wah. teruja! sikit-sikit saya cuba mengingati subjek favourite masa sekolah agama dulu.
SERIUS. subjek FAVOURITE. *yang tiap-tiap kali exam dapat 100%. heh? apsal ayat berlagak gila nih? ok. stop. riak.*
dulu masa sekolah di SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-AKRAM, ustaz saya (ustaz fauzi) masa darjah 4 ada cakap,
"bahasa arab ni bahasa paling susah di dunia. satu perkataan tu, boleh bercambah. kalau untuk seorang lain, dua orang lain, jamak lain."
saya macam tak percaya. dah masuk darjah 6 baru saya percaya. sebab masa tu dah kena belajar buat ayat lengkap.
*selama ni belajar ibriqun=cerek, yadun=tangan, timsahun=buaya. heh. tak pernah buat ayat.*
mulalah kelam-kabut hafal dhomir, fe'el yang berbeza. siap buat lagu.
yang masih saya ingat:
- huwa, huma, hum
- hiya, huma, hunna
- anta, antuma, antum
- anti, antuma, antunna
- ana, nahnu
lepas tu. form 1, masuk SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TUANKU AMPUAN RAHIMAH, belajar lagi. tapi, kerana subjek favourite tu la saya berhenti dari sekolah tu.
hari pertama di sana (saya merupakan pelajar baru. masuk lewat 2bulan dari pelajar lain), first subjek, bahasa arab.
ustazah tu sangat garang. saya tak tahu yang minggu sebelum saya masuk tu, ustazah tu suruh budak-budak kelas tu hafal something. kata kerja untuk setiap kesesuaian kata ganti nama.
*contoh bagi kata kerja jalasa=duduk. ana ajlisu=saya duduk. so kalau untuk huwa? huma?*
saya yang baru 1st day, dikejutkan ustazah tersebut. sampai turn saya, dia ketuk meja sambil berkata,
"jalasa!"
*means saya kena describe dari huwa sampai nahnu untuk kata kerja 'jalasa'*
tergeliat lidah saya yang tak tahu apa-apa walaupun pernah belajar benda tu masa sekolah rendah. manalah nak ingat sangat. oleh sebab saya tak dapat selesaikan dalam masa 10saat, saya dihukum berdiri atas kerusi. bayangkan. 1st day, 1st subjek, dah kena berdiri atas kerusi. lebih memalukan, saya satu-satunya pelajar perempuan yang kena berdiri atas kerusi. malu!! lepas kejadian tu, saya meneruskan pelajaran dengan linangan air mata *ceh, ayat!* balik je dari sekolah, saya balik dorm. saya diam. tak bercakap sepatah pun dengan dormmate.
malam tu saya demam. saya tak dapat pergi prep malam tu. demam saya berterusan selama seminggu. ibu risau. saya terus minta berhenti. saya tak mau sekolah kat situ lagi. saya takut ustazah garang tu. saya demam sebab terlalu takut, disergah, dan malu.
agak-agak kalau saya terus bersekolah kat sana, macam mana keadaan saya sekarang ye? agak-agak 'jahat' cam sekarang tak? ahaha~ *wink wink* tak apalah. ada hikmah di sebalik semua ni.
sebenarnya saya rindu sekolah tu. saya rindu suasana kat sana. dormmate saya semua baik belaka. especially kak kome. mana nak cari diorang semua ye?
menyesal juga keluar dari sekolah tu. saya meninggalkan benda yang paling saya minat. sebab tu sampai sekarang saya masih ingat few words in arabic. *walaupun saya ingat tu sebenarnya sebab kena ajar eno wutta wutta bahasa arab masa dia sekolah rendah dulu hahaha~*
now saya rasa nak belajar balik bahasa arab, di samping mandarin, jepun, perancis, jerman *ok, stop stop. over lah pulak perempuan ni*
tolong ana.
need somebody help me! (^_^)v
pliz...
No comments:
Post a Comment