Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 January 2015

Kesempurnaan dalam Rumahtangga

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat.

Ni dah tak ada mood lah tu nak karang entri serius-serius.

Camni lah ek. Sebenarnya aku nak cakap pasal apa yang aku pos kat instagram semalam (@nadiafitrihavez). Tentang buku Kopi O Tanpa Gula. Tentang asam garam rumahtangga.

Aku faham, aku kahwin pun belum sampai 3tahun. Orang kata, masih mentah, masih dalam mood honeymoon, masih segalanya indah. Jadi macam tak layak nak kupas isu rumahtangga.

Belum masuk fasa ketegangan, duit anak nak masuk sekolah tak cukup, handle anak ramai, umur makin meningkat, penyakit makin banyak datang, kegawatan ekonomi. Tapi, yelah, sebagai orang yang baru setahun jagung ni, aku cuba catatkan kat sini, apa yang patut aku buat dan tak patut aku buat. Supaya jadi pedoman untuk aku juga di masa hadapan.

Dulu kan, dulu lah eh. Aku akui lah, aku memang banyak boyfriend. Bersilih ganti. Adik-adik sila jangan tiru perangai ahkak ni. Sila mahalkan diri anda. Memanglah dulu aku jahil. Aku rasa macam aku tak cukup kasih sayang. Bahahah! Sampai perlu mencari kasih sayang pada orang lain.

Nonsense.

Aku pun tak tahu apa yang aku cari masa tu. Dari setiap orang tu, ada je yang tak kena di mata aku. Yang dia ni mengongkong sangatlah, yang tu tak reti nak faham lah, yang nun perangai pelik lah. Apa yang aku cari, aku pun tak tahu.

Senang cerita, sebenarnya aku belum layak bercinta masa tu. Memang aku serius. Memang konon rancang sampai nak kahwin tapi aku sentiasa mencari kesalahan.

Sampailah satu masa, sorang kawan aku tegur, dia kata camni,
"Sampai bila kau asyik tak puas hati dengan orang? Bila kau jumpa satu salah dia, kau buang dia, cari lain. Lepas tu, yang baru tu pun ada perangai yang kau tak berkenan, kau cari lain juga. Sampai bila?"

Dan masa tu aku mula sedar, tak kan aku jumpa kesempurnaan pada seseorang. Yang penting, macam mana aku sesuaikan diri aku dengan orang tu. Macam jigsaw puzzle. Fit in. Suit.

Tapi masa tu aku fikir, takkan aku terus nak whoossshhh end up dengan pilihan yang satu tu je? Sedangkan aku ada hak untuk memilih.

Sebenarnya, aku belum layak bercinta masa tu. Tu je point dia. Elok lagi bercinta lepas kahwin.

So bila aku dah cuba terima kekurangan orang lain, dah serius dah ni, aku pula ditinggalkan. Hahaha.. tu namanya balasan. Padan muka. Tu bawa diri sampai London dengan Paris tu. Oh please lah. Kebetulan je tarikh pergi London tu lepas aku putus chenta. Kebetulannn jeee...

Eh sepatutnya entri yang ni serius. Entah ke mana aku melalut dah ni.

Jadi bila aku kahwin dengan suami aku ni, aku cuba lah nak buang perasaan 'mencari kesempurnaan' tu. Sebab hakikatnya tak ada sesiapa pun yang sempurna. Percayalah. Walaupun kau  nampak dia ada dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut, tapi kau takkan pernah tahu, dia sebenarnya malas mandi pagi.. atau dia ni jenis makan banyak kali.. atau dia ni suka cakap kuat-kuat.. atau dia ni jenis berjalan aje keje. (Apsal semua contoh tu macam perangai aku je? Bahahhah!)

Tapi bila dah kahwin, kena ada give and take. Komunikasi tu sangat teramat sangat penting.

Jap ada kerja sikit. Sat gi sambung.


**********

Ok, mana tadi? Give and take eh?

Yelah kan. Kau dan pasangan kau, dari dua dunia yang berbeza. Dua dunia kita berbeza. Kadang-kadang benda simple pun boleh jadi gaduh.

Contoh lah ye,

Kau jenis check poket seluar, poket baju, sebelum masukkan dalam mesin basuh. Tapi pasangan kau tak. Pasangan kau jenis masukkan aje semua dalam mesin basuh lepas tu nanti dah habis basuh mula lah tangan terkuis-kuis baju yang terkena serpihan tisu yang tertinggal dalam poket.

Kau pun apa lagi naik hangin lah kan sebab habis rosak baju kurung kesayangan kau terkena habuk tisu tu.

Rileks. benda simple camni tak payah lah nak hangin sangat kan. Bukan benda tak boleh nak selesaikan pun. Gi je la ambil roller yang menghilangkan dust tu, roll je kat baju yang terkena habuk tu. Kan senang. Benda boleh setel, takyah gaduh weh!

Pastu bila marah kau dah reda sikit, kau cakap elok-elok kat pasangan, "Abang/Ayang, sebelum basuh check poket dulu ye. Nanti habis semua baju kena tisu." Ingat ye, cakap elok-elok. Tak yah nak tinggi suara sangat kau bukan nak bagi announcement kat perhimpunan pelajar. Korang berdua/bertiga/berempat je kat dalam rumah tu cakap bisik pun boleh dengar.

(Perhatian: Kes ini tak pernah jadi kat aku.)

Dalam kes aku, baju kesayangan aku pernah terluntur warna sebab encik suami tersayang belum tahu nak asing mana baju yang luntur, mana yang tak (sekarang dah expert, don't worry! Hahah!)

Imagine eh, baju terkena habuk tisu boleh lagi nak selesaikan. Baju kena warna luntur? Menangis mak! Tapi.. aku tak boleh nak marah.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Rileks dulu. Aku fikir positif. Dia dah sangat baik sebab tolong aku buat kerja rumah. Bukan dia sengaja. Dia tak tahu. Kalau aku tak bagitau, macam mana dia nak tahu?

As simple as that.

Jadi,

Dalam rumahtangga, tak ada yang sempurna. Kalau kau rasa ada benda yang kau tak puas hati dengan dia, luahkan. Luahkan secara elok. Masa tengah rileks-rileks kat taman ke (amboi time bercinta rajen lak gi taman. Dah kahwin ni taman pun takmo jejak?).

Lagi satu pada aku lah ek, sebagai isteri lah, kita memang kena banyak beralah. Sebab ego lelaki ni sangat tinggi. Kalau dia ego, kau pun ego, sampai bila pun tak ke mana. Pada aku, biar kan dulu, nanti dah reda baru kita slow talk. Tak guna bercakap dengan orang yang tengah marah. Serius. Anggaplah orang tengah marah tu tengah kena dirasuk syaitonirrojimmm. Kau baca sikit ayat Kursi puhh puhh kat dia. Hehe.

Well, aku pun banyak lagi benda nak belajar. Aku sendiri pun ada angin aku. Aku pun bukanlah isteri yang sempurna. Aku pun kadang-kadang termarah, terhangin, ter ter ter semua lah ter. Tapi 2 3 saat je lepas tu ok dah. Hahah!

As long kau redha, dia pun redha, insyaAllah, teruslah berjalan berdua berpimpinan tangan cewah! Kalau ada masalah, try duduk satu sudut, fikir semula saat manis sama-sama. Saat susah senang jatuh bangun sama-sama. You always be with me thru thick or thin hahah!

Pergilah bercuti. Kalau tak mampu, pergi Aeon Big shopping groceries berdua sahaja (tanpa anak-anak) pun dah cukup membahagiakan.

Tak ada yang sempurna di mata kita. Kalau rasa macam perasaan cinta tu dah berkurang, semarakkan balik. Macam mana? Kau dan dia sendiri yang tahu. Ikut cara dan kemampuan masing-masing.

Aku doakan kes penceraian dalam Malaysia ni menurun. Tak syok rr. Sian anak-anak. Aku pun seriau fikir kalau benda tu jadi, nauzubillahiminzalik! Semoga Allah pelihara kita semua dari segala malapetaka dan tipu daya syaitonirrojimm.

Aminn!

20 January 2015

Fateh Wean Off

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Lepas kena serangan asthma yang dahsyatnya hari tu, aku terpaksa bagi Fateh susu formula. Secara rasminya awal November hari tu. Sebab? Susu aku kering yang teramat. Aku pam tak sampai setengah oz. Aku memang dah kuatkan semangat. Buat segala yang mampu. Dan aku bukan jenis senang patah semangat. Tapi bila tiap kali pam rasa sakit yang amat, aku sendiri rasa tak ada susu pun mengalir, dan sampai tahap berdarah masa pam, so aku tahu, aku perlu berehat dan stop susukan Fateh.

Satu lagi sebab Fateh sentiasa tak puas hati kalau menyusu. Sampai digigitnya lahhh sebab geram susu tak kelaur. Kesian dia. Jadi, atas nasihat dan kebenaran Imam juga, aku buat keputusan, untuk bagi Fateh minum susu formula.

Mulanya kami start dengan susu kambing Wildan. Demi nak membiasakan anak dengan perisa asli, aku beli yang original, bukan perisa coklat. Alhamdulillah, Fateh suka sangat susu Wildan tu.

Bila Wildan habis, Imam belikan Mamalicious (ke Mummylicious?) pula sebab budak office dia jual. Tapi malangnya Fateh tak suka susu tu. Baru hisap 2, 3 kali, dia lempar botol jauh-jauh. Bila aku rasa susu tu, susu tu rasa manis. Spot yang tertumpah dek susu tu pun akan didatangi semut. Wildan macam rasa berlemak-lemak berkrim macam tu. Lebih kurang rasa susu ibu. Mungkin sebab tu kot Fateh tak mahu Mamalicious (@ Mummylicious).

Oleh sebab Fateh taknak susu tu, aku beli lah Dutch Lady untuk umur 1 tahun tu. Tu pun dia tak nak. Sampai pengasuh Fateh kata, "Fateh suka ambil susu Adam. Kalau Adam tak habis, dia yang habiskan." Adam, anak asuhan pengasuh Fateh tu juga, minum Dugro.

Maka, kami pun buat keputusan beli Dugro untuk Fateh. Alhamdulillah sampai sekarang Fateh sesuai dengan susu Dugro tu. Berak ok, tak cirit-birit, perut pun ok. Fateh pun minum habis 1 botol panjang tu, alhamdulillah. :)

Ada 1kali tu aku bagi Fateh minum S-26, susu sepupu aku yang baru umur 2 tahun tu. Fateh suka, tapi esoknya dia cirit-birit. Ok. So kekal aje lah dengan Dugro. Lagipun Dugro tak mahal, alhamdulillah.

Oleh sebab Fateh dah mula minum susu formula, maka aku kena pastikan diet harian Fateh cukup nutrisi seimbang. Alhamdulillah Fateh makan sayur. Sejak dia kecil memang hari-hari aku letak sayur dalam makanan dia. Sekarang, aku bagi juga 1 sudu Scott Emulsion yang warna putih tu. Semoga dia mendapat khasiat yang cukup.

So far Fateh ok minum susu formula. Cuma bila nak tidur tu, dia masih nak menempel kat aku. Dan kalau tengah baring minum susu pun nak aku baring sama kat sebelah dia. Ingatkan lepas minum susu botol ni, boleh lah free sikit bergerak. Rupanya tak! Sama je lah macam aku susukan dia, cuma kali ni botol yang suapkan. Aku? Kena peluk Fateh sambil dia menyusu.

-____-"


19 January 2015

PD : Latest Update Baby Y/M

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Tipuuu je Nadia ni. Hari tu kata nak sentiasa update perkembangan 2nd pregnancy ni. Tapi tak pun. Tipuuu je lebih. Konon nak sentiasa ingat apa yang berlaku lah konon. Thanks kepada mereka yang masih sudi singgah di blog yang jarang yang hamat berupdate ni.

Sekarang dah masuk 24 minggu mengandung. Pregnant kali ni cabaran hebat nye yang hamat. Mari kita point kan satu-satu supaya menjadi kenangan di hari tua. Nanti tau lah.. oo masa 2nd baby, camni camni camni. So anak-anak pun boleh tahu apa yang mak dia rasa. :D

1. Asthma
Masih lagi belum pulih sepenuhnya. Tapi tak seteruk 1st trimester hari tu. Cepat penat, bila penat sangat, mula lah tercungap-cungap.. lepas tu mula lah cik asthma kita pun sampai. Sudahnya, lepas sampai rumah memang tak mampu buat apa-apa. Duduk je lah. Tak daya masak makan malam. Asyik beli lauk je lately.

2. Sakit belakang
Tak tahu lah apa kena kali ni, makin menjadi-jadi sakit belakang. Tahap tak boleh bangun. Tahap kena mengerang, mengalir air mata. Rasanya lagi sakit kat belakang ni dari sakit contraction. Haha. Nampak tak hiperbola di situ?

3. Sakit tulang pinggul
Macam berselisih antara tulang! Ya Rabbi, hanya Allah yang tahu betapa sakitnya antara tulang pinggul, macam diorang sesama diorang greekkk grekkk grekk saling berselisih. Allahuakbar. Memang istighfar panjang laaa kalau tetibe datang rasa terkehel kat tulang pinggul ni.

4. Berat badan
Pre-pregnancy aku berjaya turunkan berat badan sampai 51kg dan berat tu maintain sampai aku masuk wad sebab asthma. Masa tu naik sikit 53kg. Lepas keluar wad (seminggu lebih dalam wad) naik sampai 57kg! Dan hari ni, 24 minggu, berat dah capai 64kg. Tahniah. Tu yang kena review blood pressure selang 2 hari sekarang ni. Takut kena high blood pressure. Tapi alhamdulillah so far blood pressure aku maintain. Berat je sesaje nak naik bebanyak. Hehe.

5. Gender baby?
Scan masa 19w hari tu kat KK. Doktor kata macam ehemm ehemmm. Tapi masih belum confirm. Tunggu lah 27 Januari ni insyaAllah scan lagi. Kita tengok sama-sama. Hehe. Kali ni excited lak nak tahu gender. Masa mengandungkan Fateh dulu, tak kisah pun gender apa.

6. Nama
Dah ada dah nama pilihan hati. For both boy & girl. Jalan selamat. Hehe. Tapi tu la, tak tahulah nanti masa nak register nama, apa yang terkeluar kan. Orang kata lain di mulut, lain di hati, lain yang ditulis tangan.

7. Booking bersalin
Hari tu aku tetibe rasa macam nak bersalin kat hospital swasta. Bukan apa, Fateh masih kecil. Walaupun dah wean off (eh aku tak cerita lagi full story wean off), tapi dia still 'menempel' kat aku masa nak tidur. So kalau bersalin kat swasta, at least aku boleh request single bed. Fateh & Imam boleh join tidur dengan aku sekali. Tapi kira-kira bajet, lepas baby lahir, nak masuk rumah baru lagi, so tak apalah. PPUKM pun ok walaupun tak ada single bed. Sigh. Ada, tapi UKMSC sajoh, Tak mampu ai.

Lain-lain, hurm, tak ada apa yang istimewa sangat. Life still go on macam biasa. Cuma kali ni memang tak larat nak masak, tak larat segala-galanya. Nak bergerak pun payah. Kalah penguin. Semuanya sebab sakit kat tulang pinggul tu. :(

Semoga Allah permudahkan urusanku, urusan keluargaku, dan mempermudahkan perjalananku membawa seorang lagi khalifah ke bumi ini. Amiinnn.