Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

03 December 2014

Pengalaman Pahit dengan One Baby World

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

I told you guys, jangan dibuat main ibu mengandung ni.

Bahahahah!

I don't know why, this 2nd pregnancy emosi aku kadang-kadang susah nak kontrol. Masa mengandung Fateh dulu aku masih cool, cool yawww. Tapi this time, entah lah. Emosi sangat-sangat-sangat tak menentu. I told you guys, don't mess with pregnant lady. This is serious, dude.

Kecanggihan teknologi sekarang membuatkan semua benda di hujung jari. Eh, tadi cakap pasal emosi, bila pula tune cakap pasal teknologi-teknologi ni?

Tak ada lah, aku nak cakap, sebab teknologi sekarang semua di hujung jari, maka menjadikan semua orang makin malas.

Macam aku. Berat sangat nak angkat punggung pergi kedai beli barang.

Hahah!

Aku sangat suka online shopping. Tapi tak ada lah sampai tahap desperate @ shopaholic. Aku masih belum sampai tahap tu. Cuma kalau nak shopping, memang aku prefer online shopping. In fact aku pun salah seorang usahawanita online shop. Ewah, usahawanita gitewwww. Meh klik fB page aku.

Kedai Nadim

Maka, sebagai pembeli tegar melalui online ni, banyak lah online shop yang aku dah terjah. FashionValet, LAZADA, nile, macam-macam lagi lah.

Salah satunya, Onebabyworld. Aku suka tengok barang-barang baby dalam web ni. Dulu aku selalu datang kedai Onebabyworld ni kat Bandar Tasik Permaisuri (sebab dekat dengan rumah dulu) tapi sekarang tak sempat. Kedai diorang tutup pukul 7 malam. Aku sampai rumah dah pukul 6, mana sempat nak kejar ke Bandar Tasik Permaisuri tu.

So, solution nya, online saja!

Dah dua kali aku beli melalui online kat Onebabyworld ni.

Kes 1.
Aku beli berus gigi untuk Fateh dan apa lagi satu barang aku lupa. Esoknya aku dapat emel dari onebabyworld, kata berus gigi tu out of stock. Eh, kenapa kat dalam website tak update pun out of stock? Ok, takpe. Aku tak marah sangat pun. Mungkin terlepas pandang, atau jenis update web sebulan sekali je. Oh come on, nama besar kot Onebabyworld ni. Bukan calang-calang online shop. Bukan kedai kecil. Banyak cawangan. Tapi tak tau pula diorang jenis lambat update web. Don't you have a system to trace your stock?

Dia offer untuk tukar berus gigi lain tapi aku say no. Aku minta refund. Sebulan aku tunggu, tak ada refund. Bukan banyak pun, RM18 je. Tapi sebagai sebuah company, yang ada akaun keluar masuk debit kredit takkan you nak simpan duit customer hatta 10 sen pun kan? Nanti tak tally lah akaun you dan stock you. Betul tak?

Masuk bulan kedua, aku telefon. Tanya status refund tu. Dia kata, oh, kita dah refund. So maybe Puan kena tunggu bank Puan reflect the amount.

Baiklah. Dua bulan tunggu refund. -____-"


Kes 2.
Ni baru berlaku.

Minggu lepas aku order 2 helai seluar. Dah buat payment, aku pun dapat invois melalui emel. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu sampai Imam pun tanya, "Mana seluar sayang tak sampai lagi?", maka hari isnin, aku mesej onebabyworld melalui website diorang. Sebab aku nampak status order aku pending. Mesej aku tak ada feedback dari onebabyworld.

Hari Selasa, aku emel diorang semula, reply thru invois yang diorang emelkan. Aku tanya status order aku. Pagi ni aku baca emel, diorang kata salah satu dari seluar yang aku nak out of stock.

Hari ni memang aku kecewa yang teramat sangat dengan servis onebabyworld ni atas sebab-sebab berikut;

1. Macam kes 1 juga. Item yang out of stock tak update dalam web.
2. Tak macam kes 1, kali ni aku dapat tau item out of stock selepas seminggu dari tarikh aku order.
3. Itu pun sebab aku emel dan tanya status order aku.
4. Apa jadi kalau aku tak emel semalam tanya status order? Sampai bila diorang nak peram order aku baru nak bagitau item tu out of stock?
5. Dah seminggu. How dare you online shop biar customer tunggu sampai seminggu? Online ni konsepnya pantas dan cepat. Segalanya di hujung jari, kan?
6. You guys tak ada sistem untuk trace barang dalam stok ke?
7. Atau you guys tak cukup manpower nak kira stok ke @ update web ke?
8. Onebabyworld bukan kedai kecil, bukan peniaga kecil-kecilan @ parttime buat jualan online ni, oh please lah!

Sekian. Aku dah pun submit komplen kat diorang. Hope ada tindakan. Aku bukan canang kat blog semata-mata ye. Aku harap korang pun take note laa kalau jenis suka beli online macam aku. Jangan lupa barang yang korang beli. Dapat online shop jenis gini habis diperamnya order korang. Duit dah bayar, barang tak sampai-sampai. Selalunya jenis yang menjual kat Facebook @ kecil-kecilan je jadi gini. Aku tak sangka company sebesar onebabyworld pun buat customer macam ni.