan, eh, kejuruteraan kimia polimer, maka saya menggelarkan dia 'engineer tupperware'. sekian, untuk makluman* kami pun melihat, mencerap, mengkaji barang-barang yang diperlukan. ternyata masih ada yang tidak cukup walaupun sudah 3 kali engineer tupperware itu bershopping di KL.

maka daddy co0L pun dengan bangganya menyerahkan kunci kereta beliau untuk saya drive.
ayah: ayah penatlah. nak rehat kat bilik ira. nadia sendirilah pergi dengan ira, k?
eno: eno nak ikot!
saya: ok, jom.

kami bertiga pergi ke kedai yang menjual kunci loker. saya memarkir kereta betul-betul di hadapan kedai kunci tersebut. apek tokei kedai kunci tu meng'greet' saya.
apek: amoi, itu kereta, kereta u ka?
saya: nape, bos?
apek: fuyyoo.. manyak rock la u amoi.
saya: *senyum* kenapa? tak percaya?
apek: dasat la u amoi. biasa perempuan cantik macam u *alamak, apek ni puji i cantik! ahaha!* aa, musti bawak kereta cantik-cantik, baru-baru wo0. macam tak percaya la u boleh bawak kereta ini macam.

kenapa? mm.. boleh dikatakan kereta daddy co0L ibarat baru lepas balik dari perang Iraq. dengan beberapa part yg pecah-pecah, lampu depan macam kereta yang masuk hutan tu.. err ape lagi nak describe? *saya memang lemah bab descirption* nantilah saya letak gambar kereta daddy co0L. belum sempat take d piccas *big grin*.

then, pergi beli tikar getah untuk bilik engineer tupperware. then singgah jusco taman U beli some stuffs yang tak cukup. then pulang semula ke UTM. then then then.... dah penat nak bercerita dan saya tahu anda pun dah penat baca.

so, kesimpulannya, kerinduan pada UTM masih belum terubat. dan saya masih menunggu lagi 2minggu untuk menghabiskan praktikal dan pulang ke UTM!

Diana J: cepat sikit balik UTM. orang dah tak sabar nak serahkan semula tugas-tugas awak nih!

errr... tajuk PSM (projek sarjana muda) belum cari lagi dan laporan LI (latihan industri) belum siap. ini yang membuatkan saya berkata
"janganlah habis praktikal lagi" ahaha~
sekian.

the end.

titik.

noktah.

(^_^)v

Demam + Selsema + Batuk + Sakit Tekak = ???

ngeri bila memikirkan penyakit triple combo itu. lagi-lagi dalam situasi yang kurang sihat sekarang ini.

pulang dari utm, saya tiba-tiba mengalami selsema, batuk, sakit tekak, plus plus plus demam panas. maka, pada petang semalam, ayah mengejarkan *ceh! ayat nak gempak!* saya ke klinik kesihatan dato keramat.

selepas diperiksa, di'check' dan diperiksa, maka saya disahkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tidak mengalami Influenza A (H1N1) atau demam denggi atau lain-lain demam yang membawa maut. hanya tekak mengalami redness sebab cuaca panas.
.
.
.

demam biasa sahaja. syukurlah.. alhamdulillah.. :D

takut kena kuarantin. nanti tak boleh balik utm. wahaha~

:D

29 June 2009

Tag dari budak kecik.

adeihh.. berikut merupakan tag dari budak kecik a.k.a shiking, eh, shikin.

1) Copy gambar amal Islam di bawah.

ok... copy suda....


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan dimestikan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih dari jumlah tue lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.
err.. dengan ini diisytiharkan..............
1. zul afiq upnm
2. kak pija cumey
3. kak merr tough
4. aqma eucalyptus girl
5. kak pitta *wahaha, tibe-tibe kena tag*
6. syikin my sis
7. ida my sis
8. syazwani selamat
9. zatul iffa
10. farah nur adila

senarai ni ikut senarai updated tuh. ahaha

Pulang ke UTM sebentar

apabila kerinduan membuak-buak, mulalah rasa macam segalanya salah belaka. tidur tak kenyang, mandi tak lena, makan tak basah. *kok ye pun janganlah sampai susun atur perabot, eh, susun atur ayat pun turut sama salah belaka*. ok, kerinduan yang melampau ini harus diterjemahkan, atau dalam erti kata lain, perlu dirungkaikan, atau dalam erti kata lain lagi, perlu dizahirkan *ok2, jangan nak berlagak anda tahu banyak perbendaharaan kata bahasa melayu, nadia!*. dengan ini, *ceh, macam pengumuman apa je* saya menzahirkan kerinduan saya kepada UTM dengan pulang seketika ke UTM semalam (ahad, 28 jun 2009).

niat sebenar adalah untuk menghantar engineer tupperware tu on her registration. tak banyak pics yang diambil sebab saya terlupa langsung kepada handphone saya *yang fungsinya juga sebagai kamera saya* dan beliau hanya tersimpan kemas dalam handbag saya yang sentiasa digendong, eh, di.... *err.. tu la, tadi berlagak, now dah tak reti nak cari ayat sesuai. anda faham-faham sendirilah situasi perempuan menyangkut handbag di bahunya*. pemergian kami *cewah* dari kuala lumpur dilambai oleh rumah yang ditinggalkan jam 5.00 pagi.

berhenti rehat seketika di R&R ayer keroh jam 4.30, eh, 6.30 pagi *betul ke idak si nadia nih* untuk solat subuh. then perjalanan diteruskan. berhenti sekali lagi di R&R Machap untuk bersiap, sarapan. di sini kelihatan beberapa lelaki memakai baju kemeja putih dan seluar hitam, muka masih innocent *baca: suci, murni, bersih, tak bersalah, kebudak-budakkan* dan beberapa perempuan yang tidak ubah pakaiannya macam engineer tupperware, baju kurung putih dan kain hitam, muka, masih lagi innocent *baca: suci, murni, bersih, tak bersalah, kebudak-budakkan*. saya amat pasti mereka juga mempunyai hala tuju, tujuan, wawasan, destinasi, target, point, goal *ok, enough. kamu sudah merojakkan bahasa* yang sama dengan kami. UTM!

saya sempat menegur seorang perempuan *baca: adik* yang sefesyen dengan engineer tupperware semasa sedang membetulkan tudung dalam tandas.
saya: UTM ya?
adik: haah. *senyum, manis, semanis-manisnya*
saya: course ape?
adik: sains matematik.
saya: oh, kolej tun fatimah?
adik: tak, kolej tun razak.
saya: oh... *senyum, manis, tawar, masin*
mak adik: adik ni utm juga kah?
saya: *oh, adik? aku masih muda. yes! heh, stop. ni mak budak tu yang bercakap, takkan nak panggil kau kakak!* haah, saya student utm.
mak adik: *pandang atas bawah, mungkin pelik dengan pemakaian saya yang berjeans, baju tak formal langsung, tudung bercorak-corak* tapi, boleh pula pakai macam ni?
saya: *aku dah agak. makcik ni mesti konpius* err, saya bukan mendaftar hari ni, makcik. hari ni saya hantar adik saya mendaftar di utm. saya pelajar tahun akhir dah *erkk? relakah menyebut perkataan tahun akhir itu??*.
mak adik: oh, makcik ingat daftar hari ni jugak... *senyum..... lega mungkin..*

entah kenapa saya rasakan adegan dalam tandas itu agak kelakar. mujur saya tidak rakam adegan yang tidak disengajakan itu. maka selepas sarapan dan engineer tupperware selesai men'touch-up' *aku dah cakap, bahasa melayu si nadia ni bukan bagus sangat pun*, kami menyambung semula perjalanan ke skudai.

jalan utama ke pintu masuk utm skudai sangat sesak. start dari susur keluar dari jalan pontian itu kenderaan sudah mula tidak bergerak. maka, saya dengan ini saya mengajak daddy co0L yang bertindak sebagai driver pada hari itu untuk untuk menggunakan jalan belakang. pintu pagar ketiga utm dekat dengan kolej dato onn jaafar. perjalanan kami memang lancar, ya, lancar, serius!

keliling utm dipenuhi dengan banner-banner menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru. dan saya ternampak satu banner yang dipenuhi dengan muka-muka yang saya rindui *eh, muka sendiri pun rindukah?*.

eno: eh, kaklong. tu banner MPP.

sampai di kolej tun dr. ismail (KTDI) dalam jam 9.45 pagi. engineer tupperware pergi mendaftar dan menguruskan pendaftaran *adeii makin teruk ayat budak nih!*. ramai juga yang menggunakan 'mask' seiring dengan penekanan pemeriksaan pelajar-pelajar baru dari dijangkiti wabak Influenza A (H1N1) *macam baca 'Berita Harian' pula*. daddy co0L melawat sekitar kolej. saya dan eno wutta wutta duduk di kerusi menunggu bersama mommy. tiba-tiba saya terlihat beberapa orang memakai blazer, tag rasmi UTM. dan. oh, itu hadi the president dan sharhan. mengiringi TNC melawat sekitar proses pendaftaran. di belakang, kak wani yang suka bersin hamster, shikin a.k.a budak kecik dan... hadjar d deputy president.

selesai pendaftaran, kami ke bilik engineer tupperware. oh, pemandangan yang sangat hebat dari bilik engineer tupperware kerana straight menghadap blok saya *saya gelak besar, serius!*.

saya: kalau macam ni, before pergi kelas, kaklong boleh singgah breakfast kat bilik ira dulu. ira kan rajin buat milo.

ok, rancangan akan bersambung pada episod seterusnya.

nak balik utm!

27 June 2009

When I Need You

When I need you
Just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
It's only a heart beat away

When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

Miles and miles of empty space in between us
A telephone can't take the place of your smile
But you know I wont be traveling forever
It's cold out, but hold out and do like I do

When I need you
I just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you, babe
It's only a heartbeat away

It's not easy when the road is your driver
Honey, that's a heavy load that we bear
But you know I won't be traveling a lifetime
It's cold out but hold out and do like I do


i need you, i adore you, there is no word to figure out what i feel.

ceh! konon konon meluahkan perasaan. tapi, pada siapa? no no no. tetttt.. *ahaha kontrovesi yang sengaja dibuat*

tiba-tiba macam saje nak letak lagu ni lepas dengar lagu ni kat belog kakak cumey ini *sila klik pada link. akak kena bayar saya ni sebab promote belog akak hahaha~*.

sesiapa yang rasa berkenaan, lagu ni ditujukan buat anda. ya, anda. :D tak percaya pulak... :)





Selamat Datang Adik-adik ke Universiti Teknologi Malaysia!

wah, bila baca tajuk entri di atas, saya rasa diri saya ini sangat T.U.A... hahaha~ naik saja sem baru bulan julai ni, saya akan melangkah sebagai pelajar tahun akhir. perhh! final year beb! macam tak percaya je! rasa macam nak flashback zaman-zaman first year kat utm.

saya masih tak percaya saya akan menginjak *ces, karangan bahasa melayu tahap terbaikkah?* ke tahun akhir. ketika hari pertama menjejakkan kaki *ececeh! nadia, ni nostalgia apakah ini?* ke utm, saya rasa, "wah, besarnya utm ni!". ke'excited'an bertambah apabila meng'contact' rakan-rakan sesama matrik dan sekolah yang sama-sama dapat masuk ke utm.
antara ayat-ayat wajib dalam telefon:-
- eh, kau kolej mana?
- jauh tak kolej kau?
- nanti kita boleh jumpa kat fakulti
- boleh pergi danga bay sama-sama
dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya.

bila tengok peta utm, rasa macam dekat je semua kolej tu. tapi bila sampai di tempat yang sebenar, mak aih! jauhnya kolej kau! tak larat aku nak jalan kaki macam ni! *pelajar tahun satu di utm tidak dibenarkan membawa kenderaan*

Minggu Haluan Siswa (MHS) adalah minggu yang amat memenatkan. dari kolej 11 kena berjalan kaki ulang-alik ke Dewan Sultan Iskandar (DSI) sebanyak tiga kali sehari. menguji ketahanan mental dan fizikal, rohani, jasmani, emosi *ok, ok dah*.

ada sorang kakak tu kata, "4 tahun tu sekejap saje. nanti tengok-tengok awak dah final year. percayalah!" saya tak percaya langsung dengan ayat kakak tu. saya rasa macam 4 tahun tu lama. kakak tu mesti cakap macam tu sebab nak sedapkan hati kami. dan tak ubah macam seorang ibu memomokkan anaknya dengan ayat "jangan pergi sana, ada hantu".

ok, berbalik kepada cerita asal. now saya sudah percaya kata-kata kakak itu *yang sepatutnya saya percaya dari awal*. tiba-tiba saya akan pulang ke utm sebagai pelajar tahun akhir. eh, kepulangan saya hujung minggu ini bukan sebagai pelajar tahun akhir. tapi sebagai kakak kepada seorang pelajar tahun pertama yang bakal menjadi engineer tupperware *grin*

tunggulah saya pulang 12 julai nanti, sebagai pelajar tahun akhir, yang akan habiskan sisa setahun lagi di utm. oh, saya kena listkan senarai saya hendak lakukan sebelum keluar utm macam yang kak bihah buat dulu.

senarai perlu buat untuk pelajar tahun akhir utm:
- naik kuda kat pusat equin tu
- main bowling puas-puas kat angsana
- karaoke sampai tak ada suara kat angsana
- pandang selat tebrau dari danga bay
- lepak tepi pantai lido malam-malam sambil hirup udara selat
- makan keropok lekor dan pisang goreng kat balai cerap
- pusing padang kawad masa pesta konvokesyen
- kayak di tasik ilmu *oh, zai. aku balik nanti kita terus sewa kayak, k!*

i'm gonna miss utm after this. sedangkan baru cuti untuk praktikal ni pun saya dah gelisah, bila nak balik utm. apatah lagi lepas grad nanti. ni yang buat rasa nak mendaftar jadi staf utm ni!

hurmm

mo0d sedih


......

sebenarnya nak cakap selamat datang untuk pelajar-pelajar baru UTM tak kiralah UTM skudai atau UTM KL *termasuk adik saya, ira bakal engineer tupperware*. teruslah berjuang. have fun at university kayh! universiti lah tempat untuk menimba segala jenis pengalaman. terutama pengalaman hidup.

(^_~)

26 June 2009

Tag dari Kak Merr Muchukk!


1. copy badge :
ok, copy suda.. *horlick ke, milo ais ke, teh ais ke.. tak de ke? ok2 enuf. ana tau lawak dah basi*


2. link/ceritakan kembali siapa yg memberikan reward ini kepada anda :
Kak Merr yang muchukk muchukk
- seorang yang muchuk
- seorang yang tough
- seorang yang banyak cakap
- seorang yang tak boleh duduk diam
- seorang yang ok2, cukup2 nanti beliau bertambah kembang dengan pujian mengangkasa *sengaja tak guna melangit*


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri atau apa sahaja pasal diri anda:
ni yang den lomah ni. puji-pujian kepada diri sendiri ni. takpe. ana mintak al-damanhuri-yang-dah-15tahun-kenal-ana tolong jawabkan kayh! berikut adalah apa yang di'describe' oleh
al-damanhuri-yang-dah-15tahun-kenal-ana.

i) nadia.. bila merajuk dengan ibu, sayang ayah lebih; bile merajuk ngan ayah sayang ibu lebih
ii) akak yang prihatin terhadap adek-adeknya dan keluarganya
iii) suka nyakat ana
iv) pastu dah mula belajar tentang bahasa arab ngan ustaz al damanhuri sikit-sikit
v) suke bercerita tentang diri, family n teman-teman
vi) tgh tunggu filem ketika cinta bertasbih yang dia jeles tau penggambaran kat mesir *eleh jeles ke...*
vii) lagi suke gelak jahat sorang-sorang kat ym or shout blog dia
viii) suke warna turquoise
ix) nadia tgh praktikal kat jelatek katanya *tapi ana kata kat setiawangsa, mane satu betol entah*
x) suke teropong piramid dia kat mesir sinun tu, pastu siap suruh orang bawa balik pulak tu

kenapa banyak sangat yang macam puji-pujian ye? hoh, enta ingat, enta puji-puji ni, ana nak kirim durianlah untuk enta? ahaha *gelak jahat lagi* tidak tidak tidak... balik malaysia jugak haha~


4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda:
- erin
- farah nur adila
- siti rahmah
- syazwani selamat
- kamen raider hehe

ok

siap!


Mari Belajar Bahasa Arab (Part 6)

assalamualaikum dan selamat pagi semua! *entri ini ditaip di waktu pagi, 26 jun 2009 bersamaan 3 Rejab 1430H, jam 0900H waktu Malaysia*

kita bertemu lagi dalam segmen 'Mari Belajar Bahasa Arab' *nanti ana nak minta tolong al damanhuri-yang-rindu-nak-makan-durian jadi guest writer lah untuk segmen ini :D*

ana rindu nak tulis segmen ni. tapi kekangan masa membantutkan niat ana. ana cuba nak buat segmen ni lebih sistematik, senang difahami dan tersusun. setakat ni ana hanya mampu sampaikan satu ayat beserta makna. ana cuba susun dengan lebih tersusun *heh? bahasa melayu pun dah tak betul kah?*

ok, seperti yang disampaikan oleh al damanhuri-yang-rindu-nak-makan-durian itu, bahasa arab pun mempunyai past tense, present tense and future tense macam bahasa inggeris. tapi ana belum belajar betul-betul lagi benda ni. *ni lah part yang ana kata ana kurang faham sikit tu*.

nasiitu hazal dars - saya lupa pelajaran hari ini
dalam ayat ni, tak perlu letak 'ana' sebab 'nasiitu' tu sendiri dah membawa maksud 'saya lupa'

khoto, - salah
khoto,tu fi hazal dars <-- carilah maknanya ye! :D

syafahumallah - mudah-mudahan mereka berdua disembuhkan oleh Allah
or semoga Allah sembuhkan mereka berdua
dhomir 'huma' kat situ di sambung dengan 'Allah'. huma - dia (2 orang) - mereka
syafa itu adalah kata kerja yang bermakna sembuh
kaedah dalam nahu apabila feel madhi yang bermaksud berdoa maka, ia bermakna mudahan-mudahan

muyah ma,daniyah - air tin


seterusnya, ada tambahan dari LuKLuK BaiDoaH

risalah hubb : surat cinta
aktubu laka : saya tulis kepada kamu
azab asshouq : rindu yg brsangatan/sangat2 rindu


dan dari .:Khalifatun Khairiah:.

ana uhibbukum fillah : saya mencintai kamu kerana Allah


terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyumbang, nanti sumbanglah lagi *hehe sangat tidak malu mintak-mintak lagi*

hehe kenapakah macam banyak ayat-ayat cinta kah? hahaha *gelak sendiri*

ok, kita bertemu lagi di segmen lain. ana menanti kepulangan al damanhuri-yang-rindu-nak-makan-durian itu dari cairo. *ceh! ayat menanti tu macamlah tunggu dia balik malaysia kan? padahal contact pun guna.. ok ok dah2.*

ilalliqa'

(^_~)v 'azab asyuk'

25 June 2009

Ayah dan Engineer Tupperware Kemalangan

tarikh: 24 jun 2009
hari: rabu
tempat: simpang empat jalan ampang (di hadapan public bank)
mangsa: daddy co0L and engineer tupperware
kenderaan: motor daddy co0L dan toyota vios

- daddy co0L ingin ke shah alam membawa engineer tupperware bagi men'setel'kan hak SSPN engineer tupperware.

kejadian:
- ada sebuah kereta vios yang dipandu oleh seorang lelaki cina U-turn di simpang yang tidak dibenarkanU-turn.
- seorang pejalan kaki ingin melintas.
- toyota vios mengelak pejalan kaki.
- daddy co0L hendak membelok ke kanan *berada di kanan toyota vios.
- hasil pem'brek'an toyota vios itu maka terlanggarlah motor daddy co0L dengan toyota vios itu.
- maka terjatuhlah dady co0L dan engineer tupperware ke kanan.
- daddy co0L menahan motor dengan tangan beliau supaya engineer tupperware tidak tersepit kakinya.
- 'box' di belakang motor menjadi penyelamat. kaki engineer tupperware nyaris masuk ke rim tayar motor.

kecederaan:
- daddy co0L lebam di peha dan bahu, muscles injured
- engineer tupperware luka di lutut dan siku
- toyota vios - NULL - tiada

ganti rugi:
- lelaki cina itu membayar RM100++ kepada daddy co0L.

kesimpulan:
- gunalah boX untuk motor anda.

perasaan ana:
- sangat sakit hati sebab lelaki cina tu tak mau bayar ganti rugi sebenarnya. nak setel kat balai boleh, tapi you lah kena teruk.
- dahlah U-turn di tempat larangan, lepas tu mengakibatkan kemalangan!

!@#$%^&*()+=!!!

sabarlah wahai nadia...

to engineer tupperware,
terlalu banyak masalah dan dugaan terjadi semasa preparation kamu masuk U. pasal wang pendahuluan lah, yuran lah, dan macam-macam lagi. so hargailah setiap apa yang dikurniakan. belajar biar smart my dear (^_^)v

Award from diLL


tengok nih ape yang cik diLL itu lakukan.

heh.. you..... buat la yang ada nama i you....

(^_~)

23 June 2009

Kanapa saya tidak kaya?


.
.
.
.

.

.

.

.

.


walau sebanyak mana pun duit kita, tapi jika duit tu tak berkat, masih terasa sikit pada kita...
tapi jika rezeki yang kita dapat tu halal lagi berkat, walaupun sedikit namun terasa cukup sentiasa...
.
.
.

.

.
.
.

.

(^_~)

Pasar Ikan Manhattan

hari: sabtu
tarikh: 20 jun 2009
tempat: KLCC
masa: 2000H
tujuan: makan besar satu family di 'Pasar Ikan Manhattan' sempena;
  • result upsr ira
  • result pmr ira
  • result spm ira
  • result matrik ira
  • ira dapat masuk UTM
  • result upsr eno
  • eno dapat masuk CBN
hanya ini yang dapat kaklong bagi untuk adik-adik kaklong *apsal macam skema and sayu je nih?*. kaklong terpaksa bagi hadiah secara 'kombo' kepada korang berdua *sebab keadaan ekonomi dunia masih belum kukuh*. tapi tak apa, kaklong dah bagi hadiah in advance dengan mengajar kamu berdua sampai pandai *heh? riak riak riak! shuuuhh!!!*. ok, we all sefamily having fun at klcc that night. gila-gila lah. macam, ntah! *grin* just look at these several pics (^_~)


'Pasar Ikan Manhattan' inilah tempat kami 'membeli' ikan.
*agak-agak kalau macam ni lah rupa 'pasar' kat malaysia ni, mau ramai anak-anak dara tak merungut kalau mak suruh pergi pasar tiap pagi. tak meredah lecak, selut, lintah, lumpur, bla bla bla ok, ok ni dah terdescribe benda lain*


dalam LRT, on the way to KLCC
*utamakan tempat duduk untuk orang yang lebih 'tua'*


eno wutta wutta, mommy n me~
*err.. berdasarkan caption bagi gambar sebelum ini, adakah ini bermakna saya sudah tua?*



cumilkah? err...


adoi, luv this pic!


dah tak ada gaya nak buat sebenarnya~


bagilah peluang untuk engineer tupperware ni bergambar sepuas-puasnya


engineer tupperware sedang check kandungan polimer kat meja tu
*ahahahaha, ok, tak lawak*



kassimah selamat! versi KL


eno wutta wutta sangat fotogenik. serius.


ni fotogenik tak? err err err.... ok stop. jangan nak perasan, nadia.


pandangan belakang


calamari ring *free seyh!*


tropical breeze


mentekederah :P


heh, punya sedap sampai garfu pun nak gigit?



ceh, pinggan kosong tu bermakna engineer tupperware ni berjaya menghabiskan isi pinggannya dalam masa yang singkat *_*



ni gambar amik sendiri menggunakan handphone kesayangan kaklong
*suka hati dia je buat handphone tu macam kaklong dia punya*



dah tak larat nak habiskan~ take away

semua perbelanjaan dalam RM100++. affordable with the taste, place, and service. yang best, got free calamari ring, soup, and ice lemon tea. pheww.. i ordered fishermen's yang platter for two or three *nama je for two or three tapi kami sefamily pun tak larat nak habiskan. macam mana?*. set tu ada fish fillet, calamari, udang, fries, garlic rice, wut else? oh, mushro0m. mushro0m kat sini lagi sedap rather than MFM Jusco Tebrau. phew!

then, window shopink!


srius 'window shopink'. tengok dari 'window' je :D


eno wutta wutta said, beg makcik


dulu engineer tupperware tu sebut 'HUSH' as hush (sila bakukan sebutan anda)



mentengok kedai-kedai yang jual harga barang yang bukan sekadar cekik darah, malah cekik usus, platlet, sel darah putih dan yang seangkatan dengannya.



grafitti *eh, how t spell it?*


tinggi juga i dari mommy ye.


going back.

ira si bakal pembuat tupperware masih lapar~


sesat mencari di mana rumah kami?

ok

the end.

byk pics caption macam hampeh sebab fikiran *sengaja tak nak cakap 'otak'* agak beku sikit. nanti lah kalau ada idea nak taip apa, saya edit balik. saje nak bagi tengok gambar kami sefamily sampai anda semua pening. hehe~

titik.

(^_^)v

22 June 2009

Round The World!

jom jalan-jalan. antara favourite saya adalah tengok peta. *tiba-tiba sekarang dapat course yang selalu kena tengok peta, kan? dan buat peta.* ni sebenarnya kawasan yang saya nak pergi. timur tengah. heh. geram betul. ada kawan saya cakap, ada 1 fast food kat saudi arabia sedap. nama dia 'al-baik'. heh, tapi takkan nak pergi tanah arab semata-mata nak makan ayam goreng 'al-baik' kan. :D

kenapa tak ada jambatan dari malaysia ke timur tengah or afrika? *_* cuba tengok peta ni. agak-agak boleh tak buat jambatan tu?

sambunglah kat somalia ke... *eh, tapi somalia banyak lanun kan? kan?* madagascar, i like to move it move it... mesir-malaysia-mesir-malaysia-mesir *ok, enough!*



yang bulat-bulat *nampak ke bulat-bulat??* tu senarai tempat mahu pergi.
  • makkah - doing hajj and umrah *alhamdulillah, anak sape nih...*
  • UAE - nak tengok al-burj and cari jutawan arab yang kaya *hahahaha gelak yang sangat jahat*
  • egypt - nak melawat ..... eh, nak tengok piramid and minta petua kecantikan dari cleopatra
  • turki - tengok pertembungan budaya antara timur dan barat and it is one of the romantic city *sebab tak nak gi paris*.
  • greece (Ελληνική Δημοκρατία *macam mana tah nak baca?*) - saje! bukan kat sini ada banyak kaitan dengan sejarah islam dulu kerr?
  • ada agi satu tapi tiada dalam peta: holland! - heaven! nak cari bungaaa.....
bila nak kaya? nak pusing satu dunia. ahaha~
(^_~)

tak apalah. la baksa. tak dapat pergi sana buat masa ni, tengok dalam peta pun jadilah. dengan harapan, one day, i will be there! yay!
*mana tau sambung master kat holland? shuuh shuuh shuuh kau wahai angan-angan*

tolong laa jangan berangan lebih-lebih petang-petang camni wahai nadia~

cepat-cepat.. siapa nak belanja saya travel? (^_~)

Kulihat lambaianmu dari syurgawi~

mo0d saya sekarang agak suam-suam air suam campur suam kuku *kenapa mesti suam-suam kuku ye? adakah kuku itu suam? perlukah saya mengambil termometer dan mula menyukat suhu kuku saya?* ok. stop merapik. lihat ayat-ayat di bawah *tolong lihat dan baca dengan penuh penghayatan sambil mengingati 'mereka'. confirm sebak!*---->

malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri
termangu dalam sepi

dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
saat kau dan aku

sayangnya kau tiada di sisiku

masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
merubah yang tersurat dalam hidupmu

kau pergi tak kembali selamanya

walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti

hari berlalu
kau kian jauh
di alam abadi
di pusaramu

hanya doa yang kuiringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga
dalam hidupku

segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
janji telah tertulis
untuk dirimu

hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malamku
kulihat lambaianmu dari syurgawi
memanggilku...

isk isk isk sob sob sob.. speechless. saya bukan sahaja rindukan nenek saya, tapi juga airyz. saya tak sempat jumpa airyz, saya betul-betul rasa kehilangan dia walaupun dia dah pergi hampir 10 bulan yang lalu. saya rindu... kenapa mesti saya teringat dia tepat pada hari dia meninggal dunia? kenapa pagi itu saya rasa terlalu rindukan airyz dan petang itu berita kematiannya yang saya terima? uhuu~ tak perlu persoalkan takdir Tuhan kan. baru saya perasan, airyz dan ammar sebaya. hurmm.. muda-muda lagi sudah dipanggil Ilahi.

hari tu saya sembang-sembang sesuatu dengan ibu saya. sila baca dialog di bawah *heh, dah lama tak pos dialog-dialog ni*:-

ibu: ibu dah tak larat, nadia. dah tua. bila-bila je boleh mati.

ana: heh, ibu ni. suka-suki je cakap macam tu. mana ibu tau ibu mati dulu? kematian tu kan tak kira umur. ibu cakap-cakap macam ni, tengok-tengok nanti nadia yang pergi dulu. ha, macam mana? *gelak*

ibu: isy, awak ni. ada ke cakap macam tu.

ana: haa, tadi ibu yang kata, 'bila-bila boleh mati'. pada nadia, kematian tu bukan spesifik untuk orang tua je. baby pun boleh mati, kanak-kanak, remaja. haa~ tu kan rahsia Allah.

ibu: (terdiam)

ana: ibu janganlah cakap ibu dah nak mati and what so ever tu lagi ok. sebab, kita tak tau berapa panjang umur yang Allah bagi kat kita. (lepas tu saya ajak ibu tengok video pengebumian ammar. thanks to criestz.)

lepas tengok video tu, ibu pun macam sebak laa~ (tiru gaya eno wutta wutta bercakap hehehe~). apa pun, kematian itu pasti *macam tajuk buku yang saya jumpa tu, 'anda pasti mati!'*. tunggu masa je hehehe~

pernah dengar tak,
" beramal lah kamu seakan-akan kamu akan mati esok,
bekerjalah kamu seakan-akan kamu akan hidup 1000 tahun lagi"


(~_~')....

My Beloved Grandmother

saya teringat nenek saya *ibu kepada ayah saya*. dia meninggal dunia ketika saya tingkatan.... err.. tak ingat la pulak *apa punya cucu*. kalau tak silap masa tu saya ada interview untuk Kolej Yayasan Saad kat VI. maknanya masa saya tingkatan 3.

dapat tau je berita tu, ayah terus terbang balik ke Indonesia *pekanbaru, sumatra*. kami tinggal kat KL sebab keadaan masa tu tak mengizinkan kami semua balik Indonesia.

saya sangat sedih. sebab, saya baru saja SEKALI jumpa nenek *yang dekat sana tu. nenek kat Malaysia ni selalu jumpa*. arwah meninggal lepas dia jumpa saya dan ira. ayah kata, memang arwah nak sangat jumpa kami.

i miss her sambal cili yang sangat sedap tu. masa saya jumpa arwah first time tu, nampak arwah sihat lagi. yang kelakar sangat masa tu, ira kurang faham apa yang arwah cakap. arwah guna bahasa minang yang sangat pekat, halus *oh, tuan-tuan dan puan-puan, saya orang minang, salah satu kaum di indonesia*. saya selalu jadi translator antara ira and nenek.

i miss her.. semoga arwah sentiasa dilimpahi rahmat.. sob sob sob.....

*cryin~

Mari Belajar Bahasa Arab *updating* <-- bukan 'dating'

assalamualaikum.

di sini ana ingin memaklumkan, segmen Mari Belajar Bahasa Arab terpaksa ditangguhkan seketika memandangkan Al Damanhuri-sahabat-ana-sejak-bangku-sekolah-rendah pergi ke Cairo. jadi ana tidak dapat pelajaran yang cukup *ahaha~ apa punya alasan*. cuma ada sedikit saki-baki yang Al Damanhuri-sahabat-ana-sejak-bangku-sekolah-rendah
ajar sebelum dia bertolak ke Cairo, akan ana pos esok atau lusa, insyaAllah. sebab part yang ni agak susah sikit. jadi ana tak berani nak pos sebab ana sendiri belum cukup faham. takut tersilap. :D

ok.

syukran kerana sudi membaca celoteh ana yang merapu ini.

wa ilalliqa'

:D

(^_^)v

21 June 2009

Keramat Mall

ini adalah pasar baru bagi penduduk kawasan keramat dan yang sewaktu dengannya (ni macam pengumuman waktu berbuka je hee~). pemandangan ini diambil selepas habis berburu. nadia fitri dari stesen lrt damai, melaporkan... *huh? ko bajet if ko buat macam tu, tv3 nak amik ko ganti nurul syuhada nurul ain lah? heh?*


trafik dilaporkan tidak sesak dan berjalan lancar.


attention! for your safety, stand behind the yellow line. do not enter the track area. if you need any assistant, contact our customer service office. thank you.
*ada bakat jadi pengacara latar tak? ingat penyanyi je ada penyanyi latar?*
ok, here pasar keramat baru atau nama barunya, Keramat Mall *semua nak baru :D*









keramat mall ni belum beroperasi. entah bila entah nak beroperasi. tak tau lah. *geleng-geleng*
(^_~)




Pemburuan Kami

20 jun 2009. me and ira bakal si pembuat tupperware went to masjid jamek. kami melakukan pemburuan 'hand socks', cd kosong (khas untuk eno wutta wutta) dan tiba-tiba terbeli tudung bercorak (tudung ni langsung tak masuk dalam bajet 'belanja saya hari ini'). tapi sebab kakak tu buat muka kesian dan sanggup terima harga tawaran saya, saya pun terbelilah tudung-tawar-sampai-dapat ini.


hasil buruan kami.





disamping itu, kami juga memburu beberapa buku untuk bekalan di 'hari nanti'. *kunci tu hanyalah penyeri majlis*

ok, berikut merupakan cerita pengembaraan kami pergi berburu.

an apple a day before went out.



tempat kami berburu.




kat bawah ni adalah senarai buku-hendak-beli-tapi-tengok-purse-cash-macam-tak-cukup-kan. hati meronta-ronta nak beli tapi apa kan daya rezeki yang ada belum mengizinkan ana memborong semua buku yang ada di situ. *nanti ana nak buka library lah. bolehkah? hee~ berangan saja...*


lihat tajuk-tajuk buku-hendak-beli-tapi-tengok-purse-cash-macam-tak-cukup-kan di bawah. wut do u tink?







erkk? agak menggerunkan tapi memang menarik semuanya. kemudian ana pergi ke seksyen di mana dapat menyejukkan mata ana selepas melihat tajuk-tajuk gerun di atas.



ana suggest buku ni untuk diri ana sendiri *hahaha*. tapi buku ni memang tebal la, setebal kamus dewan *malah mungkin lebih tapi ana tak bawa kamus dewan ke sana untuk membanding ketebalan masing-masing :D*. harga sama tebal jika duit kertas RM1 disusun sampai setebal buku ini. ana akan berusaha juga membeli! satu hari nanti... *lol*







"Kulihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku..."
~ al-fatihah untuk arwah nenekku yang pusaranya di Sumatra, Indonesia, arwah muhammad ammar zulkifli dan arwah airyz hanum (my sis) ~






setelah puas berburu, kami pun pulang ke rumah dengan penatnya. bersiap untuk makan-besar-sebab-ira-dapat-masuk-utm heh.


jumlah perbelanjaan di masjid jamek ---> masih di bawah RM50 (^_~)