Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 June 2017

Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aku terus masukkan phone dalam poket nurse yang terdekat dengan aku. Aku tengok tag nama dia. Senang nak tahu kepada siapa aku titipkan phone. "Tolong simpankan dulu." Nurse cantik manis tu terkejut aku selit phone kat poket dia.

Dia angguk saja, dalam masa sama muka dia terkejut, sambil tolak katil tu.

Masuk labor room 7, aku tak mampu dah nak angkat badan sendiri untuk pindah ke katil labor room. Tiga orang nurse sama-sama tolong angkat aku, pindahkan aku ke katil labor room.

"1.. 2.. 3.. angkat!"

Wah, kuat juga deme nak angkat aku yang seberat 70kg ni hahah!

"Nurse, tolong tinggikan katil ni boleh?" Aku betul-betul memang nak push je ni.

Nurse di belah kanan aku angguk dan tinggikan katil, separa duduk.

Nurse di sebelah kiri, yang cantik manis tu, nak pasangkan belt ctg.

"Nurse, i don't need this. I nak push je ni, pleaseee!"

"Tapi Puan, bagi saya pasang ni dulu. Kita kena pasang untuk monitor jantung baby."

"No, I don't need. I memang nak push je ni, please!"

Nurse masih berusaha untuk pasang ctg.

Di hujung katil, bidan tengah sarung glove, tapi baru half tangan dia..

"Tolong.. saya memang nak pushhhh je ni..!!" Sambil bercakap, aku meneran slowly, sambil hoh hoh hoh breathing. Aku dapat rasa baby slowly keluar.

Bidan tu cepat-cepat menghadap aku. Memang dia tak sempat prepare apa.

"Dik, tak payah pasang tu! Baby keluar dah, meh sini! Ok, Puan, sikit lagi, Puan."

Aku lepaskan nafas slowly, dalam kiraan 1, 2, 3, terdengar suara baby menangis, bidan terus letak atas badan aku, baby diam.

"Alhamdulillah.... alhamdulillah" Aku cium-cium baby. Fresh you know. Terkebil-kebil mata baby pandang aku. Haiii lah anak.

Very smooth... sampai nurse dan bidan tak sempat prepare apa, tau-tau je dia keluar.

"Baby apa, Puan?"

"Boy.."

"Alhamdulillah... Lahir dah Muhammad..."

Bidan ambil semula baby, lap-lap. tarik tali pusat and buat all the procedure. Adalah dalam 15 minit camtu. Bidan dah nak potong tali pusat.

"Ok Puan, ikut saya sama-sama selawat ye. Saya nak potong tali pusat baby."

Aku pun ikut selawat sama. Dah siap tu nurse terus bagi baby semula kat aku. Skin-to-skin lagi.

"Maaf Puan ye kita tak sempat panggil husband masuk. Kita utamakan nyawa ibu dan baby dulu."

"Tak apa. Saya faham. Saya pun dah tak tahan sangat nak meneran tadi. Sorry ya, macam kelam kabut tadi."

"Tak apa Puan. Yang penting semua selamat, alhamdulillah. Puan, saya bawa baby pergi check dulu ye. Sebelum tu saya nak minta kebenaran Puan, boleh kita cucuk imunisasi kat baby?"

Wow, this is my first time. Diorang minta kebenaran. Kat PPUKM dulu tau-tau aje dapat baby kat aku balik, dah siap-siap cucuk semua.

"Ok, boleh."

"Dan kita cucuk vitamin K untuk Puan, supaya dapat hentikan pendarahan, boleh ye, Puan?"

"Boleh."

"Ok, terima kasih, Puan."

Dan nurse tadi bawa keluar baby untuk check. Seorang nurse tinggal untuk keluarkan uri dan ehem, jahit. Ya, ada first degree tear sebab masa duk meneran tu aku tak perasan terangkat punggung padahal dah meneran slowly dah tu. Salah sendiri. Elok dulu masa bersalin Melor tak ada jahit-jahit. Tak pasal-pasal kali ni jahit lagi. Jahit hidup-hidup ye, para suami sekelian (I know my husband reading my blog, hi abang! Kehkehkeh).

Nurse cantik manis tadi letak phone aku atas meja. "Akak, phone akak kat sini ya."

"Ok, thanks, nurse."

Lepas keluarkan uri, bermulalah sesi menjahit. Sambil menjahit tu, nurse sembang-sembang. Konon nak alihkan perhatian aku lah tu, tapi tak ada maknanya. Sakit tetap sakit makkk. Sob sob sob.

Doktor yang check aku tadi masuk.

"Eh, laa.. dah keluar dah ke?"

"Dah, doc."

"Laa tak sempat saya nak sambut. Apa pun, tahniah ye, Puan. Alhamdulillah..."

Aku senyum je. Betul doc tadi saya memang tinggal nak meneran je sebenarnya.

Lepas 10 minit berborak sambil aoucchh ouchh sakit nurse sakit sana sini...

"Dah nak siap dah Puan. Tahan sikit ya. Sikit lagi. Puan dulu ada pernah jahit ke?"

"Pernah, anak first. Masa tu siap gunting lagi. Sebab tak pandai teran."

"Oh, patutlah. Tapi jahitan dia tak cantik lah Puan. Saya betulkan semula, ya?"

Oh

My

Allah!

Betulkan semula???

"Errkkk berapa lama lagi nak jahit, nurse?" mata aku dah berair-air.

"Sekejap je. Sikit je ni saya betulkan sikit ye, Puan. Dia jahit tak cantik."

Huwaaaaaa kenapa, mengapa, bagaimanaaaa luka empat tahun lepas berdarah kembali T______________T

Fateh Melor Hamzah, you guys better listen to me sob sob sob.

Nurse tu kotakan janji dia. 10 minit lepas tu settle semuanya.

"Ok, dah siap. Puan rehat dulu ya. Nanti kita hantar baby semula untuk menyusu. Apa nama Puan ya? Kita nak pangil husband."

Lepas nurse keluar, aku ambil phone dan whatsapp Imam.


Sampai sekarang aku akan ketawa bila tengok balik whatsapp ni. 'Dh nk bersalin' pukul 14:28 masa ni nurse tengah sorong aku ke LR. Maksud aku, aku yang dah nak bersalin. Bukan menjawab soalan di atas tu. Aku terus masukkan phone dalam poket nurse. So tak tahu apa berlaku lepas tu. Whatsapp selepas tu semua masa aku tengah kesakitan. Hahahaha. Kesian Imam kali ni dia tak sempat masuk tengok.

Lepas dah dapat baby, Imam azankan. Aku perasan ketua jururawat masuk, mungkin nak bagi penerangan pasal breastfeeding. Alih-alih sampai bilik tengok aku tengah susukan baby.

"Oh, ok Puan bagi baby susu dulu ya. Nanti dah naik wad, kita jumpa."

Wad alhamdulillah, semua ok, tak ada yang tak ok walaupun wad kelas ketiga. Ada 6 katil dalam satu cubicle. Setiap cubicle ada tandas & tempat mandi sendiri. Kipas atas katil masing-masing. Pepandai la nak adjust nak sejuk ke nak panas. Air kat toilet pun ada yang sejuk, ada yang panas, pilih saja. Air minum pun ada sejuk panas. Waktu melawat, standard lah hospital kerajaan 12pm-2pm dan 5pm-7pm tapi rezeki aku bersalin masa cuti, dapatlah waktu melawat 12pm-7pm.

Dan total semua, dari hari pertama aku duk ulang-alik Hospital Shah Alam, hanya RM13.

Alhamdulillah. Baby ok, aku ok, alhamdulillah, discharge on the next day.



Suka dia ni main acah-acah dengan ibu ya. Alhamdulillah semua ok.

Hamzah Al-Hafidz bin Mohd Nur Imam
2.97 kg (paling berat antara mereka bertiga)
1438H
27 Rejab 1438H (eh sama pulak tahun lahir dengan masa lahir)


****************
TAMAT

****************

29 June 2017

Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dia memang macam tu tau. Kalau anak lelaki, malas je rasa. Kalau anak perempuan tu, lajuuu je update. Jadi sebelum lebih banyak urat putus, mari kita abadikan pengalaman bersalin kali ni kat blog cepat-cepat. Semoga blog ni masih ada sampai diorang dah pandai membaca kang. Baru ko tau nak, bukan senang nak beranak. Untuk Melor, jangan takut nak beranak. Besar pahalanya. Gahahaha.

Pengalaman kali ni memang totally different. Sangat! Tapi pengalaman hujung-hujung mengandung tu ada sikit persamaan dengan pengalaman masa mengandung Fateh. Ke sebab anak lelaki? Abaikan.

Awal April
Aku dah kena cucuk dexa masa warded kat PPUM sebelum ni. Masa tu baru 34 minggu. Punca sebab bleeding. So doc sesiap cucuk dexa. Ni pengalaman pertama aku kena dexa sepanjang hidup. Memang sakit yakmat ya Allah, kurniakan keampunan kepada ibu-ibu seluruh dunia.

Awal April ni dah beberapa kali kena ulang-alik ke Hospital Shah Alam. Punca? Aku demam. Bila aku demam, makanya jantung baby tak cantik. Bila jantung baby tak cantik, boleh jadi fetal distress. Ada tendency untuk emergency c-sect. Jadi oleh sebab jantung baby tak berapa cantik, plus contraction yang agak kuat, maka aku kena buat ctg hampir setiap hari. Hari-hari datang Hospital Shah Alam. Dan lepas aku sembuh dari demam, semuanya baik seperti biasa, alhamdulillah.


19 April 2017
8.30 pagi. Dah lah kat office masa ni. Office ke Hospital Shah Alam tu jauh yakmat ya Rabbiii. Ada lah perjalanan dalam 40-50 minit kalau tak jem. Kalau jem ada lah 2-3 jam juga nak sampai ke Shah Alam tu. Kalau peak hour, I pusing PPUM je lah. Tak kuasa nak kejar sampai Hospital Shah Alam. Masa ni aku start rasa contraction dah consistent. Lebih kurang sela 8 minit. Memandangkan jarak yang agak jauh dari office ke hospital, maka aku gerak je la ke hospital. Kalau aku tunggu sampai sela 5 minit sekali kang takut tak sempat sampai spital. Anak ketiga weh! Aku taknak jadi headline Harian Metro esok pagi, 'Seorang ibu bersalin dalam perjalanan ke hospital di Lebuhraya Persekutuan' no no no no.

Sampai dengan selamat di Hospital Shah Alam. Tiada insiden terberanak di Federal Highway you guys don't worry. Kat hospital, macam biasa, buat ctg dulu. Kat Hospital Shah Alam (aku ringkaskan HSAS lah ye), PAC terletak di area emergency. Kome belok je masuk simpang HSAS tu, nampak belah kiri ada tulis emergency, situ juga PAC. Sebelum masuk PAC, tulis dulu nama kat guard. I can't imagine kalau tengah sakit gila-gila tu camano nak nulis namo. Masuk je PAC, nurse akan register, tulis rekod, buat ctg. Lepas ctg (tak boleh main handphone masa ni bahahaha aku kena warning dengan nurse), tunggu sekejap, then nurse akan bawa naik ke tingkat 4. Tingkat 4 ni memang terletaknya labor room. In case memang dah nak terberanak, boleh lah terus push. Kat sini nurse akan suruh duduk sekejap. Memang ramai mak-mak tunggu time duduk-duduk lepak kat sini. Doktor pun ada kat sini.

Kat tingkat 4 ni tempat untuk doktor asses keadaan kita. Sama ada perlu warded ke, dah nak push ke, atau balik dulu. Lepas tunggu sekejap, nama aku dipanggil. Macam biasa, doktor akan buat VE. Vaginal Examination, a.k.a seluk bawah untuk check dilation. Masa ni baru 1cm. Tapi doc suruh aku tunggu sekejap untuk buat 2nd ctg. Sebab apa eh kena buat 2nd ctg, aku dah lupa haaa padan muka tu lah lambat sangat update blog.

Dalam 1 jam lepas tu, aku buat semula ctg. Masa ni aku dah rasa sakit ya ampun macam nak patah pinggang. Tapi aku masih boleh pegang phone. Aku teringat ada kawan aku cakap, sakit nak terberanak tu, ko nak pegang phone pun dah tak boleh. Betul jugak tu. So ni bukan sakit nak beranak lah kot. Sebab masa nak bersalin Melor dulu pun aku tak dapat pegang phone masa contraction menggila, nak hantar mesej kat Imam pun tak lepas.

Oleh sebab sakit nak patah pinggang, aku request VE sekali lagi. "Ok Puan, 2 cm. Puan balik dulu, kalau sakit kuat, atau turun darah baaaanyak, atau turun air, Puan datang semula ye."

Whattt?? Pulang?? Alamak, doc tau tak rumah saya ke hospital ni jauh nya, kalau saya balik tetibe tengah jalan saya nak terberanak macam mana sob sob sob.

"Puan balik dulu, sebab kalau Puan tunggu kat sini pun, tak dapat masuk wad. Lebih baik Puan rehat dulu kat rumah."

Pengalaman Fateh & Melor dulu, kalau dah 2cm tu, malam tu aku beranak dah. So aku takut nak balik. Aku lepak sekejap kat hospital. Bila bincang-bincang dengan Imam, Imam kata, balik aje lah dulu. Nak buat camane. Belum tentu malam ni juga bersalin.

Maka aku pulang. HR office kata, start je la maternity leave. Dah 2cm maybe today or tomorrow you deliver.


20-22 April 2017
Blood show hampir tiap masa. Tapi darah sikit-sikit. Satu line macam tu. Doktor kata tunggu darah baaanyak. Maka aku relaks je kat rumah walaupun dalam hati dup dap dup dap risauuuu. Sebab kalau kat PPUKM kan, dah 2cm, terus kena tolak masuk wad. Kali ni aku risau sebab tak apa ke tunggu 2cm ni lama-lama? Memang lepas 2cm tu akan slow progress ke? Aku cuba dapatkan nasihat seorang kawan pengamal gentle birth. Katanya benda ni normal. Daripada lepak hospital tapi doktor declare slow progress lagi bahaya. Terus kena emergency c-sect. So better lepak-lepak rumah, monitor pergerakan baby dengan hati-hati dan alert dengan apa jua perubahan. Dia suggest juga beberapa exercise untuk mudahkan dilation, lembutkan serviks. Kadang memang dah ada bukaan, tapi position baby masih belum cun untuk dia keluar. Ada istilah dia, nanti kalau jumpa, aku update semula kat sini. Lagi satu sebab pengalaman aku masa Fateh & Melor dulu memang totally different. Lepas 2cm, lepak wad, banyak berjalan dengan harapan bukaan terbuka dengan cepat (walaupun dalam kes Melor, agak lambat juga dilation, lepas 10 jam baru 4cm then doc terus pecahkan ketuban), aku terus menunggu kat rumah, amalkan exercise, banyakkan berjalan sampai lenguh aku tawaf taman permainan kat rumah ni gahahaha,

Mak ayah mertua lepak kat rumah aku. Ada lah orang boleh tengok-tengokkan Fateh Melor kalau aku nak ke hospital. Dan contraction yang super-saiya 19 April 2017 hari tu tetibe hilang pagi 20 April 2017 tu. Bertuah lah hai anak yang sorang ni. Pandai dia main-main dengan ibu ye.


23 April 2017
Pagi tu aku rasa macam rileks je. Macam tak ada apa-apa yang akan berlaku. Mak ayah mertua nak balik kampung 25 April. Lagipun kalau masih belum bersalin hari ni, 24 April dah kena masuk wad, 25 April kena induce. REDD aku 25 April. Kenapa ada REDD? Sebab doktor tulis dalam buku pink, conceive during breastfeeding. Ermm yang ni macam kena cerita lain. Hahaha.

Masuk toilet, aku perasan ada darah, kali ni baaanyak. Yes, memang baaanyak. Bukan satu line macam period acah-acah nak habis tu. Kali ni full pantiliner. Tarik nafasss. Aku tukar pantiliner dan bawa bertenang. Imam dan anak-anak tengah berkebun kat depan rumah dengan ayah. Mak lepak dalam rumah. Aku rasa dah ada contraction yang kuat sikit. Aku control pernafasan, panggil Imam "Abang, jom pergi hospital." Imam dah, "Hah? Dah sakit ke?". No, bleeding. Banyak.

Mak mertua aku dah cuak. Dia yang bersiap cepat-cepat. Dia suruh aku lekas tukar baju. "Relaks, mak. Nadia mandi dulu."

"Ya Allah, sempat lagi ke nak mandi? Kang terberanak dalam bilik air?"

Aku ketawa je. Aku minta Imam siapkan anak-anak juga. Alhamdulillah hari tu memang adik-adik ipar aku pun ada kat rumah.

Dah siap dalam pukul 10 pagi macam tu, kami bertolak ke Hospital Shah Alam. Dua kereta. Aku dan Imam satu kereta. Anak-anak, adik ipar dan PIL naik kereta lain. Sebelum gerak tu Melor nangis-nangis nak ikut aku. Alahai tetiba aku rasa sedih semacam. Aku peluk Fateh dan Melor kuat-kuat. Fateh tak hairan, dia tengah menghadap game Paklang bagi.

-_-"

Melor lah yang nangis beria-ia. Aku dah macammm... dapat lagi ke aku jumpa anak-anak aku lepas ni. Tu lah asyik terbaca kes orang meninggal lepas bersalin sebab pendarahan. Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Dalam kereta, contraction dah start konsisten. Setiap kali contraction, aku genggam tangan Imam kuat-kuat, tiap kali tu jugak dia tekan minyak lebih bahahaha. Relaks bang, takyah rushing. Still boleh kontrol. Aku kontrol breathing, doa Nabi Yunus tak putus. Dari rumah ke hospital tu ada lah dalam 30 minit. Pagi Ahad alhamdulillah jalan tak jem.

"Abang ikut highway, ok?"

"Yep, lagi bagus ikut highway. Abang jangan langgar lubang, bawa relaks je. Kalau bawa rushing lagi sakit."

Serius. Kalau terlanggar lubang kecik pun sakitnya nauzubillahiminzalik.

Masa ni kami dah terpisah dengan adik ipar. Aku tak sure diorang arah ke mana. Tak apa lah, aku memang suruh diorang bawa anak-anak jalan-jalan.

Sampai je PAC HSAS, Imam dah syukur panjang, "Alhamdulillah..... sempat juga sampai hospital."

Aku dah macam errrr.... "Kenapa lain macam bunyi alhamdulillah tu?"

"Abang takut terberanak dalam kereta."

Hahahahaha adoi la.

Kat PAC, macam biasa, buat CTG dulu. Masa ni contraction makin kuat. Tiap kali nurse nak suruh aku buat apa-apa, aku minta tunggu sekejap, Tengah contraction. Aku dapat rasa kali ni memang contraction betul nak bersalin. Masa makin hampir.

Habis CTG kat PAC tu, macam biasa juga, bawa naik ke tingkat 4. Tempat bersalin tu. Ramai mak-mak tengah tunggu giliran kat situ. Aku pun relaks layan contraction sambil menunggu.

Lebih kurang 12.30pm, doktor panggil nama aku & buat VE. "Ok dah 4 ke 5cm. Masuk wad ye. Dalam pukul 4 petang kejap lagi kita VE semula" Standard prosedur. Sebab by theory, 1cm - 1jam. So masa tu 12.30pm 4-5cm. So lagi 4 jam doktor estimate akan 8cm dan kira dah boleh masuk labor room.

HSAS, nak tunggu turn masuk wad tu memang laaama. Serius lama. Dan kena tunggu kat kerusi area labor room tu. Imam dah settlekan ward registration. Dia tunggu kat ruang menunggu untuk para suami. Kalau dah masuk labor room baru suami boleh masuk. So aku pergi lepak dengan Imam kat ruang menunggu tu. Berapa minit je aku lepak situ, tapi aku tak tahan sebab contraction dah start menggila. "Apsal abang tengok isteri orang lain relaks je, sayang sampai kerut-kerut muka?"

"Sayang rasa dah sakit sangat ni. Anytime boleh meneran rasanya."

"Better sayang tunggu kat dalam. Kang betul-betul nak meneran, tak sempat nak panggil doktor."

Aku pun rasa macam tu. Aku pass kan handbag. Kat tangan aku bawa handphone (is a MUST ok! Bahahaha) dan kurma. Sampai ruang menunggu mak-mak tu, ada lunch. Aku makan dulu. Fikirkan anytime je aku akan push baby so perlu tenaga. Oh dan makanan tu sedap. Hahaha sempat lagi.

Nurse kata, "Puan-puan yang sakit sangat boleh tunggu dalam bilik 14 ye. Kat situ ada kerusi baring. Boleh baring-baring kalau lenguh duduk."

Aku pun masuk ke bilik 14 tu. Cuba baring kat kerusi tu tapi hakikatnya aku tak boleh baring! Sakit gila! Tah kenapa contraction kali ni aku rasa sakit yang amat banding Fateh Melor dulu.

Tak boleh jadi. Aku keluar semula. Better aku duduk kat kerusi menunggu tu. At least menghadap para nurse & doktor. Apa-apa hal aku jerit je. Mulut aku tak berhenti kunyah kurma.

Bila tak ada contraction, sembang dengan mak-mak sebelah menyebelah, depan belakang. "Akak dah berapa cm?" "5.." "Hah, dah 5cm tapi akak boleh steady lagi kat sini?"

Errr steady ke? Aku rasa muka aku dah berkerut-kerut tahan sakit ni. Sambil control breathing, aku sway kat kerusi tu. Bagi kurang sakit contraction. Aku dah tak mampu kunyah kurma. Handphone pun hampir terlepas dari tangan. Aku tengok contraction timer, sela 3 minit. Aku pandang jam, pukul 2.20pm.

"Awak, saya rasa macam nak menerannnn..." suara aku keras sikit. Aku bagitau adik yang duduk depan aku. Terus dia jerit panggil doktor. "Doktor, akak ni nak meneran dah!!"

"Hah? Puan nama apa?"

"Na-dia-Fi-tri!" dalam kesakitan sambil tahan 'buah kelapa' dari gugur aku jawab tergagap-gagap.

"Puan masuk bilik depan tu, kita check VE sekejap!"

Bila contraction hilang sekejap, aku cuba berdiri, nak bergerak ke bilik depan tu yang hanya 5 langkah je dari tempat aku duduk.

"Boleh jalan tak, Puan?" tanya doktor.

Aku geleng.

Nurse cepat-cepat sorong wheelchair kat aku.

Aku perasan kerusi aku duduk tu agak basah. "Saya leaking." Aku bagitau nurse yang cantik manis tu. Sempat nengok muka nurse tu cantik gahahaha.

"Tak apa Puan, Doktor check VE dulu."

Nurse sorong aku ke bilik pemeriksaan.

Doktor masuk dan seluk. "Ok, dah full dilate. Labor room, ready!!" Jerit doktor dari bilik pemeriksaan.

"Doc, labor room full!" kata nurse cantik manis tadi.

"Hahh??" Sambil doktor nak keluarkan tangan dia, tiba-tiba.... "Allah!!! Saya ter-se-ROM!!! WEYYHHH AKU TER-SE_ROMM!!!" sambil dia jerit kat doc lain kat luar tu.

Aku faham maksud ROM - rupture of membrane. Memang doktor ter-pecah-kan ketuban tanpa sengaja.

Aku dah cuak sebab aku betul-betul memang nak meneran dah, lagi ketuban dah pecah, lagi labor room FULL! Ya Allahhhh...

"Camane ni? Kat sini je ke?" tanya doc kat nurse. Doc lain datang, "kat sini je lahhhh!"

Serius la push kat bilik tu je? Aku tak kisah memang ready nak push je niiii! Tapi aku tak sempat bagitau Imam! Ah, abaikan. Dah tak tahan!

"Doc, bilik 7 kosong!" jerit sorang nurse dari luar.

"Ok, tolak-tolak."

3 orang nurse terus tolak katil tu ke bilik 7. Masa tu aku wasap Imam, "dah nak bersalin" tapi aku rasa dia tak faham wasap aku. Sebab sebelum tu dia ada bagi soalan, "suami yang dorang panggil nama ni, boleh masuk untuk tunggu isteri atau panggil isteri dah bersalin?"

Dan aku taip "dah nak bersalin" masa tu nurse tengah sorong aku. Maksud aku, aku yang dah nak bersalin! Memang tak boleh nak pegang phone. Tangan dah gigil.

Aku cakap kat nurse yang tengah sorong aku, "Cepat nurse, cepat. Saya dah tak boleh tahan!!"

"Sabar, Puan. Sabar. Jangan push dulu, Puan." Nurse pun dah ala-ala berlari-lari anak sorong aku ke bilik 7.

Aku terus masukkan phone dalam poket nurse yang terdekat dengan aku. Aku tengok tag nama dia. Senang nak tahu kepada siapa aku titipkan phone. "Tolong simpankan dulu." Nurse cantik manis tu terkejut aku selit phone kat poket dia.



***************

Errr.. nanti aku sambung. Dah panjang sangat ni. Tinggalkan korang dengan babak saspen. Tata!


***************