Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

31 December 2009

Selepas Jam 12 Tengahmalam

..................................................

langsung tidak terperasaan hari ni 31 disember 2009. nampak sangat walaupun hari terakhir tahun 2009, tak ada nak bawa apa makna pun. setiap hari sama juga. tak kisahlah tahun apa pun. pengisian dalam setiap hari tu yang berbeza, kan? apa yang significant *ok, sekali lagi campuran bahasa* dengan tahun baru? kalau masuk tahun baru hijriah, baca doa tahun baru dan baca yaasin. kalau tahun masihi? bunga api. ok, ada orang ajak saya tengok bunga api sekejap lagi di *tempat perlu dirahsiakan atas sebab kesihatan*. ya. saya suka tengok bunga api. bukan bermakna saya menyambut itu tahun baru. hanya sebab saya suka tengok bunga api.

lalu maka dengan ini bermulalah tahun baru selepas jam 12 tengahmalam ini. oleh sebab dunia menggunakan sistem kalender tahun masihi, maka dikatakanlah hikayat baru akan bermula pada esok. 1 januari 2010.

apakah hipotesis pada tahun baru? semakin bertambah tahun, semakin berkurang umur.

selamat menghadapi hari tua inchik izwan dan cik risha.

pesanan untuk inchik izwan --> 2010 - 1982 = 28.. wow! 28 wan! takpe2, ilek2... my daddy cool pun kawen ngn hot mommy aku masa umo dia 29.. *wink*

untuk cik risha --> 2010 - 1988 = 22.. terbalikkan sahaja dari nombor-nombor izwan, ok? mak akak kawen masa umo dia 23... lalalala~




23?? err, ibu kahwin masa umo 23...





err... tahun 2010 ni umur saya berapa ye?



adakah...





er....




err.....





2010 - 1987...





23? erkk~ mmm~ erkkk tercekik sekejap..



23 ye?




dari seorang lagi sahabat yang macam masuk air -->
2010 umur nadia 23 tahun. can u imagine at 23 years old, as a girl, u still don't have 'somebody'. hows it is sounds like?

ok.




tak kesah... :P



kak bihah dah umur 24, relax je... lalalala~

tuuuu izwan dah 28... lagi relax...




2010


selamat tengok bunga api.


................................................

30 December 2009

No Word

....................................................


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau terserlah di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan







......................................................................

29 December 2009

-----

...............................


Lover tried to welcome me,
but my soul drew back,
I was guilty of lust and sin,
but love tried to take me in...

Oh my Almighty Allah, please help me to make the right choice, I am sinful...

and I shall return to the evidence of your brilliance...


credit to Wan Frany Muhtaddin for this quote




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

27 December 2009

AVATAR



baru habis mentengok ini cerita. mm nak kata macam mana ye. story line, ok. action, ok. isi cerita, standard. aaaa... mau juga cari filem yang lain sikit jalan ceritanya tapi masih tidak kejumpaan. jake sully dihantar sebagai spy kat kawasan orang asli (alien) ni yang penuh dengan kekayaan. soul jake masuk dalam jasad alien. then jake jatuh cinta dengan perempuan kat situ. then jake berubah fikiran, memihak kepada kaum alien tu. then terjadilah peperangan antara manusia dan alien. then sorang-sorang mati. tapi in the end mestilah happy ending kan.


masa babak sorang-sorang member mati tu tak setragik dalam titanic. kalau macam dalam titanic tu seriously super duper yummy, eh, seriously touch my heart. eikhh... kalau hayati penuh perasan dan perasaan, boleh menangis you!


tapi action-action dalam filem ni memang best. two thumbs up! memang saspen all the time. buat i rasa macam who0pss!!


lagi 1 nak thumbs up, grafik dia. serius cantique ya amat. nampak macam hutan tu colourful sangat dan buat i rasa nak duduk hutan tu jugak tak mau balik bumi. haha~ ok


kalau la cerita ni ada 3D. lagi bes!


tapi sangat panjang ini cerita, dua jam lebih kottt....


tengah-tengah filem terfikir gak bila cerita ni nak habis. lalalala


...........................................................

26 December 2009

Sangat rindu

.........................................................


sangat rindu ini dua orang....






bila mau buat kerja gila lagi?



.....................................................

Nur Kasih

.............................................

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi


Nur Kasih..



huu~ sangat mendalam makna ini lirik. dari drama yang membuatkan air mata i mengalir 3 kali. haha~ lagu favourite ashraf and qayyum *ni entah qayyum ntah ashraf. yang ni cakap dia, yang dia cakap ni* and aimran and izwan. dan saya tahu, ramai lagi kat luar sana minat ini lagu and drama.

Nur... mmm~ cahaya...


will be going out today! ya!

...............................................................

Pukul 3.30pagi

...........................................

this entry is special dedicate for somebody


patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

(Surah Al-'Ankabut, Ayat 2-3)







read this carefully. and i dedicate this for you. ya, for you.



.....................................

25 December 2009

adik-adikku

.....................................

yesterday was a big day for PMR 2009 candidates. the announcing of the result. my cousins sat for this exam this year. iwan and nurul.






iwan got 8A's while nurul's 4A's and 4B's.



i told nurul this is not the end of world. just PMR girl! even if you got very flying colours result for SPM, it is not the ticket for you to success in your life.

the most important thing is your effort throughout all your path. either you can well-managed yourself or not. if you fail, it is time for you to stand up and beat the rest. once you fall down, you need double or triple effort to stand, and run, chase for your dream.



but one thing that really touch my heart, when i was texting iwan just now, he said

"kaklong, wan nak tolong nurul la spm nanti tapi tak tau camne..."

ouh, he has a very beautiful heart. love you bro!



isk isk isk...

..........................................

No Money, No Going Home

.........................................................

credit to Fabulous 7 (CEP) for a very unforgettable quote. 'No Money, No Ice Cream'. i change it to 'No Money, No Going Home'.

i miss CEP oredi. love all the thing inside. the unforgettable moment that i ever had.

very sad feeling because cannot going home. have not receive my scholarship yet. when i texted Pn. Saidatul regarding this matter, she said, "saya rasa lewat sikit la nadia. cict tak siap lagi pengesahan pelajar. jpa dah ready untuk payment once dapat pengesahan ipt"

when u started calling your mom every day for quiet long time, it means you got to miss home already.





hoh, lately got lots of bored thing.


hidup kena ada thrill. barulah best. :D



malam tadi ada seorang sahabat *teman? rakan? kawan? apa beza ek?*, "nadia ni tak reti duduk diam ke? lepas satu-satu. bawak la berehat sikit"


rasa macam dah banyak rehat.

rest in peace.

hahaha~

gila rindu cara tulisan masa buat praktikal dulu. light and easy. mana hilang semua skill itu? hanyut, eh hanyut pula, musnah ditelan bumi atau hanyut dibawa arus?



....................................................

24 December 2009

Kimia dan Fizik

.......................................................

DULU (zaman SPM)

KIMIA
wow, best betul subjek kimia ni. senang nak score. everything is interesting. macam senang je nak buat semua formula, nak balancing equation, wo0o... macam semua benda dapat solve.

FIZIK
aarghh sangat tidak suka subjek ni. apsal susah sangat nombor-nombor dan persamaan ni? apsal equation ni semua tak boleh nak faham? macam mana nak apply equation ni kat soalan ni? equation yang mana satu nak guna ni?


...................................................

SEKARANG (zaman U)

KIMIA
engineer tupperware: kaklong ingat lagi tak kovalen bond?
saya: sorry, sangat sudah lupa. basic je kaklong ingat.

rasa macam kelakar. dulu suka sangat-sangat. tapi bila dah masuk matrik dah mula kurang minat kimia. kenapa semua equation ni macam susah nak relatekan?


FIZIK
ouhh.. dulu yang aku belajar tu macam ni rupanya. aih~ senang je kalau dah faham konsep, semua boleh apply. aih~ fizik memang best! segalanya berasaskan konsep.



CONCLUSION
tak kisahlah apa pun yang kita pelajari, macam banyak bergantung pada minat dan cara pembelajaran je. dulu tak minat fizik, now dah gila fizik. dulu minat kimia, now dah kureeeeng sikit. semua bergantung situasi.

tak semestinya yang kita benci tu, kita akan benci sampai bila-bila.

bila terlalu benci, lama-lama jadi sayang...

isn't it?


..................................................

Krismas dan Merry Christmas?

baru-baru ada semacam terbaca artikel dalam paper.

'hukum orang islam mengucapkan selamat kepada perayaan penganut agama lain'

tapi penjelasan artikel tu saya kurang faham. sebab bahasanya sangat high class kot... kalau kita ucap selamat untuk penganut agama lain tu, macam mana ye?

lagi satu persoalan, macam mana pula kalau orang bukan islam masuk masjid? dan macam mana pula kalau orang islam masuk tempat beribadah penganut agama lain?

phewww... banyak lagi kemusykilan yang perlu diuraikan..

:)

............................................

oh yaa... next 2weeks mahu ke singapura, my cousin wedding day! eh, betulkah ayat itu? thee~! tapi JPA melum masuk. bagaimanakah? aih~ sudah mula kekeringan. thee~

...............................................

seronok masuk semester baru bila baru masuk kelas pukul11 semalam. rasa segar. *heleh, nanti dah nak habis sem, layu.. hahaha*

PSM? errkkk.... tak tau nak start dari mana.. hahaha~ Puan Shap bersalin aih...

chayok2!! satu sem saja lagi...

mahu sambung master ke kerja?



sekali lagi, apa kaitan entri dan tajuk?


oh, mau kongsi lagi satu benda. my little brother baru sent me satu benda best untuk di download.

http://www.mediafire.com/?hnt2onqzji2

sila lah download kalau rasa nak. tajuknya 'Ceramah Pengurusan Cinta'. tak sempat buka lagi. thanks dear bro! luvvvv yaaa~ ;) :-*




~ nak baca, baca... tak maw baca, sudey... kasi tutup ini page ~



.....................................

23 December 2009

Ouhhh.. Panas!

hahhahahaha

opss... behave nadia, behave.. ;)

salam....

hihihihi... wah, nampaknya entri sebelum ni hangat diperkatakan di facebook, dan blog MPP UTM.. wow wee~ sampai saya dikatakan:

profesional la sket nak tulis pape, ni blog rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM! bukan mak bapak ko punya blog.. ntah pape, jd MPM pun emosi taik

woo0oo... ya, saya memang emosi masa tulis entri tu. tapi saya percaya pembaca lain pun setuju yang pemberi respon tu pun nampak emosi, kan? siapa setuju, tekan keyboard. thee~ siap kaitkan mak bapak i you... ouh daddy and mommy, please klik this link and read my post

http://mpputm0809.blogspot.com/


*jangan terperanjat, my daddy and mommy pun baca my blog, ok... oh ayah and ibu, give some response please ya!*

first of all, thanks for giving respon.

2nd, i'm so sorry kalau entry tu macam emo gilerr.... tapi memang emosi kott... ya, salah saya kot kurang dapat kontrol hari ni.. agak meletup..

3rd, janganlah sebut "mak bapak ko punya blog".. tak baik you kaitkan dengan mak bapak i yang tak bersalah kat rumah tu... you pun emo taw..

4th, i bukan nak percikkan api macam ayam percik, just nak membetulkan fakta. lagipun, i tak suka guna bahasa skema sangat. so nampaklah macam blog mpp tu macam 'blog mak bapak' i punya.. sorry again kayh readers! really sorry...

5th, marilah kita bersama-sama menjernihkan keadaan. kepada pihak yang cuba memercikkan api ni, ingatlah, apabila kita membuat sesuatu, Allah akan membalasnya. tak kiralah kita buat baik ke jahat ke.


mmm.. tak mau cakap panjang. apa pun, marilah kita berdoa agar kebenaran akan terbuka. i tak suka tau panas-panas macam ni. biarlah relax aje kan. aman damai. i tengok tadi, fendi pun macam serba-salah nak bercakap dengan i. apa pun, i menulis entri tadi sebab i mpp, bukan sebab i evo, nak menentang pro-m. i hanya nak luahkan rasa i... sorry ya kalau rasa macam saya ni emosi gilerrr...

dah lah. penat hahaha~!

jom kita fokus program..................

international student leaders conference (ISLC '10)
on 19 february 2010 till 27 february 2010

phewww!!! penat3...


..........................


oh ya!! berita panas tadi telah melupakan saya kepada satu benda!!!


HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG!!!


yayayaya~!!! dah setahun umurnya... :D



.......................................


i love to dance zapin lepas balik CEP tu.. hampir tiap hari duk menari..hahah~!


.................................

PRO-M?


*klik pada gambar untuk lebih jelas*



klik link di bawah untuk berita lagi

http://all-about-aneqs.blogspot.com/2009/12/apekah.html



aih~ hangin betol masa dapat flyers ni from my sister.

engineer tupperware: kaklong, kempen pilihanraya dah boleh start ye?

saya: *buat muka pelik* kenapa?

engineer tupperware: tadi ira dapat flyers ni kat fakulti. *engineer tupperware tunjuk flyers tersebut di hadapan saya dan kak roza* ketua kelas ira edarkan kat semua budak2 kelas.

saya: oh, waaaa... dasyat Pro-M... dah start kempen... *saya dan kak roza pun meneruskan makan. for the 1st, i didn't saw anything weird but....* eh, MAHAR n CINDAI? ni program MPP! kak roza, tengok ni...

kak roza: eh, international festival? ni program im! im! apsal program im ada dalam flyers ni?

saya: majlis pengerusi-pengerusi fakulti? aih? nama dia bukan ni.. salah nama ni... zaki, apsal MPPF pun ada dalam ni? aih.... diorang ni kenapa ni... tikam macam ni...



wow wow wee~! nampaknya ada orang nak nyalakan api aih~! pheww! sebagai naib presiden aktiviti, sudah tentu saya tahu setiap inci program-program yang dianjurkan, dijayakan, diusahakan, dan macam-macam 'di' lagi oleh MPP. saya yang tengok mereka menangis, susah-payah naik turun HEP untuk fight dapatkan peruntukan, bersengkang mata siang malam untuk pastikan program run, sampai berhutang dengan pihak luar, negotiate macam-macam..

jadi, apakah yang cuba dilakukan oleh Pro-M ini?

mmm... apakah 1st impression orang yang mendapat flyers ini? 'Program-program yang telah dijayakan oleh PRO-MAHASISWA' adakah bermakna anda menjadi peserta bagi program-program tersebut? ouh, kalau peserta, beratus lagi student UTM lain yang join program tu boleh statekan "program-program ini telah dijayakan oleh saya".

kenapa tidak dimasukkan sekali program-program lain? pesta konvokesyen ke-43? pesta ponggal? ekspo kebudayaan tahun baru cina? kelas bahasa mandarin?

jangan fikir saya diam bermakna saya setuju, jangan fikir saya diam bermakna saya tidak tahu. perasaan saya bercampur baur. marah, kecewa, geram, dan macam-macam lagi. apakah provokasi yang dilakukan ini.

saya tahu pengarah-pengarah semua program yang disenaraikan itu. dan ada juga program yang menjadi anjuran UTHM dan KPT pun tersenarai dalam 'program yang dijayakan' mereka... plus mesyuarat kebajikan yang memang mesyuarat wajib universiti pun 'dijayakan PRO-MAHASISWA'... mmm.. i wonder............

kursus english CTL yang pengarahnya kak roza pun ada jugak eh? International Festival yang Noor Aimran bertungkus-lumus pun, aaaa.... nak saya listkan semua kah???

boleh je kalau nak list kan semua..............


.......................................................................


21 December 2009

QUOTE

........................................



it is good to be single but it will be better to have someone beside ~nadia havez~



............................................

Suda Bosan

hoh... selama dua minggu saya bertapa dan cuba keluar dari kepompong kesedihan, sampai saya pun naik bosan, maka saya pun ingin keluar lah dengan entri yang sebegini. yelah, lately nih entri sangat dull, have no energetic spirit, and very monotone. aih~! masih mencari di mana gaya penulisan saya yang dulu. penuh dengan tenaga. aih~! haha *tenaga apakah? konpius seketika...*

sepanjang 2minggu pertapaan saya ke Pandan City Hotel to attend EEEP (Employment Enhanceability English Programme) which organized by Al-Ikhlas Education Group and sponsored by Iskandar Malaysia *heh, kalau la Ms Anantha baca blog i nih, mesti my face kena slap, ouchh!*

CEP (Communicative English Programme) is to develop the employability skill for students, especially final year students. in this programme, every participants was exposed to communication skill, grammar, vocabulary, pronunciation and you were enforced to speak in english every time you open your mouth. for the first, you would be very dull and quiet but after you were being enforced, you can't stop talking. seriously!

i got very exciting experience here, lots of unforgottable moments.. and bla bla bla i got no words to describe how exciting it was...

in general, we got class everyday... 9am to 5pm... every participants were divided into 7groups based on their english level. before get into class, we had basement test to test our english level.

we were exposed to communication skill, basic grammar, vocabulary and pronunciation. every morning, the class started with thinking. our beloved tutor, Ms Anantha (Angie) would 'knock' our head with some issue then we talked about the issue, freely. everytime you did the grammar mistake or wrong pronunciation, Angie would correct you *yaa.. my sentence started to tunggang langgang. ouh, slap my face!*

i was shocked when Angie asked us, "what was your big regret in your life? or if you could turn back the time, what would you like to change.." i answered, "if i could turn back my time, i won't get to fall in love with boys..."

then, after debating the issue, we started our public speaking session. 4-5 people would deliver their speech. you could comment, asked questions, and shared ideas in this session. we were very free to do whatever we want to.

tea time at 10.30am then we started our grammar class. very exciting english class and you were not only learn about A for Apple.

we got talent night for every night. this was a very exciting moment. each group would come out with their performance and every day would be different performance for each group. usually, our group *Villain Region* would start discussing our night performance at 5pm *hahaha a very tough task when you need to plan, decide, practise and perform in a very short time!* this task was to enhance our 'work in every condition''s skill.

the exciting talent night shows the level of confident for every participant. how you can handle yourself on stage, while every people look at you, and control you emotion in front of people. confident beb!!

every day is a new day. we learn new things every day. so, don't waste your time, grab all the opportunities in front, leave all the unnecessary thing behind and you can stand, against your failure.

Group 6, Villain Region



one of the activity. this paper was pasted at your back. and people can wrote anything about yourself. you would not know what they wrote until the end of the class (where you can take off the paper and read what people wrote bout you)




talent night




gra-jua-tion day!!



with zapin costume at graduation night
our group perform malay, chinese and indian dance. i was in malay team which perform zapin.



ro0mmates... daaaa~~ :-* xoxo


...............................................
enjoy every seconds of your life with what you want
because you will not have another chance to meet again the seconds...
-nadia havez-
................................................



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.................

smile, please...

Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
Coz I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

Now that I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Coz I'd already know

lalalalalalala~~



..............................................

16 December 2009

Sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam




Throughout very tough days in Communicative English Programme, i still feel something incomplete. Our Graduation Day will be held on 19 December 2009. Then I will start my day as usual. Final year student. Final semester. With new spirit.


..... Empty .....



.................................

12 December 2009

Saya rindukan dia

.............................


saya rindu dia

dia selalu buat saya terkesan dengan kata-katanya

dia selalu buat saya teringat dia

dia selalu buat saya kagum dengannya

bila teringat dia, saya rasa sangat tenang

sekali lagi dia membuatkan saya impress

saya betul-betul rindukan dia

ini, ayat di bawah ini, dia tulis dekat belog dia...

"Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya."
-iluvislam-


kemudian dia komen ayat tu,

"Macam mana nak jadikan besi itu kembali kepada bentuk asal? Ketuk banyak3 kali sampai ada rupa asal ek? Kalau ketuk banyak3 kali, pasti akan tinggalkan bekas dan berparut, kesian kat besi tu..tapi yang sebenarnya, kesihan kat hati tu, berbekas,berparut,cacat,hodoh,buruk..terfikir kembali, pasti ada jalan keluar supaya besi tersebut tak meninggalkan parut dan bekas...kita LEBURKAN besi tersebut dan bentukkan kembali! :)"


huh,
elia ameera, kamu betul-betul buat saya menangis sekali lagi kali ni...

.....................................

Waiting of Forgetting~

................................

you...

ya, you people...

just want to ask for your opinion...


which one is the best?

waiting

or

forgetting?



help me please...

i am facing the difficulty to make decision

as inchik faiz said,

"not knowing which one to do is the worst kind of suffering...choose quickly and wisely yea."

but i do not know how to choose

help me, people...



.....................................................

08 December 2009

Seorang Kawan Lama yang Baik Hati

....................

satu ketika dulu (lama dulu).....

G : saya rasa macam kita tak boleh lah. saya takut kecewakan awak. so sebelum kita lebih jauh, baik kita stop kat sini. baru dua hari, kan...

F : awak serius?

G : ya, saya serius. saya takut kecewakan awak.

F : ok lah kalau macam tu. sebab saya pun dapat rasa macam kita tak suit.

G : baguslah awak faham. saya harap satu hari nanti awak jumpa somebody yang betul-betul suit dengan awak.

F : saya pun harap awak jumpa Mr. Right awak.

G : thanks. kita kawan macam biasa?

F : ya, kita kawan.

and now he really find somebody suits him well. congrats my fren! suka tengok korang berdua taw.. auwww~! dia cantik, kamu handsome. yayayaya~ hope both you live happily ever after.. muaaachhhss~!!


:D

suka tengok kwn2 bahagia...

06 December 2009

Sedih?

Sedih?

Ya, memang saya sedih.

Tapi daddy cool kata,

"Nadia ni, sedih macam mana pun, banyak mana pun masalah, dia tetap happy. Ada je benda yang dia buat nak happykan diri dia."

Huu~ macam tu kah perangai anakmu ini daddy?

Benarkah?

Kalau dah bapak sendiri cakap macam tu, betul lah kot.

Tapi kenapa ada orang cakap lately ni my blog shows my feeling was unstable, something wrong with me.

Mmm, maybe this is the way to make me happy.

Blogging.

Tulis je apa nak tulis.

Tak peduli apa orang nak cakap.

Nak baca, baca. Tak nak baca, sudah. Kasi tutup ini page.

Tak ada orang paksa.

Ok, mahu packing barang. Esok lepas subuh sudah mahu gerak.

Tidur hotel lagi. Lalalala~

Sedih + Sunyi + Bla bla bla bla

Not in the good mood.


....................................................

ok, serius yang ni last. sok lepas subuh dah nak gerak. takde blogging till 17 dec.

sedih lagi.

.....................................................

05 December 2009

Ku Rindu Dia

aku rindu dia
tapi macam mana?

aku rindu dia
tapi nak luahkan macam mana

aku rindu dia
tapi apa harus aku lakukan?

diam

diam

dan terus diam...

aku rindu dia~



eh, ada satu lagu best from dewa, munajat cinta

Malam ini ku sendiri
Tak ada yang menemani
Seperti malam-malam
Yang sudah-sudah
Hati ini selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya

Mawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus


ok, ni post penutup sebelum saya sekali lagi menghilangkan diri selama 10 hari.. dari 7-17disember saya tidak akan berblog, outstation sekali lagi. mencari ketenangan lagi.


doakan yang terbaik untuk saya...

:'(


.................................. end ................................................................

Air Mataku Mengalir Laju

....................


"Abang bukan sengaja tolak permintaan mak. Tapi atas rasa tanggungjawab, hormat dan cinta pada isteri abang..."


"I tahu i dah tak ada dalam hati u."
"Habis kenapa u teruskan semua ni?"
"Sebab u masih dalam hati i. I nak terus menjadi isteri u."


"Dia meniti hari-hari terakhirnya tapi Adam tak tahu, bang."


"Mengucap, Katrina. Mengucap..."


"Dia ingin habiskan hari terakhirnya dengan orang yang dia sayang."


"Abang cintakan Nur..."



aku menghabiskan Nur Kasih dari episod 22 hingga 26 secara marathon hari ini.

ramai member termasuk yang lelaki dah menangis tengok cerita ni.

aku betol-betol tak faham part mana yang boleh diorang menangis tu.

diorang kutuk aku sekarang ni dah tak ada perasaan, hati kering.

aku tak puas hati, ada ke diorang kata aku tak de perasaan.

maka aku pun tengoklah dengan sepenuh penghayatan, penuh perasaan.

dan kesimpulannya,

aku menangis pada episod 22, 23 dan 26.

oh oh oh, lalala

sangat laju air mata ini

sungguh terkesan dialog-dialog tu

sangat menghayati ini cerita

tabah

ya, tabah

dan sabar

sila tabah dan sabar ye nadia

nanti adam u balik lah semula...

(T___T)


crying a river

erkk, adam i balik semula? dia nak balik ke?



*eh, tapi u Nur Amina, ke? tak kan.... so siapa adam?*


nak jadi Nur Amina, boleh? thee~ tapi tak nak adam masa dia jahat tu. boleh ke?


Masak Tomyam

A : penyayang, lovely, pandai masak, caring, suka ketawa... apa lagi yang seorang lelaki perlukan kalau dah ada seorang perempuan yang punya pakej lengkap untuk jadi isteri macam kau?

B : hahaha~ jiwa, perasaan, hati, tak boleh dipaksa. itulah kunci untuk rumah tangga kan... kalau lelaki tu tak ada hati dan perasaan kat perempuan tu, macam mana sedap pun perempuan tu masak, macam mana loving pun perempuan tu, tak guna jugak...

A : tapi sampai bila lelaki boleh tahan hanya dengan perasaan? perasaan hanya perasaan. dalam rumahtangga, yang penting adalah tanggungjawab. macam mana tanggungjawab dilaksanakan. attitude kau dah cukup sempurna.

B : weyh, aku tak layak dipuji macam tu. aku tak sempurna. kau tak tau. dah, kau berhenti mengarut boleh tak. haish...

A : cukuplah sekadar apa yang aku nampak. itu yang ada dalam jiwa kau. keikhlasan kau dalam apa yang kau buat.

B : apsal kau cakap bukan-bukan kat aku ni. aku belum nak kahwin lagi lah! waiting for my prince charming! hahaha~! berangan sekali lagi.. :D dah, aku nak memasak.




pagi-pagi dah dikejut si perancang bandar. aih~ oleh sebab dah janji, so tak boleh lah nak bermalas-malasan di pagi ini. wahaha~! bergegas mandi. tapi bukan mandi seperti kambing, ok. si perancang bandar tuh soh i amik si izwan kat kolej dia. aihhhhhh rasa macam jauh gila KRP tu walaupun naik kereta...

izwan : diorang tunggu kat safiah.

saya : aih? breakfast dulu? semalam aku dah bagi milo ngan biskut, pagi ni nak breakfast kat luar ke? oh, mungkin diorang bosan.

sampai di safiah, tak nampak pun rupa si fendi ngan si aimran ni haih~ jadual sudah lari. aimran and fendi datang dengan 2 motor. sungguh tidak menjaga environment.

fendi : kalau kita breakfast lama-lama pun tak kisah kan. takde isteri kat rumah membebel balik pasar lambat sangat.
saya : aih, siapa kata takde siapa yang marah? ni tukang masak nak marah sebab dah lari jadual perancangan 45 minit.

ouh, lepas tu pergi pasar, membeli-belah. terserempak dengan Dr. Yahya. macam apa je budak-budak mpp ni membeli-belah.

balik office is masak time! dengan bantuan pembantu dapur, heh, aimran and fendi. plus mulut membebel-bebel tunjuk cara potong and konsep-konsep memasak sikit. bla bla bla... siaplah tomyam heh!

yumm... sedap pulak tomyam hari ni.. hahaha terpaksa puji diri sendiri. thanks untuk fendi and aimran yang tolong memotong and masak nasi. and izwan, tolong belanja kat pasar..


p/s : aku tak pandai masak, ok!


(^_~)v

04 December 2009

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe)

Hari 1

Terlalu indah untuk aku kenang semuanya. Setiap kali kuingat, pasti aku tersenyum. Aku melangkah keluar dengan penuh harapan. Harapan agar sesuatu itu dapat kulupakan seketika. Berat hatiku meneruskan rentak kaki. Namun harus aku kedepan tanpa menoleh semula kebelakang. Aku cuba untuk senyum. Menaikkan semangat.

Perjalanan dimulakan. Hatiku masih berat. Berdetak jantungku dengan kuat. Iramanya sudah tidak seharmoni dulu. Even the same song still sang together but a key from the piano has lost. Iramanya sedikit sumbang. Aku buntu. Aku seakan berlari keluar tanpa berhadapan. Namun apa yang mampu aku lakukan.

Kedatangan keluarga di lapangan terbang membuatkan aku lebih tenang. Tawa ria mereka mengubat jiwa. Aku benar-benar rindukan keluarga saat itu. Hampir 2 bulan tidak bertemu. Aih~!

Di saat pintu keluar dari Malaysia sudah terbuka, jantungku berdetak lebih kuat. Aku memberi perkhabaran padanya, memberitahu pemergianku. Saat kapal terbang mula bergerak, air mataku bergenang. Kubuang pandangan ke tingkap. Melihat kelam malam. Bumi Malaysia aku tinggalkan. Dengan beribu harapan kusandarkan di hadapan.


Hari 2

Suhu di Abu Dhabi International Airport lebih kurang 250C awal tengahmalam itu. Seraya kakiku menjejak tanah di bumi Timur Tengah, detak jantungku bertambah perlahan. Jam di tangan kukerling. 0520H waktu Malaysia. Jam kularaskan kepada waktu tempatan, 0120H. Jaketku buka. Suhu di Abu Dhabi masih seperti di Malaysia ketika itu.

Bas dinaiki untuk ke terminal berlepas. Transit di Abu Dhabi hanya untuk satu jam. Aku semakin gembira. Gembira kerana jauh dari bumi Malaysia. Jauh dari segala yang pahit. Untuk sementara waktu.

Kapal terbang ke Heathrow International Airport berlepas tepat jam 0245H waktu tempatan. Aku merenung ke luar tingkap lagi. Lampu terang melimpahi Abu Dhabi semakin hilang dari pandangan. Tanda aku terbang makin jauh.

0645H waktu tempatan yang dicatatkan ketika kakiku menjejak bumi London. Aku mengira-ngira waktu di Malaysia. 1445H. Mujur di London ada line. Kepada keluarga di Malaysia segera kukhabarkan, aku sudah berada di London. Nafas kutarik panjang. Suasana di lapangan terbang tidak sesejuk di luar. Tidak perlu memakai baju berlapis-lapis. Urusan imigresen dan kastam tidak mendatangkan sebarang masalah.

Suhu di luar Heathrow International Airport adalah 120C ketika itu. Angin bertiup perlahan. Aku memakai overall coat. Kesejukan mula terasa. Kurakamkan tiap momen sepanjang perjalanan ke Kota London dari dalam bas. Kelainan amat terasa antara Malaysia dan United Kingdom. Baru masuk musim sejuk. Pokok-pokok sudah tiada daunnya. Indah. Subhanallah. Kagum aku dengan ciptaan Ilahi. Syukur ku atas peluang ke benua lain.

Kelelahan aku berjalan-jalan sekitar London. Jam 1630H sudah masuk waktu maghrib. London melalui malam yang panjang pada musim sejuk. Sedikit demi sedikit hatiku tambah riang. Ya, berlainan benua membuatkan aku lebih tenang. Perjalanan kami diteruskan ke Cambridge.


Hari 3

Di Cambridge. Sekali lagi aku terpana dengan suasana di universiti tersohor itu. Sangat jauh berbeza dengan UTM sendiri. Ia seakan pekan kecil. Ramai pelajar berbasikal untuk ke kelas. Ku selusuri kaki lima di Cambridge seorang diri sedang rakan lain sibuk berfoto. Sesekali membayangkan aku salah seorang pelajar di situ. Oh, sangat berangan! Bertolak ke London malam itu juga. Faisal yang berada di Sunderland datang ke London malam itu. Aku dibawa melihat suasana London di malam hari. Sunyi. Sesunyi hatiku.


Hari 4

Oxford University. Juga seperti di Cambridge. Cuma bangunannya lebih bersifat klasik inggeris. Sekali lagi aku teruja. Asap sudah mula keluar dari mulut tika berbicara. 90C amat sejuk. Ditambah angin yang sentiasa bertiup. Aku kembali berjalan bersendirian lagi. Aku cuba mencari kegembiraan dalam setiap langkah. Sesekali aku perlu senyum ketika rakan-rakan menghala kamera ke arahku. Namun senyum itu kurasakan masih tawar. Fikiranku sesekali melayang ke Malaysia. Takbir bergema di Kota London malam itu. Dari bilik 106, Wembley Hotel, London. Syahdu.


Hari 5

Selamat Hari Raya Aidiladha. Gema takbir memuji keagungan Allah sekali lagi bergema dalam bas semasa perjalanan ke Stesen St. Pancras untuk menaiki Eurostar ke Kota Paris. Seakan tidak percaya air mataku meluncur laju saat itu. Walhal baru beberapa hari sahaja meninggalkan Malaysia. Namun aku tahu air mata itu untuk apa. Gemersik suara laungan takbir itu membuat hatiku tersentuh. Ya Rabbi, tak mungkin Kau sakiti hatiku yang lemah ini.

Sampai di Paris, aku sudah bertambah tenang. Aku sudah boleh bergelak tawa dengan rakan-rakan lain. Jangan toleh ke belakang, tekadku. You have the right to choose either you want to be happy or sad. Aku boleh melupakan segalanya di benua lain! Kecantikan Kota Paris dari Sungai Seine memang melupakan aku kepada segala kesedihan. Eiffel Tower gah di tapaknya. Bon nuit Paree!


Hari 6

Eiffel I am in Love!! Ya, bukan bukan. Konon-konon, aku membuai perasaan sendiri di Eiffel Tower. Angin yang bertiup sangat kuat pagi itu seakan membelai tubuh. Husshh~ Serius. Aku berangan lagi. My prince charming come to me, at Eiffel Tower. Aku tertawa sendiri. Angan-angan yang meredakan gejolak perasaanku. Aku sangat kuat berangan sepanjang hari itu! Mungkin aura Kota Paris yang dikatakan City of Love. Oh, tapi tak mungkin aku jadikan Paris destinasi bulan madu nanti. Tidak! Segala kenangan yang indah-indah menari-nari dalam fikiranku. aku tersenyum sendiri. Rindu!

I found joy in my every step. Apa yang perlu hanyalah mengingati segala yang indah tentangnya, pasti aku tersenyum. Champs Elysees yang menghadap Arc de Triomphe sangat indah di waktu malam. Kawasan yang sesuai untuk membeli-belah. Renyai waktu itu namun aku redah juga. Muzik 'La Vie en Rose' terngiang-ngiang di telingaku. Aku perlu mencari muzik itu, harus!


Hari 7

Berkemas untuk pulang ke Malaysia. Berat sekali lagi hatiku, tapi berat untuk meninggalkan bumi Eropah. Aku seronok di sini. Jauh dari Malaysia. Jauh dari segala yang mengingatkanku tentang segala yang perit. Terasa seperti ingin buat-buat tertinggal penerbangan. Aih~ kenapa perlu pulang ke Malaysia untuk masa sekarang? Kupaksakan kaki melangkah ke dalam kapal terbang. Yang kuingat, makan dalam kapal terbang sangat sedap!



(^_~)v


Sila baca ayat dibawah;

"Anugerah terbaik yang pernah saya ada adalah kamu."

"You are so lovely, sangat penyayang, kalau orang sekeliling kau tak bersyukur jugak, tak tahulah nak kata."


Saja nak letak ayat yang buat saya tersengih, bukan lagi tersenyum. Hahaha Gila betul budak ni nak show off lak. Gedik!


:P Sukati aku lah, aku punya blog... Nak baca, baca. Tak nak baca, sudah. Tutup page ni, ok!





01 December 2009

Saya juga berhak bahagia, ok?

pheww~ apakah makna tajuk itu.

syuuhh~~ saya mau halau itu semua langau, lalang yang mengganggu hati saya.

ermmm

haih~!

30 November 2009

Holla Malaysia!!

holla malaysia!!

i'm updating my blog from abu dhabi international airport. now is 10.56pm waktu abu dhabi. tengah tunggu transit ke kuala lumpur at 0245H. and insyaAllah will be arrived KLIA at 1400H waktu Malaysia. heh, berjalan-jalan ni, jam tangan asyik bertukar waktu je. abu dhabi, london, and paris. jam handphone je still waktu malaysia. senang. yaa, kebosanan tunggu nak boarding lebih kurang 3jam lagi. jalan-jalan dalam ni pun bukan ada apa. mahal kot harga barang. konon je duty free.

hee banyak cerita and gambar yang nak di upload sepanjang pengembaraan di london, cambridge, oxford and paris. nantikan ceritanya, day by day. Alhamdulillah, saya sudah sedikit recover dari 'sakit' before depart hari tu. rasa macam tak nak balik malaysia. hahaha ok, then. nanti sampai rumah, saya cerita panjang lagi.


(^_^)v

22 November 2009

Lend me your shoulder

i want to cry
in the rain
to calm me down

lend me your shoulder
please don't wipe my tears
i need to calm myself

i need to cry
to release everything
in the rain
so nobody will see my tears

don't wipe my tears
coz i'll cry again
and again
just let me cry and cry

i am crying
in the rain
so then only God will know
only Him...
i rely on You, My Lord...
please... hear me...


"cinta adalah kekuatan
yang mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah"
Ketika Cinta Bertasbih

namun,
jika cinta datang
aku malu
ingin aku menolak tapi tak mampu
kerana cinta mampu mengubah
namun bila kuteruskan
tiba-tiba jadi luka
lalu berdarah
aku terhiris
tak mampu menangkis
kepada-Nya aku kembali



(T____T)


i will not being blogging starts from tomorrow because i need to left Malaysia for a while. doakan saya selamat pergi dan selamat pulang semula ke Malaysia...

and for you BW, take care...


21 November 2009

La Tahzan

tak tahu kenapa tapi ini yang ingin diluah~


sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
lalu dia datang
mampu menjawab persoalan

hanya pada-Mu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
apakah dia
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah kerana luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahsia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mahu jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku pada-Mu
pada-Mu...


La tahzan...


19 November 2009

SATU PERINGATAN

ni saya dapat something dari seorang sahabat yang saya rasa nak kongsi dengan anda semua. ya, anda semua. mungkin anda nampak macam panjang sangat. tapi, tolonglah baca... tolonggg.. saya merayu ni ~~>>>

Sebelum itu, digalakkan lebih banyak "study tentang hari akan datang"..supaya aqidah kita tetap bersama AgamaNya..InsyaAllah..selongkarlah sebanyak mana ilmu yang boleh memberi manfaat pada kita.agar dapat memelihara kita sebagai bekalan di alam kekal nanti..insyaAllah..

Di sini, saya merendahkan hati memohon kemaafan di atas segala kemungkiran yang timbul, kesalahan yang melampaui, sengaja atau tidak, halalkan segala2nya yang terjasa, dan maafi sekali lagi bagi perkara tak tertunai..diharap kita semua diletakkan di tempat orang yang soleh bersama2..amieen...

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.

(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... ..cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Sila rujuk.... 2010 Islamic Calendar




phewwww... menggigil segala jenis kepala... ya Allah, apakah aku sudah bersedia? erkkk.. mari kita pakat ramai-ramai... bersedia dengan bekalan di hari sana...

"kita tak boleh menjadi orang lain, tapi kita boleh berubah menjadi lebih baik"

ye ye.. baikk.. saya nak kahwin. hoih! gatal! kalau bapak kau baca entry ni, camne? blajar tak habis lagi, dah gatal nak kahwin. ouh, tapi daddy, kahwin dapat elakkan maksiat. baca balik entry i pasal hadis nabi tu, kahwinkan anak perempuan bila sudah tiba masanya. eh, gatal sekali lagi. hurrmm! gila rr kau, nadia! hahaha! *gelak guling-guling*. ok2, gurau... hee~ gurau daddy, serius nadia gurau.. hik3 *hah, tau kau takut...* hahaha.. ok, tata~ ;)

v(^.^)(^_~)v

Thanks Bugee~!

sedang jalan-jalan tengok blog orang, saya jumpa ini dalam blog bugee <--- sila klik untuk link ke blog beliau.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


hehehehe.. tengok saya senyum... :D senyuuummmmmmmm... haaa~ manis3... perasan! haahha!

ouh, ada satu hari tu, saya pergi jumpa encik rahim, PPA (penolong pengurus asrama) sebab nak uruskan penempatan saya masa cuti ni. then encik rahim tegur saya, "eh, apsal kau makin putih sekarang ni? tambah berseri-seri je muka."

hahaha~! teruja! perasan gila! "encik rahim jangan puji saya lebih-lebih. nanti tak muat baju saya nak pergi uk.." hahaha

gelak besar kami di situ. ok, stop. nanti saya tambah perasan.

sejak demam ini, saya asyik makan bubur saja. sedap jugak kan. mula-mula tak mampu habis. tapi semalam alhamdulillah selera makan saya dah ok balik. walaupun telan makanan tu semua takde rasa apa even rasa pedas. layannn... semoga saya dapat sihat sepenuhnya dan dapat berlari-lari di klia nanti *konon macam cerita home alone*. tak hendak la aku berlari kat dalam airport tu. apa ke jadahnya... hihihi

ok lah, mau sambung kerja. saya kena siapkan segala aktiviti di uk and paris nanti.

till meet you soon.

daaa~

be positive is necessary. you can only keep your smile when you are thinking positively.
trust, is the most important part in a relationship. tak kiralah whatever relation pun. hanya trust yang jamin kelancaran the relation...


v(^.^)(^_~)v


18 November 2009

Standing in the Rain



One P.M. and the rain is falling
Here we are standing in the rain
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me

I answered
But only love can stay
Try again or walk away
But I believe
For you and me
The sun will shine one day
So I just play my part
And pray you'll have a strong heart
But I can't make you see it through
That's something only love can do



hah! cepat-cepat kasi faham ini makna.. wee~! (^_~)v

hee~ harap tiada yang salah faham dengan entry ini... takde makna apa pun... :)


Sila Sembuh, S-E-G-E-R-A!

perhatian kepada nadia fitri, ya, nadia fitri.

anda diminta sembuh dengan segera. untuk memudahkan gerak kerja ke UK dan supaya universiti tak rugi duit tiket flight bila kau terpaksa quit sebab demam.

ya, sila sembuh dengan kadar segera.

sekian, terima kasih.

\(*_*)/

16 November 2009

Kebalikan ke KL

sabtu, ahad, berada di KL. sebab ada hal-hal yang disettlekan. sangat bizi. pagi-pagi dah gerak dari jb after subuh. driving. then, pergi event kat matrade, then bla bla sampai malam. balik rumah. esoknya pergi jumpa travel agency. banyak benda yang dibincangkan. pastu, drive balik jb. letih!

demam lom sembuh. gi mana mau ke uk?

ok people. bye!~

13 November 2009

My Pierre Cardin!

pasal filem pisau cukur, i suggest u all tengok sesama ladies.. yaaa my gucci... sebab masa i tengok dengan my pierre cardin semalam, macam tak berapa suit dengan dia, kot. heh~! i like faqir in that film. like the style. even gigi besi, he such bersungguh-sungguh nak dapatkan bella. plus, dia hargai setiap peluang yang ada depan mata. ouh, he so sweetttt~!!! berikut senarai kesweetan beliau~

1. bella macam tak berapa suka faqir, yela.. bella kan nak orang kaya macam datuk hisham tu. faqir tak de la act macam mendesak. he stay cool. wah, i like his attitude!

2. then, dia tak putus asa ajak bella for a date *i like this too!*.

3. bila bella ajak dia jadi dancing partner, he try to be a good friend, a good partner to her. ouh, how sweet he is.

4. and he is pretending to be bella's fiance semata-mata nak bella dapat masa tambahan untuk praktis tarian tu. ouh, sangat sweet sebab walaupun dia tahu dia bukan pilihan bella, tapi dia nak tengok orang kesayangan dia bahagia. very sweet!!

5. then, masa bella kecewa lepas kena kutuk-kutuk dengan kakak datuk hisham, dia takde la nak ambik kesempatan atas kekeruhan hubungan tu. tapi dia pertahankan bella depan kakak datuk hisham. and dia yang bagitau datuk hisham kat mana bella menyorok. aih! walaupun dia tahu dia sayangkan bella, tapi dia tetap hormat pendirian bella. he stay co0l beb! really sweet!

6. dia berjaya mencairkan hati bella dengan ke'cool'an dia. he is really cool, really sweet. bella akhirnya sedar yang duit bukan penentu kebahagiaan. cinta bukan kerana duit.

7. ahh~ i like them while they were dancing. soooooo sweettttt... ada gaya naughty faqir yang buat i berkata, "OMG! i love it! hah!"... OMG! i am talking too much bout faqir.

ouhh.. sebab seriously deeply truly, i like his style. attitude yang very cool, gila rr! i jatuh chenta sama faqir. eh eh eh~ salah salah salah.. hee *sorry my pierre cardin~ hee~* OMG!! serius! jatuh cinta dengan faqir!


here he is! gigi besi!


err~


ouhh i setia taw, my pierre cardin.. xoxo my dior~

v(^.^)(^_~)v



12 November 2009

Ouh My Jimmy.. Choo~!!

ok. sila senyap. selepas ini anda akan dihidangkan dengan pelbagai adegan yang sesuai dilakukan di fittting room sahaja. sila buka mata anda luas-luas.

hurmm~ mula macam nak pergi tolong izwan buat penajaan. sekali tak jadi. so, me, my prada, and my jimmy choo *siapa dah tengok pisau cukur taulah maksud-maksud ni. jadi jika anda ingin tahu, sila tonton sekarang. di pawagam berhampiran anda*, went to tebrau. my gucci want to find boots. yaaa.. boots macam but phua chu kang. erkk~ then, biasalah kalau dah girls talk nih, haih~ mata meliar melihat baju yang konon-konon macam nak beli. tengok harga.. telan liur sendiri.






hari tu dengan kak oja, tertengok baju ni. sempat ambil gambar je... but todayyyy......






taraaa~~!! i try it~!! yayayaya tak dapat beli, try pun jadik laa~ RM589. siapa mahu sponsor, sila angkat monitor...

erkk, tiada? *mood sedih*



OMG!! i lyk it! ouhh my Coach! eh eh.. ni baju Naf Naf.. erkk.. nampak sesuai.. sesiapa yang berkenaan, sila take point~





tiba-tiba ini budak kecik pun try dis baju which cost RM399~ ouh my dior~!!




she's quiet shock when i told her this baju cost 8pound.. then baru i sedar bukan 8pound... 38pound.. hee~ malu malu malu...


then the budak kecik said, "akak, kenapa baju yang akak try semua suit well dengan akak?"
ehueeww... malas nak jawab ape..



see.... i try the same baju with budak kecik but this one is black colour..


this baju turtle neck taw, i rasa nak tercekik. ouh my jimmy choo~! heh, my neck~!


see... saya nampak kelakar dengan turtle neck.. so engineer tupperware a.k.a camerawoman suruh bukak button kat leher tu.. jadi...


tara~! getting better....




baju ni ada belt.. so memang smart kat badan...


yaa~ i like it darling... sesiapa yang berkenaan sila perhati betul-betul baju tersebut dan sila cari di Jusco Tebrau, ok.

cantik~!

panas~!

ouhh my Louis Vuitton~!

ohh my Diane von Furstenberg~!!

i like!!


yaa~ lupa nak pesan kepada sesiapa yang ingin mentengok 2012 di Jusco Tebrau, tiket untuk esok, ya, esok (13 November 2009) sudah sold out. sila faham~


then balik tebrau, pigi makan itu dekat Agus~ tengah-tengah makan, tiba-tiba someone yang duk meja sebelah i said, "eh, awek ****** (perkataan perlu ditapis untuk keselamatan semua, ya para hadirin)"

erkk~ i terkedu.

jangan tambah r***u i.

ouh my pierre cardin... ouh!


11 November 2009

Pisau Cukur wee~!!


takleh blah betol bila terlalu ramai yang suggest i untuk tengok ini filem. i pon tak faham apa yang menarik sangat. siyes. jadi i sangat excited *teruja* untuk menonton cerita ini. setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan, eh eh, setelah lebih sebulan tidak mentengok wayang.

yaa~ first of all semasa dinner tadi, orang kesayangan kami semua told me *apehal ayat kau tunggang langgang macam kena langgar ini?*, "esoklah kita tengok wayang, ok?"

saya dengan mata shining-shining macam ada emas depan mata, "alright! hari tu ada janji nak tengok sekali dengan zulsengih kan?"
*zul, aku menggunakan nama kau sekali lagi di sini, harap maklum. oh yaaa zulsengih pun ade blog. sila cari link 'Zulkipli Yusof' di sidebar kanan itu ya tuan-tuan dan puan-puan*

dan family knk dan shrek pun akan bergabung esok *hanya orang-orang konvo43 yang memahami knk dan shrek~*.

bukan i: nanti awak tengoklah decidelah cerita apa, tengok kat mana. apa-apa hal nanti inform saya.

erkk.. penat den menggoogle, tengok kat MBO U Mall, Tebrau and City Square. adeihh malas lak nak pergi jejauh. tengok MBO U Mall. erkk.. macam takde cerita best. text member-member lain, tanya pendapat. dengan bantuan encik google, akhirnya i decided,
yaaa lepas tu tengok trailer and sinopsisnya, yaaa mungkin tak tersalah pilih untuk di tengok beramai-ramai.

jom jom jom~~~~~

10 November 2009

Ya, saya boleh tersenyum~

tu laa~ i dah kata dah...

i don't need your caring or romantic sense

i just need you, be with me, even for a while~~ *for a while pun takpe asalkan dapat for a while pun cukuplah*

confirm demam boleh sihat.

ngada rr ko nadia~

dah dah~~ gi buat kerja..

duk tersengih, berjangkit ngan zulsengih~ oopss sorry zul ;)



oraitt~ saje nak bagitau ni:-

hargailah ianya selagi ada...

*ouh mommy and daddy, i miss u... nak kena balik ke ek?*


dan hargailah sesuatu yang menghargai kita...

*thanks for this happiness, do appreciate me, and i will show my appreciation sampai u tak tau nak cakap apa dah, hanya mampu mengangguk bila i ajak tengok wayang ramai-ramai.. erk? apa kaitan?*



ok, mau fikir mana mau cari duit.

ke boleh jatuh dari langit macam dalam cerita cloudy with a chance of meatball *tapi i nak duit jatuh dari langit, bukan hamburger, jelly and etc. tapi sedap gak dapat makan free, kan. wee~!*

yaa~

Tell me how can i smile while this thing happened?

tell me how to smile..

please...

09 November 2009

Pukul Pukul Si Canang~

hurmm.. pukul pukul si canang.

ya. ni macam ayam bertelur seekor, riuh sekampung. sama jugak macam belum ada apa-apa dah mahu bagitau satu dunia.

apakah? tak berani kan nak kecoh apa-apa selagi belum ada apa yang pasti.

kadang perkara yang dikecohkan tu boleh datangkan fitnah.
dan fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh.

macam mana pula perkara yang dikecohkan boleh mendatangkan fitnah ye?

hurmmm~

mau makan steamboat ini hari, tapi..... hurmm~

(^_^)v


08 November 2009

My Light, My Soul

eheh, iklan seketika.

apa yang anda harapkan dari orang sekeliling anda yang sayang anda kalu anda demam? (-_-")

'saya bukan seorang yang caring'

'saya tak romantik langsung'

heh, perlukah?

tertengok belog akak merr tadi *kalau nak link, sila lihat di sudut kanan belog ini, aku malas nak tolong copykan link*

single double, double single... heh, apakah makna?

adakah kita perlu someone yang sangat caring gila tahap dewa ke-19 sampai tiap saat nak mesej "wutcha doin? dah ok belom? temperature u dah turun 0.1degree celcius ke belum?"

*aiyarkk.. gila kentang sampai 0.1 degree celcius pun nak kena measure~!*

ataupun perlukan someone yang tiba-tiba datang blok u, bawakkan tomyam untuk u, sebab u kalau demam hanya boleh makan tomyam. or mintak tolong orang lain belikan u tomyam kalau dia busy gila.

*gila tomyam rr kau neh kalo demam. yup, dah tekak pahit, nak buat camne, kan? engineer tupperware pun tak mampu berkata apa-apa~*

haih~! fantasi gila aku nih di saat demam. hak hak hak ~

apa-apa pun dia, dia tetap dia. dia dia dia.

saya takkan sihat pun kalau awak caring gila.
*tapi perlu gak to comfort me~, at least*

saya takkan sihat pun kalau awak romantik gila.
*tapi perlu gak supaya ada semangat nak sihat cepat~*

yang saya perlu,

ouh lalalalala~~!!

~datang office semata-mata cari benda ni haih~ tertinggal atas meja i kat office...~

- semoga kau cepat sembuh nadia... - kata nadia fitri kepada nadia fitri~~

tata~

v(^.^)

06 November 2009

Ukuran Kecemerlangan

dah habis exam ni, baru saya terfikir sesuatu~ saya menjawab exam, ada paper yang saya dapat jawab dengan laju, ada yang saya terpinga-pinga nak jawab.

yang dapat jawab dengan laju tu, sebab, dapat spot question. yang tak ada spot question, tak dapat jawab dengan baik.

yang dapat jawab dengan baik tu, mestilah dapat gred tinggi, kan. yang tak dapat jawab dengan baik, gred rendah.

jadi, apa sebenarnya ukuran kecemerlangan? kalau semua pensyarah bagi spot question, semua orang dapat gred tinggi, dan masa tu semua orang dapat dean list. tapi, kalau tak?

jadi sebenarnya, apa nilai kecemerlangan seorang mahasiswa? bila kita dengar budak tu dapat 4.00, waaaa.. semua kagum.. bila ada subjek yang dapat A+, waa~ bangga... apa makna A+ kalau soalan tu semua soalan spot..

macam mana pula kalau soalan tu susah-susah ke~ next sem pulak, soalan untuk subjek tu, senang-senang... apakah nilai kecemerlangan mahasiswa?

apakah perlu satu gred untuk generic skill seseorang? perkara itu sesuatu yang subjektif untuk dinilai...

maka, janganlah kita apabila mendengar orang dapat 4.00, jangan terus terlalu kagum tak semena-mena~ sebabnya, heh, itu hanyalah sekadar atas kertas, okay. soalan exam boleh berubah-ubah. adakah dengan dapat A, kita boleh terus kata seseorang mahasiswa tu benar-benar mahir dalam subjek tu? mana tahu, dia dapat A sebab spot question je ke? ataupun, memang soalan-soalan tu dia dah mahir, kebetulan kena pada topik yang dia mahir... haaa~

fikir-fikirkan~!

habis exam, then??


pening~

sebab, dah habis exam...

aih, masa exam merungut, dah habis pun merungut~ camne ni?

sebab, tak tau apa nak dibuat...

orang kesayangan kami semua terlalu bizi...

engineer tupperware dah nak balik KL...

tinggal saya sorang-sorang

wuwuwuwu~~

apa saya nak buat ni??

tolong~

mati kebosanan nanti~

haih~!


04 November 2009

Gambar Besta


alamak~ i terlalu suka ini gambar.. thanks to akid sebab upload gambar ini dalam mukaBuku...
tak pasal pasal akak amik letak kat belog...

~zul jamuan, orang kesayangan, b0beb0, raden~

yaa~ ini gambar masa team-building camp untuk ajk konvo43...

tapi awat i rasa i macam takde je masa scene ni?

hurmm.. iman, jangan lupa, akak nak video scene ni taw taw taw~!

yaa~ mawu bagitawu, suda beli spek baru...

heree... taraa~~ design dipilih oleh engineer tupperware.. :D



urmm.. ok tak??



02 November 2009

Selalu List Ketegangan, ni List Kesyukuran Pulak kayh!

huuu~ sebenarnya dah ramai kan yang buat senarai kesyukuran kat page masing-masing. saya pernah ditag dulu untuk buat senarai kesyukuran, tapi masa tu macam belum terfikir nak letak apa. now saya nak buat jugaklah. hee~~ the topper the list, the rasa the macam bersyukur sangat-sangat~~~ alhamdulillah~~


--> akhirnya, PSM 1 sudah siap... yay!! dengan bantuan kak pija yang cumil, and Puan Shaparas and Mr Firdaus Harun.. aiyakk.. thanks for all the guidance.. tunggu PSM 2 pulak heh~ ;)


--> walaupun bizi tahap petala ke-48, orang kesayangan kami semua tetap tak lupa i... i love this.. *clap clap clap* kasi siap itu design cepat-cepat kayh, then i nak balas dendam.. muahahaha~~ *gelak jahat*


--> perjalanan ke UK macam mula bercahaya... thumbs up to budak kecik yang memang sangat kuat dan tabah pikul tugas nih..~


--> air cond kereta saya sudah ok. sekarang ni kalau masuk kereta, menggigil pulak. takpe takpe. latihan untuk ke UK. erkk?


--> tu je kottt setakat ni... yang lain tu general~~ bersyukur sebab masih hidup dengan normal...

~A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H~


A bla bla bla~~


okeh people. saya sudah mengkorbankan appointment saya ke HUKM pada ini hari (2 november 2009) semata-mata untuk ini.

saya telah mengkorbankan masa tidur saya untuk ini.

saya telah mengkorbankan waktu makan saya untuk ini.

saya telah mengkorbankan... heh berapa banyak korban daaa~~ kau nak grad ke tak nak nadia? huihhh.. kalau tak mawu grad, tak payah buat final year project.. wakaki...~~

yaa~ sudah siap sampai chapter 2! chapter 3 kena edit sikit. then finish PSM1!! yaaa... cuti ni kena kerja kuat untuk develop the system. yay!!

saya mau grad.. cepat cepat cepat.. saya mau sambung master pulak. cepat cepat cepat~ :P

kawen nak?? erkk~~ elia kata,

Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:

1.Solat-apabila telah masuk waktunya

2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan

3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya."


heh, kau gatal eh nadia. part ni kau laju aje... gugugu~ takde takde... mau cepat dapat degree~ :P


(P/S: gilerr kena tipu dengan saya... tak mungkin kott tajuk projek saya sepanjang itu. tapi kalau dipanjangkan abbvr. nye memang sepanjang itu laa~~ in short, 'A Web-based DBMS for NOAA AVHRR Data from FKSG Receiver'. simple je.. kott...)

01 November 2009

+ * - = -ve

Terasa kurang sikit beban kat bahu ni~

Perkara Pertama

Rasa terbeban dengan PSM. Tak tahu kenapa, tapi macam susah gila semua benda-benda ni. Haih. Memang sangat meletihkan otak. Tapi ada seorang kawan nasihat, "kau taip sikit-sikit dulu, mesti lama-lama boleh siap." Yaa~ akhirnya, baru siap separuh chapter 1. Hahahaha~~ clap clap clap people… At least ada jugak achievement, kan… :D



Perkara Kedua

Sepatutnya hari isnin ni ada appointment kat ortopedik HUKM. Aiyaakkk the sakit the tulang the belakang lol~… Tapi oleh sebab sekarang dalam minggu exam dan saya menghadapi tekanan yang teramat sangat dahsyat, maka saya ambil keputusan, tak mau balik KL for the appointment. Mana nak kejar PSM lagi, kejar study lagi. Pening. So tak payah balik KL. Minta tunda tarikh appointment. Kurang satu lagi beban di situ.


Perkara Ketiga

Yaaa~ orang kesayangan kami semua sudah tidak menunjukkan stress beliau selepas dinner tadi. Saya amat suka perkembangan ini dan mood saya bertukar! Heih meter tonight mood at facebo0k, baik kau ukur meter mood saya sekarang. Sudah tentu 130% happy. Ahax! Huishh… kurang lagi satu beban di sini.


Lepas list kurang beban ni, masih ada lagi list beban guni beras yang lebih berat dari setitik peluh petani *heh eh..*


Tambahan sikit beban~

Perkara Pertama

Jari-jari nak menaip mula lemah. Dapat ke tak siapkan PSM ni? (-_-") Saya dah bagi masa extra sampai hari isnin *sebab tak payah pergi hospital*.


Perkara Kedua

Spek hilang!!! Yaaa~~ tekanan besar di situ. Kepala dah mula sakit sebab dah seminggu survive tanpa spek. Dasar orang rabun tapi tak reti nak jaga spek. Hambik kau. Di saat-saat kesempitan uang ni, spek hilang. Gasak…. Sob3 (T_________T)


Perkara Ketiga

Dah dah rr tuh.. banyak naa beban~~


(T______T)

31 October 2009

Pintu Rindu

jangan salahkan ana kalau kali ni ana sangat banyak benda yang hendak dipos...

telah kudaki puncak tertinggi
telah kuturun lembah dan gurun
tidakku temu mana pintumu
untukku seru rasa rinduku

telah kudaki puncak tertinggi
telahku turun lembah dan gurun
sungguh kubuta dalam cahaya
sungguh kulupa tika bahagia

sedang kau dekat bukan di mata
sentuhmu erat di pinggir jiwa

biarkan air mata melimpah
biarkan luluh cinta tercurah

segala kasih rindu tertumpah
seluruh hati aku berserah

kutunggu waktu bila bertemu
hidup matiku hanya untukmu

v(^.^) (^_~)v

:D thee~~ mencari mood untuk menaip projek sarjana muda~~~~ ni yang kau taip eh nadia? :P




Tahajjud Cinta

kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
peta pedoman di kesesatan

ku sunyi dalam gembira
perit pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cinta yang kudamba
tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan ampuni hamba-Mu

ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama
diam kutanggalkan baju dunia
dakapku dalam selimut syurga

Ya Tuhanku
hanya pada-Mu
tempat mengadu segala rindu
limpahiku rahmat kasih-Mu
dalam tahajud cinta bersujud

v(^.^) <-- miss this guy, lotza~

Batasku Asaku

bila ku tercipta dari tulang rusukmu
mengapa ku mampu sempurnakan hidupmu
bila ku ada kerana kau ada
mengapa kau tak bisa sendiri saja

dalam teguh tak larut belaian
ranum sahaja bukan hiasan
untaian cinta gapai genggaman
yakinkan mimpi dalam iman

batasku sedari raut kudratku
asaku menari terbalut serbanmu
lembutnya jiwa sambut nestapa
terngiang syahdu iman di dada

bila cerita tak lagi ceria
mahligai cinta merona terlena
senada iman kusimpan derita
kuatkan hati bersimpuh pada-Nya

26 October 2009

Kesopanan dan Kesusilaan

just want to share something with you people out there.

Situasi Pertama~
satu hari ni, saya di tandas blok untuk mandi *yelah, orang pergi tandas nak buat apa lagi, kan?*. masa tu saya tengah berus gigi di sinki. ada 2 shower room dalam tandas tu. 1 shower room ada orang guna. satu lagi available. i forgot to put a sign "this shower ro0m is 'chop' by me". almaklum, 2tahun duduk bilik yang ada bathro0m, buat saya kadang terlupa yang sekarang saya berkongsi bilik air dengan ramai lagi orang.

tengah saya syok gosok gigi, ada seorang junior, tiba-tiba masuk dalam tandas. demi melihat saya masih sedang menggosok gigi, dia terus masuk dalam shower ro0m yang still available tu. hah. saya agak marah kot. takkan dia tak nampak, sepatutnya turn untuk shower ro0m tu adalah turn saya, tapi dia meluru masuk macam tu je. haih, salah saya juga kot sebab tak letak sign "after this is my turn".

second situation~
baru je happen tadi. keadaan yang sama. saya sedang gosok gigi. sekali lagi saya terlupa letak sign "after this is my turn". ada seorang junior, cina. dia nampak saya tengah gosok gigi dengan towel masih bersangkut di bahu.

she asked me, "kak nadia, lepas ni akak masuk shower ro0m ni ye?"

saya pandang dia, angguk, "haah."

then she replied back, "oh, takpelah macam tu. lepas akak guna turn saya lah."



urmm... sangat berbeza kan. situasi pertama tadi, my junior, melayu. situasi kedua, my junior also, cina. di sini saya bukan nak membezakan antara kaum. tapi just nak bandingkan rasa hormat dan sopan antara dua situasi tu. tentu kita lebih senang dengan keadaan dalam situasi kedua, betul tak?