Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

28 April 2010

Hadiah untuk Happykan Hati

tag dari MIJIE *rajin kau tag aku eh*

tapi, aku nak tanya sikitlah mijie.. siapa Nadia Heves? hihihi nama aku Nadia Havez :)

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people EXCEPT the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


What is your name : Nadia Fitri binti Mohamad Havez

A four Letter Word : Nak minum milo ais

A boy's Name : Nazri Azim (sedap tak?)

A girl's Name : Nazirah Aisyah (w0w~!)

An occupation : Nuclear Engineer (vaahh~!!)

A color : Navy Blue

Something you'll wear : NY DK (errkk~ b0leh ke?)

A type of food : Nasi Goreng Ayam

Something found in the bathroom :

A place : Netherland

A reason for being late : Nasi Lemak

Something you'd shout : Naya!

A movie title : Night at the Museum

Something you drink : Neslo ais!

A musical group : N'Sync

An animal : Nymph

A type of car : Nadia

A type of fruit : Naga Fruit (can aa?)

Tagged:
takde mood rr.. boleh tak?
sape rasa nak buat, buatlah ekk~


BYE!

Macammmm~ Mula la aku rasa nak men***** kan...


ah, tak payah klik gambar nak bagi jelas. aku rasa macam hape tah kan. sekarang ni final semester kan. then boleh lak result satu subjek tu D+ kan.. aku pun tak paham kan..

D+ bukan kena repeat ke?

sengal

dem!

(T_T)

aku tengah sedih weyh~!!

(T___T)

dalam kelas perform ok, report anta on time, ape agi?

takkan sebab final exam ngan test n kuiz boleh jatuh berdebuk macam tu?

dulu ade subjek, aku siap tak hantar assignment lagi, paling teruk pun B-

ni antara subjek yang aku concentrate jugak

awat sampai D+???

wehh~ memang tengah mental gila nih..

DOWN~!!!

aku final semester weyhh~!!! :(

................................

Kadang-kadang Buang Masa itu Seronok

haha~ kena tag.. padan muka.. ini semua MIJIE punya pasal~~~


go to your facebook photo files,
select the 8th photo in profile folder

&
post that photo along with the story behind it


haha~ gambar ini terjadi apabila kesengalan berlaku pada waktu dan ketika saat-saat tegang membuat Projek Sarjana Muda (PSM)

pada ketika itu sedang kesedihan, memikirkan, bagaimana ingin mengubah semula PSM itu kerana ada masalah teknikal yang berlaku.

dan due date masa tu 2weeks more.. hahaha~ dalam keadaan weng weng itu, maka terhasilah lukisan ini.. ngee~

selekeh~


challenge 8 blogging friends to do the same. :)

wani a.k.a lea qistina

sara d junior sekolej

cik memy d junior

miss adibah d junior juga

coretan budak kecik yang kosong cawannya

cik aqma d kosmate n luvly fren

cik wawa d junior kos

cik dill d convo team


hah, yang kena tag tu, ape lagi.. silalah buat iye.. ekeke~


p/s: sebab tinggal aku and beberapa orang je kat utm nih, semua kerja pun nak pass ehh~ :P

27 April 2010

Gigi Saya Sihat dan Kuat!




ini gambar semasa saya menjadi penyampai berita. eh. calon je pun. ahaha~
saje-saje gatal test power. walaupun tak power.

hahahaha

sangat kelakar bila member-member sekelas sangat memberi sokongan padu.
oh, terima kasih


:)

p/s: jadi penyampai berita perlu gigi yang kuat dan sihat!



sementara mengisi masa-masa terakhir di utm yang terchenta ini
pergi ke pusat kesihatan
dengan niat mahu meng'check' gigi
yelah, selagi masih bergelar 'mahasiswa'
dengan kos yang murah
mahu juga rasa gigi ini dibelai

jumpa dentist, check dan check
oh, kata doktor,
"adik nak cuci gigi ye? nganga mulut besar sikit"
proses membersih gigi bermula
maaakkk.. sangat ngilu.. ggrrr~
hehehe seronok betul gigiku dibelai-belai

siap mencuci
"adik, gigi bongsu adik belum tumbuh lagi tau. gigi second last pun nampak macam baru je tumbuh. pelik juga kenapa gigi adik lambat tumbuh"
*dah doktor pun panggil adik, nampak sangatlah saya masih muda. hehe~*



ini bukan gigi saya. cari kat fail inchik google

p/s: maka saya belum boleh makan kacang. hehehe~




26 April 2010

Tanda-tanda blok kolej anda sudah tiada penghuni

berikut merupakan beberapa tanda-tanda yang menunjukkan blok yang anda huni tidak berpenghuni.. *edisi serammm*

1. bila kat parking lot tak ada kereta lain selain kereta anda dan kereta pembantu felo.

2. bila anda boleh konker bilik tv sorang-sorang tanpa orang lain selain anda dan pembantu felo.

3. bila anda boleh senang-lenang cucuk plag laptop kat soket bilik tv tanpa berebut dengan sesiapa.

4. bila anda dapat sumbat kain-kain kotor dalam mesin basuh tanpa perlu tunggu Q yang panjang.

5. bila anda je yang jadi tukang tutup pintu bilik air tiap-tiap malam lepas habis cuci muka, basuh kaki dan ambil wudhu'. heeeeeeee~ *ala-ala seram*

6. bila anda mula pandang kiri kanan tiap kali gosok gigi dan basuh muka di bilik air.

7. bila anda ternampak... errr.. takmo cerita dah...

bye!

(-_-") menghitung hari untuk pulang ke KL...

Cinta Sepenuh Hati

entry ini ditulis jap 3.16 pagi.
engineer tupperware a.k.a my sista baru pulang training PALAPES LAUT pada 2pagi.
pintu bilik terbuka membuatkan i terjaga di pagi hari.
engineer tupperware bawa balik burger sekali.
sambil bertanya, "kaklong dah makan nasi?".
dia paksa i makan burger pulak di malam hari.
dia kata, "kalau ada orang ejek kaklong gemok, kaklong bagitau ira. nanti ira babab dia, hihihi".
aku tersengih nampak gigi.
mata pejam, tapi i tak lelap lagi.
maka mulalah merepek merapu tak tentu pasal di blog ini~!!

25 April 2010

Alkohol? Arak?



oh hoo~ tiba-tiba dapat mesej dari seorang sahabat tadi,
"alkohol yang macam mana eh yang boleh buat solat?"

i berfikir sejenak. kepala ni macam scroll balik ilmu-ilmu di kotak-kotak ilmu dalam otak. lalu jari laju mengreply,
"alkohol yang dibuat dari bahan suci, dibolehkan..."

tiba-tiba sahabat tu tanya lagi,
"tapi kalau macam petrol tu, macam mana eh?"

urrmm~ i reply semula,
"petrol tu dari bahan kimia.. cumanya, kalau terkena anggota wudhu' macam tangan, kaki, kenalah bersihkan sebab dikhuatiri air wudhu' tak kena kulit.. kalau kena baju, mm~ alkohol ni tak termasuk dalam golongan najis pun.. macam ni kah maksud soalan tadi?"

sahabat bertanya lagi,
"alkohol tak suci tu macam mana?"

urmm~ yang part ni, i kena minta bantuan. perkara hukum-hakam agama bukan boleh buat main-main. maka, i terjumpalah satu blog,

Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).--------------------------------------------------------------------------------------------------

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalamminuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.

2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (OH).

Dua jenis alkohol yang paling baik ialah

1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)

2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.·

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.P

ada umumnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan.

Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*perlu diingat bahawa alkohol adalah bahan kimia semulajadi yang terdapat di dalam petroleum, tumbuh-tumbuhan, haiwan malahan manusia. Alkohol dihasilkan oleh badan manusia setiap hari akibat daripada proses fermentasi bakteria ke atas karbohidrat.

Maka, diharap dengan penjelasan ini akan menghilangkan kekeliruan tentang alkohol....Wallahualam


ok, sumber dari sini


ramai antara kita yang konpius antara alkohol dan arak. ya, arak memang memabukkan dan jelas ianya haram. tapi, alkohol adalah bahan kimia yang belakang dia ada -ol *ni yang i belajar dalam subjek kimia*. sebatian karbon dan hidrogen yang ada ikatan-ikatan dia sendiri. ikatan dan bilangan karbon dan hidrogen dalam ikatan tu yang membezakan alkana, alkena, alkohol dan macam-macam al- lagi.

urmm~ pertanyaan menarik dari sahabat.. :)

kita manusia selalu alpa. perkongsian sesama sahabat menambah lagi ilmu kita. sama-sama mengajar dan belajar.

(^_~)v

Lagenda Budak Setan on cinema~!!





oh my my~!! i love this story!! bermula dengan Lagenda Budak Setan, Katerina, dan Lagenda Berakhir, trilogi ni memang menggugat jiwa, raga, basket dan segala-galanya lah~!

filem ni bakal menggegarkan panggung wayang anda *sangat skema ini ayat* bermula 3 jun 2010. aaa~ ayah, jom tengok! nadia tau ayah gila suka baca novel ni. dinasihatkan, sebelum menonton supaya baca habis dulu trilogi tu. baru faham. hehehe~

ermm~ pelakon dalam filem ni
ayu - lisa surihani
kasyah - farid kamil
katerina - fazura

dah.. ni je watak utama dalam cerita lagenda budak setan. oh my my... tak sabar tunggu 3 jun 2010. mari tengok bersama keluarga sambil dibelanja oleh ibu dan ayah.. hehe~

tapi kan.. kalaulah pelakon dia macam ni
ayu - tiz zaqyah
kasyah - remy ishak
katerina - catriona ross

how? dah macam nur kasih versi movie lah pulak.. kan... :D

tak sabar tak sabar...

p/s : tadi pergi jom heboh dekat danga bay.. i jadi penyampai berita u~!!!

23 April 2010

Trust US!

satu waktu berjalan-jalanlah sebuah keluarga yang sangat bahagia di bandaraya kuala lumpur. keluarga ini terdiri daripada ibu, ayah dan tiga orang adik beradik yang semuanya perempuan.

sedang menikmati pemandangan kuala lumpur di waktu malam, tiba-tiba si adik yang paling bongsu terlihat satu iklan di papan tanda di tengah kota...

"Trust US?! huh! eno sekali-kali takkan percayakan US!"

tersentak kakak-kakak kepada si adik apabila mendengar bangkangan daripada si adik.

"apsal eno tiba-tiba cakap pasal 'trust US' ni?" tanya si kakak yang sulung.

"tu haa.. iklan tu... dia tulis 'Trust US'.. siapa nak percayakan US tu.. diorang tu jahat..."

mereka semua memalingkan kepala ke arah iklan yang ditunjuk lalu tertawa terbahak-bahak...








.
.
.
.
.
.
.
.


"eno, iklan tu trust us (percayakan kami), bukan trust US!" jelas si kakak.

.
.
.
.

kami ketawa lagi...



(^_~)v alangkan budak kecil pun tahu siapa itu US.. hihi~

21 April 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) - Part 4 (2)





oxford university



ni bumbung kolej termahal kat oxford... kami difahamkan *err ayat berita* kolej ni didiami oleh golongan bangsawan di serata dunia.. mereka hidup dalam kemewahan macam di negara mereka. everything ada protocol and schedulenya.. masa kitorang nak masuk kolej ni, ternampak seorang puteri sedang busy study dekat bilik dia..



terima kasih kepada salah satu penaja.. roxxel.. :D



dalam salah sebuah gereja di oxford... masa nak masuk tu, swing swing sikit.. boleh masuk ke?




haa.. ni dining hall yang penuh artistic.. ni kat kolej putera-puteri tu... macam pelik jugak, hidup mereka macam kat hostel.. kena ikut schedule..





depan pintu~




RINDU OXFORD~!!

17 April 2010

Menangis? (T__T)



semua orang mesti pernah menangis kan? sangat tipu besar bila kata u olls~ tak pernah menangis. masa u olls~ lahir ke dunia yang fana ni dulu mesti u olls~ menangis kan? kalau u olls~ tak menangis, mesti doktor risau... and tepuk-tepuk u supaya u menangis.. auww~! macam ada pengalaman pula.. err.. i tengok kat tv, ok?

tu masa kecil-kecil baru keluar dari perut mak.

dah besar panjang nih, apakah sebab-sebab u olls~ menangis? ouhh... kau dah besar panjang, kau malu nak menangis la.. eh?

siapa kata menangis ni membazir air mata? kadang-kadang kita kena menangis juga. for me, kalau menangis time tension, tangisan tu boleh buat kita lebih relax, lepas nangis.. something like, melepaskan apa dalam hati tu sehabis-habisnya. then, u gain ur new spirit to face the problem. that is me.

u olls~ ingat menangis ni, takde hikmah ke? no no no~ macam-macam kajian orang buat pasal menangis ni *tu la u olls~, i suruh belajar rajin-rajin, jadi researcher, takmo..*


ni i pinjam dari majalah SOLUSI edisi 17.
menangis ni u olls~

i) menyahkan zat bahaya dari tubuh badan sebab ada zat kimia bahaya yang dihasilkan oleh tubuh badan semasa ketakutan

ii) meningkatkan kadar degupan jantung sebab ia macam latihan untuk organ-organ dalam badan u olls~.. lepas menangis, degupan jantung lebih slow kan.. tak caya u try menangis semahu-mahunya.. after that u will feel d very d calm tau..

iii) menghalang penyakit?? haa.. see... i told u before... kajian dari universiti temple, amerika syarikat, dey all kata kajian dibuat kepada 100 orang yang sihat dan 100 orang yang sakit radang usus besar dan luka pada perut. yang sakit tu kata, menangis tu tanda lemahnya peribadi. yang sihat tu kata, menangis adalah perkara semulajadi pada ketika waktu dan tujuan yang sesuai..

iv) membebaskan racun dari badan? pheww sebab air mata macam ada unsur-unsur racun dalam badan. so when u drop ur tears, it is like releasing the racun la.. aiyaa.. so manglish la this girl.. *pengaruh duduk dekat dengan singapore.. 'tibe2'*

v) air mata contains 25% of protein and a part of nutrient especially magnesium.. bila both unsur ni bercampur, ia adalah unsur yang tak seimbang, so then itu racun to human...


mm.. tu dari segi saintifiknya.. dari sudut islam, menangis ni sangatlah dituntut, lagi-lagi menangis depan Tuan Punya kita semua, Allah S.W.T dan orang-orang yang kita sayang..
contohnya,
- menangis terkenang dosa dalam masa taubat
- takutkan azab Allah masa akhirat nanti
- menangis masa sujud tanda kerdil seorang hamba
- menangis bila tengok saudara seislam sendiri dihina, dipijak kepala oleh musuh *ya Allah, sebak hatiku*
- menangis si anak depan ibu dan ayah

so, tak perlu kot rasa malu nak menangis *lelaki la, konon ego takmo nangis. co0l kah?*. tapi agak-agaklah... tengok masa dan tujuan yang sesuailah kan. huh! aku selalu je nangis sebab errr tetttt~ ahahaha aku manusia biasa jugak beb! bukan malaikat...

menangislah, mengaku kelemahan diri di hadapan Ilahi. Dia Maha Berkuasa. kau siapa nak lawan Dia? hah?



(-_-) tak boleh tengok anak-anak kecil yang dah jadi yatim piatu, orang yang menanggung sakit, dan saudara seislam yang tak habis-habis kawasan mereka diancam... air mata ini terlalu murah untuk itu...

15 April 2010

Ayah, Exam Dah Habis. Dah Boleh Kawen Tak?


entry kali ni bersifat sangat gatal. ok. gatal. jadi jika anda semua belum ada mopiko, sila berlari ke seven eleven seketika untuk menyapu ubat tersebut di bahagian-bahagian yang gatal. selepas itu, duduk semula di hadapan laptop atau desktop atau apa saje yang seangkatan dengannya untuk membaca entri ini *sangat skema ayat bakal graduan ini* ;)

maka, dengan ini, diumumkan, tamatnya tempoh perkhidmatan saya sebagai undergraduate student. yea! eh eh, alhamdulillah.. (: eh, tapi hard cover thesis, and result final semester belum keluar, tu boleh kira dah grad ke.... erkk~ ok ok dah boleh cari calon suami, ok. eh, sengaja silap, dah boleh cari kerja. *grin... mampuih aku kalau ayah baca entri ni.. :D*

kalau masa belajar, cakap kat mak ayah pasal kahwin, mesti mak ayah melenting,
"belajar pun tak habis lagi, dah gatal nak kahwin!"

sekarang, dah habis belajar, agak-agak boleh dapat izin kahwin tak?







tak.





jawapan mereka.
"kerja pun tak lagi, gatal nak kahwin!"


ok, jangan gatal. haha.


kepada fresh fresh pisang goreng panassss di luar sana. jom lah kita cari kerja. bantu ibu ayah kita. berpuluh tahun mereka memberi tumbesaran kepada kita, dari kecik tapak tangan sampai dah kena penangan *eceh eceh eceh*, tanpa mereka, siapalah kita. :'(



(^_~)v kata nak sambung master? urmm~ tengok macam mana...

rindu ibu dan ayah.. isk3~

13 April 2010

Nanti Orang Nampak, Orang Curi...


uhueww~ santekkk... errkk~ cantekk.. thanks sunah untuk bunga cantek ni.. jom kita pegi jepun.. bawa bunga ni balik malaysia.. :)

bunga = indah
wanita = bunga
wanita = indah
menjadi keindahan dunia

dulu masa kecil-kecil *asyik cerita zaman kecil-kecil lagi comel, suci murni tanpa noda dan dosa aje kan?!*, ustazah cakap,
"perempuan kena tutup aurat. seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan..."

saya tanya *sambil mengangkat tangan, muka penuh tak puas hati*,
"ustazah, kenapa perempuan kena tutup semua? lelaki tak payah pun... dari pusat sampai lutut je.."


ustazah tu sangat sabar layan kerenah saya yang memang terlalu banyak bertanya,
"nadia ada barang berharga tak kat rumah? tabung simpanan duit ke?"

berfikir sekejap,
"ada ustazah, kenapa?"

ustazah tersenyum,
"nadia simpan kat mana tabung nadia tu?"

saya jawab dengan sangat excited,
"mestilah kat dalam almari, ustazah... nanti orang nampak, orang curi..."

ustazah senyum lagi,
"macam tu juga nilai perempuan ni. perempuan sangat berharga. sebab tu kita kena tutup semua. apa yang ada pada kita sangat bernilai. mana boleh orang tengok kan? nanti orang curi..."

saya terdiam, betul apa yang ustazah tu cakap...

perempuan, sangat bernilai, sangat berharga...

teringat pula ada terbaca kisah siapa entah hari tu... nilai hantaran untuk isteri dia, cek kosong.. bila ditanya, jawabnya,
"saya tak tahu nak letak berapa nilai hantaran untuk isteri saya.. kerana dia terlalu bernilai"

tiada di dunia ini yang setimpal dengan nilai seorang perempuan...

maka wanita-wanita *peringatan untuk diri sendiri juga* betapa berharganya kita, dan betapa Allah benar-benar sayangkan kita... :)



(^_~)v banyak ilmu yang dah terlepas pandang *muhasabah diri*. berilmu, tanpa beramal. huh... betapa aku terlalu leka dengan dunia selama ni.. isk3~ ampuni dosaku... *cryn a river*

11 April 2010

Ouh, I'm Married!

macam-macam perkara orang akan tafsirkan bila cakap pasal mimpi nih. phewww~ sepanjang hidup selama 22 tahun lebih ni (alhamdulillah), jarang sangatlah mimpi. dalam setahun tu 2-3kali aje lah.

paling tak tahan, masa nak ambil result SPM dulu. malam sebelum tu, sampai termimpi-mimpi. dan dalam mimpi tu, i menangis u olls~ bangun pagi, i dah cuak. mimpi tu membuatkan i malas nak keluar rumah awal-awal sampai jiran tegur,
"nadia tak pergi ambil result SPM ke?"
"tak, makcik. takut."
buat apa nak takut kan? benda tu dah ada. bukan boleh ubah dah pun :D sangat ngada-ngada.

sebelum presentation final year project hari tu pun i mimpi lagi. tapi bukan mimpi tentang i! my coursemate. pagi before mimpi tu, i jumpa my supervisor. she said, my coursemate tu ada masalah dengan projek dia. mmm tapi i mimpi malam tu, my coursemate tu punye projek, settle. *padahal masa tu projek aku pun bermasalah gak, takde lak mimpi pasal diri sendiri. adoyai!*

ok, lepas tu, i mimpi dunia kiamat. masa ni i mimpi sampai berpeluh-peluh. mm auzubillahi minasyaitonirrajim~

dan, malam tadi, errkk~ i mimpi, i dah kahwin! dah sah gatal! haha~ urrmm~ not the majlis, but something like, urmm somebody hug me, and i feel very calm, comfort, bla bla bla di satu tempat yang sangat cantik yang i pun tak tau kat mana.. macam mana nak gambarkan keadaan yang sangat mendamaikan dan terlalu bahagia eh? yang pastinya, 100% calm n comfort, perrhh.. sangat, terlalu, amat, tak terkata damai, n bahagia! dan putih tempat tu! nak cerita lagi, tapi terlalu indah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata! perrhh ayat nak puitis.. :) aduhhh~ nak mimpi macam tu lagi!

tapi tak nampak lelaki tu siapa.

yang pasti, pakai baju tentera yang warna putih tu. baju masa istiadat. what the???


apa-apa pun,

mimpi kita bukanlah seperti mimpi para anbiya'' mimpi para anbiya' itu adalah perutusan dari Allah SWT sepertimana ketika Nabi Ibrahim as bermimpi menyembelih anaknya. mimpi orang kebanyakan ini, kalau bermimpi yang baik-baik seperti bermimpikan syurga (hidup aman di tempat yang cantik), mimpi dapat hadiah, itu adalah rahmat daripada Allah. maka ketika bangun dan teringat akannya, ucaplah tahmid. sebaliknya, jika mimpi itu berkenaan sesuatu yang meresahkan, mendukacitakan seperti mimpi terjun bangunan, kena tikam dan sebagainya, ia adalah gangguan tidur oleh syaitan. sekiranya ketika bangun kita teringat akan mimpi tersebt maka ucaplah taawuz (a 'udzubillahi minassyaitaanirrajiim). dan kalau mimpi buruk itu selalu menggangu tidur kita, maka dinasihatkan agar pergi la buat "spiritual" check-up, takut jasad kita "diganggu" atau "dihuni". dan tambahan daripadanya, klu mimpi yang baik, wajarlah dikongsi, mungkin ia khabar gembira buat semua. tetapi berwaspada juga, takut ada yg terkilan. tetapi kalau mimpi buruk, sebaiknya tidak dihebahkan, takut membawa fitnah, umpatan dsb...

dipetik dari iluvislam.com


ouh, kalau tidur lagi, agak-agak dapat soalan Project Management tak? tak pun sambung mimpi tadi.... indahnya....

10 April 2010

Remaja dirogol abang mengandung 12 minggu

KOTA BHARU: Sakit perut yang dialami pelajar Tingkatan Tiga kelmarin membongkar kisah hitam dialaminya apabila remaja itu didapati mengandung 12 minggu dipercayai dirogol abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Wakaf Bharu, Tumpat.

Terdahulu ibu remaja terbabit membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 1 tengah hari selepas anaknya itu mengadu sakit pada bahagian perutnya, sebelum dikejutkan dengan hasil pemeriksaan doktor yang memaklumkan mengenai perkara itu.

Difahamkan remaja berkenaan menjadi mangsa rogol abang kandungnya yang berusia 24 tahun sejak Mac tahun lalu sebelum rahsia perbuatan terkutuk itu terdedah berikutan pemeriksaan doktor yang mengesahkan pelajar Tingkatan Tiga itu mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian berkenaan dan suspek sudah pun ditahan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, wanita berkenaan terkejut sebaik dimaklumkan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan anaknya mengandung 12 minggu," katanya.
Sebaik mendapat laporan, polis bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Khalid juga memaklumkan bahawa maklumat yang diperolehi pihaknya mendapati remaja berkenaan dirogol di rumah keluarganya di sebuah kampung di Wakaf Bharu sejak Mac tahun lalu.
"Siasatan juga mendapati, mangsa mendedahkan perbuatan itu dilakukan abang kandungnya di rumah mereka dengan mendakwa semua perbuatan itu dilakukan sejak Mac tahun lalu sehingga Mac tahun ini.

"Pada masa sekarang, mangsa sedang menerima rawatan di HRPZ II untuk rawatan lanjut, bagaimanapun laporan pemeriksaan doktor yang merawatnya masih belum diperolehi lagi," katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian berkenaan, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

berita diambil dari sini


aduhhh~ nak menangis baca cerita ni. sepatutnya, abang bertindak melindungi keluarga, adik, tapi, ini yang jadi? inilah orang kata, harapkan pagar, pagar makan padi.

bila minta seorang sahabat baca, katanya,
"laa.. biasalah kes macam ni sekarang. hari-hari ada berita kes macam ni"

aduh, pedihnya hati dengar. what if benda ni berlaku dalam ahli keluarga kita sendiri? adik kita? makcik? kakak? anak perempuan?

aku rasa nak cincang lumat perogol tu. setakat penjara dan denda apa barang? kan? tak luak lah untuk orang yang tak ada perasaan macam tu. huh~!! bayangkanlah, kalau dengan adik sendiri pun dia sanggup buat, maknanya, dia memang jenis manusia yang tak ada hati perasaanlah kan, so, apalah sangat maknanya penjara tu pada orang macam ni kan.

bak kata my ex-roommate masa 1st year dulu, ana and the prince, "orang macam ni elok kasi potong je!" betul!

huh! kalaulah dia dihukum ikut hukum hudud......

baru LEGA.

('o.o')!!

Dalam Masa yang Singkat, Ini yang Boleh Kita Lakukan



dah lama tak main tag tag neh. dulu si Lea Qistina a.k.a wani lah yang rajin bagi i tag nih.. ni tag and award dari aqma, my classmate :D


1) adakah anda rasa HOT?
sekarang pukul 5.56pg waktu malaysia, dan saya berada di Kolej11 UTM. cuaca pagi ini sangat sejuk.


2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang..?


3) Cerita pasal gambar nih...?
my feveret flower. sampai engineer tupperware boleh cakap, "eh, nama kaklong!" bila dapat tahu nama salah satu program MPM 09/10 semester depan bernama 'SAKURA'


4) Kali terakhir makan PIZZA...?
fikir jap... hmm... pertengahan februari... dengan fendi, elda, zaki dan engineer tupperware :D


5) Lagu terakhir anda dengar...?
lagu tema rancangan al-hidayah *aku kat bilik tv ni weyh, tengok kuliah subuh*


6) Apa anda buat selain selesaikan tag nih...?
tengok al-hidayah sambil tunggu azan subuh


7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?
kaklong, budak besar, budak demok, hyppo... ape lagi? ad0yai.. sodap-sodap omak bapak den bagi namo, jadi gitu lak aih~


8) Tag lagi 5 orang sape yer nak tag...?
kalau takmo tag moley?

ok2, demi aqma karim, i tag juge :D

i) bugee
ii) wani *hamik, ko lak kene.. :D*
iii) aimie erin si bisnes woman
iv) adik aimie erin, elia...
v) adibah ahmad


9) Siapa orang no 1 pada anda..?
my coursemate kat utm neh, budak yang sangat degil, baru lepas operation, nak naik motor aih!

10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?
rindu kat teknik gombak tak? hehehe~

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?
dengan blogshop dy.. bahaha~

12) Bagaimana pulak dengan no 2....?
wani, org state terang-terang kat sini taw! luqman padile buahahaha~

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?
oh elia, love me n love ur sis.. :D

14) Berikan 5 yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?
- banyak sakit (sian..)
- kurus je (meh lemak i nak? hehe~)
- dah 8tahun bechenta dengan bF dia (perhh~)
- cekal
- usaha tangga kejayaan *tibe2* hik3

ok3.. dah azan.. assolatu khairumminan naum...

bangun bangun.. jom solat!!!


SOLAT!!!

dirikanlah solat!!


ok ok.. tata.. :D

09 April 2010

Hari Ini Hari Jumaat

dulu masa kecil-kecil *baca baku okeh!*, fikiran masih suci murni tanpa noda dan dosa, ustazah pernah kata,
"Azan untuk solat jumaat ada 2kali"

saya tak percaya. lepas tu saya tunggu hari jumaat. waktu zohor. saya dengar betul-betul.
"haah la, ada dua kali azan..."

saya buat muka kagum.





dulu masa kecil-kecil, ibu pernah cakap,
"hari jumaat, waktu orang solat jumaat, mesti hari sangat panas. panasnya jumaat tak sama macam hari lain..."

saya tak percaya. sejak dari tu, saya observe waktu zohor hari jumaat. saya jadi macam pencerap cuaca. hasilnya, setelah 2-3tahun saya buat pemerhatian, betul kata ibu, time solat jumaat, mesti panas, dan panasnya lain macam...




tapi, ada satu hari tu *saya masih kecil lagi, belum besar-besar*, tiba-tiba hujan masa pagi jumaat, bawa sampai nak masuk waktu zohor. saya bagi tau ibu,
"ibu, tu hujan. kenapa jumaat minggu ni hujan?"

ibu jawab.
"orang tua-tua kata, hari kiamat nak dekat kalau hujan masa solat jumaat..."

saya terperanjat. "ibu, nadia takut kiamat..."

tapi, beberapa saat sebelum azan zohor berkumandang, tiba-tiba hujan berhenti.

saya kagum lagi.



betapa memang solat jumaat itu wajib didirikan berjemaah, sampai hujan pun boleh berhenti. LELAKI, no alasan untuk tak pegi solat jumaat kat masjid, ok!


thanks inchik yaho0~


(^_~) lahirnya pada malam jumaat terakhir dalam bulan ramadhan 1407H... jumaat lagi.. :D

08 April 2010

Mawar Syurga

Pemikiran Alia jauh melayang. Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang di telinga. Dia ragu dan buntu. Tidak tahu untuk memberi kata putus. Dia baring. Pandangan dilempar ke siling. Majalah SOLUSI dicapai dengan harapan kata-kata ibu tadi mampu dilupakan seketika.

"Apa nak buat, ya?" Alia bertanya sendirian. "Istikharah!"

Pantas dia berlari ke luar. Mengambil wudhu'. Biarpun dia tahu untuk mendapatkan jawapan melalui solat istikharah bukan mudah, namun hanya daripada Allah petunjuk dipinta.

"Tadi keluarga Haji Wahid datang. Mereka tanyakan tentang Alia untuk anak mereka, Iqbal. Ibu belum beri apa-apa jawapan. Ibu serahkan kepada Alia sendiri." Suara ibu halus dari corong telefon.

"Haji Wahid? Iqbal? Ibu, Alia kan belum habis belajar lagi. Apa Alia nak jawab? Abah? Takkan abah tak cakap apa-apa?" Alia kebingungan.

"Abah pun sependapat dengan ibu. Apa-apa hal, biarlah Alia yang buat keputusan. Abah dan ibu rasa, tak ada salahnya. Alia pun bukan lama lagi habis belajar. Setahun aje lagi. Kita bukan buat benda jahat. InsyaAllah, Allah sentiasa bukakan jalan untuk perkara-perkara ibadah macam ni."

"InsyaAllah. Bagi Alia masa ya, ibu."

"Ok. Tapi jangan lama sangat. Tak elok pula biarkan keluarga Haji Wahid tertunggu-tunggu."

"Baik, ibu." Alia patuh.

"Fikirlah elok-elok. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam Warahmatullah, ibu."

*****

Usai member salam yang kedua, Alia menadah tangan. Segala puji ke hadrat Ilahi. Dengan penuh khusyuk dan tawadhuk, dia memohon petunjuk dari Ilahi. Semoga ujian yang diberi dapat ditempuhi dengan tenang. Dia perlu memilih. Dan kedua-dua pilihan amat berat untuk ditimbang. Dia berserah sepenuhnya.

*****

Kau pasti dengan keyakinan kau ni?

Aku pasti. Sebelah lain sisi hati menjawab.

Keputusan kau ni mengundang risiko untuk kau. Kau rela dengan tindakan kau?

Aku redha. Aku yakin. Sesungguhnya ini adalah rahsia Allah. Kita tak boleh nak tafsirkan. Dia Maha Mengetahui yang terbaik.

Lama Alia merenung telefon bimbit. Berat rasa hati untuk mendail nombor telefon ibu. Keputusan sudah diambil. Tinggal hanya dia memperkuat hati. Sesungguhnya dia redha jika ini yang tertulis untuknya.

"Assalamualaikum, ibu." Perlahan Alia memberi salam.

"Waalaikumsalam, Alia. Anak ibu sihat?" Sayup suara ibu.

"Alhamdulillah. Alia sihat. Ibu sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Baru tiga hari tak call. Alia dah rindu ibu, ya?"

Alia menguntum senyum. "Siapa tak rindu ibu sendiri. Ibu, Alia dah buat keputusan. Pasal pinangan Haji Wahid tu."

"Oh, cepatnya." Ibu terperanjat.

"Ibu juga yang kata, tak elok biarkan orang tertunggu-tunggu."

"Ok, ok. So, apa kata Alia?"

"Alia terima." Sepatah-sepatah, dengan jelas Alia menjawab.

"Alhamdulillah. Sekarang juga ibu call Hajah Saleha."

"Eh, jangan sekarang, ibu."

"Kenapa pula?" Puan Ramlah hairan.

"Sebab Alia tengah bercakap dengan ibu sekarang ni. Macam mana ibu nak call Hajah Saleha." Alia tergelak kecil.

Puan Ramlah turut ketawa mendengar kata Alia. "Sempat lagi bergurau budak kecil ni."

"Budak kecil? Alia dah nak jadi tunangan orang, ibu masih panggil Alia budak kecil? Relakah ibu nak tunangkan Alia ni?" Alia mengusik lagi.

Puan Ramlah melepaskan lagi tawanya. "Anak ibu ni. Mengusik aje kerjanya. Alia pasti dengan jawapan Alia?"

"Ada talian hayat tak, ibu?" Alia mengajuk dialog rancangan popular, 'Who Want to be a Millionaire'.

Puan Ramlah tertawa lagi. "Alia, ibu tanya ni. Alia dah pasti dengan keputusan ni?"

"Ya, ibu. Alia pasti, yakin dan redha." Alia berkata penuh yakin.

"Ok, nanti ibu bagi tau Hajah Saleha."

"Sampaikan salam Alia untuk family sana ye, ibu."

"Aih, dah pandai berbahasa family sana-sini."

"Ibu ni…" Alia seakan merajuk.

"Ok, ok. Nanti ibu sampaikan. Ada pesanan apa-apa lagi tak?"

"Tak ada dah. Itu je. Thanks, ibu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam Warahmatullah."

Alia menamatkan perbualan. Terasa ringan sedikit kepalanya.

*****

Alia mencium tangan Kak Izzati yang mewakili Hajah Saleha untuk menyarungkan cincin pertunangan di jari Alia. Air matanya menitis ketika Kak Izzati mencium pipinya. Dia redha. Dia masih yakin, Allah Maha Mengetahui yang terbaik.

"Kak, Iqbal masih di sana?" Alia bertanya Kak Izzati, kakak sulung Iqbal.

"Iye, Alia. Umi dengan walid pun masih di Madinah. Keadaan Iqbal masih belum stabil."

Alia bungkam. Ya Allah, selamatkanlah Iqbal.

"Umi sampaikan salam untuk Alia. Umi ucap terima kasih sangat-sangat sebab Alia sudi terima Iqbal walaupun keadaan Iqbal tak macam orang lain. Umi dan walid minta maaf. Alia ada pilihan untuk tolak pinangan umi dan walid tapi tak sangka Alia tekad dengan keputusan Alia. Akak pun tak sangka Alia sangat yakin sedangkan masa umi dan walid masuk meminang, Alia dah tahu yang Iqbal masih berperang dengan sakit kansernya tu."

"Kak, Alia yakin dengan keputusan Alia. Alia harap Iqbal sembuh seperti sedia kala dan cepat-cepat balik ke Malaysia." Alia mengesat air mata yang tidak putus jatuh.

Kak Izzati memeluk Alia erat. "InsyaAllah, Alia. Akak pun harap begitu. Kita sama-samalah berdoa. Alia rajin-rajinlah contact dia lepas ni. Semoga semangat untuk dia melawan penyakitnya pulih semula. Itu yang umi dan walid harapkan dengan kehadiran Alia dalam hidup Iqbal. Akak harap Alia pun kuat untuk hadapi semua ni. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku."

"Alia dah sedia, kak. Pada saat Alia buat keputusan ni, Alia memang cuba kuatkan hati. Niat Alia semoga Iqbal sembuh. Dan Alia ikhlaskan hati, kak. "

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini dalam menempuh ujian-Mu. Rintih Alia dalam diam.

*****

Dedicated to my lovely friend, 'Alia'. Sesungguhnya hatimu sangat mulia 'Alia'. Nadia tak tau nak gambarkan macam mana, tapi Nadia olah cerita kamu menjadi cerita ni. Memanglah tak sama 100% tapi temanya sama, kan? Semoga Allah sembuhkan 'Iqbal'. Tentu 'Iqbal' lebih bersemangat melawan penyakit bila tahu 'Alia' menunggu dia di Malaysia. Kamu sungguh kuat! Kasih sayang Allah pasti bersama kamu…

……………………….


(-_-) speechless~

07 April 2010

Dedication





tadi dapat mesej dari my supervisor, Puan Shaparas.. "supervisor kena sign.."

erkk.. means kena buat dari declaration of thesis tu lah ek~

kelam kabut sebab acknowledgment and dedication tak buat lagi.

"ira, tolong buatkan dedication. kaklong tak reti la nak letak apa.."

"kaklong buatlah sendiri. dulu kaklong yang berkobar-kobar part dedication tu."

erkk~

maka, jadilah ia...





mm.. ok tak? hahaha~ dedication je pun. manyak munyik rr kau nadia.. :P


(^_~) nak tulis nama siapa lagi ek? boleh tambah lagi ni sebelum pegi hantar bind hard cover.. urmm~



p/s: benda ni dah dibetulkan oleh farah, my pren.. lupa lak yang dia cikgu english.. kan dah kena tegur grammar.. bahahaha~

Draf Tesis

alhamdulillah.. setelah jenuh memerah otak sampai tinggal hampas.. ececeh.. maka, siaplah draf tesis ini.. aih~ harap2 tak ada apa lagi masalah..






hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu...

(^_~)v


L.E.G.A

06 April 2010

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

selak-selak profile sahabat-sahabat kat fB (baca: facebook) tu, terjumpalah benda nih kat page azim.. menarik untuk dikongsi bersama. *aih, i punye posto blog ni dah lah link ke fB jugak.. alamatnya, kat fB i pun keluarlah benda ni. ouh, redundant data (mentang-mentang baru lepas taip tesis pasal database.. ikh!)*


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

--
Abdullah Hadi Bin Mohd Taufik




kredit juga kepada penama di atas for this lovely.. err.. poem.. poem kott.. yaa.. sila hayati ya!

mm.. macam-macam perception boleh keluar lepas baca poem ni. secara kasarnya, jangan terlalu mencari yang sempurna. macam Mr. Nanaq pernah cakap kat aku suatu ketika dahulu *ececeh*,

"Jangan diikutkan sangat orang Barat tu. Diorang tu memang, tak berpegang pada agama. Kita diajar untuk menerima baik buruk seseorang seadanya sebab manusia tak ada yang sempurna. Bila dah jumpa seseorang, kau bukan mencari kekurangan dia, tapi kau menerima kekurangan dia dan dia menerima kekurangan kau. Kita boleh berubah menjadi kepada yang lebih baik."

*
Uih nanaq, aku ingat ayat ko neh!*




(^_~)v tak salah berkongsi ilmu..

Pagi yang Ceria!



tak tau kenapa rasa nak menulis. walhal banyak lagi benda yang perlu ditulis dalam tesis. insyaAllah, target siap petang ni jugak. hee~ *padahal target awal, malam tadi. tapi sakit kepala menyerang kembali, tak boleh tak boleh*

mm.. pagi ini sangat ceria. sebab, pagi-pagi sangat sejuk, pastu rasa macam tak nak bangun, pastu rasa macam duduk kat UK *sangat berangan*

ehem, baru tadi zai call minta sijil konvo dia. petang ni dia balik KL. ada interview kerja. ada 2 interview pula tu. wahh~ murah rezeki..




lagi sorang, my ex-boss, abd hadi, pun dah dapat panggilan ke proton and merc.. fuyo0o mantap-mantaplah diorang ni.




yang namanya LELAKI, student engineering pulak tu, tak payah risau sangatlah. banyak sangat dah kawan-kawan i, belum final exam lagi dah kena panggil interview sana-sini.

tapi dengan syarat, u all punya pointer takde la teruk sangat kan.

pasaran kerja memerlukan LELAKI sekarang ini walaupun IPT didominasi kaum perempuan.

maka, sedarlah wahai LELAKI. anda masih diperlukan. so, lelaki, jangan malas-malas *macam i bahahaha~*. anda adalah pemimpin. janganlah nanti semua sektor didominasi kaum perempuan. dan janganlah nanti kita ketandusan lelaki untuk mengisi ruang-ruang yang sepatutnya dipelopori kaum adam.

isy, cakap-cakap adam ni teringat pula remy ishak dalam cerita nur kasih.


aku rindu adam.

..
(^_~)v peace no war, hehehe

04 April 2010

Kejadian Ngeri Sebelum Presentation PSM

perhhh~
gila mantap rr. aku rasa kalau korang ada kat tempat aku pon, mesti korang cuak gila dengan situasi ni.

bayangkan, PSM. projek final year korang, *apa hal bahasa teruk sangat neh?*, yang korang dah usahakan selama 2semester, tiba-tiba...





tiba-tiba...









hurmmm




slide presentation i tak boleh bukak u ollsss~~!!




perhhh.. gila rr... tapi naseb baek i dah copy slide tu dekat komputer yang nak guna untuk presentation...


slide tu tak boleh buka kat laptop until now.. power point lain boleh lak bukak...



fuhh~ masa tu i rasa nak menangis aje. syukur ya Allah.. dibuatnya i belum copy lagi slide tu kat komputer yang nak digunakan, macam mana? nak present dengan ape? manually?




kadang-kadang teknologi juga boleh membinasakan..


dan hingga ke saat akhir pun kita akan di uji Tuan Punya. jangan diingat, dah siap slide, dah selamat sampai tempat presentation, kita dah kira selamat? belum lagi. Tuan Punya akan sentiasa menguji hamba-Nya, bersyukur atau tidak.




hurmm setelah banyak ujian dari Tuan Punya sepanjang menyiapkan PSM ni, i belajar 1 benda best. macam dalam majalah SOLUSI tu,
'hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmmu'


ya Rabbi, terlalu sedikit hamba-Mu ini bersyukur atas nikmat-Mu yang melimpah-ruah.


bak kata izwan masa majlis penghargaan MPP 08/09 baru-baru ni bila engineer tupperware komen i dengan kak oja pakai jubah,

izwan : akak-akak kau tu dah dapat hidayah lepas banyak dugaan masa buat PSM...


(^_~)v peace, no war.. :D

03 April 2010

Cerita Bergambar




apa kes tah malam ni. rasa nak upload gambar sambil bercerita perihal gambar tersebut dan kenapa aku tembak *baca: shoot* gambar tersebut. gambar-gambar tersebut *berapa kali nak sebut?* sudah lama ada dalam koleksi hard disk aku. mari kita tontoni bersama.




gambar ni aku tembak masa aku and kak roza erma gorgeous campur lawa campur *ok, takmo puji lebih lagi* nak beli kain untuk baju batik MPP 0809. kat jakel kot. ape tah nama kedai kain kat tampoi tu. masa ni aku tembak dan mula berangan nak kawen *tengok, tak abis2 kawen!*. erkK~ bukann aku just nak bagi tahu ke'lawa'an kain ni. hurmm~



kasut ni pulak, aku minat gila, best gila, tapak dia lembut gila, bagai nak gila lah! tapi aku rasa nak gila kejap bila tengok harga dia. RM100++ mak aih~! sini punya simple, sikit punya mahal harga. agak2 sebab ape hah?




eno wutta wutta.. tak paham tol ape ke hal dia neh cikeding sangat eh? bila aku tanya camtu, dia jawab, "sebab kaklong dengan kak ira dah amik zat eno dengan menjadi sangat gemuk, maka habislah zat untuk eno". ok, kau diam. baru-baru ni, masa balik rumah, ayah kata, "eno kata dia nak jadi doktor." ok, boleh. sebab kau dulu masa kecik2 takot makan ubat. maka kau jadilah doktor untuk cipta ubat yang manis. eh, pharmacian yang buat ubat kan? erkk~ tah la, bab medic ni fail :D suruh adik i yang kat mesir tu jawab.. hehe




perhhh~ baju raya anak sape lah aku tepek kat sini. masa bulan puasa tahun lepas laa~ masuk je rumah, nampak baju melayu comel ni tergantung. anak sape lah yang punya ni. gila comel la. apsal aku takde adik kandung lelaki? kan comel budak kecik pakai baju raya gini dan lari terkedek-kedek ala-ala comel gak di pagi hari raya... aih~! dan juga di tengah hari jumaat untuk pergi solat jumaat.. hahaha~


ok, cukup main-main buat masa ini..

chow chin chaw! *nama cina mana neh?*


alalalala~ aku addicted baca magazine SOLUSI sekarang. gila bes wa cakap sama lu. kalau lu nak jadi orang soleh solehah, lu try rr baca.. mantap rr wa cakap.. cara penceritaan yang bersahaja and sesuai ngan jiwa muda wa.. chewah! hehehe~

kemalasan menjadi-jadi

aihhh


syuhhh

gi sambung tesis lah nadia!!!!!!!!!!!!!

01 April 2010

ViVa~ Final Year Project Presentation


alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.. ermm~ setelah mengharungi perit jerih petir, eh, petir pulak, ah, apa-apa aje lah yang seangkatan dengannya, sudah lepas satu ujian dunia. sungguh duniawi ini ujian. hehehehe rasa lega yang teramat sangat.

banyak betul dugaan menyiapkan Projek Sarjana Muda ni. entah dah berapa banyak air mata tumpah di saat-saat akhir, sebab nak melegakan perasaan diri, dan mengaku kekerdilan diri di hadapan Tuan Punya... wah.. ayat vogue da vass~

rasa macam nak taip sikit, sikit je *boleh caya ke?* kronologi siapkan PSM nih. aih~! nak baca, bacalah. takmo, sudah. ini aku punya belog, suka hati aku. ok, ok. control yourself. :D

start dengan PSM 1. awal Julai 2009. pusing satu fakulti cari supervisor. disebabkan masa Latihan Industri dulu banyak terlibat dengan programming, maka lebih selesa untuk buat programming. remote sensing? mm.. macam tak pandai je image processing. so decide nak buat programming. jumpa Puan Shaparas. ok, dapat tajuk.

urmm~ everything ok, until i presenting the proposal.. soalan panas lagi berapi dari Prof. Mazlan, "untuk apa awak buat database ni? sedangkan kita boleh download free dari website NOAA?" hussyy~ mantap punya tembakan.. aih! takpe, ada perisai kalis peluru..

itu je kot PSM1. pastu ngarut-ngarut typing sampai bab 3. dari tak tau apa sangat pasal programming, tiba-tiba dah rasa macam jadi student sc comp...

PSM 2.. dah berdebar-debar.. awal-awal dah dapat tarikh-tarikh maut. masa tu la kelam-kabut. hahha~ tak dapat bayangkan perasaan masa ni. dengan ke'mental'an dan ke'bizi'an ISLC..

amik degree++ untuk belajar asp.net... lepas tu, develop sendiri.. yang tak tahan masa nak design web. adehh~ camne nak jadikan web tu cantik?? geram lah pulak~~ aih! thanks to muiz and Mr. Firdaus yang banyak bagi tunjuk ajar.. masa ni kelam kabut jugak nak belajar all the thing dengan pantas!

present progress, ok.

tiba-tiba dapat tahu receiver station tu rosak. so kena guna data yang memang dah burn dalam cd. sistem tu dah tak run automatically to upload the data from receiver.. arggh~ mental gila bila encik nizam and encik salleh menyakat, "extend aje lah.." ok, saya masih bersabar dalam hal ni. semua perancangan sistem kena tukar balik, tukar objektif, tukar tajuk sikit. sesuaikan dengan keadaan semasa.

database? adehh~ apsal macam tak betul je.. mm.. ouh.. thanks to bukhairi. aih~ senang rupanya nak buat guna microsoft visual studio... cuma kena belajar lorr~

tiba saat nak bagi kat server FKSG. lol! guna PHP la pulak... tak boleh guna .aspx... adeiihh~ tak ada cara lain selain tukar semua coding dalam tu kepada php. lagi seminggu nak present final weyhh~!!! saat ni lah first time menangis.

minta tolong muiz dan bukhairi again. rasanya minggu ni paling banyak menangis kot. kenapa menangis? entah, rasa macam berat. adehh~

ok, siap php within a week. bagi semula kat encik azizul. urmm~ ok, masalah timbul kat page untuk download the data. mak aih~ error retrieve data. masa ni baru try guna laptop encik azizul. contact Mr. Firdaus. ask for his advice. ok, restart mySQL service. baru boleh retrieve data.

server. mm.. processor lama. ambil masa yang lama untuk copy folder sistem tuh. mm. ok, again, database tak boleh retrieve.

try restart service pun tak boleh.

2hari mengerjakan itu aje.

then, me and Puan Shaparas decided, tak perlu letak. ubah sikit objektif. tapi nasib baik objektif memang tak cakap pun pasal online web. bincang dengan Encik Sam (encik sam ni dah lah my panel masa presentation), as long dah boleh run dekat localhost, it is ok. good.

viva. sangat cuak lepas tengok bugee, 1st presenter kena hentam. aaa~ macam-macam soalan dalam kepala. projek aku ni ada kaitan ke dengan remote sensing? apa value yang ada? analisis? aih~! takoott!!

presenting. ok, cuma ada lah 1,2,3,4 kali lidah tergeliat. overall, ok kot. komen panel, nanti dalam tesis, detailkan architecture of the system. kena ada server baru untuk remote sensing saja for handling this database. request laaa.. ape lagi.. :D

ok, now is the time to complete the thesis. kena ubah dari bab 2. asp.net tuka kepada php... banyaknyaa~~~

sila completekan tesis..

jawab final exam.

grad!

:D