bersambung semula segmen 'Pulang ke UTM Sebentar'. kali ini kita sambung cerita kita.
selepas mengangkut semua barang ke bilik engineer tupperware *untuk makluman para hadirin sekelian, engineer tupperware adalah adik saya, ira, yang baru mendaftar di UTM. oleh sebab dia mengambil jurusan kejururawatan, eh, kejuruteraan kimia polimer, maka saya menggelarkan dia 'engineer tupperware'. sekian, untuk makluman* kami pun melihat, mencerap, mengkaji barang-barang yang diperlukan. ternyata masih ada yang tidak cukup walaupun sudah 3 kali engineer tupperware itu bershopping di KL.
maka daddy co0L pun dengan bangganya menyerahkan kunci kereta beliau untuk saya drive.
ayah: ayah penatlah. nak rehat kat bilik ira. nadia sendirilah pergi dengan ira, k?
eno: eno nak ikot!
saya: ok, jom.
kami bertiga pergi ke kedai yang menjual kunci loker. saya memarkir kereta betul-betul di hadapan kedai kunci tersebut. apek tokei kedai kunci tu meng'greet' saya.
apek: amoi, itu kereta, kereta u ka?
saya: nape, bos?
apek: fuyyoo.. manyak rock la u amoi.
saya: *senyum* kenapa? tak percaya?
apek: dasat la u amoi. biasa perempuan cantik macam u *alamak, apek ni puji i cantik! ahaha!* aa, musti bawak kereta cantik-cantik, baru-baru wo0. macam tak percaya la u boleh bawak kereta ini macam.
kenapa? mm.. boleh dikatakan kereta daddy co0L ibarat baru lepas balik dari perang Iraq. dengan beberapa part yg pecah-pecah, lampu depan macam kereta yang masuk hutan tu.. err ape lagi nak describe? *saya memang lemah bab descirption* nantilah saya letak gambar kereta daddy co0L. belum sempat take d piccas *big grin*.
then, pergi beli tikar getah untuk bilik engineer tupperware. then singgah jusco taman U beli some stuffs yang tak cukup. then pulang semula ke UTM. then then then.... dah penat nak bercerita dan saya tahu anda pun dah penat baca.
so, kesimpulannya, kerinduan pada UTM masih belum terubat. dan saya masih menunggu lagi 2minggu untuk menghabiskan praktikal dan pulang ke UTM!
Diana J: cepat sikit balik UTM. orang dah tak sabar nak serahkan semula tugas-tugas awak nih!
errr... tajuk PSM (projek sarjana muda) belum cari lagi dan laporan LI (latihan industri) belum siap. ini yang membuatkan saya berkata
"janganlah habis praktikal lagi" ahaha~
sekian.
the end.
titik.
noktah.
(^_^)v
No comments:
Post a Comment