"bagi memastikan pelajar tajaan JPA berkhidmat dalam sektor awam selepas tamat pengajian, kerajaan baru-baru ini membuat keputusan tidak lagi menimbang permohonan pelajar untuk mendapatkan pelepasan daripada kontrak biasiswa.
sebelum ini kerajaan memberi pelepasan kepada beberapa pemegang biasiswa yang tidak berminat untuk berkhidmat di sektor awam selepas tamat pengajian kerana faktor seperti gaji yang ditawarkan kurang kompetitif berbanding apa yang ditawarkan oleh sektor swasta."
ucapan itu adalah dari Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara). mm.. saya bersedia untuk berkhidmat dengan sektor awam selepas tamat belajar nanti (memandangkan saya memang terikat kontrak dengan sektor awam selama 6 tahun). tapi menurut rakan-rakan yang sudah habis belajar, nak menuggu panggilan dari SPA tu, punyalah makan masa. jadi sementara menunggu tu, apa yang boleh kami (pemegang biasiswa jpa) lakukan? urmm......
memikirkan masa depan..
No comments:
Post a Comment