Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 December 2009

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe)

Hari 1

Terlalu indah untuk aku kenang semuanya. Setiap kali kuingat, pasti aku tersenyum. Aku melangkah keluar dengan penuh harapan. Harapan agar sesuatu itu dapat kulupakan seketika. Berat hatiku meneruskan rentak kaki. Namun harus aku kedepan tanpa menoleh semula kebelakang. Aku cuba untuk senyum. Menaikkan semangat.

Perjalanan dimulakan. Hatiku masih berat. Berdetak jantungku dengan kuat. Iramanya sudah tidak seharmoni dulu. Even the same song still sang together but a key from the piano has lost. Iramanya sedikit sumbang. Aku buntu. Aku seakan berlari keluar tanpa berhadapan. Namun apa yang mampu aku lakukan.

Kedatangan keluarga di lapangan terbang membuatkan aku lebih tenang. Tawa ria mereka mengubat jiwa. Aku benar-benar rindukan keluarga saat itu. Hampir 2 bulan tidak bertemu. Aih~!

Di saat pintu keluar dari Malaysia sudah terbuka, jantungku berdetak lebih kuat. Aku memberi perkhabaran padanya, memberitahu pemergianku. Saat kapal terbang mula bergerak, air mataku bergenang. Kubuang pandangan ke tingkap. Melihat kelam malam. Bumi Malaysia aku tinggalkan. Dengan beribu harapan kusandarkan di hadapan.


Hari 2

Suhu di Abu Dhabi International Airport lebih kurang 250C awal tengahmalam itu. Seraya kakiku menjejak tanah di bumi Timur Tengah, detak jantungku bertambah perlahan. Jam di tangan kukerling. 0520H waktu Malaysia. Jam kularaskan kepada waktu tempatan, 0120H. Jaketku buka. Suhu di Abu Dhabi masih seperti di Malaysia ketika itu.

Bas dinaiki untuk ke terminal berlepas. Transit di Abu Dhabi hanya untuk satu jam. Aku semakin gembira. Gembira kerana jauh dari bumi Malaysia. Jauh dari segala yang pahit. Untuk sementara waktu.

Kapal terbang ke Heathrow International Airport berlepas tepat jam 0245H waktu tempatan. Aku merenung ke luar tingkap lagi. Lampu terang melimpahi Abu Dhabi semakin hilang dari pandangan. Tanda aku terbang makin jauh.

0645H waktu tempatan yang dicatatkan ketika kakiku menjejak bumi London. Aku mengira-ngira waktu di Malaysia. 1445H. Mujur di London ada line. Kepada keluarga di Malaysia segera kukhabarkan, aku sudah berada di London. Nafas kutarik panjang. Suasana di lapangan terbang tidak sesejuk di luar. Tidak perlu memakai baju berlapis-lapis. Urusan imigresen dan kastam tidak mendatangkan sebarang masalah.

Suhu di luar Heathrow International Airport adalah 120C ketika itu. Angin bertiup perlahan. Aku memakai overall coat. Kesejukan mula terasa. Kurakamkan tiap momen sepanjang perjalanan ke Kota London dari dalam bas. Kelainan amat terasa antara Malaysia dan United Kingdom. Baru masuk musim sejuk. Pokok-pokok sudah tiada daunnya. Indah. Subhanallah. Kagum aku dengan ciptaan Ilahi. Syukur ku atas peluang ke benua lain.

Kelelahan aku berjalan-jalan sekitar London. Jam 1630H sudah masuk waktu maghrib. London melalui malam yang panjang pada musim sejuk. Sedikit demi sedikit hatiku tambah riang. Ya, berlainan benua membuatkan aku lebih tenang. Perjalanan kami diteruskan ke Cambridge.


Hari 3

Di Cambridge. Sekali lagi aku terpana dengan suasana di universiti tersohor itu. Sangat jauh berbeza dengan UTM sendiri. Ia seakan pekan kecil. Ramai pelajar berbasikal untuk ke kelas. Ku selusuri kaki lima di Cambridge seorang diri sedang rakan lain sibuk berfoto. Sesekali membayangkan aku salah seorang pelajar di situ. Oh, sangat berangan! Bertolak ke London malam itu juga. Faisal yang berada di Sunderland datang ke London malam itu. Aku dibawa melihat suasana London di malam hari. Sunyi. Sesunyi hatiku.


Hari 4

Oxford University. Juga seperti di Cambridge. Cuma bangunannya lebih bersifat klasik inggeris. Sekali lagi aku teruja. Asap sudah mula keluar dari mulut tika berbicara. 90C amat sejuk. Ditambah angin yang sentiasa bertiup. Aku kembali berjalan bersendirian lagi. Aku cuba mencari kegembiraan dalam setiap langkah. Sesekali aku perlu senyum ketika rakan-rakan menghala kamera ke arahku. Namun senyum itu kurasakan masih tawar. Fikiranku sesekali melayang ke Malaysia. Takbir bergema di Kota London malam itu. Dari bilik 106, Wembley Hotel, London. Syahdu.


Hari 5

Selamat Hari Raya Aidiladha. Gema takbir memuji keagungan Allah sekali lagi bergema dalam bas semasa perjalanan ke Stesen St. Pancras untuk menaiki Eurostar ke Kota Paris. Seakan tidak percaya air mataku meluncur laju saat itu. Walhal baru beberapa hari sahaja meninggalkan Malaysia. Namun aku tahu air mata itu untuk apa. Gemersik suara laungan takbir itu membuat hatiku tersentuh. Ya Rabbi, tak mungkin Kau sakiti hatiku yang lemah ini.

Sampai di Paris, aku sudah bertambah tenang. Aku sudah boleh bergelak tawa dengan rakan-rakan lain. Jangan toleh ke belakang, tekadku. You have the right to choose either you want to be happy or sad. Aku boleh melupakan segalanya di benua lain! Kecantikan Kota Paris dari Sungai Seine memang melupakan aku kepada segala kesedihan. Eiffel Tower gah di tapaknya. Bon nuit Paree!


Hari 6

Eiffel I am in Love!! Ya, bukan bukan. Konon-konon, aku membuai perasaan sendiri di Eiffel Tower. Angin yang bertiup sangat kuat pagi itu seakan membelai tubuh. Husshh~ Serius. Aku berangan lagi. My prince charming come to me, at Eiffel Tower. Aku tertawa sendiri. Angan-angan yang meredakan gejolak perasaanku. Aku sangat kuat berangan sepanjang hari itu! Mungkin aura Kota Paris yang dikatakan City of Love. Oh, tapi tak mungkin aku jadikan Paris destinasi bulan madu nanti. Tidak! Segala kenangan yang indah-indah menari-nari dalam fikiranku. aku tersenyum sendiri. Rindu!

I found joy in my every step. Apa yang perlu hanyalah mengingati segala yang indah tentangnya, pasti aku tersenyum. Champs Elysees yang menghadap Arc de Triomphe sangat indah di waktu malam. Kawasan yang sesuai untuk membeli-belah. Renyai waktu itu namun aku redah juga. Muzik 'La Vie en Rose' terngiang-ngiang di telingaku. Aku perlu mencari muzik itu, harus!


Hari 7

Berkemas untuk pulang ke Malaysia. Berat sekali lagi hatiku, tapi berat untuk meninggalkan bumi Eropah. Aku seronok di sini. Jauh dari Malaysia. Jauh dari segala yang mengingatkanku tentang segala yang perit. Terasa seperti ingin buat-buat tertinggal penerbangan. Aih~ kenapa perlu pulang ke Malaysia untuk masa sekarang? Kupaksakan kaki melangkah ke dalam kapal terbang. Yang kuingat, makan dalam kapal terbang sangat sedap!



(^_~)v


Sila baca ayat dibawah;

"Anugerah terbaik yang pernah saya ada adalah kamu."

"You are so lovely, sangat penyayang, kalau orang sekeliling kau tak bersyukur jugak, tak tahulah nak kata."


Saja nak letak ayat yang buat saya tersengih, bukan lagi tersenyum. Hahaha Gila betul budak ni nak show off lak. Gedik!


:P Sukati aku lah, aku punya blog... Nak baca, baca. Tak nak baca, sudah. Tutup page ni, ok!





6 comments:

  1. ngehehee, nadia~! u remind me to him! rily.... haish~ kenangan.... yg pahit lbh sukar utk diusir, itu hakikat. sedang yg manis, mudah benar utk bertindih dgn yg lain, mungkin terlalu banyak. (-.-!)

    ReplyDelete
  2. wahhh.. ada program apa?
    tak ajak pownn..

    ReplyDelete
  3. Kish>>
    lebih banyak yang manis dari yang pahit... so, kenanglah yang manis itu.. walaupun terasa pahit sebab mengingatkan kita segala yang indah tentangnya, namun, yang indah itu lebih berharga.. mengingati yang pahit itu menambah derita.. cinta tak semestinya memiliki...

    chewah~!! madah pujangga.. hahaha~!!

    ReplyDelete
  4. apik>>
    jalan2 mpputm.. hihii tour london-cambridge-oxford-paris.. wahhaa~!!

    ReplyDelete
  5. salam ziarah,

    yang pahit itu ubat, yang manis itu penyakit..

    suke dgn teknik penceritaan penulis..

    suatu masa nti..

    ReplyDelete
  6. syafiq>>
    salam..
    mm.. ayat macam tak abis.. suatu masa nnti??

    ReplyDelete