apabila kerinduan membuak-buak, mulalah rasa macam segalanya salah belaka. tidur tak kenyang, mandi tak lena, makan tak basah. *kok ye pun janganlah sampai susun atur perabot, eh, susun atur ayat pun turut sama salah belaka*. ok, kerinduan yang melampau ini harus diterjemahkan, atau dalam erti kata lain, perlu dirungkaikan, atau dalam erti kata lain lagi, perlu dizahirkan *ok2, jangan nak berlagak anda tahu banyak perbendaharaan kata bahasa melayu, nadia!*. dengan ini, *ceh, macam pengumuman apa je* saya menzahirkan kerinduan saya kepada UTM dengan pulang seketika ke UTM semalam (ahad, 28 jun 2009).
niat sebenar adalah untuk menghantar engineer tupperware tu on her registration. tak banyak pics yang diambil sebab saya terlupa langsung kepada handphone saya *yang fungsinya juga sebagai kamera saya* dan beliau hanya tersimpan kemas dalam handbag saya yang sentiasa digendong, eh, di.... *err.. tu la, tadi berlagak, now dah tak reti nak cari ayat sesuai. anda faham-faham sendirilah situasi perempuan menyangkut handbag di bahunya*. pemergian kami *cewah* dari kuala lumpur dilambai oleh rumah yang ditinggalkan jam 5.00 pagi.
berhenti rehat seketika di R&R ayer keroh jam 4.30, eh, 6.30 pagi *betul ke idak si nadia nih* untuk solat subuh. then perjalanan diteruskan. berhenti sekali lagi di R&R Machap untuk bersiap, sarapan. di sini kelihatan beberapa lelaki memakai baju kemeja putih dan seluar hitam, muka masih innocent *baca: suci, murni, bersih, tak bersalah, kebudak-budakkan* dan beberapa perempuan yang tidak ubah pakaiannya macam engineer tupperware, baju kurung putih dan kain hitam, muka, masih lagi innocent *baca: suci, murni, bersih, tak bersalah, kebudak-budakkan*. saya amat pasti mereka juga mempunyai hala tuju, tujuan, wawasan, destinasi, target, point, goal *ok, enough. kamu sudah merojakkan bahasa* yang sama dengan kami. UTM!
saya sempat menegur seorang perempuan *baca: adik* yang sefesyen dengan engineer tupperware semasa sedang membetulkan tudung dalam tandas.
saya: UTM ya?
adik: haah. *senyum, manis, semanis-manisnya*
saya: course ape?
adik: sains matematik.
saya: oh, kolej tun fatimah?
adik: tak, kolej tun razak.
saya: oh... *senyum, manis, tawar, masin*
mak adik: adik ni utm juga kah?
saya: *oh, adik? aku masih muda. yes! heh, stop. ni mak budak tu yang bercakap, takkan nak panggil kau kakak!* haah, saya student utm.
mak adik: *pandang atas bawah, mungkin pelik dengan pemakaian saya yang berjeans, baju tak formal langsung, tudung bercorak-corak* tapi, boleh pula pakai macam ni?
saya: *aku dah agak. makcik ni mesti konpius* err, saya bukan mendaftar hari ni, makcik. hari ni saya hantar adik saya mendaftar di utm. saya pelajar tahun akhir dah *erkk? relakah menyebut perkataan tahun akhir itu??*.
mak adik: oh, makcik ingat daftar hari ni jugak... *senyum..... lega mungkin..*
entah kenapa saya rasakan adegan dalam tandas itu agak kelakar. mujur saya tidak rakam adegan yang tidak disengajakan itu. maka selepas sarapan dan engineer tupperware selesai men'touch-up' *aku dah cakap, bahasa melayu si nadia ni bukan bagus sangat pun*, kami menyambung semula perjalanan ke skudai.
jalan utama ke pintu masuk utm skudai sangat sesak. start dari susur keluar dari jalan pontian itu kenderaan sudah mula tidak bergerak. maka, saya dengan ini saya mengajak daddy co0L yang bertindak sebagai driver pada hari itu untuk untuk menggunakan jalan belakang. pintu pagar ketiga utm dekat dengan kolej dato onn jaafar. perjalanan kami memang lancar, ya, lancar, serius!
keliling utm dipenuhi dengan banner-banner menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru. dan saya ternampak satu banner yang dipenuhi dengan muka-muka yang saya rindui *eh, muka sendiri pun rindukah?*.
eno: eh, kaklong. tu banner MPP.
sampai di kolej tun dr. ismail (KTDI) dalam jam 9.45 pagi. engineer tupperware pergi mendaftar dan menguruskan pendaftaran *adeii makin teruk ayat budak nih!*. ramai juga yang menggunakan 'mask' seiring dengan penekanan pemeriksaan pelajar-pelajar baru dari dijangkiti wabak Influenza A (H1N1) *macam baca 'Berita Harian' pula*. daddy co0L melawat sekitar kolej. saya dan eno wutta wutta duduk di kerusi menunggu bersama mommy. tiba-tiba saya terlihat beberapa orang memakai blazer, tag rasmi UTM. dan. oh, itu hadi the president dan sharhan. mengiringi TNC melawat sekitar proses pendaftaran. di belakang, kak wani yang suka bersin hamster, shikin a.k.a budak kecik dan... hadjar d deputy president.
selesai pendaftaran, kami ke bilik engineer tupperware. oh, pemandangan yang sangat hebat dari bilik engineer tupperware kerana straight menghadap blok saya *saya gelak besar, serius!*.
saya: kalau macam ni, before pergi kelas, kaklong boleh singgah breakfast kat bilik ira dulu. ira kan rajin buat milo.
ok, rancangan akan bersambung pada episod seterusnya.
nak balik utm!
No comments:
Post a Comment