saya masih tak percaya saya akan menginjak *ces, karangan bahasa melayu tahap terbaikkah?* ke tahun akhir. ketika hari pertama menjejakkan kaki *ececeh! nadia, ni nostalgia apakah ini?* ke utm, saya rasa, "wah, besarnya utm ni!". ke'excited'an bertambah apabila meng'contact' rakan-rakan sesama matrik dan sekolah yang sama-sama dapat masuk ke utm.
antara ayat-ayat wajib dalam telefon:-
- eh, kau kolej mana?
- jauh tak kolej kau?
- nanti kita boleh jumpa kat fakulti
- boleh pergi danga bay sama-sama
dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya.
bila tengok peta utm, rasa macam dekat je semua kolej tu. tapi bila sampai di tempat yang sebenar, mak aih! jauhnya kolej kau! tak larat aku nak jalan kaki macam ni! *pelajar tahun satu di utm tidak dibenarkan membawa kenderaan*
Minggu Haluan Siswa (MHS) adalah minggu yang amat memenatkan. dari kolej 11 kena berjalan kaki ulang-alik ke Dewan Sultan Iskandar (DSI) sebanyak tiga kali sehari. menguji ketahanan mental dan fizikal, rohani, jasmani, emosi *ok, ok dah*.
ada sorang kakak tu kata, "4 tahun tu sekejap saje. nanti tengok-tengok awak dah final year. percayalah!" saya tak percaya langsung dengan ayat kakak tu. saya rasa macam 4 tahun tu lama. kakak tu mesti cakap macam tu sebab nak sedapkan hati kami. dan tak ubah macam seorang ibu memomokkan anaknya dengan ayat "jangan pergi sana, ada hantu".
ok, berbalik kepada cerita asal. now saya sudah percaya kata-kata kakak itu *yang sepatutnya saya percaya dari awal*. tiba-tiba saya akan pulang ke utm sebagai pelajar tahun akhir. eh, kepulangan saya hujung minggu ini bukan sebagai pelajar tahun akhir. tapi sebagai kakak kepada seorang pelajar tahun pertama yang bakal menjadi engineer tupperware *grin*
tunggulah saya pulang 12 julai nanti, sebagai pelajar tahun akhir, yang akan habiskan sisa setahun lagi di utm. oh, saya kena listkan senarai saya hendak lakukan sebelum keluar utm macam yang kak bihah buat dulu.
senarai perlu buat untuk pelajar tahun akhir utm:
- naik kuda kat pusat equin tu
- main bowling puas-puas kat angsana
- karaoke sampai tak ada suara kat angsana
- pandang selat tebrau dari danga bay
- lepak tepi pantai lido malam-malam sambil hirup udara selat
- makan keropok lekor dan pisang goreng kat balai cerap
- pusing padang kawad masa pesta konvokesyen
- kayak di tasik ilmu *oh, zai. aku balik nanti kita terus sewa kayak, k!*
i'm gonna miss utm after this. sedangkan baru cuti untuk praktikal ni pun saya dah gelisah, bila nak balik utm. apatah lagi lepas grad nanti. ni yang buat rasa nak mendaftar jadi staf utm ni!
hurmm
mo0d sedih
......
sebenarnya nak cakap selamat datang untuk pelajar-pelajar baru UTM tak kiralah UTM skudai atau UTM KL *termasuk adik saya, ira bakal engineer tupperware*. teruslah berjuang. have fun at university kayh! universiti lah tempat untuk menimba segala jenis pengalaman. terutama pengalaman hidup.
(^_~)
salam tuan rumah
ReplyDeleteuncle nak belajar juga kat UTM bolih tak? teringin pulak nak belajar.
amza>>
ReplyDeletesila3.. tapi inchik da tlmbat laa~ sila cuba lagi tahun hadapan ye.. sekian trima kaceh :D